Monday

Embed Size (px)

Citation preview

Monday, June 25, 2012Kes jenayah paling ngeri dalam sejarah jenayah Malaysia

Kehilangan Mazlan, ketika itu anggota Dewan Undangan Negeri Pahang berusia 49 tahun, pada awalnya tidak banyak menimbulkan syak wasangka tetapi apabila beliau gagal dihubungi oleh anggota keluarga lebih seminggu, polis mula bertindak.

Sebelas hari selepas pembunuhan itu yang terjadi antara 10 malam dan tengah malam 13 Julai 1993, polis menahan Juraimi tetapi hanya kerana dia disyaki penagih dadah.

Tetapi Juraimi kemudian membawa polis ke penemuan ngeri bahagian tubuh Mazlan yang dikorek keluar dari bawah lantai simen dalam bilik stor dekat sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, daerah Raub, Pahang.

Tidak kurang sensasinya ialah gambar di akhbar-akhbar menunjukkan Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Khalil Yaakob, mengeluarkan kepala Mazlan dari lubang itu selepas polis menemuinya.

Perbicaraan diberitahu bagaimana pasangan bomoh itu telah merancang pembunuhan itu sebulan sebelumnya dan arahan kepada Juraimi beberapa hari sebelum pembunuhan itu antara lain ialah untuk mengasah kapak bagi memancung kepala Mazlan dan menggali lubang besar.

Affandi dan Mona juga mengasah sebilah pisau yang digunakan untuk memotong tubuh Mazlan kepada 18 bahagian.

Wang dikatakan sebagai motif pembunuhan itu. Beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 di beberapa bank di sini dengan alasan pasangan itu boleh menggandakan jumlah wang itu selepas Mazlan menjalani upacara `mandi bunga'.

Kisah di mahkamah mengenai pembunuhan itu sungguh menyeramkan - Mazlan disuruh baring sebelum Juraimi menetak lehernya dengan kapak selepas diberi jaminan oleh Affandi bahawa `duit yang banyak akan jatuh dari atap'.

Pihak pendakwa berhujah bahawa Mazlan mengeluarkan sejumlah wang yang banyak bukan untuk tujuan memberikannya kepada penyokongnya tetapi kerana dia percaya kepada tipu helah `wang buat wang' pasangan itu kerana dia memerlukan wang yang banyak bagi tujuan politik.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa pada masa itu bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian UMNO.

Juraimi hanya diberikan RM180 bagi menanam tubuh itu sebaik saja selepas pembunuhan oleh pasangan itu yang kemudian bergegas ke Kuala Lumpur dan bermalam di sebuah hotel.

Lapan jam selepas pembunuhan itu, Affandi dan Mona mula membeli-belah menggunakan wang Mazlan. Seawal 7.30 pagi keesokannya, mereka telah berada di bilik pameran kereta di Melaka untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz 280 walaupun kedai itu belum dibuka untuk perniagaan pada hari itu.

Sehari sahaja selepas pembunuhan itu, mereka membelanjakan lebih RM160,000 untuk membeli kereta, telefon bimbit dan barang kemas.

Beberapa hari selepas itu, pasangan itu, yang digambarkan di mahkamah sebagai kesempitan wang sebelum pembunuhan itu, membelanjakan lebih RM20,000 bagi barang kemas dan perabot.

Mona, yang pernah menjadi penyanyi, juga membayar RM13,000 untuk pembedahan plastik dua minggu selepas pembunuhan itu manakala suaminya menubuhkan beberapa syarikat.

Keseluruhannya, pasangan itu membelanjakan kira-kira RM300,000 dalam masa 10 hari membeli-belah sebelum penahanan mereka, satu jumlah yang sama dengan apa yang dikeluarkan oleh Mazlan dari akaun banknya.

Cerita yang diberitahu dalam pembelaan mereka juga tidak kurang sensasinya tetapi semua tidak dipercayai oleh hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan.

Affandi, misalnya, memberitahu mahkamah bahawa Mazlan berhutang RM2.5 juta kepadanya sebagai pertukaran kepada tiga barang yang menurutnya pernah menjadi milik Allahyarham Presiden Sukarno - tongkat, tangkal dan songkok.

Lembaga Pengampunan Pahang turut menolak permohonan mereka untuk mendapat pengampunan diraja.

Ketiga-tiga mereka menjalani hukuman gantung hingga mati pada 2 November 2001 selepas didapati bersalah membunuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris pada 13 Julai 1993.

Kronologi kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris

Juraimi adalah tertuduh pertama kes itu, manakala Mona tertuduh ketiga dan Mohd Affandi tertuduh kedua. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama kerana membunuh Mazlan.

Mereka didapati bersalah pada 9 Februari 1995 oleh Mahkamah Tinggi Temerloh dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati.

Pembunuhan dipercayai bermotif wang kerana beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 daripada beberapa bank dengan alasan boleh menggandakan jumlah itu selepas Mazlan mandi bunga?

Wang itu kemudian digunakan untuk membeli kereta Mercedes Benz 280 dengan harga RM125,000 dan telefon bimbit RM10,500 secara tunai. Mereka juga membeli barangan kemas berjumlah hampir RM40,000 selain peralatan elektrik dan perabot (RM20,000).

Mona turut menjalani pembedahan plastik dengan kos lebih RM13,000 pada 15 Julai 1993.

13 Julai 1993: Juraimi ditahan di Balai Polis Dong selepas disyaki menagih dadah dan kemudian ditahan di Balai Polis Raub.

18 Julai 1993: Selepas dua minggu Mazlan gagal dikesan, Umno Bahagian Raub membuat laporan polis di Balai Polis Raub mengenai kehilangannya.

19 Julai 1993: Polis memulakan siasatan kehilangan Mazlan. Juraimi dibawa polis ke rumah di Ulu Dong dan polis menemui pita video, album gambar, keratan akhbar dan sijil saham milik Mazlan.

20 Julai 1993: Kira-kira jam 11.45 malam, Mohd Affandi dan Mona ditahan di sebuah rumah Jalan 2/27C Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

21 Julai 1993: Mohd Affandi dibawa ke Balai Polis Raub.

23 Julai 1993: Mayat Mazlan dijumpai di sebuah rumah di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub Pahang. Mayatnya yang dipotong 18 bahagian tertanam di bilik stor.

1 Ogos 1993: Rangka tiga beranak ditemui di dua tempat di Terengganu, dikatakan dikerat dan ditanam hampir sama dengan pembunuhan Mazlan.

10 Ogos 1993: Polis mendapat perintah reman terhadap Mohd Affandi, Mona dan Juraimi hingga 16 Ogos bagi membantu siasatan polis berhubung kes pembunuhan seorang wanita, Fatimah Mohamad, 32.

15 Ogos 1993: Polis menjumpai beberapa anggota manusia yang ditanam di kawasan bekas rumah yang pernah didiami pasangan bomoh Mohd Affandi dan Mona di Kampung Nelayan, Teluk Gong, Klang.

17 Ogos 1993: Polis dapat perintah mahkamah supaya pasangan bomoh itu dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu dan Kajang.

26 Oktober 1993: Siasatan awal kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Majistret Raub.

18 Disember 1993: Mahkamah Majistret Raub memerintahkan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk perbicaraan atas tuduhan membunuh.

3 September 1994: Mohd Affandi dan Mona dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh atas tuduhan membunuh Adun Batu Talam, Datuk Mazlan Idris.

12 September 1994: Perbicaraan kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Tinggi Temerloh. Juraimi, Mohd Affandi dan Mona mengaku tidak bersalah atas tuduhan niat bersama membunuh Mazlan.

9 Februari 1995: Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Affandi, Mona serta Juraimi kerana bersalah membunuh Mazlan.

10 Februari 1995: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi yang didapati bersalah membunuh Datuk Mazlan, dihantar ke Penjara Kajang.

Antara 16 Februari 1995 hinga 20 Oktober 1997: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh dan Mahkamah Rayuan.

24 Oktober 1997: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram, Datuk Abdul Malek Ahmad dan Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menolak rayuan mereka.

2 November 2001: 5.59 pagi, Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi digantung serentak di Penjara Kajang.

Mona dan suaminya, Affandi telah disemadikan diTanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. Manakala pembantunya, Juraimi telah dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Selepas berkuburnya kisah Mona Fendy, akhirnya terbit beberapa buah buku yang menceritakan tentang Ilmu hitam yang digunakan oleh Mona Fendy dalam kehidupan beliau dan juga filem Dukun yang jalan ceritanya diambil dari kisah Mona Fendi(http://zonfiniti.blogspot.com/2012/06/sejarah-kes-jenayah-mona-fandey.html)

pembunuhan paling kejam dalam sejarah Malaysia,kes Mona Fendi

dari tgh hari sampai petang aku habiskan masa baca pasal perbicaraan kes Mona Fendi ni. mula2 aku cuma tahu yang kes ni pasal mayat dikerat 18. setelah aku baca perbicaraan kes ni, keterangan saksi, keterangan ketiga2 tertuduh, mmg ngeri bak ang!! so aku nak simplifykan kat sini pasal kes yang aku baca ni. aku baca benda ni dari laman web, ditulis oleh seorang wartawan yang pada ketika itu bertugas dlm mahkamah masa perbicaraan kes ini berlangsung pada 1994.si mati, Datuk Mazlan Idris, bekas ADUN Batu Talam, Pahang, telah dibunuh dan mayatnya dikerat 18 bahagian. nak tengok camne dia kena kerat? tgk pic bawah ni.

kejadian berlaku lebih kurang masa tgh malam, 2 Julai 1993 dekat rumah Mona Fendi and suami dia kat Ulu Dong, Pahang. Ni ha gmbr umah diorang. mmg menyeramkan!!

Tertuduh pertama ialah Juraimi Husin, pembantu Mona dan suaminya, tertuduh kedua, Mohd Affendy Abd Rahman dan tertuduh ketiga ialah Maznah Ismail iaitu Mona Fendi (nama gelaran). caye tak yg Mona Fendi ni pernah jadi penyanyi dan ada keluarkan album dan pernah tercalon dlm Muzik2 tp tersingkir masa pusingan pertama? aku pun baru tahu pasal ni sbnrnya. dlu tak baca sangat kes ni dgn detail.

Mona dgn suami dia seorang bomoh. yg si mati ni, ada kaitan dgn dua manusia ni sbb dia nak jd Menteri Besar Pahang, so dia gunakanlah khidmat bomoh pasangan suami isteri ni. yg Juraimi Husin tu, mcm anak angkat dorang la, kira pembantu dorang, dia menurut je kata si Mona dan suaminya tu. Perbicaraan kes ni berlangsung di Mahkamah Tinggi Temerloh pada tahun 1994.

Malam 2 Julai tu, pembunuhan berlaku di bilik air rumah dorang. masa tu konon2 diorang nak mandi bunga kan Datuk ni. Datuk tu dalam keadaan terbaring, sedangkan sepatutnya kebiasaannya mandi bunga dlm keadaan duduk kan? Kat sini dah timbul keraguan. kata tertuduh pertama, Juraimi, dia dengar upacara ni utk buat ibu duit, macam nak gandakan wang la. masa hari kejadian, Datuk Mazlan ada keluarkan wang RM200 000. kemudian mengikut keterangan tertuduh pertama, suami mona, Affendy, arahkan dia utk tetak leher mangsa hingga putus. dia mengaku melakukan tetakan dengan kapak sebanyak tiga kali. dua kali yg pertama leher tak putus, kali ketiga baru putus.

"Saya tetak leher Datuk Mazlan dengan kapak sebanyak tiga

kali baru kepalanya putus selepas mendapat isyarat tangandaripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)," kata Juraimidalam keterangan membela diri.

Menurutnya, dia kemudian memotong sendi dan melapah kulitserta daging Mazlan setelahmendapat arahan lanjut daripadaAffandi.Bagaimanapun, tertuduh pertamaitu tidak dapat ingat berapabahagian dia memotong tulangdan daging mayat Mazlan.(Perunding Kanan PerubatanFornsik Hospital Kuala Lumpur, DrAbdul Rahman Yusof dalamketerangannya memberitahumahkamah mayat Mazlan dipotong18 bahagian)."Tulang dan daging itu kemudiansaya masukkan ke dalam basin danmencurahkannya ke dalam lubangstor rumah yang sudah digali sejakseminggulalu dan menimbusnya. Ngeri bukan? aku sampai naik loya baca benda ni. aku bukan boleh benda2 mcm ni, sbb tu takmo jadi doctor. tp gatai lak nak jadi peguam. padahal peguam pun kena deal ngan kes2 ngeri mcm ni gak. huhuhu.

ok sambung lagi. keterangan ketiga2 tertuduh ni mmg bercanggah dan berbeza antara satu lain. tertuduh pertama, Juraimi menegaskan bahawa dia dalam keadaan tak sedar masa pembunuhan tu berlaku. dia hanya menurut apa yg diarahkan oleh Mona dan suaminya. lepas dia tetak mangsa, Mona dan suaminya bergegas ke KL menggunakan kereta si mati, dan meninggalkan tertuduh pertama seorang diri di rumah tu dengan upah rm180 sebagaimana yg dikatakan oleh tertuduh pertama. dia diarahkan oleh Mona utk menanam mayat itu. kemudian beberapa hari kemudian, sepupu mangsa datang ke rumah tu mencari mangsa. dia bertanyakan ke mana Mona dan suaminya pergi, Juraimi hanya menjawab tidak tahu. selepas sepupu mangsa datang, Juraimi terus menanam senjata pembunuhan iaitu kapak dan parang yg digunakan untuk melapah mayat mangsa.

manakala bg pihak tertuduh kedua dan ketiga pula, mereka memberi keterangan bahawa semasa mereka sedang dlm upacaran nak mandi bunga kan si mati tu, Juraimi tiba2 masuk dengan sebilah kapak dan menetak leher mangsa. kat sini pun dh timbul keraguan, masa hujah penggulungan, pendakwaraya berkata, kalau betul Juraimi tiba2 masuk dan menetak leher mangsa, sudah tentu tangan Affendy dan Mona turut terkena tetakan sbb Affendy kata masa tu dia tengah mengusap wajah si mati manakala Mona sedang menjirus air ke muka si mati.berikut adalah penggulungan hujah Timbalan Pendakwaraya di Mahkamah Tinggi Temerloh pada 1995.Pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh ialah:

"Bahawa kamu di antara jam 10 malam 2 Julai 1993 hingga 12 tengahmalam 8 Julai 1993, di sebuah rumah tanpa nombor, di Kampung Peruas,Ulu Dong, dalam daerah Raub di dalam negeri Pahang, dengan niatbersamaseperti yang ditakrifkan oleh Seksyen 34 Kanun Keseksaan, telah melakukankesalahan bunuh, iaitu menyebabkan kematian YB Datuk Idros @ MohdMazlan Idris (nombor kad pengenalan 1317702) dan dengan itu kamu telahmelakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 KanunKeseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 34 kanun yang sama."

Fakta yang tidak dipertikaikan di sini ialah:

1. Pada hari pembunuhannya Datuk Mazlan telah mengeluarkan wang hampirRM300,000 dari beberapa bank di Kuala Lumpur.2. Jasad yang ditemui dalam lubang stor di rumah yang didiami olehJuraimi, Affandi dan Mona di Ulu Dong adalah jasad Mazlan.3. Mazlan telah dibunuh di rumah tempat kediaman ketiga-tiga tertuduhpada 2 Julai 1993 jam lebih kurang 11.30 malam.4. Pada masa kejadian ketiga-tiga mereka berada di situ.5. Ketiga-tiga tertuduh mengenali Mazlan beberapa bulan sebelumkejadian.6. Juraimi telah membawa pihak polis kepada penemuan senjata yangdigunakan dalam pembunuhan itu.

Apa yang dipertikaikan di sini ialah siapakah yang bertanggungjawabdalam pembunuhan itu.

- Juraimi mengatakan dia telah menetak leher Mazlan kerana arahanAffandi dan Mona. Sebulan sebelum kejadian, Affandi dan Mona telah membuatrancangan untuk membunuh Mazlan dan dia diminta memberikan kerjasama.Semasa menetak itu dia dalam keadaan tidak sedar.

- Affandi dan Mona pula di satu pihak mengatakan pada malam kejadianketika mereka menjalankan upacara mandi bunga ke atas Mazlan, Juraimidengan tiba-tiba seperti orang hilang pedoman menetak leher Mazlan. MotifJuraimi berbuat demikian kerana cemburukan hubungan Mazlan dengan Noraini.Bagi pihak pendakwa pula, pembunuhan itu adalah hasil perancanganbersama ketiga-tiga tertuduh untuk membunuh Mazlan pada 2 Julai 1993.Dalam usaha membuktikan pertuduhan terhadap ketiga-tiga tertuduh,pendakwaan bergantung kepada peruntukan Seksyen 34 Kanun Keseksaan danSeksyen 30 Akta Keterangan.Seksyen 34 Kanun Keseksaan memperuntukkan:

"Apabila suatu perbuatan jenayah dilakukan oleh beberapa ramai orang

bagi mencapai niat bersama mereka semuanya, tiap-tiap seorang daripada

mereka itu adalah bertanggungjawab atas perbuatan itu sama seperti seolah-

olah perbuatan itu telah dilakukannya olehnya."

Ini bermakna walaupun Juraimi yang menetak leher Mazlan sehingga membawamaut, Affandi dan Mona adalah dianggap turut membunuh Mazlan kerana merekabertiga telah merancangkan pembunuhan itu bersama-sama.Pembunuhan itu adalah satu operasi yang dirancangkan bersama-sama olehketiga-tiga tertuduh. Tetakan pada leher Mazlan dan kemudian jasadnyadikerat-kerat dan lapah dagingnya adalah bukti niat untuk membunuh.Tugas setiap tertuduh telah ditentukan lama sebelum kejadian:

- Satu lubang yang besar dan dalam digali oleh Juraimi beberapa harisebelum kejadian- Juraimi telah mengasah kapak, Affandi dan Mona setiap seorang mengasahsebilah parang yang akan digunakan dalam pembunuhan itu,

- Affandi dan Mona akan berpura-pura menyediakan Mazlan untuk membuatibu duit dengan membaring dan mendongakkan kepalanya,- Juraimi akan menetak leher Mazlan,

- Mayat itu akan dikerat-kerat dan dilapah, kemudian ditanam dalamlubang stor dan disimen supaya pembunuhan itu tidak dapat dikesan.

Seksyen 30 Akta Keterangan pula memperuntukkan:"Apabila lebih daripada seorang dibicarakan bersama atas suatu kesalahanyang sama, dan pengakuan salah yang dibuatoleh seorang daripada merekayang menjejaskan dirinya dan beberapa oranglain itu terbukti, mahkamahboleh menimbangkan pengakuan salah itu bagimenentang orang yang lain itudan juga bagi menentang orang yang membuatpengakuan salah itu."

Ini membawa maksud apabila Juraimimengaku menetak leher Mazlan di atasarahan Affandi dan Mona, keterangan Juraimimengesahkan pembabitannyadalam rancangan pembunuhan itu bolehdigunakan terhadap Affandi dan Monauntuk membuktikan pembabitan mereka dalam pembunuhan itu.Dalam kes ini, Juraimi melalui keterangannya di mahkamah dan percakapanberamarannya telah mengaku menetak leher Mazlan seperti yang dirancangoleh mereka bertiga.Dia juga dengan percakapan beramaran Mona yang menyebut perancanganmereka bertiga untuk membunuh. Percakapan Mona boleh digunakan terhadapJuraimi dan Affandi.Saya berhujah bahawa adanya niat bersama ketiga-tiga tertuduh untukmembunuh Mazlan.

Ketiga2 tertuduh telah didapati bersalah sebulat suara oleh para juri, dan dijatuhkan hukuman mati mandatori.

TARIKH : 9 FEBRUARI 1995TEMPAT : MAHKAMAH TINGGI TEMERLOH

TERTUDUH : JURAIMI HUSIN, MOHD AFFANDI ABDUL RAHMAN

DAN MAZNAH ISMAIL ATAU MONA FANDEY.

HAKIM : DATUK MOKHTAR SIDINTEPAT jam 2.31 petang, tujuh juri membuat keputusan sebulat suarabahawa ketiga-tiga tertuduh perbicaraan kes bekas Adun Batu Talam bersalah menyebabkan kematian Datuk Idros @ Mohd Mazlan Idrisdi rumah tak bernombor di Kampung Peruas, UluDong, Raub Julai 1993.Juraimi Husin (tertuduh pertama), Mohd Affandi Abdul Rahman (kedua) danMaznah Ismail atau Mona Fandey (ketiga), dijatuhi hukuman mati mandatori.

ni aku ringkaskan je. mmg panjang sbnrnya perbicaraan kes dia, macam2 fakta, macam2 keterangan yang bercanggah dan hujah2 para peguambela, buat aku rasa teruja gila baca kes ni. hope lepas ni takda dah kes berprofil tinggi macam ni kat Malaysia. ngeri aihhh. pasni aku sambung g pasal 5 pembunuhan paling kejam kat Malaysia ni. dan yg number satunya kes ni la. nak tengok muka Mona Fendi, Affandi (suami Mona) dan Juraimi? ni ha gmbr diorang.

Mona Fandey: Kes pembunuhan paling ngeri dalam sejarah jenayah di Malaysia

Mohon maaf terlebih dahulu kepada mana-mana individu yang berkaitan, samada yang masih hidup ataupun yang telah mati. Kisah sedih dan sadis ini disiarkan hanya untuk berkongsi satu pengajaran dan pedoman, bukan tujuan untuk menghina atau mengaibkan mana-mana individu yang terlibat. Dengan izin.

Kisah benar ini telah berlaku 17 tahun lalu, dimana negara telah digemparkan dengan satu kes pembunuhan kejam dan sadis terhadap Datuk Mazlan, iaitu seorang ahli politik yang merangkap ADUN Batu Talam, Raub Pahang. Mayat mangsa ditemui 10 hari kemudian dan cara mangsa menemui ajalnya melampaui pemikiran batas manusia normal. Pembunuhan ini juga disifatkan tanpa peri kemanusiaan.

Motif pembunuhan semata-mata kerana tamakkan harta dan wang ringgit. satu pembunuhan paling ngeri melibatkan tokoh politik tanah air. Pembunuhan ahli politik itu telah dirancang dengan rapi dengan mengorek lubang di dalam stor untuk menanam mayat mangsa seminggu sebelum mangsa dibunuh. Mangsa dipercayai dibunuh antara jam 10 hingga 12 malam pada 2 julai 1993.

Pembunuhan berlaku ketika mangsa dipercayai semasa upacara mandi bunga bagi upacara kekebalan serta mengukuhkan kedudukannya dalam bidang politik. Upacara mandi bunga dijalankan dengan mangsa diarah berbaring di atas lantai di dalam bilik air untuk disiram. Mangsa kemudian diarah menutup mata dan diletakkan bunga dikedua-dua belah mata dengan tujuan mangsa tidak membuka matanya, dan diminta bersabar sehingga selesai upacara. Disebabkan percaya dan terlalu taksub kepada unsur-unsur spiritual mangsa menjadi korban.

Mangsa dibunuh dengan kejam, lehernya ditetak dengan kapak sebanyak 3 kali sehingga putus. Badan mangsa kemudian dikerat 18, sementara beberapa bahagian kulit dan dagingnya dilapah. Untuk melupuskan bukti, mayat mangsa dimasukkan ke dalam lubang sedalam 1.8 meter dan ditutup dengan lapisan simen.

Sebelum kejadian, Tertuduh kedua Affandi telah membawa mangsa ke kuala lumpur untuk mengeluarkan sejumlah wang yang besar di sebuah bank di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Kes diketahui apabila Datuk mazalan telah hilang, tidak hadir dalam satu perjumpaan mensyuarat di Raub dan pihak polis mensyaki kemungkinan beliau telah dicolek. Menteri Besar Pahang ketika itu Datuk Khalil Yaacob dan Speaker DUN tidak tahu kemana perginya Datuk Mazlan. Satu laporan polis telah dibuat oleh ADUN Benta, Datuk Zuki Kamaludin pada 18 Julai 1993 setelah Datuk Mazlan telah beberapa kali tidak muncul dalam beberapa majlis rasmi di Pahang sejak 3 Julai 1993.

Bertindak diatas laporan itu pihak polis telah membuat siasatan terperinci dan pemeriksaan dibuat ke rumah separuh siap pasangan bomoh dan pembantu mereka yang sering dikunjungi oleh Datuk Mazlan. Pihak polis menemui seorang lelaki bernama Juraimi dan bertanyakan dimana Mona dan Affandi. Juraimi mengatakan mereka ke Kuala Lumpur. Juraimi ditahan untuk siasatan selanjutnya.

Siasatan awal mendapati mangsa dilihat memandu kereta bersama pasangan bomoh itu keluar dari kampung Hulu Dong, kemudian mangsa didapati hilang bersama kereta miliknya itu. Pihak polis membuat pengiklanan di akhbar dan salesman terbaca iklan itu dan memaklumkan kepada pihak polis. Siasatan polis mendapati kereta itu telahpun dijual di Pudu, Kuala Lumpur. Akibat kealpaan mereka menjual kereta itu, mensabitkan mereka dalam kes pembunuhan itu.

Lebih kurang dua minggu pihak polis menjalankan siasatandan akhirnya berjaya menahan pasangan bomoh itu di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Dalam siasatan dijalankan Afendy memberitahu bahawa Datuk Mazlan telah tiada. Hasil maklumat itumengukuhkan lagi penglibatan ketiga-tiga mereka. Semasa di Lokap IPD Raub Affandi memberitahu kepada Juraimi Juraimi, semua dah bongkar ceritalah sebenarnya.

Juraimi kemudian membawa polis kepenemuan ngeri bahagian tubuh Mazlan yang dikeluarkan dari lubang yang bersimen dalam bilik stor dekat sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Hulu Dong, daerah Raub, Pahang.

Semasa penyiasatan dijalankan, pistol kepunyaan Datuk Mazlan juga dijumpai berhampiran rumah tersebut. Turut ditemui 4 butir peluru dan kapak yang digunakan untuk menetak leher mangsa.

Kawasan sekitar Hulu Dong diselubungi suasana pilu berikutan kejadian pembunuhan wakil rakyat kesayangan ramai ketika itu, penduduk kampung tidak manjangka rumah yang sedang dalam pembinaan di atas tanah kepunyaan ahli politik dihujung kampung itu menjadi lokasi pembunuhan ngeri.

Tidak kurang sensasinya ialah gambar di akhbar-akhbar menunjukkan Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Khalil Yaakob, mengeluarkan kepala Mazlan dari lubang itu selepas polis menemuinya.

Kes perbicaraan awal dibicarakan di Mahkamah Sesyen Raub, kemudian dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh. 20 September 1994 bermulalah perbicaraan kes ini di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang.Mona Fendy 38. Muhamad Affandi Abdul Rahman 37, dan pembantu mereka Juraimi Hussin 24, dituduh di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan, dibacakan bersama Sesyen 34 kanun keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan. Perbicaraan ini diadili oleh 7 orang juri.

Perbicaraan diberitahu bagaimana pasangan bomoh itu telah merancang pembunuhan itu sebulan sebelumnya dan arahan kepada Juraimi beberapa hari sebelum pembunuhan itu antara lain ialah untuk mengasah kapak bagi memancung kepala Mazlan dan menggali lubang besar.

Affandi dan Mona juga mengasah sebilah pisau yang digunakan untuk memotong tubuh Mazlan kepada 18 bahagian.

Wang dikatakan sebagai motif pembunuhan itu. Beberapa jam sebelum Mazlan dikerat, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 di beberapa bank dengan alasan pasangan itu boleh menggandakan jumlah wang itu selepas Mazlan menjalani upacara mandi bunga'.

Kisah di mahkamah mengenai pembunuhan itu sungguh menyeramkan - Mazlan disuruh baring sebelum Juraimi menetak lehernya dengan kapak selepas diberi jaminan oleh Affandi bahawa duit yang banyak akan jatuh dari atap'.

Pihak pendakwa berhujah bahawa Mazlan mengeluarkan sejumlah wang yang banyak bukan untuk tujuan memberikannya kepada penyokongnya tetapi kerana dia percaya kepada tipu helah wang buat wang' pasangan itu kerana dia memerlukan wang yang banyak bagi tujuan politik.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa pada masa itu bertanding bagi jawatan Ketua Bahagian UMNO.

Juraimi hanya diberikan RM180 bagi menanam mayat itu sebaik saja selepas pembunuhan oleh pasangan itu yang kemudian bergegas ke Kuala Lumpur dan bermalam di sebuah hotel.

Lapan jam selepas pembunuhan itu, Affandi dan Mona mula membeli-belah menggunakan wang Mazlan. Seawal 7.30 pagi keesokannya, mereka telah berada di bilik pameran kereta di Melaka untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz 280 walaupun kedai itu belum dibuka untuk perniagaan pada hari itu.

Sehari sahaja selepas pembunuhan itu, mereka membelanjakan lebih RM160,000 untuk membeli kereta, telefon bimbit dan barangan kemas.

Beberapa hari selepas itu, pasangan itu, yang digambarkan di mahkamah sebagai kesempitan wang sebelum pembunuhan itu, membelanjakan lebih RM20,000 bagi barang kemas dan perabot. Mona juga membayar RM13,000 untuk pembedahan plastik dua minggu selepas pembunuhan itu manakala suaminya menubuhkan beberapa syarikat.

Keseluruhannya, pasangan itu membelanjakan kira-kira RM300,000 dalam masa 10 hari membeli-belah sebelum penahanan mereka, satu jumlah yang sama dengan apa yang dikeluarkan oleh Mazlan dari akaun banknya.

Cerita yang diberitahu dalam pembelaan mereka juga tidak kurang sensasinya tetapi semua tidak dipercayai oleh hakim di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan akhirnya Mahkamah Persekutuan.

Affandi, misalnya, memberitahu mahkamah bahawa Mazlan berhutang RM2.5 juta kepadanya sebagai pertukaran kepada tiga barang yang menurutnya pernah menjadi milik Allahyarham Presiden Sukarno - tongkat, tangkal dan songkok.

Lembaga Pengampunan Pahang turut menolak permohonan mereka untuk mendapat pengampunan diraja.

Perbicaraan ini diikuti dengan minat oleh segenap lapisan masyarakat. Sepanjang perbicaraan ini tertuduh menganggap seperti tiada apa yang berlaku, masih boleh lagi tersenyum dan berlawak terutama Mona. Dimasa Mahkamah berhenti rehat, Mona boleh lagi menyanyi. Terdapat percanggahan keterangan diantara mereka. Juraimi mengatakan Mona dan Affandi yang merancang pembunuhan ini, makala Mona dan Affandi pula mengatakan Juraimi hilang pertimbangan dan bertindak membunuh mangsa.

Pada 9 Februari 1995 Mahkamah mendapati ketiga-tiganya bersalah membunuh dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Mereka ditempatkan di Penjara Kajang dan berbagai cerita mesteri disebarkan sepanjang penahanan Mona Fendey selama 4 tahun.

Kronologi kes pembunuhan Datuk Mazlan Idris

Perbicaraan selama 69 hari pada 1994 mendengar cerita sensasi berhubung ilmu hitam, wang dan politik.

Dilahirkan pada 1956, Maznah binti Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey, barasal dari Perlis. Pernah cuba menjadi penyanyi dengan menghasilkan album pertama, Diana 1 pada 1987. Ketika itulah beliau menggunakan nama komersial, Mona Fandey yang kekal popular kepada kita sehingga ke hari ini.

Ketidakupayaan Mona menyanyi dengan baik, menyebabkan beliau beralih arah kepada pengamal perubatan tradisional dan mempu hidup mewah. Kerjaya sebagai bomoh bersama suaminya menjadikan mereka hidup dalam kemewahan sehinggakan mereka mampu memiliki beberapa kereta mewah diantaranya Jaguar.

