11
PerranikaJ. Soc. Sci. & Hum. 6(1): 51- 61 (1998) ISSN: 0128-7702 © Universiti Putra Malaysia Press Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satu Kajian Kes MAZAJ'JAH MUHAMAD dan SAIDIN TEH Jabatan Pendidikan Pengembangan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Keywords: Latihan, pengembangan, penyertaan, pembangunan Iuar bandar, pembangunan mampan. ABSTRAK Sikap, pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian diperlukan bagi membolehkan seseorang membangun sesebuah komuniti dan seterusnya mengekalkan pembangunan tersebut. Di Perlok, sebuah kampung di bawah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Pahang Barat, keperluan ini cuba dipenuhi oJeh agensi kerajaan melalui pelbagai program latihan yang merangkumi kedua-dua aspek: pertanian dan bukan pertanian. Penduduk tempatan menyambut baik usaha ini dengan menyertainya dan memanfaatkan apa yang mereka pelajari. Ke arah kesejahteraan hidup yang seimbang dan berkekalan, penduduk masih tenls ingin belajar perkara berhubung dengan pembangunan diri dan masyarakat, di sam ping teknik dan pengurusan ladang. ABSTRACT Appropriate attitude, knowledge and skills are required by an individual to develop a community and sustain its development. At Perlok, a village under the Pahang Barat Integrated Agriculture De\'e!opment Project such needs was effected by the government agency through various agricultural and non-agricultural related training. The local villagers welcomed such endeavor and they have participated and put what they learned into practice. They want to continue learning on matters relating to self and community developme'nt as "'ell as farming techniques and management. PENGENAlAN Selaras dengan matlamat kerajaan untuk membasmi kemiskinan, berbagai-bagai program pembangunan dilaksanakan. Di samping itu, pelbagai langkah diambil untuk memastikan kejayaan sesuatu program. Apakah langkah yang diambil ke arah kejayaan dan keberkekalan sesuatu usaha pembangunan? Artikel ini membincangkan peranan latihan dalam usaha pembangunan di sebuah kampung di Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADP) Pahang Barat. Projek IADP dijalankan sebagai langkah kerajaan membangunkan masyarakat luar bandar dan membasmi kemiskinan (Kerajaan Malaysia, 1996). Berasaskan takrifan 'The World Commission on Environment and Development of United Nations" (1987), It.onsep pembangunan mampan boleh dilihat sebagai satu proses peningkatan keadaan ekonomi dan sosial sesebuah komuniti dan mengekalkan pembangunan itu bagijangka masa panjang tanpa menjejaskan sumber semula jadi komuniti tersebut. Albertson et. at (1993) melihat pembangunan mampanjuga sebagai satu pembangunan yang boleh dikekalkan oleh penduduk tempatan. Maksudnya, pembangunan tersebut akan berlanjutan walaupun tanpa input dari luar. Sesuatu usaha pembangunan akan mempunyai lebih potensi untuk dikekalkan jika usaha itu dijalankan sendiri oleh penduduk tempatan (Mazanah dan Saidin, 1996). Ke arah itu, penduduk tempatan memerlukan peluang pembelajaran bagi membentuk sikap dan memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian. Peluang pembelajaran adalah satu daripada elemen pembangunan mampan

Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satu Kajian Kes

  • Upload
    vuanh

  • View
    255

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satu Kajian Kes

PerranikaJ. Soc. Sci. & Hum. 6(1): 51- 61 (1998) ISSN: 0128-7702© Universiti Putra Malaysia Press

Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satu Kajian Kes

MAZAJ'JAH MUHAMAD danSAIDIN TEH

Jabatan Pendidikan PengembanganFakulti Pengajian Pendidikan

Universiti Putra Malaysia43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Keywords: Latihan, pengembangan, penyertaan, pembangunan Iuar bandar, pembangunanmampan.

ABSTRAK

Sikap, pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian diperlukan bagi membolehkan seseorang membangunsesebuah komuniti dan seterusnya mengekalkan pembangunan tersebut. Di Perlok, sebuah kampung dibawah Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Pahang Barat, keperluan ini cuba dipenuhi oJeh agensikerajaan melalui pelbagai program latihan yang merangkumi kedua-dua aspek: pertanian dan bukanpertanian. Penduduk tempatan menyambut baik usaha ini dengan menyertainya dan memanfaatkan apa yangmereka pelajari. Ke arah kesejahteraan hidup yang seimbang dan berkekalan, penduduk masih tenls inginbelajar perkara berhubung dengan pembangunan diri dan masyarakat, di samping teknik dan pengurusanladang.

ABSTRACT

Appropriate attitude, knowledge and skills are required by an individual to develop a community and sustainits development. At Perlok, a village under the Pahang Barat Integrated Agriculture De\'e!opment Projectsuch needs was effected by the government agency through various agricultural and non-agricultural relatedtraining. The local villagers welcomed such endeavor and they have participated and put what they learnedinto practice. They want to continue learning on matters relating to self and community developme'nt as "'ellas farming techniques and management.

PENGENAlAN

Selaras dengan matlamat kerajaan untukmembasmi kemiskinan, berbagai-bagai programpembangunan dilaksanakan. Di samping itu,pelbagai langkah diambil untuk memastikankejayaan sesuatu program. Apakah langkah yangdiambil ke arah kejayaan dan keberkekalansesuatu usaha pembangunan? Artikel inimembincangkan peranan latihan dalam usahapembangunan di sebuah kampung di ProjekPembangunan Pertanian Bersepadu (IADP)Pahang Barat. Projek IADP dijalankan sebagailangkah kerajaan membangunkan masyarakatluar bandar dan membasmi kemiskinan(Kerajaan Malaysia, 1996).

Berasaskan takrifan 'The World Commissionon Environment and Development of UnitedNations" (1987), It.onsep pembangunan mampan

boleh dilihat sebagai satu proses peningkatankeadaan ekonomi dan sosial sesebuah komunitidan mengekalkan pembangunan itu bagijangkamasa panjang tanpa menjejaskan sumber semulajadi komuniti tersebut. Albertson et. at (1993)melihat pembangunan mampanjuga sebagai satupembangunan yang boleh dikekalkan olehpenduduk tempatan. Maksudnya, pembangunantersebut akan berlanjutan walaupun tanpa inputdari luar. Sesuatu usaha pembangunan akanmempunyai lebih potensi untuk dikekalkan jikausaha itu dijalankan sendiri oleh penduduktempatan (Mazanah dan Saidin, 1996). Ke arahitu, penduduk tempatan memerlukan peluangpembelajaran bagi membentuk sikap danmemperolehi pengetahuan dan kemahiran yangbersesuaian. Peluang pembelajaran adalah satudaripada elemen pembangunan mampan

Page 2: Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satu Kajian Kes

Mazanah Muhamad dan Saiclin Teh

(Human Development Report, 1992). Peluangini boleh didapati dalam pelbagai bentuk.Contohnya, Jabatan Pertanian melalui programpengembangannya memberi nasihat danbimbingan kepada petani. Nasihat danbimbingan diberi kepada petani denganmembuat lawatan ke ladang mereka danmengadakan kursus-kursus di pusat-pusat latihanpertanian dan juga di kawasan petani tinggal(Mazanah dan Kamaruzzaman, 1988).

Mengikut Johnston dan Parker (1987 ms.116), "Asas kekayaan sebenar negara ialahrakyatnya, sumber manusia yang dilambangkanoleh pengetahuan, kemahiran dan motivasi.Pendidikan dan latihan adalah sistem asas dimana sumber manusia sesebuah negaradikekalkan dan dipertingkat." Sesuatu programlatihan perlulah menyeluruh dan seimbangantara aspek teknikal (teknologi sesuatu bidangusaha) dengan aspek sosial dan kemasyarakatan.Selain itu, ke arah kesejahteraan hidup, programlatihan juga hendaklah sesuai dengan keperluanindividu, keluarga dan masyarakat. Jika latihanadalah satu input penting pembangunan,persoalan yang timbul adalah:1. Adakah peluang tersebut diberikan kepada

penduduk tempatan?2. Bagaimanakah penyertaan mereka dalam

program latihan?3. Mengapa mereka menyertai latihan dan

apakah manfaat diperolehi?4. Apakah saranan lanjut kepada usaha ini?

Artikel ini akan membincangkan persoalandi atas. Ia berasaskan satu penelitian yangdijalankan di Kampung Perlok,Jerantut, Pahang.Kampung ini adalah salah satu kampung yangdibangunkan di bawah projek IADP PahangBarat.

METODOLOGI

Mengikut Burgess (1984), kesahihan sesuatukajian boleh dipastikan melalui "triangulation",iaitu penggunaan pelbagai kaedah pengutipandata. Bagi tujuan tersebut, maklumat kajiantelah dikumpul melalui tiga kaedah: tinjauan,temu bual terperinci dan pemerhatian. Seramai27 ketua keluarga di Kampung Perlok telahdipilih secara rawak daripada sejumlah 72 ketuakeluarga. Penyelidik telah menemu bualresponden dengan menggunakan borang soalselidik berstruktur. Bahagian pertama soal selidikmengandungi soalan berhubung dengan profil

responden dan aktiviti yang dijalankan olehmereka. Respondenjuga diminta melapor semuakursus/lawatan yang telah mereka hadirisemenjak projek IADP dijalankan pada tahun1985. Bagi setiap kursus/lawatan yang dilapor,responden ditanya tentang t<uuk, tahun dihadiri,penganjur, dan keberkesanan kursus/lawatanterse but. Di bahagain kedua soal selidik,responden disoal secara lebih terperinci tentangempat daripada kursus/lawatan yang telahmereka hadiri (seperti dilapor di bahagianpertama soal selidik). Soalan yang terkandungdi bahagian ini termasuk: bagaimana respondenmengetahui tentang kursus/lawatan yang telahmereka sertai, sebab utama mereka menyertaikursus/lawatan, gender majoriti peserta kursus/lawatan, tindakan yang diambil selepasmenghadiri kursus/lawatan, dan tindakansusulan oleh penganjur kursus/lawatan. Dibahagian ketiga soal selidik, responden dimintamemberi persepsi mereka secara am tentangmanfaat kursus/lawatan yang telah diikuti. Datayang diperolehi melalui soal selidik dianalisissecara deskriptif dengan menggunakan programSPSS untuk Windows.

Mengikut Bogdan dan Biklen (1982), Walker(1985), dan Siedman (1991), maklumat lanjutmengenai sesuatu perkara boleh diperolehimelalui temu bual terperinci. Oleh itu, bagimemahami program latihan di Perlok denganlebih jelas, penyelidik telah menemu bual secaraterperinci sembilan orang informan. Pemilihaninforman dibuat secara persampelan 'purposive!seperti disaran oleh Bogdan dan Biklen (1982)dan Merriam (1991). Tiga orang informan adalahpemimpin kampung, dua pemimpin projek, danempat orang adalah penduduk biasa. Limaresponden lelaki dan empat wanita. Satu setagenda soalan disediakan sebagai panduantemubual. Temu bual direkodkan dalam lapanpita rakaman yang setiap satu panjangnya satujam. Kesemua kandungan pita telah disalin secara'verbatim! ke dalam komputer. Proses inimenghasilkan 174 muka surat (langkau sebaris)transkrip. Data ini telah dibaca berulangnulanguntuk mendapat bukti bagi menjawab persoalankajian. Untuk menjaga kerahsiaan, nama sebenarinforman tidak digunakan di -dalam artikel ini.

