25
ISI KANDUNGAN Kandungan Muka surat 1.0 PENGENALAN 1 1.1 CRIRES 1 1.2 Maklumat kajian 2 orang murid sekolah 2 2.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK 2.1 Murid berpencapaian akademik baik 2 2.2 Murid berpencapaian akademik lemah 3.0 LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL GURU 3.1 langkah-langkah untuk murid berpencapaian akademik baik 7 3.2 langkah-langkah untuk murid berpencapaian akademik lemah 4.0 KESIMPULAN 10 RUJUKAN LAMPIRAN

Oum Ppsikologi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

psikologi dlm pendidikan

Citation preview

HBEF 2103>

ISI KANDUNGAN

Kandungan

Muka surat

1.0 PENGENALAN

1

1.1CRIRES

1

1.2Maklumat kajian 2 orang murid sekolah

2

2.0FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENCAPAIAN AKADEMIK

2.1Murid berpencapaian akademik baik

2

2.2Murid berpencapaian akademik lemah

3.0LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL GURU

3.1langkah-langkah untuk murid berpencapaian akademik baik

7

3.2langkah-langkah untuk murid berpencapaian akademik lemah

4.0KESIMPULAN

10

RUJUKAN

LAMPIRAN

1.0PengenalanPada masa dahulu, apabila memperkatakan tentang sikap, manusia tidak dikaitkan denganbidang psikologi walaupun kajian terhadapnya telah dilakukan sekian lama. Pada awalnya, idea-ideaahli psikologi memikirkan tingkah laku manusia dipengaruhi oleh naluri, diikuti puladengan teori tingkah laku yang mengatakan manusia menghasilkan tingkah laku adalah kesandaripada pembelajaran kerana manusia dianggap seperti mesin dan minda manusia adalahkosong. Setelah timbul kesedaran bahawa otak manusia adalah berfungsi untuk melahirkantingkah laku, maka lahirlah teori-teori yang mengkaji bagaimana minda manusia memainkanperanannya. Setiap insan yang dilahirkan berbeza dari segi intelektual, spiritual maupun jasmani. Sebagai contoh dalam sesebuah kelas, terdapat murid yang lemah, sederhana dan pandai. Menurut Henson dan Eller (1999) di dalam bukunya Educational Psycholigy for Effective, kepelbagaian individu merujuk kepada ciri atau sifat manusia yang mempunyai potensi sama ada memajukan keupayaan seseorang (contohnya seperti sentiasa berani mencuba,optimistik) atau menghadkan keupayaan seseorang untuk belajar di dalam persekitaran sekolah ( contohnya seperti takut untuk melakukan, malu bertanya).

1.1CRIRES

The Research Center on Academic Success (CRIRES) merupakan pusat antara universiti yang mempunyai ahli-ahli daripada kalangan tiga buah university di Quenec iaitu Uninersite Laval, Universite de Sherbrook and Universite du Quebec a Trois-Rivieres (UQTR). CRIRES ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Uninersite Laval bersama dengan Centrale des syndicate du Quebec (CSQ).

CRIRES mempunyai misi saintifik untuk latihan dan perkembangan ilmu pengetahuan disamping misi dalam kalangan cendekiawan dalam bidang pendidikan.Penyelidik CRIRES menumpu kepada kajian mengenai keciciran dan kegagalan di sekolah dan menyokong iklim sekolah yang mementingkan kejayaan akademik semua muridnya.

The International Observatory on Akademic Achievement (IOAA) adalah sebahagian daripada infrastruktur CRIRES.Misi utamanya ialah pertama, untuk membuat dokumentasi mengenai kepakaran saintifik serta tingkahlaku yang telah terbukti dan kedua, untuk menjadi lokasi alammaya untuk menyebarkan kepakaran dan juga medium untuk bertukar maklumat mengenai pencapaian akademik.

Menurut The Research Center on Academic Success [CRIRES](2005), pencapaian akademik menbawa maksud pencapaian pada tahap tertentu yang diperoleh oleh individu dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan serta kemahiran. Tahap tersebut telah ditetapkan berdasarkan umur, proses pembelajaran yang telah dilalui serta kemampuan individu berkenaan denagan aspek pendidikan, kelayakan dan sosialiasasi.

1.2Maklumat Kajian 2 orang murid sekolah

Dua orang murid telah dikenalpasti, seorang murid perempuan yang mempunyai kebolehan serta prestasi akademik tinggi dan mempunyai seorang lagi murid lelaki mempunyai prestasi akademik rendah. Kedua-dua mereka adalah dari kelas yang sama.

Murid yang berprestasi tinggi ialah murid yang kerap kali mendapat kedudukan terbaik dalam kelas serta mendapat markah tertinggi untuk semua mata muridannya. (rujuk jadual 1.2.1). Dia adalah daripada keluarga yang harmoni serta mempunyai mempunyai sosoi-ekonomi yang baik. Kedua ibubapanya dalam petani. Di rumahnya terdapat kemudahan nutuk menggunakan teknologi seperti internet dan sebagainya. Dia juga mendapat bantuan daripada ibu dan kakaknya apabila membuat ulangkaji dan kerja rumah. Buku-buku kerja dan rujukan disediakan oleh ibubapanya bagi meningkatkan lagi pemahaman dan pembelajarannya.

Murid yang berprestasi rendah pula ialah murid yang tidak konsisten dan kerap kali mendapat markah yang rendah dalam kelasnya. . (rujuk jadual 1.2.2). Dia adalah daripada keluarga yang harmoni serta mempunyai mempunyai sosoi-ekonomi yang baik. Kedua ibubapanya bekerja sebagai penjawat awam. Walaupun di rumahnya terdapat kemudahan untuk menggunakan teknologi seperti internet dan sebagainya, namun ianya masih tidak dapat membantu murid ini dalam meningkatkan prestasi dalam muridan. Dia juga mendapat bantuan daripada ibu dan kakaknya apabila membuat ulangkaji dan kerja rumah. Buku-buku kerja dan rujukan disediakan oleh ibubapanya malahan diberi tuisyen secara persendirian dirumah bagi meningkatkan lagi pemahaman dan pembelajarannya.2.0Faktor-faktor mempengaruhi pencapaian akademik

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik murid. Antaranya faktor, kesihatan , jantina, gaya kognitif dan gaya belajar, lokasi atau tempat tinggal dan baka.2.1Kesihatan Murid yang sihat sentiasa riang, cerdas, suka bertanya dan dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran guru dengan baik. Murid yang berprestasi tinggi adalah seorang murid yang periang malah aktif ketika proses pengajaran dan pembelajaran didal maupun diluar kelas. Manakala, murid yang berprestasi rendah pula ialah murid yang tidak sihat dan kelihatan lemah, kurang bertenaga, tidak menumpukan perhatian di dalam kelas dan tidak mempunyai ramai kawan. Selain itu, murid ini juga menghadapi masalah kesihatan seperti asthma, dan kerap demam.Penjagaan kesihatan merupakan salah satu tanggungjawab penting kepada murid. Kesihatan fizikal dan kesejahteraan mental akan membolehkan murid mengikuti muri dan dengan baik dan sempurna. Pemakanan yang tidak mencukupi sama ada dari segi kuantiti ataupun kualiti boleh melambatkan proses kematangan. Kekurangan mengambil makanan yang seimbang boleh menggangu pola-pola pertumbuhan kerana kurangnya zat vitamin, mineral dan protein yang mana ianya suatu yang amat penting dalam pertumbuhan mental kanak-kanak.Dengan pengabaian tersebut, menyebabkan tumpuan mereka terhadap pembelajaran menjadi lemah. Keadaan ini menyumbang kepada kemerosotan pencapaian akademik dalam mata muridan yang dimuridinya.

