72
BMM 3112 Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu 1 PENGENALAN Semantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan pada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dengan dunia rujukannya. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Sejak beratus-ratus tahun dahulu, ahli falsafah memperkatakan tentang maksud makna tersebut. Pada hari ini, penutur sesuatu bahasa dapat memahami apa-apa yang diujarkan kepada mereka dan menghasilkan pelbagai bentuk kata yang bermakna kepada penutur yang lain. Untuk memahami bahasa, kita perlu mengetahui bagaimana makna kata dan morfem yang membentuknya. Kita juga perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya, kita perlu interpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan. Semantik merupakan makna kalimat dengan wacana atau teks. Semantik bersifat gramatis yang mematuhi peraturan dalam menganalisis ayat. Analisis semantik memberikan penjelasan dari segi linguistik yang bersifat formal dan tetap. Semantik berbeza daripada sintaksis kerana sintaksis ialah kajian tentang struktur bahasa dan bukan makna. Bidang yang berhubungan dengan semantik ialah ilmu pragmatik. Pragmatik ialah kajian penggunaan dan penginterpretasian ujaran berdasarkan konteks. Semantik merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik, sama seperti morfologi dan sintasis. Mereka yang membuat kajian semantik perlu mendapatkan data konkrit seperti juga kajian morfologi dan sintaksis. Secara tradisional, semantik melibatkan analisis denotatif dan konotatif yang ada kaitannya dengan ayat. Sebagai unit makna yang tidak terbatas yang bermula daripada unit leksikal, semantik boleh diperluas bagi memperlihat makna pada tahap yang lebih tinggi iaitu wacana. Apabila berbicara tentang semantik atau makna sesuatu kata, perkara yang diperlu diberikan perhatian ialah makna kata itu tidak lengkap sekiranya tidak merujuk kepada konteksnya. Sebagai contoh, perkataan biru memberika makna yang hampir sama dalam kebanyakan bahasa. Walaubagaimanapun, kata biru itu akan membawa makna yang berbeza pula jika digunakan dalam bentuk frasa seperti buku biru , langit biru dan mata biru . Frasa buku biru mungkin merujuk kepada sesuatu buku seperti buku rekod, frasa langit biru pula merujuk kepada langit yang biru manakala frasa mata biru merujuk kepada orang yang

KKBI SEMANTIK DAN PERISTILAHAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KERJA KURSUS SEMESTER 6

Citation preview

Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu

BMM 3112Semantik dan Peristilahan Bahasa Melayu

1

PENGENALANSemantik ialah kajian yang berkaitan dengan makna kata dan ayat. Kajian ini menumpukan pada aspek makna bentuk linguistik dan hubungannya dengan dunia rujukannya. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Sejak beratus-ratus tahun dahulu, ahli falsafah memperkatakan tentang maksud makna tersebut. Pada hari ini, penutur sesuatu bahasa dapat memahami apa-apa yang diujarkan kepada mereka dan menghasilkan pelbagai bentuk kata yang bermakna kepada penutur yang lain. Untuk memahami bahasa, kita perlu mengetahui bagaimana makna kata dan morfem yang membentuknya. Kita juga perlu mengetahui bagaimana makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Seterusnya, kita perlu interpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan. Semantik merupakan makna kalimat dengan wacana atau teks. Semantik bersifat gramatis yang mematuhi peraturan dalam menganalisis ayat. Analisis semantik memberikan penjelasan dari segi linguistik yang bersifat formal dan tetap. Semantik berbeza daripada sintaksis kerana sintaksis ialah kajian tentang struktur bahasa dan bukan makna. Bidang yang berhubungan dengan semantik ialah ilmu pragmatik. Pragmatik ialah kajian penggunaan dan penginterpretasian ujaran berdasarkan konteks.Semantik merupakan sebahagian daripada ilmu linguistik, sama seperti morfologi dan sintasis. Mereka yang membuat kajian semantik perlu mendapatkan data konkrit seperti juga kajian morfologi dan sintaksis. Secara tradisional, semantik melibatkan analisis denotatif dan konotatif yang ada kaitannya dengan ayat. Sebagai unit makna yang tidak terbatas yang bermula daripada unit leksikal, semantik boleh diperluas bagi memperlihat makna pada tahap yang lebih tinggi iaitu wacana.Apabila berbicara tentang semantik atau makna sesuatu kata, perkara yang diperlu diberikan perhatian ialah makna kata itu tidak lengkap sekiranya tidak merujuk kepada konteksnya. Sebagai contoh, perkataan biru memberika makna yang hampir sama dalam kebanyakan bahasa. Walaubagaimanapun, kata biru itu akan membawa makna yang berbeza pula jika digunakan dalam bentuk frasa seperti buku biru, langit biru dan mata biru. Frasa buku biru mungkin merujuk kepada sesuatu buku seperti buku rekod, frasa langit biru pula merujuk kepada langit yang biru manakala frasa mata biru merujuk kepada orang yang mempunyai mata berwarna biru. Hal ini bermakna suatu kata itu mempunyai nilai makna yang tertentu disebabkan perkataan ini berada secara berbeza antara satu sama lain.Kesimpulannya, kajian mengenai bidang semantik ini adalah berbeza dengan bidang sintaksis kerana sintaksis mengkaji tentang struktur bahasa manakala bidang semantik pula mengkaji bidang makna kata dan ayat. Semantik ialah bidang kajian tentang aspek makna dalam bidang ilmu linguistik. Semantik sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus iaitu merujuk kepada kajian yang melibatkan struktur dalam sesuatu bahasa seperti juga aspek kajian fonologi, morfologi dan sintaksis.

1.0 SEMANTIK, FITUR MAKNA, MAKNA LEKSIKAL DAN MAKNA AYAT1.1 SEMANTIK1.1.1 DEFINISISemantik berasal daripada perkataan Greek, iaitu semantikos yang bermaksud memberikan tanda, sesuatu gejala atau tanda atau sesuatu yang bermakna. Semantik bermula daripada perkataan sema yang merujuk kepada aspek makna, iaitu makna seperti yang diungkapkan dalam sesuatu bahasa atau sistem tanda yang lain. Dalam bahasa Inggeris, meaning, mean, meant dan means kesemuannya merujuk kepada makna atau maksud yang dapat digunakan dalam pelbagai keadaan. Perkataan semantic yang digunakan pada hari ini berasala daripada bahasa Perancis, iaitu semantique. Perkataan ini telah digunakan olen Michael Breal sejak abad ke-19 lagi. Semantik berbeza daripada sintaksis kerana semantik mengkaji makna manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu sistem tanda. Dengan kata lain, sintaksis berfokus kepada bentuk dan bukan makna. Sebaliknya, semantik ada kaitan dengan bidang pragmatik. Hal ini kerana pragmatik mengkaji penggunaan tanda mengikut konteks oleh pengguna atau penutur bahasa.Semantik ialah kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya. Sperber dan Wilson (1980) yang memperkenalkan Semantik Sistem Penuh berpendapat pada hakikatnya konsep semantik tidak dapat menerbitkan makna sebenar sesuatu ujaran kerana ia mengabaikan konteks dan kontekstualiti. Sebaliknya, yang diutamakan ialah bentuk logik yang membentuk sebahagian daripada nahu sesuatu bahasa. Hal ini bermakna semantik mengkaji makna dari segi pemaknaan pada peringkat linguistik tulen. Dengan kata lain, kajian semantik khusus pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik sahaja.

Terdapat beberapa pengertian yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dalam buku yang berjudul Bahasa Melayu II karangan Siti Hajar Abdul Aziz (2009:255) :I. Stalnaker (1972:383) Semantik mengkaji preposisi. Semantik memperjelas peraturan untuk menyesuaikan ayat dalam bahasa dengan preposisi yang diungkapkan. Dalam banyak hal, peraturan tersebut sebenarnya tidak mendapat penyesuaian ayat secara terus dengan preposisi. Sebaliknya, penyesuaian ayat dengan preposisi berkaitan dengan konteks ayat tersebut digunakan.

II. Akmajian (1995:222)Semantik berkaitan tentang unit linguistik dan prinsip gabungannya. Dalam bidang logik, semantik dianggap sebagai kajian tentang rujukan lingusitik atau denotasi dan syarat kebenaran. Kajian semantik boleh dimulakan pada aras kata atau pada aras yang lebih tinggi iaitu kalimat yang terbina daripada frasa dan ayat. Maklumat semantik merupakan bahagian penting dalam tatabahasa kerana tatabahasa digunakan untuk menghuraikan sesuatu bahasa.

III. Sperber dan Wilson (1980) Kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik.

IV. Harimurthi Kridalaksana (1983)Bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa.

V. Frank Parker (1994) Bidang kajian tentang makna dalam bidang pengajian ilmu linguistik. Bidang ini sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus yang merujuk kepada kajian tentang struktur dalam sesuatu bahasa.

1.1.2 TEORI KAJIAN SEMANTIKSemantik melibatkan kajian interpretasi konotatif, rujukan denotatif, syarat benar, struktur argumentasi (penafian) dan peraturan tema yang kesemuannya mempunyai pertalian dengan sintaksis atau ayat. Semantik membekalkan kajian makna ayat untuk bahasa dengan cara menghuraikan makna secara spesifik, iaitu berdasarkan keadaan ayat-ayat dalam bahasa. Sebagai contoh, semua pengguna jalan raya mempunyai tanggapan makna yang sama tentang warna lampu isyarat jalan raya, iaitu merah bermaksud berhenti, hijau bermaksud jalan dan kuning bermaksud bersedia untuk berhenti.Terdapat beberapa teori yang diketengahkan dalam kajian semantik. Teori tersebut diperkenalkan sejak timbulnya perdebatan tentang persoalan makna dalam kajian linguistik. Sehingga hari ini, tiada satu teori semantik yang dapat dianggap lebih baik daripada teori yang lain memandangkan setiap teori mempunyai analisis yang tersendiri dalam mengkaji makna.

Rajah 1.1 : Teori kajian semantik1.1.2.1 Teori ImejanTeori imejan merujuk kepada makna sesuatu perkataan berhubung dengan imej yang terbayang dalam minda penutur atau pendengar. Imej yang dimaksudkan ini tidak bersifat visual kerana ia tidak dapat menepati gambaran sebenar yang dimaksudkan atau yang telah sedia ada. Sebagai contoh, seseorang itu mungkin mempunyai beberapa imej bagi satu ungkapan dan dalam keadaan yang lain mungkin wujud pula beberapa ungkapan yang berkongsi imej yang sama.Imej yang dirujuk tentang sesuatu perkara bergantung pada pengetahuan dan pengalaman yang berbeza bagi seseorang. Sebagai contoh, imej kata syarahan bagi pelajar universiti adalah berbeza dengan imej syarahan yang digambarkan oleh penduduk kampung yang mendengar syarahan agama atau khutbah. Namun, terdapat segolongan perkataan yang tidak dapat dikaitkan dengan sebarang imej seperti perkataan dan, atau, tetapi, manakala dan sebagainya. Hal ini kerana perkataan demikian secara konsepnya tidak mempunyai sebarang makna. Sebaliknya, dari segi penggunaan dan konteks yang tertentu, perkataan tersebut mampu memberikan makna kepada ayat dan tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya.1.1.2.2 Teori BehaviorismeTeori behaviorisme ada kaitannya dengan teori behavioris dalam pembelajaran. Dalam kajian semantik, teori ini disebut semantik behavioris. Leonard Bloomfield (1933) menggunakan teori ini dalam menghuraikan makna. Mengikut teori ini, analisis makna hendaklah berdasarkan tingkah laku yang dapat diperhatikan dan jika tidak ia hanya dianggap sebagai andaian sahaja. Dengan kata lain, seseorang itu dapat menggunakan dan membezakan perkataan yang digunakannya dengan betul dan tepat hasil daripada pembelajarannya, sama ada seara langsung atau tidak. Empat ciri umum behaviorisme ialah:1. Menolak konsep mentalisme yang mengkaji pemikiran dan konsep abstrak tanpa data yang dapat disahkan.2. Mempercayai bahawa tingkah laku manusia dan binatang mempunyai persamaan.3. Tingkah laku manusia dalam berbahasa disebabkan keperluan untuk bersosialisasi.4. Perlakuan manusia ada hubungan dengan rangsangan (stimulus) dan gerak balas (respons). Misalnya, makna berada dalam keadaan penutur menimbulkan rangsangan manakala pendengar memberikan respons untuk menaggapinya.

Menurut teori ini, makna merupakan bentuk tindak balas hasil daripada rangsangan yang diperoleh oleh penutur dan pendengar dalam komunikasi yang berlaku antara mereka. Rangsangan tersebut berlaku, sama ada melalui proses perkaitan antara proses mendengar dengan bertutur atau hasil pembelajaran. Perkaitan makna dalam hal iniditentukan oleh bentuk tingkah laku yang dapat diperhatikan. Sebagai contoh, seseorang dapat membezakan antara haiwan lembu dengan kerbau hasil belajar sendiri bahawa kedua-dua binatang itu mempunyai bentuk dan ciri yang berbeza. Seseorang itu akan marah apabila dikatakan kamu bodoh macam lembu kerana dia mampu mengaitkan makna kata bodoh itu dengan ciri binatang lembu yang dimaksudkan. Sebaliknya, kita tidak menggunakan ujaran kamu bodoh macam kerbau kerana makna kata bodoh itu tidak dapat dikatikan dengan ciri atau sifat haiwan yang dimaksudkan.Menurut Osgood (1980) dalam buku Bahasa Melayu II karangan Siti Hajar Abdul Aziz (2009), proses penutur menghasilkan ujaran dan tindak balas pendengar bagi memahami ujaran tersebut. Dengan kata lain, antara penutur dengan pendengar perlu ada saling kefahaman dan perkongsian makna yang sama bagi kata-kata yang digunakan. Ia melibatkan aktiviti penghasilan, penyesuaian dan penerimaan terhadap ujaran. Sebagai contoh, kita secara umumnya, menerima dan memahami bahawa penggunaan kata aku, saya, kami dan kita yang kesemuanya membawa makna kata ganti nama diri orang pertama. Walau bagaimanapun, untuk menentukan kata ganti diri yang mana paling sesuai digunakan pada masa itu, penutur perlu membuat penyesuaian dengan berdasarkan konteks waktu itu.

1.1.2.3 Teori Analisis KomponenTeori ini menerangkan kata-kata mempunyai hubunganmakna antara satu dengan yang lain. Hubungan ini disebut struktur leksikal. Analisis komponen diaplikasikan bagi melihat hubungan makna bagi sepatah perkataan dengan sejumlah unsur atau komponen makna. Antara perkara yang diperhatikan ialah:1. Melihat sejumlah ciri rujukan bagi sesuatu perkataan.2. Melihat kemungkinan adanya hubungan rujukan antara sesuatu kata dengan kata yang lain.3. Melihat ciri khusus bagi kata yang mempunyai hubungan rujukan, iaitu yang membezakan fitur semantik kata itu dengan kata yang lain.Elemen semantik yang menjelaskan makna linguistik bagi sesuatu morfem atau perkataan adalah berbeza daripada elemen bukan linguistik seperti dalam bidang sains. Sebagai contoh, ahli sains menjelaskan maksud air sebagai cecair yang terdiri daripada unsur hidrogen dan oksigen. Maksud sedemikian tidak menjelaskan makna sebenar bagi kata air dari segi makna lingusitik. Justeru itu, untuk mengetahui makna kata tersebut, kita perlu menganalisis kata itu dengan melihat elemen semantiknya.

1.2 FITUR MAKNAFitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri. Analisis ciri ini menggunakan tanda (+) atau (-). Tanda (+) bermaksud bahawa ciri tersebut hadir atau wujud pada perkataan yang hendak dianalisis maknanya, manakala tanda (-) pula menunjukkan bahawa kata itu tidak mempunyai ciri tersebut.SuamiIsteriKakakAbangadik

+ orang+ orang+ orang+ orang+ orang

+ dewasa+ dewasa+ dewasa+ dewasa+ dewasa

+ lelaki- lelaki- lelaki+ lelaki+ lelaki

- wanita+ wanita+ wanita- wanita+ perempuan

+ bapa+ ibu........+ kanak-kanak

Rajah 1.2 : Analisis fitur semantik bagi kata manusiaRajah di atas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai perkataan yang boleh dikaitkan dengan manusia. Antara perkataan tersebut ada yang berkongsi ciri yang sama yang diberikan tanda (+). Contohnya, kelas kata yang merujuk kepada isteri diberikan tanda (+) bagi ciri orang, dewasa, wanita dan ibu. Hal ini bermakna ciri-ciri tersebut terdapat pada perkataan isteri dan dapat digunakan bagi menjelaskan makna perkataan isteri itu dari segi semantiknya. Analisis demikian memberikan manfaat kepada pengguna bahasa kerana dapat membantu kita memahami makna semantik sesuatu perkataan yang berhubung dengan makna rujukan. Dengan mengetahui ciri semantik sesuatu perkataan itu juga dapat membantu kita memilih perkataan yang tepat dalam ayat atau ujaran, di samping memahami pelbagai kemungkinan makna bagi sesuatu perkataan. Sebagai contoh, perhatikan ayat yang diujarkan ini, Pensyarah saya wanita. Orang itu dapat menggunakan perkataan wanita bagi merujuk kepada pensyarahnya dengan tepat kerana dia memahami ciri semantik yang terdapat pada perkataan tersebut.

1.3 MAKNA LEKSIKAL Makna leksikal juga disebut sebagai makna kata manakala bidang kajian yang meneliti makna leksikal ini disebut semantik leksikal. Makna kata atau leksikal merupakan subbidang linguistik yang merujuk kepada kajian tentang apa yang ditunjukkan atau dimaksudkan oleh sesuatu perkataan dalam sesuatu bahasa. Secara umumnya, perkataan dapat digunakan untuk memberikan makna kepada sesuatu benda atau perkara yang terdapat dalam dunia ini. kata juga dapat menggambarkan sesuatu konsep yang bergantung kepada pemilihan kata dan semantik leksikal yang digunakan.Kamus mengandungi hampir kesemua perkataan atau kosa kata beserta maknanya bagi sesuatu bahasa. Perbendaharaan kata bagi sesuatu bahasa itu disebut leksikon. Minda kita juga menjadi tempat menyimpan maklumat perkataan dan morfem yang dinamakan leksikon itu. Makna-makna perkataan yang terdapat dalam kamus disebut makna leksikal, iaitu makna perkataan itu sendiri tanpa melibatkan penggunaannya dalam ayat. Kamus menjadi pegangan dan rujukan penting bagi penutur bahasa tersebut. Sebagai individu, kita juga merupakan kamus bergerak kerana kita mengetahui beratus-ratus makna bagi bahasa yang kita tuturkan. Pengetahuan kita tentang makna tersebut membolehkan kita menggunakan bahasa untuk menyatakan pendapat dan memahami ujaran yang kita dengar. Makna perkataan merupakan sebahagian daripada pengetahuan linguistik dan juga sebahagian daripada tatabahasa.Fonem ialah bentuk linguistik yang membezakan makna, manakala morfem sama ada terikat atau bebas ialah bentuk linguistik terkecil yang bermakna. Kata ialah bentuk morfem bebas yang bermakna iaitu setiap kata mempunyai makna masing-masing. Kata boleh mempunyai makna penuh atau makna leksikal misalnya makna leksikal bagi selimut ialah kain bagi menutup tubuh semasa tidur atau gebar. Makna boleh dilihat pada peringkat paling asas bermula daripada morfem, perkataan, frasa, klausa dan ayat.Kata yang bukan leksikal dan morfem terikat pula mempunyai makna tatabahasa. Morfem terikat tidak boleh berdiri sendiri dan pada asasnya ia tidak membawa sebarang makna. Makna bagi morfem terikat bergantung pada kata yang diimbuhkan dengannya, misalnya morfem terikat ter- membawa makna berdasarkan kata dasar yang mengikutnya, iaitu sama ada perbuatan tidak sengaja, darjah paling tinggi, daya atau keupayaan dan perbuatan sedia ada.Unsur semantik yang sama boleh menjadi sebahagian makna bagi kata yang berbeza. Sebagai contoh, unsur semantik manusia boleh meliputi makna yang berikut:DoktorJurubahasaSetiausaha

NenekAbangDuda

Mak cikTuanAdik

PemanduEncikbudak

Makna bagi dua perkataan yang terakhir ini terkandung unsur muda. Oleh itu, unsur makna bagi perkataan adik dan budak ialah manusia dan muda. Hal ini menunjukkan makna sesuatu perkataan terkandung unsur yang lain juga. Demikian juga perkataan ayah mempunyai unsur lelaki dan dewasa, sama seperti perkataan abang dan encik. Walau bgaimanapun, perkataan ayah juga mempunyai unsur bapa (ketua keluarga), yang membezakannya daripada dua perkataan tadi.LeksikonLeksikon ialah sekumpulan kosa kata bagi sesuatu bahasa, misalnya senarai perkataan umum yang terdapat dalam kamus dan senarai perkataan khusus yang terdapat dalam glosari. Leksikon juga diertikan sebagai komponen bahasa yang mengandungi segala maklumat yang berkaitan dengan perkataan, iaitu makna dan penggunaannya. Dalam bahasa biasa, leksikon disebut sebagai kosa kata, iaitu khazanah kata yang dimiliki sesuatu bahasa atau pengguna sesuatu bahasa.Bagi penutur sesuatu bahasa leksikon merupakan kosa kata mental yang terdapat dalam minda mereka. Ia diorganisasikan dengan baik bagi membolehkan penutur menggunakan kata tertentu pada saat diperlukan. Organisasi kosa kata itu disusun mengikut prinsip tertentu, misalnya peraturan menghubungkan imbuhan dengan kata dasar, penggunaan kata majmuk, kata bantu dan objek.Semantik LeksikalSemantik leksikal merupakan kajian tentang bagaimana dan apa yang dilambangkan oleh kata-kata dalam sesuatu bahasa. Kata-kata mungkin digunakan bagi melambangkan sesuatu perkara dalam dunia ini atau konsep tertentu bergantung pada kaedah yang digunakan dalam semantik leksikal. Seperti yang dijelaskan sebelum ini kata merupakan unit leksikal, oleh itu semantik leksikal melibatkan makna bagi setiap kata tersebut. Semantik leksikal merupakan salah satu bidang linguistik yang bermanfaat kepada penutur bukan natif kerana mereka dapat mempelajari perkataan baharu dan maknanya dengan lebih mudah.

1.4 MAKNA AYATDalam banyak perkara kita berkomunikasi menggunakan frasa dan ayat. Makna frasa dan ayat bergantung kepada makna perkataan yang terkandung dalamnya dan bagaimana perkataan itu distruktur dan digabungkan. Terdapat hubungan semantik antara kata yang telah dijelaskan sebelum ini juga ditemui antara ayat. Sebagai contoh, dua patah perkataan yang sama makna dikatakan mempunyai hubungan sinonim, manakala dua ayat dikatakan mempunyai hubungan secara parafrasa. Ayat tersebut mungkin berhubungan secara parafrasa kerana mengandungi perkataan sinonim dan juga parafrasa disebabkan perbezaan struktur yang tidak melibatkan perbezaan makna seperti contoh ayat yang berikut: Abang belajar di Universiti Malaysia Sabah. Tempat abang belajar Universiti Malaysia Sabah.Selain itu, perkataan mempunyai hubungan homonim yang boleh menimbulkan kekaburan makna apabila diujarkan, manakala ayat bersifat kabur dan mengelirukan mungkin kerana mengandungi perkataan homonim. Perkataan mempunyai hubungan antonim, manakala ayat mempunyai bentuk penafian, misalnya pertentangan makna atau antonim bagi frasa kucingnya hidup ialah kucingnya mati atau dalam bentuk penafian ialah kucingnya tidak hidup.Perkataan digunakan untuk menamakan sesuatu. Ayat juga boleh digunakan untuk tujuan yang sama. Justeru itu, perkataan dan ayat boleh digunakan untuk merujuk kepada sesuatu atau menjelaskan benda atau perkara. Kajian bagi menjelaskan bagaimana makna perkataan bergabung ke dalam makna frasa dan ayat dan hubungan makna antara unit yang lebih besar ini dinamakan makna frasa atau semantik ayat dan ia berbeza daripada semantik leksikal.Makna bagi ayat dibina dalam bentuk bahagian-bahagian iaitu yang terdiri daripada makna frasa nama dan makna frasa kerja. Ada ahli linguistik yang berpendapat bahawa sesetengah ayat mempunyai rujukan sama seperti perkataan. Rujuka bagi ayat adalah dengan melihat benar atau palsu, misalnya ia benar jika ayat itu benar dan ia palsu jika ayat itu palsu. Terdapat empat aspek yang dapat menggambarkan hubungan makna ayat atau semantik ayat seperti yang berikut:

Rajah 1.3: Hubungan makna ayat 1.4.1 ParafrasaParafrasa bermaksud dua ayat yang mempunyai makna yang sama walaupun terdapat perubahan pada struktur ayat tersebut. Dengan kata lain, sesuatu ayat itu dikatakan parafrasa jika memenuhi syarat dari segi makna yang sama. Ayat-ayat berikut merupakan parafrasa, walaupun berbeza dari segi penekanan, tetapi masih sama maknanya:

Kapal itu berlabuh di Pelabuhan Klang. Tempat kapal itu berlabuh ialah di Pelabuhan Klang. Rita bekerja sebagai setiausaha. Pekerjaan Rita ialah setiausaha.

