10
K E M A J U A N P E N G U R U S A N O R G A N I S A S I Jabatan Akauntan Negara Malaysia Laporan Tahunan 2009 41 Kemajuan Pengurusan Organisasi

Kemajuan - anm.gov.my · KEMAJUAN PENGURUSAN O RGANISASI Laporan Tahunan 2009 Jabatan Akauntan Negara Malaysia 42 ... anugerah pekerja contoh seramai 32 orang turut dijalankan dalam

  • Upload
    lyanh

  • View
    241

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

K E M A J U A N P E N G U R U S A N O R G A N I S A S I

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

41

KemajuanPengurusan Organisasi

K E M A J U A N P E N G U R U S A N O R G A N I S A S I

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

42

Peringkat Jabatan

Sambutan Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Akauntan Negara Malaysia 2009 telah diadakan pada 15 Oktober 2009bertempat di Dewan Serbaguna Aras 7, JANM Putrajaya. Sambutan yang bertemakan “Inovasi PemangkinKecemerlangan Perkhidmatan” telah dirasmikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah, KetuaSetiausaha Perbendaharaan (KSP), Kementerian Kewangan Malaysia.

Acara kemuncak Sambutan Hari Inovasi dan Integriti kali ini ialah upacara perasmian e-maklum melalui SMS, penyampaiansijil MS ISO 9001:2000 kepada Institut Perakaunan Negara yang disampaikan oleh Y. Bhg. Dato’ Mariani Abdullah,Pengarah Urusan SIRIM QAS International Sdn. Bhd., penyampaian hadiah pejabat terbaik bagi peringkat bahagian dancawangan serta penyampaian hadiah pertandingan menulis esei JANM oleh KSP.

Berikut adalah senarai pemenang-pemenang dalam pertandingan pejabat terbaik dan pertandingan menulis esei JANM.

SAMBUTAN HARI INOVASI DAN INTEGRITI JANM 2009“INOVASI PEMANGKIN KECEMERLANGAN PERKHIDMATAN”

Kehadiran Y. Bhg. Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz bin Wan Abdullah,Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian KewanganMalaysia, ANM dan Pengurusan Tertinggi JANM menceriakanmajlis.

Pasukan Koir JANM

KSP sedang memberikan amanatsempena sambutan Hari Inovasi

dan Integriti JANM 2009

Pelancaran eMaklummelalui SMS oleh KSP

Pertandingan Pejabat Terbaik

Kategori BahagianJohan : Bahagian Pengurusan Operasi Cawangan (BPOC)Naib Johan : Bahagian Pengurusan Audit Dalam (BPAD)Tempat Ketiga : Pejabat Projek Aplikasi Kerajaan Elektronik (EG-AG)

Kategori CawanganJohan : JANM Cawangan PahangNaib Johan : JANM Cawangan Wilayah Persekutuan LabuanTempat Ketiga : JANM Cawangan Sri Aman

Pertandingan Menulis Esei

Kategori Pengurusan dan ProfesionalJohan : Mohd Nizrul Izham bin JamaluddinNaib Johan : Farithal bin SahariTempat Ketiga : Nazleen bin Mohd Emran

Kategori SokonganJohan : Fadzli bin Mat ArifinNaib Johan : Norbaini binti IbrahimTempat Ketiga : Azlan bin Mohamad

Selain itu, penyampaian sijil dan cenderahati kepada penerima-penerimaanugerah pekerja contoh seramai 32 orang turut dijalankan dalam majlis ini.

K E M A J U A N P E N G U R U S A N O R G A N I S A S I

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

43

Ceramah inovasi dan integriti yang bertajuk “Inovasi dan Integriti dalam Kerjaya” telah diadakan pada 8 Oktober 2009bertempat di Dewan Serbaguna, Aras 7, JANM Putrajaya. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Mejar Dr. Faizbin Khaleed.

Program lawatan bersempena dengan Sambutan Hari Inovasi dan Integriti JANM turut diadakan ke TM Research andDevelopment di Cyberjaya bagi meninjau aplikasi inovasi dalam kajian dan penghasilan produk baru dalam bidangtelekomunikasi. Sepanjang lawatan tersebut warga JANM diberi taklimat tentang syarikat tersebut dan kemudian dibawa ke makmal kajian di mana wakil syarikat memberikan penerangan tentang kajian terbaru dan pembangunanproduk dalam bidang telekomunikasi.

ANM menerima sijil MS ISO9000:2001 daripada PengarahUrusan SIRIM QASInternational Dato’ MarianiAbdullah

Penerangan tentang kajian terbaru di TM Research and Development Peserta rombongan mengambil catatan penerangan yang diberikan

Mejar Dr. Faiz bin Khaleed bergambar kenangan bersamadengan Pengurusan JANM

Mejar Dr. Faiz bin Khaleed memberikan penjelasan kepadaTn. Hj. Mohsin bin Hussein, Pengarah BPAS

Juara Pertandingan PejabatTerbaik Kategori Bahagian,Pengarah BPOC menerimahadiah daripada KSP

Juara Pertandingan PejabatTerbaik Kategori Cawangan,Pengarah JANM Pahangmenerima hadiah daripada KSP

K E M A J U A N P E N G U R U S A N O R G A N I S A S I

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

44

Peringkat Zon

Seiring dengan Sambutan Hari Inovasi dan Integriti peringkat Jabatan, setiap pejabat JANM di setiap negeri danCawangan turut mengadakan sambutan Hari Inovasi dan Integriti yang dibahagikan mengikut zon seperti di Jadual 13.

Sambutan Hari Inovasi JANM Wilayah Persekutuan Putrajaya dan JANM Selangor telah diadakan serentak dengansambutan Hari Inovasi dan Integriti peringkat Jabatan pada 15 Oktober 2010 di Ibu Pejabat JANM, Putrajaya.

Jadual 13:Sambutan Hari Inovasi dan Integriti Peringkat Zon bagi Tahun 2009

ZonUtaraSabah

Sarawak

TimurSelatan

Pejabat JANM Negeri/CawanganKedah, Perlis, P. Pinang dan PerakSabah, Labuan, Tawau, Sandakan danKeningauSarawak, Sibu, Miri, Sri Aman, Kapit, Bintulu,Limbang dan SarikeiPahang, Terengganu dan KelantanMelaka, Negeri Sembilan dan Johor

Tarikh26 Oktober 2009

16 November 2009

23 November 2009

5 November 200913 November 2009

Tempat SambutanPerakTawau

Kapit

TerengganuNegeri Sembilan

ANM merasmikan Sambutan Hari Inovasi dan Integriti JANM Zon Sarawak

Persembahan Kebudayaan Sarawak

Ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Inovasi dan Integriti JANM Zon Timur

Persembahan wayang kulit

K E M A J U A N P E N G U R U S A N O R G A N I S A S I

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

45

Dari Kiri: Timbalan Akauntan Negara Malaysia(Operasi), Akauntan Negara Malaysia,Timbalan Menteri Kewangan I, TimbalanKetua Setiausaha Perbendaharaan(Pengurusan) dan Timbalan AkauntanNegara Malaysia (Korporat) antara tetamukehormat majlis ini.

Replika telefon bimbit eMaklummelalui SMS di ruang pameran JANM

Dato’ Mohd Salleh bin Mahmud, ANM memberipenjelasan mengenai eMaklum kepada MenteriKewangan II, Y.B. Dato’ Seri Ahmad Husni binHanadzlah

Pegawai JANM bersedia memberi penerangankepada orang ramai mengenai eMaklum

Hari Inovasi, Integriti dan ICT Kementerian Kewangan 2009 telah diadakanpada 17 – 18 November 2009. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh MenteriKewangan II, Y.B. Dato’ Seri Ahmad Husni bin Hanadzlah pada 17 November2009. Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Ketua SetiausahaPerbendaharaan (KSP), serta pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatandan Agensi di bawah Kementerian Kewangan.

Tema hari Inovasi, Integriti dan ICT Kementerian Kewangan pada tahun iniadalah “Inovasi Teras Kecemerlangan”. Sempena dengan hari yang bersejarahini, JANM telah mengambil bahagian di dalam pameran sistem aplikasi yangdibangunkan oleh Jabatan. Sistem Aplikasi yang dipamerkan pada haritersebut adalah sistem eMaklum yang telah dilancar secara rasmi pada15 Oktober 2009.

