8
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015 Laporan Fokus Aktiviti Fokus Aktiviti Pertama: Unsur Pemerhatian Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Semasa menjalankan aktiviti ini pada hari pertama PBS didapati bahawa proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan berdasarkan pembahagian murid-murid kepada kumpulan. Pembahagian kumpulan dilakukan mengikut tahap pencapaian akademik atau prestasi murid di dalam bilik darjah masing-masing. Sebelum pembahagian kumpulan, guru akan memberi penerangan tentang tajuk yang hendak diajar. Mereka akan menggunakan pelbagai cara seperti menunjukkan benda sebenar, alat-alat konkrit, kad perkataan, gambar dan sebagainya. Penggunaan bahan ABM amat membantu para pelajar untuk memahami konteks pembelajaran dengan mudah. Selepas penerangan diberi, murid-murid mula bergerak dalam kumpulan yang telah dibahagi mengikut tahap akademik yang dicapai. Saya dapat melihat bahawa guru ingin memberi tumpuan yang lebih banyak kepada pelajar-pelajar yang lebih lemah. Guru akan memberi penerangan tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebelum mereka duduk secara berkumpulan. Melalui aktiviti seperti ini, nilai murni seperti bekerjasama, bertoleransi serta saling bantu-membantu boleh dipupuk. Selepas itu, hasil kerja murid-murid akan dipapar atas papan hitam supaya kefahaman murid- murid terhadap pengajaran guru jelas terpapar. Hal ini dapat memotivasikan diri mereka untuk membuat persembahan yang lebih baik pada masa akan datang. Guru juga mengambil kesempatan untuk membetulkan kesalahan yang dilakukan dan murid-murid juga jelas tentang kesalahan yang dilakukan. Akhirnya kelas akan diakhirkan dengan menguji tahap kefahaman mereka. Sepanjang pengajaran, guru perlu sentiasa mengawal keadaan kelas supaya tidak mengganggu kelas yang lain ketika aktiviti dijalankan. Kaedah ini amat berkesan dalam melahirkan golongan murid yang pintar dan cerdik.

Laporan Fokus Aktiviti

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pbs

Citation preview

Page 1: Laporan Fokus Aktiviti

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015

Laporan Fokus Aktiviti

Fokus Aktiviti Pertama:

Unsur Pemerhatian Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Semasa menjalankan aktiviti ini pada hari pertama PBS didapati bahawa proses

pembelajaran dan pengajaran dijalankan berdasarkan pembahagian murid-murid

kepada kumpulan. Pembahagian kumpulan dilakukan mengikut tahap pencapaian

akademik atau prestasi murid di dalam bilik darjah masing-masing.

Sebelum pembahagian kumpulan, guru akan memberi penerangan tentang tajuk

yang hendak diajar. Mereka akan menggunakan pelbagai cara seperti menunjukkan

benda sebenar, alat-alat konkrit, kad perkataan, gambar dan sebagainya. Penggunaan

bahan ABM amat membantu para pelajar untuk memahami konteks pembelajaran

dengan mudah.

Selepas penerangan diberi, murid-murid mula bergerak dalam kumpulan yang

telah dibahagi mengikut tahap akademik yang dicapai. Saya dapat melihat bahawa guru

ingin memberi tumpuan yang lebih banyak kepada pelajar-pelajar yang lebih lemah.

Guru akan memberi penerangan tentang aktiviti yang perlu dilakukan sebelum mereka

duduk secara berkumpulan.

Melalui aktiviti seperti ini, nilai murni seperti bekerjasama, bertoleransi serta

saling bantu-membantu boleh dipupuk. Selepas itu, hasil kerja murid-murid akan

dipapar atas papan hitam supaya kefahaman murid-murid terhadap pengajaran guru

jelas terpapar. Hal ini dapat memotivasikan diri mereka untuk membuat persembahan

yang lebih baik pada masa akan datang. Guru juga mengambil kesempatan untuk

membetulkan kesalahan yang dilakukan dan murid-murid juga jelas tentang kesalahan

yang dilakukan.

Akhirnya kelas akan diakhirkan dengan menguji tahap kefahaman mereka.

