laporan olahraga

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tell us moreMake it easier for other people to find your content by providing more information about it.

Citation preview

SITI NOOR FARHANIS BINTI IDRIS

REFLEKSI KEJOHANAN MINI OLAHRAGA

Oleh : Hamizan Bin Mohd Noor830508-03-5347

Syukur ke hadrat Yang Esa kerana dengan izin-Nya dapat saya dan rakan-rakan yang lain melaksanakan Kejohanan Mini Olahraga pada 2 Oktober 2015 kelolaan bersama-sama oleh semua siswa-siswi guru semester 5. Kejohanan Mini Olahraga ini dilaksanakan atas tuntutan Jadual 3 (Table 3) bagi subjek Olahraga. Penganjuran ini telah dirangka sepenuhnya oleh semua siswa-siswi guru semester 5 dengan nasihat dan teguran para pensyarah subjek masing-masing. Setiap siswa dan siswi guru telah diagihkan tugasan masing-masing sama ada bertindak sebagai peserta kejohanan mahupun pegawai teknik semasa kejohanan yang telah berlangsung selama empat jam.

Sepanjang program ini dijalankan, saya memperoleh banyak ilmu baharu, terutamanya mengenai peraturan-peraturan tertentu sepanjang kejohanan berlangsung ekoran berlaku beberapa kesulitan dari segi pengelolaan. Antara input baharu yang saya peroleh ialah mengenai tugas antara pegawai-pegawai teknikal keohanan sepanjang kejohanan berlangsung. Contohnya hakim pelepas yang perlu merujuk koordinator pelepas dan penolong pelepas sebelum memulakan sesuatu acara pertandingan. Malah sebelum itu, koordinator pelepas juga perlu memastikan bahawa hakim balapan, penjaga masa, dan pegawai lain bersedia sebelum memberi isyarat kepada pelepas. Perkara yang saya pelajari ialah setiap pegawai perlu saling berhubung agar tidak berlaku salah faham yang boleh menyusahkan peserta pertandingan dan menimbulkan rasa tidak puas hati daripada pelbagai pihak.

