4

Click here to load reader

PENGENALAN_PRM3104TEORI

Embed Size (px)

DESCRIPTION

k

Citation preview

Page 1: PENGENALAN_PRM3104TEORI

TEORI

PERMAINAN ALAT MUZIK

Pengenalan

“Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama ( hukumnya ) dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui adalah semuanya keseronokan naluri yang dianugerahkan Tuhan kepada manusia. Semuanya memberi kesan menenangkan fikiran apabila kepenatan jasmani dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga.”

(Syaikh Shaltut menggunakan hujah Iman Al Ghazali dalam Ihya Ulumiddin, Jld 2 pg 208)

“ Muzik boleh dijadikan satu perantaraan untuk bersosial dan merenggangkan emosi yang tegang”

Swanwick K and Talor D. (1982)

Sejarah alat muzik telah lama wujud. Alat komunikasi kepada manusia pada zaman dahulu. Gaya permainan, cara ketukan atau pola irama yang digunakan bagi sesuatu upacara adat

berkelompok kaum berkenaan. Tradisi dan kebiasaan sebagai satu bentuk kesenian dan kekal sebagai adat dan seni budaya

suku kaum. Asas kepada permainan muzik yang lebih besar seperti orkestra. Memerlukan disiplin yang tinggi semasa persembahan atau semasa latihan. Bentuk persembahan menyerupai sebuah orkestra sebenar. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat . Seorang konduktor akan mengawal persembahan. Dimainkan mengikut teknik yang betul. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. Menunjukkan cara bermain. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bermain melebihi keinginan untuk belajar muzik. Tugas guru yang akan mengubah keinginan ini agar murid –murid dapat belajar muzik dalam

erti kata sebenar.

Klasifikasi Alat Muzik

Kordofon (Alat muzik bertali)Alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang diregangkan. