Objektif Latihan

  • View
    254

  • Download
    6

Embed Size (px)

Text of Objektif Latihan

  • UNIT LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

    PROGRAM PEMBANGUNAN PROFESIONAL KEMAHIRAN (SPD)

    PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)

    Hakcipta Terpelihara. Tidak Dibenarkan Mengeluarkan dan Menyalin Semula Buku Ini Dengan Apa Cara Sekalipun

    PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST)

    JALAN PETANI 19/1, SEKSYEN 19, 40900 SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN

    PANDUAN PELAKSANAAN PENEMPATAN LATIHAN

    SANGKUTAN INDUSTRI (LSI) BAGI PENGAJAR KEMAHIRAN INSTITUSI LATIHAN AWAM

    (ILA)

    EDISI 2016

  • PANDUAN PROGRAM LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (LSI)

    BAGI PENGAJAR KEMAHIRAN INSTITUSI LATIHAN AWAM

    EDISI 2016

    AHLI PANEL

    Dalila binti Sharingat

    Nor Ayana binti Mokhtar

    Nor Azua binti Aripin

    Aziman bin Othman

    Loh Hong Wai

    Hamidatul Zakiah binti Ismail

  • ISI KANDUNGAN

    Senarai Kependekan i Muka Surat Peraturan Latihan Sangkutan Industri 1-7

    Borang

    Contoh Borang Permohonan Latihan Sangkutan Industri (SPD-LSI-A001)

    8-10

    Borang Tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri 11-19 Borang Permohonan Untuk Menggunakan Kenderaan Sendiri Dan Menuntut Elaun Kilometer Bagi Jarak Melebihi 240KM Sehala

    20

    Rekod Kehadiran Latihan Sangkutan Industri 21

    Lampiran Lampiran 1 Format Rsum 22 Lampiran 2 Contoh Senarai Tugas Hakiki 23 Lampiran 3 Format Surat Permohonan Penempatan LSI 24 Lampiran 4 Format Surat Pengesahan Sebagai Tenaga Pengajar 25 Lampiran 5 Format Borang Jawapan Penempatan LSI 26 Lampiran 6 Contoh Senarai Pengetahuan, Kemahiran Dan 27 Pengalaman Yang Ingin Diperolehi Di Penempatan LSI Lampiran 7 Borang Lapor Diri Latihan Sangkutan Industri 28 Lampiran 8 Laporan Akhir Latihan Sangkutan Industri 29-30 Lampiran 9 Kadar dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan 31-33 dan Bayaran Latihan Sangkutan Industri Lampiran 10 Format Surat Pengesahan Tuntutan Bayaran 34 Elaun Latihan Sangkutan Industri Lampiran 11 Format Laporan Tugasan Latihan Sangkutan 35-40 Industri Lampiran 12 Jadual Latihan Mingguan 41

    Rujukan Senarai Rujukan 42 Carta Alir Pelaksanaan Latihan Sangkutan Industri 43-44

  • i

    SENARAI KEPENDEKAN LSI Latihan Sangkutan Industri Firma Institut Latihan Awam/ Institut Latihan Swasta/ Industri ILA Institut Latihan Awam ILS Institut Latihan Swasta PDL Pengajar Dalam Latihan SPD Skill Professional Development (Program Pembangunan Profesional Kemahiran) CIAST Centre For Instructor And Advanced Skill Training (Pusat Latihan Pengajar Dan

    Kemahiran Lanjutan) PF Pegawai Firma (Pegawai Dari Industri/Pegawai Dari ILA/Pegawai Dari ILS) PLI Pegawai Lawatan Industri

  • 1

    PANDUAN PELAKSANAAN PENEMPATAN LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI (INDUSTRIAL ATTACHMENT) DI BAWAH KELOLAAN PUSAT LATIHAN PENGAJAR DAN KEMAHIRAN LANJUTAN (CIAST), JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BAGI PENGAJAR INSTITUT LATIHAN AWAM (ILA) 1.0 PENGENALAN

    Panduan ini bertujuan menetapkan syarat dan prosidur permohonan dan pelaksanaan Penempatan Latihan Sangkutan Industri (LSI) bagi pengajar kemahiran/TVET di Institut Latihan Awam (ILA) ke Industri/Institut Latihan Awam/Institut Latihan Swasta. 1.1 OBJEKTIF LATIHAN SANGKUTAN INDUSTRI

    1.1.1 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman antara pengajar Institut Latihan Awam (ILA)/ Institut Latihan Swasta (ILS)/ Industri/ Pakar Industri/ Pengajar Pakar;

    1.1.2 Memupuk semangat kerja berpasukan dan membina serta memperkukuhkan hubungan baik antara pengajar ILA, pengajar ILS dan pihak industri;

    1.1.3 Mendedahkan pengajar kemahiran/TVET kepada persekitaran kerja sebenar dan pelaksanaan peraturan keselamatan di industri;

    1.1.4 Menghubungkaitkan dan mengamalkan pengalaman di industri dalam pengajaran teori dan praktikal di institut;

    1.1.5 Membina keyakinan diri untuk diadaptasikan dalam bidang pengajaran terutamanya apabila berdepan dengan peserta kursus dari industri; dan

    1.1.6 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pengajar lain selepas menjalani LSI.

    2.0 SYARAT PERMOHONAN Pemohon hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut : 2.1 Pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga (3) tahun;

    2.2 Telah disahkan jawatan;

    2.3 Bebas daripada tindakan tatatertib;

    2.4 Penempatan LSI yang dipohon hendaklah berkaitan dengan bidang kemahiran pengajar tersebut;

    2.5 Telah mendapat kelulusan dan pelepasan daripada Ketua Jabatan/Pengarah masing-masing;

    2.6 Telah mendapat persetujuan bertulis dari Firma (Institut/Industri) penempatan LSI sebelum mengemukan permohonan kepada Urusetia LSI, CIAST;

    2.7 Memenuhi prasyarat atau prosidur keselamatan yang ditetapkan oleh Firma seperti Lesen daripada CIDB, Suruhanjaya Tenaga, Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Kementerian Kesihatan jika berkaitan dan semua perbelanjaan adalah ditanggung oleh calon; dan

  • 2

    2.8 Melepasi tempoh tiga (3) tahun tamat menjalani LSI atau program yang seumpamanya anjuran mana-mana agensi.

    3.0 TEMPOH LATIHAN

    Tempoh LSI adalah di antara 1 hingga 13 minggu (maksimum 89 hari) dan boleh dilaksanakan secara berfasa.

    4.0 TATACARA PERMOHONAN 4.1 TANGGUNGJAWAB PENGAJAR

    4.1.1 Melengkapkan dokumen permohonan berikut dan mengemukakannya kepada Firma: a) Rsum (Lampiran 1);

    b) Senarai Tugas Hakiki (Lampiran 2);

    c) Surat Permohonan Penempatan LSI (Lampiran 3);

    d) Surat Pengesahan Sebagai Tenaga Pengajar (Lampiran 4);

    e) Borang Jawapan Penempatan LSI (Lampiran 5); dan

    f) Senarai Pengetahuan, Kemahiran Dan Pengalaman Yang Ingin Diperolehi Di Firma (Lampiran 6).

    4.1.2 Keutamaan diberikan kepada Firma yang berada pada jarak kurang 50 kilometer dari kediaman/pejabat tempat bertugas.

    4.1.3 Mendapat persetujuan bertulis dari Firma penempatan LSI. (Lampiran 5)

    4.1.4 Mengisi borang permohonan (SPD-LSI-A001) secara atas talian (http://www.ciast.gov.my) dan dicetak untuk mendapat kelulusan dan pelepasan daripada Ketua Jabatan/ Pengarah.

    4.1.5 Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dicetak dan dihantar kepada Urusetia LSI bersama dokumen-dokumen berikut:

    a) Salinan kelayakan akademik atau kemahiran;

    b) Rsum terkini (rujuk format di Lampiran 1);

    c) Senarai tugas hakiki di Institut (rujuk format di Lampiran 2);

    d) Borang Jawapan Penempatan LSI (rujuk format di Lampiran 5); dan

    e) Senarai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ingin diperolehi di penempatan LSI yang dicadangkan (rujuk format di Lampiran 6).

    *(Salinan Borang Permohonan hendaklah dihantar ke Ibu Pejabat masing-masing).

  • 3

    4.2 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN/PENGARAH Menyemak dan meneliti permohonan serta memperakukan pengajar layak mengikuti LSI dengan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

    4.3 TANGGUNGJAWAB IBU PEJABAT 4.3.1 Meneliti dan membuat tapisan terhadap setiap calon yang mengemukakan

    permohonan LSI.

    4.3.2 Memastikan calon melepasi tempoh tiga (3) tahun tamat menjalani LSI atau program yang seumpamanya anjuran mana-mana agensi.

    4.4 Dokumen permohonan hendaklah diterima oleh Urusetia LSI, CIAST selewat-lewatnya 60 hari sebelum tarikh LSI bermula.

    4.5 Hanya dokumen permohonan yang lengkap dan mendapat sokongan Ketua Jabatan/Pengarah masing-masing serta memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan sahaja akan diproses untuk tujuan pertimbangan.

    4.6 Kelulusan muktamad tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Pra-Latihan Sangkutan Industri CIAST.

    5.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PENGAJAR DALAM LATIHAN (PDL) 5.1 PENGESAHAN LAPOR DIRI DI FIRMA

    Melengkapkan dan mengemukakan borang Lapor Diri Latihan Sangkutan Industri (Lampiran 7) kepada Urusetia LSI, CIAST.

    5.2 JADUAL LATIHAN MINGGUAN PDL hendaklah membuat penetapan Jadual Latihan Mingguan sepanjang tempoh LSI bersama dengan Pegawai Firma (PF). (Rujuk Lampiran 12)

    5.3 ETIKA PENGAJAR KETIKA MENJALANI LSI PDL perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Firma. Walau bagaimanapun, PDL masih tertakluk kepada Peraturan Penjawat Awam dan sentiasa mematuhi nilai dan etika perkhidmatan awam. 5.3.1 Disiplin

    Hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Firma dan berkelakuan baik sepanjang tempoh LSI. PDL hendaklah berusaha untuk menjayakan latihan mereka serta menunjukkan sikap bekerjasama, bersopan santun, saling memahami dan mengamalkan sikap kerja berpasukan dengan pekerja lain di tempat latihan.

    5.3.2 Waktu Bekerja Hendaklah mematuhi waktu bekerja yang ditetapkan oleh Firma.

    5.3.3 Kehadiran Dalam Tempoh LSI Semasa LSI, PDL dianggap sedang berkursus dan PDL tidak dibenarkan meninggalkan latihan atas sebab menghadiri apa-apa kursus lain, bengkel, seminar, pertandingan atau aktiviti jabatan/peribadi sepanjang tempoh LSI.

  • 4

    5.3.4 Cuti Cuti dalam tempoh latihan adalah tidak dibenarkan. Pertimbangan untuk kelulusan cuti kecemasan adalah tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan Firma dan dikemukakan ke Unit LSI, CIAST.

    5.3.5 Pakaian Hendaklah mematuhi etika berpakaian yang ditetapkan oleh Firma. PDL hendaklah bersedia dengan pakaian keselamatan sendiri sekiranya tidak disediakan oleh Firma.

    5.3.6 Penempatan LSI Hendaklah menjalani LSI di satu (1) penempatan sahaja yang telah dipersetujui semasa tawaran LSI sehingga tamat latihan.

    5.3.7 Kerahsiaan Pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperolehi melalui LSI hanya digunakan untuk tujuan pembelajaran dan pengajaran sahaja tanpa mendedahkan maklumat sulit yang boleh menjejaskan Firma berkenaan. Semua butiran yang dimasukkan dalam laporan hendaklah mendapat kebenara