1.4.2 Syarat BenarSesuatu ayat itu dikatakan benar apabila ia memenuhi ayat benar iaitu jika ayat pertama itu benar bermakna ayat kedua juga hendaklah benar. Dengan kata lain, pernyataan atau ayat itu membawa makna jika kita mengetahui dalam keadaan yang bagaimana ia benar. Sebagai contoh, kita mengatakan ayat. Ulang tahun kemerdekaan Malaysia disambut pada 31 Ogos adalah benar, manakala ayat Ulang tahun kemerdekaan Malaysia disambut pada 31 Oktober adalah palsu. Kita mengatakan demikian kerana kita mengetahui makna kedua-dua ayat itu dengan baik. Mengetahui makna kedua-dua ayat itu bermakna kita mengetahui syarat benar ayat tersebut. Kita melihat syarat benar ayat itu dengan membandingkannya dengan dunia sebenar, iaitu fakta sejarah. Dengan melihat fakta sejarah itu membolehkan kita mengatakan ayat pertama benar dan ayat kedua palsu. Justeru itu, untuk menentukan benar atau palsu pernyataan ini adalah dengan melihat rujukannya.Perhatikan contoh ayat yang berikut: Faizzal percaya ulang tahun kemerdekaan Malaysia disambut pada 31 Ogos.Ayat di atas dikatakan benar jika individu sebenar yang bernama Faizzal itu sendiri mempercayai pernyataan tersebut, sebaliknya ia dikatakan palsu jika dia tidak mempercayainya. Justeru itu, ia menjadi syarat benar bagi pernyataan tersebut. Dalam hal ini, ia tidak mengambil kira jika sebahagian maklumat dalam ayat itu palsu. Makna bagi sesuatu ayat ditentukan oleh peraturan semantik yang membolehkan kita menghubungkan bahagian-bahagian ayat dan menentukan sama ada ia benar atau palsu.

1.4.3 RangkumanRangkuman merujuk kepada hubungan tentang sesuatu proposisi atau ayat. Sebagai contoh, ayat Buku itu berwarna hijau merangkumi ayat Buku itu bukan biru atau merah dan ayat Murid itu berjalan kaki ke sekolah merangkumi ayat Murid itu tidak menaiki kenderaan. Kadangkala untuk mengetahui syarat benar sesuatu ayat mengkehendaki kita mengandaikan kebenaran ayat yang satu lagi. Sebagai contoh, perhatikan ayat-ayat berikut:1. a) Ramlah tahu segala-galanya tentang Norihan.b) Ramlah atau Norihan sudah berkahwin.

2. a) Mariam menyukai kesemua jenis buah-buahan tempatan.b) Mariam menyukai buah langsat, duku dan rambutan.Berdasarkan contoh ayat tersebut, kita mempercayai ayat 1 a) dan 2 a) benar dengan mengandaikan bahawa ayat 1 b) dan 2 b) juga adalah benar. Hal ini kerana makna ayat kedua telah terangkum dalam makna ayat yang pertama.

1.4.4 PercanggahanPercanggahan merujuk kepada dua ayat yang bercanggah dari segi syarat benar, iaitu jika satu ayat itu benar, ayat yang satu lagi itu adalah palsu. Dengan kata lain, kebenaran bagi satu ayat mengandaikan kepalsuan bagi yang satu lagi. Sebagai contoh, perhatikan ayat-ayat yang berikut:1. a) Bapanya ialah pengetua sekolah menengah.b) Bapanya tidak bekerja.

2. a) Daud berumur lima tahun.b) Daud pelajar tingkatan lima.Berdasarkan contoh ayat tersebut, jika ayat 1 a) dan 2 a) adalah benar maka semestinya ayat 1 b) dan 2 b) adalah palsu. Hubungan yang sedemikian disebeut percanggahan, iaitu kebenaran bagi satu ayat bercanggah dengan kebenaran ayat yang satu lagi.Selain itu, makna ayat juga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu makna tersurat, makna terselindung dan makna tersirat.1. Makna Tersurat (denotasi)Makna tersurat ialah makna yang diperoleh semata-mata daripada makna yang tertulis atau makna yang diujarkan sahaja. Sama ada bahasa bertulis atau bahasa lisan. Misalnya, Burung itu hinggap di ranting pokok. Jika sesuatu ayat atau bahasa tersebut biasa kita gunakan maka kita menganggapnya sebagai betul.Contohnya:Para pelajar-pelajar yang dihormati sekalian. (salah)Perkataan para menunjukkan ramai. Perkataan pelajar-pelajar menyatakan ramai. Perkataan sekalian bermaksud ramai. Ayat yang betul ialah:Para pelajar yang dihormati.(betul)2. Makna TerselindungMakna terselindung ialah makna yang terselindung dalam sesuatu ayat kerana perkataannya tidak dihadirkan. Misalnya dalam ayat berikut:Adik ke kedai Pak Ali.Kata pergi tidak dihadirkan, tetapi pendengar memahami perbuatan adik ialah pergi.Walaupun sesuatu perkataan ini tidak hadir tetapi ia dapat dikesan oleh pendengar atau pembaca. Atau dengan kata lain perkataan yang tidak hadir dalam sesuatu ayat tetapi masih dapat dikesan maknanya membuktikan adanya struktur dalam fikiran pendengar atau pembaca. Contoh lain adalah seperti berikut:Cikgu Ahmad guru Bahasa Melayu di sekolah kami.Makna yang terselindung dalam ayat ini ialah kata pemeri yang memerikan pekerjaan Cikgu Ahmad, iaitu guru Bahasa Melayu di sekolah kami. Oleh yang demikian, struktur dalam ayat ini ialah Cikgu Ahmad ialah guru Bahasa Melayu di sekolah kami.

3. Makna Tersirat (konotasi)Makna tersirat ialah makna yang diperoleh berbeza dengan makna yang tertulis atau diujarkan, misalnya dalam kiasan umpama jari di tangan, ada bercincin ada tidak.Bahasa seperti ini timbul dalam masyarakat Melayu kerana timbulnya keinginan menyatakan sesuatu dengan maksud yang lain. Hal seperti ini dalam bahasa Melayu disebut sebagai peribahasa. Peribahasa ialah ayat yang khusus untuk makna yang tertentu. Peribahasa dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu bentuk kiasan, bentuk bidalan, bentuk pepatah, bentuk perbilangan, bentuk kata hikmah, bentuk ungkapan, bentuk pemeo dan bentuk simpulan bahasa.i. KiasanMembuat perbandingan perilaku manusia dengan alam alam sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak sekitaran dengan cara yang lembut dan tidak tepat pukulannya. Contohya: tangkai jering, panjang tangan, mulut tempayan.ii. Simpulan BahasaKata-kata yang dikiaskan atau dibandingkan dengan dengan benda lain dan bentuknya terdiri daripada benda lain dan bentuknya terdiri daripada dua hingga tiga patah perkataan. Contohnya: abu nawas, kaki kaki bangku bangku, kaki ayam.iii. PerbilanganPerbilangan merupakan susunan kalimat yang bertujuan menjadi pegangan kepada anggota masyarakat sehingga menjadi adat atau peraturan.Berasal daripada adat resam. Berfungsi sebagaipedoman pedoman dalam kehidupan bermasyarakat dan dalam kehidupan bermasyarakat danbentuknya berkerat-kerat atau berpatah-patah. Contohnya:Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras.

iv. PerumpamaanHasil daripada analogi dua perkara dan biasanya menggunakan menggunakan kata perbandingan seperti bagai kata perbandingan seperti, bagai, bak, umpama, laksana dan sebagainya. Contohnya:Seperti kaca terhempas ke batu.Bagai tikus jatuh ke beras.Seperti bumi dengan langit.v. Bentuk BidalanBidalan adalah susunan bahasa yang menarik dan mudah 'melekat di mulut orang ramai'. Ia merupakan bahasa kiasan yang digunakan untuk melahirkan fikiran yang tajam, tepat, mengandungi perbandingan, teladan, pengajaran, nasihat, dan kata-kata hikmat. Contohnya:Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga - Kalau tidak mahirdalam sesuatu bidang itu, akibatnya buruk.

vi. Bentuk PepatahPepatahseakan-akan sama dengan bidalan, tetapi pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-patah. Contohnya:Diam ubi berisi, diam besi berkaratBermaksud orang yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi bodoh.vii. Tamsil dan IbaratMemberikan penjelasan tentang perkara yang hendak hendak dibandingkan Tamsil biasanya bersajak dibandingkan. Tamsil biasanya bersajak sedangkan ibarat tidak. Contohnya:Keras-keras kerak nasi, kena air lembut juga.Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semuanya.

viii. Lidah PendetaKata-kata hikmat atau kata-kata pujangga yang mengandungi mengandungi pengajaran atau falsafah hidup pengajaran atau falsafah hidup. Contohnya:Bertangguh itu pencuri masa.Bersatu teguh, bercerai runtuh.ix. PemeoPemeo ialah perkataan yang popular disebut bertujuan memberi semangat atau menyindir. Sebagai contoh:Lebih baik mati daripada dijajahPemeo ini bertujuan untuk mengukuhkan keahlian sesuatu organisasi atau memperkuat sesuatu perjuangan.x. Cogan Kata atau MottoCogan kata atau motto ialah kata semboyan atau sesuatu organisasi samada kerajaan atau swasta. Contohnya:Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.Cogan kata ini merupakan semboyan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh Dato Seri Najib bin Tun Abdul Razak.

1.5 HUBUNGAN KATA DENGAN MAKNAPerkataan yang terdiri daripada golongan kata nama, kata kerja dan kata adjektif kesemuannya mengandungi makna. Sebaliknya, kata hubung seperti lalu, jika, sambil, tetapi dan kata sendi nama seperti di, ke, daripada dan pada tidak mempunyai makna tersendiri. Imbuhan juga tidak mempunyai makna tetapi dari segi tatabahasa ia berfungsi untuk membezakan makna. Sebagai contoh, tahun bermaksud jangka waktu yang lamanya dua belas bulan, sebaliknya tahunan bermaksud sesuatu yang berlaku tiap-tiap tahun atau sekali dalam setahun. Hal ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan antara makna dengan kata tersebut dan dengan itu ia tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya.Terdapat isitilah yang digunakan bagi menjelaskan hubungan tersebut yang diakhiri oleh morfem nimi seperti sinonimi, antonimi, homonimi dan hiponimi.

Rajah 1.4: Hubungan kata dengan makna

1.5.1 SinonimiDua perkataan atau lebih yang mempunyai makna yang sama tetapi berlainan bentuknya disebut sinonim.Perkataan-perkataan ini mempunyai makna yang hampir-hampir sama walaupun tidak seratus-peratus sama maknanya. Perkataanundang-undangdan peraturanmisalnya, sekali pandang maknanya sama tetapi kedua-duanya tidak boleh digunakan pada tempat yang seratus-peratus sama. Kita boleh mengatakanperaturan sekolah tetapi tidak boleh menyebutundang-undang sekolah. Begitu juga dengan kata-katajemputdan undang yang seakan-akan sama maknanya. Sebenarnya, jemput digunakan dalam konteks perbualan manakala undang dalam majlis rasmi atau secara bertulis.Terdapat juga kata-kata sinonim yang diucapkan berdasarkan gaya bahasa yang dituturkan atau mengikut kesan yang hendak ditimbulkan. Kata-kata sepertikojol, mampus, mangkat, danwafat,semuanya bermaksudmati. Namunkojoldanmampusdiucapkan dalam keadaan benci atau kurang sopan,mangkatdigunakan untuk raja danwafatuntuk nabi dan ulama. Walaupun begitu, perkataan-perkataan tersebut dikatakan ada pertalian dari segi sinonimnya. Perhatikan pula contoh yang berikut: Dia sedang menyiapkan kerjanya. Dia sedang menyiapkan tugasnya.Merujuk kepada ayat perkataan di atas, sesetengah individu lebih suka menggunakan perkataan kerja daripada tugas. Walaubagaimanapun, jika mereka tahu makna kedua-dua perkataan tersebut mereka akan faham bahawa kedua-dua ayat itu menjelaskan perkara yang sama. Hal ini bermakna persamaan semantik antara perkataan bergantung pada ciri semantik yang dikongsi bersama. Perkataan kerja dan tugas menerangkan benda yang sama dan berkongsi sebahagian besar ciri semantik.

