Upload
rmsept68
View
239
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 1/75
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN PELAJAR
ORANG ASLI TERHADAP KERJA AMALI MATA PELAJARAN KEMAHIRAN
HIDUP DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH
DALAM DAERAH KLUANG, JOHOR.
HARTINI BINTI AHMAD RABUAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 2/75
PSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISo
JUDUL: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN
PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP KERJA AMALI MATA
PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP DI TIGA BUAH SEKOLAHMENENGAH DALAM DAERAH KLUANG, JOHOR.
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya _HARTINI BINTI AHMAD RABUAN
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: ENCIK MOHD RIZAL BIN MOHD SAID
396, Lorong 4/1, Nama Penyelia
Taman Makmur,09600 Lunas,
Kedah Darul Aman.
Tarikh: _____________ Tarikh: _________________
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan
atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
Muda (PSM).
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 3/75
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN PELAJAR
ORANG ASLI TERHADAP KERJA AMALI MATA PELAJARAN
KEMAHIRAN HIDUP DI TIGA BUAH SEKOLAH MENENGAH DALAM
DAERAH KLUANG, JOHOR.
HARTINI BINTI AHMAD RABUAN
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada
Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
APRIL 2011
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 4/75
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : __________________
Nama Penulis : HARTINI BINTI AHMAD RABUAN
Tarikh : __________________
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 5/75
iii
DEDIKASI
“DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH
LAGI MAHA MENGASIHANI .”
Segala Pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Ku dedikasikan khas kepada :
Bonda dan ayahanda yang amat ku sayangi,
AMINAH BINTI TAIB dan AHMAD RABUAN BIN AWANG.
Doa, kasih sayang, perhatian serta sokongan dari kalian sentiasa mengiringi perjalanan
anakandamu di sini. Tiada apa yang dapat mengantikan jasa dan pengorbanan kalian.
Hanya ucapan terima kasih dan sebuah kejayaan.
Buat Adinda-adindaku,
Terima kasih di atas sokongan kalian semua.
Tidak dilupakan buat yang teristimewa dalam hidupku. Segala jasa dan pengorbananmu
amat bermakna buatku. Hanya terima kasih yang mampu kuucapkan.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 6/75
iv
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat ilahi ke atas limpah dan kurniaNya dapatlah penyelidik
menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). Projek Sarjana Muda ini
dilaksanakan bagi memenuhi Syarat Pengijazahan Sarjana Muda.
Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Encik Mohd Rizal Bin Mohd Said
selaku penyelia Projek Sarjana Muda penyelidik. Terima kasih di atas bimbingan, tunjuk
ajar, nasihat dan komitmen yang telah diberikan.
Ucapan terima kasih kepada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (BPPDP), Jabatan Pelajaran Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Kluang dan
Pengetua (SMK Kahang, SMK Sultan Abdul Jalil dan SMK Tengku Aris Bendahara)
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Tidak dilupakan kepada Encik
Dzulkifle bin Jamal iaitu pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Kluang yang telah
banyak menolong penyelidik mendapatkan maklumat mengenai bilangan pelajar Orang
Asli.
Seterusnya terima kasih kepada pensyarah-pensyarah dari Fakulti Pendidikan
yang telah memberi kerjasama dan rakan-rakan seperjuangan yang menolong penyelidik
dalam menyempurnakan kajian ini.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 7/75
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali mata pelajaran Kemahiran Hidup
di tiga buah Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang, Johor. Faktor-faktor yang dikaji
ialah faktor minat, persekitaran dan kemahiran. Sampel kajian adalah seramai 45 orang
pelajar Orang Asli yang mewakili keseluruhan populasi dalam penyelidikan ini. Set soal
selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan kebolehpercayaan soal selidik ialah =
0.67. Dapatan data dianalisis dengan menggunakan perisian “Statitiscal Package for the
Social Science’ versi 16.0 (SPSS)” bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan. Hasil
dapatan kajian mendapati bahawa majoriti pelajar Orang Asli mempunyai minat dalam
mempelajari kerja amali Kemahiran Hidup. Mereka juga mengatakan persekitaran
mempengaruhi pembelajaran mereka terhadap kerja amali Kemahiran Hidup. Dari segi
faktor kemahiran pula, hanya sebilangan kecil pelajar Orang Asli bersetuju bahawa
kemahiran mempengaruhi pembelajaran terhadap kerja amali Kemahiran Hidup. Pada
akhir kajian ini, penyelidik mengemukakan beberapa cadangan yang boleh dilakukan
oleh pihak-pihak tertentu. Diharapkan melalui cadangan tersebut dapat mengatasi
permasalahan pembelajaran kerja amali Kemahiran Hidup yang dihadapi oleh pelajar
Orang Asli.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 8/75
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the factors that influence ‘Orang Asli’
students learning in practical classes in Living Skills subjects at three Secondary School
in Kluang, Johor. The factors included interest, environment and skills. The sample
consists of 45 ‘Orang Asli’ students representing the whole population involved in the
research. A questionnaire was conducted and reliability value is = 0.67. Data was
analyzed using “Statitiscal Package for the Social Science’ versi 16.0 (SPSS)” software
to get the frequencies and percentages. Findings indicated that the majority of ‘Orang
Asli’ students interested in learning practical classes in Living Skills. They also said that
the environment influence their learning practical classes in Living Skills. For the skills
factor, only small number of ‘Orang Asli’ students agree that the skills influence
learning in practical classes in Living Skills. At the end of the study, suggestions are also
put forward and hopefully can be solve the problems of ‘Orang Asli’ students learning in
practical classes in Living Skills.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 9/75
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 5
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Kepentingan Kajian 6
1.6.1 Kepentingan kepada Pelajar Orang Asli 6
1.6.2 Kepentingan kepada Guru 7
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 10/75
viii
1.6.3 Kepentingan kepada Pihak Sekolah 7
1.7 Skop dan Batasan Kajian 7
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Faktor 8
1.8.2 Orang Asli 9
1.8.3 Minat 9
1.8.4 Persekitaran 10
1.8.5 Kemahiran 10
1.8.6 Pembelajaran 10
1.8.7 Kerja Amali 11
1.8.8 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup 11
1.9 Penutup 11
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 13
2.1 Pengenalan 13
2.2 Orang Asli 13
2.3 Pendidikan Kemahiran Hidup 16
2.4 Minat 18
2.5 Persekitaran 19
2.6 Kemahiran 20
2.7 Penutup 21
BAB 3 METODOLOGI 22
3.1 Pengenalan 22
3.2 Rekabentuk Kajian 23
3.3 Tempat Kajian 23
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 24
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 11/75
ix
3.5 Instrumen Kajian 25
3.5.1 Kesahan/Kebolehpercayaan 27
3.6 Kajian Rintis 27
3.7 Prosedur Kajian 28
3.8 Analisis Data 31
3.9 Penutup 31
BAB 4 ANALISIS DATA 32
4.1 Pengenalan 32
4.2 Analisis Data Bahagian A 33
4.2.1 Jantina 33
4.2.2 Pilihan yang diambil dalam Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup 34
4.2.3 Pekerjaan Ibu Bapa/Penjaga 35
4.3 Analisis Data Bahagian B : Persoalan Kajian 35
4.3.1 Analisis Data :
Adakah faktor minat mempengaruhi pembelajaran
Pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran
Hidup? 36
4.3.2 Adakah faktor persekitaran mempengaruhi
Pembelajaran Pelajar Orang Asli terhadap
kerja amali Kemahiran Hidup ? 38
4.3.3 Adakah faktor kemahiran mempengaruhi
Pembelajaran Pelajar Orang Asli terhadap
kerja amali Kemahiran Hidup ? 40
4.3.4 Analisis Keseluruhan 42
4.4 Penutup 43
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 12/75
x
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 44
5.1 Pengenalan 44
5.2 Rumusan 45
5.2.1 Demografi Responden 45
5.2.2 Faktor Minat 45
5.2.3 Faktor Persekitaran 46
5.2.4 Faktor Kemahiran 46
5.3 Perbincangan 46
5.3.1 Faktor Minat Mempengaruhi Pembelajaran
Pelajar Orang Asli Terhadap Kerja Amali
Kemahiran Hidup 47
5.32 Faktor Persekitaran Mempengaruhi Pembelajaran
Pelajar Orang Asli Terhadap Kerja Amali
Kemahiran Hidup 47
5.3.3 Faktor Kemahiran Mempengaruhi Pembelajaran
Pelajar Orang Asli Terhadap Kerja Amali
Kemahiran Hidup 50
5.4 Cadangan 51
5.5 Cadangan Penyelidikan Lanjutan 52
5.6 Penutup 53
BIBLIOGRAFI 54
Lampiran A - G
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 13/75
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Organisasi Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran 17
Hidup Bersepadu
3.1 Bilangan Populasi Bagi Tiga Buah Sekolah Menengah 25
Dalam Daerah Kluang
3.2 Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian 26
4.1 Taburan responden mengikut jantina 33
4.2 Taburan responden mengikut pilihan elektif dalam 34
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup yang diambil
4.3 Taburan responden mengikut pekerjaan ibu bapa/penjaga 35
4.4 Taburan Responden Terhadap Faktor Minat 36
4.5 Taburan Responden Terhadap Faktor Persekitaran 38
4.6 Taburan Responden Terhadap Faktor Kemahiran 40
4.7 Taburan Keseluruhan Persoalan Kajian 42
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 14/75
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Carta Aliran Prosedur kajian (Proses Pertama) 29
3.2 Carta Aliran Prosedur kajian (Proses Kedua) 30
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 15/75
xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
KBSR - Kurikulum Baru Sekolah Rendah
KBSM - Kurikulum Baru Sekolah Menengah
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
PMR - Penilaian Menengah Rendah
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
JHEOA - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli
UKM - Universiti Kebangsaan Malaysia
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
EPRD - Bahagian Perancangan dan penyelidikan
PSM - Projek Sarjana Muda
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
SPSS - Statistical Package for the Social Sciences
ƒ - Frekuensi
% - Peratus
KH - Kemahiran Hidup
MPV - Mata Pelajaran Vokasional
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 16/75
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
A Borang Soal Selidik
B Surat Pengesahan Pelajar
C Surat Permohonan Kebenaran Mendapatkan Maklumat
D Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan dari Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)
E Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan dari Jabatan Pelajaran Johor
F Surat Kebenaran Menjalankan Penyelidikan dari Pejabat PelajarDaerah
Kluang
G Surat Pengesahan Item Soal Selidik
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 17/75
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Negara merupakan satu pemikiran yang mantap mengenai
sistem pendidikan Negara Malaysia. Ia menetapkan arah haluan yang mesti ditujui oleh
setiap rakyat dan mengandungi prinsip yang utuh dan daya ketahanan yang kekal bagi
masyarakat majmuk di Negara ini (Malaysia Kita, 2004). Bagi mencapai matlamat
Falsafah Pendidikan Negara, Pihak Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah-
langkah seperti memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM).