Sepanjang pengajaran, guru perlu sentiasa mengawal keadaan kelas supaya tidak

mengganggu kelas yang lain ketika aktiviti dijalankan. Kaedah ini amat berkesan dalam

melahirkan golongan murid yang pintar dan cerdik.

Page 2: Laporan Fokus Aktiviti

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015

Fokus Aktiviti Kedua:

Melibatkan aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah

Aktiviti di dalam bilik darjah

Bilik darjah merupakan lokasi yang diberikan prioriti semasa proses

pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Guru mata pelajaran tertentu akan

menyediakan pelbagai aktiviti yang sesuai dengan tajuk yang hendak diajar supaya

dapat memangkin pemahaman pelajar. Pelbagai alat membantu mengajar akan

digunakan seperti kad perkataan, CD, gambar, model dan sebagainya bagi membantu

proses pengajaran. Pertandingan antara kumpulan dalam kelas juga dijalankan sekali

sekala supaya murid tidak berasa jemu dengan cara pengajaran yang sama. Kuiz juga

dijalankan bagi sesetengah subjek yang sesuai supaya murid lebih faham dengan ilmu

pengetahuan yang hendak disampai oleh guru. Aktiviti-aktiviti ini adalah untuk

memastikan para murid sentiasa tercabar dan tidak hilang rasa minat terhadap apa

yang dipelajari.

Aktiviti di luar bilik darjah

Pendidikan Jasmani di SJK(T) Ladang Perbadanan Kedah dilakukan di luar

sekolah dengan pengawasan guru mata pelajaran. Guru yang bertanggungjawab bagi

waktu ini akan membawa murid-murid ke padang sekolah. Sebelum aktiviti bermula,

guru akan memanaskan badan bersama-sama murid supaya tidak mudah tercedera

ketika melakukan aktiviti. Sepanjang kelas ini, guru amat mementingkan keselamatan

setiap murid supaya peratusan untuk kemalangan yang tidak diingini terjadi dapat

dikurangkan ke tahap minimum. Nilai-nilai murni seperti bekerjasama, bertoleransi

dapat diterap kepada murid-murid.

Selain kelas PJ, guru yang mengajar Sains juga sering kala membawa murid

keluar dari kelas untuk menunjukkan contoh yang realiti supaya murid lebih faham.

Dengan itu, murid-murid juga tidak berasa bosan dan tidak hanya menggunakan

Page 3: Laporan Fokus Aktiviti

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015

pembayangan sahaja. Mereka berpeluang melihat serta menyentuh benda-benda yang

benar di sekitar mereka. Lebih-lebih lagi, pada minggu PBS, saya dapat kesempatan

untuk mendapat tahu tentang aktiviti perkhemahan yang dijalankan dengan asisioasi

pendidik.

Pemerhatian

(Aktiviti di dalam dan luar bilik darjah)

Guru memberi penerangan dan membahagikan murid kepada beberapa kumpulansebelum aktiviti PJ dijalankan.

Guru memberi penerangan bagi mata pelajaran Bahasa Tamil sebelum aktiviti dalam kelas dijalankan.

Perhimpunan Pemeriksaan gigi

Page 4: Laporan Fokus Aktiviti

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015

Fokus Aktiviti Ketiga:

Mengenai persekitaran sekolah

Aspek keceriaan sekolah juga mempengaruhi perkembangan kognitif murid.

Sekolah Jenis Kebangsaan Ladang Perbadanan Kedah ini memberi keutamaan untuk

keceriaan dan memastikan sekitar sekolah kelihatan ceria. Lokasi sekolah ini terletak di

sebuah bandar yang sedang membangun dan berkonsepkan alam sekitar. Boleh

dikatakan bahawa kawasan sekolah ini kaya dengan keindahan alam. Pokok-pokok

yang ditanam sekitar bangunan sekolah menambahkan keceriaan sekolah ini. Pokok-

pokok bunga hiasan ditanam dalam pasu yang terdiri daripada pelbagai saiz dan

bentuk. Murid-murid akan lebih ceria berada dalam persekitaran hijau dan bersih.