1.5.2 AntonimiAtonim ialah perkataan-perkataan berlawanan seperti gemuk lawannya kurus, tinggi lawannya rendah dan cerdik lawannya bodoh. Perkataan-perkataan tersebut adalah kata sifat. Tidak semua golongan kata boleh dikaji perkataan lawannya, khususnya bagi kata kerja seperti duduk, masak dan mandi. Ada juga kata kerja sepertimenangis-ketawa, keluar-masuk dan membuka-menutup. Ringkasnya, kita perlu melihat satu pertentangan yang paling sesuai untuk sesuatu kata kerja itu. Meskipun begitu, terdapat juga perkataan-perkataan kata nama yang sukar dicari perkataan lawannya sepertikertas, mejadancawan.

1.5.3 HomonimiPerkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutkan tadi dikatakan mempunyai hubungan homonimi. Sebagai contoh, perkataan kepala yang membawa maksud ketua tidak sama maknanya dengan kepala kereta api, kepala manusia dan kepala surat. Penggunaan hominim dalam pertuturan atau ayat boleh menimbulkan kekeliruan jika tidak berlatar belakangkan konteks tertentu. Hal ini kerana homonim mempunyai sebutan dan bentuk ejaan yang sama tetapi berbeza dari segi makna. Jika sesuatu ayat atau perkataan itu mempunyai lebih daripada satu interpretasi ia boleh menimbulkan kekaburan kepada pendengar atau pembaca. Perhatikan ayat-ayat berikut:1. Dia masuk ke bilik lalu menutup pintu.2. Setiap petang dia lalu di hadapan rumah saya.3. Dia tidak lalu makan kerana demam.4. Dia mendapat keputusan cemerlang tahun lalu.5. Setelah berehat seketika mereka lalu meneruskan perjalanan di kampung.Penggunaan perkataan lalu dalam ayat-ayat di atas kesemuanya membawa makna yang berbeza. Dalam ayat 1, lalu merupakan kata hubung yang menyambungkan dua klausa yang setara menjadi satu. Dalam ayat 2, lalu membawa maksud melintas atau menempuhi. Dalam ayat 3, lalu membawa maksud berdaya atau sanggup. Dalam ayat 4, lalu membawa maksud lepas atau lampau. Dalam ayat 5, lalu membawa maksud sesudah itu atau lampau.Jika terdapat perkataan yang mempunyai makna yang berkaitan, sama ada secara konseptual atau sejarah, ia disebut sebagai polisemi. Dengan kata lain, polisemi ialah hubungan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Dalam kamus, tersenarai banyak perkataan yang mempunyai lebih daripada satu definisi, misalnya perkataan anak, lenguh dan rawa. Perkataan ini disebut polisemi kerana merupakan bentuk kata yang mempunyai lebih daripada satu makna yang berkait rapat antara satu sama lain. Contohnya, perkataan anak merupakan homonim kerana ia mempunyai makna yang berbeza-beza apabila digunakan dalam ayat. Dalam kamus, hominim ditunjukkan dalam maksud berikut: 1. manusia atau binatang yang masih dalam kandungan atau baru lahir, 2. Kanak-kanak atau budak, 3. Pokok kecil yang baru tumbuh. Perkataan ini juga polisemi kerana ia mempunyai makna yang lain, iaitu sejenis tumbuhan atau pokok memanjat. Ia juga mempunyai satu lagi makna yang merujuk kepada sejenis ikan laut. Dalam kamus, polisemi ditunjukkan sebagai entri yang berbeza menggunakan nombor I, II, IV dan sebagainya.Homonim bersifat homograf, iaitu perkataan tersebut mempunyai kesamaan bentuk ejaan tetapi tidak sama dari segi sebutan dan makna. Contohnya, perkataan perang dan semak yang mempunyai sebutan dan makna yang berbeza. Perang [pra] perkelahian atau pertempuranPerang [pera] warna merah yang kekuning-kuningan Semak [sema] meneliti atau mengkajiSemak [sma] belukar kecil

1.5.4 Hiponimi

MawarMelatiCempakaHiponim ialah kata yang maknanya terangkum dalam makna kata lain yang lebih luas, iaitu yang mempunyai hubungankekeluargaanatau yang tergolong dalam satu jenis. Misalnya :

mempunyai makna yang tergolong dalambunga

KeretaLoriBas mempunyai makna yang tergolong dalamkenderaan

mempunyai makna yang tergolong dalamburungMerpatiMerbahTiong

Berdasarkan contoh-contoh yang diberi, didapati keluarga bunga, kenderaan, dan burung tidak terhad bilangannya. Walaupun begitu , dalam bahasa lain, seperti bahasa Inggeris, jelas sekali struktur pemeringkatan ahli keluarga dari segi jantina atau peringkat umur.Misalnya :

Dog

puppy(anak anjing)Dog(anjing jantan)bitch(anjing betina)

Dalam bahasa Melayu, kita dapat mencari persamaan struktur makna sedemikian. Makna dalam perkataan-perkataan bahasa Melayu sentiasa berulang dalam anggota golongannya.Contohya:Betina(induk ayam)Jantan(bapa ayam)AyamAnak(anak ayam)

2.0 PERKATAAN BAHASA MELAYU YANG TELAH MENGALAMI PERUBAHAN MAKNA DARI ASPEK PENGEMBANGAN MAKNA, PENYEMPITAN MAKNA DAN ANJAKAN MAKNA2.1 PENGEMBANGAN MAKNAPergembangan makna mencakupi segala hal tentang makna yangberkembang, baik berubah mahupun bergeser. Di dalam hal ini perkembanganmeliputi segala hal tentang perubahan makna baik yang meluas, menyempit, atauyang bergeser maknanya. Bahasa mengalami perubahan dirasakan oleh setiaporang, dan salah satu aspek dari perkembangan makna yangmenjadi objek telah semantik sejarah. Perkembangan bahasa sejajar denganperkembangan penuturnya sebagai pemakai bahasa. Kita ketahui bahawapenggunaan bahasa diwujudkan dalam kata-kata dan kalimat.Pemakai bahasayang menggunakan kata-kata dan kalimat, pemakai itu pula yang menambah,mengurangi atau mengubah kata-kata atau kalimat. Jadi, perubahan bahasamerupakan gejala yang terjadi di dalam suatu bahasa akibat dari pemakaian yangdipengaruhi oleh berbagai faktor.Gejala perubahan makna sebagai akibat dari perkembangan makna olehpara pemakai bahasa. Bahasa berkembang sesuai dengan perkembangan fikiranmanusia. Sejajar dengan hal tersebut kerana manusia yang menggunakan bahasamaka bahasa akan berkembang dan makna pun ikut berkembang. Faktor-faktoryang dapat menjadikan suatu bahasa boleh berubah, antaranya ialah:1. Bahasa berkembang seperti yang dikatakan Meilet, this continuous way from one generation to another"2. Makna kata itu samar (bisa dapat atau bisa racun tanpa konteks tak jelas maknanya)3. Kehilangan motivasi (loss of motivation)4. Adanya makna ganda5. Kerana ambigu (ketaksaan) "amoiguos context" 6. Struktur kosa kata

Faktor-faktor yang disebutkan merupakan hal yang dapat mengakibatkanperubahan makna, perluasan makna, pembatasan makna dan pergeseran maknayang terangkum dalam perkembangan makna. Faktor-faktor yang mengakibatkan perubahan makna antara lain sebagai akibatperkembangan bahasa. Perubahan makna dapat pula terjadi akibat:1. faktor kebahasaan (linguistic causes),2. faktor kesejarahan (historical causes),3. sebab sosial (social causes),4. faktor psikologis (psychological causes) yang berupa: faktor emotif, kata-kata tabu: (1) tabu kerana takut, (2) tabu kerana kehalusan, (3) tabu kerana kesopanan,5. pengaruh bahasa asing6. keperluan akan kata-kata baharu

Cakupan makna sekarang lebih luas daripada makna yang lama.Contohnya berlayar,dulu digunakan dengan pengertian bergerak di laut dengan memakai layar, tetapi sekarang semua tindakan mengharungi lautan atau perairan dengan alat apa saja disebutberlayar. Dahulu kata bapa hanya dipakai dalam hubungan biologis, sekarang semua orang yang lebih tua atau lebih tinggi kedudukannya disebutbapasedangkan segala orang yang dianggap sama darjatnya disebutsaudara.

2.2 PENYEMPITAN MAKNAMenurut Chaer (1995) dan Pateda (1986), penyempitan makna ialah gejala yang terjadi pada kata yang mulanya mempunyai makna yang cukup luas, kemudian menjadi makna yang cukup terbatas hanya pada makna tertentu sahaja. Sedangkan Keraf (1986:97) menyatakan bahawa penyempitan makna sebuah kata ialah proses perubahan makna kata daripada makna yang lebih luas kepada makna yang lebih khusus atau spesifik.Contohnya kata ahli membawa makna yang lebih luas iaitu keluarga, sanak-saudara atau orang-orang yang memasuki sesuatu golongan. Walau bagaimanapun kata ahli juga telah disempitkan kepada makna orang yang mahir atau pandai dalam sesuatu ilmu atau disebut juga pakar dalam sesuatu bidang.Penyempitan makna adalah gejala yang terjadi pada sebuah kata yang pada mulanya memiliki makna yang cukup luas, kemudian berubah menjadi terbatas. Seperti kata dai dalam bahasa Arab. Kata ini mempunyai makna yang banyak antaranya, orang yang menjemput, orang yang berdoa, orang yang menyebarkan dakwah dan berbagai-bagai lagi. Tetapi kata ini telah disempitkan maknanya dalam bahasa Melayu iaitu pendakwah sahaja dan tiada makna lain. Keperluan penutur Melayu terhadap kata ini hanya yang membawa maksud pendakwah sahaja menyebabkan makna-makna lain tidak diterima apabila kata ini diserap dalam bahasa Melayu.

2.3 ANJAKAN MAKNAAnjakan makna juga bermaksud pemindahan makna yang membawa maksud, penggantian makna secara total daripada maksud kata asalnya. Walaupun sebenarnya makna yang baru itu mempunyai kaitan dengan makna asal kata yang dipinjam. Sebagai contoh kata gapura yang bermaksud pintu gerbang berbanding makna sebenarnya dalam bahasa Arab ghafura yang bermaksud Maha Pengampun. Asal-usul perubahan maksud kata ini kononnya pada zaman Wali Songo di Jawa mempercayai bahawa sesiapa yang melepasi satu gerbang untuk ke Masjid Demak, dengan sendirinya mendapat pengampunan segala dosanya atas agama yang dianuti sebelumnya.Di samping itu, menurut Ullman, bahawa antara penyebab perubahan makna itu adalah kerana pengaruh bahasa asing. Contohnya dalam bahasa Inggeris paper bermakna kertas namun dalam bahasa Melayu masa kini kata paper sering diertikan dengan karya ilmiah yang bakal dibentangkan dalam mana-mana seminar atau perbincangan atau mesyuarat.

2.4 PERKATAAN YANG TELAH MENGALAMI PERUBAHAN MAKNA2.4.1 Aspek Pengembangan MaknaBIL.PERKATAANMAKNA PERKATAAN ASALPENGEMBANGAN MAKNACATATAN

1. tamani. kebun yang ditanami berbagai-bagai jenis pokok dan bunga-bungaan. Contoh, Kebun bunga.(Kata nama)

ii. tempat orang bersenang-senang atau bersiar-siar. Contoh, Taman Kinabalu.(Kata nama)

i. digunakan untuk nama kawasan perumahan. Contoh, Taman Seri Pelangi.(Kata nama)

ii. digunakan untuk nama pusat didikan. Contoh, Tadika iaitu Taman Didikan Kanak-kanak.(Kata nama)Sumber :Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 799)

2. datuki. bapa kepada ayah atau ibu sendiri.(Kata nama)

ii. panggilan untuk bapa kepada ayah atau ibu sendiri; panggilan untuk orang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan datuk. (Kata nama)i. gelaran kehormatan yang dianugerahkan oleh Ketua Negara atau Ketua Negeri kepada orang-orang tertentu. Contohnya, Datuk Lee Chong Wei.(Kata nama kata gelaran)Sumber :Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 168)

3. intii. isi yang terdapat dalam kuih yang dibuat daripada gula, kelapa dan lain-lain.(Kata nama)

i. bahagian yang terpenting daripada sesuatu; isi penting atau terutama. Contoh, inti perdebatan.(Kata nama)

Sumber :Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 315)

4. jambui. beberapa jenis pokok atau buahnya. Contoh, jambu air.(Kata nama)

i. digunakan untuk penggunaan kata adjektif iaitu lawa. Contoh, Aminah memiliki wajah yang lawa. (Kata adjektif pancaindera)Sumber :Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 325)

5. jejaki. bekas tapak kaki; bekas orang (binatang) berjalan; gerakan air bekas jalan perahu; kesan. Contoh, Jejak harimau.(Kata nama)

ii. hampir sampai atau hampir mengenai tanah.(Kata kerja)

i. tingkah laku; tabiat; perangai. Contoh, Anak itu mengikut jejak orang tuanya.(Kata kerja)

Sumber :Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 331)

6. jerati. tali yang hujungnya disimpulkan sehingga merupakan bulatan yang dapat dibesarkan dan dikecilkan atau dapat mencerut. Contoh, Ali memasang jerat burung.(Kata nama)i. tipu muslihat untuk menyusahkan atau untuk merugikan orang lain. Contoh, Dia telah masuk ke dalam jerat Ali dalam perdebatan itu.(Kata kerja)

Sumber :Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 337)

7. kancahi. kuali besar (biasanya digunakan sebagai bekas memasak nasi); kawah(Kata nama)

i. keadaan huru-hara (perang, penderitaan); kawasan atau medan. Contoh, Kemboja terheret dalam kancah peperangan di Vietnam.(Kata kerja)

Sumber :Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 357)

8. labeli. kepingan kertas (kad, logam dan lain-lain) yang berisi keterangan ringkas tentang sesuatu. Contohnya, Label meja.(Kata nama)

i. menganggap seseorang sebagai; memandang sebagai. Contoh, Farid dilabel sebagai budak nakal.(Kata kerja)Sumber :Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 435)

9. liari. tidak dipelihara; tidak dijaga; terbiar. Contoh, Anjing itu liar. (Kata kerja)

i. tidak teratur; tidak beradab. Contoh, perangai budak lelaki itu masih liar.(Kata nama)

ii. tidak tetap (pandangan). Contohnya, Matanya liar memerhatikan gadis itu. (Kata kerja)

Sumber :Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 473)

10. sarangi. sesuatu yang dibuat atau yang dipilih untuk tempat berteduh, memelihara anak. Contoh, Sarang lebah.(Kata nama)

i. tempat penjahat bersembunyi. Contoh, Rumah itu menjadi tempat sarang penjenayah.(Kata nama)Sumber :Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 699)

2.4.2 Aspek Penyempitan MaknaBIL.PERKATAANMAKNA PERKATAAN ASALPENYEMPITAN MAKNACATATAN

1. penulisi. orang yang menulis.(kata nama) i. pengarang sesuatu hasil sastera. Menjadi profesion. Contoh, Penulis novel. (kata nama)Sumber :Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 877)

2. sarjanai. orang yang ahli dalam sesuatu ilmu pengetahuan; orang yang pandai-pandai.(kata nama)i. gelar untuk orang yang telah mendapat ijazah Master atau Doktorandus dari universiti(kata nama)

Sumber :Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 700)

3. pembantui. orang yang membantu; penolong(kata nama)

i. orang yang membantu hanya dalam satu hal sahaja. Contohnya, pembantu rumah, pembantu makmal.(kata nama)

Sumber :Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 63)

4. pasari. bangunan atau kelompok gerai tempat menjual barang-barang makanan keperluan sehari-hari; tempat orang berjual beli.(kata nama)

i. bangunan atau kelompok gerai tempat menjual barang-barang tertentu sahaja. Contoh, Pasar ikan, pasar tani.(kata nama)Sumber : KamusPelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 579) & Kamus Dewan Edisi Keempat (M/S 1145)

5. pasifi. bentuk kata kerja yang digunakan apabila subjek dipengaruhi atau menjadi sasaran perbuatan pada kata kerja.

ii. pengeluaran lebih daripada penerimaan.(kata adjektif)

i. menerima pengaruh, tidak giat. Contoh, Ali sangat pasif dalam sesi pengajaran.(kata adjektif)

Sumber : KamusPelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 580) & Kamus Dewan Edisi Keempat (M/S 1146)

6. steseni. tempat khas bagi kenderaan penumpang (kereta api, bas teksi) berhenti; perhentian (kereta api). (kata nama)

i. bangunan atau binaan tempat memancarkan siaran radio atau tempat membekalkan tenaga elektrik. Contoh, stesen radio Hot.fm(kata nama)

Sumber : KamusPelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S767 ) & Kamus Dewan Edisi Keempat (M/S 1524)

7. tarafi. tingkatan kedudukan dalam masyarakat; darjat; martabat(kata nama)

i. buruk baiknya nilai sesuatu; darjah; mutu(kata adjektif)Sumber : KamusPelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 812)

8. telefoni. alat untuk bercakap dengan orang yang jauh (dengan menggunakan tenaga elektrik dan kawat atau hubungan satelit); membuat panggilan (kata nama)i. alat untuk bercakap dengan orang yang jauh dan mempunyai banyak jenis. Contoh, telefon bimbit, telefon pejabat, telefon awam.(kata nama)Sumber : KamusPelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 812) & Kamus Dewan Edisi Keempat (M/S 1608)

2.4.3 Aspek Anjakan MaknaBIL.PERKATAAN ASALPERKATAAN ANJAKAN/ BERUBAHMAKNA PERKATAAN ASALMAKNA PERKATAAN ANJAKAN/ BERUBAHCATATAN

1.bencanakemalangan(mara) bahaya, kecelakaankecelakaan, kesialan, kerugian, kesusahanSumber : KamusPelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 81 & 499)

2.tukang kiraakauntanorang yg mengira, penghitung.orang yg mengurus dan mengawasi penyediaan (penyimpanan) kira-kira kewangan (sesebuah syarikat perniagaan, organisasi) Sumber : KamusPelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 407 & 11)

3.penyakit hawartaunpenyakit yg merebak (menular) pd manusia, wabak (spt taun, kepialu,)sejenis penyakit muntah-muntah dan selalu buang air, koleraSumber : KamusPelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 283 & 817)

4.diniharisubuh(hari, waktu) fajar belum menyinsing, lebih kurang pukul 3-5 pagi, pagi-pagi benarwaktu ~ pagi-pagi benar (lebih kurang pukul enam pagiSumber : KamusPelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 186 & 771)

5.anak perahukelasipekerja dlm perahu, kakitangan perahuanak kapal, pekerja dlm kapalSumber : KamusPelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 23 & 379)

6.jurutulispenulis kerani, jurusuratorang yg menulisSumber : KamusPelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 345 & 877)

7.jenteraenjinroda, mesin, pesawatmesin utk menukar berbagai-bagai bentuk tenaga kpd daya atau gerakan mekanikSumber : KamusPelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 335 & 210)

8.lanunperompakperompak laut, bajak lautorang yg merompak, perampok, penyamunSumber : KamusPelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 449 & 670)

9.halurusankeadaan, kejadian, peristiwasesuatu yg diurus, pekerjaan yg harus diuruskanSumber : KamusPelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 272 & 903)

10.angkasacakerawalaudara, awang-awang, langitlangit, lengkung langitSumber : KamusPelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua. (M/S 272 & 127)

3.0 ANALISIS PENGGUNAAN KATA DAN MAKNA BERDASARKAN SEBUAH CERPENLombong Emas di Kaki BukitOleh Abdullah Awang

2010/03/13

DIA sudah buat keputusan yang muktamad. Setelah berhari-hari dia membolak-balikkan keinginannya. Setelah berjam-jam dia memikirkan tentang tindakan itu. Setelah kepalanya menjadi semakin bengang, dikacau oleh khayalan yang entah mengapa menjengah lubuk fikirnya semenjak dia sampai ke situ. Maka, kini dia perlu melakukan sesuatu sebelum orang lain sampai!

Di kaki sebuah bukit, terletak di kawasan pedalaman jauh ke Hulu Peralla, dalam negeri Cik Siti Wan Kembang. Dilitupi oleh pokok-pokok hutan yang merimbun. Berbentuk lurah menghala ke sebuah anak sungai yang airnya jernih, mengalir dengan lembut sambil mengeluarkan bunyi arus berjatuhan di atas bebatu kecil. Suasana itu cukup menarik perhatiannya.

Kemudian, di bawah rimbunan itu, dia terpandang sebuah dinding batu ikat sembilan yang tersembunyi dalam timbunan dedaunan buruk serta tanah-tanih yang runtuh akibat gelinciran dan hakisan. Kedudukan dinding berbentuk seperti sebuah mesin ringkas untuk sesuatu aktiviti, telah menyimpan seribu rahsia yang belum diketahui oleh sesiapa.

Itulah tempatnya yang menghantui kepala otak setiap malam, setiap pagi, setiap petang. Dia tidak lena tidur semenjak terpandang kawasan yang amat strategik itu, seolah-olah ada sesuatu yang sedang menarik seluruh kekuatan dirinya hingga dirasakan amat lemah dan guntai. Memerangkap kerajinannya bekerja sebagai kuli lori balak yang hanya pulang ke rumah sebulan sekali untuk menemui anak-anak, terutamanya isteri kesayangannya.

Gaji sebagai atendan atau kelindan lori balak memang cukup lumayan. Sebulan dia akan dapat sampai dua ribu ringgit. Sudah cukup untuk dia anak-beranak membiayai hidup mewah sesuai dengan taraf pendidikannya hanya setakat Sijil Rendah Pelajaran, kemudian dikenali dengan nama Penilaian Menengah Rendah.Dia tidak mahu memikirkan tentang alam pendidikan lagi. Biar anak-anaknya seramai tujuh orang itu sahaja meneruskan cita-cita hidupnya. Dahulu pernah dia menaruh harapan untuk menjadi guru, tetapi disebabkan oleh kemiskinan keluarga, hasrat dan angan-angan hampa. Tidak mengapa, anak-anaknya akan membawa harapan yang kosong itu ke menara gading.Sekarang, dia mahu mengumpul kekayaan sebanyak-banyaknya. Dia mahu menebus kekalahan itu dengan tulang empat keratnya. Hutan kampung Peralla yang masih sunti dan dara akan diterokai oleh taukeh-taukeh balak. Kesemua bulldozer, lori-lori balak, case caterpillar, rumah-rumah kongsi untuk pekerja dan tukang masak sudah siap dibawa masuk dan dibina.Sebelum ini, kawasan itu sunyi dan sepi. Yang kedengaran hanya katak-katak kuong hutan yang suaranya melepasi puncak bukit bergema dari lereng ke lereng. Kakah dan lotong menggoyang-goyangkan dahan, ranting, sambil menepuk-nepuk batang kayu hutan. Mereka kelihatan marah, menunjukkan protes yang habitatnya sedang dinodai oleh haiwan bernama manusia.Suara-suara unggas itu gegak-gempita dan boleh didengar di kawasan itu semenjak kerja-kerja membina jalan kayu balak diuruskan oleh syarikat berkenaan. Sehinggalah sampai kepada ban balak yang mendapat kelulusan, baharu persiapan untuk menebang dimulakan.Ajaibnya, dia sebagai pekerja kelindan melakukan kerja sambilan merintis denai dan jalan seluas dua ribu hektar. Mungkin disebabkan dia memiliki sedikit kepakaran menyelusuri pinggir bukit dan memahami rentak makhluk halus dalam hutan, maka dibayar gaji khusus, malah lebih tinggi.Ketika dia sampai di anak sungai yang membunyikan suara alam yang amat mengasyikkan di kaki bukit itu, dia berhenti sebentar, sementara tangannya mencebuk air yang jernih untuk merasa nikmat kedinginan. Dia menunggang botol mineral tinggi hingga kepalanya mendongak, dan tiba-tiba pandangannya singgah pada suatu binaan yang hamper terkambus .Wah, siapa yang membina segalanya ini? Di dalam hutan tebal ini sudah ada manusia yang menerokainya, tetapi bila? Kalau dilihat pada binaan ini tentu sudah lebih lima puluh tahun. Bisik hatinya sendirian. Dengan tangkas, kakinya melangkah ke situ, manakala dua orang kawannya belum sampai ke situ.Dia berdiri di atas batu besar yang tersembul keluar dari lereng bukit seperti perut wanita yang sedang mengandung. Manakala di bawahnya terdapat suatu lekukan persis sebuah kolam akibat ditarah oleh seseorang. Di hadapan bungkah batu itu, terletak binaan konkrit simen menggunakan batu-batu.Hairan, bagaimana mereka membina benteng ini lima puluh tahun dahulu? Ini tentu tempat palong emas! Kedudukannya yang agak condong menghala ke anak sungai membuktikan arah untuk menyalurkan air yang disembur ke pipi bukit. Getus hatinya lagi.Kaya aku pada kali ini. Orang tentu tidak tahu aku datang ke sini untuk memunggah tanah-tanah ke dalam kongsi untuk diayak, ditapis, dan disedut oleh buli-buli raksa. Aku mesti pulang petang khamis ini untuk mendapatkan ibu emas di Bandar. Kepalanya dihanyut oleh mimpi-mimpi indah yang bakal dilaluinya. Dalam sejumlah tiga puluh orang staf pembalakan itu, tiada seorang pun yang mahir tentang sumber kekayaan itu, kecuali dia.Ketika itu, fikirannya sudah melayang jauh ke Kota Bharu. Tujuh orang anak-anaknya yang sedang bersekolah tidak akan tersisih lagi dari kawan-kawannya. Ibunya yang sedang belajar memandu, tidak lama lagi pandai membawa kereta sendiri. Dia akan membeli sebuah kereta mewah untuk isterinya. Tidak cukup dengan itu, dia akan membina sebuah banglo dua tingkat bernilai ratusan ribu.Emas! Siapa yang tidak mahu mendapatkan emas? Sama ada halal atau haram, masing-masing gila dan kemarut menggali emas. Aku hanya mendulang emas secara haram, tidak membahayakan orang lain, sedangkan perompak-perompak di kotaraya mendapatkan emas dengan menggunakan senjata, itu lagi kriminal. Bentak hatinya. Dia menarik nafas lega. Menghembusnya perlahan-lahan. Dia memastikan, tiada sesiapapun mengetahui tempat itu. Kalau mereka tahu sekalipun, apakah tindakan yang boleh mereka lakukan? Mereka tidak ada kepakaran. Tetapi dia sudah ada pengalaman mendulang emas di Lubuk Mandi pada suatu masa dahulu.Masa itu, dia bekerja sebagai kuli tukang rumah. Pada masa orang Terengganu gempar menemui emas di Lubuk Mandi, dia tinggal tidak jauh dari situ. Pada sebelah petang, malam dan hari-hari minggu, dia ikut sama dengan penduduk tempatan mendulang emas. Hingga ada yang mati terkambus oleh runtuhan tanah akibat ketamakan mereka. Ngauman harimau tenggelam oleh suara mesin menebang pokok balak untuk merintis laluan dan sebagai sempadan dengan kawasan-kawasan yang masih belum diserahkan kepada kontraktor pembalakan. Suara kakah dan lutong kedengaran jauh dan sayup-sayup. Mergastua hutan terkejut bila mergastua bandar datang merosakkan rumah mereka. Seperti juga kita, bila datang musuh menyerang penginapan, kehidupan dan kesejahteraan manusia hanya ingin menunjukkan kekuatan, kuasa dan kehebatan, tentunya sebagai golongan marhain, tersusup-sasap melarikan diri ke dalam kubu yang di bina di bawah rumah. Atau berhijrah melepasi sempadan, ke Negara jiran untuk hidup sebagai pelarian.Kadang-kadang dia terasa sebu dibuai kesedihan bila teringatkan keanggunan alam yang dimusnahkan oleh kerakusan manusia. Tidak sampai hati dia hendak membunuh unggas-unggas yang sedang tidur dan hinggap di dahan pokok hutan itu. Lambat-laun, manusia akan menerima kesan dari perbuatan ini. Bentak hati kecilnya diam-diam.Ada baiknya jika kawasan emas itu dibiarkan berada dalam rimbunan hutan, dengan hiasan mergastua hidup kegirangan sambil melompat-lompat kesukaan. Memakan pucuk muda, daun-daun, umbuk, akar, dan meminum air jernih bersih kedinginan.Bila pokok balak ditebang, akan berlaku hakisan yang meruntuhkan bukit-bukau dan gunung-ganang. Bila tanah terhakis, di mana lagi emas hendak hidup berkembang, membiak, membesar dan menjadi tua? Inilah persoalannya. Balak juga umpama emas yang tersimpan, tetapi kayu balak lebih lagi daripada itu, kerana menjadi paku kepada kekuatan alam. Menjadi tangki penyimpan kepada air untuk kegunaan hidupan termasuk manusia.Dia mula mengorek menggunakan muncung parang, di kawasan yang mengikut perkiraannya bekas lombong emas di dalam hutan. Dihunjamkan mata parang dengan kuat ke celah benteng palong itu. Dikupilkan tanah-tanah yang hampir menenggelamkan dinding konkrit itu.Betul, emas! Aku kaya! Aku kaya! Dia menjerit kesukaan. Hilang segala kesusahan dan kepenatan. Dia lupa di situ masih ada dua lagi rakannya sedang memotong batang balak untuk dijadikan sempadan kawasan.Prappp, prappp, brummmm! Pokok balak sebesar tayar bulldozer itu tumbang. Betul-betul jatuh menghempas ke atas dirinya. Dia tidak sempat berkata apa-apa kecuali terus menjadi lumat seperti sehelai kertas yang ditenyeh di permukaan jalan.

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

1diaKata ganti diri ketigaMerujuk kepada watak utama dalam ceritaKata nama

sudahtelah siap sedia, lengkap, selesaiMerujuk kepada perkara yang sudah diselesaikan oleh watak dalam ceritaKata bantu aspek

buatmengerjakan (melakukan) sesuatuMerujuk kepada perbuatan terhadap sesuatu kerjaKata kerja

keputusankesudahan, akhir, penghabisanMerujuk kepada reaksi terhadap sesuatu perkara yang memerlukan kata putus- Kata nama- Kata dasar putus menerima imbuhan apitan ke-...-an

muktamadtidak boleh dipinda-pinda lagi, pasti, tetapMerujuk kepada pengakhiran sesuatu keputusanKata nama

tindakanlangkah yg diambil (utk mengelakkan, mengatasi sesuatu)Merujuk kepada perlakuan atau perbuatan- Kata kerja- Kata dasar tindak menerima imbuhan akhiran -an

bengangPerasaan kurang enak dan marahMerujuk kepada perasaan marah terhadap sesuatu perkaraKata adjektif perasaan

khayalanleka, sangat asyik, mengelamunMerujuk kepada perbuatan berdiam diri dan fikiran di awang-awangan- Kata kerja- Kata dasar khayal menerima imbuhan akhiran -an

mengapasebab apa, apa fasalMerujuk kepada pertanyaan terhadap sesuatu hal- Kata tanya- Terbit daripada perkataan apa

lubukbahagian yg dalam di sungai (laut, telaga)Merujuk kepada bahagian yang menyimpan sesuatu yang berhargaKata nama

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

2kakianggota badan (mulai dr paha ke bawah) utk berjalan, berdiri, melompatbahagian yg di sebelah bawah sesuatuMerujuk kepada bahagian bawah sebuah bukit dalam cerita Kata nama

bukitkawasan tanahyg tinggi tetapi tidak setinggi gunungMerujuk kepada tanah tinggiKata nama

kawasantempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas)Merujuk kepada sesuatu tapakKata nama

Pedalamandaerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), huluMerujuk kepada kawasan yang terletak jauh daripada kawasan bandarKata nama

negeridaerah tempat tinggal (kampung, negara)Merujuk kepada terletaknya kawasan pedalaman di dalam ceritaKata nama

anakmanusia atau binatang yg masih dlm kandungan atau yg baru lahirSesuatu yang kecil daripada yang lainMerujuk kepada sungai kecil iaitu anak sungaiKata nama

sungaitali air yang semula jadi, batang air, kaliMerujuk kepada air yang mengalir secara semulajadiKata nama

jernihboleh dilihat menerusinya (air atau kaca), hening, bening, tidak keruhMerujuk kepada air sungai yang jernihKata nama

lembuttidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunakMerujuk kepada air sungai yang mengalir secara perlahanKata adjektif sifat

suasanakeadaan yg melingkungi atau meliputi sesuatuMerujuk kepada keadaan dalam ceritaKata nama

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

3dindingPenutup (penyekat) ruang, bangunan, bilik, yg dibuat drpd kayu, bataMerujuk kepada sesuatu yang menutup atau menjadi penyekatKata nama

batuBahan galian pepejal yg bukan logam (tidak terbakar, tidak boleh ditempa, dan tidak hancur dlm air)Merujuk kepada dinding yang diperbuat menggunakan batuKata nama

timbunanHimpunan sesuatu yg bertindih-tindih, longgok, tompok(an)Merujuk kepada daun-daun dan tanah yang bertindih-tindih- kata nama- kata dasar timbun yang menerima imbuhan akhiran an

runtuhjatuh kerana rosak (bangunan), robohMerujuk kepada tanah runtuh.- Kata nama

hakisanperihal menjadi haus kerana dihakis, tindakan menghakisMerujuk kepada hakisan tanah- kata nama- kata dasar hakis yang menerima imbuhan akhiran an

mesinalat atau perkakas yg menggunakan kuasa, spt elektrik dan enjin, utk melakukan sesuatu kerjaMerujuk kepada bentuk dinding- Kata nama

aktivitikegiatanMerujuk kepada aktiviti yang dijalankan- Kata nama

rahsiabenda yg tersembunyi (diketahui oleh satu atau beberapa orang sahaja)Merujuk kepada perkara yang tidak diketahui oleh sesiapa berkenaan dengan sesuatu yang disimpan di dalam kawasan- Kata nama

belummasih tidakMerujuk kepada rahsia yang belum diketahui oleh orang lain- Kata bantu aspek

olehmenunjukkan pembuat dlm ayat-ayat pasifMerujuk kepada pelaku terhadap sesuatu perkara- Kata sendi nama

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

4kepalabahagian tubuh (manusia atau binatang) drpd leher ke atas atau ke hadapan (tempat terdapatnya mata, mulut, telinga, dll), hulu

Merujuk kepada kepala watak dalam cerita- Kata nama

malamhari waktu mulai dr matahari masuk sampai matahari terbit

Merujuk kepada waktu dalam cerita- Kata nama

tidurdlm keadaan tidak sedar dgn mata terpejam (kerana berehat)

Merujuk kepada watak dalam cerita yang sedang berehat- Kata kerja

strategikbaik (elok) letaknyaMerujuk kepada kawasan yang baik dan sesuai

- Kata nama

kekuatantenaga, dayaMerujuk kepada kekuatan diri watak dalam cerita- Kata adjektif sifat

untaibenang atau tali yg digunakan utk mencucuk buah tasbih

Merujuk kepada kekuatan watak utama dalam cerita yang berasa lemah- Kata nama

bekerjamelakukan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas) untuk menghasilkan sesuatuMerujuk kepada pekerjaan yang dilakukan oleh watak utama dalam cerita- kata nama- kata dasar timbun yang menerima imbuhan akhiran an

kuliOrang yg membuat kerja kasar atau kerja berat (seperti memunggah barang, membaiki jalan raya), buruh kasar

Merujuk kepada pekerjaan watak utama dalam cerita iaitu sebagai kuli - Kata nama

loriKenderaan besar utk mengangkut barang-barang di darat

Merujuk kepada kenderaan yang dipakai untuk mengangkat kayu balak- Kata nama

pulangpergi ke tempat asalnya, pergi ke rumah, balik, kembali

Merujuk kepada watak utama yang balik ke rumah- Kata kerja

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

5gajiupah yang tetap, bayaran yang tetap untuk pekerjaan

Merujuk kepada upah yang diperolehi oleh watak utama melalui pekerjaannya - Kata nama

kelindanpembantu pemandu loriMerujuk kepada pekerjaan yang dilakukan oleh watak utama iaitu sebagai pembantu pemandu lori

- Kata nama

lumayancukup, agak banyak, sederhanaMerujuk kepada upah yang diberikan kepada watak utama melalui pekerjaannya

- Kata nama

hidupterus bernyawa atau bernafas (bkn manusia, binatang), tumbuh dan membesar (bkn tumbuh-tumbuhan), tidak mati

Merujuk kepada keadaan hidup watak utama dan keluarga- Kata nama

mewahsegala-galanya banyak (makanan, harta, dll), serba berlebih, serba elok

Merujuk kepada kehidupan watak utama yang sederhana sahaja dan tidak mewah- Kata nama

taraftinggi rendahnya atau buruk baiknya (nilai sesuatu), darjah, mutu, tingkatan

Merujuk kepada tinggi rendahnya pendidikan yang diterima oleh watak utama- Kata nama

sijilsurat gulungan, daftar

Merujuk kepada surat pengesahan pelajaran - Kata nama

pelajaransegala sesuatu yang dipelajari atau diajarkan, ilmu pengetahuan (yang diperoleh)Merujuk kepada ilmu yang ditimba oleh watak utama- Kata nama- Kata dasar pelajar yang menerima imbuhan akhiran an

penilaianperihal atau perbuatan menilai, pentaksiranMerujuk kepada nama peperiksaan Penilaian Menengah Rendah- Kata nama- Kata dasar pelajar yang menerima imbuhan akhiran an

menengahmenuju (menghala) ke tengah, pergi ke tengahMerujuk kepada nama peperiksaan Penilaian Menengah Rendah- Kata nama- Kata dasar tengah yang menerima imbuhan awalan meN-

