14
1 Rosni bin Samah 1 [email protected] 1 Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia PENDAHULUAN Kelemahan menguasai bahasa Arab dalam kalangan pelajar samada di peringkat sekolah mahupun universiti telah dibuktikan oleh beberapa penyelidik seperti Tarmizi (1997); Anida (2003); Zawawi et al. (2005); Naimah & Aini (2005); Kamarulzaman & Nik Rahimi (2005); Nasimah (2006); Ab. Halim (2007) (2009) Zarima et al. (2008); Mat Taib (2008); Kamarul Syukri (2009); Zawawi Ismail et al. (2011); M. Hanan (2011); Nur Amirah (2011) and Rosni Samah (2012), (2013). Antara sebab berlakunya kelemahan ini ialah mereka kurang menggunakan strategi pembelajaran bahasadan kurang kesedaran terhadapnya. Kenyataan ini dijelaskan oleh Anida (2003); Nurazan (2004); Kamarul Syukri (2009b); Sueraya et al. (2010) dan Mastura & Kaseh (2012). Mengikut kajian Abdul Halim (2005);Kamarulzaman et al. (2002); Azhar et al. (2008) dan Rosni Samah (2013) guru juga merupakan faktor kelemahan tersebut. Mereka lebih selesa menggunakan kaedah lama dan pembelajaran berpusatkan kepada guru.Mengikut kajian yang dijalankan oleh M. Fadli &M. Syukki Othman (2012) menunjukkan guru kurang memberi sumbangan dalam pencapaian pelajar. Bagi membantu dalam pencapaian penguasaan bahasa Arab, Ghazali Yusri et al. (2010) mencadangkan agar pengajaran kolaboratif dilaksanakan. Asmuni (2013); Nasibah Mukti (2013); Siti Nur Huda (2013); Nur Azrin Muhamad (2913); Nur Najwa Jamaluddin (2013); Nur Aisar Nurudin (2013); Siti Asiah Muhamad (2013) dan M. Abdul Latif (2013) mencadangkan supaya pelajar didedahkan dengan lebih banyak aktiviti-aktiviti bahasa bagi meningkatkan penguasaan mereka. Kaedah Imitasi Ibnu Khaldun dilihat mempunyai ciri-ciri ini dan menggabungkan beberapa kaedah pengajaran bahasa seperti kaedah koperatif, kaedah terus, kaedah komunikatif dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Ibnu Khaldun (1987) dalam bukunya “Mukaddimah“ membincangkan kaedah penguasaan bahasa yang bermula dengan pendengaran. Beliau mengambil contoh seorang tokoh linguistik Arab yang termashur, Sibawaih yang bukan dari keturunan Arab. Kaedah beliau ini boleh dibina sebagai suatu kaedah pembelajaran bahasa Arab untuk pelajar-pelajar bahasa Arab di Malaysia. Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza ISBN 978-967-5478-78-9

PENDAHULUAN - seminarpnparab2014.files.wordpress.com · mendengar bahasa yang ditutur oleh penutur dan menguasainya melalui latihan, ... 32 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang

  • Upload
    dinhbao

  • View
    236

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PENDAHULUAN - seminarpnparab2014.files.wordpress.com · mendengar bahasa yang ditutur oleh penutur dan menguasainya melalui latihan, ... 32 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang

1

Rosni bin Samah1

[email protected] 1Fakulti Pengajian Bahasa Utama,

Universiti Sains Islam Malaysia

PENDAHULUAN

Kelemahan menguasai bahasa Arab dalam kalangan pelajar samada di peringkat sekolah

mahupun universiti telah dibuktikan oleh beberapa penyelidik seperti Tarmizi (1997); Anida

(2003); Zawawi et al. (2005); Naimah & Aini (2005); Kamarulzaman & Nik Rahimi (2005);

Nasimah (2006); Ab. Halim (2007) (2009) Zarima et al. (2008); Mat Taib (2008); Kamarul

Syukri (2009); Zawawi Ismail et al. (2011); M. Hanan (2011); Nur Amirah (2011) and Rosni

Samah (2012), (2013).

Antara sebab berlakunya kelemahan ini ialah mereka kurang menggunakan strategi

pembelajaran bahasadan kurang kesedaran terhadapnya. Kenyataan ini dijelaskan oleh Anida

(2003); Nurazan (2004); Kamarul Syukri (2009b); Sueraya et al. (2010) dan Mastura &

Kaseh (2012). Mengikut kajian Abdul Halim (2005);Kamarulzaman et al. (2002); Azhar et al.

(2008) dan Rosni Samah (2013) guru juga merupakan faktor kelemahan tersebut. Mereka

lebih selesa menggunakan kaedah lama dan pembelajaran berpusatkan kepada guru.Mengikut

kajian yang dijalankan oleh M. Fadli &M. Syukki Othman (2012) menunjukkan guru kurang

memberi sumbangan dalam pencapaian pelajar.

Bagi membantu dalam pencapaian penguasaan bahasa Arab, Ghazali Yusri et al.

(2010) mencadangkan agar pengajaran kolaboratif dilaksanakan. Asmuni (2013); Nasibah

Mukti (2013); Siti Nur Huda (2013); Nur Azrin Muhamad (2913); Nur Najwa Jamaluddin

(2013); Nur Aisar Nurudin (2013); Siti Asiah Muhamad (2013) dan M. Abdul Latif (2013)

mencadangkan supaya pelajar didedahkan dengan lebih banyak aktiviti-aktiviti bahasa bagi

meningkatkan penguasaan mereka. Kaedah Imitasi Ibnu Khaldun dilihat mempunyai ciri-ciri

ini dan menggabungkan beberapa kaedah pengajaran bahasa seperti kaedah koperatif, kaedah

terus, kaedah komunikatif dan pembelajaran berpusatkan pelajar.

