Nasi Lemak

Embed Size (px)

DESCRIPTION

food

Citation preview

Nasi Lemak

Nasi lemak merupakan makanan tradisi bagi Melayu kegemaran bagi orang Malaysia. Ianya juga boleh di temui di Singapura, Indonesia dan Brunei. Nasi Lemak dapat ditemui di semua bahagian Malaysia dan juga Singapura. Di Indonesia, nasi lemak lazimnya ditemui di pesisir timur Sumatera, terutama di Riau, Jambi dan Sumatera Utara. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Di Indonesia Nasi lemak dipercayai di perkenalkan oleh pekerja(TKI) dan Mahasiswa yang pernah menetap mahupun bekerja di Malaysia.

Sir Richard Olof Winstedt telah menulis mengenai "nasi lemak" di Malaysia pada tahun 1909 dalam bukunya "The Circumstances of Malay Life".

Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu). Kaum Cina tempatan juga ada yang memasak nasi lemak dengan lauk khinzir

Nasi Lemak lazim disebut demikian di Semenanjung Melayu dan pantai timur Sumatera. Sementara di Jakarta hidangan yang mirip nasi lemak dikenali dengan nama nasi uduk, sedangkan di Jawa Tengah dengan nama sega liwet atau nasi liwet. Di Aceh hidangan yang mirip nasi lemak disebut nasi gurih.

Pemakanan asal

Nasi lemak hidangan yang mudah dan ringkas . Hidangannya lengkap berasaskan nasi yang berlemak santan ditambah rasa pedas sambal , kerangupan ikan bilis ,kepejalan telur rebus dan ditawarkan pedasnya dengan timun . Namun begitu ,nasi lemak asalnya bukanlah merupakan makanan sarapan harian wajib masyarakat Melayu Malaysia pada umumnya. Amalan pemakanan nasi lemak merupakan satu bentuk bekalan hidangan / bungkusan makanan kepada para pesawah padi mahupun orang yang mengusahakan kebun getah, kelapa sawit, sayur-sayuran dan lain-lain. Oleh kerana nasi lemak mempunyai jumlah kalori/ tenaga yang tinggi, selain mempunyai komposisi lemak yang tinggi untuk membekalkan tenaga yang lebih baik dari karbohidrat, kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjung Malaysia, Selatan Thai, Brunei dan Singapura, menjadikan nasi lemak sebagai bekalan untuk santapan mereka selepas membanting keringat.

Makanan popular

Pada masa kini, nasi lemak bukan sahaja dinikmati pada waktu pagi. Malahan, ia dinikmati pada waktu makan tengah hari dan malam. Oleh sebab itu, nasi lemak merupakan satu sajian makanan yang ringkas lalu dijadikan makanan pilihan warga kota yang sentiasa kesibukkan. Harga yang murah juga mendorong makanan popular ini semakin mudah didapati di mana-mana sahaja. Biasanya harga nasi lemak berada di dalam linkungan Ringgit Malaysia 1 sehingga 6 sebungkus. Nasi lemak juga dihidangkan di hotel dan restoran mewah di seluruh Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam dan di Asia Tenggara. Nasi lemak juga dijadikan menu utama di dalam penerbangan MAS.

Cara memasak

Nasi untuk membuat Nasi Lemak boleh dimasak menggunakan periuk dapur biasa atau periuk elektrik. Nasi lemak menggunakan santan untuk melemakkan dan menyedapkan lagi serta menggunakan daun pandan untuk mewangikan lagi masakan.

Kontroversi

Malaysia

Nasi lemak dikatakan tidak begitu sihat untuk dimakan hari-hari kerana tinggi kalori dan lemaknya oleh pakar pemakanan.

Semasa Persidangan Kesihatan Kedua Perak 2007, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Malaysia, Datuk Dr Ramlee Rahmat, telah meletakkan nasi lemak sebagai satu makanan segera, kerana ia dikategorikan sebagai satu makanan yang berkalori tinggi, dan juga mudah dan siap dihidangkan.

Pada 2011, timbul cadangan agar nasi lemak dihadkan jualannya pada dua kali seminggu. Cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Langkah ini diambil sebagai satu usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak.