25
1 FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA TMP 6103 MATHEMATICS FOR GIFTED CHILREN Laporan Projek Meneroka Pintar Cerdas (Ruang & Visual): Menyiasat Isipadu Menggunakan Permodelan 3D Pensyarah: Prof. Dr. Marzita binti Puteh Disediakan oleh: Mohd Fathil Bahari M20091000318 Ahmad Fadzli Muhamad M20091000530 Abdul Kalamudinsah Abdul Karim M20102000763 1.0 Pengenalan

Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

1

FAKULTI PENDIDIKAN & PEMBANGUNAN MANUSIA

TMP 6103

MATHEMATICS FOR GIFTED CHILREN

Laporan Projek

Meneroka Pintar Cerdas (Ruang & Visual):

Menyiasat Isipadu Menggunakan Permodelan 3D

Pensyarah: Prof. Dr. Marzita binti Puteh

Disediakan oleh:

Mohd Fathil Bahari M20091000318

Ahmad Fadzli Muhamad M20091000530

Abdul Kalamudinsah Abdul Karim M20102000763

1.0 Pengenalan

Page 2: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

2

Keupayaan murid untuk menggunakan kemahiran ruang dan visual (visual-spatial) adalah

salah satu ciri kanak-kanak pintar cerdas. Mereka mempunyai kemahiran ruang dan visual

yang sangat tinggi dan kompleks. Pada umumnya, ciri-ciri kemahiran ruang dan visual yang

tinggi dan kompleks boleh dilihat pada seseorang kanak-kanak pintar cerdas apabila mereka

dapat membuat hubungkait dan mencari persamaan dan perbezaan sesuatu objek atau

fenomena, mempunyai sifat ingin tahu yang sangat tinggi mengenai sesuatu objek atau

fenomena dan turut mempunyai daya imaginasi yang tinggi. Satu lagi kemahiran yang kanak-

kanak pintar cerdas miliki apabila berkait dengan ruang dan visual adalah keupayaan mereka

untuk membentuk objek yang sempurna dari segi rupa ciri secara mental, dan boleh memberi

penerangan yang sangat jelas gambaran mental mereka.

1.1 Latarbelakang Projek

Projek ini dilaksanakan bagi mengesan sekiranya terdapat kanak-kanak pintar cerdas di

Sekolah Kebangsaan Periang menerusi aktiviti ruang dan visual yang telah dirancang. Tujuan

utama projek ini adalah untuk mencungkil kepintaran murid-murid tahun lima dan sekiranya

ada, langkah-langkah terhadap strategi pengajaran dan pembelajaran sedia ada akan diubah.

Tujuan projek ini juga dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada guru untuk

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang dengan melibatkan

elemen-elemen yang boleh mencungkil atau membangunkan pemikiran murid ke peringkat

yang lebih tinggi seperti yang kanak-kanak pintar cerdas miliki.

2.0 Metodologi Projek

Page 3: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

3

Bahagian ini akan membincangkan rekabentuk projek, dan pelaksanaan aktiviti yang

dirancang dan dijalankan untuk mencungkil pintar cerdas di kalangan murid tahun 5 SK

Periang.

2.1 Rekabentuk Projek

Projek ini menggunakan kaedah-pelbagai bagi meneroka ciri-ciri pintar cerdas murid-murid

tahun 5 SK Periang. Kaedah-kaedah yang digunakan bagi mencapai maksud projek adalah

demonstrasi, inkuiri-penemuan dan temubual.

2.1.1 Demonstrasi

Kaedah ini melibatkan guru menunjukk cara sesuatu aktiviti atau konsep dengan maksud

memberikan pendedahan kepada responden yang diuji. Di dalam projek ini, demonstrasi

dijalankan pada aktiviti 1, iaitu apabila guru menunjuk cara melipat satu bahagian kiub

Sonobe ini. Murid diberi arahan untuk hanya membuat pemerhatian tanpa melibatkan

sebarang kertas di tangan. Tujuannya adalah untuk menilai kemahiran pemerhatian serta

gambaran mental tentang proses melipat tersebut. Sekiranya ada murid yang berjaya

melakukan lipatan untuk satu bahagian tersebut, maka objektif dan penemuan ciri-ciri pintar

cerdas tercapai.