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) memberi tumpuan khusus
kepada ilmu dan kemahiran, nilai murni dan bahasa. Ketiga-tiga elemen ini dapat
diterapkan melalui mata pelajaran teras, mata pelajaran pilihan dan kegiatan
kokurikulum. Ketiga-tiga elemen tersebut juga terkandung dalam sukatan pelajaran
Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB).
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 18/75
2
Merujuk kepada Draf Kemahiran Hidup Program Peralihan (1989), dalam kajian
Yahya Buntat et al. (2006), Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan mata
pelajaran berbentuk pra-vokasional yang telah digubal semula berasaskan mata pelajaran
elektif Sains Pertanian, Seni Perusahaan, Perdagangan dan Sains Pertanian. Fokus
pengajaran mata pelajaran ini adalah kepada pelajar yang berada pada tingkatan satu
hingga tingkatan tiga yang bakal menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah
(PMR). Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, terdapat pembelajaran
berteraskan amali selain teori yang dipelajari. Dalam pembelajaran berteraskan amali,
pelajar perlu melakukan aktiviti kerja projek secara fizikal atau ‘hands-on’. Mata
pelajaran ini dirancang sedemikian rupa untuk mencapai matlamat ke arah
mempertingkatkan produktiviti Negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif,
inovatif dan produktif (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003).
Peluang untuk menuntut ilmu adalah berbentuk universal kepada semua kaum
yang terdapat di Malaysia. Selain kaum Melayu, Cina dan India, terdapat satu kaum
minoriti yang kurang diberi perhatian iaitu kaum Orang Asli. Orang Asli adalah
masyarakat peribumi yang paling awal mendiami Tanah Melayu. Hasil penyelidikan
arkeologi yang dijalankan di beberapa buah gunung di timur dan utara Semenanjung
menunjukkan nenek moyang Orang Asli telah mendiami semenanjung sejak abad ke-8
SM, iaitu kira-kira 10,000 tahun yang lalu (Mohd Fauzi Yaacob, 2006). Walaupun
penempatan mereka berada di kawasan pedalaman ada sesetengah keluarga menghantar
anak-anak mereka ke sekolah. Bilangan pelajar Orang Asli yang bersekolah di Sekolah
Menengah adalah kurang berbanding dengan Sekolah Rendah. Oleh disebabkan
bilangan mereka yang sedikit ini, penyelidik telah membuat kajian ke atas pelajar Orang
Asli iaitu mengambil kira faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang
Asli terhadap kerja amali mata pelajaran Kemahiran Hidup. Skop kajian yang dipilih
iaitu kerja amali mata pelajaran Kemahiran Hidup bersesuaian dengan kehidupan
mereka yang mengaplikasi kemahiran.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 19/75
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Orang Asli adalah masyarakat tertua di Malaysia. Tetapi hanya sebilangan kecil
sahaja anggota masyarakat ini yang masih wujud dan kumpulan masyarakat Orang Asli
ini terdapat di merata-rata bahagian Semenanjung Malaysia (Malaysia Kita, 2004).
Orang Asli adalah kaum yang terpinggir dari kemajuan, sosioekonomi, politik dan
pendidikan. Ini adalah kerana bilangannya yang tidak ramai dalam kelompok
masyarakat di Malaysia.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup mempunyai dua sistem pembelajaran iaitu
pembelajaran berteraskan teori dan pembelajaran yang berteraskan amali. Mata
pelajaran Kemahiran Hidup berbeza dengan mata pelajaran lain kerana sukatan
pelajarannya yang terdapat kerja amali yang perlu dilakukan di dalam bengkel. Dalam
kajian Ellstrom (2001), menyatakan kerja amali yang dijalankan dalam bengkel adalah
amalan kerja yang perlu diaplikasi pembelajarannya secara individu ataupun
penyelesaian masalah secara berkumpulan.
Pada masa kini, pencapaian pelajar Orang Asli dalam pendidikan masih terlalu
rendah jika dibanding dengan pencapaian warga Malaysia yang lain (Toh Kit Siang et
al., 2008). Oleh disebabkan itu, terdapat segelintir ibu bapa pelajar Orang Asli yang
hanya menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Menengah, setelah melihat pencapaian
pada Sekolah Rendah tidak memuaskan. Bagi pandangan mereka pelajaran tidak penting
untuk kehidupan mereka. Ini kerana mereka menganggap tanpa pelajaran boleh menyara
kehidupan sendiri. Keadaan ini, mungkin berpunca dari cara hidup Orang Asli yang
masih tertumpu kepada pencarian hasil hutan, berladang, menangkap ikan, bercucuk
tanam dan membuat kraftangan bagi menampung kehidupan seharian (Khairul Hisyam
dan Ibrahim, 2007). Bilangan pelajar Orang Asli yang kurang dalam kelompok pelajar
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 20/75
4
kaum lain telah menjadi perhatian dari guru, pihak pentadbiran sekolah dan termasuk
juga pelajar kaum lain.
Bilangan pelajar Orang Asli yang kurang ini, telah menjadi fokus penyelidik
untuk menjalankan kajian yang berkaitan dengan pembelajaran kerja amali mata
pelajaran Kemahiran Hidup. Bersesuaian dengan cara hidup mereka ini yang telah
mengaplikasi beberapa kemahiran sedia ada.
Oleh yang demikian, penyelidik ingin mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali mata pelajaran
Kemahiran Hidup dalam Daerah Kluang. Kajian ini khusus kepada tiga buah sekolah
iaitu terdapatnya pelajar Orang Asli dalam Daerah Kluang tersebut.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian yang telah dijalankan ini untuk mengenalpasti faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali mata pelajaran
Kemahiran Hidup di tiga buah Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang, Johor.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 21/75
5
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan bertujuan :
1.4.1 Mengenalpasti faktor minat pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran
Hidup.
1.4.2 Mengenalpasti faktor persekitaran di bengkel dan sekolah yang dapat
mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran
Hidup.
1.4.3 Mengenalpasti kemahiran pelajar Orang Asli dalam melakukan kerja amali mata
pelajaran Kemahiran Hidup.
1.5 Persoalan Kajian
Berikut adalah antara persoalan kajian yang dijadikan panduan dalam
menjalankan kajian:
1.5.1 Adakah faktor minat mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap
kerja amali Kemahiran Hidup?
1.5.2 Adakah faktor persekitaran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli
terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 22/75
6
1.5.3 Adakah faktor kemahiran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli
terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian yang telah dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali mata pelajaran
Kemahiran Hidup. Dalam kajian ini, faktor-faktor yang dikaji adalah dari segi minat,
persekitaran dan kemahiran. Kajian ini penting bagi pihak-pihak tertentu untuk
mengatasi permasalahan pembelajaran terhadap pelajar Orang Asli. Antara-antara
kepentingannya ialah :
1.6.1 Kepentingan kepada Pelajar Orang Asli
Melalui kajian ini, diharapkan pelajar Orang Asli yang bersekolah di sekolah
menengah harian dapat menyedari kepentingan mempelajari amali dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup. Pelajar Orang Asli juga dapat mengaplikasikan kemahiran yang
dipelajari semasa kelas amali ke dalam kehidupan seharian mereka. Seterusnya dapat
menjana pendapatan sampingan untuk keluarga mereka.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 23/75
7
1.6.2 Kepentingan kepada Guru
Kajian yang dilakukan ini juga dapat memberi maklumat kepada guru-guru yang
mengajar subjek Kemahiran Hidup tentang masalah dan potensi pelajar Orang Asli.
Dengan adanya maklumat ini, para guru Kemahiran Hidup dapat mengenalpasti
kebolehan serta kemahiran yang sedia ada pada pelajar Orang Asli. Oleh yang demikian,
guru tersebut dapat merancang proses pengajaran dan pembelajaran (P & P) seiring
dengan kemahiran yang ada pada pelajar Orang Asli.
1.6.3 Kepentingan kepada Pihak Sekolah
Pihak sekolah juga perlu memainkan peranan dalam pendidikan pelajar Orang
Asli. Kajian ini amat berguna kepada pihak sekolah untuk mengetahui tentang keperluan
dan permasalahan pembelajaran pelajar Orang Asli. Oleh itu, memudahkan pihak
sekolah membuat perancangan aktiviti pembelajaran dan ko-kurikulum untuk pelajar
Orang Asli supaya mereka ini tidak merasa tersisih.
1.7 Skop dan Batasan Kajian.
Kajian ini terbatas kepada pelajar Orang Asli yang bersekolah di tiga buah
Sekolah Menengah Kebangsaan dalam Daerah Kluang. Hanya 45 orang pelajar Orang
Asli yang berada pada tingkatan satu hingga tingkatan enam dipilih sebagai responden
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 24/75
8
dalam kajian ini. Skop kajian ini adalah tertumpu pada faktor minat, persekitaran dan
kemahiran yang mempengaruhi pembelajaran kerja amali mata pelajaran Kemahiran
Hidup.
1.8 Definisi Istilah
Terdapat beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini. Definisi istilah yang
diterangkan di bawah ini bagi mengelakkan kekeliruan yang mungkin akan berlaku di
masa hadapan. Antara istilah tersebut adalah seperti :
1.8.1 Faktor
Faktor memberi maksud keadaan atau tenaga yang mempunyai pengaruh ke atas
hasil dari sesuatu yang berlaku itu mesti ada sebabnya (Kamus Dewan, 1991). Dalam
kajian ini, menerangkan keadaan yang mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli
terhadap kerja amali Kemahiran Hidup iaitu faktor minat, persekitaran dan kemahiran.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 25/75
9
1.8.2 Orang Asli
Menurut Hasan Mat Nor (1998), istilah peribumi digunakan bagi merujuk kepada
kumpulan-kumpulan etnik natif kepada sesuatu wilayah yang dituntut dan dipertahankan
sepenuhnya oleh sesebuah negara di mana mereka ini telah datang di wilayah tersebut
lama sebelum wilayah itu wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat.
Bagi Kamus Dewan pula memberi takrif Orang Asli sebagai penduduk asal
sesebuah negeri (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002). Definisi yang hampir sama
diberikan oleh Kamus Longman (1997), yang mentakrifkan peribumi sebagai aboriginal
iaitu para penduduk asal (aborigines) yang telah wujud di sesuatu negeri sejak awal lagi.
Dalam konteks ini, dapat difahami bahawa peribumi merupakan istilah umum yang
digunakan bagi merujuk kepada semua kelompok manusia yang dianggap sebagai
penghuni asal atau terawal di Malaysia. Orang Asli dalam kajian ini merujuk kepada
pelajar Orang Asli yang tinggal di perkampungan Orang Asli kawasan Kluang.
1.8.3 Minat
Definisi minat iaitu keinginan (kesukaan, kecenderungan) kepada sesuatu.