HARI INOVASI, INTEGRITI DAN ICT KEMENTERIAN KEWANGAN

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) JANM 2008

Majlis APC 2008 telah diadakan pada 19 Jun 2009 bersamaan hari Jumaat bertempat di Dewan Serbaguna, JANM. Majlisdiserikan dengan kehadiran Y.B. Dato’ Wira Chor Chee Heung, Timbalan Menteri Kewangan I (TMK I) , Y. Bhg. Dato’Zalekha binti Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), Y. Bhg. Dato’ Mohd Salleh bin Mahmud,Akauntan Negara Malaysia (ANM), Y. Bhg. Dato’ Jamaluddin bin Abu Samah, Timbalan Akauntan Negara Malaysia(Operasi) dan Y. Berusaha Pn. Hjh. Jamela binti Mohd. Syed, Timbalan Akauntan Negara Malaysia (Korporat). Turut dihadiriPengarah-pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Negeri dan Cawangan serta warga JANM.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh saudara Fadzli bin Mat Ariffin dan disusuli dengan nyanyian koirJANM dengan 3 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu JANM dan lagu Sehati Sejiwa di bawah pimpinan saudaraMohd Jumali @ Mohd Yusof bin Hussin. Majlis sambutan APC tahun 2008 ini dimeriahkan dengan persembahanCaklempong oleh Kelab Kebudayaan Caklempong Sekolah Kebangsaan Kg. Jawa, Klang yang terdiri daripada muridtahun 4 hingga tahun 6 di bawah bimbingan Cikgu Zaidon bin Mihad yang merupakan guru cemerlang pendidikan muziknegeri Selangor.

Majlis telah dirasmikan oleh Y.B. Dato’ Wira Chor Chee Heung, TMK I sebaik sahaja beliau selesai memberi ucapanperasmian. Acara kemuncak majlis penganugerahan Sijil Perkhidmatan Cemerlang kepada 203 penerima oleh TMK I.Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati daripada TMK I kepada murid-murid Kelab Kebudayaan CaklempongSekolah Kebangsaan Kg. Jawa.

K E M A J U A N P E N G U R U S A N O R G A N I S A S I

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

46

Persembahan Caklempong oleh Kelab KebudayaanCaklempong Sekolah Kebangsaan Kg. Jawa, Klang,Selangor

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008 KumpulanKedua bergambar kenangan dengan Timbalan Menteri Kewangan IMalaysia dan Pengurusan Tertinggi JANM

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008 KumpulanPertama bergambar kenangan dengan Timbalan Menteri Kewangan IMalaysia dan Pengurusan Tertinggi JANM

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008 KumpulanKetiga bergambar kenangan dengan Timbalan Menteri Kewangan IMalaysia dan Pengurusan Tertinggi JANM

Mesyuarat Pengarah dan Ketua Akauntan Pejabat Perakaunan adalah satu pendekatan bagi memantapkan lagi urusanpengoperasian dan perakaunan di Pejabat Perakaunan. Di samping itu, ia juga merupakan satu forum di antarapengurusan Ibu Pejabat dengan semua Pengarah Negeri dan Ketua Akauntan Pejabat Perakaunan untuk membangkitkanisu-isu semasa bagi permasalahan di dalam urusan pengoperasian di pejabat masing-masing. Mesyuarat ini jugabertujuan menyeragamkan serta menyelaraskan urusan pengoperasian di Pejabat Perakaunan bagi meningkatkan lagiSistem Penyampaian Perkhidmatan Awam. Mesyuarat ini juga turut menjadi platform kepada pengarah dan KetuaAkauntan untuk bertukar-tukar fikiran dan memberi pandangan dalam menyelesaikan urusan pengoperasian di pejabatmasing-masing. Selain itu, mesyuarat juga dapat mengeratkan lagi hubungan dan memupuk semangat kekitaan dikalangan Pengarah dan Ketua Akauntan. Pada tahun 2009, Mesyuarat Pengarah dan Ketua Akauntan PejabatPerakaunan telah diadakan sebanyak 4 kali seperti ditunjukkan di jadual berikut:

MESYUARAT PENGARAH DAN KETUA AKAUNTAN PEJABATPERAKAUNAN

Jadual 14 : Mesyuarat Pengarah dan Ketua Akauntan Pejabat Perakaunan

BilanganBilangan 1/2009Bilangan 2/2009Bilangan 3/2009Bilangan 4/2009

TempatHotel Marriott Putrajaya, IOI Resort

Hotel Promenade, TawauPutrajaya International Convention Centre (PICC)