2.1.2 Inkuiri-Penemuan

Page 4: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

4

Kaedah inkuiri penemuan dilaksanakan apabila responden meneroka sendiri konsep atau

pembinaan sesuatu objek atau fenomena. Di dalam projek ini, kaedah inkuiri penemuan

dijalankan apabila murid cuba menggabungkan enam bahagian lipatan untuk membentuk

sebuah kiub. Di dalam aktiviti ini, guru tidak memberikan sebarang panduan, dan murid

secara berkumpulan akan membuat proses inkuiri penemuan secara berdikari bagi mencapai

maksud tujuan aktiviti.

2.1.3 Temubual

Temubual dilaksanakan apabila penyelidik hendak mendapatkan maklumbalas secara lisan

daripada responden. Kaedah ini amat bersesuaian dengan tujuan meneroka pemikiran murid

kerana proses temubual boleh menzahirkan maklumat abstrak di dalam kognitif murid secraa

lisan, dan memaksa murid untuk berkomunikasi. Komunikasi adalah amat penting di dalam

pendidikan matematik khususnya dalam meneroka pintar cerdas kanak-kanak dan kaedah ini

bertepatan dengan maksud tujuan aktiviti.

2.2 Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi projek ini adalah semua murid tahun lima SK Periang yang terdiri

daripada murid pelbagai kebolehan yang ditempatkan di dalam sebuah kelas. Kelas ini

mengandungi 13 murid semuanya dan terbahagi kepada 5 orang murid lelaki dan 8 orang

murid perempuan. 8 orang murid dikategorikan dalam kumpulan sederhana sehingga

cemerlang manakala selebihnya, iaitu 5 yang lain dikategorikan sebagai kumpulan lemah.

Namun begitu, tujuan projek ini bukanlah untuk membeza-bezakan pencapaian murid tetapi

Page 5: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

5

lebih bebas dengan tujuan melihat ciri-ciri pintar cerdas setiap murid dari aspek ruang dan

visual.

2.2 Pelaksanaan aktiviti

Projek ini dibahagikan kepada 3 aktiviti. Setiap aktiviti mempunyai tujuan yang berbeza

tetapi masih memfokuskan kepada keupayaan ruang dan visual murid-murid tahun 5 terbabit.

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah:

i. Aktiviti 1-Demonstrasi lipatan kiub Sonobe

ii. Aktiviti2-Meneroka pembentukan kiub Sonobe

iii. Aktiviti3-Meneroka isipadu menggunakan kiub Sonobe

Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan dan bekerja di dalam kumpulan tersebut. Namun

begitu mereka diberi kebebasan untuk berkomunikasi dengan kumpulan lain bagi

mandapatkan bantuan.

2.2.1 Aktiviti 1-Demonstrasi lipatan kiub Sonobe

Page 6: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

6

Menerusi ilustrasi di atas, aktiviti dijalankan secara demonstrasi oleh guru. Manakala murid

hanya membuat pemerhatian dan mengingati pergerakan lipatan untuk menghasilkan satu

bahagian kiub tersebut. Setelah demonstrasi selesai oleh guru, murid diberi sehelai kertas dan

mereka diminta membuat satu bahagian kiub tersebut seperti yang telah didemonstrasi oleh

guru. Tujuan aktiviti ini adalah untuk melihat sejauhmana murid dapat memberikan perhatian

serta mempunyai kemahiran visualisasi yang kuat untuk mengingati langkah yang betul

seterusnya membentuk satu lipatan bahagian kiub yang tepat.

2.2.2 Aktiviti 2-Meneroka Pembentukan Kiub Sonobe

Page 7: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

7

Berdasarkan ilustrasi di atas, murid-murid seterusnya akan membentuk gabungan bahagian

kiub yang telah disiapkan. Dalam proses membentuk kiub ini, murid menggunakan kaedah

inkuiri penemuan dan cuba jaya untuk menghasilkan kiub yang betul. Sekiranya murid telah

menyiapkan kiub tersebut, mereka akan menunjukkan kepada guru untuk dinilai. Murid yang

tidak berjaya membuat sambungan dengan betul akan diminta oleh guru untuk membuka

semula kiub tersebut dan membuat sambungan sekali lagi.

