Click here to load reader
Upload
luffy8998
View
568
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
MORFOLOGIPengenalan
Morfologi ialah bidang ilmu yang mengkaji perkataan dari sesi struktur, bentuk dan penggolongan kata.
Struktur KataBentuk KataPenggolongan KataMorfemPerkataan
Imbuhan Awalan Akhiran Sisipan Apitan
Morfem Kosong
Terdapat morfem yang berubah fungsi nahunya tanpa mengalami apa-apa perubahan pada bentuknya.
Perubahan daripada bentuk tunggal kepada bentuk jamak dalam perkataan sheep tidak melibatkan perubahan atau pertambahan sebarang bentuk. Perkataan ini yang dinamakan sebagai morfem kosong.
Gejala seperti ini tidak wujud dalam bahasa Melayu
Bentuk Fleksi
Imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar untuk menentukan atau melahirkan sesuatu makna nahu.
Contohnya, dalam bahasa Inggeris, penambahan huruf ‘s’ di belakang perkataan telah melahirkan makna nahu yang baru. - boy – boys - book – books
Bentuk fleksi tidak wujud dalam bahasa Melayu.
Perkataan
Unit ujaran yang bebas Mengandungi makna Meliputi satu atau gabungan
beberapa bentuk bunyi bahasa Bersifat abstrak Terdiri daripada beberapa bentuk Kata tunggalKata terbitanKata majmuk Kata ganda
Kata Tunggal
Bentuk kata yang hanya mempunyai satu bentuk dasar .Dibahagikan kepada dua jenis iaituUnit bebas Dapat berdiri sendiri sebagai satu ayat Contoh : tidur dan makanUnit yang tidak dapat berdiri sendiri Memerlukan satu unit bebas bagi
menjalankan tugas nahu Contoh : ke kuantan dan untuk siapa ?Kata akronim turut tergolong dalam kata
tunggal
Kata terbitan
Kata dasar yang mengalami proses pengimbuhan.
Imbuhan terdiri daripada morfem terikat, kata dasar ialah bentuk morfem bebas.
Empat jenis imbuhan awalan; mendukung, dipukul, peragut
sisipan; gemuruh, telapak, seruling
akhiran; kiasan, tarian, dahului
apitan; pertunjukkan, memarahi, dimulakan
Kata majmuk Proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang Membawa makna tertentu.Dieja terpisah.Tidak boleh disisipkan oleh sebarang unsur.
contoh; Menteri Besar guru besar
deria rasa temu duga
cakar ayam lipas kudungTerdapat kata majmuk yang telah mantap.
Kata Ganda
Proses mengulangi kata dasar sama ada melibatkan keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. contohya; kanak-kanak bertubi-tubi
lelaki sesiku
sayur-sayuran orang-orangan
BENTUK KATA
Bentuk kata terdiri daripada satu morfem atau susunan beberapa morfem.
Proses pembentukan kata menghasilkan kata- kata yang berikut :( i) Bentuk kata tunggal.(ii) Bentuk kata terbitan.(iii) Bentuk kata majmuk.(iv) Bentuk kata ganda.
BENTUK KATA TUNGGAL
Bentuk Kata tunggal boleh mengandungi satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku kata pula boleh dibentuk oleh satu vokal ( V ) sahaja atau satu vokal disertai satu konsonon ( K ) atau beberapa konsonan.Bentuk kata tunggal ini terdiri daripada beberapa pola seperti :
(i)Kv(ii)Vk(iii)Kvk(iv)Kkvk(v)Kkvkk
Kata tunggal jenis akronim ialah bentuk yang dihasilkan, Umumnya melalui percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau percantuman bahagian-bahagian daripada beberapa perkataan untuk membentuk satu perkataan baharu.
Contoh untuk bahasa Melayu:cer –pen : cerita pendekjen – tolak : jentera tolakha – kis : habis kikisABIM : Angkatan Belia
Islam MalaysiaProton : Perusahaan
Otomobil Nasional
BENTUK KATA TERBITANBentuk kata terbitan terhasil daripada proses pengimbuhan iaitu proses yang menambahkan atau menggandingkan imbuhan pada kata dasar yang kemudiannya melahirkan kata terbitan. Kebanyakan kata dasar yang menerima imbuhan ialah morfem bebas sementara imbuhan merupakan morfem terikat.Contoh kata terbitan yang mempunyai kata dasar daripada jenis morfem bebas adalah seperti ber- + jalan, lukis + -an, en- + code, dan play + -er.Contoh kata yang terdiri daripada satu akar kata dan satu imbuhan.Perkataan-perkataan demikian telah sebati sehingga dianggap sebagai satu perkataan yang tersendiri.i. Ber- + tapaii. Ke- + mudiiii. Ter- + tawa
Selain itu,terdapat juga proses pengimbuhan yang berlaku pada kata dasar daripada jenis kata terbitan dan juga kata majmuk.(a)Imbuhan dengan kata dasar terbitan : Pen- + ketua = pengetua MeN- + ketepi + -kan = mengetepikan(b)Imbuhan dengan kata dasar majmuk : Ber- + darah panas = bardarah panas Pen- + kuat kuasa + -an = penguatkuasaan
BENTUK KATA MAJMUK
Bentuk kata majmuk melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang unsur antara unit-unitnya. Contohnya, air hujan dan duta besar.
BENTUK KATA MAJMUK
BENTUK LAZIMJalan rayaDaya serapTunjuk ajarCampur aduk
BENTUK KEKECUALIAN
AntarabangsaBumiputeraJawatankuasaKakitangan
BENTUK KATA GANDA
Bentuk kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar. Proses penggandaan ini terbahagi kepada dua iaitu penggandaan penuh dan penggandaan separa. Contoh penggandaan penuh ialah negara-negara, guru-guru manakala penggandaan separa ialah lelaki dan jejari.
BENTUK KATA GANDA( proses mengulangi kata dasar )
Kata Ganda Penuh
Negara-negara Guru-guru
Kata Ganda Separa
Lelaki Jejari
Kata Ganda Berentak
Batu-batanGunung-ganang
Sekian terima kasih…