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

6mahusuka akan, suka hendak, bersedia akanMerujuk kepada perasaan watak dalam cerita yang tidak hendak memikirkan tentang alam pendidikan Kata bantu ragam

alamdunia, bumiMerujuk kepada alam pendidikanKata nama

tujuhbilangan enam ditambah satu (7), angka 7Merujuk kepada bilangan anak watak dalam ceritaKata bilangan

menaruh meletakkan, menempatkanMerujuk kepada harapan watak utama dalam cerita terhadap pendidikannya- Kata kerja- kata dasar taruh yang menerima imbuhan awalan meN-

harapansesuatu atau seseorang yg diharap(kan)Merujuk kepada apa yang ingin dicapai oleh watak utama dalam cerita- Kata nama- kata dasar harap yang menerima imbuhan akhiran an

guruorang yg mengajar, pendidik, pengajar, pengasuhMerujuk kepada cita-cita yang ingin dicapai oleh watak utama dalam cerita- Kata nama

keluargasaudara-mara, kaum kerabat, sanak saudaraMerujuk kepada keadaan keluarga watak utama dalam cerita- Kata nama

hasratkeinginan yg kuat utk memiliki (melakukan) sesuatu

Merujuk kepada harapan- Kata nama

kosongtidak berisi apa-apaMerujuk kepada harapan watak utama dalam cerita yang tidak dapat dicapai- Kata nama

menarabangunan atau bahagian bangunan yg tinggi utk sesuatu kegunaan tertentu, bahagian bangunan (spt masjid, gereja) yg dibina jauh lebih tinggi drpd bahagian induknyaMerujuk kepada tempat untuk meneruskan pengajian yang lebih tinggi iaitu menara gading- Kata nama

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

7mengumpulmenjadikan atau membuat supaya berkumpul, mengambil (mengutip) benda-benda yg berselerak (bercerai-cerai) supaya menjadi sekelompokMerujuk kepada kekayaan yang ingin dicapai oleh watak utama dalam cerita- Kata kerja- Kata dasar kumpul yang menerima imbuhan awalan meng-

menebusmembayar wang utk mendapatkan kembali barang-barang yg tergadaiMerujuk kepada mendapatkan sesuatu - Kata kerja- Kata dasar kumpul yang menerima imbuhan awalan meng-

kekalahantidak menang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan), alah, tewasMerujuk kepada kekalahan watak utama dalam keinginan untuk mencapai cita-citanya- Kata adjektif- Kata dasar kalah yang menerima imbuhan apitan ke-...-an

tulangrangka tubuh manusia (binatang) atau bahagian-bahagiannyaMerujuk kepada kekuatan yang ada pada watak utama untuk bekerjaKata nama

hutankawasan yg ditumbuhi pokok-pokok liar (terbiar), rimbaMerujuk kepada kawasan yang banyak pokokKata nama

kampungkawasan kediaman (terdiri drpd sekumpulan rumah) di luar bandar, desa, dusunMerujuk kepada kawasan pedalamanKata nama

suntianak daraMerujuk kepada kawasan hutan yang belum diterokaiKata nama

kongsipersekutuan (pergabungan) yg mengandungi dua orang atau lebih yg bekerjasama; rumah perkumpulanMerujuk kepada rumah kongsi yang menempatkan pekerja-pekerjaKata kerja

pekerjaorang yg bekerja (lazimnya utk mendapat bayaran atau memperoleh pendapatan)Merujuk kepada tenaga kerja untuk pekerjaan yang dilakukanKata nama

masukpergi ke dlm, datang ke dlmMerujuk kepada perbuatan ke dalamKata kerja

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

8merintismenerangi hutan (dgn menebangi kayu-kayuan) utk membuat jalanMerujuk kepada membuka jalan baharu untuk penerokaan- Kata kerja- Kata dasar rintis yang menerima imbuhan awalan me-

denaibekas jejak binatang di hutan (semak, belukar)Merujuk kepada semak dan belukar yang ditebas oleh watak utama dalam cerita - Kata nama

kepakaranMengusai, mahir dalam sesuatu bidangMerujuk kepada kemahiran watak utama dalam pekerjaannya- Kata nama- Kata dasar pakar yang menerima imbuhan apitan ke-...-an

pinggirtepiMerujuk kepada tepi-tepi bukit yang ditelusuri oleh watak utama- Kata nama

rentakgerakan yg teratur (dlm lagu), irama, tingkahMerujuk kepada gerakan - Kata kerja

makhluksegala yg dijadikan Tuhan (spt manusia, binatang)Merujuk kepada makhluk halus dalam hutan- Kata nama

halustidak besar (kasar), kecil-kecilMerujuk kepada makhluk halus yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar- Kata adjektif

gaji upah yg tetap, bayaran yg tetap utk pekerjaanMerujuk kepada upah yang diberikan atas sesuatu pekerjaan yang dilakukan- Kata nama

khusus(jamak bagi khas) khas, istimewa (utk seseorang atau sesuatu), tidak umumMerujuk kepada gaji khusus iaitu khas untuk watak utama sahaja- Kata nama

tinggibesar jaraknya di bahagian bawah (tapaknya), jauh ke atas (di atas)Merujuk kepada gaji watak utama yang lebih tinggi daripada pekerja lain- Kata adjektif

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

9batubahan galian pepejal yg bukan logam (tidak terbakar, tidak boleh ditempa, dan tidak hancur dlm air)Merujuk kepada batu besar yang terdapat di lereng bukitKata nama

besartidak kecil (ukurannya)Merujuk kepada batu yang besar saiznyaKata adjektif

keluarbergerak (beralih dll) dari sebelah dalam sesuatuMerujuk kepada batu besar yang tersembul keluar dari lereng bukitKata kerja

perutbahagian depan tubuh di bawah dadaMerujuk kepada batu besar yang terkeluar seperti perut wanita yang sedang mengandungKata nama

wanitaorang perempuanMerujuk kepada manusia yang lain jantina daripada kaum lelakiKata nama

lekukancekung (lengkung) ke dalam (spt kanta, lubang-lubang di jalan), cawak (pd pipi), jeluk, lembang, lepekMerujuk kepada bentuk tanah- Kata nama - Kata dasar lekuk yang menerima imbuhan akhiran -an

persiskena benar, sama benar, serupa benarMerujuk kepada lekukan yang seperti sebuah kolamKata nama

kolamlubang (lekuk) di tanah yg berisi airMerujuk kepada lekukan bentuk tanah yang seperti sebuah kolamKata nama

konkritcampuran batu kelikir dgn simen (pasir) yg digunakan utk pembinaan bangunanMerujuk kepada binaan bungkah batu yang kukuhKata nama

simensejenis serbuk (drpd batu kapur, tanah liat, dll) utk perekat bata atau membuat tembokMerujuk kepada bungkah batu yang disemenKata nama

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

10datangsampai, tiba (di sesuatu tempat)Merujuk kepada perbuatan pergi ke sesuatu tempat- Kata kerja

kongsipersekutuan (pergabungan) yg mengandungi dua orang atau lebih yg bekerjasamaMerujuk kepada perlakuan membahagikan sesuatu benda kepada orang lain- Kata kerja

raksasejenis logam cair berwarna putih perak (utk mengisi jangka suhu)Merujuk kepada mesin penapis- Kata nama

khamishari kelima dlm seminggu, selepas hari RabuMerujuk kepada hari dalam seminggu iaitu hari kelima selepas rabu- Kata nama

ibuorang yg melahirkan kita, emakMerujuk kepada wanita yang mempunyai anak- Kata nama

emassj logam berwarna kuning yg mahal harganya (selalunya dijadikan perhiasan spt cincin, rantai)Merujuk kepada benda berharga dan mempunyai nilai yang tinggi- Kata nama

bandartempat atau pusat yg ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan, kotaMerujuk kepada kawasan yang membangun- Kata nama

indahcantik, bagus benar, elok, molekMerujuk kepada mimpi-mimpi yang baik dan menyenangan- Kata adjektif

mahirterlatih utk mengerjakan sesuatu, cekap, lancar, pandaiMerujuk kepada sifat yang membawa faedah- Kata nama

sumberasal, mula, puncaMerujuk kepada asal emas dalam cerita- Kata nama

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

11melayanghilang (nyawa dll), lenyap, tidak tenang (fikiran)Merujuk kepada fikiran watak utama yang melayang jauh memikirkan Kota Bharu- Kata nama- Kata dasar layang yang menerima imbuhan awalan me-

jauhbesar jaraknya, tidak dekatMerujuk kepada fikiran watak utama yang melayang-layang

Kata adjektif jarak

orangmanusia (sbg peribadi)Merujuk kepada jumlah anak watak utama dalam cerita

Kata nama

bersekolah tempat utk belajar dan mengajar, tempat menerima dan memberi pelajaran

Merujuk kepada anak watak utama yang sedang bersekolah- Kata kerja- Kata dasar sekolah yang menerima imbuhan awalan ber-

tersisihdiasingkan atau dipisahkan, terasing, terpisahMerujuk kepada anak watak utama yang disisihkan oleh rakan-rakan- Kata nama- Kata dasar sisih yang menerima imbuhan awalan ter-

belajarberusaha utk memperoleh ilmu pengetahuan (sesuatu kepandaian), menuntut ilmu pengetahuan dll, menjalani latihan

Merujuk kepada isteri watak utama yang sedang belajar memandu

Kata kerja

keretakenderaan yg memakai rodaMerujuk kepada kereta iaitu kenderaan yang boleh dipandu

Kata nama

mewah segala-galanya banyak (makanan, harta), serba berlebih, serba elok

Merujuk kepada kereta yang hebat untuk dipandu

Kata nama

banglorumah sebuah (tidak berangkai) yg besar dan mempunyai kawasan yg tersendiri

Merujuk kepada rumah yang besar untuk tinggal

Kata nama

tingkatlapis drpd sesuatu benda (binaan) yg berbentuk bersusun-susun (bertindih-tindih, berlapis-lapis)

Merujuk kepada jumlah aras rumah banglo

Kata nama

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

12halalhukum membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan (dlm Islam)Merujuk kepada perkara atau perbuatan yang boelh dilakukan dan tidak melanggari hukum agama

Kata nama

haramhukum tegahan (dlm Islam) yg dijanjikan ganjaran pahala bagi orang yg mematuhinya dan dosa bagi orang yg mengingkarinya

Merujuk kepada perkara atau perbuatan yang melanggari hukum agama

Kata nama

gilatidak sihat atau tidak waras fikirannya (otaknya, ingatannya)Merujuk kepada perbuatan dan pemikiran yang tamak dan obses

Kata adjektif

mendulangmelanda (melimbang) emas atau bijih dengan dulangMerujuk kepada emas yang didulang- Kata kerja- Kata dasar dulang yang menerima imbuhan awalan meN-

mendapatkanboleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampuMerujuk kepada memperolehi sesuatu- Kata kerja- Kata dasar guna yang menerima imbuhan apitan meN-...-kan

denganserta, bersama, disertaiMerujuk kepada caraKata sendi

menggunakanmengambil faedahMerujuk kepada cara untuk mendapatkan sesuatu- Kata kerja- Kata dasar guna yang menerima imbuhan apitan meN-...-kan

senjataalat yg digunakan utk berperang atau berkelahiMerujuk kepada bahan api yang membahayakan nyawa

Kata nama

kriminalOrang yang melakukan jenayahMerujuk kepada perompak di kota

Kata nama pinjaman daripada bahasa Inggeris

bentakherdik, tengkingMerujuk kepada perasaan dan fikiranKata kerja

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

13masawaktu, ketikaMerujuk kepada waktu

- Kata nama

bekerjausaha (kegiatan, urusan) yg bertujuan utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan) sesuatu

Merujuk kepada perbuatan atau perlakuan- Kata kerja- - Kata dasar kerja yang menerima imbuhan awalan beR-

gemparheboh, gaduh, huru-hara, riuh-rendah, rusuhMerujuk kepada perasaan terkejut terhadap khabar yang didengari

- Kata nama

mingguhari AhadMerujuk kepada hari ahad iaitu hari selepas hari sabtu

- Kata nama

ikutturut serta, turut sama, bersama-samaMerujuk kepada perbuatan atau perlakuan turut serta

- Kata kerja

samatidak berbeza atau berlainan (rupa, keadaan)Merujuk kepada perlakuan mengikut bersama penduduk tempatan mendulang emas

- Kata nama

tempatanberkaitan dgn tempat tertentu, di tempat itu sendiriMerujuk kepada penduduk tempatan- Kata nama- Kata dasar tempat yang menerima imbuhan akhiran -an

matitidak bernyawa lagi, tidak hidup lagiMerujuk kepada penduduk tempatan yang mati mendulang emas

- Kata adjektif

runtuhanjatuh kerana rosakMerujuk kepada tanah yang runtuh- Kata nama- Kata dasar runtuh yang menerima imbuhan akhiran -an

tanahlapisan bumi yg di atas sekaliMerujuk kepada tanah runtuh

- Kata nama

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

14harimaubinatang mamalia yang buasMerujuk kepada binatang berwarna jingga dan berbelang hitam yang terdapat dalam hutanKata nama

tenggelammasuk terbenam ke dlm air Merujuk kepada ngauman harimau yang tidak kedengaran akibat bunyi mesin

Kata kerja

suarabunyi manusia, bunyi binatang, bunyi alat perkakas

Merujuk kepada bunyi mesinKata nama

pokokbatang kayu dari pangkal ke atasMerujuk kepada pokok yang tumbuh dalam hutan

Kata nama

sempadanbatas (negeri, daerah, kampung), perbatasanMerujuk kepada pembahagi kawasan yang sudah dan belum diterokai

Kata nama

kontraktororang atau syarikat yang mengikat kontrak utk menjalankan sesuatu perkhidmatan, membekalkan bahan atau buruh

Merujuk kepada pekerja yang meneroka dan menebang pokok

Kata nama

musuhorang yg ditentang (dlm peperangan, perkelahian, pertandingan)

Merujuk kepada manusia yang merosakkan hutanKata nama

golongankumpulan, kelompokMerujuk kepada rakyat jelata- Kata nama- Kata dasar golong yang menerima imbuhan akhiran -an

marhaenrakyat jelata (spt petani, nelayan)Merujuk kepada golongan rakyat jelata

Kata nama

negarasuatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan

Merujuk kepada sebuah tanah yang besar dan mempunyai pemerintah

Kata nama

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

15sebusebak, sesakMerujuk kepada perasaan sedih watak utama

Kata adjektif

kerakusangelojoh, lahapMerujuk kepada perbuatan manusia yang tamak- Kata kerja- Kata dasar rakus yang menerima imbuhan apitan ke-...-an

manusiamakhluk yg mempunyai akal budi, insan

Merujuk kepada hidupan di bumi yang bernyawaKata nama

tidakdigunakan utk menyatakan bukanMerujuk kepada sesuatu perkara yang tidak mendapat persetujuan

Kata nafi

membunuhmematikan, menghilangkan nyawaMerujuk kepada perbuatan atau perlakuan mematikan sesuatu- Kata kerja- Kata dasar bunuh yang menerima imbuhan awalan meN-

tidurdlm keadaan tidak sedar dgn mata terpejam (kerana berehat)

Merujuk kepada serangga yang sedang tidurKata kerja

dahanbahagian yg tumbuh dr batang pokok

Merujuk kepada pokokKata nama

kesantanda yg ditinggalkan oleh sesuatu, bekas

Merujuk kepada akibat daripada sesuatu perbuatanKata nama

perbuatansegala yg dibuat, kerja, tindakanMerujuk kepada perlakuan terhadap sesuatu perkara- Kata kerja- Kata dasar buat yang menerima imbuhan apitan peR-...-an

hatibatin (tempat perasaan, pengertian

Merujuk kepada perasaan terhadap sesuatu perkaraKata nama

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

16hakisanmengikis (dan menghanyutkan) permukaan tanah atau batu (oleh air, angin) sehingga haus

Merujuk kepada tanah runtuh akibat pokok yang ditebang

Kata nama

hendakberhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil)

Merujuk kepada kemahuan untuk mencari emas

Kata bantu ragam

tuasudah lama hidup, sudah lanjut usia (tidak muda lagi), sudah berumur

Merujuk kepada pokok yang membesar

Kata adjektif

umpamaperbandingan, ibarat, misalMerujuk kepada pokok dalam hutan umpama emas

Peribahasa

tetapikata penghubung untuk menyatakan hal-hal yg agak berlawanan

Merujuk kepada kepentingan balak lebih daripada emas

Kata hubung

keranakata yang digunakan sebelum memberikan keterangan atau penjelasan yg menjadi punca (permulaan, alasan) sesuatu keadaan, kejadian, masalah, perbuatan

Merujuk kepada keterangan mengenai kepentingan balak kepada alamKata adverba

pakupaku yang tidak boleh dicabut-cabut lagiMerujuk kepada pokok yang menjadi kekuatan alam

Kata nama

kekuatantenaga, dayaMerujuk kepada kepentingan pokok terhadap alam- Kata nama- Kata dasar kuat yang menerima imbuhan apitan ke-...-an

tangkitempat menyimpan minyak (air), kolam airMerujuk kepada pokok yang menjadi tangki penyimpanan air

Kata nama

aircecair yg terbentuk drpd dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (dlm keadaan yg murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa)

Merujuk kepada pokok yang menjadi tangki penyimpanan air untuk kegunaan hidupan

Kata nama

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

17adaboleh didapati (ditemui, dilihat), bukan khayalan atau rekaan, wujud

Merujuk kepada kemestian yang seharusnya dilakukan untuk menjaga kestabilanKata nama

jikakata penghubung yg menyatakan syarat (janji), kalau

Merujuk kepada syarat yang seharusnya dilakukanKata hubung

beradaada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm sesuatu keadaan

Merujuk kepada emas yang seharusnya dibiarkan di kawasan asalKata nama

rimbunanlebat daunnya, berdaun dan bercabang-cabang banyakMerujuk kepada hutan yang mempunyai pokok-pokok yang berdaun tebal- Kata nama- Kata dasar rimbun yang menerima imbuhan akhiran an

hiasansegala yg digunakan utk menghiasi sesuatuMerujuk kepada haiwan-haiwan yang hidup di dalam hutan- Kata nama- Kata dasar hiasan yang menerima imbuhan akhiran an

mergastuabinatang-binatang di hutan

Merujuk kepada haiwan-haiwan yang hidup di dalam hutanKata nama

sambildengan atau di samping (melakukan sesuatu yg lain), sedang, dan juga sementara, serayaMerujuk kepada keadaan haiwan yang hidup di hutan sambil keriangan kerana habitatnya tidak digangguKata hubung

pucukdaun yg baru terbit, daun muda (di puncak pokok atau di hujung ranting)

Merjuk kepada daun-daun pokok yang baharu bercambahKata nama

mudabelum tua (orang), masih remaja

Merujuk kepada daun-daun yang baharu tumbuh dan dimakan oleh haiwan-haiwan

Kata adjektif

bersihtidak kotorMerujuk kepada air yang bersih dan tidak dicemari

Kata adjektif

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

18mulaasal, pokok pangkalMerujuk kepada perbuatan mengorek menggunakan parang

Kata nama

mengorekmembuat lubang (pd sesuatu benda atau di dlm tanah), mencungkil, menebuk, mengeruk, menggali

Merujuk kepada perbuatan untuk mencari emas- Kata kerja- Kata dasar korek yang menerima imbuhan awalan meN-

muncung mulut yg panjang (spt mulut anjing, babi)

panjang lagi lancip (bentuk sesuatu)

Merujuk kepada hujung parang

Kata nama

parangsejenis pisau besar, golokMerujuk kepada benda tajam yang digunakan untuk memotong sesuatu

Kata nama

lombonglubang dlm tanah tempat menggali bijih logam, tambang

Merujuk kepada kawasan yang mempunyai emas

Kata nama

matabahagian yg tajam pd alat pemotong (kapak, pisau)

Merujuk kepada hujung parang yang tajam

Kata nama

kuatbanyak tenaganya (dayanya), tidak lemah, bertenaga, berdaya, tegap

Merujuk kepada daya yang diletakkan ke atas parang untuk merasa kekerasan benteng

Kata adjektif

celahtempat yg terluang (sela, renggang) di antara dua benda

Merujuk kepada celah benteng

Kata nama

bentengtembok (drpd batu, tanah) utk mempertahankan kota drpd serangan musuh

Merujuk kepada kawasan yang mempunyai halangan sebelum dapat memasukinya

Kata nama

palongPenghalang (batu,kayu)Merujuk kepada dinding penghalang

Kata nama

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

19betulbenar, tidak salahMerujuk kepada sangkaan watak utama terhadap tempat yang mempunyai emas

Kata nama

hilangtidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi

Merujuk kepada kepenatan dan kesusahan yang berbaloi apabila keinginan tercapai

Kata nama

segalasemua (tiada kecuali), sekalian, seluruh

Merujuk kepada hasil usaha watak utama untuk mencari emasKata nama

kesusahanperihal susah, kesengsaraan, kesukaran, kesulitanMerujuk kepada kesulitan yang ditempuhi dalam usaha mencari emas- Kata adjektif- Kata dasar susah yang menerima imbuhan apitan ke-... an

kepenatankelelahan, keletihanMerujuk kepada kepenatan dalam mencari emas- Kata adjektif- Kata dasar penat yang menerima imbuhan apitan ke-... an

lupatidak timbul dlm fikiran, tidak ingat, tidak sedar

Merujuk kepada watak utama yang tidak ingat akan rakannya yang memotong balak

Kata nama

masihlagi (dlm keadaan)

Merujuk kepada rakan watak utama yang masih lagi memotong balak

Kata bantu aspek

batangbahagian pokok yg tumbuh drpd akar

Merujuk kepada bahagian pokok balak yang dipotongPenjodoh bilangan

untukditentukan (disediakan) bagi, merupakan bahagian

Merujuk kepada penentuan fungsi pokok balak yang dipotongKata hubung

sempadanbatas (negeri, daerah, kampung), perbatasan

Merujuk kepada kawasan yang ditandaKata nama

PERENGGANPERKATAANMAKNA PERKATAANMAKNA PERKATAAN DALAM AYATCATATAN

20tayarlingkaran getah yg dipasang di sekeliling roda (utk mengurangkan getar)

Merujuk kepada tayar jentera besar digunakan dalam mengangkat balakKata nama

tumbangjatuh (benda yg tegak), rebah

Merujuk kepada pokok balak yang dipotongKata kerja

jatuhturun ke bawah dgn cepat

Merujuk kepada pokok balak yang tumbangKata kerja

menghempapjatuh (tumbang, roboh, dsb) menindih sesuatu, menimpa, menindihMerujuk kepada pokok balak yang tumbang dan menghempap watak utama- Kata kerja- Kata dasar hempap yang menerima imbuhan awalan meng-

atastempat atau paras yg lebih tinggi

Merujuk kepada tempat pokok balak itu tumbangKata arah

sempatmasih ada peluang (waktu, masa)Merujuk kepada peluang yang tidak sempat diambil oleh watak utama

Kata nama

kecualimelainkan, selain, lain

Merujuk kepada perkara yang berlaku apabila watak utama tidak sempat melarikan diri

Kata hubung

terusmenuju ke sesuatu tempat dgn tidak singgah di mana-mana, langsung (tidak terhalang atau terhenti), lantas

Merujuk kepada pokok balak yang terus menghempap watak utamaKata nama

lumathalus betul, hancur

Merujuk kepada badan watak utama dalam cerita yang hancur dihempap oleh pokok balak

Kata nama

kertassejenis bahan dlm bentuk helaian nipis yg dibuat drpd kayu dll yg padanya sesuatu ditulis, dicetak, dilukis

Merujuk kepada perumpamaan badan watak utama dalam cerita selepas dihempap batuKata nama

4.0 RUMUSANSemantik ialah bidang yang mengkaji dan menganalilis makna kata dan ayat. Kata merupakan unit ujaran yang bebas dan mempunuyai makna. Dalam bahasa, kita dapat menyatakan fikiran, pendapat, emosi, perlakuan dan keperibadian manusia. Secara khusus semantik ialah kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakann makna, hubungan antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat. Menurut Ferdinand de Saussure, semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna. Choamsky berpendapat bahawa semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan. Memilih kata yang sesuai digunakan dalam perbualan bukanlah sesuatu yang mudah.Oleh itu, pilihan kata atau diksi perlulah sesuai dengan konteks.Dalam hal ini ilmu semantik amat berguna bagi membantu penutur memilih kata dan ayat yang betul dalam perbualan.Kita kadangkala memilih untuk menggunakan konotasi dibandingkan dengan memilih denotasi.Namun demikian, jika kata itu mengandungi konotasi yang salah, ia boleh menyebabkan kesalafahaman atau kesalahtanggapan pada pihak pendengar.Selain itu, ada kata yang dianggap sopan dan ada kata yang dianggap kasar, malah ada kata tertentu yang dianggap salah jika digunakan pada orang-orang tertentu.Kata mengandung, hamil, dan bunting mempunyai nilai emotif dan digunakan pada orang yang tertentu.Demikian juga jika kita berkata Diam! Jangan bising! bermakna orang yang kita hadapi itu mempunyai status yang sama atau lebih rendah daripada kita.Sebaliknya, jika kita b