(Kamus Dewan, 2005). Dalam kajian ini, minat adalah minat yang tunjukkan oleh
pelajar Orang Asli terhadap pembelajaran amali Kemahiran Hidup di sekolah.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 26/75
10
1.8.4 Persekitaran
Menurut Razami (1999) dalam kajian Amran Khalid (2002), persekitaran adalah
perihal sekeliling di mana ia juga berkaitan dengan suasana, keadaan di sekeliling
ataupun sesuatu keadaan. Persekitaran di dalam bengkel dan luar bengkel yang selesa
dan tenang membolehkan pelajar belajar dengan baik dan fokus terhadap pembelajaran
amali. Oleh itu, persekitaran yang dikaji dalam kajian ini adalah suasana atau keadaan di
sekitar kawasan pembelajaran amali Kemahiran Hidup iaitu di bengkel, luar bengkel dan
sekolah.
1.8.5 Kemahiran
Kemahiran bermaksud kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu (Kamus
Pelajar, 2009). Kemahiran di dalam kajian ini merujuk kepada kemahiran yang ada pada
pelajar Orang Asli untuk diaplikasikan ke dalam kerja amali Kemahiran Hidup.
1.8.6 Pembelajaran
Pembelajaran merupakan suatu perubahan tingkah laku manusia yang agak kekal
dan stabil serta dihasilkan melalui pengalaman atau latihan (Mok, 2000). Pada kajian ini,
pembelajaran adalah latihan kerja amali yang dilakukan oleh pelajar Orang Asli di
dalam bengkel ataupun di luar bengkel.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 27/75
11
1.8.7 Kerja Amali
Definisi kerja amali iaitu kerja mempraktikkan (melakukan) apa yang tersebut
dalam teori (Kamus Dewan Edisi Keempat, 2009). Amali adalah melakukan kerja fizikal
dalam sesuatu pembelajaran itu.
1.8.8 Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan satu mata pelajaran yang
dipelajari dalam bentuk teori dan amali yang berunsurkan teknologi. Mata pelajaran ini
ditawarkan kepada tingkatan satu hingga tiga. Ianya mengandungi bahagian teras dan
elektif. Dan merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu diambil dan dinilai dalam
Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
1.9 Penutup
Kerja amali yang dipraktikkan dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu (KHB) penting bagi memastikan isi pelajaran yang disampaikan dapat
difahami. Pelajar Orang Asli mempunyai kelebihan dalam kerja yang melibatkan fizikal.
Mereka sememamgnya terdedah dengan cara hidup yang melibatkan kemahiran fizikal.
Dalam kajian ini, penyelidik ingin mengupas terhadap aspek utama iaitu minat,
persekitaran dan kemahiran yang mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 28/75
12
Diharapkan dengan adanya kajian ini, dapat menyelesaikan isu berkaitan dengan
penglibatan pelajar Orang Asli dalam pembelajaran kerja amali Kemahiran Hidup.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 29/75
13
BAB II
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik membuat sorotan kajian penulisan yang mempunyai
hubungan dengan istilah-istilah yang berkaitan. Faktor-faktor seperti minat, persekitaran
dan kemahiran akan dijelaskan secara keseluruhan melalui bab ini. Kajian-kajian lepas
yang berkaitan dengan tajuk juga dibincangkan dalam sorotan kajian ini. Selain itu,
elemen-elemen seperti mata pelajaran Kemahiran Hidup dan pelajar Orang Asli juga
turut dibincangkan dengan lebih lanjut.
2.2 Orang Asli
Masyarakat Orang Asli merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat
Bumiputera di negara ini. Oleh yang demikian, mereka juga mempunyai hak istimewa
sepertimana masyarakat Bumiputera yang lain. Orang Asli merupakan masyarakat yang
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 30/75
14
mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza. Perbezaan ini ketara dari segi cara
hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Secara rasminya masyarakat Orang Asli
dibahagikan kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli
(Mohd Risdi, 2008).
Di Malaysia, jumlah populasi mengikut banci penduduk dan perumahan tahun
2000, penduduk Orang Asli berjumlah 132,873 orang, yang terdiri daripada populasi
Negrito 4150 orang, Semoi 72871 orang dan Melayu Proto 859 orang. Mereka
merupakan kelompok minoriti dalam Negara (Nong Pai, Disember 2002).
Kebiasaannya, mereka menetap di sekitar kawasan pinggir bandar atau pedalaman di
seluruh Semenanjung Malaysia. Sesuatu komuniti Orang Asli itu di ketuai oleh ‘Tok
Batin’ iaitu Ketua Kampung.
Orang Asli di Malaysia terbahagi kepada tiga kaum utama iaitu,Melayu Proto
(Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa. Bagi kaum
Negrito, terdapat Orang Kensiu, Orang Kintak, Orang Lanoh, Orang Jahai, Orang
Mendriq dan Orang Bateq. Bagi kaum Senoi, terdapat Orang Temiar,Orang Semai,
Orang Semoq Beri, Orang Jah Hut, Orang Mahmeri, Orang Che Wong. Bagi kaum
Proto-Melayu pula, terdapat Orang Kuala, Orang Kanaq, Orang Seletar, Orang Jakun,
Orang Semelai dan Orang Temuan. Kaum Orang Asli yang berbeza mempunyai budaya,
bahasa dan cara hidup yang berbeza.
JHEOA iaitu singkatan bagi Jabatan Hal Ehwal Orang Asli merupakan badan
pertubuhan yang menjaga kebajikan dan kepentingan hal ehwal Orang Asli. Kesedaran
pentingnya pendidikan dalam kalangan Orang Asli pada masa sekarang masih di tahap
yang rendah. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan satu kajian yang dikaji oleh
sekumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mendapati
hampir 50 peratus pelajar orang asli berhenti sekolah selepas tahun enam manakala
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 31/75
15
sebahagian lagi sebelum peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) (Toh Kit
Siang et al., 2008).
Kehidupan Orang Asli banyak bergantung pada hasil hutan, bertani, membuat
kraf tangan dan lain-lain aktiviti. Mereka sememangnya sudah terdedah dengan cara
hidup yang memerlukan pengaplikasian kemahiran. Kebanyakan dari mereka
memperoleh pendapatan sendiri seperti menjual hasil tanaman sendiri. Jadi melalui hasil
yang telah didapati itu, Orang Asli tidak cukup untuk menyara bilangan isi rumah yang
ramai. Jadi Orang Asli ini terbelenggu dalam masalah kemiskinan. Apabila hal ini
berlaku, mereka hanya mementingkan keperluan harian yang perlu dipenuhi dahulu.
Bagi mereka pelajaran tidak penting kepada anak-anak. Oleh disebabkan itu terjadinya
masalah keciciran dalam pelajaran terhadap anak-anak mereka. Menurut Laporan
Jawatankuasa ke atas kajian Pendapat Mengenai Pelajaran dan Masyarakat (Laporan
Keciciran ) pada tahun 1973, kajian ini mendapati bahawa ramai murid-murid miskin di
luar bandar yang tercicir berbanding dengan rakan-rakan mereka di bandar.
Tetapi pada masa kini, pendidikan bagi masyarakat Orang Asli kini mempunyai
peluang yang sama rata seperti masyarakat lain. Mereka juga diberi peluang untuk terus
bersaing secara sihat untuk mendapatkan kehidupan yang lebih selesa. Melalui
pendidikan yang diperolehi, jumlah pendapatan yang lumayan di kalangan Orang Asli
boleh dinikmati untuk meningkatkan taraf hidup mereka (Nurakhmar, 2007).
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 32/75
16
2.3 Pendidikan Kemahiran Hidup
Dalam Rancangan Pembangunan Malaysia, matlamat pendidikan bukan sahaja
untuk membasmi buta huruf tetapi juga untuk mencapai matlamat ekonomi negara.
Dalam Rancangan Malaysia ke 2 (1971-1975), salah satu matlamat pendidikan ialah
meningkatkan mutu pendidikan untuk membentuk masyarakat berasaskan sains dan
teknologi (Shahril et al.,1999).
Pendidikan Kemahiran Hidup yang terdapat di Sekolah Menengah adalah
berpandukan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Pendidikan
Kemahiran Hidup terbahagi kepada pembelajaran secara teori dan amali dalam
sukatannya. Objektif Kemahiran Hidup adalah meliputi seperti berikut:
i) Meningkatkan kualiti asas Kemahiran Hidup dan aspek amali
(Kemahiran Hidup Reka Cipta dan Kemahiran penyelenggaraan
peralatan) untuk pelajar sasaran)
ii) Sebagai elemen untuk menyalurkan dan mengembangkan bakat, minat
dan estetika murid dalam Kemahiran Hidup.
iii) Menjadikan subjek yang paling digemari oleh semua murid dengan
pembabitan bagi yang maksimum dan menyeronokkan.
(Sumber dari Panitia Kemahiran Hidup)
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 33/75
17
Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup mempunyai sukatan pembelajaran
dalam bentuk teori dan amali. Setiap subtopik dalam sukatan ini mengajar dan
membolehkan pelajar mengaplikasi topik yang dipelajari. Jadual 1 menunjukkan
Organisasi Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu.
Jadual 2.1 : Organisasi Kandungan Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Bersepadu
Bahagian Teras : Bahagian Pilihan :
a. Reka Bentuk dan Penghasilan
Projek
b. Elektrik
c. Elektronik
d. Kerja Paip
e. Lukisan Teknik
f. Pengurusan Diri
g. Jahitan
h.
Masakani. Tempat Kediaman
j. Tanaman Hiasan
k. Perniagaan dan Keusahawanan
Kemahiran Teknikal
a. Elektrik
b. Elektronik
c. Asas Elektromekanikal
d. Perniagaan dan Keusahawanan
Ekonomi Rumah Tangga
a. Pemakanan dan Pengurusan Sajian
b. Bater
c. Kuih Tempatan
d. Pakaian
e. Jahitan
f. Perniagaan dan Keusahawanan
Pertanian
a. Kompos
b. Tanaman Sayuran
c. Ternakan
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 34/75
18
d. Perniagaan dan Keusahawanan
Perdagangan dan Keusahawanan
a. Pengenalan kepada Perniagaan
b. Penubuhan dan Pengendalian
Perniagaan
c. Dokumen Perniagaan
d. Pengeluaran
Sumber : Pusat Perkembangan Kurikulum (2010)
2.4 Minat
Minat sangat penting dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu. Tanpa minat,
pekerjaan yang dihasilkan tidak memberi kesan yang baik dan bernilai. Begitu juga
dalam pelajaran, seseorang pelajar perlu mempunyai minat dalam mempelajari sesuatu
subjek itu. Pelajar yang mempunyai minat akan mendorong mereka untuk berusaha
sehingga berjaya. Minat yang ada dalam diri seseorang boleh dibentuk melalui
pengalaman sendiri atau melalui pembelajaran. Menurut Sharifah Alwiah (1985), minat
adalah daya penggerak atau kecenderungan seseorang untuk memberi perhatian kepada
seseorang, benda atau kegiatan. Minat berupaya menimbulkan daya usaha yang tinggi
kepada seseorang. Selain itu, minat mendorong seseorang itu untuk menumpu kepada
perkara yang diminatinya.
