3
Pembangunan Mampan Melalui Modal Insan Bertaraf Dunia Pembangunan mampan boleh ditafsirkan sebagai pembagunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menidakkan keperluan generasi yang akan datang. Ia termasuk kawalan kependududkan, makanan, keselamatan dan sumber tenaga. Selain itu, ia juga menyepadukan keutamaan ekonomi, social dan alam sekitar. Terdapat 5 matlamat utama di dalam pembangunan mampan iaitu, pemuliharaan sumber, pembangunan fizikal, kualiti alam sekitar, kesaksamaan social dan penyertaan politik. Pemuliharaan sumber merupakan elemen yang penting bagi memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor intangible seperti nilai keselesaan dan nilai warisan. Pembagunan fizikal yang terkawal perlu di laksanakan supaya negara terus berdaya saing dengan memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan, membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut, meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan. Pembangunan yang mampan perlu menjaga kualiti alam sekitar demi kesinambungan untuk generasi akan datang. Aktiviti pencemaran alam perlu dielakan disamping melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan, mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Dalam memastikan pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar berjalan lancar, cara pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan. Antara matlamat lain pembangunan mampan adalah memelihara kesaksamaan sosial dikalangan masyarakat. Untuk mencapai matlamat ini kerajaan perlu mengelakkan pembanggunan yang akan menambahkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta menggalakkan pembanggunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial. Pembaziran tenaga manusia perlu dikurangkan supaya tidak ada golongan yang tidak berpendapatan dengan mewujudkan peluang pekerjaan. Penyertaan politik dikalangan rakyat amat penting dalam menentukan hala tuju negara agar selaras dengan keperluan rakyat. Penglibatan rakyat didalam politik dapat membantu pembentukan kerajaan yang mendapat sokongan majoriti. Semakin banyak rakyat yang

Pembangunan Mampan Melalui Modal Insan Bertaraf Dunia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

modal insan

Citation preview

Pembangunan Mampan Melalui Modal Insan Bertaraf Dunia

Pembangunan mampan boleh ditafsirkan sebagai pembagunan yang memenuhi keperluan sekarang tanpa menidakkan keperluan generasi yang akan datang. Ia termasuk kawalan kependududkan, makanan, keselamatan dan sumber tenaga. Selain itu, ia juga menyepadukan keutamaan ekonomi, social dan alam sekitar. Terdapat 5 matlamat utama di dalam pembangunan mampan iaitu, pemuliharaan sumber, pembangunan fizikal, kualiti alam sekitar, kesaksamaan social dan penyertaan politik.Pemuliharaan sumber merupakan elemen yang penting bagi memastikan penerusan penawaran sumber semulajadi pada masa sekarang dan akan datang melalui penggunaan tanah yang efektif, pengurangan sumber yang tidak boleh diperbaharui, pemuliharaan kepelbagaian sumber semulajadi. Pemuliharaan merangkumi penggantian sumber, perubahan dalam cara penggunaan dan memberi perhatian kepada faktor intangible seperti nilai keselesaan dan nilai warisan.Pembagunan fizikal yang terkawal perlu di laksanakan supaya negara terus berdaya saing dengan memastikan pembangunan alam bina akan berharmoni dengan alam semulajadi di mana hubungan mereka adalah seimbang dan saling memanfaatkan, membantu menyedarkan komuniti tentang peluang yang terdapat di kawasan tersebut, meminimumkan pembaziran sumber dan keburukan yang akan dibawa kepada komuniti apabila sesetengah kawasan perniagaan mengalami tekanan pembangunan yang melampau sedangkan sesetengah kawasan mengalami kemerosotan perniagaan seperti penutupan kedai dan kehilangan pekerjaan.Pembangunan yang mampan perlu menjaga kualiti alam sekitar demi kesinambungan untuk generasi akan datang. Aktiviti pencemaran alam perlu dielakan disamping melindungi kapasiti ekosistem dan mengelakan pembangunan yang akan mengancam kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan, mengurangkan atau mengubah proses pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan kualiti hidup manusia. Dalam memastikan pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar berjalan lancar, cara pembuangan dan pelupusan sampah harus dititikberatkan.Antara matlamat lain pembangunan mampan adalah memelihara kesaksamaan sosial dikalangan masyarakat. Untuk mencapai matlamat ini kerajaan perlu mengelakkan pembanggunan yang akan menambahkan jurang antara golongan kaya dan miskin serta menggalakkan pembanggunan yang dapat mengurangkan ketidaksamaan sosial. Pembaziran tenaga manusia perlu dikurangkan supaya tidak ada golongan yang tidak berpendapatan dengan mewujudkan peluang pekerjaan.Penyertaan politik dikalangan rakyat amat penting dalam menentukan hala tuju negara agar selaras dengan keperluan rakyat. Penglibatan rakyat didalam politik dapat membantu pembentukan kerajaan yang mendapat sokongan majoriti. Semakin banyak rakyat yang terlibat dalam pembentukan kerajaan, akan menghasilkan satu keputusan yang padu dan telus. Akhir sekali, elemen yang terpenting sekali di dalam pembangunan adalah pembangunan modal insan. Modal insan merupakan dasar utama yang akan menyokong segala bentuk usaha yang dilakukan untuk menghasilkan satu pembangunan yang mampan. Melalui pembangunan modal insan yang menyeluruh akan menghasilkan rakyat yang berinovasi dan berpendapatan tinggi. Kemajuan sesebuah negara sukar untuk dicapai tanpa modal insan cemerlang yang berkemahiran tinggi, boleh bertindak balas dengan pantas dan kreatif terhadap perubahan ekonomi, dan berpaksikan kepada penjanaan dan penggunaan pengetahuan.Model Pembangunan Modal InsanDalam membentuk modal insan yang cemerlang, sewajarnya kita mengenali sifat-sifat kejadian insan itu sendiri supaya dapat didikenalpasti kaedah pembangunan yang terbaik untuk manusia. Islam menerangkan melalui ayat-ayat di dalam al-quran bahawa insan terdiri dari pada unsur-unsur jasmani, akal dan rohaniah. Ketiga-tiga unsur ini perlu di asuh dan didik supaya pembangunan modal insan yang seimbang dan cemerlang dapat dicapai. Melalui pembangunan jasmani kemahiran diperingkat asas dan tinggi perlu dibangunkan supaya melahirkan insan yang berkebolehan di dalam bidang-bidang pertukangan, pembuatan dan sebagainya. Tetapi pembangunan jasmani perlu disokong dengan perkembangan akal yang cemerlang. Melalui penguasaan ilmu pengetahuan daripada pelbagai bidang banyak teknologi dan maklumat boleh diterokai dan menghasilkan pelbagai idea-idea yang berinovasi dan kreatif. Untuk melengkapkan insan yang cemerlang, unsur rohaniah yang hebat akan menghasilkan modal insan yang bertanggungjawab terhadap persekitaran dan dekat kepada Penciptanya.Terdapat lima ciri-ciri modal insan yang menjadikan sumber modal insan sebagai sati aset yang sangat bernilai. Modal insan merupakan satu sumber yang tidak boleh diperdagangkan. Ia merupakan pengetahuan dan kemahiran yang menjadi hak milik individu yang diperolehi di atas keupayaan diri. Dalam membangunan modal insan, perlu melalui pelbahai proses kerana setiap individu memerlukan pendekatan yang berbeza. Setiap individu mempunyai keupayaan dan kebolehan yang berbeza. Penilaian modal insan dapat dilihat dari sudut kualiti dan kuantiti. Seseorang individu dari sebuah universiti yang sama mungkin mempunyai kualiti dan kuantiti yang berbeza berdasarkan keupayaan dirinya. Modal insan boleh bersifat khusus atau umum iaitu boleh digunakan secara khusus untuk seorang individu sahaja atau boleh diguna secara bersama. Ciri-ciri yang terakhir adalah modal insan boleh dipengaruhi oleh aspek luaran iaitu perspektif persekitaran dan ikatan sosial. Ia memainkan peranan penting dalam menentukan tahap modal insan yang dimiliki oleh seseorang individu.Di dalam pembangunan modal insan terdapat beberapa strategik yang boleh dilakukan seperti merombak sistem pendidikan, meningkatkan kemahiran rakyat dan menyusun pasaran kerja.