Pemerhatian adalah salah satu kaedah yangsesuai digunakan untuk memahami dengan lebihjelas bagaimana sesuatu proses berlaku (Marshalldan Rossman, 1989, Jorgensen, 1990). Oleh itupenyelidik telah membuat pemerhatian pada

52 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 6 No.1 1998

Page 3: Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satu Kajian Kes

Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satu Kajian Kes

satu kursus sehari yang sedang dUalankan diPedok. Penyelidikjuga telah memerhatikan lapanorang ahli kumpulan wanita Pedok membuatsos cili untuk dUua!. Teknik pemprosesan merekapelajari pada kursus yang dijalankan di sana.Data yang dikutip melalui pemerhatian dicatatsebagai nota lapangan.

diJadual 1. Bidang usaha ini dilaksanakan secarabersendirian dan berkelompok. Di Perlok,terdapat kelompok koko, pisang, buah-buahan,padang ragut (untuk menternak lembu) dansayur-sayuran.

JADUAL 1Bidang llsaha responden

*Peratus tidak boleh dijllmlahkan kerana resjJondenterMat dalam lebih daripada sat1t bidang 11saha

Purata pendapatan responden ialah RM650sebulan. Pendapatan ini adalah dalam bentuktunai yang diperoleh daripada jualan ladangdan sebagainya, tidak termasuk hasil pertanianyang digunakan sendiri.

Adakah pel1tang latilum diberikan kepada penduduktempatan?

Dalam tempoh yang dikaji, pelbagai latihandalam bentuk kursus dan lawatan disediakankepada penduduk Perlok. Kesemua kursus dan

Program Latilum di Kampung Pedok

Mengikut. informan yang ditemu bual, peluangpembelapran penduduk Perlok diperolehdaripada agensi pembangunan melalui programpengembangan (khidmat nasi hat) . Program inimenggllnakan dua kaedah utama, tunjuk ajarserta nasihat di ladang dan melalui kursus/I~watan. Program khidmat nasihat melalui tunjukajar dt ladang selalunya dijalankan secara tidakformal dan melibatkan petani secara individuatau kumpulan keci!. Apa yang din~uk oleh~nforman dan responden sebagai latihan pulatalah kursus yang dijalankan oleh agenpengembangan dengan secara lebih formal disuatu tempat tertentu (contohnya di balai raya)yang melibatkan kumpulan besar penduduk.Latihan juga merangkumi lawatan sambil belajarke suatu tempat/projek. Di dalam artikel ini,perkataan latihan dan kursus/lawatan digunakanuntuk men~uk kepada perkara yang sama.

88.866.659.237.018.514.811.1

Peratus*

KokoPisangBuah-buahanPadang l-agutTernakan ikanGetahPadi

Bidang usahaDAPATKAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini melapor dan membincangkan hasilkajian iaitu aspek profil kawasan kajian danresponden serta perkara berkait denganpenyertaan mereka dalam program latihanseperti: (1) peluang yang diberikan kepadapenduduk tempatan, (2) penyertaan merekadalam program tersebut, (3) sebab penyertaandan manfaat diperolehi dan (4) saranan lanjutkepada usaha ini.

Latar Belakang Kawasan dan Responden

Kampung Pedok terletak dalam Mukim UluCheka, Jerantut, Pahang. la meliputi sebuahkawasan seluas 900 hektar, di mana 380 hektarmerupakan kawasan perumahan dan kemudahanawam dan selebihnya adalah kawasan projekpembangunan pertanian. Kampung ini didiamioleh 72 keluarga. Beberapa agensi kerajaanterlibat untuk membantu Perlok membangun.Penglibatan ini menjadi lebih terancang denganpengwl~udan Projek IADP Pahang Barat padatahun 1985. Projek IADP bertindak sebagaipenyelaras bagi kesemua agensi yang terlibatdalam program pembangunan di kampung ini.Agensi tersebut adalahJabatan Pertanian,JabatanPerikanan, Jabatan Perkhidmatan Haiwan,Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA) danPihak Berkuasa Kemajuan Pekebun KecilPerusahaan Getah (RISDA) serta LembagaPertubuan Peladang (LPP). Aktiviti yangdiselaraskan oleh IADP termasuk perancangandan pelaksanaan projek, pengagihan subsidiinput pertanian dan program latihan sertakhidmat nasihat untuk penduduk.

Responden yang ditemu bual terdiridari pada 23 lelaki dan 4 wan ita. Antararesponden lelaki, 22 telah berkahwin dan seorangmasih bujang. Responden bl~ang yang terpilihdianggap sebagai ketua keluarga olehkeluarganya kerana beliau bertanggungjawabmenyara ibu dan adik-adiknya semenjak kematianayahnya. Kesemua responden wanita adalahjanda. Pekerjaan utama responden adalahbertani. Bidang usaha responden adalah seperti

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 6 No.1 1998 53

Page 4: Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satu Kajian Kes

Mazanah Muhamad dan Saidin Teh

JADUAL 2Penganjur kursus dan lawatan

lawatan yang jalankan dianjurkan sepenuhnyaoleh agensi kerajaan. IADP merupakanpenganjur utama kursus dan lawatan di sini(Jadual 2). Ini diikuti oleh agensi komponennyaseperti Jabatan Pertanian.

Mengikut majoriti informan (76.9%), merekamengetahui tentang kursus/lawatan yang telahmereka hadiri daripada pegawai agensi. Dapatanini menunjukkan di samping menganjur kursusdan lawatan, pegawai-pegawai agensisendiri merupakan sumber maklumat utamasesuatu program latihan. Lain-lain sumbermaklumat latihan adalah pemimpin tempatan(17.3%), rakan-rakan (3.8%) dan media massa(1.9%).

Bagaimanahah penyertaan penduduh daZam programZatihan?

