kertas projek

Embed Size (px)

Citation preview

SATU KAJIAN TENTANG PESAKIT PEDIATRIK BERMASALAH PERUBATAN DENGAN MASALAH JANTUNG DI NEGERI SEMBILAN.

Nik Rohayati Binti Nik Mohamed 2010

Laporan ini adalah sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan Kursus Pos Basik Pergigian Paediatrik 2010 (Jururawat Pergigian)

Pusat Pergigian Kanank-Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia Pulau Pinang

ABSTRAK

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti sejauh mana tahap pengetahuan ibu bapa kanak-kanak dengan keperluan khas tentang penjagaan kesihatan pergigian anak-anaknya yang dijalankan di Daerah Seremban dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan Darul Khusus.

Kajian ini melibatkan ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak istimewa dengan berkeperluan khas yang berumur 16 tahun kebawah, yang menghantar anak-anaknya ke Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di seluruh Seremban termasuk Mantin dan Kuala Pilah telah dipilih untuk dijadikan sampel. Terdapat 11 buah PDK di Seremban termasuk Mantin iaitu PDK Intervensi Awal, PDK Datin Sri Hjh Hazizah Tumin, PDK Nur Iman, PDK Bandar Seremban, PDK Senawang, PDK Pekan Rantau, Taman Sinar Harapan, PDK Kampung LBJ, PDK Pekan Mantin, PDK Nilai dan PDK Pekan Lenggeng. Manakala PDK di daerah Kuala Pilah pula terdapat 3 buah PDK yang terlibat iaitu PDK Juasih, PDK Felda Kepis dan PDK Pilah Perdana.

Borang soal selidik diedarkan di mana soalan yang melibatkan demografik data ibu bapa serta soalan-soalan untuk menilai tahap pengetahuan serta amalan ibu bapa kanak-kanak dengan keperluan khas diberi bagi menilai ibu bapa terhadap tahap pengetahuan dalam penjagaan kesihatan pergigian, dari

segi menjaga diet atau pemakanan anak-anak mereka dan juga soalan yang menilai sejauh mana ibu bapa menjaga kebersihan gigi anak-anak mereka yang berkeperluan khas ini.

Borang soal selidik ini diserahkan kepada penyelia PDK yang terlibat untuk diisi oleh ibu bapa. Masa yang diperuntukkan untuk mengisi borang soal selidik ini adalah seminggu untuk dikembalikan semula. Sebanyak 48 soalan perlu diisi dan dijawab dengan seikhlasnya oleh ibu bapa atau penjaga bagi memastikan semua objektif khusus yang disediakan mendapat jawapan yang tepat berdasarkan kepada pengetahuan dan amalan yang sering dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga terhadap anak-anak mereka yang berkeperluan khas dalam penjagaan kesihatan pergigian.

Hasil daripada data yang diperolehi dari borang soal selidik ini untuk menjawab objektif khusus yang pertama, boleh dikatakan kebanyakkan ibu bapa atau penjaga kurang pengetahuan dalam penjagaan kesihatan pergigian. Tahap ibu bapa atau penjaga terhadap penjagaan diet atau pemakanan anak-anak mereka lebih baik dari yang diramalkan kerana kebanyakkan kanak-kanak berkeperluan khas ini tidak diberi makanan ringan atau gula-gula kerana

mereka akan menelan terus makanan yang masuk ke dalam mulutnya. Kebanyakkannya juga kanak-kanak ini tidak pandai berkumur bila memberus gigi. Dengan itu ibu bapa kanak-kanak ini akan sentiasa memastikan makanan

yang lembut diberikan kepada anak-anak mereka. Mereka juga akan memantau setiap kali anak-anaknya bersarapan.

Hasil yang diperolehi untuk menjawab objektif khusus yang ketiga pula, di mana tahap penjagaan kebersihan gigi kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah sangat tidak memuaskan. Boleh dikatakan semua ibu bapa yang mempunyai kanak-kanak dengan keperluan khas ini tidak dapat serta sukar untuk memberus gigi anak-anak mereka. Kesukaran untuk membuka mulut berserta dengan keadannya yang kurang bekerjasama menjadikan ibu bapa sukar untuk memberus gigi anak-anak mereka dengan berkesan. Keadan fizikal juga yang sedikit sebanyak memerlukan pertolongan menjadikan ibu bapa

sukar untuk membawa anak-anak mereka ke bilik air untuk memberus gigi.

Kebanyakan kanak-kanak berkeperluan khas ini tidak suka dipaksa dalam apa jua jenis keadaan, terutama sekali untuk menerima rawatan serta memberus gigi. Mereka juga tidak menggemari menggunakan ubat gigi yang mengandungi fluorida, kerana rasanya yang asing bagi dirinya menyebabkan kanak-kanak ini kurang selesa dengannya. Kesukaran membuka mulut berserta dengan kurang kerjasama dari kanak-kanak berkeperluan khas ini menjadikan punca utama dalam masalah kerosakan gigi. Apa? Kenapa? Di mana? Siapa? Bagaimana? Hasilnya? Kesimpulan dan cadangan.

ISI KANDUNGAN

Muka Surat1. 2.

PENGENALAN............................................................................. i LITERATURE REVIEW............................................................... ii

3. KAEDAH........................................................................................... iii4. 5. 6. 7. 8. 9.

HASIL KAJIAN..............................................................................1 2 PERBINCANGAN...........................................................................3 -4 KESIMPULAN...............................................................................5 6 CADANGAN..................................................................................7 8 RUJUKAN....................................................................................9 10 LAMPIRAN.................................................................................11 - 12

PENGENALAN Sesuatu kecacatan dianggap menjadi kelemahan atau kekurangan apabila seseorang itu tidak berupaya menjalankan aktiviti biasa bagi peringkat umurnya. Apabila terdapat kekurangan atau kecacatan, kanak-kanak dengan keperluan khas ini akan memerlukan penglibatan orang lain dalam kehidupan sehariannya. Definisi kanak-kanak dengan keperluan khas adalah kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal, mental atau mempunyai kompromi perubatan. Kategori ini merangkumi semua peringkat umur iaitu dari bayi hinggalah ke peringkat sekolah. Mengikut takrifan WHO pula, definisi kanak-kanak dengan keperluan khas adalah golongan istimewa iaitu golongan yang tidak berupaya menjalani aktivitiaktiviti normal sepenuhnya. Ini merangkumi aktiviti yang berbentuk sosial, rekreasi dan vokesional, untuk kumpulan sebaya mereka, bagi jangkamasa panjang, akibat kekurangan atau kecacatan fizikal atau mental.

Ciri-ciri

kanak-kanak

dengan

keperluan

khas

termasuklah

perkembangan mental yang subnormal dengan I.Qnya kurang dari 50, mempunyai kecacatan otak hiperkinetik dan bermasalah perilaku, mengalami palsi serebrum, sama ada dengan kecacatan otak atau tidak, menghidap penyakit-penyakit kronik, diskrasia darah dan

epilepsi serta kanak-kanak yang mengalami autisme, skizofrenia dan kanak-kanak yang emosinya terganggu secara serius.

Kanak-kanak dengan keperluan khas ini boleh dikelaskan mengikut keadaan kecacatan yang dialami. Bagi kanak-kanak yang mengalami kecacatan fizikal terdapat sesuatu kecacatan deria dan fizikal, merangkumi kanak-kanak cacat penglihatan, pendengaran, pertuturan dan anggota seperti klef bibir dan lelangit, distrofi otot dan lumpuh. Kanak-kanak yang mengalami palsi serebrum juga termasuk dalam kategori ini. Palsi serebrum bukanlah penyakit tetapi keadaan di mana terdapat beberapa keabnormalan pergerakan dan postur akibat kecederaan otak. Kecacatan ini mungkin terjadi semasa pranatal ataupun postnatal. Keadaan yang berbeza mungkin dari kekurangan fungsi otot yang tidak ketara ataupun masalah otot yang ketara, retardasi mental, kekejangan, masalah pertuturan, pendengaran dan penglihatan.

Palsi serebrum terbahagi kepada lima (5) jenis yang utama dimana ianya bergantung kepada bahagian otak yang tercedera. Yang pertama adalah spastik ia terjadi akibat dari kecederaan bahagian korteks motor otak dan lesi di bahagian atas neuron motor. Otot-otot menjadi kaku,

tidak berupaya mengawal pergerakan otot. Pesakit akan kaku dan selalunya takut pada bunyi bising dan persekitaran yang baru.

Untuk yang kedua, adalah atetosis. Ia terjadi akibat daripada kecederaan kepada ganglion basal atau trak ekstrapiramidal otak. Dimana kurang kawalan otot voluntary dan akan menyebabkan

pergerakan tanpa tujuan seperti kerutan muka, pergerakan mulut dan lidah, air liur meleleh, pergerakan kaki dan tangan jadi tak menentu.

Yang ketiga pula adalah ataksia, ini terjadi akibat lesi atau kecacatan di serebrum. Biasanya pesakit akan menghadapi masalah keseimbangan pergerakan. Pesakit juga akan mudah merasa bosan dan susah untuk duduk diam. Bagi ke empat pula adalah kekakuan,ia terjadi akibat kecederaan ganglion basal otak. Beberapa otot akan hilang keupayaan untuk membongkok dan pesakit sering mengalami rencatan akal, pesakit juga takut pada bunyi bising.

Tremor pula terjadi akibat kecederaan atau kecacatan pada ganglion basal otak. Otot tak (voluntary) sering menggeletar akibat kontraksi berselang-selang oleh otot-otot yang bertentangan.

Pengkelasan dan keadaan kecacatan yang melibatkan retardasi mental atau rencatan akal biasanya terdapat kecacatan otak yang ketara dimana kanak-kanak sindrom Down merupakan kumpulan terbesar dalam golongan ini. Kanak-kanak lembam tidak

mempamerkan rencatan akal yang serius dan biasanya akan kelihatan normal. Nisbah intelek (Intelligence Quotient / IQ) merupakan faktor utama dalam pengkelasan kecacatan ini.

Kanak-kanak bermasalah atau kompromi perubatan biasanya mempunyai masalah perubatan yang signifikan seperti penyakit jantung congenital, diskrasia darah, gangguan pernafasan, gangguan metabolik, barah serta kekurangan imunan. Penyakit pergigian dan rawatan merupakan risiko yang berbahaya. Ciri-ciri fizikal bagi

kanak-kanak kompromi perubatan, biasanya mungkin akan kelihatan seperti kanak-kanak sihat kecuali pesakit sindrom-sindrom tertentu dan yang mempunyai gangguan metabolik. Ramai juga di antara mereka yang mempunyai tubuh badan yang kecil untuk peringkat pertumbuhan atau umur mereka. Dan biasanya akan selalu kelihatan lesu, tidak cergas, kurang upaya untuk melawan penyakit.

LITERATURE REVIEW

Mengikut kajian yang telah dijalankan oleh Strippel H (2010) di German, dua (2) kumpulan telah diasingkan iaitu kumpulan yang telah diajar cara penjagaan kesihatan pergigian (Intervention Group) (IG) dan kumpulan kawalan (Control Group) (CG). Sebanyak 23% tahap pengetahuan ibu bapa telah meningkat tetapi keberkesanan diri serta sikap masih tidak berubah. 41% pula daripada kumpulan CG yang melibatkan bayi yang berumur 7 bulan mendapat kandungan yang berkariogenik di dalam botol susu pada waktu siang. Tapi hanya 32% sahaja untuk IG (p