Minat memberi kesan yang mendalam untuk memandu, merangsang atau
mendorong untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan. Minat berkait rapat dengan
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 35/75
19
desakan, motif dan gerak balas emosi dan hasil pengalaman dengan alam sekitar
(Muzlifah, 2004). Tambahan lagi jikalau seseorang itu berminat walaupun mempunyai
kebolehan sederhana, mereka selalunya boleh mengembangkan minat yang kuat dan
seterusnya berusaha menguasai dengan gigih sehingga membawa kejayaan kepada
pencapaian yang lebih tinggi.
Oleh itu, minat adalah penting untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Mengikut
Ralph Tyler dalam kajian Mohd Risdi (2008), minat adalah sesuatu perkara penting
dalam pendidikan sebagai matlamat atau proses iaitu sebagai objektif. Minat seseorang
itu boleh menentukan apa yang hendak dilakukannya. Terutamanya dalam Kemahiran
Hidup memerlukan seorang pelajar itu mahir mengaplikasikan kemahiran yang sedia
ada.
Aspek minat bagi pelajar Orang Asli terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup
perlu dikenalpasti sebelum menjuruskan mereka mengikuti pembelajaran di tingkatan
empat dan mengetahui jurusan yang hendak dipilih. Berdasarkan kajian-kajian yang
lepas, jelas menunjukkan kepada kita bahawa minat merupakan unsur terpenting untuk
mencapai sesuatu kejayaan atau menghasilkan sesuatu yang terbaik bagi seseorang
individu.
2.5 Persekitaran
Persekitaran yang di maksudkan ialah keadaan bilik darjah atau bengkel dimana
pembelajaran tersebut dijalankan . Persekitaran yang baik dapat memberikan peransang
dan tarikan kepada pelajar untuk belajar. Menurut Ee Ah Meng (2003), pihak sekolah
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 36/75
20
perlu memastikan bahawa perabot yang terdapat di sekolah adalah sesuai, peredaran
udara yang baik , ruang yang mencukupi serta tempatnya terang. Dengan adanya sifat-
sifat ini, dapat memberikan keselesaaan kepada pelajar sepanjang proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P) dijalankan. Selain itu, iklim dan persekitaran kelas atau bengkel
yang sunyi tanpa sebarang gangguan dapat mempengaruhi pembelajaran pelajar.
Pendapat dari Mohd Noh (1994) pula, menyokong pendapat di atas dengan menyatakan
bahawa lokasi bilik darjah atau sekolah yang jauh dari kebisingan menimbulkan minat
pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajarinya.
Menurut Crow (1980), cahaya yang tidak cukup, suhu atau kelembapan,
perawakan yang lemah, keadaan fizikal di bawah perawakan normal, emosi yang
terganggu atau kebosanan yang berkaitan dengan kegiatan yang melampau mungkin
menimbulkan perasaan lesu. Keadaan ini akan membuatkan kelas itu tidak menarik dan
pelajar jadi malas untuk belajar.
2.6 Kemahiran
Kemahiran adalah kebolehan atau kepakaran dalam melakukan sesuatu
pekerjaan. Lebih banyak kemahiran yang dapat dikuasai ,akan mendatangkan lebih
banyak faedah dalam kehidupan. Dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup menerapkan
kemahiran-kemahiran asas melalui komponen pilihan seperti Ekonomi Rumah Tangga
(ERT), Sains Pertanian dan Kemahiran Teknikal. Pendidikan kemahiran dapat
menyediakan pekerjaan alternatif untuk individu yang gagal untuk mendapatkan
pekerjaan dengan majikan iaitu ‘bekerja sendiri’ (Zaidatol Akmaliah, 1993). Misalnya,
pelajar yang mempunyai kemahiran dalam menjahit pakaian, mereka boleh berusaha
sendiri untuk membuka kedai pakaian.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 37/75
21
Kemahiran-kemahiran asas yang terdapat pada mata pelajaran Kemahiran Hidup
ini sesuai dipupuk ketika peringkat remaja lagi. Peringkat awal remaja adalah tahap yang
paling sesuai untuk menerapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan kemahiran ini (Imran
Idris, 1993). Ini kerana, pada peringkat ini pelajar mudah mempelajari dan seterusnya
dapat mengaplikasikan kemahiran yang diperolehi ke dalam bentuk kerja yang
berbentuk praktikal. Oleh yang demikian, dengan kemahiran tersebut membolehkan
mereka menyelesaikan masalah yang berkaitan di rumah.
Apabila kemahiran dapat diaplikasikan ke dalam kerja projek amali, secara tidak
langsung pelajar telah menggunakan teknologi dalam menyiapkan kerja. Justeru itu,
pelajar ini dapat memikirkan idea, cara atau kaedah dalam menghasilkan sesuatu projek
Reka Bentuk. Tetapi golongan ini perlu dipantau dan dibimbing bagi menyediakan
modal insan yang cemerlang. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan ialah menumpukan
perhatian sepenuhnya kepada pembangunan tenaga manusia terutama dalam bidang
kemahiran dan teknologi (Shahril Marzuki, 1993).
2.7 Penutup
Berdasarkan kepada faktor-faktor seperti minat, persekitaran dan kemahiran
dapat memberi pengaruh pembelajaran kepada pelajar Orang Asli. Ini kerana, mereka
juga mempelajari amali Kemahiran Hidup yang sama dengan pelajar yang lain. Dengan
dorongan dari ibu bapa, guru dan persekitaran sekeliling pelajar Orang Asli boleh pergi
jauh ke hadapan lagi. Lagi pula, mereka ini terkenal dengan kerajinan dan kemahiran
sedia ada dalam menghasilkan sesuatu kerja.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 38/75
22
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Metodologi kajian adalah lanjutan daripada bab satu yang lebih menjawab
kepada kaedah yang akan digunakan oleh penyelidik terhadap kajiannya. Kaedah dalam
sesuatu kajian sangat penting bagi memastikan keputusan yang dikehendaki. Melalui
kaedah juga penyelidik dapat menentukan keberkesanan sesuatu kajian dan dapat
mempengaruhi hasil dapatan yang diperoleh nanti. Kaedah yang digunakan oleh
penyelidik dalam kajian ini adalah :
(i) Rekabentuk Kajian
(ii) Tempat Kajian
(iii)
Populasi dan Sampel Kajian(iv) Instrumen Kajian
(v) Kajian Rintis
(vi) Prosedur Kajian
(vii) Analisis Data
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 39/75
23
Kaedah yang digunakan ini dapat memudahkan penyelidik mencari maklumat
dan mengutip data yang dikehendaki. Seterusnya, memudahkan penyelidik menganalisis
data dengan betul.
3.2 Rekabentuk Kajian
Rekabentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk deskriptif.
Penyelidik menggunakan borang soal selidik sebagai alat mengumpul data. Rekabentuk
ini bersesuaian dengan kajian kerana pengambilan data dibuat pada masa tertentu sahaja.
Jika rekabentuk yang digunakan tidak sesuai, hasil kajian yang diperoleh mungkin tidak
benar dan dengan ini mendatangkan kesan yang negatif kepada penyelidik lain yang
membuat rujukan hasil kajian tersebut (Chua, 2006). Oleh itu, penyelidik perlu memilih
rekabentuk yang bersesuaian dengan kajian yang ingin dibuat agar tidak terdapat
sebarang kesilapan. Data diperolehi berdasarkan pernyataan dan rekod daripada
responden yang mengisi maklumat mereka di dalam borang soal selidik yang diedarkan.
3.3 Tempat Kajian
Kajian ini telah dijalankan di tiga buah Sekolah Menengah dalam Daerah
Kluang, Johor. Penyelidik telah mengenalpasti adanya pelajar Orang Asli pada tiga buah
sekolah ini.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 40/75
24
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian adalah terdiri daripada 45 orang pelajar Orang Asli yang terdapat
di tiga buah Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang, Johor. Kesemua populasi
merupakan sampel kajian. Ini kerana, bilangannya yang terhad dalam sesebuah sekolah
tersebut. dalam kajian Mohd Risdi (2008), menyatakan memandangkan jumlah pelajar
Orang Asli adalah terhad, maka kesemua populasi boleh diambil sebagai sampel kajian.
Jumlah bilangan pelajar Orang Asli dalam setiap sekolah ditunjukkan seperti di bawah :
i) Terdiri daripada 39 orang pelajar Orang Asli dari Sekolah
Menengah Kebangsaan Kahang,
ii) 3 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul
Jalil,
iii) 3 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Aris
Bendahara,
Dalam kajian ini, penyelidik melakukan kajian ke atas faktor-faktor yang
mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali mata pelajaran
Kemahiran Hidup dalam Daerah Kluang, Johor. Jadual 3.1 di bawah menunjukkan
bilangan populasi bagi tiga buah Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang, Johor.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 41/75
25
Jadual 3.1 : Bilangan Populasi Bagi Tiga Buah Sekolah Menengah Dalam Daerah
Kluang.
SEKOLAH SMK
KAHANG
SMK SULTAN
ABDUL JALIL
SMK
TENGKU ARISBENDAHARA
Ting 1 12 - -
Ting 2 4 - -
Ting 3 8 2 -
Ting 4 10 1 -
Ting 5 3 - 1
Ting 6A - - 2
P.Khas 2 - -
Jumlah 39 orang 3 orang 3 orang
JUMLAH KESELURUHAN 45 orang
( Analisis pelajar kaum Asli Semenanjung Sekolah Menengah Mengikut Tingkatan,
2011)
3.5 Instrumen Kajian
Penyelidik menggunakan satu set soal selidik sebagai instrumen bagi
mendapatkan data daripada responden. Merujuk kepada pernyataan oleh Mohd Nawi Ab
Rahman (2000), iaitu dalam banyak keadaan soal selidik adalah perlu, tidak kira apa jua
kaedah mendekati responden yang dipilih. Dalam kajian ini, penyelidik membahagikan
kepada dua bahagian dalam soal selidik, iaitu :
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 42/75
26
i) Bahagian A : Latar belakang responden yang terdiri daripada
jantina, pilihan yang diambil dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup, dan pekerjaan ibubapa/penjaga.
ii) Bahagian B : Terbahagi kepada tiga bahagian mengikut
persoalan kajian yang mengandungi item-item
yang akan menjawab persoalan kajian. Persoalan
kajian iaitu faktor-faktor seperti minat,
persekitaran dan kemahiran yang mempengaruhi
pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja
amali mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Jadual 3.2 menunjukkan bilangan item-item yang dikaji merujuk kepada
persoalan kajian yang dihasilkan.