Penyertaan responden didapati berbeza daritahun ke tahun (Jadual 3). Pada tahun 1995,bilangan responden yang menyertai kursus danlawatan agak tinggi berbanding dengan tahun­tahun sebelumnya. Dari segi jumlah kursusdan lawatan yang telah diadakan pula, tahun1995 juga menunjukkan angka tertinggi iaitusebanyak lima. Walaupun tidak terdapatperbezaan yang ketara antara jumlah kursusdan lawatan yang diadakan pada setiap tahun,bilangan responden yang menyertainya pulaberbeza. Contohnya, pada tahun 1995 sebanyaklima kursus dan lawatan dijalankan dengandisertai oleh 66.6% responden. Pada tahun1993 pula, cuma 22.2% responden menyertaiem pat kursus dan lawatan yang telahdianjurkan pada tahun itu. Perbezaan yangketara ini disebabkan pada tahun 1995, telahdiadakan kursus motivasi yang disertai oleh48.1 % responden.

11.118.544.414.811.1

PeratusKekerapan

Tidak pernahSekaliDua kaliTiga kaliEmpat kali dan lebih

Tahun Bilangan Peratuskursus & lawatan menghadiri

1985 1 3.71986 3 18.51987 1 3.71988 2 7.41990 2 7.41991 4 18.51992 2 7.41993 4 18.51994 4 18.51995 5 66.6

Kekerapan menghadiri latihan

Jadual 4 menunjukkan kekerapan respondenmenghadiri kursus dan lawatan dari tahun 1985hingga 1995. Dalam tempoh tersebut,kebanyakan responden (44.4%) menghadiri duakali latihan. Sebilangan besar (89%) respondenpernah menghadiri sekurang-kurangnya satulatihan. Hanya 11 % responden sah~a tidakpernah menghadiri sebarang kursus/lawatan.Sebab utama yang diberikan oleh golongan iniialah mereka tidak diundang atau tidak tahuadanya latihan tersebut. Sebab yang sama dikenalpasti oleh Vanaja dan Mazanah (1995) dalamkajian mereka. Dapatan ini menunjukkanpentingnya sistem komunikasi yang baik dalamsesebuah komuniti supaya maklumat ten tangkursus dan sebagainya dapat diketahui pendudukkeseluruhannya.

Peserta mengikut gender

Analisis ke atas empat kursus yang dilaporkansecara terperinci oleh responden menuJ"Uukanmajoriti peserta latihan adalah lelaki (Jadual 5).D'lpatan ini adalah berasaskan maklum balas

JADUAL 4Kekerapan responden menghadiri kursus dan

lawatan dalam tempoh sepuluh tahun

JADUAL 3Kursus dan lawatan yang dihadiri

responden mengikut tahun

1.91.9

48.1

38.53.81.91.91.9

Peratus

IADPAgensi Pertanian

Jabatan PertanianFAMARISDAJabatan PerikananJabatan Haiwan

Institusi lainINTAi'lPejabatDaerah

Penganjur

54 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 6 No.1 1998

Page 5: Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satu Kajian Kes

Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satll Kajian Kes

semua (aktiviti pertanian) isteri masing ii.masing pergi. Tapi masa buat lawatan,perempuan tak ada langsung nama! (PuanMaziah)

JADUAL 5Persepsi responden ten tang gender majoriti

peserta latihan(bagi empat kursus/lawatan yang telah

responden hadiri)

Penyertaan belia dalam latihan

Kesinambungan pembangunan bergantungkepada golongan belia. Majoriti (52.4%)responden melaporkan anaknanak mereka yangremaja (golongan belia) juga pernah menghadirikursus dan lawatan yang di anjurkan oleh IADP.Sebagai generasi pelapis yang bakal mengambilalih peranan ibu-bapa mereka, adalah w~ar

golongan ini dibekalkan dengan sikap,pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian.

Jenis latihan yang diikuti

Latihan yang dihadiri responden bolehdikategorikan sebagai kursus pertanian, bukanpertanian dan lawatan. Dari tahun 1985 sehinggatahun 1995, secara keseluruhannya, 74%responden pernah menghadiri kursus pertaniandan 70.5% bukan pertanian (Jadual 6).Responden paling kerap menghadiri kursus yangberkaitan dengan usaha mereka, iaitu bertani.Bagi kategori kursus pertanian, kursuspenanaman koko melibatkan paling ramairesponden (25.9%). Dapatan ini adalah konsistendengan status koko sebagai tanaman utama diPerlok.

Bagi kategori kursus bukan pertanian pula,penyertaan paling tinggi (48.1 %) ialah di dalamkursus motivasi yang di adakan di Langkawi. Kursuslain yang turut disertai ialah kepemimpinan,keorganisasian dan pengurusan kelompok. Dapatanini memt~ukkan selain datipada perkat"a berkaitandengan teknologi pertanian, aspek pengurusanjuga diberi perhatian. Dapatan ini adalah selarasdengan dapatan Ghazali et. at. 1992.

Keupayaan seseorang untuk membangundiri dan masyarakat adalah mustahak. Aspek ini

100o

Kursus/ Kursus/lawatan 3 lawatan 4(peratus) (peratus)

100o

Kursus/lawatan 2(peratus)

94.75.3

Kursus/lawatan 1(peratus)

Gendermajoritipeserta

Lelaki 100Wanita 0

daripada responden ten tang gender majoritipeserta latihan yang dihadirinya. Penyertaan yangtinggi oleh kaum lelaki berbanding denganwanita adalah kerana kebanyakan latihan yangditawarkan adalah berhubung dengan teknologipertanian. Hanya golongan lelaki diundanguntuk menyertai latihan yang berhubung denganteknologi pertanian. Sebagai contoh, kursusMenyimpan Rekod Ladang yang diperhatikanoleh penyelidik cuma dihadiri oleh peserta lelaki.Dapatan ini menunjukkan walaupun golonganwanita turut terlibat dalan aktiviti pertanian,bagi mereka peluang latihan mengenai perkaraini adalah terhad. Jelas Puan Maziah:

Kalau kursus perikanan, semua untuk lelaki.Pada hal macam saya, suami saya kerja.(Apabila) ikan mati-mati di rumah, entahapa sakit peningnya, kita yang di rumahyang perlu menguruskannya.

