36
( MODEL ASSURE ) LEE YOKE FAH WONG MUI HIONG

Model Assure Kum4

  • View
    291

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

1

Citation preview

Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan penilaian Media Pengajaran ( Model ASSURE )

( MODEL ASSURE )LEE YOKE FAHWONG MUI HIONG

Perancangan, Pemilihan, Penghasilan dan penilaian Media Pengajaran (Model Assure)

MODEL ASSUREModel Assure (Heinich, Molenda, Russell dan Smaldino, 1993) adalah model reka bentuk pengajaran yang boleh digunakan untuk merancang penggunaan media secara sistematik.Model Assure digunakan sebagai panduan untuk merancang, memilih, menyedia dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan penggunaan media.

Ia sesuai digunakan sebagai panduan merancang pengajaran dalam situasi bilik darjah (model berorentasikan bilik darjah)Model ASSURE bermaksud mempastikanpembelajaran berlaku.

( Analisis pelajar )( Nyatakan objektif Pembelajaran )( Pilih kaedah, media dan bahan )( Gunakan media dan bahan )( Penglibatan pelajar dalam pembelajaran )( Penilaian / semak semula bahan)Model ASSURE( mempunyai 6 langkah )5

Maklumat tersebut boleh diperolehi dengan meneliti rekod pelajar dan berinteraksi secara langsung dan pengajar akan dapat mengetahui harapan, sikap dan latar belakang pelajar.

Dengan itu bahan media yang digunakan dapat disesuaikan dengan tahap kognitif pelajar, di mana hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan.

Selain itu, perbezaan budaya dan bahasa setiap pelajar harus diberi pertimbangan.

Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian dapat dipilih kerana guru telah fokus terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh pelajar.

Objektif pembelajaran berfokuskan kepada apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari.

Pernyataan objektif yang baik harus mengandungi Afektif Kognitif Psikomotor/tingkah laku Contoh penulisan objektif yang baik.....Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat:Menamakan secara lisan sekurang-kurangnya tujuh negeri di Malaysia yang mempunyai sultan.Melabel nama-nama negeri yang diketuai sultan pada lakaran peta Malaysia sekurang-kurangnya 7 daripada 9 buah negeri dengan betul. Menyelesaikan teka silang kata mengenai kesultanan melayu dengan ketepatan minimun 80% dalam kumpulan berempat.

Contoh penulisan objektif

Diberi faktor-faktor pertanian bagi bebarapa jenis penanaman, pelajar akan dapat membuat klasifikasi faktor-faktor pertanian tersebut secara menulis dengan betul mengikut jenisnya dalam kertas lembaran kerja dalam masa 10 minit tanpa merujuk. Dari segi pemilihan media ia hanyalah memerlukan lembaran kerja, tetapi penyampaian pengajarannya mungkin menggunakan pelbagai strategi sama ada secara lisan, menonton klip video, atau melihat paparan grafik atau teks di komputer. Di sini pembentukan objektif telah memberi panduan kepada guru jenis media yang akan digunakan untuk penyampaian pembelajaran serta bentuk penilaian.

Memilih kaedahDalam satu pengajaran, pelbagai kaedah berbeza akan diaplikasi untuk disesuaikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti berkumpulan dan latihan.

Guru menarik perhatian pelajar dengan memulakan set induksi dan diikuti dengan kaedah perbincangan, latihan dan latih tubi untuk mempelajari sesuatu pengetahuan yang baru.

Memilih mediaPemilihan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran merupakan antara faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna.Contoh: media yang dipilih ialah slaid, video, tayangan komputer multimedia. Format media yang dipilih perlu sesuai dengan keupayaan pelajar.

C.Memilih bahanBahan sumber pengajaran pembelajaran merujuk kepada isi pelajaran yang menjadi fokus pembelajaran. Contoh: Bahan yang dipilih ialah buku teks artikel, nota, buku latihan dan sebagainya. Kriteria pemilihan melibatkan 3 langkah:memilih bahan sumber sedia adamengubai suai bahan sumber sedia adamereka bentuk bahan sumber baharu

1. Semak/ pratonton/ kaji bahan sumber sebelum digunakan di dalam kelasMembantu guru memastikan bahan tersebut benar-benar sesuai dengan kumpulan pelajar, objektif pengajaran-pembelajaran, tidak mengandungi unsur-unsur sensitive, berada dalam keadaan baik dan sebagainya. Guru dapat merancang penggunaannya semasa pengajaran-pembelajaran.2. Sediakan bahan untuk penggunaan dalam kelas.Contohnya, guru hendaklah merancang langkah penggunaannya dalam pengajaran-pembelajaran. Guru perlu mengumpulkan dan menyediakan semua kelengkapan yang perlu bagi kegunaan guru dan pelajar. Guru hendaklah boleh meramal dan bersedia dengan bahan tambahan atau pelan alternative penggunaannya.

