5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS JALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR,PERLIS KERTAS CADANGAN PROJEK INOVASI “ PENGGUNAAN MUZIK DAN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG MENARIK MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI”

kertas kerja projek

Embed Size (px)

DESCRIPTION

no caption

Citation preview

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLISJALAN BEHOR PULAI, 01000 KANGAR,PERLIS

KERTAS CADANGANPROJEK INOVASI

PENGGUNAAN MUZIK DAN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG MENARIK MENINGKATKAN MINAT PELAJAR DALAM SUBJEK PENDIDIKAN JASMANI

NAMA: FAZILAH BINTI ISMAILNO IC: 840423-04-5158KELAS: PJK (B)

1.0 Pendahuluan

Kertas kerja ini dirangka untuk menjayakan Projek Internship. Ia juga bertujuan bagi guru membuat penambahbaikkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani murid tahun 5 Maju Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak agar lebih menarik dan mencapai objektif pembelajaran. Penggabungjalinan mata pelajaran merupakan satu strategi dan kaedah pendidikan untuk membantu melahirkan pembelajaran dan persekitaran yang menarik dan menggalakkan pemikiran kreatif pelajar dan bersikap inovasi dalam melaksanakan aktiviti dan merangsang setiap pelajar untuk mencapai kecemerlangan. Setiap pelajar berhak memperolehi pengalaman berasaskan pendidikan yang pelbagai bentuk walaupun mereka datang dari pelbagai latar belakang dan taraf sosio ekonomi yang berbeza dan mempunyai sebarang kekurangan. Untuk itu, penggabungjalinan mata pelajaran lain dalam pendidikan jasmani dengan seni visual dan seni muzik memainkan peranan yang penting dalam pendidikan keseluruhan dan pembangunan minda pelajar. Sebagai seorang guru peranan yang perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk merancang sesuatu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sistematik dan bermakna.

2.0 Rasional

I. Menggalakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dan menarik minat pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani.

II. Merangsang pemikiran dan minda pelajar supaya berfikiran kreatif.

III. Meningkatkan konsep kendiri pelajar supaya dapat membuat penilaian, pandangan, keyakinan,kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta memupuk nilai murni dikalangan pelajar.

3.0 Matlamat

I. Pelajar dapat membentuk pergerakan gimnastik berirama yang menarik bersama ahli kumpulan mengikut tema, irama muzik dan penggunaan bahan pembelajaran yang bersesuaian.

II. Penggunaan motor kasar dan motor halus pelajar digunakan sepenuhnya.

III. Membentuk sikap berdaya cipta dan bekerjasama terhadap rakan dan guru.

4.0 Sasaran

Murid tahun 5 Maju Sekolah Kebangsaan Changkat Jong iaitu seramai 30 orang

5.0 Tarikh Projek

Tarikh yang dicadangkan untuk melaksanakan projek ini adalah pada 24 April 2015

6.0 Tempat Projek

Dataran Kejat Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak.

8. Bahan dan Alatan

I. Skitel

II. Wisel

III. Pom pom

IV. Speaker

V. Stokin

VI. Kad Manila

VII. Tali

9.0 PENUTUP

Diharapkan projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan kepada pelajar Tahun 5 Maju. Semoga projek ini, meningkatkan minat dan penglibatan pelajar serta memberikan motivasi pelajar di dalam Subjek Pendidikan Jasmani di sekolah. Diharapkan projek ini memberi manfaat kepada semua pihak.

Disediakan oleh,Disemak oleh,

(FAZILAH BT ISMAIL)(SHAIFUL NIZAM B. MOHD NASIR) Guru Pelatih Guru Pembimbing SK Changkat Jong. SK Changkat Jong.

Disahkan oleh,

.(MOHD NAZRI B. KAMARUDDIN) Guru Besar SK Changkat Jong.