Saya turut memperoleh pengalaman melalui peluang untuk membuat bantahan berikutan terdapat kesalahan yang dilakukan oleh pihak pengelola sendiri sebagai pegawai yang bertugas. Saya berpeluang mempelajari cara untuk berhubung dengan pihak tertentu mengenai bantahan yang ingin dilakukan walaupun bantahan yang dibuat tidak diendahkan oleh pihak pengelola. Malah secara tidak langsung, kesulitan tersebut mengajar saya untuk lebih bersabar menghadapi pelbagai karenah manusia di sekeliling, terutamanya sebagai seorang bakal guru murid bermasalah pembelajaran di aliran Pendidikan Khas kelak.Kekuatan yang terdapat dalam projek yang kali ini ialah dapat memberi peluang kepada semua guru pelatih bagi mempelajari ilmu kepegawaian dan olahraga secara praktikal selepas melalui kursus dan Peperiksaan Pegawai Teknik Kejohanan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) baru-baru ini. Pengetahuan yang diperoleh sepanjang menjadi Pegawai Teknik Kejohanan ini juga dapat membantu guru pelatih melakukan amali kelak sekiranya memperole keputusan lulus dalam peperiksaan KOAM yang dilalui pada hujung minggu lepas. Di samping itu, projek ini juga turut mendedahkan kepada guru pelatih mengenai peraturan yang terdapat dalam acara olahraga secara lebih praktikal ekoran guru pelatih bukan sahaja bertindak sebagai pegawai, malah turut menjadi peserta dalam kejohanan.Kekuatan saya dari segi penglibatan sebagai peserta Kejohanan Mini Olahraga pula ialah mempunyai pengalaman dalam menyertai beberapa acara dalam olahraga sejak dari sekolah rendah. Pengalaman sedia ada memudahkan penglibatan saya sebagai peserta acara lompat jauh ekoran mengetahui peraturan yang terdapat dalam acara ini. Namun berikutan sudah lama tidak melibatkan diri dalam acara lompat jauh ini berbanding acara lompat kijang, saya hanya berjaya memperoleh tempat ketiga daripada 10 orang peserta.Walau bagaimanapun, projek yang dikelolakan oleh rakan daripada unit lain buat julung-julung kali ini masih terdapat beberapa kelemahan yang tidak dapat dielakkan berikutan kami semua masih dalam proses pembelajaran. Antaranya ialah mengenai spesifikasi pembahagian tugas yang kurang efektif dalam kalangan guru pelatih yang bertindak sebagai Pegawai Teknik Kejohanan kali ini. Hal ini berikutan berlaku beberapa kesulitan sepanjang projek ini dilangsungkan. Salah satu daripadanya ialah pegawai teknik yang membatalkan penyertaan pasukan semasa pertandingan dijalankan. Sewajarnya, pasukan tersebut diberi peluang bertanding dalam bantahan sehingga tamat acara yang dipertandingkan. Malah salah faham antara hakim balapan, penjaga masa, dan pelepas turut menjejaskan prestasi larian peserta acara 100 meter wanita ekoran terpaksa mengulangi larian mereka sebelum cukup waktu rehat yang sepatutnya, iaitu 45 minit bagi acara 200 meter ke bawah.Manakala kelemahan yang ada pada diri saya dan rakan yang lain pula ialah tidak dapat menguruskan emosi dengan baik sehingga menyebabkan kekecohan berlaku sewaktu kejohanan dilangsungkan. Perkara ini jelas dan disaksikan beberapa pensyarah yang hadir semasa acara lari berganti-ganti 400 meter dan acara 100 meter wanita. Terdapat guru pelatih yang bertikam lidah berikutan terdapat terlalu banyak kesilapan dari segi pengelolaan pegawai yang bertugas. Malah kesilapan yang dilakukan mereka tampak jelas apabila tidak terdapat seorang pegawai pun yang membawa buku peraturan KOAM untuk pemudahcara sekiranya berlaku bantahan dan kesulitan-kesulitan lain semasa mengelolakan sesuatu kejohanan yang melibatkan banyak pihak.Sehubungan daripada itu, saya mendapati perihal pihak pengelolaan ini merupakan satu ancaman bagi peserta pertandingan dan pegawai teknik daripada kelas lain ekoran kecuaian mereka dari segi pengelolaan bukan sahaja mengganggu daya fizikal, malah turut melibatkan emosi dan perasaan yang boleh menyebabkan pertelingkahan berlaku. Oleh itu, bagi mengelakkan perkara ini berlaku, pengelola harus mentelaah undang-undang yang terdapat dalam buku Peraturan KOAM terlebih dahulu sebelum menganjurkan projek besar seperti ini. Ancaman lain yang saya dapati daripada projek Kejohanan Mini Olahraga ini ialah mengenai peruntukan masa yang kurang efektif dalam kalangan para pengelola. Hal ini kerana kami dimaklumkan bahawa projek yang akan dilaksanakan hanya memakan masa selama dua jam dan perkara sebenar berlaku ialah selama empat jam. Pengurusan masa ini mengakibatkan masa pengajaran dan pembelajaran bagi subjek lain terpaksa ditunda dan diganti pada hari yang lain.Pada pandangan saya bagi proses penambahbaikan, pihak pengelola sepatutnya lebih peka mengenai spesifikasi tugas bagi setiap pegawai teknik agar tidak berlaku salah faham dan sebagainya yang boleh membawa kesan negatif kepada pihak lain. Pihak pengelola perlu bijak menyusun dan memilih senarai pegawai yang bertugas semasa kejohanan berlangsung agar setiap pegawai yang dipih mahir dalam bidang masing-masing. Contohnya meletakkan Wan Nor Farhana binti Megat Haron sebagai referi berikutan sudah memiliki sijik Pegawai Teknik Kejohanan dan mempunyai banyak pengalaman dalam mengendalikan kejohanan di beberapa tempat yang berbeza.Selain itu, peruntukan masa bagi sesuatu majlis atau program besar seperti ini memerlukan latihan atau raptai penuh agar peruntukan masa yang dibuat mencukupi atau hanya melebihi beberapa minit seperti yang dijangkakan. Hal ini penting bagi memastikan perjalanan majlis yang dianjurkan berjalan dengan lancar tanpa rungutan daripada pihak lain yang turut serta dalam program tersebut. Malah peruntukan masa yang salah dan melebihi masa yang sepatutnya juga akan menjejaskan program lain yang akan berlangsung sejurus selepas itu. Maka hal ini jelas menyusahkan banyak pihak selain pihak penganjur sendiri.Secara keseluruhannya, projek ini sangat sesuai dilaksanakan dalam kalangan guru pelatih ekoran banyak ilmu yang diperoleh sepanjang mengelola dan menjadi peserta dalam projek yang dikelolakan ini. Di samping itu, guru pelatih juga berpeluang untuk mendalami ilmu teori yang dipelajari di dalam kelas secara praktikal semasa kejohanan berlangsung. Konklusinya, projek sebegini perlu dijalankan lebih kerap dalam kalangan guru pelatih agar ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan segera dan lebih kerap untuk memahirkan pengetahuan sedia ada. Malah projek ini turut memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat melalui aktiviti sukan dan senaman dengan cara yang betul.Justeru itu, saya berharap agar segala yang saya pelajari sepanjang menyiapkan tugasan projek kali ini dapat membantu saya membentuk jati diri saya untuk menjadi seorang guru yang mempunyai ciri-ciri guru yang serba boleh dan disenangi oleh semua pihak. Melalui pengalaman menyempurnakan tugasan ini, saya juga berharap agar mampu melatih diri saya untuk menjadi seorang guru yang berfikiran kreatif, kritis, kritikal dan berdaya saing bagi membimbing serta menjadi role model kepada anak didik kelak.