Jadual 3.2 Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian
Bil Persoalan Kajian Nombor Item Bilangan Item
1 Faktor minat 1,2,3,4,5,6,7,8,9,10 10
2 Faktor persekitaran 11,12,13,14,15,16,17,18,19,20 10
3 Faktor kemahiran 21,22,23,24,25,26,27,28,29,30 10
Jumlah keseluruhan item 30
Pada bahagian B, penyelidik menggunakan Skala Binari iaitu ‘ya’ atau ‘tidak’
untuk faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja
amali Kemahiran Hidup. Menurut Mohd Najib (1999), Skala Binari ini digunakan hanya
dalam situasi yang mana tidak ada pilihan lain.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 43/75
27
3.5.1 Kesahan/Kebolehpercayaan Instrumen
Kesahan instrumen adalah satu kajian yang perlu dilakukan sebelum kajian rintis
dibuat. Kesahan instrumen ini perlu dibuat bagi menentukan tahap kebolehpercayaan
soal selidik yang akan digunakan.
Jenis kesahan yang paling penting adalah kesahan isi, yang dapat dinilai dengan
meminta kerjasama daripada pakar dalam bidang yang dikaji bagi memeriksa ketepatan
dan kesahan set soal selidik yang disediakan (Azizi Yahya et al., 2007). Oleh itu, bagi
memastikan kebolehpercayaan soal selidik kajian ini, penyelidik telah meminta bantuan
atau kesahan daripada pensyarah-pensyarah seperti di bawah :
i) Puan NorNazira Binti Suhairom
Pensyarah dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
ii) Puan Sanitah Binti Mohd Yusof
Pensyarah dari Jabatan Asas Pendidikan
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
3.6 Kajian Rintis
Kajian rintis merupakan kajian yang dijalankan sebelum borang soal selidik
digunakan dalam kajian sebenar. Kajian rintis dijalankan terlebih dahulu untuk
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 44/75
28
memastikan tahap kebolehpercayaan dan keesahan soal selidik yang digunakan.
Menurut Majid Konteng (1990), kebolehpercayaan akan memberi darjah kekekalan dan
ketepatan instrumen pengukuran. Instrumen yang mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi akan memberi keputusan yang sama dan hampir sama setiap kali ia digunakan di
dalam situasi setara. Untuk kajian rintis ini, seramai 10 orang pelajar Orang Asli di
Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah, Johor Bahru telah diminta untuk
menjawab borang soal selidik ini. Pemilihan ini dilakukan untuk menyamai dari segi
faktor minat, persekitaran dan kemahiran terhadap pembelajaran kerja amali Kemahiran
Hidup berdasarkan kepada tajuk kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Hasil kajian rintis
yang telah dijalankan di sekolah tersebut, keputusan yang diperolehi menunjukkan
kebolehpercayaan (reliability cronbachs) Alpha bagi keseluruhan item yang dibina ialah
0.67. Mengikut Mohamad Najib (1999), nilai cronbachs melebihi 0.6 merupakan satu
nilai kebolehpercayaan item ditahap boleh diterima pakai. Oleh itu, borang soal selidik
yang dibina oleh pengkaji boleh digunakan untuk diedarkan kepada responden di tiga
buah Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang.
3.7 Prosedur Kajian
Pada peringkat awal, penyelidik perlu berbincang dengan penyelia pembimbing
mengenai tajuk dan bidang kajian yang hendak dikaji. Setelah bidang kajian telah
dikenalpasti iaitu berkaitan masalah pembelajaran pelajar Orang Asli, penyelidik perlu
mendapatkan data bilangan pelajar Orang Asli di Pejabat Pelajaran Daerah Kluang.
Apabila data pelajar Orang Asli telah dikenalpasti iaitu di tiga buah Sekolah Menengah
dalam Daerah Kluang, dapatlah penyelidik menyiapkan kertas cadangan kajian. Kertas
cadangan kajian ini mengandungi objektif kajian, kepentingan kajian, sorotan kajian dan
metodologi. Kajian ini memerlukan penyelidik menggunakan responden dalam kalangan
pelajar Orang Asli yang berada di Sekolah Menengah. Sebelum penyelidik mengedarkan
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 45/75
29
borang soal selidik, penyelidik perlu mendapat kelulusan daripada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan (EPRD), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan
menghantar kertas cadangan kajian dan termasuk borang soal selidik. Prosedur kajian
seterusnya dapat di lihat pada carta alir prosedur kerja yang disediakan.
Rajah 3.1 Carta Aliran Prosedur Kajian ( Proses pertama )
Memilih penyelia PSM :
‐ Pengesahan penyeliaan PSM (Borang C)
Menentukan tajuk kajian , objektif dan persoalan kajian
(pembolehubah yang berkaitan)
Membuat perbincangan dengan penyelia mengenaitajuk yang dipilih
Jika
terdapat
masalah
Mengumpul maklumat awal :
‐ Masalah kajian, pernyataan yang berkaitan dengan tajuk dan lain-lain
Mencari sorotan
kajian lepas :
Penulisan kajian-
kajian yang lepas
Tentukan persampelan :
- Saiz sampel dan pemilihan sampel
Kenalpastikonstruk kajian
Memilih kaedah kajian :
‐ Kajian deskriptif
Pembinaan Soal Selidik
Membuat pembacaan di perpustakaan dan internet berkaitan denganmasalah pendidikan Orang Asli
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 46/75
30
Rajah 3.2 Carta Aliran Prosedur Kajian ( Proses kedua )
Kajian Sebenar :
‐ Mengedar soal selidik kepada pelajar setelah mendapat kelulusan
daripada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan KPM dan Pengetua
Sekolah
Membuat pengubahsuaian soal selidik dan
persampelan
Kajian Rintis :
‐ Setelah menda atkan kelulusan dari EPRD
Membina soal selidik :
‐ Dengan mengambilkira semua konstruk kajian (pilih kaedahroses data
Dapatan kajian
Laporan Penuh Projek Sarjana
Muda
Analisis data
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 47/75
31
3.8 Analisis Data
Data yang diperolehi daripada soal selidik akan dianalisis datanya terlebih
dahulu bagi mendapatkan hasil dapatan sesuatu kajian. Data ini akan diproses bagi
tujuan mengumpul, mengelola, menganalisis, menyimpan dan menterjemahkan data.
Dan seterusnya data ini akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statitiscal
Package for the Social Science versi 16.0 (SPSS). Dalam kajian ini, penyelidik
menggunakan analisis deskriptif. Melalui analisis deskriptif ini, penyelidik boleh
menggunakan frekuensi dan peratusan bagi memperolehi hasil dapatan kajian. Hasil
dapatan yang diperolehi daripada hasil analisis akan ditunjukkan dalam bentuk jadual
yang mengandungi frekuensi dan peratus.
3.9 Penutup
Metodologi dalam sesebuah kajian itu sangat penting bagi memastikan kaedah
serta proses yang perlu dilakukan untuk memperoleh hasil dapatan kajian. Instrumen
kajian yang digunakan perlulah bersesuaian dengan kajian yang ingin dibuat. Secara
umumnya, semua yang diterangkan dalam bab ini akan dilaksanakan untuk memperolehi
data sebelum membuat analisis data.
Reka bentuk kajian yang dipilih, tempat kajian, populasi dan persampelan kajian,
instrumen kajian, cara analisis data dan tujuan menjalankan kajian juga turut
dikemukakan. Diharapkan agar dengan adanya bab metodologi ini dapat membantu
penyelidik mendapatkan hasil kajian yang jitu, tepat dan bermutu.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 48/75
32
BAB IV
ANALISIS KAJIAN
4.1 Pengenalan
Dalam bab ini penyelidik akan menerangkan hasil penganalisisan yang telah
diperolehi melalui borang soal selidik yang telah dikutip data. Penyelidik menggunakan
perisian Statitiscal Package for the Social Science’ versi 16.0 (SPSS) bagi memperolehi
nilai kekerapan dan peratusan. Maklumat daripada analisis data tersebut diproses,
disusun terlebih dahulu dan seterusnya dirumus dalam bentuk jadual.
Sebanyak 45 set soal selidik telah diedarkan kepada responden yang terdiri
daripada pelajar Orang Asli yang bersekolah di Sekolah Menengah dalam Daerah
Kluang. Dalam bab ini juga, penyelidik menganalisis dua bahagian yang terdapat dalam
soal selidik, iaitu bahagian A mengenai data biodata responden, manakala bahagian B
mengenai item-item bagi soalan kajian.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 49/75
33
4.2 Analisis Data Bahagian A
Analisis data pada bahagian A mengandungi data tentang jantina responden,
pilihan yang diambil dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup dan pekerjaan ibu bapa
atau penjaga.
4.2.1 Jantina
Jadual 4.1 Taburan responden mengikut jantina
Jantina Frekuensi (ƒ) Peratus (%)
Lelaki 17 37.8
Perempuan 28 62.2
Jumlah 45 100.0
Merujuk kepada Jadual 4.1, kajian ini melibatkan responden seramai 45 orang
pelajar Orang Asli di Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang. Berpandukan daripada
jadual tersebut, penyelidik mendapati pelajar perempuan adalah bilangan responden
yang tertinggi iaitu sebanyak 28 orang atau (62.2%) responden. Manakala bagi
responden dari pelajar lelaki pula adalah 17 orang atau (37.8%) responden. Ini
menunjukkan bahawa bilangan responden mengikut jantina mempunyai perbezaan yang
ketara.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 50/75
34
4.2.2 Pilihan yang diambil dalam Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Jadual 4.2 Taburan responden mengikut pilihan elektif dalam Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup yang diambil.
Pilihan Elektif
Kemahiran Hidup
Frekuensi (ƒ) Peratus (%)
Ekonomi Rumah Tangga 28 62.2
Kemahiran Teknikal 17 37.8
Sains Pertanian 0 0
Perdagangan dan
Keusahawanan
0 0
Jumlah 45 100.0
Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut pilihan elektif dalam Mata
Pelajaran Kemahiran Hidup yang diambil. Berpandukan pada jadual 4.2, sebanyak 28
orang atau (62.2%) responden yang mengambil Ekonomi Rumah Tangga sebagai pilihan
elektif Kemahiran Hidup. Pilihan elektif Ekonomi Rumah Tangga adalah pilihan yangtertinggi bagi pelajar Orang Asli kerana bilangan pelajar perempuan yang ramai
berbanding dengan pelajar lelaki. Manakala jumlah responden yang mengambil pilihan
Kemahiran Teknikal adalah 17 orang atau (37.8%) responden daripada keseluruhannya.
Bagi pilihan Sains Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan tiada responden yang
memilih elektif Kemahiran Hidup tersebut.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 51/75
35
4.2.3 Pekerjaan Ibu Bapa/Penjaga
Jadual 4.3 Taburan responden mengikut pekerjaan ibu bapa/penjaga
Pekerjaan Ibu
Bapa/Penjaga
Frekuensi (ƒ) Peratus (%)
Bekerja Sendiri 41 91.1
Sektor Swasta 4 8.9
Sektor Kerajaan 0 0
Peniaga 0 0
Tidak Bekerja 0 0
Jumlah 45 100.0
Jadual 4.3 merupakan taburan responden mengikut pekerjaan ibu bapa atau
penjaga. Terdapat hanya dua pekerjaan yang dijalankan oleh ibu bapa atau penjaga
responden iaitu bekerja sendiri dan bekerja di sektor Swasta. Taburan pekerjaan ibu bapa
atau penjaga responden yang tertinggi adalah yang bekerja sendiri iaitu sebanyak 41
orang atau (91.1%) responden. Bagi taburan ibu bapa atau penjaga yang bekerja disektor Swasta adalah kurang daripada bekerja sendiri iaitu 4 orang atau (8.9%)
responden. Tiada ibu bapa atau penjaga responden yang bekerja di sektor Kerajaan,
sebagai peniaga dan tidak bekerja.