Hotel Grand Dorsett, Labuan

Tarikh23-25 Mac 200918-19 Jun 2009

15-16 Oktober 200923-24 Disember 2009

K E M A J U A N P E N G U R U S A N O R G A N I S A S I

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

47

Mesyuarat Pengarah, Ketua Akauntan Pejabat Perakaunan dan Bendahari Negeri Bilangan 2/2009 pada 25-27 Jun 2009di Hotel Promenade Tawau

LAPORAN PENGAUDITAN SISTEM PENGURUSAN AUDITNILAI JANM TAHUN 2008Selaras dengan Arahan Y.A.B. Perdana Menteri Siri 7 No. 1Tahun 2007, Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN)dilaksanakan bagi tujuan mengenal pasti keberkesananpelaksanaan program pembaharuan perkhidmatan awamyang terkandung di dalamnya penerapan nilai murni danseterusnya membangunkan strategi meningkatkanpengamalan nilai tersebut di JANM.

SPAN bertujuan untuk:• mengumpul maklumat latar belakang jabatan dan

program nilai yang telah dijalankan• menilai ideologi, persepsi dan tahap pengamalan nilai

peribadi diri pegawai di JANM • menilai pengalaman dan persepsi pelanggan ketika

berurusan dengan JANM• membangunkan strategi meningkatkan pengamalan nilai

di JANM berdasarkan hasil keputusan sistempengurusan audit nilai.

Dalam pelaksanaan SPAN, terdapat 5 instrumen yangdigunakan iaitu:

a. Rekod Amalan NilaiMengumpul maklumat jabatan dan program nilaiyang telah dijalankan.

b. Indeks Nilai IdealMengukur ideologi individu berhubung denganprinsip atau tingkahlaku yang ideal di JANM.

c. Indeks Nilai PeribadiMengukur tahap amalan nilai diri individu (wargaJANM).

d. Indeks Nilai OrganisasiMengukur persepsi individu (warga JANM)terhadap tingkahlaku yang mungkin berlakudi JANM.

e. Rekod Maklum Balas PelangganMengukur tahap amalan nilai murni dalamkalangan warga JANM terutama sekali semasamenyampaikan perkhidmatan.

Pihak pengurusan atasan JANM telah bersetuju melantikBPAD sebagai Urus Setia Audit Nilai JANM dankeseluruhan warga JANM menjadi responden kepada soalselidik audit nilai dan maklumbalas ke atasnya dilakukansecara online dari 25 Mei 2009 hingga 3 Julai 2009.Juruaudit turut memilih pelanggan bagi BahagianPengurusan Amanah dan Sekuriti (BPAS) untukmendapatkan maklumbalas pelanggan JANM.

Pentadbiran InstrumenAnalisis Tahap Pengamalan Nilai dibuat berdasarkankelima-lima indeks iaitu Rekod Amalan Nilai, Indeks NilaiIdeal, Indeks Nilai Peribadi, Indeks Nilai Organisasi danRekod Maklum Balas Pelanggan.

Indeks Nilai Ideal, Indeks Nilai Peribadi dan Indeks NilaiOrganisasi masing-masing terdiri daripada 18item.Terdapat 24 item bagi Rekod Maklum BalasPelanggan. Item-item ini dibentuk berdasarkan kepada6 nilai teras utama iaitu amanah, benar, bijaksana, telus, adildan bersyukur. Setiap satu nilai mengandungi 3 item yangmenjurus kepada penggunaan masa, kuasa dankeperibadian.

Sebagai kesimpulan, kelima-lima indeks nilai tersebutdigabungkan untuk menghasilkan satu indeks nilaikomposit.

K E M A J U A N P E N G U R U S A N O R G A N I S A S I

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

48

Kaedah Interpretasi Bagi tujuan memudahkan analisis dibuat, interpretasi keputusan ditetapkan seperti berikut:

Poin

> 90

80 - 89

60 - 79

≤< 59

Tahap Pengamalan Nilai

Cemerlang dan perlu dikekalkan

Boleh diterima dengan meneruskan usaha peningkatan

Perlu penambahbaikan dengan pemantauan

Sangat perlu penambahbaikan dengan pemantauan

Keputusan SPAN yang dijalankan di JANM ditunjukkan melalui Rajah 4 seperti berikut:

Carta 4 :Keputusan SPAN

Jadual 15 :Interpretasi Keputusan

K E M A J U A N P E N G U R U S A N O R G A N I S A S I

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

49

Keputusan SPAN JANM Bagi Tahun 2007 dan 2008

Kajian oleh pihak JPA mendapati bahawa dalam keadaan normal, markah yang diperolehi daripada Indeks Nilai Idealsentiasa lebih tinggi daripada Indeks Nilai Peribadi dan markah Indeks Nilai Peribadi pula akan sentiasa melebihi IndeksNilai Organisasi. Hasil analisis Audit Nilai di JANM mendapati markah Indeks Nilai Ideal, Indeks Nilai Peribadi dan IndeksNilai Organisasi bagi tahun 2007 dan 2008 adalah selari dengan kajian tersebut.

Berdasarkan Carta 4, didapati Rekod Amalan Nilai di JANM bagi tahun 2008 mencatatkan 37.38 poin iaitu berada dalamlingkungan kurang daripada 59 poin. Ini menunjukkan Amalan Nilai di JANM berada pada tahap sangat perlupenambahbaikan dengan pemantauan. SPAN tahun 2007 menunjukkan Rekod Amalan Nilai mencatatkan 82.80 poin iaituberada pada tahap boleh diterima dengan meneruskan usaha peningkatan.

Indeks Nilai Ideal bagi tahun 2008 mencatatkan 77.68 poin berbanding pada tahun 2007 sebanyak 76.60 poin.Walau bagaimanapun, Indeks Nilai Ideal masih berada dalam lingkungan 60 hingga 79 poin iaitu perlu penambahbaikandengan pemantauan.

Indeks Nilai Peribadi mencatatkan 72.82 poin bagi tahun 2008 berbanding 71.38 poin pada tahun 2007. Indeks NilaiPeribadi masih berada dalam lingkungan 60 hingga 79 poin iaitu perlu penambahbaikan dengan pemantauan.

Indeks Nilai Organisasi bagi tahun 2008 mencatatkan 66.15 poin berbanding 63.94 poin pada tahun 2007. Indeks NilaiOrganisasi masih berada dalam lingkungan 60 hingga 79 poin iaitu perlu penambahbaikan dengan pemantauan.

Maklum Balas Pelanggan bagi tahun 2008 mencatatkan 80.31 poin iaitu berada dalam lingkungan 80 hingga 89berbanding tahun 2007 sebanyak 72.15 poin. Ini menunjukkan tahap amalan nilai murni dalam kalangan warga JANMsecara amnya dan warga BPAS secara khasnya semasa menyampaikan perkhidmatan adalah boleh diterima denganmeneruskan usaha peningkatan.

K E M A J U A N P E N G U R U S A N O R G A N I S A S I

Jabatan Akauntan Negara MalaysiaL a p o r a n T a h u n a n 2 0 0 9

50

Secara keseluruhannya, Indeks Nilai Komposit di JANM mencatatkan 68.63 poin berbanding 72.33 poin pada tahun 2007.Walau bagaimanapun, Indeks Nilai Komposit masih berada dalam lingkungan 60 hingga 79 poin seterusnya menunjukkantahap pengamalan nilai di JANM masih memerlukan penambahbaikan dengan pemantauan. Pengiraan Indeks NilaiKomposit adalah seperti di Jadual 16 dan 17 berikut:

Jadual 16 :Analisis Deskriptif Berdasarkan Lima Indeks

Indikator

Rekod Amalan Nilai

Indeks Nilai Ideal

Indeks Nilai Peribadi

Indeks Nilai Organisasi

Maklum Balas Pelanggan

N

-

2,220

2,220

2,220

48

Min (Mean)

-

73.93

70.43

65.63

38.55

Poin

37.38

77.68

72.82

66.15

80.31

Jadual 17 :Pengiraan Indeks Nilai Keseluruhan (Komposit)

Rekod Amalan Nilai = 37.38 x 1.0 = 37.38

Indeks Nilai Ideal = 77.68 x 1.0 = 77.68

Indeks Nilai Peribadi = 72.82 x 2.0 = 145.64

Indeks Nilai Organisasi = 66.15 x 1.5 = 99.23

Maklum Balas Pelanggan = 80.31 x 1.5 = 120.47

Indeks Nilai Komposit: (37.38 + 77.68 + 145.64 + 99.23 + 120.47) / 7 = 68.63