3. Sediakan persekitaran yang sesuai untuk penggunaanPersekitaran yang sesuai merujuk kepada penyusunan media dan bahan sumber agar mudah dicapai, diambil atau dilihat. Guru perlu memastikan alatan dan media (baik dan boleh guna), susun atur bilik darjah (sesuai dengan kaedah)Contohnya, susun atur kerusi dalam bulatan kecil untuk perbincangan kumpulan.

Apakah persoalan yang harus difikirkan bagi membantu guru menyediakan persekitaran yang sesuai untuk murid???

PersoalanAdakah media ini perlu menggunakan perkakasan atau perisian tertentu?Di manakah kedudukan anda serta kedudukan media supaya mudah dilihat oleh pelajar serta mudah digunakan oleh anda sendiri?Bagaimanakah anda dapat mengawal bilik darjah dengan penggunaan media tersebut?Adakah pencahayaan di bilik darjah sesuai dengan media sekirannya bahan tersebut perlu ditayang?Adakah aspek teknikal seperti bekalan elektrik, punat dan kabel penyambung elektrik dapat digunakan sekiranya media tersebut memerlukan perkakasan yang dijalankan dengan kuasa elektrik?Di manakah media tersebut akan disimpan selepas penggunaan?Bagaimanakah kedudukan susunan bilik darjah supaya sesuai dengan media yang hendak disampaikan?

4. Sediakan pelajar untuk mendapat manfaat daripada bahan sumber.Menyediakan pelajar untuk pengalaman pembelajaran sama pentingnya dengan menawarkan pengalaman yang meransangkan.Induksi yang terancang dan memotivasikan dapat menimbulkan rasa ingin tahu pelajar untuk terus belajar. 5. Sediakan pengalaman pembelajaran bagi pelajar.Guru hendaklah berjaya memilih kaedah dan teknik penyampaian yang sesuai. Guru hendaklah menguasai pelbagai kaedah dan teknik penyampaian agar dia dapat menjadi pengajar yang baik. Semasa penyampaian isi pelajaran, guru boleh menggunakan slaid, projector overhed, gambar foto dan sebagainya untuk menarik tumpuan perhatian pelajar kepada penyampaiannya. Dalam perkembangan pembelajaran, fokus pembelajaran hendaklah diberi keutamaan. Strategi berpusatkan pelajar boleh digunakan.Guru berperanan sebagai pengurus dan fasilitator. Kaedah dan teknik yang sesuai:simulasilakonan Perbincangankajian lapanganbengkel pembentangan dan sebagainya. Apabila pelajar terlibat secara langsung, pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Apakah persoalan yang harus difikirkan apabila media pengajaran digunakan dalam penyampaian???

PersoalanAdakah penyertaan pelajar boleh dilakukan secara individu atau kumpulan?Apakah bentuk respons yang diperlukan sama ada lisan, tulisan, lakaran dan sebagainya?Adakah pelajar memerlukan alat tulis, atau menggunakan papan kekunci bagi komputer atau memberi maklum balas?Adakah pelajar memerlukan kemahiran tertentu untuk memberi respons?Apakah bentuk halangan yang mungkin dialami oleh pelajar apabila member respons dan apakah cara mengatasinya?Apakah bentuk ganjaran yang perlu disediakan hasil daripada penyertaan yang dibuat oleh pelajar?Apakah aktiviti susulan hasil daripada penyertaan pelajar?

Setelah tamat pengajaran, penilaian perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan keberkesanan media secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan untuk mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran.

Penilaian ialah proses membuat pertimbangan nilai tentang sesuatu perkara.

Keputusan penilaian akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai.

Secara umum, pencapaian pelajar dibahagikan kepada tiga, iaitui.Prestasi pelajar berdasarkan rujukan kriteria ( penilaian pelajar berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan )ii.Prestasi pelajar dalam aspek kemahiran.iii.Sikap.

SEKIANSekiranya model ASSURE ini digunakan oleh guru-guru di dalam merancang pengajaran ia mampu memberi kesan yang lebih baik kepada pencapaian murid-murid. Model ini mudah difahami oleh guru-guru dan mudah untuk diaplikasikan di dalam menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH), memilih atau mengubahsuai bahan yang sedia ada untuk digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.Dalam usaha untuk memastikan media dapat digunakan dengan berkesan, guru perlu?Menguji media sebelum aplikasi dalam kelas.Menyediakan persekitaran yang meransang.Menyediakan bahan sejajar dengan peringkat pelajar.Menyediakan minda pelajar untuk mengikut pembelajaran.Rujukan(2009). Model Assure. Dilayari pada 18 Jun 2013, dari http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/model- assure.htmlAkhmad Sudrajat (2008). Perancangan,pemilihan,penghasilan dan penilaian media pengajaran. Dilayari pada 18 Jun 2013,dari http://wanmohdaffendy.blogspot.com/012/10.model-assure.htmlTimothy J.Newby. (2000). Educational Technology for teaching and learning. Penerbit Pelangi Sdn. Bhd. : Selangor.Norasiah Binti Abdullah(2009).Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd,:SelangorNoriati A.Rashid(2012).Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.Penerbitan Oxford Fajar Sdn.Bhd