4.3 Analisis Data Bahagian B : Persoalan Kajian
Pada set borang soal selidik mengandungi Bahagian B yang mempersoalkan
tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran Pelajar Orang Asli terhadap
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 52/75
36
kerja amali Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Item-item soalan yang dipersoalkan
dalam bahagian ini adalah untuk menjawab persoalan kajian yang telah dibuat.
Antaranya ialah faktor-faktor yang mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli
terhadap kerja amali Kemahiran Hidup seperti faktor minat, faktor persekitaran dan
faktor kemahiran. Data yang diperolehi disusun mengikut persoalan kajian seperti dalam
Jadual
4.3.1 Analisis Data 1 :
Adakah faktor minat mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli
terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?
Jadual 4.4 Taburan Responden Terhadap Faktor Minat
Item Pernyataan Ya Tidak
ƒ % ƒ %
1 Saya suka melakukan aktiviti amali KH
dibengkel
40 88.9 5 11.1
2 Saya memberi tumpuan sepenuhnya ketika
guru membuat demonstrasi proses kerja
39 86.7 6 13.3
3 Saya tidak sabar untuk ke kelas amali KH 26 57.8 19 42.2
4 Saya tidak suka bergurau senda dengan
rakan semasa melakukan aktiviti amali di
bengkel
28 62.2 17 37.8
5 Saya akan menyiapkan kerja sekiranya
guru tiada di bengkel
41 91.1 4 8.9
6 Saya tidak malu bertanya kepada guru, 33 73.3 12 26.7
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 53/75
37
sekiranya ada masalah dalam melakukan
kerja amali
7 Saya akan berpuas hati setelah kerja
disiapkan dengan sempurna
45 100 0 0
8 Saya akan mempraktikkan kerja amali
yang dipelajari di rumah
31 68.9 14 31.1
9 Saya suka kerja yang menggunakan tenaga
fizikal
34 75.6 11 24.4
10 Saya tahu apa yang perlu dilakukan ketika
kerja amali tanpa arahan guru
14 31.1 31 68.9
Purata Keseluruhan 33 73.56 12 26.44
Jadual 4.4 menunjukkan taburan responden terhadap faktor minat. Setelah kajian
dibuat, didapati 100% responden iaitu keseluruhan responden berpuas hati jika kerja
disiapkan dengan sempurna. Pada item 10, seramai 31 responden tidak tahu apa yang
perlu dilakukan ketika kerja amali tanpa arahan guru iaitu dengan peratus 68.9%.
Manakala 14 responden atau (31.1%) responden menjawab tahu apa yang perlu
dilakukan ketika kerja amali tanpa arahan guru. Purata keseluruhan responden yang
mempunyai minat dalam pembelajaran kerja amali Kemahiran Hidup adalah sebanyak
33 orang responden atau (73.56%), manakala bagi responden yang tidak berminat adalah
seramai 12 orang atau (26.44%) responden.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 54/75
38
4.3.2 Analisis Data 2 :
Adakah faktor persekitaran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang
Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?
Jadual 4.5 Taburan Responden Terhadap Faktor Persekitaran
Item Pernyataan Ya Tidak
ƒ % ƒ %
11 Saya dapat melakukan kerja amali KH
walaupun keadaan bengkel tidak terurus
11 24.4 34 75.6
12 Bengkel yang bersih memberi semangat
untuk saya melakukan kerja amali
44 97.8 1 2.2
13 Saya merasa selamat untuk melakukan
amali di dalam bengkel
37 82.2 8 17.8
14 Saya memerlukan ruang tempat kerja yang
luas untuk melakukan kerja amali dengan
baik
42 93.3 3 6.7
15 Pencahayaan dalam bengkel adalah baik 43 95.6 2 4.4
16 Keadaaan bengkel yang panas membuat
saya tidak selesa untuk melakukan aktiviti
amali
31 68.9 14 31.1
17 Susunan peralatan yang teratur dapat
melancarkan kerja amali yang perlu saya
lakukan
42 93.3 3 6.7
18 Hiasan yang menarik pada makmal jahitan
membuat saya seronok belajar
44 97.8 1 2.2
19 Saya boleh melakukan kerja amali dengan
baik walaupun suasana dalam bengkel
tidak terkawal
7 15.6 38 84.4
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 55/75
39
20 Saya tidak boleh fokus pada kerja jika ada
gangguan dari luar
26 57.8 19 42.2
Purata Peratus Keseluruhan 33 72.67 12 27.33
Jadual 4.5 merupakan taburan kekerapan dan peratus responden menjawab
terhadap soalan kajian mengenai faktor persekitaran sama ada mempengaruhi
pembelajaran kerja amali Kemahiran Hidup. Terdapat dua soalan kajian yang responden
memberi jawapan ‘ya’ tertinggi. Seramai 44 orang atau (97.8%) responden berpendapat
bengkel yang bersih memberi semangat untuk mereka melakukan kerja amali, manakala
hanya seorang sahaja atau (2.2%) responden yang berpendapat sebaliknya. Begitu juga
dengan soalan hiasan yang menarik pada makmal jahitan membuat saya seronok belajar,
keputusannya adalah sama seperti item 12.
Pada item 11 dan 19, kebanyakan responden memberi jawapan ‘tidak’ kepada
pernyataan tersebut. Melalui data yang dikutip, penyelidik mendapati 34 orang atau
(75.6%) responden tidak dapat melakukan kerja amali KH walaupun keadaan bengkeltidak terurus, manakala yang bersetuju pula adalah seramai 11 orang atau (24.4%)
responden. Sebanyak 33 orang atau (72.67%) responden bersetuju dengan faktor
persekitaran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali
Kemahiran Hidup, manakala 12 orang atau (27.33%) responden tidak bersetuju.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 56/75
40
4.3.3 Analisis Data 3 :
Adakah faktor kemahiran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli
terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?
Jadual 4.6 Taburan Responden Terhadap Faktor Kemahiran
Item Pernyataan Ya Tidak
ƒ % ƒ %
21 Saya suka membantu bapa membuat kerja-
kerja pertukangan di rumah
29 64.4 16 35.6
22 Saya mahir dalam menghasilkan projek
reka bentuk kayu
16 35.6 29 64.4
23 Saya boleh membaiki sendiri peralatan atau
mesin yang rosak
8 17.8 37 82.2
24 Saya suka mencipta peralatan untuk
kegunaan di rumah
24 53.3 21 46.7
25 Saya yakin dengan kemahiran sedia ada
untuk diaplikasikan ke dalam kerja amali dibengkel
33 73.3 12 26.7
26 Saya boleh menyelesaikan kerja amali
tanpa bantuan dari rakan-rakan
6 13.3 39 86.7
27 Saya tahu cara penanaman sayuran 31 68.9 14 31.1
28 Sekiranya ada kelapangan, saya suka
membuat kraftangan
28 62.2 17 37.8
29 Saya suka membantu ibu memasak di
dapur
34 75.6 11 24.4
30 Saya boleh menjahit pakaian sendiri jika
perlu dibaiki
22 48.9 23 51.1
Purata Peratus Keseluruhan 23 51.33 22 48.67
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 57/75
41
Jadual 4.6 menunjukkan taburan responden terhadap faktor kemahiran. Bagi
pernyataan ‘Saya boleh menyelesaikan kerja amali tanpa bantuan dari rakan-rakan’
menunjukkan bilangan responden yang tinggi tidak bersetuju dengan pernyataan
tersebut, iaitu 39 orang atau (86.7%) responden, manakala 6 orang atau (13.3%)
responden bersetuju. Selain itu, kebanyakan responden suka membantu ibu memasak di
dapur, dengan bilangan sebanyak 34 orang atau (75.6%) responden. Sementara itu yang
tidak suka mambantu ibu memasak di dapur adalah 11 orang atau (24.4%) responden
sahaja.
Merujuk kepada jadual 4.6, terdapat kekerapan responden yang hampir sama
banyak dalam menjawab pernyataan pada item yang ke-30. Didapati seramai 23 orang
atau (51.1%) responden tidak bersetuju dengan pernyataan ‘Saya boleh menjahit pakaian
sendiri jika perlu dibaiki’ dan 22 orang lagi atau (48.9%) responden bersetuju dengan
pernyataan tersebut. Daripada jadual, dapat disimpulkan bahawa pembelajaran pelajar
Orang Asli dipengaruhi oleh kemahiran dalam mempelajari kerja amali Kemahiran
Hidup iaitu sebanyak 23 orang atau (51.33%) responden. Jumlah tersebut tidak berbeza
jauh dengan responden yang menjawab ‘tidak’ iaitu 22 orang atau (48.67%) responden.
4.3.4 Analisis Keseluruhan
Jadual 4.7 Taburan Keseluruhan Persoalan Kajian
Bil Persoalan Kajian
Jumlah Peratus
Keseluruhan
YA TIDAK
1. Adakah faktor minat mempengaruhi pembelajaran pelajar
Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup? 73.56 26.44
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 58/75
42
2. Adakah faktor persekitaran mempengaruhi pembelajaran
pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup? 72.67 27.33
3. Adakah faktor kemahiran mempengaruhi pembelajaran
pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup? 51.33 48.67
Jadual 4.7 menunjukkan analisis keseluruhan item bagi setiap persoalan kajian.
Daripada kajian yang telah dijalankan di dapati seramai (73.56%) responden bersetuju
dengan faktor minat mempengaruhi pembelajaran kerja amali Kemahiran Hidup.
Manakala seramai (26.44%) menganggap faktor minat tidak mempengaruhi
pembelajaran mereka.
Bagi persoalan kajian kedua pula iaitu faktor persekitaran didapati seramai
(72.67%) responden bersetuju bahawa faktor persekitaran mempengaruhi pembelajaran
mereka manakala (27.33%) responden mengatakan bahawa faktor persekitaran tidak
mempengaruhi pembelajaran mereka terhadap kerja amali Kemahiran Hidup.
Seterusnya faktor kemahiran yang merupakan persoalan kajian yang ketiga.