2.2.3 Meneroka isipadu menggunakan Kiub Sonobe

Page 8: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

8

Berdasarkan ilustrasi di atas, kiub-kiub yang telah terhasil akan digunakan bagi menyiasat

isipadu pepejal. Murid bekerja secara berkumpulan dan mereka ditayangkan dengan ilustrasi

diatas. Tujuannya adalah untuk menyiasat gambaran mental mereka mengenai bilangan kiub

yang digunakan, dan adakah mereka sedar kiub yang terlindung yang wujud di dalam setiap

ilustrasi. Pada aktiviti ini, murid akan ditanya secara lisan oleh guru dan mereka akan

memberikan jawapan secara lisan. Kemudian wakil setiap kumpulan akan membuat bentuk

ilustrasi menggunakan kiub yang telah disediakan bagi membuat pembuktian terhadap

jawapan mereka.

3.0 Dapatan Projek

Bahagian ini akan membincangkan dapatan projek hasil daripada aktiviti yang telah

dilaksanakan.

3.1 Aktiviti 1- Demonstrasi lipatan kiub Sonobe

Aktiviti ini dijalankan secara demonstrasi oleh guru. Murid hanya membuat pemerhatian dan

menggunakan keupayaan mental untuk mengingati langkah lipatan. Hasil aktiviti mendapat

hanya dua orang murid berjaya membuat lipatan yang betul. Manakala murid selebihnya

tidak mampu menyelesaikan lipatan menerusi demonstrasi oleh guru. Daripada dapatan

aktiviti ini, objektif penyelidik iaitu untuk melihat sama ada murid dapat membuat lipatan

hanya dengan melihat sekali sahaja langkah telah tercapai.

Untuk memaksimumkan pengetahuan yang diperolehi oleh murid tersebut, penyelidik

telah mengaplikasikan prinsip bimbingan rakan sebaya yang mana murid lain yang

bermasalah diajar oleh dua orang murid yang berjaya ini. Dapat diperhatikan aktiviti kelas

Page 9: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

9

menjadi lebih aktif dan banyak komunikasi terhasil. Penyelidik kemudian memberi arahan

supaya setiap murid menghasilkan enam lipatan, bagi mewakili enam permukaan kiub.

Gambar 1: Murid pertama yang berjaya menyempurnakan lipatan pada kali pertama demonstrasi

3.2 Meneroka pembentukan kiub Sonobe

Aktiviti ini dijalankan secara inkuri penemuan iaitu murid meneroka sendiri proses untuk

menggabungkan keenam-enam keping lipatan yang telah disempurnakan pada aktiviti 1.

Murid hanya diberi contoh model kiub yang telah lengkap digabungkan dan mereka

membuat penggabungan dengan meneliti model siap sedia. Menerusi pemerhatian,

kebanyakan murid bersungut tidak dapat membuat sambungan serta tidak faham bagaimana

Page 10: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

10

ia boleh disambungkan. Hasil inkuiri penemuan tersebut, hanya seorang sahaja murid

berjaya menggabungkan keenam-enam bahagian dengan sempurna. Murid tersebut adalah

murid pertama yang dapat menyempurnakan lipatan pada aktiviti 1. Daripada dapatan aktiviti

ini, objektif penyelidik iaitu untuk meliaht sama ada murid dapat membuat penggabungan

setiap bahagian lipatan dengan kaedah inkuiri penemuan telah tercapai.