Mohd Noor Affendi Abdul Rahman adalah suami ke-3 Mona dan pernah menuntut ilmu persilatan di Indonesia

Pembunuhan dipercayai bermotif wang kerana beberapa jam sebelum Mazlan dibunuh, pasangan itu memujuknya mengeluarkan wang tunai hampir RM300,000 daripada beberapa bank dengan alasan boleh menggandakan jumlah itu selepas Mazlan mandi bunga?

Wang itu kemudian digunakan untuk membeli kereta Mercedes Benz 280 dengan harga RM125,000 dan telefon bimbit RM10,500 secara tunai. Mereka juga membeli barangan kemas berjumlah hampir RM40,000 selain peralatan elektrik dan perabot (RM20,000). Mona turut menjalani pembedahan plastik dengan kos lebih RM13,000 pada 15 Julai 1993.

13 Julai 1993: Juraimi ditahan di Balai Polis Dong selepas disyaki menagih dadah dan kemudian ditahan di Balai Polis Raub.

18 Julai 1993: Selepas dua minggu Mazlan gagal dikesan, satu laporan polis telah dibuat oleh ADUN Benta, Datuk Zuki Kamaludin.

19 Julai 1993: Polis memulakan siasatan kehilangan Mazlan. Juraimi dibawa polis ke rumah di Ulu Dong dan polis menemui pita video, album gambar, keratan akhbar dan sijil saham milik Mazlan.

20 Julai 1993: Kira-kira jam 11.45 malam, Mohd Affandi dan Mona ditahan di sebuah rumah Jalan 2/27C Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

21 Julai 1993: Mohd Affandi dibawa ke Balai Polis Raub.

23 Julai 1993: Mayat Mazlan dijumpai di sebuah rumah di Kampung Pamah Dong, Ulu Dong, Raub Pahang. Mayatnya yang dipotong 18 bahagian tertanam di bilik stor.

1 Ogos 1993: Rangka tiga beranak ditemui didua tempat di Terengganu, dikatakan dikerat dan ditanam. Modus operandinya hampir sama dengan pembunuhan Mazlan.

10 Ogos 1993: Polis mendapat perintah reman terhadap Mohd Affandi, Mona dan Juraimi hingga 16 Ogos bagi membantu siasatan polis berhubung kes pembunuhan seorang wanita, Fatimah Mohamad, 32.

15 Ogos 1993: Polis menjumpai beberapa anggota manusia yang ditanam di kawasan bekas rumah yang pernah didiami pasangan bomoh Mohd Affandi dan Mona di Kampung Nelayan, Teluk Gong, Klang.

17 Ogos 1993: Polis dapat perintah mahkamah supaya pasangan bomoh itu dan Juraimi ditahan di Penjara Pudu dan Kajang.

26 Oktober 1993: Siasatan awal kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Majistret Raub.

18 Disember 1993: Mahkamah Majistret Raub memerintahkan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi Temerloh untuk perbicaraan atas tuduhan membunuh.

3 September 1994: Mohd Affandi dan Mona dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Temerloh atas tuduhan membunuh Adun Batu Talam, Datuk Mazlan Idris.

20 September 1994: Perbicaraan kes pembunuhan Mazlan bermula di Mahkamah Tinggi Temerloh. Juraimi, Mohd Affandi dan Mona mengaku tidak bersalah atas tuduhan niat bersama membunuh Mazlan.

9 Februari 1995: Mahkamah Tinggi Temerloh menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Mohd Affandi, Mona serta Juraimi kerana bersalah membunuh Mazlan.

10 Februari 1995: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi yang didapati bersalah membunuh Datuk Mazlan, dihantar ke Penjara Kajang.

Antara 16 Februari 1995 hinga 20 Oktober 1997: Mohd Affandi, Mona dan Juraimi mengemukakan notis rayuan di Mahkamah Tinggi Temerloh dan Mahkamah Rayuan.

24 Oktober 1997: Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Gopal Sri Ram, Datuk Abdul Malek Ahmad dan Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menolak rayuan mereka.

2 November 2001: 5.59 pagi, Mona Fandey, Mohd Affandi dan Juraimi digantung serentak di Penjara Kajang.

Mona dan suaminya, Affandi telah disemadikan diTanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. Manakala pembantunya, Juraimi telah dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor.

Selepas berkuburnya kisah Mona Fendy, akhirnya terbit beberapa buah buku yang menceritakan tentang Ilmu hitam yang digunakan oleh Mona Fendy dalam kehidupan beliau dan juga filem Dukun yang jalan ceritanya diadaptasi dari kisah Mona Fendey.

http://kongsion9.blogspot.com/2013/03/mona-fandey-kes-pembunuhan-paling-ngeri.html

yg pompan tu Mona, yg pakai spec tu Juraimi, and yg bwh tu suami Mona.tgk la senyuman Mona, psiko gila kan?