Daripada jumlah keseluruhan di dapati seramai (51.33%) responden bersetuju bahawa
faktor kemahiran mempengaruhi pembelajaran mereka terhadap kerja amali Kemahiran
Hidup manakala seramai (48.67%) mengatakan bahawa faktor kemahiran tidak
mempengaruhi pembelajaran mereka.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 59/75
43
4.4 Penutup
Setelah data dalam persoalan kajian dianalisis, hasil keputusan analisis
keseluruhan diperolehi. Hasil keputusan analisis keseluruhan ini diperolehi dalam
bentuk peratusan. Nilai peratusan lebih mudah dibandingkan. Hasil keputusan daripada
persoalan kajian tersebut akan digunakan dan dibincangkan dalam bab lima iaitu
rumusan, perbincangan dan cadangan.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 60/75
44
BAB V
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
Rumusan, perbincangan dan cadangan merupakan bab yang paling akhir dalam
kajian ini. Dalam bab ini, penyelidik merumuskan kajian penyelidikan secara
keseluruhan. Manakala skop perbincangan adalah berdasarkan kepada hasil dapatan
kajian yang telah dijalankan. Penyelidik akan membincangkan setiap faktor yang telah
dinyatakan dalam objektif kajian. Di akhir bab ini, penyelidik ada mengemukakan
cadangan-cadangan berdasarkan hasil perbincangan yang telah dibuat. Seterusnya,
penyelidik menyatakan cadangan penyelidikan lanjutan untuk penambahbaikan kajian
yang akan datang.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 61/75
45
5.2 Rumusan
5.2.1 Demografi Responden
Berdasarkan kepada taburan responden mengikut jantina, majoriti responden
terdiri daripada (62.2%) adalah perempuan dan (37.8%) adalah lelaki. Bagi taburan
responden mengikut pilihan elektif dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup yang
diambil pula adalah jumlah yang hampir sama. Jantina yang terdiri dari responden
perempuan mengambil pilihan Ekonomi Rumah Tangga, manakala responden lelaki
mengambil pilihan Kemahiran Teknikal. Dengan ini pilihan Ekonomi Rumah Tangga
adalah lebih tinggi berbanding pilihan Kemahiran Teknikal. Manakala tiada responden
yang mengambil pilihan Sains Pertanian dan Perdagangan dan Keusahawanan.
Kebanyakan ibu bapa atau penjaga responden adalah bekerja sendiri iaitu seramai
(91.1%) manakala (8.9%) adalah bekerja di sektor swasta. Tiada ibu bapa atau penjaga
responden yang bekerja di sektor kerajaan, bekerja sebagai peniaga dan tidak bekerja.
5.2.2 Faktor Minat
Daripada analisis keseluruhan bagi faktor minat, didapati (73.56%) responden
bersetuju bahawa minat mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja
amali Kemahiran Hidup dan (26.44%) responden tidak bersetuju. Ini menunjukkan
bahawa pelajar Orang Asli mempunyai minat untuk mempelajari kerja amali Kemahiran
Hidup dan mereka menganggap faktor minat adalah perlu ada pada setiap diri pelajar
supaya kerja yang dilakukan itu tidak bosan.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 62/75
46
5.2.3 Faktor Persekitaran
Dalam kajian ini didapati (72.67%) responden bersetuju bahawa persekitaran
mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup
dan (27.33%) responden berpendapat bahawa faktor persekitaran tidak mempengaruhi
pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup. Persekitaran
yang baik dan teratur ketika melakukan kerja amali Kemahiran Hidup adalah perlu bagi
melancarkan proses pembelajaran di dalam bengkel.
5.2.4 Faktor Kemahiran
Dalam kajian ini hasil peratusan adalah (51.33%) responden bersetuju bahawa
kemahiran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali
Kemahiran Hidup dan (48.67%) responden tidak menganggap bahawa kemahiran
mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup.
Kemahiran merupakan elemen yang penting dalam pembelajaran kerja amali Kemahiran
Hidup dan setiap pelajar itu berbeza kemahirannya.
5.3 Perbincangan
Dalam bahagian ini akan membincangkan hasil dapatan kajian yang telah dikaji
mengikut persoalan kajian seperti berikut :
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 63/75
47
( i ) Adakah faktor minat mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli
terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?
( ii ) Adakah faktor persekitaran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang
Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?
( iii ) Adakah faktor kemahiran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang
Asli terhadap kerja amali Kemahiran Hidup?
5.3.1 Faktor Minat Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Orang Asli Terhadap
Kerja Amali Kemahiran Hidup
Minat merupakan sebahagian sikap yang ada pada setiap diri individu itu. Dalam
pembelajaran, minat itu sangat penting bagi mendorong dan mencetuskan semangat ke
arah memperolehi kejayaan. Pernyataan ini bertepatan dengan kajian Walter Vispoel dan
James Austin (1995), dalam buku Noriati A. Rashid et al., (2011), yang mendapati minat
murid terhadap pembelajarannya mempengaruhi kejayaan dan kecemerlangannya.
Daripada hasil kajian yang telah diperolehi, purata keseluruhan didapati seramai
33 orang atau (73.56%) responden bersetuju bahawa faktor minat mempengaruhi
pembelajaran pelajar Orang Asli terhadap kerja amali Mata Pelajaran Kemahiran Hidup.
Ini menunjukkan bahawa pelajar Orang Asli mempunyai minat dalam mempelajari kerja
amali Kemahiran Hidup di bengkel.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 64/75
48
Lantaran dari minat yang ditunjukkan oleh pelajar Orang Asli terhadap
pembelajaran kerja amali Kemahiran Hidup, majoriti pelajar Orang Asli menyatakan
berpuas hati setelah kerja disiapkan dengan sempurna. Iaitu seramai 45 orang atau
(100%) responden. Kerja amali yang dilakukan perlu disiapkan mengikut tempoh masa
yang ditetapkan. Jadi dengan besertakan minat dan kesungguhan, pelajar Orang Asli
akan berusaha menyiapkan kerja amali sebelum tempoh tarikh akhir.
Daripada analisis taburan responden, seramai 41 orang atau (91.1%) responden
bersetuju akan menyiapkan kerja sekiranya guru tiada di bengkel. Peratusan ini
menunjukkan bahawa responden tidak mengambil kesempatan untuk tidak membuat
kerja ketika ketiadaan guru di bengkel. Ada kalanya, guru terpaksa keluar dari bengkel
sekiranya ada urusan di pejabat. Pernyataan ini di sokong oleh Adzlawatee (2003), iaitu
minat memberi kesan yang mendalam untuk memandu, meransang atau mendorong
untuk mengikuti aktiviti yang dijalankan.
Pelajar Orang Asli di Sekolah Menengah dalam Daerah Kluang ini bersetuju
menyokong bahawa minat mempengaruhi pembelajaran mereka dalam melakukan kerja
amali Kemahiran Hidup di bengkel sekolah.
5.3.2 Faktor Persekitaran Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Orang Asli
Terhadap Kerja Amali Kemahiran Hidup
Persekitaran di dalam bengkel yang baik, bersih dan terkawal membolehkan
pelajar menjalankan kerja amali dengan tenang dan lancar. Ini termasuklah dengan
kemudahan kelengkapan dan peralatan yang terdapat di dalam bengkel. Berikutan
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 65/75
49
dengan itu, Ee Ah Meng (2003), pihak sekolah perlu memastikan bahawa perabot yang
terdapat di sekolah adalah sesuai, peredaran udara yang baik ,ruang yang mencukupi
serta tempatnya terang.
Hasil daripada analisis kajian menunjukkan pelajar Orang Asli bersetuju bahawa
persekitaran mempengaruhi pembelajaran mereka terhadap kerja amali Kemahiran
Hidup. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan purata keseluruhan yang menunjukkan
seramai 33 orang atau (72.67%) responden bersetuju dengan faktor persekitaran ini.
Seramai 44 orang atau (97.8%) responden bersetuju mengatakan bahawa bengkel
yang bersih memberi semangat untuk melakukan kerja amali. Bengkel yang bersih
membolehkan pelajar menghasilkan projek kerja amali yang bagus dan menarik. Selain
bengkel yang bersih, pencahayaan dalam bengkel juga perlu bagi memudahkan pelajar
melakukan kerja amali. Seramai 43 orang atau (96.6%) responden bersetuju bahawa
pencahayaan dalam bengkel adalah baik.
Justeru itu, responden memerlukan ruang tempat kerja yang luas untuk
melakukan kerja amali dengan baik. Iaitu seramai 42 orang atau (93.3%) responden.
Ruang tempat kerja yang luas memberikan keselesaan kepada responden melakukan
kerja amali jika bilangan mereka ramai. Keselesaan dan keceriaan ini dapat membantu
pelajar meningkatkan kemajuan mereka dalam bidang pelajaran (Saedah Kordi, 1999).
Oleh itu, persekitaran di dalam dan luar bengkel amatlah penting bagi
membolehkan pelajar mengikuti proses pembelajaran dengan selesa di samping dapat
melakukan kerja amali dengan tenang dan sempurna. Pendapat ini bertepatan dengan
pandangan oleh Noriati A. Rashid et al., (2011), iaitu mengatakan pengurusan
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 66/75
50
persekitaran fizikal akan mempengaruhi murid dan suasana pengajaran dan
pembelajaran mereka.
5.3.3 Faktor Kemahiran Mempengaruhi Pembelajaran Pelajar Orang Asli
Terhadap Kerja Amali Kemahiran Hidup
Dalam kerja amali Kemahiran Hidup memerlukan kemahiran sedia ada daripada
pelajar bagi menyempurnakan projek kerja. Melalui proses melakukan kerja amali,
pelajar juga akan mendapati kemahiran dan seterusnya boleh mengaplikasi kemahiran
tersebut ke dalam kehidupan seharian. Ini bersesuaian dengan pendapat Saipulbahri
Saari (2010), pelajar dapat mengaplikasikan di rumah dan dalam kehidupan harian
tentang apa yang telah dipelajari di sekolah dengan baik mengikut kefahaman pelajar
yang telah dilalui.
Dari dapatan analisis keseluruhan menunjukkan seramai 23 orang atau (51.33%)
responden bersetuju bahawa kemahiran mempengaruhi pembelajaran pelajar Orang Asli
terhadap kerja amali Kemahiran Hidup. Terdapat perbezaan yang tidak jauh dengan
jumlah analisis yang tidak bersetuju dengan faktor kemahiran iaitu 22 orang atau
(48.67%) responden. Ini mungkin disebabkan, masih terdapat pelajar Orang Asli
menganggap bahawa mereka tidak perlu mempunyai kemahiran untuk mempelajari kerja
amali Kemahiran Hidup.
Hasil analisis, menunjukkan terdapat seramai 33 orang atau (73.3%) responden
yakin dengan kemahiran sedia ada untuk diaplikasikan ke dalam kerja amali di bengkel.
Di rumah, pelajar Orang Asli sudah didedahkan dengan cara hidup yang menyara
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 67/75
51
kehidupan sendiri. Menurut Khairul Hisyam Kamarudin dan Ibrahim Ngah (2007),
Orang Asli sering dikenali sebagai kelompok manusia yang kaya dengan kemahiran,
yang membolehkan mereka terus hidup secara harmoni dalam alam semula jadi. Oleh
itu, tidak hairanlah jika, pelajar Orang Asli ini dapat mengaplikasikan kemahiran yang
sedia ada untuk melakukan kerja amali Kemahiran Hidup.
