22
 1 Ucapan Pembukaan 1. Terima kasih Tuan PENGACARA MAJLIS,  Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh… SLIDE 1 Pendahuluan 1. Tanah merupakan salah satu ASET TERPENTINGkepada umat manusia di mana ia boleh dilihat daripada pelbagai perspektif kepentingan sama ada politik, ekonomi dan sosial. 2. Tanah juga MELAMBANGKAN KEKUASAAN DAN KEDAULATAN BAGI SESUATU BANGSA yang lahir dan berasal dari bumi yang tercinta. 3. NAMA BAGI SESEBUAH NEGARA adalah bersusur galur daripada nama sesebuah bangsa yang telah bermastautin di atas tanah tersebut. 4. Kehancuran sesebuah bangsa juga berpunca daripada PERTELAGAHAN DAN PERSELISIHAN yang bukan melibatkan antara satu bangsa dan satu bangsa yang lain tetapi melibatkan pertelingkahan sesama sendiri. 5. Analoginya mudah, semua bangsa yang ada di atas muka bumi Allah ini memiliki TANAH KELAHIRAN BANGSAmereka kecuali Bangsa Yahudi. 6. Bangsa Yahudi tidak mempunyai tanah tumpah darah keturunan mereka tetapi berjaya memiliki tanah di atas bumi Palestin yang merupakan tanah milik bangsa Arab sejak berabad-abad lamanya.

Kolokium ACIS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kolokium

Citation preview

  • 1

    Ucapan Pembukaan 1. Terima kasih Tuan PENGACARA MAJLIS, Assalamualaikum Warahmatullah hiwabarakatuh SLIDE 1 Pendahuluan 1. Tanah merupakan salah satu ASET TERPENTINGkepada

    umat manusia di mana ia boleh dilihat daripada pelbagai perspektif kepentingan sama ada politik, ekonomi dan sosial.

    2. Tanah juga MELAMBANGKAN KEKUASAAN DAN KEDAULATAN BAGI SESUATU BANGSAyang lahir dan berasal dari bumi yang tercinta.

    3. NAMA BAGI SESEBUAH NEGARAadalah bersusur galur daripada nama sesebuah bangsa yang telah bermastautin di atas tanah tersebut.

    4. Kehancuran sesebuah bangsa juga berpunca daripada PERTELAGAHAN DAN PERSELISIHANyang bukan melibatkan antara satu bangsa dan satu bangsa yang lain tetapi melibatkan pertelingkahan sesama sendiri.

    5. Analoginya mudah, semua bangsa yang ada di atas muka bumi Allah ini memiliki TANAH KELAHIRAN BANGSAmereka kecuali Bangsa Yahudi.

    6. Bangsa Yahudi tidak mempunyai tanah tumpah darah keturunan mereka tetapi berjaya memiliki tanah di atas bumi Palestin yang merupakan tanah milik bangsa Arab sejak berabad-abad lamanya.

  • 2

    7. Puncanya ialah, pertelagahan sesama bangsa Arab semasa era penjajahan Eropah selepas tamatnya Perang Dunia Pertama.

    SLIDE 2 HINGGA 10 Tafsiran Melayu 1. PERKARA 160, PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN :

    seseorang yang menganuti AGAMA ISLAM, BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU, MENGAMALKAN ADAT ISTIADAT MELAYU dan Lahir di PERSEKUTUAN atau SINGAPURA sebelum

    MERDEKA atau ibu atau bapanya atau salah satunya lahir di PERSEKUTUAN atau SINGAPURA atau telah bermastautin PERSEKUTUAN atau SINGAPURA pada hari MERDEKA, atau

    Berketurunan MELAYU sama ada ibu atau bapanya. 2. ENAKMEN RIZAB MELAYU 1933 (FMS BAB 142)

    seseorang yang berketurunan mana-mana suku MALAYAN

    bertutur dalam BAHASA MELAYU atau mana-mana bahasa suku MALAYAN, dan

    menganut AGAMA MUSLIM (ISLAM). 3. ENAKMEN RIZAB MELAYU JOHOR 1936

    seseorang yang berketurunan Melayu atau mana-mana suku MALAYSIAN

    bertutur dalam BAHASA MELAYU atau mana-mana bahasa suku MALAYSIAN,

    menganut AGAMA MUSLIM (ISLAM) dan,

  • 3

    lain-lain yang terkandung di dalam Jadual Kedua seperti pihak berkuasa, lembaga, badan-badan, pertubuhan-pertubuhan, persekutuan dan syarikat yang disenaraikan.

    4. ENAKMEN RIZAB MELAYU KEDAH 1931

    seseorang yang beragama AGAMA MUSLIM (ISLAM) bertutur dalam BAHASA MELAYU sekurang-kurangnya salah seorang ibu atau bapanya

    berketurunan suku Melayu atau Arab. 5. ENAKMEN RIZAB MELAYU KELANTAN 1930

    seseorang yang berketurunan mana-mana suku MALAYAN

    bertutur dalam mana-mana bahasa suku MALAYAN menganut agama MUHAMMAD (ISLAM) dan, mestilah termasuk (a) Majlis Ugama Islam, (b)

    Pentadbir Rasmi yang bertindak sebagai pentadbir atau pemegang amanah ke atas harta pusaka bagi simati MELAYU.

    6. ENAKMEN RIZAB MELAYU PERLIS 1935

    seseorang yang berketurunan mana-mana suku MELAYU atau,

    seseorang berketurunan ARAB bertutur dalam BAHASA MELAYU atau mana-mana

    bahasa suku MALAYAN dan, menganut AGAMA MUSLIM (ISLAM).

    7. ENAKMEN RIZAB MELAYU TERENGGANU 1941

    seseorang yang berketurunan mana-mana suku MALAYAN

  • 4

    bertutur dalam BAHASA MELAYU atau mana-mana bahasa suku MALAYAN dan,

    menganut AGAMA MUSLIM (ISLAM). 8. SEKSYEN 94, AKTA KANUN TANAH NEGARA

    (HAKMILIK PULAU PINANG DAN MELAKA) 1963

    seseorang yang menganut AGAMA ISLAM, bertutur dalam BAHASA MELAYU, mengamalkan adat istiadat MELAYU dan, sebelum MERDEKA telah lahir di PERSEKUTUAN

    atau salah seorang ibu atau bapanya telah lahir di PERSEKUTUAN atau telah bermastautin di PERSEKUTUAN,

    Berketurunan MELAYU sama ada ibu atau bapanya. Rumusan Definisi Melayu 1. BERKETURUNAN MELAYUatau mana-mana suku

    MALAYAN

    2. Lazimnya BERTUTUR DI DALAM BAHASA MELAYU atau bahasa mana-mana suku MALAYAN

    3. Beragama ISLAM SLIDE 11 Sejarah pemerintahan tradisional Melayu dan pentadbiran tanah pra kolonial 1. Sebelum kedatangan kuasa-kuasa Eropah ke Nusantara,

    sistem pemilikan tanah feudal Melayu adalah dibawah bidang kuasa pemerintah natif yang terdiri daripada raja-raja Melayu yang mempunyai kerajaan dan tanah jajahan tradisional.

  • 5

    2. Terdapat hieraki sistem feudal Melayu yang telah wujud di mana raja-raja Melayu menjadi pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik.

    3. Dalam konteks perundangan Tanah, rakyat hanya mengusahakan tanah-tanah yang berada dalam wilayah jajahan takluk Kerajaan Tradisi Melayu setelah mendapat keizinan Raja yang memerintah.

    4. Sebagai balasan, rakyat akan membayar cukai tanah kepada Raja melalui pembesar-pembesar tradisional yang dilantik.

    5. Oleh itu, pemilik mutlak bagi tanah-tanah di dalam kawasan empayar kesultanan tradisional Melayu adalah Raja yang memerintah.

    SLIDE 12 DAN 13 Kedatangan kuasa Penjajah Eropah 1. Portugal merupakan penjajah pertama yang telah sampai

    ke Alam Melayu pada 11 Ogos 1511 setelah berjaya menundukkan Empayar Kesultanan Melaka.

    2. Seterusnya diikuti oleh penjajah Belanda yang menjajah Tanah Jawa dan Kepulauan Hindia Barat serta berjaya merampas Melaka daripada Portugal pada tahun 1641.

    3. Inggeris berjaya bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786 dan seterusnya meluaskan tanah jajahannya yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura dan Borneo.

    Pengenalan Undang-Undang Tanah Inggeris

  • 6

    1. British merupakan kuasa penjajah dominon yang telah berjaya menakluk negeri-negeri Melayu di Tanah Melayu atas namaProtectorate States serta wilayah Utara Borneo.

    2. Corak penguasaan Inggeris di Tanah Melayu dan Borneo Utara merangkumi hal-hal politik, ekonomi dan sosial di mana nilai-nilai Inggeris telah diperkenalkan termasuklah sistem perundangan Tanah yang berasaskan Sistem Torrens.

    3. Undang-undang Tanah tradisi Melayu telah ditokok tambah dan sistem perundangan Tanah Inggeris yang diceduk dari England dan India telah diterapkan dalam pentadbiran tanah.

    4. Perjanjian Pangkor 1874 telah menjadi asas doktrin pengasingan politik dan nilai adat serta kebudayaan Melayu dan kekal diamalkan sehingga kini di mana raja-raja Melayu tidak mempunyai kuasa mutlak ke atas Tanah kecuali menerima nasihat daripada Residen British dan kini Menteri Besar.

    5. Negeri-negeri Selat yang merangkumi koloni Pulau Pinang, Melaka dan Singapura telah diwujudkan dan ditadbir secara langsung sebagai Tanah Jajahan British.

    6. Negeri-Negeri Melayu Bersekutu merupakan persekutuan pertama yang diwujudkan oleh Inggeris pada tahun 1896 merangkumi Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang serta diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.

    7. Peraturan Tanah 1897 telah diperkenalkan bagi menyeragamkan pentadbiran tanah di FMS.

    8. Perjanjian Bangkok 1909 yang ditandatangani antara British dan Siam menyaksikan 4 buah negeri Melayu utara

  • 7

    dan wilayah utara Negeri Perak diserahkan oleh Siam kepada British.

    9. Pada tahun 1914, Sultan Ibrahim dari Johor telah menerima Penasihat Inggeris yang menandakan tamatnya kedaulatan penuh Kerajaan Johor. Negeri-negeri ini dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

    SLIDE 14 Undang-Undang Tanah Adat Melayu sebelum TRM 1. Sebelum Enakmen Rizab Melayu 1913 diperkenalkan,

    terdapat tiga perundangan tanah adat Melayu telah diwujudkan oleh British iaitu : a. Ordinan Hak Tanah Adat Melaka 1880 b. Seksyen 6, Selangor Land Code 1891 c. Customary Land Tenure 1909

    SLIDE 15 HINGGA 18 Takrif Tanah Rizab Melayu 1. TRM merupakan suatu bentuk pemilikan tanah yang

    dikhususkan kepada kaum Melayu sebagai tempat tinggal dan punca ekonomi tradisional Melayu semasa era kolonial.

    2. TRM telah diperkenalkan oleh British setelah Enakmen Rizab Melayu 1913 diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 1914 di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

    3. Corak dan konsep ERM adalah sama seperti konsep pemilikan tanah-tanah natif yang kebanyakkan diperkenalkan di tanah-tanah Jajahan British seperti di

  • 8

    Belize (British Honduras), Koloni Afrika, New Zealand dan koloni-koloni kepulauan Pasifik.

    SLIDE 19 Jenis-jenis TRM 1. TRM berstatus Tanah Kerajaan 2. TRM bermilik yang dimiliki oleh orang Melayu 3. TRM bermilik yang dimiliki oleh orang Bukan Melayu yang

    telah diisytihar sebelum tahun 1957. SLIDE 20 HINGGA 22 1. Slide 20 Lokasi Kawasan Simpanan Melayu di atas Peta 2. Slide 21 Lokasi Kawasan Simpanan Melayu di atas

    Helaian Lembaran Piawai. 3. Slide 22 bentuk hakmilik tanah yang diendorskan dengan

    status Tanah Simpanan Melayu, Tanah Rizab Melayu, Malay Reservation dan Pengisytiharan Rezab Melayu.

    SLIDE 23 Wasiat Kedua Raja-Raja Melayu Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu, dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 PERATUS, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain. Rumusan : Tanah Simpanan Melayu merupakan salah satu hak keistimewaan orang Melayu yang harus dipertahankan demi kelangsungan ketuanan bangsa Melayu kini dan masa depan.

  • 9

    SLIDE 24 HINGGA 27 Sejarah Pembentukan TRM di Semenanjung Malaysia 1. 1896: Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (FMS) telah

    dibentuk hasil daripada Mesyuarat Durbar yang pertama di Kuala Kangsar merangkumi negeri-negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.

    2. 1897 : Perwartaan Peraturan-Peraturan Tanah Negeri 1897 oleh Pesuruhjaya Tinggi British bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

    3. 1908 : Mesyuarat Residen-Residen British bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah diadakan di Kuala Lumpur di mana Residen British di Negeri Sembilan iaitu Douglas Graham Campbell melahirkan kekhuatiran isu penyusutan pegangan tanah kaum Melayu akibat daripada pelupusan yang tidak terkawal antara peneroka natif Melayu dan syarikat-syarikat perlombongan dan perladangan milik pemodal-pemodal Eropah dan China.

    4. Beliau turut mengusulkan satu perundangan khusus untuk melindungi kepentingan pemilikan tanah kaum Melayu.

    5. 1911 : Majlis Perundangan Kolonial British di Negeri-Negeri

    Melayu Bersekutu telah menderafkan suatu Enakmen Rizab Melayu.

    6. 1913 : ERM 1913 merupakan enakmen pertama yang diperkenalkan dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 1914 di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

    7. 1909 : Perjanjian Bangkok telah ditandatangani antara British dan Siam di mana negeri-negeri Melayu Utara iaitu Perlis, Kedah, Wilayah Raman (Gerik), Kelantan dan Terengganu telah diserahkan kepada British.

  • 10

    8. 1914 : Sultan Ibrahim dari Johor telah menerima Penasihat

    British dan menamatkan kedaulatan Negeri Johor.

    9. 1930 : ERM Kelantan 1930 diperkenalkan.

    10. 1931 : ERM Kedah 1931 diperkenalkan.

    11. 1933 : ERM 1913 telah dimansuhkan dan digantikan dengan ERM (Negeri-Negeri Melayu Bersekutu Bab 142) 1933.

    12. 1935 : ERM Perlis 1935 diperkenalkan.

    13. 1936 : ERM Johor 1936 diperkenalkan.

    14. 1941 : ERM Terengganu 1941 diperkenalkan.

    15. 1957 : Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan daripada Britain dan Perlembagaan Persekutuan telah digunapakai sebagai Undang-Undang Dasar Malaya.

    16. Dengan itu, penguatkuasaan Perkara 89 diperuntukkan bagi melindungi kepentingan tanah-tanah Rizab Melayu dan Pegangan Adat yang telah wujud.

    Sebab-sebab Kewujudan TRM 1. EKSPLOITASIoleh Kapitalis Bukan Melayu seperti ceti dan

    pekedai runcit.

    2. PERTIKAIANHak Warisan Tanah dalam kalangan pewaris simati.

    3. PENJUALAN Tanah oleh Peneroka Melayu kepada pemodal Bukan Melayu.

  • 11

    4. CUKAI TANAHyang dikenakan oleh pemerintah colonial

    British yang tinggi dan pemilik Melayu tidak mampu untuk membayarnya.