Oleh kerana suaminya bekelja sepenuhmasa, Puan Maziah, sepertijuga beberapa wanitalain di Perlok, mengusahakan sendiri projekikan air tawar. Walaupun beliau terpaksamenangani masalah berhubung dengan usahaini, Puan Maziah tidak berpeluang mengikutikursus berkaitan dengan pemeliharaan ikankerana kursus tersebut cuma terbuka kepadagolongan lelaki.

Golongan wanita di Perlok lebih berpeluangmengikuti latihan bukan berkaitan denganpertanian, seperti penyediaan dan pemprosesanmakanan. Kajian ini menunjukkan peluanglatihan dalam bidang pertanian bagi golonganwanita adalah terhad. Dapatan ini adalahkonsisten dengan dapatan Ainny et.at. 1991, sertaVanaja dan Mazanah, 1996. Mengikut tiga oranginforman wanita, oleh kerana mereka jugaterlibat dalam menjalankan aktiviti pertanian,mereka ingin tunn diberi peluang belajar perkaraberkaitan dengan teknologi pertanian. Perkaraini telah dicadangkan kepada pihak berkenaan:

... (tentang) wanita tak dihantar (kursusdan lawatan) tu, selalu saya cadangkan,saya kata sebab apa, petani bukan laki-lakiaje. Petani tennasuk kita wanita ni. Dia(lelaki) pergi menoreh getah, kita (wanita)pun menoreh juga. Macam tanam padi,petani lelaki tanam padi, isteri dia orangikut juga (tanam padi), menghempas padike, apa ke, tanam pisang ke, sayur ke,

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 6 No.1 1998 55

Page 6: Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satu Kajian Kes

Mazanah Muhamad dan Saidin Teh

mereka mempunyai dorongan unruk membangundiri.

jADUAL 7Sebab responden menyertai kursus dan lawatan

Kesemua responden mendapati kursus danlawatan yang mereka sertai berguna bagi mereka.Majoriti (87.8%) mengamalkan syor-syordiberikan. Keseluruhanya, responden mendapatikursus yang diikuti berguna bagi mereka unrukmenjalankan kehidupan seharian, baik bagimengusahakan projek (seperti koko dan pisang)atau sebagai ahli/pemimpin keluarga/masyarakat. Persepsi positif responden terhadapkursus yang telah mereka hadiri adalah sepertidalam Jadual 8.

diberi penekanan melalui kursus motivasi. Bagipembangunan kerohanian, pengetahuan agamayang mendalam diperlukan. Ke arah itu,mengikut informan, kelas agama fardu aindijalankan pada setiap minggu di masjid. Sekali­sekala, penceramah agama dari luar jugadijemput ke Perlok. Penyertaan penduduktempatan, terutamanya golongan tua dalamaktiviti keagamaan adalah menggalakkan.

Aktiviti lawatan sambil belajar pula telahdisertai oleh 48.3% responden. Lawatan tersebutadalah berkaitan dengan projek, seperti projekpertanian di Negeri Sembilan dan Melaka danprojek lembu di Kluang. Lawatan adalah pentinguntuk memberi pendedahan dan menarik minatpeserta ten tang teknologi dan amalan baru (VanDen Ban dan Hawkins, 1988).

MengajJa penduduk menyertai latihan dan apakahmanfaat diperolehi?

Majoriti responden (70.6%) menyertai kursusdan lawatan atas keinginan untuk mendapatkanpengetahuan (Tadual 7). Ini mencerminkan

Sebab

Ingin dapat pengetahuanGalakan dari pegawai agensiArahan dari pegawai agensiMengikut kawan

Peratus

70.619.6

7.82.0

jADUAL 6Senarai kursus dan lawatan responden dalam tempoh sepuluh tahun

Kategori

Kursus pertanian

jllmlah

Kursus bukanpertanian

jumlah

Lawatan

jllmlah

Tajuk

Kursus penanaman kokoKursus buah-buahankursus penanaman sayllranKursus ternakan ikan air tawarKlIrslis pengurusan ladangKurslls memandu traktorKursus pemprosesan koko

Kursus motivasiKlirsus kepemimpinanKursus keorganisasianKurslls kraftanganKursus pengurusan kelompokKursus usahawan

Lawatan ke Pulau Pinang dan KedahLawatan ke projek lembu di KluangLawatan ke Negeri Sembilan dan MelakaLawatan ke projek tanaman salak

Peratus*

25.914.111.1

7.47.43.73.7

74.0

48.17.43.73.73.73.7

70.5

18.514.811.13.7

48.3

* peratus tidak boleh dicampur disebabkan responden menjawab lebih daripada sekali

56 PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 6 No.1 1998

Page 7: Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satu Kajian Kes

Latihan Sebagai Strategi Pembangullan Mampan: Satu Kajian Kes

JADUAL 8Pendapat responden ten tang manfaat kursus

Kenyataan

Kursus menambah minat untuk menjalankan projekKursus menambah pengetahuan ten tang cara menjalankan projekKursus meningkatkan kemahiran cara menjalankan projekKursus memberikan saya kesangupan untuk menjalankan projekKursus membuatkan saya lebih melibatkan diri dalam aktiviti kelompokKursus memberi kesedaran tentang tannggungjawab saya kepada keluargaKursus memberi kesedaran ten tang tannggungjawab saya kepada masyarakatKursus memberi kel11ahiran kepimpinan kepada saya

Settuu (%)

10010096.3

10077.896.396.381.5

Inforl11an juga berpendapat kursus telahmemberi kesedaran, pengetahuan dankemahiran kepada l11ereka. Berikut dipenurunsedutan temu bual untuk menggambarkanmanfaat latihan daripada perspektif informan:

Encik Din mengenai Kursus Pentadbiran:

... kursus ini hasilnya ialah kesedaran.Kesedaran bagi diri sendiri ten tang keadaankita hari ini. Jadi (pada) pandangan saya,kursus yang semacam ini memanglahbaik.

Encik Abu mengenai Kursus PembangunanInsan:

Kursus Pembangunan Insan itu menyedarkandiri kita. Hendaklah kita ada kesabaran danpercaya pada diri kita sendiri akan kebolehandiri kita sendiri. Misal kata, kalau kita takpercaya diri kita sendiri, orang kata tanamkoko mendatangkan hasil, kita tak percayakita boleh tanam koko, maka tak jadilah(kita menanam koko).

Encik Badrul mengenai Kursus Kepimpinan:

Cuba kalau saya tak ada pengalaman kursus.Kalau saya dilantik orang mempengerusikanmajlis, mungkin saya tak boleh bercakap.

Penyelidik telah memerhati sekumpulan(lapan orang) wan ita menyediakan sos cili untukjualan. Mengikut mereka, teknik pemerosesandipelajari daripada pegawai Jabatan Penanian.Bukti ini menunjukkan melalui pengetahuandan kemahiran baru, suri rumah di Perlokberjaya menjadikan aktiviti pemprosesanmakanan sebagai punca perrdapatan sambilan.

Apa yang dipelajari daripada sesuatu kursusdan lawatan dimanfaatkan juga oleh orang lain.Contohnya, Encik Badrul telah memanjangkanapa yang dipelajarinya kepada keluarganya:

Apa yang saya perolehi daripada ceramah(agama yang diikutinya), yang penting danyang saya ingat, saya bawa dan beritahu isterisaya. Dengan anak-anak pula saya pesan,'tengok tadi dekat ceramah tadi apahukumnya orang tak sembahyang.' Tiap-tiapsaya keluar, begitulah saya akan sampaikankepada isteri dan anak-anak.

Penyelidik juga telah mengamati satu situasidi mana, melalui satu kursus seorang petanidapat berkongsi apa yang telah dipelajari olehnyadengan petani lain. Kursus Menyimpan RekodLadang ini telah dikendalikan oleh Encik Nasir,seorang petani maju di Perlok. Encik Nasirsendiri belajar menyimpan rekod ladangdaripada seorang pegawai pertanian. Beliaumengamalkan apa yang dipelajarinya. Daripadapenelitian penyelidik, buku rekod ladang EncikNasir disimpan dengan sistematik dan terperinci.Mengikut beliau, dia dapat mengusahakankebunnya dengan baik berpandukan syor-syoryang dipelajari daripada latihan dan khidmatnasihat yang diterimanya. Di atas keyakinannya,beliau bersedia berkongsi pengalaman danmemberi bimbingan kepada petani lain di Perlok.Antara yang dibimbingnya ialah beberapa oranganak muda tempatan.

Kebanyakan (64.7%) responden menyatakanada tindakan susulan selepas kursus sepertipegawai melawat projek yang petani jalankan,memberi maklum balas, dan memberi tunjukajar lanjutan (Jadual 9). Tindakan susulan yangdiambil oleh pegawai menyumbang ke arahkeberkesanan dan kemanfaatan latihan.

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 6 No.1 1998 57

Page 8: Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satu Kajian Kes

Ylazanah Muhamad dan Saidin Teh

JADUAL 9Tindakan susu]an oleh pegawai selepas

responden mengikuti kursus

Apakah saranan lanjut kepada usaha ini?

Majoriti responden (85.2%) me]aporkan merekamasih memerlukan latihan di masa akan datang.Jadual 10 menunjukkan senarai kursus yang

Sesl1atu ]atihan memberi pendedahankepada peserta tentang idea atau ama]an baru.Masa yang panjang diperlukan untuk seseorangmemahami dan seterusnya mengamalkan syortersebut dengan baik. Proses ini memerlukantunjuk ajar yang berlanjutan. Tunjuk ajar iniberlaku dalam pelbagai bentuk seperti ]awatanke projek yang dijalankan oleh peserta.Seterusnya, semasa peserta sendiri cubamengamalkan sesuatu syor, beliau mungkinmenghadapi sesuatu masalah. Jika beJiau terusdibimbing dan diberi maklum balas di peringkatini, proses pembe]ajaran akan lebih berkesan(Mazanah, 1987). Lawatan susulan yang kerapjuga memupuk perhubungan baik antarapendl1duk dengan pegawai agensi.

Tindakan

Tidak ada tindakan susulanMe]awat ke projekMemberi maklum balasMemberi tl1njuk ~ar ]anjutanBagi input untuk jalankan projek

Peratus

35.323.519.619.619.6

diperlukan oleh responden (yang melaporkanmasih memerlukan kursus). Lebih ramairesponden (60.8%) memerlukan kursus bukanpertanian berbanding dengan kursus pertanian.Hampir 19% penduduk di sini menternak ikanair tawar. Walau bagaimanapun, tidak ramaidaripada yang terlibat berjaya mendapatkeuntungan daripada usaha ini. Di sampingmasalah mendapatkan benih ikan, mengikutinforman, penternak kurang pengetahuan dankemahiran menguruskan usaha ini.

Hasil pertanian boleh diproses. O]eh itu kursuspascatuai seperti pemprosesan makanan adalahbersesuaian bagi penduduk Perlok. Un tukmengekalkan pembangunan, pertanian perludipelbagaikan. Pengetahuan dan kemahiranmengenai perniagaan, kraftangan dan sebagainyadapat menyediakan penduduk menceburi usahalain daripada pertanian. Beberapa orang penduduktelah mula berniaga dan melibatkan diri dalamprojek membuat kraftangan daripada rotan.

Di samping kursus berhubung denganaktiviti sumber pendapatan, kursus lain sepertikursus agama dan kepemimpinan juga masihdiperlukan oleh 21.7 % responden. Dapatan inimenunjukkan kesedaran penduduk tentangkeperluan ilmu yang boleh menyumbang kepadapembangunan yang menyeluruh; merangkumiaspek ekonomi dan sosial, serta jasmani danrohani.

Bagi beJia pula, responden mencadangkangolongan ini masih perlu dilatih dalam bidang

58

Kategori kursus

Pertanian

Jumlah

Bukan Pertanian

Jl1mlah

JADUAL 10Kursus yang masih diperlukan oleh responden

Jenis kursus

Kursus ternakan ikanKursus tanaman & cantuman buah-buahanKursus penanaman kokoKursus penanaman salak

Kursus keagamaanKursus kepimpinanKursus perniagaanKursus kraftanganKursus pemprosesan makananKursus pengurusan koperasiKursus perakaunan

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 6 No.1 1998

Peratus

13.0]3.08.74.3

39.0

13.08.78.78.78.78.74.3

60.8

Page 9: Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satu Kajian Kes

Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satu Kajian Kes

pertanian, perniagaan, mekanik, kraftangan,Bahasa Inggeris, kepemimpinan, dan keugamaan.Mengikut responden, antara sebab kursustersebut perlu bagi belia ialah supaya golonganini dapat menjalankan projek yang diusahakandengan jaya dan menjamin masa depan merekaOadual 11). Secara keseluruhanya, dapatan inimenunjukkan penduduk sedar keperluangolongan pelapis dibekalkan dengan ilmu dankemahiran supaya mereka dapat mengambil alihaktiviti pertanian yang sedang diusahakan olehpenduduk sekarang, meceburi bidang baruseperti perniagaan, memberi kepimpinan kepadagenerasi akan datang, dan mempertahankanbudaya hidup yang sedang diamalkan.

Jadual 11 juga memaparkan sebab utamamengapa responden sendiri masih memerlukankursus. Rasional yang diberikan oleh respondenmenunjukkan mereka sedar ten tang keperluanbelajar bagi memenuhi keperluan menjalankantanggung jawab diri (contohnya menjalankanprojek) keluarga dan masyarakat. Houle (1961)mengklasifikasi pelajar dewasa yang belajarbermotif memenuhi keperluan sendiri sebagaipelajar berorientasi matlamat.

Sebagai rumusan, keperluan pendudukPerlok untuk terus menimba ilmu dapat dilihatdari kenyataan Encik Alias:

Saya kalau tentang ilmu ini, saya tak pernahcukup. Kalau ada apa-apa tawaran, baik darisegi rumah, ekonomi, kerohanian, kesenian,dan sebagainya. Nabi pun kata "tuntutlahilmu sampai ke Negeri Cina". Sebab ilmu ini(adalah) bagaikan lautan yang tak bertepi.Jadi kalau kita rasa setakat mana ilmu yangkita dah perolehi itu dah cukup, saya rasabelum mencukupi.

Keperluan sedemikian adalah menggalakkan.Keperluan untuk belajar yang datang sendiridari mereka yang terlibat memberi lebih potensiuntuk kejayaan.

KESIMPUlAN

Berasaskan dapatan kajian, beberapa kesimpulandapat di buat:

Pertama, pihak IADP, agensi utama yangbertanggung jawab dalam pembangunan diKampung Perlok telah menganjurkan pelbagaikursus dan lawatan kepada peserta supaya merekadapat memainkan peranan aktif dalampembangunan. Sikap, pengetahuan dankemahiran yang bersesuaian yang bolehdiperolehi menerusi latihan merupakan elemenpenting pembangunan dan keberkekalannya(Human Development Report, 1992). Oleh itulatihan merupakan pelaburan jangka panjangke arah ini.

Kedua, penduduk sedar akan perlunya sikap,pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaianbagi membolehkan mereka berfungsi denganberkesan. Oleh yang demikian, mereka telahmengambil peluang mengikuti latihan yangditawarkan.

Ketiga, penduduk telah mendapat manfaatdaripada latihan yang diterima. Untukmemastikan apa yang dipelajari dapat diamalkan,tindakan susulan telah diambil oleh pegawaiagensi. Lawatan susulan mempertingkatkeberkesanan dan kemanfaatan latihan.

Keempat, di samping teknologi pertanian,penduduk juga dilatih mengenai perkara yangberhubung dengan pembangunan sumbermanusia dan pengurusan. Perkara tersebutadalah perlu untuk menjamin pembangunansecara menyeluruh dan seimbang.

Kelima, walaupun golongan wanita tunltterlibat dalam mengusahakan projek pertanian,peluang latihan mengenai perkara ini kepadamereka adalah terhad.

Keenam, latihan dan bimbingan yangdiberikan kepada golongan belia menyediakangenerasi pelapis ini untuk terus menyambungusaha pembangunan di Perlok.

JADUAL 11Perspektif responden ten tang sebab utama kursus di rasakan perlu

Sebab Peratus

Bagi golongan belia(n=14)

Bagi responden sendiri(n=23)

Menjalankan projek/tugas dengan baikMenjamin masa depan

Menjalankan projek/perniagaan dengan baikMempertingkat kebahagian keluarga/masyarakat

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 6 No.1 1998

28.621.4

65.28.7

59

Page 10: Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satu Kajian Kes

'-'Iazanah Muhamad dan Saidin Teh

Ketujuh, walaupun telah diberi pelbagaikursus dan lawatan, penduduk sedar masih adaruang lingkup bagi mereka memperbaiki diri.Mereka masih ingin belajar perkara yang bolehmenyumbang kepada peningkatan ekonomi dan

sosial.Kelapan, latihan merupakan usaha

pembangunan sumber manusia Kampung Perlok.Wujudnya peluang latihan yang secarakeseluruhannya dimanfaatkan oleh penduduk,dan kesediaan mereka untuk terus belajarmenunjukkan Perlok berpotensi untuk terus

membangun.

PENGHARGAAN

Kajian ini dibiayai oleh Universiti Putra Malaysiamelalui gran penyelidikan. Penulis mengucapkanterima kasih kepada Puan Wan Fauziah WanYusoff dan Encik Mustaffa Wan Ali yang telahmembantu dalam penyelidikan dan penyediaanawal artikel ini. Kamijuga menghargai keljasamayang diberikan oleh pegawai-pegawai IADPPahang Barat dan informan serta responden

kajian.

RUJUKAN

AIR\IY JOHARI, Hcs:\A SULAIMA:--:, j.-\RIAH MASCD,MAZA.\lAH MUHA\lAD, MASlTAH YATIM dan Ru\lAv,-\jOHARI. 1991. Report of case study on theintegration of productive roles of women inrural and agricultural development in jelebu,Negeri Sembilan, Malaysia. Projek biayaan FAOdan Kerajaan Malaysia.

ALBERTso:\, M.L., E.F. SH1:\:\ dan M. SHI:--::\. 1993. Amodel and pilot project for third -world villagedevelopment. Dalam P1'oceedings of theIntemational Confe1'ence on Sustainable VillageBased Development, ed. Albertson. M. dan Shinn,M. xx-xv. Fort Collins, Colorado: ColoradoState University.

BOGDA);, R. C. dan S. K. Biklen. 1982. QualitativeResearch f01' Education: An Introduction to Theol)'and Methods. Boston: Allyn and Bacon.

BCRGESS, R. G. 1985. In the Field, An Introduction toField Resea1'ch. Boston: George Allen andUnwin.

jOHI'STO:--:, W. B. dan A. H. PARKER. 1987. Workfroce2000: Work and Workers for the 21" Centwy.Indinapolis: Hudson Institute.

HOL:LE, C. O. 1961. The Inquiring Mind. Madison:University of Wisconsin P.-ess.

KERAJAAt'>l lVlAlAYSIA. 1996. Rancangan Malaysiake Tujuh, 1996-2000. Kuala Lumpur: PercetakanNasional Malaysia Berhad.

MARSHALL, C. dan G.B. ROSS\L-\:--:. 1989. DesigningQualitative Resea1'ch. Newbury Park: SagePublications.

MERRIAYI, S. B. 1998. Qualitative Resea1'ch and CaseStudy Applications in Education. San Francisco:j ossey Bass.

M.-\Z.-\:--':AH MUHA\lAD. 1987. Ralph W. Tylerfsperspectives on designing and facilitating adultlearning. Disertasi Ph.D., North CarolinaState University, Raleigh.

MAZA:--':AH Me'HA\IAD dan K-\YlARCZZA\IA..'\ Hj. ALIAS.1988. Pendidikan berterusan dalam konteksjabatan Pertanian. Kertas dibentangkan diSemina1' Kebangsaan Pendidikan Be1'terusan,Universiti Sains Malaysia, 24-26 Ogos, 1988.

MAZA:--':.-\.H MCHA\lAD dan S.-\.IDI); TEH. 1996. BeberapaPetunjuk Pembangunan Mampan. DalamRakan Kongsi, Komunikasi dan Media dalamPembangunan, ed. Mazanah Muhamad danEzhar Tamam, ms. 133 - 150. Serdang: PenerbitUniversiti Pertanian Malaysia.

MOHD. GHAZALI MOHAYJDli\', SAIDI" TEH, RosLiMCHA\t-\D, MAD NASIR SHAyISCDI:\, j!NAP SELAyLH,EDDIE CHIEW FOOK CHO:\G, ABD. H.-\LIYI HASHl\!,MOHD. IDRls ZAJ:--:AL ABIDI:\, F-\CZlAH ABc H-\SSA:--:,M--I.ZAXAH MUL-\.\lAD dan KH.-\.IRCDDI:\ IDRIS. 1992.Impek pemindahan teknologi koko di kalanganpekebun keci!. Projek biayaan KementerianPertanian Malaysia dan Universiti PertanianMalaysia.

SAJDI:" TEH, MAZAXAH MCHAyL-ill, DEREK SHEPHERD,MOHA.VIYL-ill SALLEH dan WAN FAUZlAH WAN YCSOFF.1993. Development Sustainability ThroughVillager Participation: A Malaysian Case. DalamPmceedings of the Intemational Conference onSustainable Village-Based Development, ed.Albertson. M. dan Shinn, M., ms. 2265-2278.Fort Collins, Colorado: Colorado StateUniversity.

SIED\lA...'\, I.E.1991. Intel1Jiewing as Qualitative Reseanh:A Guide for Researchers in Education and the SocialSciences. New York: Teachers College Press.

jORGEi\'SEi\', D .L.1989. Participant Observation: AMethodology f01' Human Studies. London: SagePublications.

UNITED NATIONS DEVELOPMEl\lT PROGRAMME.1992. Human Development Report 1992.Oxford: Oxford University Press.

60 PenanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 6 0.1 1998

Page 11: Latihan Sebagai Strategi Pembangunan Mampan: Satu Kajian Kes

Latihan Sebagai Strategi Pembangunan IVlampan: Sam Kajian Kes

VA:\.-\JA, B. dan MAZA0:AH Mt.:HA~L-\D. 1995. AksesWanita kepada Latihan di Sektor PekebunKeci1 Getah. Dalam Rakan Kongsi, KO'/7!unihasidan l\!Iedia dala:m Pembangunan, ed. MazanahMuhamad dan Ezhar Tamam, ms. 33 - 54.Serdang: Pen erbi tUn iversi ti Pertan ianMalaysia.

VA:\ DE:\ BA:\, A. W. dan H. S. H-\WKJ:\S. 1988.AfSl1cultumi Extension. Essex: Longman Scien tific& Technical.

WALKER, R. 1985. (ed.) Applied Qualitative Research.Vermont: Gower.

(Diterima 5 Mei 1998)

PertanikaJ. Soc. Sci. & Hum. Vol. 6 No.1 1998 61