Gambar 2: Murid yang berjaya membuat penggabungan bentuk kiub menerusi inkuiri penemuan

3.3 Meneroka isipadu menggunakan Kiub Sonobe

Aktiviti ini dijalankan secara berkumpulan iaitu etiap ahli berlu bekerjasama menentukan

bilangan kiub yang diperlukan bagi menhasilkan bentuk yang ditera oleh guru menggunakan

projektor LCD. Setiap kumpulan berbincang mengenai bilangan kiub yang terhasil dan

mereka perlu membuat pembentangan. Aktiviti ini lebih berteraskan kepada komunikasi

berkumpulan dan juga untuk melihat gambaran mental mereka menterjemah gambar dua

Page 11: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

11

dimensi kepada tiga dimensi. Penterjemahan bentuk 2 dimensi kepada tiga dimensi berlaku

apabila murid membuat pemerhatian, memberikan jawapan dan menggunakan kiub Sonobe

sebagai pembuktian.

Dapatan aktiviti mendapati semua kumpulan (satu kumpulan lelaki dan 2 kumpulan

perempuan) telah berjaya menterjemah gambar 2 dimensi kepada tiga dimensi secara lisan

dan menerusi pembuktian. Namun begitu objektif penyelidik untuk melihat sama ada murid

dapat membuat perkaitan dengan isipadu pepejal tidak tercapai kerana apabila penyelidik

melontarkan soalan mengenai apa yang telah mereka pelajari, tiada satu respon pun

menyatakan bahawa mereka telah mempelajari tantang isipadu. Walaupun tiada jawapan

tepat diberikan tetapi hasil maklumbalas yang diberikan oleh mereka ketika sesi

penterjemahan dua dimensi kepada tiga dimensi, penyelidik yakin apabila diajar topik bentuk

tiga dimensi dan untuk mengira isipadu, murid-murid ini tiada masalah untuk membuat

gamabran mental kerana mereka telah mempunyai pengalaman.

Gambar 3: Penterjemahan daripada bentuk dua dimensi kepada bentuk tiga dimensi

Page 12: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

12

Aktiviti yang dijalankan walaupun ringkas tetapi sangat memberi makna kepada penyelidik

kerana ia memberikan gambaran awal bahawa pembelajaran yang berkesan adalah apabila

murid didedahkan dengan pelbagai jenis bahan manipulasi serta disokong oleh komunikasi

berkesan di antara guru dengan murid dan murid dengan murid.

4.0 Kesimpulan dan cadangan

Projek yang dijalankan ini telah memberikan maklumat penting di dalam iklim pengajaran

dan pembelajaran matematik di SK Periang. Penyelidik telah berjaya menemui murid yang

mempunyai keupayaan ruang dan visual yang boleh dikagumi. Tetapi, sama ada murid

tersebut adalah kategori pintar cerdas tidaklah dapat dipastikan secara nyata kerana

penyelidik bukanlah ahli yang pakar menilai aspek psikologi dan IQ murid terbabit.

Namun begitu, satu perkara yang dipelajari oleh penyelidik ketika menjalankan projek

ini adalah, setiap murid akan mempunyai satu kepandaian untuk sesuatu aktiviti. Aktiviti

ruang dan visual ini telah meneukan seorang murid yang mempunyai kemahiran visual dan

ruang yang baik, dan mungkin pada aktiviti yang lain pula akan menemukan murid yang

berkepandaian lebih baik dalam bidang lain.

Apa yang menjadi titik tolak projek ini adalah, peranan guru amat penting di dalam

memupuk pintar cerdas ini. Dan bagaimana hendak memupuknya dalah menerusi peracangan

aktiviti yang bersesuaian dan mampu menyerlahkan pintar cerdas seseorang murid. Ukuran

pandai di dalam bidang akademik bukanlah penentu kayu ukur kejayaan tetapi bagaimana

murid boleh menyesuaikan diri dengan perubahan persekitaran dan berkeupayaan

menyelesaikan masalah adala lebih penting.

Page 13: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

13

Lampiran

Gambar-gambar aktiviti yang dijalankan

Page 14: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

14

Page 15: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

15

Page 16: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

16

Page 17: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

17

Page 18: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

18

Page 19: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

19

Page 20: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

20

Page 21: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

21

Page 22: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

22

Page 23: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

23

Page 24: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

24

Page 25: Menyiasat Isipadu Menerusi Permodelan Bentuk 3 Dimensi

25