Ibnu Khaldun (1987) dalam bukunya “Mukaddimah“ membincangkan kaedah penguasaan

bahasa yang bermula dengan pendengaran. Beliau mengambil contoh seorang tokoh

linguistik Arab yang termashur, Sibawaih yang bukan dari keturunan Arab. Kaedah beliau ini

boleh dibina sebagai suatu kaedah pembelajaran bahasa Arab untuk pelajar-pelajar bahasa

Arab di Malaysia.

Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.

Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza • ISBN 978-967-5478-78-9

Page 2: PENDAHULUAN - seminarpnparab2014.files.wordpress.com · mendengar bahasa yang ditutur oleh penutur dan menguasainya melalui latihan, ... 32 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang

2

KAEDAH IMITASI

Ibnu Khaldun (1987) menyatakan bahawa bahasa merupakan kemahiran lidah yang boleh

dikuasai oleh penutur. Kunci bagi kemahiran bahasa ialah pendengaran. Penutur hendaklah

mendengar bahasa yang ditutur oleh penutur dan menguasainya melalui latihan, penggayaan,

ajukan dan tiruan. Dalam masa yang sama, persekitaran bahasa hendaklah dicipta. Begitu

juga aktiviti bahasa hendaklah dibangunkan.Madkur dan Iman Ahmad (2006) menghuraikan

lagi pandangan tersebut dengan membahagikan aktiviti bahasa kepada beberapa peringkat.

Hasil daripada penelitian pandangan beliau, dapat disimpulkan bahawa kaedah imitasi ini

mempunyai tiga pendekatan yang perlu dilaksanakan. Pertama, pengumpulan kosa kata dan

ayat. Kedua, pengukuhan dan ketiga aplikasi.

Tiga pendekatan ini boleh dihuraikan berdasarkan aktiviti yang telah menghasilkan

kejayaan seperti kajian-kajian yang telah dijalankan oleh (Mohammad Fauzi, 2012; Rohaizaf

2013; Shafirol Hafiz 2013 dan Amizan Hilmi 2013). Penjelasan kaedah Imitasi ini adalah

seperti di bawah:

Pendekatan Sasaran Aktiviti Bahan

Perilaku dalam

usaha

pengajaran dan

pembelajaran

bahasa

Kosa kata dan

frasa

Aktiviti yang

menyumbang

dalam

melaksanakan

pendekatan dan

perolehan

bahasa

Bahan-bahan

yang

membekalkan

bahasa

Pendekatan pengumpulan mempunyai empat perilaku, iaitu mencari, mencatat,

bertanya dan merujuk. Pendekatan ini perlu dijalankan dalam pelbagai aktiviti seperti

pembacaan, pendengaran, interaksi dan penulisan seperti yang dicadangkan oleh pengkaji

seperti Mahmud Mohamad Ali & Nursabila Muhamad (2011); Tinggari (2011); Daud (2011);

dan Yasir & Rahmah (2011). Begitu juga, ia memerlukan bahan-bahan bahasa Arab seperti

buku teks, buku bacaan sampingan, majalah, surat khabar, bahan-bahan iklan, internet, radio,

televisyen, bahan rakaman dan video. Nurhamimi Zainul Abidin & Muhamad Fiham

Muhammad Ghalib (2012) menjelaskan tentang keberkesanan penggunaan bahan-bahan

tersebut. Dalam masa yang sama, ia memerlukan interaksi seperti berinteraksi dengan rakan,

guru, penutur dan merujuk kamus. Dalam pendekatan pengumpulan, pelajar hendaklah

mencari kosa kata dan frasa yang selalu digunakan dalam bahan berbahasa Arab dan

mencatatkannya ke dalam buku catatan. Seterusnya, pelajar hendaklah bertanya orang kedua

atau merujuk kamus bagi mengetahui makna dan penggunaannya yang sebenar. Kajian Nur

Malihah Miswan (2013) dan Farah Wahidah (2013) menunjukkan pelajar yang berjaya selalu

merujuk kamus bagi menambahkan penguasaan bahasa Arab mereka.

Page 3: PENDAHULUAN - seminarpnparab2014.files.wordpress.com · mendengar bahasa yang ditutur oleh penutur dan menguasainya melalui latihan, ... 32 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang

3

Pendekatan pengukuhan pula, mempunyai lapan perilaku iaitu menghafal, mengajuk,

berinteraksi, mencatat semula, mengulangi, memperbaiki kesalahan, menterjemah, dan

membina ayat. Bagi mencapai hasilnya, ia perlu dilaksanakan dalam aktiviti pembacaan,

pendengaran, interaksi atau komunikasi dan penulisan. Pendekatan pengukuhan juga

memerlukan bahan-bahan berbahasa Arab seperti dalam pendekatan pengumpulan di atas.

Dalam pendekatan pengukuhan ini, pelajar hendaklah berusaha untuk mengingati kosa kata

dan frasa yang diperolehi daripada pendekatan pertama melalui aktiviti perilaku. Penyelidik

seperti Ain Nabihah Ahmad (2011); Ismail (2011); Nadwah Ibrahim (2011); Yayan

Nurbayan (2011); Khadijah Salma (2011); Nur Khadijah (2012); M. Fauzi (2012); Rohaizaf

(2013); Rosni et al. (2013); Amizan (2013); Shafirol (2013); NurFazila Ismail (2013);

Harnani Abu Bakar (2013); and Azlan (2013) telah membuktikan keberkesanan penggunaan

perilaku di atas.