5.4 Cadangan
Berdasarkan dapatan kajian yang diperoleh, berikut dikemukakan beberapa
saranan kepada pihak yang terlibat. Antara saranan adalah seperti berikut :
i. Pihak sekolah perlu menyediakan kemudahan bengkel yang mencukupi kepada
pelajar Orang Asli. Ini kerana bengkel yang dilengkapi dengan kemudahan dapat
menimbulkan rasa seronok kepada pelajar untuk melakukan kerja amali.
Seterusnya, mereka akan lebih berminat untuk kelas yang akan datang
ii. Daripada hasil kajian menunjukkan pelajar Orang Asli mempunyai minat dan
kemahiran dalam melakukan kerja amali Kemahiran Hidup. Oleh itu, pihak
sekolah boleh mewujudkan satu program yang berkaitan dengan mata pelajaran
Kemahiran Hidup. Contohnya, pelajar ini diberi tugasan menanam sayur-sayuran
menggunakan sistem fertigasi
iii. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan pertandingan yang berkaitan dengan
mata pelajaran Kemahiran Hidup. Pihak sekolah perlu memastikan pelajar Orang
Asli melibatkan diri dalam pertandingan tersebut.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 68/75
52
iv. Daripada pemerhatian penyelidik ketika mendapatkan data, penyelidik
mendapati pelajar Orang Asli kurang mempunyai pengetahuan dalam bidang
Teknik dan Vokasional. Mereka juga menganggap mata pelajaran Kemahiran
Hidup tidak begitu penting dan tidak tahu hala tuju jika berminat dengan
Kemahiran Hidup. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan tiada penawaran Mata
Pelajaran Vokasional (MPV) ditawarkan di tingkatan empat. Oleh itu, pihak
sekolah boleh mengadakan satu kelas Mata Pelajaran Vokasional (MPV) kepada
pelajar Orang Asli ini supaya mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat
tertinggi jika tidak berjaya dalam bidang akademik.
v. Guru-guru sekolah yang bukan mengajar mata pelajaran Kemahiran Hidup harus
bekerjasama dengan guru KH dalam mengendalikan atau menganjurkan program
yang berkaitan dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup kepada pelajar Orang
Asli
5.5 Cadangan Penyelidikan Lanjutan
Penyelidikan lanjutan boleh dilakukan dengan lebih menyeluruh bagi
mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai pembelajaran kerja amali dalam
kalangan pelajar Orang Asli. Beberapa cadangan penyelidikan lanjutan diusulkan bagi
penyelidikan yang akan datang, antaranya :
i. Melibatkan bilangan sampel yang lebih ramai dan mengenalpasti bilangan
pelajar Orang Asli yang ramai di sesebuah sekolah yang terdapat di
Semenanjung Malaysia
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 69/75
53
ii. Kajian akan datang dibuat dengan menggunakan kaedah temubual agar
maklumat lebih luas dan pelajar lebih terbuka memberi penerangan
iii. Kajian mengenai pengetahuan pelajar-pelajar Orang Asli terhadap kepentingan
mata pelajaran Kemahiran Hidup
iv. Kajian tentang faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan pelajar Orang Asli
mengikut Mata Pelajaran Vokasional (MPV) di Sekolah Menengah Akademik
Harian
5.6 Penutup
Berdasarkan tinjauan ini, maka bolehlah dirumuskan bahawa faktor-faktor yang
telah dipilih iaitu minat, persekitaran dan kemahiran telah memberi kesan yang positif
kepada pencapaian kebolehan pelajar Orang Asli melakukan kerja amali Kemahiran
Hidup.
Peratusan keseluruhan menunjukkan ketiga-tiga faktor tersebut berada pada
tahap yang baik. Faktor minat dan persekitaran menunjukkan peratusan yang sama
tinggi. Melalui adanya minat yang mendalam serta persekitaran yang baik dapat
memberikan semangat dan juga motivasi kepada pelajar Orang Asli.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 70/75
54
BIBLIOGRAFI
Adzlawatee Binti Isnin (2003). Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar-pelajar
Melanjutkan Pelajaran ke Tingkatan Empat Kemahiran (SKM). Tinjauan Di
Sekolah Menengah Teknik Muar. Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai.
Amran Khalid (2002). Amalan Pengurusan Bengkel di Sekolah Menengah Vokasional
Yang Telah di Naik Taraf. Satu Tinjauan. Projek Sarjana Muda : Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
Anggota Persatuan Penerbit Buku Malaysia (2004). Malaysia Kita. Kuala Lumpur :
International Law Book Services.
Azizi Yahaya et al. ( 2007). Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur
: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Azmi Bin Othman (2002). Persepsi Pelajar Orang Asli Di Asrama Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli/Kementerian Pendidikan Di Daerah Bentong Terhadap pendidikan
Teknik Dan Vokasional. Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.
Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Buku 1. Malaysia : Mc Graw-Hill.
Crow L.D dan Crow L. (1980). Psikologi Pendidikan Untuk Pengurusan. Diterjemahkan
oleh Habibah Alias. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
E Pei Sze (2007). Persepsi, Minat dan Faktor-faktor Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti
Kokurikulum di Sebuah Sekolah Menengah di Daerah Johor Bahru . Projek
Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 71/75
55
Ee Ah Meng (2003). Pendidikan di Malaysia ( Semester V ). Shah Alam : Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Ellstrom. P.E. (2001). “Integrating learning and work problems and prospects”, Human
Resource Development Quarterly, Vol. 12 No. 4, pp. 421 – 35.
Gangagoury A/P Chinnapan (2010). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pengajaran dan
Pembelajaran KH diSekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil di Johor Bahru.
Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Hasan Mat Nor (1998). Warga Pribumi Menghadapi Cabaran Pembangunan. Jabatan
Antropologi dan Sosiologi, Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi, Selangor.
Hazlina Binti Harun (2003). Persepsi Pelajar Orang Asli Di Daerah Temerloh, Pahang
tentang pendidikan Teknikal Dan Vokasional. Projek Sarjana Muda : Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
Imran Idris (1993). “Perubahan Dunia Vokasional : Satu Cabaran Kepada Sistem
Pendidikan”. Jurnal Pendidikan. 32. 14 – 21.
Kamaros Zaman Mohd. Affendi (2008). Kemahiran Hidup Bersepadu ( Pilihan
Ekonomi Rumah Tangga ). Bangi : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
Khairul Hisyam Kamarudin dan Ibrahim Ngah (2007). Pembangunan Mapan Orang
Asli. Universiti Teknologi Malaysia : Penerbit UTM anggota Persatuan Buku
Malaysia.
Kamus Dewan (1991). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan (2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 72/75
56
Kamus Dewan (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Dewan (2009). Edisi Keempat . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Longman (1997). Kuala Lumpur : Pearson Malaysia Sdn Bhd.
Kamus Pelajar Bahasa Malaysia (1999). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laporan Jawatankuasa di atas kajian Pendapat Mengenai Pelajaran dan Masyarakat
(Laporan Keciciran) oleh Bahagian Perancang dan Penyelidikan Pelajaran. Kuala
Lumpur : BPPP dan Jabatan Perangkaan, 1973. V, 147 muka surat
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor : Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohd Fauzi Yaacob (2006). Malaysia Menangani Perubahan Dan Pembangunan.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Mohd Majid Konteng (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur :
Universiti Putra Malaysia.
Mohd Nawi Ab Rahman (2000). Kaedah Statistik. Universiti Putra Malaysia : Bintulu,
Sarawak.
Mohd Noh (1994). Disiplin Di Sekolah. Dewan Masyarakat. 1994, Februari.
Mohd Risdi Bin Mohd Daud (2008). Pendidikan Vokasional Pada Perspektif Pelajar
Orang Asli di Empat Buah Sekolah Menengah Kebangsaan Dalam Daerah
Rompin Pahang. Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 73/75
57
Mok Soon Sang (2000). Pendidikan Di Malaysia Untuk Diploma Perguruan. Kuala
Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Muzlifah Binti Saadon (2004). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Penglibatan Pelajar
Tingkatan Empat Aliran Vokasional Dalam Menjalankan Aktiviti
Keusahawanan Di Sekolah Menengah Tekniki Negeri Selangor . Projek
Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Nong Pai (Julai – Disember 1999, Julai – Disember 2000 dan Dis 2002) Jabatan Hal
Ehwal Orang Asli (JHEOA), KPLB Kuala Lumpur.
Noriati A. Rashid et al. (2011). Budaya dan Pembelajaran. Oxford Fajar Sdn. Bhd :
Shah Alam, Selangor.
Nurakhmar Binti Mohamed Azhar (2007). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar
orang asli Kurang Memilih aliran pendidikan Aliran Teknik dan Vokasional. .
Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Huraian Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan 1.
Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2003). Panitia Kemahiran Hidup. Kuala Lumpur :
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2010). Organisasi Kandungan Mata Pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu. Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Saedah Kordi (1999). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian PMR, di
Kalangan Pelajar Orang Asli di Tiga Buah Sekolah di Mukim Tapah, Perak.
Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 74/75
58
Saipulbahri Saari (2010). Aplikasi Kerja Amali Elemen Ekonomi Rumah Tangga Dalam
Kehidupan Seharian Di Kalangan Pelajar Lelaki Tingkatan Empat Di Dua Buah
Sekolah Menengah Kebangsaan Dalam Daerah Tanah Merah, Kelantan. Projek
Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Shahril @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som (1999). Isu Pendidikan di Malaysia,
Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur : Loh Print Sdn. Bhd.
Sharifah Alwiah Al Sagoff ( 1985 ). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur :
Heinmann Asia.
Siti Atiqah Binti Sharudin (2007). Faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan
Pengajaran dan Pembelajaran di dalam Bengkel Vokasional di Dua Buah
Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan. Projek Sarjana Muda : Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.
Sulaiman Ngah Razali (2002). Analisis Data dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Toh Kit Siang et al. (2008). Pendidikan Orang Asli. Projek Sarjana Muda : Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Tengku Maizura Binti Tengku Musa (2008). Tahap Kefahaman Pelajar Tahun Akhir
(perdana) Program Kemahiran Hidup Dalam Pembelajaran Teori dan Amali.
Projek Sarjana Muda : Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Universiti Teknologi Malaysia ( 2002 ). Panduan Menulis Tesis Universiti Teknologi
Malaysia. Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia
8/2/2019 kajian masa lalu
http://slidepdf.com/reader/full/kajian-masa-lalu 75/75
59
Yahya Buntat et al. (2006). Kesesuaian Kurikulum Mata Pelajaran Kemahiran Hidup
Pertanian Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Terhadap Keperluan
Pembelajaran Di Sekolah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik
Dan Vokasional. 9-10 Disember. Senai Johor Bahru, Johor : 201 -211.
Zaidatol Akmaliah. Kemahiran Keusahawanan Dalam Pendidikan Vokasional : Suatu
Jaminan Kerjaya. Jurnal Pendidikan. 1993. 37(78): 30–38.