Selain itu, sekolah ini juga mempunyai pondok pengawal, kantin, tempat

menunggu, tempat letak kereta, padang yang luas, kuil dewi, perpustakaan, bilik

mesyuarat, pondok membaca, dan tapak perhimpunan. Sekolah ini mempunyai dua

pintu untuk pelajar keluar dan masuk iaitu pintu utama dan pintu belakang. Sepanjang

pembelajaran, pelajar adalah dilarang untuk keluar dari sekolah dan hanya boleh

berada di luar kelas dengan pas kebenaran.

Sekolah ini mempunyai satu sesi iaitu sesi pagi. Selain itu, disiplin juga amat

dititikberatkan di sekolah ini. Contohnya, pelajar di sekolah ini akan beratur semasa

pergi ke tapak perhimpunan. Selain itu, apabila rehat mereka juga akan beratur. Apabila

bertemu dengan guru-guru di sekolah, mereka juga akan mengucapkan salam kepada

guru-guru. Saya dapat mengatakan bahawa SJK(T) Ladang Perbadanan Kedah

banyak berusaha untuk melahirkan generasi yang mempunyai tahap kognitif yang baik.

Program-program yang dianjurkan di sekolah tersebut adalah seimbang dari segi

semua aspek. SJK(T) Ladang Perbadanan sangat terkenal dengan prestasi dan

pencapaian yang baik bukan sahaja dalam kurikulum malah dalam aktiviti kokurikulum.

Kurikulum sekolah ini boleh dikatakan lebih efektif. Guru-guru berinisiatif

mengajar murid-murid kelas mereka dengan dengan pelbagai kaedah mengajar.

Page 5: Laporan Fokus Aktiviti

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015

Mereka menggunakan kaedah-kaedah baru semasa mengajar di dalam kelas. Guru-

guru juga menggunakan alat bantu mengajar semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Selain itu, LCD juga digunakan di setengah-tengah kelas. Dengan ini,

murid-murid dapat didedahkan dengan teknologi semasa dan mereka dapat menguasai

kemahiran bagaimana menggunakan alatan-alatan teknologi seperti ini pada masa

hadapan. Semasa guru mengajar, mereka menggunakan bahasa yang betul dan lancar

untuk memudahkan kefahaman murid-murid. Sekiranya murid-murid tidak faham akan

sesuatu topik, mereka kan diterangkan dalam bahasa ibunda.

Perpustakaan

Bilik perpustakaan. Rak buku

Poster Sains Rak letak ABM .

Page 6: Laporan Fokus Aktiviti

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015

Fokus aktiviti keempat:

Meliputi sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Bilik SPBT sekolah ini digunakan untuk menyimpan dokumen-dokumen lama

serta himpunana buku teks. Bilik SPBT dibina secara cantuman sekali dengan bilik

guru. Sekolah ini mempunyai satu bilik untuk menyimpan bahan bantu mengajar.

Bahan-bahan yang terkandung adalah seperti bentuk-bentuk geometri, kad, carta,

patung, buku, dan sempoa untuk pembelajaran. Dalam bilik ini, semua bahan disusun

kemas mengikut subjek.

Bahan rujukan yang terdapat dalam perpustakaan juga merupakan salah satu

sumber pembelajaran dan pengajaran. Bahan rujukan tersebut boleh membantu pelajar

mencari maklumat. Jadual masuk ke perpustakaan juga disediakan untuk mengelakkan

pelajar yang ramai. Perbuatan ini akan memudahkan perkhidmatan perpustakaan.

Dalam bilik darjah, juga terdapat sudut pembelajaran seperti sudut Bahasa

Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Seni dan sebagainya. Pelajar dapat belajar

dengan bersungguh-sungguh menggunakan kemudahan ini.

Page 7: Laporan Fokus Aktiviti

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH 2015

Susunan dalam Bilik Darjah

Kelas 5 USM Susunan kerusi dan meja.

Papan kenyataan dalam kelas. Kedudukan pelajar di kelas

Sudut Kata-kata Hikmat. Sudut Pendidikan Seni.

Sudut Bacaan Jadual Waktu