Pendekatan penggunaan pula, mempunyai sembilan perilaku iaitu berkomunikasi,

berinteraksi, membentang, mempersembah, beraktiviti, menterjemah, menulis, mendengar

dan membaca. Pendekatan ini hendaklah dijalankan dalam persekitaran bahasa yang

membolehkan pelajar menggunakan bahasa Arab sepenuhnya. Persekitaran bahasa hendaklah

diwujudkan bagi memenuhi tuntutan tersebut. Kajian Mahmud Mohamad Ali & Nursabila

Muhamad (2011); Tinggari (2011); Daud (2011); and Yasir & Rahmah (2011) menunjukkan

persekitaran bahasa memainkan peranan penting dalam membantu penguasaan bahasa. Bagi

menjayakan pendekatan penggunaan ini, pelajar hendaklah menggunakan kosa kata dan frasa

yang telah dikumpul dan diperkukuhkan dalam pelbagai aktiviti bahasa dan persekitaran

dengan lancar, seolah-olah mereka sudah pun menguasai bahasa tersebut dengan sepenuhnya.

Kajian Nur Khadijah (2012); Ismail (2011); Nadwah Ibrahim (2011); Yayan Nurbayan

(2011) dan Khadijah Salma (2011) menunjukkan pelajar akan dapat mempertingkatkan

penguasaan bahasa melalui kebiasaan menggunakannya. Contoh pelaksanaan ketiga-tiga

pendekatan tersebut seperti di bawah:

Pendekatan Perilaku Sasaran Aktiviti Bahan

Pengumpulan Mencari يعالج Pembacaan Surat Khabar

Pengukuhan Mengulangi الطبيب يعالج

المريض

يعالج الكتاب قضية

المجتمع

Penulisan Buku Catatan

Penggunaan Komunikasi سنعالج هذه القضية

بإرشادات من

األساتذة

Kem. Bahasa Rakan

Kaedah imitasi ini telahpun membuktikan kejayaannya melalui kajian yang telah dijalankan

oleh Yayan Nurbayan (2011), Mohammad Fauzi (2012), Rohaizaf (2013), Safirol Hafiz

(2013) dan Amizan Hilmi (2013). Kajian mereka menunjukkan penggunaan pendekatan

Page 4: PENDAHULUAN - seminarpnparab2014.files.wordpress.com · mendengar bahasa yang ditutur oleh penutur dan menguasainya melalui latihan, ... 32 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang

4

imitasi atau muhakat dapat meningkatkan pencapaian bahasa pelajar. Dalam penggunaan

bahasa Arab dalam situasi sebenar, Muhamad Thaqif (2013) dan Ibrahim Adisola (2013)

mencadangkan supaya persekitaran bahasa dianjurkan. Nik Hazwani (2012), Nur Farhana

(2012), Haslina (2013), Siti Asiah (2013), Muhamad Faris (2012), Ruzila Zakaria (2013),

Muhamad Farid (2013), Ibrahim Adisola (2013) dan Muhamad Thaqif (2013) menyatakan

bahawa pelajar yang selalu menggunakan bahasa dalam situasi sebenar dapat

mempertingkatkan bahasa mereka. Bertolak daripada dapatan kajian-kajian inilah, kaedah

Imitasi dibina bagi membantu pelajar bahasa Arab menguasai bahasa Arab dengan baik.

Perincian kaedah Imitasi adalah seperti di bawah (Rosni Samah, 2014b):

Pendekatan Sasaran Perilaku Aktiviti Bahan Keperluan

pengumpulan Kosa kata

frasa

Mencari Pembacaan,

Pendengaran,

Interaksi,

Penulisan

Pelbagai

bahan

bacaandan

pendengaran

dalambahasa

Arab

Buku catatan

Mencatat

Bertanya Guru,

Rakan,

Penutur

Merujuk

kamus

Pengukuhan Kosa kata

frasa

Menghafal

Pembacaan,

Pendengaran,

Interaksi,

Penulisan

Pelbagai

bahan dalam

bahasa Arab,

Guru,

Rakan,

Penutur,

Kamus,

Buku

rujukan,

ICT

Buku

catatan,

Rujukan,

Aktiviti

bahasa

Mengajuk

Berinteraksi

Mencatat

Menggulangi

Memperbaiki

kesilapan

Menterjemah

Membina ayat

Penggunaan Kosa kata

Frasa

Berkomunikasi

Berinteraksi

Aktiviti

Bahasa,

Persekitaran

Pelbagai

bahan dalam

bahasa Arab,

Persekitaran

Bahasa,

Aktiviti

Page 5: PENDAHULUAN - seminarpnparab2014.files.wordpress.com · mendengar bahasa yang ditutur oleh penutur dan menguasainya melalui latihan, ... 32 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang

5

Membentang

Mempersembah

Beraktiviti

Menterjemah

Menulis

Mendengar

Membaca

bahasa Guru,

Rakan,

Penutur,

Kamus,

Bukurujukan,

ICT, Web

bahasa

Daripada huraian di atas, kaedah imitasi ini boleh dirumuskan kepada empat perkara utama:

Pendengaran merupakan asas kemahiran.

Tingkah laku yang perlu dijalankan oleh guru dan pelajar.

Bahasa sasaran iaitu kosa kata dan frasa.

Aktiviti bahasa.

Bahan rujukan.

PERLAKSANAAN

Untuk melaksana kaedah ini, ia memerlukan tindakan guru dan pelajar, bahan rujukan,

aktiviti dan bahasa sasaran. Guru hendaklah memainkan peranan sebagai fasilitator yang

menggerakkan aktiviti. Pelajar hendaklah melaksanakan aktiviti pembelajaran mengikut

bimbingan guru. Ini bermaksud pelajar lebih berinteraksi sesama mereka dan juga dengan

guru. Bahan rujukan yang diperlukan hendaklah disediakan terlebih dahulu bagi

memudahkan proses pembelajaran. Kamus dan juga bahan-bahan untuk mendapatkan

sokongan bahasa perlu dibekalkan. Aktiviti pembelajaran juga perlu disusun terlebih dahulu

supaya proses pembelajaran berjalan lancar. Bahasa sasaran, iaitu kosa kata dan ayat

hendaklah dipilih mengikut keperluan.

Bagi melancarkan aktiviti, guru hendaklah membahagikan pelajar-pelajar kepada

beberapa kumpulan kecil seperti pembelajaran kooperatif. Melalui kumpulan tersebut, pelajar

boleh berinteraksi sesama ahli kumpulan dan juga boleh merentasi kumpulan. Semasa proses

pembelajaran berlangsung, guru hendaklah sentiasa mengawasi proses pembelajaran dan

bersedia membantu pelajar dan turut berinteraksi. Dapatan perbincangan hendaklah dibentang

oleh wakil kumpulan untuk manfaat semua pelajar.

Dalam proses pembelajaran ini, guru hendaklah menekankan pendekatan mencari

kosa kata dan ayat baharu, melatih pelajar mengukuhkan kosa kata dan ayat tersebut dan

akhirnya menggunakannya. Pelajar pula hendaklah sentiasa melaksanakan saranan guru. Bagi

Page 6: PENDAHULUAN - seminarpnparab2014.files.wordpress.com · mendengar bahasa yang ditutur oleh penutur dan menguasainya melalui latihan, ... 32 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang

6

menjayakan kaedah ini guru bolehlah menggunakan pendekatan di bawah bagi melancarkan

proses pembelajaran:

Pengumpulan

1 Membimbing pelajar mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti bacaan

daripada bahan buku teks.

2 Membimbing pelajar mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti bacaan

daripada bahan majalah Arab.

3 Membimbing pelajar mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti bacaan

daripada bahan surat khabar Arab.

4 Membimbing pelajar mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti bacaan

dari bahan-bahan iklan.

5 Membimbing pelajar mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti bacaan

daripada bahan melalui internet.

6 Membimbing pelajar mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti bacaan

daripada bahan kartun.

7 Membimbing pelajar mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti

pendengaran melalui radio.

8 Membimbing pelajar mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti

pendengaran melalui televisyen.

9 Membimbing pelajar mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti

pendengaran melalui bahan rakaman.

10 Membimbing pelajar mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti

pendengaran melalui interaksi.

11 Membimbing pelajar mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti interaksi

dengan rakan.

12 Membimbing pelajar mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti interaksi

dengan guru.

13 Membimbing pelajar mencari kosa kata dan frasa melalui aktiviti-aktiviti interaksi

dengan penutur.

14 Membimbing pelajar mencatat kosa kata dan frasa yang diperolehi daripada bahan

bacaan.

15 Membimbing pelajar mencatat kosa kata dan frasa yang diperolehi daripada bahan

pendengaran.

16 Membimbing pelajar mencatat kosa kata dan frasa yang diperolehi daripada

interaksi.

Page 7: PENDAHULUAN - seminarpnparab2014.files.wordpress.com · mendengar bahasa yang ditutur oleh penutur dan menguasainya melalui latihan, ... 32 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang

7

17 Membimbing pelajar bertanya guru tentang kosa kata dan frasa melalui bahan

pembacaan.

18 Membimbing pelajar bertanya guru tentang kosa kata dan frasa melalui bahan

pendengaran.

19 Membimbing pelajar bertanya guru tentang kosa kata dan frasa melalui interaksi.

20 Membimbing pelajar bertanya guru tentang kosa kata dan frasa melalui penulisan.

21 Membimbing pelajar bertanya rakan tentang kosa kata dan frasa melalui aktiviti

pembacaan.

22 Membimbing pelajar bertanya rakan tentang kosa kata dan frasa melalui aktiviti

pendengaran.

23 Membimbing pelajar bertanya rakan tentang kosa kata dan frasa melalui aktiviti

interaksi.

24 Membimbing pelajar bertanya rakan tentang kosa kata dan frasa melalui aktiviti

penulisan.

25 Membimbing pelajar bertanya penutur tentang kosa kata dan frasa melalui aktiviti

pembacaan.

26 Membimbing pelajar bertanya penutur tentang kosa kata dan frasa melalui aktiviti

pendengaran.

27 Membimbing pelajar bertanya penutur tentang kosa kata dan frasa melalui aktiviti

interaksi.

28 Membimbing pelajar bertanya penutur tentang kosa kata dan frasa melalui aktiviti

penulisan.

29 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang kosa kata dan frasa melalui aktiviti

pembacaan.

30 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang kosa kata dan frasa melalui aktiviti

pendengaran.

31 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang kosa kata dan frasa melalui aktiviti

interaksi.

32 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang kosa kata dan frasa melalui aktiviti

penulisan.

Pengukuhan

33 Menggalakkan pelajar mengahafal kosa kata dan frasa melalui pembacaan.

Page 8: PENDAHULUAN - seminarpnparab2014.files.wordpress.com · mendengar bahasa yang ditutur oleh penutur dan menguasainya melalui latihan, ... 32 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang

8

34 Menggalakkan pelajar mengahafal kosa kata dan frasa melalui pendengaran.

35 Menggalakkan pelajar mengahafal kosa kata dan frasa melalui interaksi.

36 Menggalakkan pelajar mengahafal kosa kata dan frasa melalui penulisan.

37 Menggalakkan pelajar mengajuk kosa kata dan frasa melalui pembacaan.

38 Menggalakkan pelajar mengajuk kosa kata dan frasa melalui pendengaran.

39 Menggalakkan pelajar mengajuk kosa kata dan frasa melalui interaksi.

40 Menggalakkan pelajar mengajuk kosa kata dan frasa melalui penulisan.

41 Menggalakkan pelajar berinteraksi dengan kosa kata dan frasa melalui pembacaan.

42 Menggalakkan pelajar berinteraksi dengan kosa kata dan frasa melalui pendengaran.

43 Menggalakkan pelajar berinteraksi kosa kata dan frasa melalui interaksi.

44 Menggalakkan pelajar berinteraksi dengan kosa kata dan frasa melalui penulisan.

45 Menggalakkan pelajar mencatat semula kosa kata dan frasa melalui pembacaan.

46 Menggalakkan pelajar mencatat semula kata dan frasa melalui pendengaran.

47 Menggalakkan pelajar mencatat semula kosa kata dan frasa melalui interaksi.

48 Menggalakkan pelajar mencatat semula dengan kosa kata dan frasa melalui

penulisan.

49 Menggalakkan pelajar mengulangi kosa kata dan frasa melalui pembacaan.

50 Menggalakkan pelajar mengulangi kata dan frasa melalui pendengaran.

51 Menggalakkan pelajar mengulangi kosa kata dan frasa melalui interaksi.

52 Menggalakkan pelajar mengulangi dengan kosa kata dan frasa melalui penulisan.

53 Menggalakkan pelajar memperbaiki kesilapan kosa kata dan frasa melalui

pembacaan.

54 Menggalakkan pelajar memperbaiki kesilapan kata dan frasa melalui pendengaran.

55 Menggalakkan pelajar memperbaiki kesilapan kosa kata dan frasa melalui interaksi.

56 Menggalakkan pelajar memperbaiki kesilapan dengan kosa kata dan frasa melalui

penulisan.

57 Menggalakkan pelajar menterjemah kosa kata dan frasa melalui pembacaan.

Page 9: PENDAHULUAN - seminarpnparab2014.files.wordpress.com · mendengar bahasa yang ditutur oleh penutur dan menguasainya melalui latihan, ... 32 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang

9

58 Menggalakkan pelajar menterjemah kosa kata dan frasa melalui pendengaran.

59 Menggalakkan pelajar menterjemah kosa kata dan frasa melalui interaksi.

60 Menggalakkan pelajar menterjemah kosa kata dan frasa melalui penulisan.

61 Menggalakkan pelajar membina ayat melalui kosa kata dan frasa melalui

pembacaan.

62 Menggalakkan pelajar membina ayat melalui kosa kata dan frasa melalui

pendengaran.

63 Menggalakkan pelajar membina ayat melalui kosa kata dan frasa melalui interaksi.

64 Menggalakkan pelajar membina ayat melalui kosa kata dan frasa melalui penulisan.

Penggunaan

65 Meminta pelajar menggunakan kosa kata dan frasa semasa aktiviti berkomunikasi.

66 Meminta pelajar menggunakan kosa kata dan frasa semasa aktiviti berinteraksi.

67 Meminta pelajar menggunakan kosa kata dan frasa semasa aktiviti pembentangan.

68 Meminta pelajar menggunakan kosa kata dan frasa semasa aktiviti persembahan.

69 Meminta pelajar menggunakan kosa kata dan frasa semasa beraktiviti.

70 Meminta pelajar menggunakan kosa kata dan frasa semasa menterjemah.

71 Meminta pelajar menggunakan kosa kata dan frasa semasa menulis.

72 Membantu pelajar memahamidengan baik kosa kata dan frasa semasa mendengar.

73 Membantu pelajar memahamidengan baik kosa kata dan frasa semasa membaca.

Pendekatan ini telah mendapat persetujuan 100% daripada seramai 30 orang guru

bahasa Arab yang berpengalaman lebih sepuluh tahun. Ia boleh digunakan untuk

perlaksanaan dalam proses pembelajaran untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Arab.

Turut dipilih bagi menguatkan penggunaan pendekatan ini 70 orang pelajar cemerlang tahun

akhir dari Program Bahasa Arab dan Komunikasi, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, USIM.

Hasil kajian menunjukkan pendekatan ini kerap digunakan oleh pelajar-pelajar cemerlang

bahasa Arab dengan mean kekerapan 3.794 bagi bahagian pengumpulan, 3.6408 bagi

bahagian pengukuhan dan 3.7324 bahagian aplikasi. Keseluruhan mean penggunaan ialah

Page 10: PENDAHULUAN - seminarpnparab2014.files.wordpress.com · mendengar bahasa yang ditutur oleh penutur dan menguasainya melalui latihan, ... 32 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang

10

3.7224. Ini menunjukkan strategi tersebut berjaya meningkatkan penguasaan bahasa Arab

Mereka (Rosni Samah, 2014d).

PENUTUP

Mengikut kaedah Ibnu Khaldun, pendengaran merupakan asas utama kemahiran. Pelajar

hendaklah didedah dengan pendengaran. Daripada pendengaran pelajar akan dapat menguasai

bahasa dengan baik. Ini jelas dapat dilihat kepada kanak-kanak yang mula bercakap bahasa

ibunda. Mereka mula mendengar bahasa yang dituturkan. Daripada pendengaran, mereka

mula mengajuk perkataan dan ayat yang digunakan. Hasil daripada sentiasa mengajuk,

mereka dapat membina kemahiran berbahasa.

Mengikut kaedah beliau lagi, tingkah laku memainkan peranan penting dalam

membina kemahiran berbahasa. Tingkah laku ini ialah pendekatan yang boleh menyemai

kemahiran, iaitu pendekatan pengumpulan, pengukuhan dan aplikasi. Bahasa sasaran turut

dititikberatkan, iaitu kosa kata dan ayat yang selalu digunakan dalam pelbagai bidang. Kosa

kata dan ayat ini dapat dikumpul melalui pendekatan di atas. Aktiviti bahasa juga disarankan

supaya dibentuk bagi memudahkan pelajar menggunakan bahasa dalam suasana sebenar.

Selain itu, bahan rujukan diperkatakan kerana ia merupakan bahan yang menyediakan bahasa

untuk dipelajari dan dikuasai.

Dapatan ini menunjukkan proses pengajaran bahasa hendaklah dimulakan dengan

pendengaran serta diikuti dengan tingkah laku perolehan untuk perolehan bahasa sasaran. Ia

perlu dijalankan dalam pelbagai aktiviti.

RUJUKAN

Ab. Halim Mohamad. (2007). Masalah Komunikasi Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Bacelor

Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Prosiding Seminar Penyelidikan Dalam Pengajian

Islam Ke-4 2007.

Ab. Halim Mohammad. (2009). Tahap Komunikasi dalam Bahasa Arab dalam Kalangan

Pelajar Sarjana Muda Bahasa Arab di IPTA Malaysia. Journal of Islamic and Arabic

Education 1(1).

Ab. Halim Mohamad. (2005). Kelayakan Guru Bahasa Arab dalam Pengajaran Bahasa Arab:

Satu Kajian Kes. Prosiding Wacana Pendidikan Islam Siri 4.

Ain Nabihah Ahmam. (2011). Tayin Akhta’ Lughawiyah fi Jumlah Arabiyah lada Talamiz al-

Sanah al-Rabiah bi al-Madaris al-Thanawiyah al-Diniyah bi Wilayah Selangor. BA

thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.

Amizan Hilmi. (2013). Turuq Tadrib Maharah Kalam lada Mutanadzirin bil Madaris

Thanawiah fi Malizia. MA thesis. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.

Anida Abd.Rahim. (2003). Strategi Pembelajaran Bahasa Arab di Kalangan Pelajar Melayu,

Tesis Sarjana, Universiti Malaya, K.Lumpur.Asmuni Zumrah. (2013). Khauf fi

Takdim bi Lughah Arabiah: Talabah Thanah Thaniah Barnamij Lughah Arabiah

FPBU. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of

Malaysia.

Page 11: PENDAHULUAN - seminarpnparab2014.files.wordpress.com · mendengar bahasa yang ditutur oleh penutur dan menguasainya melalui latihan, ... 32 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang

11

Azhar Hj. Ahmad, Hosen Marip dan Morsalin Pawi. (2008). Kajian Tinjauan Pelaksanaan

Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Sekolah Menengah di Negeri Sarawak.

Prosiding Wacana Pengajian Islam , Siri 6.

Azhar Muhammad. 2014. Istikhdam Tariqah Tawasuliyyah fi Ta’lim Arabiyyah li Natiqina bi

Ghairiha. Ph.D Thesis. Faculty of Major Languages, Nilai: Islamic Science University

of Malaysia.

Azlan bin Saif Baharum. (2013). Akhta’ Lighawiyah Syai’ah fi Ta’bir Kitabi Wadzifi lada

Talabah Mutkhassisin fi Lughah Arabiah fi Jamiaat Hukumiah Maliziah. Ph.D thesis.

Nilai: Islamic Science University of Malaysia.

Daud Abdul Kadir. (2011). Ittijahat Jadidah fi Mualajah Mushkilat al-Kalam lada Mutaallimi

al-Lughat al-Ajnabiyah. Prosiding Language & Education Conference 2011, 554-589.

Farah Wahidah Muhamad Nur, 2013, Daur Mu’alim fi Iksab Tullab Maharat Kalam, B.A

thesis, Faculty of Major Languages, Nilai: Islamic Science University of Malaysia.

Harnani Abu Bakar, (2013), Istiratijiah Tanmiah Tharwiyyah Lughawiyyah lada Talabah

Thasan Rabiah Kuliah Dirasaat Lughah Raisah bi USIM. BA thesis. Faculty of Major

Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.

Haslina Abdul Ghani. (2013). Asar Mumarathah Lughah Arabiyyah fi Takwiyyah Maharah

Muhadathah lada Tolabah Sanah Rabiah Kulliyyah Lughaat Raisah fi bi Jamiah Ulum

Islamiyyah Maliziyyah. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic

Science University of Malaysia.

Ibnu Khaldun. (1987). Muqaddimah Ibnu Khaldun. Beirut: Dar Qalam.

Ibrahim Adisola. (2013). Mushilaat allati Yuwajihuha Tolabah fi Thahathdus bi Lughah

Arabiyyah. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science

University of Malaysia.

Ismail, Hasanain Ahmad. (2011). Al-Lughah al-Arabiyah li al-Natiqin bi Ghayriha Bayna

Tacallum wa Takallum fi al-Jamiah al-Islamiyah al-Alamiyah. Prosiding Seminar

Antarabangsa Bahasa CELPAD, UIA.

Kamarul Shukri Mat Teh, 2009b, Korelasi Strategi Dengan Motivasi Dalam Pembelajaran

Bahasa Arab, Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 24, 109–123.

Kamarul Shukri Mat Teh. (2009). Penggunaan Strategi Pembelajaran Bahasa Arab dalam

kalangan pelajar sekolah menengah agama. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Kamarulzaman Abdul Ghani dan Nik Mohamad Rahimi. (2005). Menilai Kebolehbacaan

Buku Teks Bahasa Arab Tinggi: Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Membaca

Pelajar. Prosiding Wacana Pendidikan Islam, Siri 4, 345-354.

Kamarulzaman Abdul Ghani, Khadijah Abdul Razak dan Mohd Amin Embi. (2002). Tahap

Profesionalisme Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di Sekolah Menengah

Agama Negeri (SMAN) di Kelantan. Prosiding Seminar Kebangsaan Profesion

Perguruan.

Khadijah Salma Ahmad Ali. (2011). Anshitah Musaidah fi Taallum Lughah Arabiyah lada

Talabah al-Sanah al-Thalithah bi BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai

Islamic Science University of Malaysia.Kulliyah Dirasat al-Lughat al-Ra’isah bi

Jamicah al-Ulum al- Islamiyah al-Maliziyah.

Madkur, Ali Ahmad dan Iman Ahmad. (2006). Talim Lughah Arabiyah li Ghayr al-Natiqin

Biha: Nazariyah wa Tatbiq. Al-Qahirah: Dar al-Fikr.

Mahmud Mohamad Ali dan Nur Sabila Muhamad Ali. (2011). Dawr Nashat Munazarah fi

Tanmiyah Maharah Lughah Arabiyah. Prosiding International Language Conference

2011. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Page 12: PENDAHULUAN - seminarpnparab2014.files.wordpress.com · mendengar bahasa yang ditutur oleh penutur dan menguasainya melalui latihan, ... 32 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang

12

Mastura & Kaseh. 2012. Penggunaan Strategi Pembelajaran Kemahiran Bertutur Bahasa

Arab: Kajian Di Pusat Asasi Uiam, Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan

Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12). Banggi: UKM.

Mat Taib Pa. (2008). Isu-isu pengajaran bahasa dan kesusasteraan Arab di institut pengajian

tinggi. Prosiding Seminar Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Arab di Institut

Pengajian Tinggi Malaysia. Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam, FPI UKM.

Mohd Fadzli Ismail & Mohd Sukki Othman. 2012. Faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian

Pelajar Dalam Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab: Satu Tinjauan Di Smap

Kajang. Banggi: UKM.

Mohd Fauzi Abdul Hamid. (2012). Istiratijiyah al-Muhakat wa Turuquha fi Taclim al-Insya’

wa Tacallumihi ala Mustawa al-Shahadah al-Diniyah al-Maliziyah (STAM). MA

thesis, Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.

Muhamad Abdul Latif b. Nasir, 2013, Istikhdam Lughah Arabiah fi Hayat Yaumiah lada

Talabah Kuliah Sanah Thaniah bi Kuliah Dirasaat Raisah Takhasus Lughah Arabiah

wa Ittisalaat Namuzajan, BA thesis, Faculty of Major Languages, Nilai: Islamic

Science University of Malaysia.

Muhamad Hanan. (2011). Asbab Khawf lada Talabah Jamiah Malaya fi Kulliyah Islamiyah fi

Muhadathah. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science

University of Malaysia.

Muhamad Thaqif. (2013). Barnamij Takwiyah Lughah Arabiyyah wa Dauruhu fi Iktisab

Lughah Arabiyyah lada Tolabah Sanah Thaniah bi Kulliyyah Qiadah wa Idarah. BA

Thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.

Muhammad Farid. (2013). Alaab Lughawiyyah wa Dauruha fi Raf Mustawa Tolabah li

Iktisab Tharwah Lughahwiyyah Arabiyyah. BA thesis. Faculty of Major Languages.

Nilai: Islamic Science University of Malaysia.

Muhammah Faris. (2012). Istiratijiyyah Taalumi Mufradaat Lughah Arabiyyah lada Tolabah

Kulliyyah Lughaat Raisah bi Jamiah Ulum Islamiyyah Maliziyyah. BA thesis. Faculty

of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of Malaysia.

Nadwah Ibrahim. (2011). Istikhdam Istiratijiyat Ta’allum lada Jami

ciyin Natiqin bi Ghayr

Lughah Arabiyah. Majallah Dirasat Lughawiyah wa Adabiyah. 2 p. 135-145.

Naimah, A., & Aini, A. (Cartographer). (2005). Kajian Tentang Persepsi Pelajar UiTM

Terhadap Kepentingan Bahasa Ketiga di UiTM.

Nasibah Mu’ti, 2013, Daur Barnamij Taqwiyyah Lughawiyyah fi Raf’I Mustawa Talabah

Lughawiyyah fi USIM, BA thesis, Faculty of Major Languages, Nilai: Islamic

Science University of Malaysia.

Nasimah Hj. Abdullah. (2006). Permasalahan dalam Pembelajaran bagi Pelajar Diploma

Pengajian Islam (Bahasa Arab) di KUIS dan Cara Mengatasinya. Prosiding Wacana

Pengajian Islam , Siri 5, 199-208.

Nik Hazwani. (20120. Kifiyyah Takwiyyah Maharah Muhadhathah lada Tolabah Jamiah

Ulum Islamiyyah Maliziyyah. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic

Science University of Malaysia.

Nur Aisar Nordin, 2013, Istiratijiah Ta’allum Maharah Kitabah bi Lughah Arabiah li Ghairi

Natiqina biha: Talabah Dilom Tahfiz Quran fi ITQAN, B A thesis, Faculty of Major

Languages, Nilai: Islamic Science University of Malaysia.

Nur Amirah Ismail. (2011). Istiratijiyah Tanmiyah Muhadathah bi al-Lughah Arabiyah lada

Talabah Sanah Ula fi Jamiah Ulum Islamiyah Maliziyah li al-Ami al-Dirasi

2010/2011. Kertas Projek Ilmiah. Fakulti Pengajian Bahasa Utama. Nilai: Universiti

Sains Islam Malaysia.

Page 13: PENDAHULUAN - seminarpnparab2014.files.wordpress.com · mendengar bahasa yang ditutur oleh penutur dan menguasainya melalui latihan, ... 32 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang

13

Nur Azrin Muhamad Radzi, 2013, Istikhdam Istiratijiaat li Tanmiah Maharah Muhadhah bi

Lughah Arabiah lada Talabah Kuliah Dirasaat Lughah Raisah, BA thesis, Faculty of

Major Languages, Nilai: Islamic Science University of Malaysia.

Nur Farhana Azizi. (2012). Daur Masrahiyyah Tamthiliyyah Arabiyyah fi Taalum Lughah

Arabiyyah lada Tolabah Sanah Rabiah fi Kulliyyah Lughaat Raisah bi Jamiah Ulum

Islamiyyah Maliziyyah. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic

Science University of Malaysia.

Nur Fazila Ismail, (2013), Tariqah Ta’allumi Lughah Arabiyyah bi Wasitoh Hifzi Kalimaat

lada Talamiz Marhalah Thanawiyyah, BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai:

Islamic Science University of Malaysia.

Nur Khadijah Abu Bakar. (2012) Turuq Taallumi Muhadathah lada Mutanadzirin bi Jamiah

Ulum Islamiyyah Maliziyyah. BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic

Science University of Malaysia.

Nur Malihah Miswan, 2013, Fa’aliyyah Istikhdam Mu’jam Uhadi Lughah fi Tarjamah Nusus

ladaTalabah Thanah Rabi’ah bi Kismi Lughah bi USIM, BA thesis, Faculty of Major

Languages, Nilai: Islamic Science University of Malaysia.

Nur Najwa Jamaludin, 2013, Aarau Talabah Thanah Thaniah bi Kuliah Dirasaat Lughah

Raisah an Ta’sir Musyarakah Anshitoh Usbu’u Arabiah fi Kitabah wa Mhadathah fi

USIM, BA thesis, Faculty of Major Languages, Nilai: Islamic Science University of

Malaysia.

Nurazan M. Rouyan. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa dalam Pembelajaran Bahasa Arab

:Kajian di KUSZA. MA dissertation. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nurhamimi Zainul Abidin dan Muhamad Fiham Muhammad Ghalib. (2012). Istiratijiyat

Tullab Ghayr al-Mutakhassisin fi Lughah Arabiyah fi Tacallum Maharat al-Kitabah

Abra Barnamij Wiki. Journal of Islamic and Arabic Education. 4 (1). P. 31-44.

Rohaizaf, (2013), Istikhdam Tariqah Mubasyirah fi Ta’lim Maharat Kalam li Tullab

Mubtadiin min Natiqinabiha ka Lughah Thaniah fi Markaz Dirasaat Asasiah bi UIA,

Ph.D thesis, Faculty of Major Languages, Nilai: Islamic Science University of

Malaysia.

Rosni Samah, Mohd Fauzi Abdul Hamid, Shaferul Hafes Sha’ari and Amizan Helmi

Mohamad, (2013), Aktiviti Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab Dalam

Kalangan Jurulatih Debat, GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 13(2),

99-115.

Rosni Samah. (2012). Pembinaan Ayat Bahasa Arab dalam Kalangan Lepasan Sekolah

Menengah Agama. GEMA Online® Journal of Language Studies. Vol. 12(2), 555-

569.

Rosni Samah. (2014). Suggested Strategies for Non Arabic Speakers in Learning Arabic

Language. Pensee Journal. Vol 76, No. 1. 232-239.

Ruzila Zakariya. (2013). Asar Tamthil fi Saitoroh ala Maharah Muhadathah lada Tolabah

Sanah Thaniah bi Kulliyyah Lughaat Raisah bi Jamiah Ulum Islamiyyah Maliziyyah.

BA thesis. Faculty of Major Languages. Nilai: Islamic Science University of

Malaysia.

Shaferol, (2013), Istikhdam Tariqah Muhakaat fi Iktisab Mufradat Sahafah lada Tulab Kuliah

Lughaat Raisah bi Jamiah Ulum Islamiah Maliziah. MA thesis, Nilai: Islamic Science

University of Malaysia.

Siti Asiah Muhamad, 2013, Ta’lim Lughaha Arabiah min Khilal Mushahadah Aflam

Arabiah: Dirasah Midaniah wa Tahliliah Talabah Sanah Thalithah bi Kuliah Dirasaat

Page 14: PENDAHULUAN - seminarpnparab2014.files.wordpress.com · mendengar bahasa yang ditutur oleh penutur dan menguasainya melalui latihan, ... 32 Membimbing pelajar merujuk kamus tentang

14

Siti Nurul Huda, 2013, Asar Ta’allumi Lughah Arabiyyah li Aghrad Sihhiyyah fi Iktisab

Mostolahah Sihhiyyah lada Tolabah Lughah Arabiyyah fi USIM, BA thesis,

Faculty of Major Languages, Nilai: Islamic Science University of Malaysia.

Sueraya Che Haron et al., (2010), Understanding Arabic-Speaking Skill Learning Strategies

Among Selected Malay Learners: A Case-Study At The International Islamic

University Malaysia (IIUM), Contemporary Issues in Education Research; Aug 2010;

ProQuest Education Journals.

Tarmizi Ahmad, (1997), Ta’lim Maharat Kalam wa Ta’allumuha: Dirasah fi Madrasah

Thanawiah Wataniah Diniah, MA thesis, Kuala Lumpur: Malaya University.

Tinggari, Saleh Mahjub. (2011). Istiratijiyat Taallum Maharah al-Kalam lada Darisin

Maliziyin. Majallah Dirasat Lughawiyah wa Adabiyah. Vol. 2(1), 51-74.

Yasir Ismail dan Rahmah Osman. (2011). Munazarah Wasilah li al-Taayush bayna Afrad wa

Atraf Mutabayinah fi Mujtama. Majallah Dirasat Lughawiyah wa Adabiyah 2 (bil.

Khas), 282-301.

Yayan Nurbayan. (2011). Using the Imitating Modul Techniques on Insya’ Teaching for

Improving the Student’s Writing Ability in Thesis. International Journal for

Educational Studies. 4 (1) p. 99-106.

Zarima Mohd, Zakaria & Taj Rijal Muhd.Ramli. 2008. Sejarah perkembangan program

minor bahasa Arab di Fakulti Bahasa UPSI. Prosiding Seminar Pengajaran Bahasa

dan Kesusasteraan Arab di Institut Pengajian Tinggi Malaysia. Jabatan Bahasa Arab

dan Tamadun Islam, FPI UKM.

Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff dan Mohd Ala-Uddin

Othman, (2011), Teknik Pengajaran Kemahiran Bertutur Bahasa Arab di SMKA di

Malaysia, GEMA Online® Journal of Language Studies, Vol. 11(2), 67-82.