Faktor ini turut disokong dengan adanya Teori Hirarki Keperluan Maslow.Keperluan Fisiologi merupakan peringkat keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan, terutamanya manusia.Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal yang selesa.Oleh itu, dalam konteks pendidikan murid-murid yang kurang mendapat makanan yang seimbang tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap muridan mereka. Kesannya, kesihatan murid terganggu atau terjejas. 2.2JantinaPengaruh jantina adalah amat besar dalam mempengaruhi pencapaian akademik seseorang individu. Jantina boleh mempengaruhi individu dalam berbagai cara dan keadaan contohnya dalam cara berpakaian, berfikir, kesopanan, sikap, personaliti dan juga dalam pencapaian akademik (Campbell dan Clewell 1999). Menurut Maccoby dan Jacklin (1974) murid perempuan lebih baik daripada kecerdasan lisan atau bahasa, sementara murid lelaki pula lebih baik dari segi kecerdasan ruang. Ini bermakna murid perempuan lebih baik di dalam perbendaharaan kata, tugasan mengeja perkataan dan membaca. Sementara, murid lelaki pula lebih baik di dalam tugasan membaca peta, teka silang kata atau tugasan berkaitan ruang. Murid lelaki turut mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang dalam mata muridan matematik , contohnya dalam menyelesaikan tugasan geometri, untuk menyelesaikan masalah matematik dan suka untuk bermain permainan strategi.Faktor ini turut disokong oleh Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner. Pencapaian akademik murid perempuan lebih baik daripada murid lelaki kerana murid perempuan mempunyai kecerdasan verbal linguistik. Menurut Howard Gardners, (1983), seseorang yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mampu memahami, bertutur, menulis pelbagai jenis bahasa dan mampu menguasai bahasa asing dengan baik dan fasih.

Oleh itu, murid perempuan dikatakan memiliki kecerdasan verbal linguistik kerana cemerlang pada peringkat persekolahan terutamanya dalam bidang bahasa.

2. Gaya belajar dan gaya kognitif Gaya kognitif ialah cara individu mempersepsi maklumat mengenai persekitarannya. Sementara, gaya belajar merujuk kepada pendekatan individu kepada cara belajar dan berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang digemarinya. Menurut Honey dan Mumford (1992) dengan mengenalpasti gaya pembelajaran individu, ia bukan sahaja hanya dapat mengeksploitasi gaya pembelajaran yang diamalkan oleh individu malahan dapat mengembangkan potensi seseorang dalam proses pembelajaran.Gaya belajar yang bersesuaian dengan diri seseorang murid adalah salah satu penentuan ke arah kecekapan dan kebolehan menukarkan ilmu yang dipelajari dengan berkesan. Gaya pembelajaran yang sesuai penting untuk meningkatkan pencapaian akademik murid. Ini kerana, cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri pembelajaran akan menyebabkan murid di semua peringkat lebih bermotivasi dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian akademik (Chambers, 1991).Murid yang berprestasi tinggi ini telah melakukan gaya pembelajaran yang sesuai sebagai contoh, murid ini selalu mempraktikkan bercakap menggunakan tatabahasa yang baharu dipelajari dalam kelas kepada rakan-rakan sekelas maupun murid dari kelas yang lain, walau dengan guru sekalipun. Faktor ini turut disokong oleh Herman Witkin dan Gooddenough (1977) yang memperkenalkan gaya bebas medan dan bersandar medan. Antara ciri-ciri murid gaya bebas medan ialah , suka berinteraksi secara formal dengan guru, matlamat pembelajaran daripada punca dalaman dan suka merancang sendiri cara pembelajaran. Dan murid yang berprestasi tinggi ini selalu ingin mendahului dalam sesi soal jawab. Manakala, ciri-ciri murid bersandar medan ialah suka berinteraksi secara informal dengan guru, matlamat pembelajaran daripada punca luaran iaitu ibu, bapa atau guru dan suka pembelajaran terancang dan berstruktur. Oleh yang demikian, murid yang mempunyai ciri bersandar medan mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang berbanding murid bebas medan.Pencapaian akademik murid yang berbeza turut merujuk kepada gaya kognitif impulsif dan reflektif. Menurut Slavin (1997) gaya impulsif merujuk seseorang yang bersifat tergesa-gesa mengikut dorongan hati serta gemar memberi respons secara tepat, yang biasanya tidak menitikberatkan ketepatan. Murid impulsif suka membuat kerja dengan cepat, malah segala tindakan dilakukan secara terpaksa. Manakala, murid reflektif seseorang yang sentiasa melihat kemampuan diri dan pemikiran sendiri. Murid reflektif lambat menyiapkan tugasan tetapi kurang membuat kesilapan. Mereka lebih melihat kepada ketepatan jawapan atau kesempurnaan tugasan daripada menepati masa yang ditetapkan.

