12
MOHAMMAD F AKHRI BIN SHAMMIZUL 2013971 123 MOHD IDZHAM BIN ABDUL W AHAB 20139641 11

Pen Jaja Han

Embed Size (px)

DESCRIPTION

testing file

Citation preview

KESANNYA TERHADAP POLITIK, EKONOMI & SOSIAL

KESANNYA TERHADAP POLITIK, EKONOMI & SOSIALPENJAJAHANMOHAMMAD FAKHRI BIN SHAMMIZUL2013971123MOHD IDZHAM BIN ABDUL WAHAB2013964111Sistem politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu telah berubah kesan daripada kemasukan kuasa Inggeris di Tanah Melayu sejak abad ke-18.Penguasaan Inggeris ini juga telah mengakibatkan kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu ekoran daripada penghijrahan imigran Cina dan IndiaAkibatnya, timbullah penentangan masyarakatMalaysiaterhadap orang Inggeris kerana telah membawa pelbagai perubahan di Tanah Melayu.

PENGENALANSebelum campurtangan Inggeris di Tanah Melayu, sultan berkuasa mutlak untuk memerintah dan menguruskan hal-hal pentadbiran negara dan para pembesar berkuasa untuk memungut cukai daripada rakyat.Tetapi setelah kedatangan Inggeris di Tanah Melayu, kuasa-kuasa raja dan sultan telah terjejas.Kuasa raja menjadi terhad dan raja hanya boleh menyentuh hal-hal mengenai adat istiadat melayu dan hal-hal keagamaan sahaja.KESAN DARI SEGI POLITIKIni adalah ekoran daripada sistem corak pentadbiran baru yang telah diperkenalkan oleh pihak Inggeris iaitu Sistem Residen.Sistem Residen ini telah diperkenalkan oleh Inggeris di Perak pada tahun 1874 berikutan denganPerjanjianPangkor.Sistem ini kemudiannya diperkenalkan pula di Selangor pada tahun 1875, di Pahang 1888 dan Negeri Sembilan 1889.Sistem Residen ini adalah satu bentuk pentadbiran Inggeris yang dinamakan sebagai sistem pemerintahan tidak langsung di negeri-negeri Melayu.

Sultan terpaksa menerima seorang residen Inggeris yang dilantik bagi setiap negeri untuk menasihatinya dalam semua urusan pentabiran kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan adat istiadat dan hukum hakam agama Islam.Kuasa pentadbiran negeri sebenarnya terletak di tangan residen Inggeris tetapi mereka bertindak di atasnamasultan-sultan Melayu. Ini kerana, nasihat-nasihat yang diberikan oleh residen Inggeris hendaklah diterima oleh sultan-sultan MelayuSebelum campurtangan Inggeris, masyarakat Melayu mengamalkan sistem ekonomisaradiri dan apabila berlakunya perluasan kuasa Inggeris, sistem ekonomi komersil pula diperkenalkan.Sistem ekonomi komersial merujuk kepada lebihan hasil secara besar-besaran dan melibatkan banyak pihak yang memerlukan barang ekonomi yang berbeza antara satusamalain.KESAN DARI SEGI EKONOMIIni kerana Inggeris lebih menumpukan kegiatan ekonomi yang berorientasikan eksport.Ini telah mendorong pelabur2 asing ke Tanah Melayu dan membawa teknologi serta sistem pengurusan ekonomi.Penggunaan kapal korek dan pam kelikir telah digunakan bagi menggantikan teknik lama iaitu mendulang yang agakmerugikanMelalui teknologi baru yang dibawa oleh Inggeris menjadikan hasil pengeluaran bijih timah yang diperolehi lebih banyak dan cepat serta tidak perlu menggunakan tenaga buruh yang ramaiPembinaan jalan raya yang merentasi daerah pedalaman telah mewujudkan kawasan baru serta mewujudkan pembukaan bandar2 baru.Perusahaan getah diperkenalkan bagi menggantikan kopi.Teknik penorehan getah yang menggunakan teknologi yang lebih moden dan canggih telah membawa kepesatan kepada pengeluaran hasil getah.Perubahan sosial yang dibuat oleh Inggeris ialah perubahan dalam sistem pendidikan.Sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, pendidikan di Tanah Melayu bersifat tidak formal iaitu hanya terhad kepada pengajian Al-Quran dan keagamaanSelepas kedatangan Inggeris, sistem pendidikan di Tanah Melayu lebih bersifat perkauman @ vernakular kerana Inggeris tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dengan pendidikan guru dan ini membawa kepada perbezaan sukatan pelajaran antara kaum.KESAN DARI SEGI SOSIALIni bermaksud sukatan pendidikan antara sekolah2 melayu, cina danindiaadalah berbeza dan bagi masyarakat cina danindia,guru diambil dari negara asal.Masyarakat Melayu tidak mendapat pendidikan akademik yang sempurna seperti mana kaum2 lain dan mereka hanya mendapat ilmu kemahiran sahaja.Dasar yang telah dijalankan oleh orang inggeris ini sebenarnya telah menggalakkan kemasukan orang asing di tanah melayu bagi menjaga kebajikan mereka dan bagi meraih keuntungan ekonomi di tanah melayu.

Pekembangan pesat ekonomi berorientasikan eksport telah menyebabkan buruh-buruh asing telah dibawa dari pelbagai negara bagi memenuhi keperluan tenaga buruh.Kedudukan buruh asing pula telah mengubah komposisi kaum di Asia Tenggara sehingga mewujudkan jurang yang ketara dengan penduduk peribumi akibat perbezaan agama, bahasa, budaya, dan adat.Dasar ini diburukkan lagi oleh kuasa Barat yang menjalankan dasar pecah dan perintah yang menghalang wujudnya perpaduan kaumKesimpulannya, orang Eropah memang suka berperang dan gemar menjadikannya sesuatu itu miliknya. Tidak ada setahun berlalu dalam sejarah mereka tanpa mereka berlawan, tanpa mereka berperang. Keamanan tidak bermakna tidak berlawan, hanya tiada perang yang rasmi. Dan oleh itu hari ini sekali lagi mereka berbelanja wang demi keupayaan peperangan mereka hanya untuk berada dalam keadaan sedia dan untuk menggerunkan orang lain. Sekali-sekala mereka akan melontar bom dan peluru untuk memuaskan naluri perang mereka;(Mahathir Mohamad.:1999:165).KESIMPULAN