    5. PERKEMBANGAN SEKTOR EKONOMIpertanian moden di Tanah Melayu seperti pertanian ladang-ladang komersial dan sebagainya.

    6. PERLOMBONGAN

    7. Proses PEMBANDARAN

    8. PENGAMBILAN TANAHuntuk pembinaan sistem jaringan kereta api.

    9. Pembukaan KAMPUNG-KAMPUNG BARU CINA. SLIDE 28 HINGGA 32 Inisiatif dan Tindakan Inggeris Berikut adalah laporan dan saranan pentadbir-pentadbir British berhubung dengan kepentingan dan keperluan perwartaan TRM:- 1. Laporan Pemungut Hasil Tanah Kuala Lumpur

    Tahun 1905 dan 1906, 32 keping tanah milikan Melayu telah dijual kerana ketidakupayaan pemilik Melayu di Kuala Lumpur untuk membayar Cukai Tanah. 2. Mr. R.J.B. Clayton, Pegawai Daerah Ulu Langat,

    Selangor Mengadakan kempen kesedaran kepada kaum Melayu

    bahawa kerajaan tidak menggalakkan mereka menjual tanah,

  • 12

    Mengurangkan permintaan tanah untuk penanaman

    getah sebaliknya ditanam dengan pokok kelapa bersama tanaman-tanaman lain,

    Memberi insentif cukai kepada penanam getah yang menanam tanaman lain, dan

    Mewujudkan sebuah kawasan Tanah Rizab Melayu.

    3. Cadangan Mr. Ernest Woodford Birch (Residen Perak : 1905-1910) Setiap daerah perlu menetapkan kawasan yang sesuai

    untuk dirizabkan kepada orang Melayu,

    Kelulusan Pemungut Hasil Tanah perlu diperoleh sebelum tanah-tanah ini dijual kepada bukan Melayu, dan

    Cukai Tanah bagi kawasan khas ini mestilah kurang daripada cukai tanah bagi tanah-tanah lain.

    SLIDE 33 DAN 34 Tujuan Sebenar TRM diperkenalkan oleh Inggeris 1. Untuk mengukuhkan DASAR PECAH DAN

    PERINTAHyang dibawa oleh penjajah Inggeris,

    2. Untuk memastikan TRM TIDAK MENDAPAT FAEDAHdaripada pemodenan dan pembangunan,

    3. HANYA 20%sahaja TRM yang merupakan TANAH GRED Ayang sesuai untuk pertanian, dan

    4. Sikap British TALAM DUA MUKA demi menjaga hati dan kepentingan Raja-Raja Melayu.

  • 13

    SLIDE 35 Gambaran Grafik TRM sebelum merdeka iaitu 18% daripada keseluruhan Tanah Semenanjung. SLIDE 36 Penggazetan TRM di kawasan penempatan Melayu yang biasanya memiliki cirri-ciri berikut :- 1. Masjid Tempat beribadah 2. Pasar-pasar Melayu tempat jual beli 3. Balai raya kenduri dan perbincangan. 4. Sekolah agama rakyat dan surau untuk aktiviti kaum

    wanita dan kanak-kanak. SLIDE 37 HINGGA 39 Latarbelakang TRM Tujuan 1. Untuk MENGHALANGBukan Melayu memiliki tanah

    kerajaan yang terletak di dalam Kawasan Simpanan Melayu, dan

    2. Untuk MENYEKATsebarang urusniaga persendirian antara Bukan Melayu dan Melayu yang melibatkan TRM.

    Keunikan 1. SEKATAN URUS NIAGAbagi menghalang pemilik Melayu

    melakukan urus niaga seperti pindah milik, gadaian, pajakan dan lien kepada Bukan Melayu.

  • 14

    2. SEKATAN PELUPUSANiaitu larangan pelupusan, pemberian permit dan Lesen Pendudukan Sementara (TOL) ke atas tanah-tanah Kerajaan Negeri atau Persekutuan yang belum diberi milik atau dilupuskan dan berada di dalam kawasan Rizab Melayu yang digazet kepada bukan Melayu.

    3. SEKATAN BUKAN URUS NIAGAseperti hak bukan Melayu untuk memasukkan kaveat, perletakhakkan, penahanan, amanah, pemberian probet dan surat wakil kuasa ke atas tanah-tanah bermilik TRM.

    4. KUASA RAJA DALAM MESYUARATuntuk membuat ketetapan berkaitan TRM.

    5. UNDANG-UNDANG YANG BERTENTANGANdengan TRM terbatal secara automatik.

    Keistimewaan 1. PROSES PEMINDAAN DAN PEMANSUHANyang

    memerlukan kelulusan daripada 2/3 ahli Dewan Rakyat (Parlimen) atau Dewan Undangan Negeri (DUN).