2.4 Lokasi atau tempat tinggalMurid yang berprestasi tinggi tinggal dalam kampung yang dikelilingi sawah. Ibunya banyak menghabiskan masa sebagai suri rumah dan ini mendorong murid ini mendapat perhatian yang lebih dari segi pelajaran. Malah rakan-rakan juga selalu ditemui bagi mengulangkaji pelajaran. Menurut Papalia (2001) persekitaran merupakan perkara yang bukan genetik yang mempengaruhi seseorang individu. Ini dapat dilihat melalui asuhan dan interaksi dengan kedua orang ibu bapanya, pengaruh adik-beradik, ahli keluarga lain, guru, kawan-kawan, bahan media cetak dan media elektronik serta bahan daripada komputer. Menurut Baumrind ( di dalam Santrock, 2001), terdapat empat bentuk asuhan keluarga iaitu authoritarian, autoritatif, mengabaikan dan indulgent. Ibu bapa yang mengamalkan bentuk asuhan keluarga autoritatif dapat membantu pencapaian akademik murid-murid di sekolah.Ini kerana, ibu bapa autoritatif adalah ibu bapa yang memberikan kebebasan yang terbatas kepada anak mereka. Antara cirri-ciri ibu bapa autoritatif ialah menggalakkan anak-anak berdikari di samping memberi sedikit kawalan ke atas tingkah laku mereka dan anak-anak bebas berkomunikasi secara lisan dengan ibu bapa yang bersifat menyokong dan membantu perkembangan anak-anak mereka. Oleh yang demikian, anak-anak yang dibesarkan dengan cara asuhan autoritatif ini menunjukkan tingkah laku bersosial yang baik. Faktor ini turut disokong dengan Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner. Mengikut Urie Bronfenbrenner (1917) terdapat lima sistem yang mempengaruhi ekologi iaitu sistem mikro, sistem meso, sistem ekso, sistem makro dan sistem krono. Sistem mikro adalah pengubahsuaian di mana seseorang individu menghabiskan masa bersama-sama keluarga, rakan sebaya, berada di sekolah atau berada di kawasan setaman atau sekampung. Di dalam sistem ini, individu mempunyai hubungan yang langsung dengan ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, jiran dan lain-lain. Justeru itu, murid yang tinggal di dalam ekologi sistem mikro dapat membesar dengan sihat dan sekaligus dapat meningkatkan pencapaian akademiknya. Ini kerana kawasan persekitarannya telah membantu menjadikannya murid yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Bagi murid yang berprestasi rendah pula, dia tinggal dalam kawasan kejiranan yang sesak, kebanyakan penduduk di situ amat jarang untuk berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Masa dengan keluarga hanya dapat dihabiskan kebanyakannya pada hujung minggu sahaja. Itupun kalau berkesempatan.

2.5Baka

Baka menurut Kamus Dewan membawa maksud sifat-sifat keturunan pada benda hidup dan genetik.. manakala baka manusia lebih dikenali sebagai kaum atau etnik. Derville (1979) mentakrifkan baka sebagai pewarisan biologi keseluruhan ciri mental dan fizikal daripada ibu bapa kepada anak. Ernest R. Hilgard (1956) pula berpendapat bahawa baka adalah segala ciri biologi yang diperturunkan daripada ibu bapa. kepada anak melalui gen. Norman L. Munn mengatakan, baka merupakan ciri yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anak melalui gen-gen. W.E. Vinacke pula menyifatkan baka sebagai penentu struktur-struktur organ, arah sistem biologi yang akan berkembang serta potensi-potensi seseorang individu. Amram Schienfeld mengatakan bahawa baka itu menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli-ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi. Menurut J.A. Thomson, baka itu merujuk kepada perhubungan genetik di antara generasi manusia. Berdasarkan pendapat tokoh di atas dapat disimpulkan bahawa baka adalah ciri mental dan fizikal yang dapat diperturunkan oleh generasi kepada generasi yang lain. Hal ini terjadi kepada murid yang berprestasi tinggi kerana ibu dan bapanya ialah ustaz dan ustazah adalah lepasan universiti luar negara di kampungnya, malah semua adik beradiknya juga berlatarbelakangkan serta pegangan agama yang kuat dan tambahan pula, keluarga mereka memang dikenali sebagai keluarga contoh dan dihormati bagi penduduk kampong itu. Sebaliknya murid yang berprestasi rendah pula berasal dari keluarga yang biasa dan berlatarbelakangkan pendidikan menengah sahaja.

3.0 Langkah yang boleh diambil guruAntara langkah-langkah mengatasi yang boleh diambil ialah mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran, Pembelajaran Koperatif , mengajar mengadakan kaedah kumpulan, , peneguhan positif dan negatif, serta mempelbagaikan bahan bantu

3.1 Mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaranStrategi dan kaedah pengajaran guru berfungsi sebagai satu panduan pengajaran ke arah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Guru perlu mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat murid supaya dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran sehingga tamat. Antaranya, kuiz, perbincangan, percambahan idea, lakonan, simulasi, kaedah penyoalan, projek dan lawatan.Guru juga boleh menngunakan pelbagai soalan bagi mengetahui tahap pencapaian dan kebolehan muridnya.Penyoalan boleh dilakukan dalam bentuk pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Contoh, guru boleh memulakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan memulakan set induksi menggunakan tayangan video, bercerita, bernasyid dan sebagainya. Secara langsung dapat menggalakkan penglibatan murid-murid dan meningkatkan motivasi untuk belajar.

3.2 Pembelajaran KoperatifPembelajaran koperatif ialah pembelajaran di dalam kumpulan heterogenius di mana biasanya terdapat murid cerdas dan lambat. Di dalam aktiviti pembelajaran ini, murid cerdas dikehendaki membantu rakan murid yang lemah. Murid yang cerdas akan bersungguh-sungguh membantu murid yang lemah kerana markah yang diperoleh setiap individu di dalam kumpulan akan menjadi markah kumpulan. Secara tidak langsung, dapat memupuk semangat bekerjasama apabila setiap kumpulan bersaing satu sama lain.

Kaedah pengajaran ini adalah menggunakan idea perancah (scaffolding) dalam Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky, di mana murid cerdas akan membimbing murid lemah di dalam zon perkembangan proksimal. Ini kerana, kadang-kala pengajaran rakan sebaya lebih praktikal dan berkesan daripada guru, kerana pemikiran lateral boleh digunakan oleh murid yang cerdas ini.

3.3 Kaedah kumpulanDi dalam sesebuah kelas, terdapat murid yang mempunyai tahap keupayaan yang berbeza-beza. Oleh itu, guru boleh menggunakan kaedah kumpulan untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan tahap keupayaan mereka. Ini dapat memudahkan guru menyediakan latihan atau bahan sumber pengajaran dan pembelajaran.Guru boleh mengasingkan murid yang lemah, sederhana dan pandai dalam kumpulan yang ditetapkan. Dengan cara ini, guru dapat memantau prestasi setiap kumpulan berdasarkan tahap keupayaan dan kecerdasan murid-murid tersebut. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga tidak membebankan murid kerana guru menggunakan aras yang berbeza untuk setiap kumpulan. Guru juga perlu membuat carta kemajuan dan rekod profil untuk setiap murid-muridnya. Hasil pemerhatian guru dan pencapaian murid perlu dicatat dari masa ke masa.

3.4 Peneguhan positif dan negatifSemasa berlakunya aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guru hendaklah memberi peneguhan positif kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik. Murid-murid akan berasa dihargai apabila dipuji oleh guru. Guru boleh membuat peneguhan positif dengan mengatakan bagusapabila murid dapat memberi jawapan yang betul ketika sesi soal jawab di dalam kelas. Peneguhan positif juga boleh diberikan dengan memberikan simbol bintang pada buku latihan murid kerana dapat menyiapkan kerja dengan tulisan yang kemas dan cantik.Manakala, peneguhan negatif untuk mengelakkan tingkah laku yang yang tidak disukai. Contoh, guru yang hendak mengelakkan muridnya membuat bising akan mengatakan bahawa, Saya akan membenarkan murid yang telah menyiapkan kerja keluar rehat lebih awal. Oleh itu, murid akan menyiapkan kerja yang diberikan untuk keluar rehat lebih awal. Selain itu, guru juga boleh menggunakan prinsip Premack atau grandmothers rule, iaitu dengan menyatakan , Murid yang membuat kerja dengan tulisan yang cantik dan kemas akan dibenarkan membaca komik Naruto. Ini bermakna murid akan membuat latihan yang diberikan dengan teliti untuk mendapatkan sesuatu yang disukainya.

3.5 Mempelbagaikan bahan Bantu mengajarGuru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar seperti penyampaian maklumat melalui transperansi, laman web atau pencarian internet, carta dan lain-lain lagi. Ini adalah sesuai kerana di dalam sesebuah kelas ada murid yang peka kepada audio, ada yang tertarik kepada visual dan yang tertarik kepada kinestetik.

Pembelajaran melalui akhbar di dalam bilik darjah adalah satu cara pengajaran yang boleh merangsang minda murid berfikir, kerana terdapat banyak pengetahuan yang boleh didapati di dalam surat khabar tersebut.Pembelajaran berbantukan komputer juga dapat merangsang minat murid untuk belajar. Soalan-soalan yang diberikan adalah mengikut aras soalan daripada yang mudah hingga susah. Oleh itu, murid yang lemah, sederhana dan pandai dapat menjawab soalan mengikut tahap keupayaan masing-masing.Pembelajaran berbantukan komputer amat menarik digunakan kerana mengandungi elemen-elemen visual grafik yang dapat menarik perhatian murid contohnya animasi kartun.4.0 KesimpulanPencapaian akademik murid yang berbeza adalah disebabkan oleh faktor personaliti, gaya kognitif dan gaya belajar, jantina, kesihatan ,faktor lokasi dan baka . Ini kerana setiap murid mempunyai perbezaan individu tersendiri.

Menurut Razhiyah (2006), setiap murid yang mempunyai masalah pembelajaran mempunyai masalah yang berbeza dan memerlukan pendekatan yang berbeza. Namun begitu, setiap murid harus diajar dan mereka berhak mendapat bimbingan yang sepatutnya. Jadi, guru hendaklah memikirkan, merancangkan strategi pengajaran-pembelajaran mengikut tahap murid-murid. Dengan itu penumpuan murid-murid terhadap pelajaran yang disampaikan oleh guru dapat ditimbulkan. Sebagai guru, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan setiap murid mendapat pembelajaran yang sempurna tanpa dipengaruhi oleh faktor- faktor yang dapat mempengaruhi pencapaian akademik mereka.

Oleh itu, setiap guru perlu mengenalpasti apakah tahap kecerdasan murid di dalam kelas. Ini untuk memudahkan guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap keupayaan seseorang murid itu. Langkah-langkah mengatasi yang boleh di ambil oleh guru ialah mengaplikasikan kaedah kumpulan, pembelajaran koperatif, memberi peneguhan positif dan negatif, mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran serta mempelbagaikan bahan bantu mengajar. Guru juga perlu mengenalpasti dan memahami setiap masalah yang berlaku pada murid-muridnya. Keprihatinan dan kerjasama guru membantu murid yang mengalami masalah perbezaan individu ini akan dapat melahirkan modal insan yang cemerlang suatu hari nanti. Ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan kebangsaan bahawa modal insan yang dilahirkan haruslah seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru bukan sahaja

sebagai penyampai ilmu malah memainkan peranan amat penting iaitu mendidik dan membimbing murid menjadi insan yang berguna pada bangsa, agama dan negara.

Agnes, P. W. , Kellerman, A.S., & Meyer, J. (1996). Multimedia in the classroom. Boston: Allyn & Bacon.

Alsagoff.S (1992).Teknologi pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

http://images.dehewaraspak.multiply.multiplycontent.com/attachment/0/RvGX@AoKCtMAAFNiRgc1/hubungan%20sosioekon%20dgn%20pcapaaan.pdf?key=dehewaraspak:journal:23&nmid=58573556https://www.oirs.ulaval.ca/sge/lang/en_CA/PID/5495http://www.personalitypage.com/info.htmlhttp://prpm.dbp.gov.my/Searchhttps://techprofdev.wikispaces.com/Multiple+Intelligences

Ismail.M, (1995).Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Husin.K(1993).Pedagogi 3. Penggunaan psikologi dalam bilik darjah.Petaling Jaya : Longman Malaysia.

Mohamed.M. (1990).Pengantar psikologi satu pengenalan asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor.S & Ramli.D (1998).Kemahiran Berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK): Longman.

Razhiyah K. A. (2006). Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Wan Zah Wan Ali (2000) Memahami pembelajaran.Kuala Lumpur: Utusan Publications

PERKATAAN 2864APENDIKSRUJUKAN / REFERENSINama Pengarang, (tahun), Tajuk Buku, Penerbitan PAGE 5