    2. SEKATAN PEMBERIMILIKAN DAN URUS NIAGAke atas TRM berstatus Tanah Kerajaan dan Tanah Bermilik kepada Bukan Melayu.

    3. DEFINISI MELAYUdi mana ERMmengatasi tafsiran Melayu di dalam Perkara 160 dan Perkara 89 Fasal 6, Perlembagaan Persekutuan.

    4. PENGGANTIAN TRMyang terlibat dengan PENGAMBILAN TANAH.

    5. PENGGANTIAN SEMULA TRMyang DILUCUT STATUS.

  • 15

    SLIDE 40 HINGGA 50 Isu-isu Penyusutan dan Kehilangan Tanah Rizab Melayu sepanjang 100 tahun 1. Pengambilan Tanah 2. Tindakan PBN menarik balik status TRM yang mempunyai

    sumber galian. 3. Penganugerahan konsesi balak di atas TRM 4. Permohonan pemilik TRM untuk menarik status. 5. Himpitan Pembangunan 6. Proses Pembandaran SLIDE 51HINGGA 52 Cadangan Penubuhan Lembaga Amanah Tanah Rizab Melayu Semenanjung Malaysia (Amanah TRM) 1. Sejak perwartaan TRM, didapati bahawa TIDAK

    WUJUDsebuah badan khas sama ada di peringkat negeri atau pusat yang berperanan sebagai pelindung kepada TRM.

    2. Namun begitu, kuasa pentadbiran dan perundangan TRM adalah berada di bawah PENTADBIRAN PIHAK BERKUASA NEGERI dimana sultan berperanan sebagai Ruler-in-Council dalam menyelesaikan hal-hal yang berbangkit berkaitan TRM.

    3. Di samping itu juga, faktor DASAR PENTADBIRAN KOLONIALturut menyumbang kepada perkara ini.

    4. Jika ditinjau kepada entiti-entiti tanah pegangan adat Melayu yang terdapat di Semenanjung Malaysia seperti Tanah Adat Melaka (MCL), Tanah Adat Naning, Tanah Adat Perpatih di Negeri Sembilan dan Kawasan Penempatan Pertanian Melayu (MAS), Kuala Lumpur

  • 16

    mempunyai badan-badan amanah yang bertanggungjawab untuk MELINDUNG DAN MEMPERTAHANKAN ENTITI TANAHmasing-masing.

    5. Namun, TRM lebih bersifat tanah MILIK INDIVIDUdan endorsan TRM di dalam dokumen hakmilik dilihat sebagai melepaskan batuk di tangga.

    6. Dengan ini, faktor atau OBJEKTIF pemilik individu itu sendiri menjadi asas penilaian ke atas TRM sama ada sebagai komoditi atau asset.

    7. SIFAT BERMEWAH-MEWAHdalam meraikan sesuatu majlis bagi masyarakat Melayu merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kehilangan dan penyusutan TRM.

    8. Ini dapat dibuktikan menerusi kajian yang pernah dijalankan oleh seorang Pegawai Inggeris di Tanah Melayu iaitu Mr. R. O. Winstdet (1878-1966).

    9. Meskipun perundangan Rizab Melayu sendiri mencegah pemilik Melayu melupuskan atau menarik balik status TRM, tapi PENGUATKUASAANoleh pihak berkuasa negeri dilihat agar longgar.

    Oleh itu, saya ingin mencadangkan idea penubuhan sebuah amanah yang dikenali sebagai Lembaga Amanah Tanah Rizab Melayu Semenanjung Malaysia. Latar belakang Lembaga Amanah TRM 1. Sebuah BADAN BEBASyang diberi kuasa menurut

    undang-undang Persekutuan untuk mentadbir, mengurus dan membangun Tanah Rizab Melayu di 9 buah negeri-negeri Melayu bersultan.

  • 17

    2. Penubuhan ini perlu bagi MENJAMIN PENGEKALANsaiz Tanah Rizab Melayu.

    3. Bermatlamat menjadikan tanah sebagai FAKTOR PENGELUARAN EKONOMI dan bukannya KOMODITI untuk diurusniagakan.

    4. TRM boleh MENJANA FAEDAH EKONOMImelalui penggunaan tanah bagi menghasilkan barangan ekonomi untuk dimanfaat bersama.

    5. Isu KEWANGAN yang merencat penggunaan maksimum ke atas Tanah Rizab Melayu.

    6. Lembaga ini juga diberi AUTHORITI KHASuntuk melindungi sebarang cubaan untuk menjadi TRM sebagai komoditi untuk dilupuskan kepada pihak lain.

    Cadangan fungsi :- 1. MELINDUNGI KEPENTINGANTRM yang berstatus tanah

    kerajaan.

    2. MENGURUS DAN MENTADBIRTRM yang tidak bermilik setelah kematian pemilik asal.

    3. MENYEDIAKAN BANTUAN KEWANGANbagi pembangunan ekonomi tanah.

    4. Bertindak sebagai PENTADBIR ATAU PEMEGANG AMANAHyang mengambil alih TRM yang bermasalah terutama yang mempunyai nilai ekonomi yang strategik.

    5. Diberi KUASA PENDAKWAANke atas usaha untuk menyalah guna TRM sama ada TRM milik Kerajaan atau TRM milik individu yang mempunyai fungsi

  • 18

    penguatkuasaan sebagaimana agensi dan jabatan kerajaan lain.

    Cadangan komposisi keanggotaan 1. KUMPULAN TERTINGGIyang terdiri daripada Yang

    Dipertuan Agong, Majlis Raja-Raja Melayu, Wakil Kerajaan Persekutuan (NRE), 9 wakil Kerajaan Negeri (PTG Negeri) dan Wakil Agensi berkaitan Melayu dan Majlis Agama Islam

    2. KUMPULAN EKSEKUTIFiaitu Pegawai pentadbiran awam kerajaan.

    Rumusan 1. Adalah diharapkan agar penubuhan lembaga sedikit

    sebanyak dapat mengurangkan isu dan masalah kehilangan TRM pada masa-masa akan datang.

    2. Namun begitu, saya tidak menolak kemungkinan wujud isu atau masalah dalam usaha untuk mewujudkan agensi ini seperti kesukaran dalam menyeragamkan undang-undang TRM, kerjasama daripada kerajaan-kerajaan negeri dan sebagainya.

    SLIDE 53 HINGGA 60 Kesan Kehilangan Tanah Kaum Peribumi untuk tatapan dan pelajaran oleh Bangsa Melayu Berikut adalah Negara-negara di mana masyarakat pendatang yang telah Berjaya memegang tampuk kekuasaan politik, ekonomi dan social untuk dijadikan pelajaran kepada bangsa Melayu di Malaysia secara umum dan khususnya di Semenanjung Tanah Melayu :-

  • 19

    1. AMERIKA SYARIKAT DAN KANADA- Bangsa Eropah yang telah menakluk seawal tahun 1492 dan menguasai penduduk asalnya yang sebilangan besarnya terdiri daripada suku kaum Red Indian dan Natif Alaska.

    2. AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND- Bangsa British yang menemui Benua Australia pada tahun 1784 dan menaklukinya serta menjadi wilayah dominion putih di mana penduduk asalnya yang terdiri daripada Puak Aborigin, Polynesia, Maori dan sebagainya berada di bawah kekuasaan bangsa British.

    3. REPUBLIK AFRIKA SELATAN penempatan yang dikenali sebagai Cape of The Good Hope atau Tanjung Pengharapan telah ditemui oleh Vasco da Gamma pada tahun 1488. Wilayah ini sering kali bertukar penjajah dan terakhir sekali Inggeris. Republik ini telah mencapai kemerdekaan di mana puak Afrikaan atau Boer yang merupan bangsa Eropah berketurunan Belanda dan Perancis telah menguasainya daripada puak peribumi asal iaitu Kaum Natif Zulu, Bantu, Xhosa, Ndebele, Tswana, Pedi dan Basotho.

    4. PALESTIN merupakan tanah suci ketiga umat Islam telah berada dalam cengkaman Yahudi-Zionis sejak Israel mengisytiharkan kemerdekaan pada 15 Mei 1948. Penguasaan Yahudi ke atas bumi Palestin bermula dengan sikap penduduk Arab yang sanggup melupuskan kepentingan tanah yang ditawarkan harga yang tinggi oleh puak kapitalis Yahudi semasa era kekuasaan Turki Uthmaniyah sehingga mereka Berjaya menubuhkan Bandar Yahudi pertama iaitu Tel Aviv.

    5. WILAYAH INDOCHINAyang meliputi Negara-negara Laos, Vietnam dan Kemboja dahulunya dimiliki oleh puak peribumi Melayu Khmer kini telah berada dalam kekuasaan suku kaum China Selatan yang dikenali sebagai Etnik Viet.

  • 20

    Ia berpunca daripada pertelingkahan dan persengketaan masyarakat Melayu zaman silam.

    6. WILAYAH MELAYU SELATAN THAILANDsedang menghadapi tekanan asimilasi masyarakat Siam sejak wilayah ini ditakluk oleh Kerajaan Siam pada abad ke-18. Kawasan ini pernah dijadikan sebagai Komoditi antara British dan Siam menerusi Perjanjian Bangkok 1909 yang menyaksikan wilayah Melayu Utara berpecah kepada dua iaitu Patani dan serpihan Wilayah Kesultanan Melayu Kedah diserahkan kepada Siam dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu diserahkan kepada British.

    7. Dan, dalam wilayah dan kawasan Semenanjung Tanah Melayu, kita telah kehilangan dua buah pulau iaitu PULAU PINANG DAN PULAU SINGAPURA kepada masyarakat pendatang China sejak British menduduki wilayah-wilayah tersebut.

    Ringkasnya, adakah kita masih relakan tanah milik Melayu terus menerus dikuasai oleh kaum Bukan Melayu?Mengapa tiada kesedaran dalam kalangan kita untuk mempertahankan warisan pusaka nenek moyang kita iaitu Tanah Rizab Melayu yang menjadi mangsa kerakusan puak kapitalis Bukan Melayu untuk menguasai bumi Melayu tercinta. SLIDE 61 HINGGA 68 Kesimpulan 1. Tanah adalah LAMBANG KEDAULATANsesebuah

    bangsa atau kaum serta tempat asal usul sesebuah bangsa.

    2. Tanah juga adalah SIMBOL PENGUASAAN DAN KETUANANsesebuah bangsa di tanah air sendiri.

  • 21

    3. Setiap bangsa di dunia mempunyai TANAH AIRsendiri kecuali ISRAEL.

    4. Bangsa Melayu perlu MENGAMBIL PELAJARAN DAN TAULADANdaripada bangsa-bangsa lain di dunia yang telah hilang tanah air akibat daripada dominasi dan penguasaan golongan pendatang.

    Oleh itu, saya ingin melontarkan soalan-soalan berikut untuk difikir oleh para hadirin sekalian :- 1. Mahukah Kita, jika Tanah Semenanjung tidak lagi dimiliki

    oleh generasi Melayu pada masa hadapan?

    2. Bayangkan peta Tanah Melayu seumpama Peta Palestin pada masa kini

    3. Di manakah kita akan berteduh bila bumi ini milik orang?

    4. Mahukah kita dan generasi kita masa akan datang menjadi penumpang di atas tanah milik nenek moyang kita?

    Dan akhir sekali, apakah tindakan yang harus kita ambil :- 1. PERTAHANKANsaki baki Tanah Rizab Melayu yang

    masih ada..

    2. Pihak berkuasa negeri GANTIKAN SEMULA Tanah Rizab Melayu yang telah dilucut status.

    3. Masyarakat Awam/Pemilik Tanah : Jadikan tanah sebagai ALAT POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL dan bukannya KOMODITI yang digunakan untuk urusniaga!!!!

  • 22

    Dan ingatlah kata-kata hikmah yang dilontarkan oleh Pahlawan Melayu yang terbilang iaitu Dato Laksamana Hang Tuah dan Allahyarham Dato Onn Bin Jaafar.

    TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA dan

    HIDUP MELAYU Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih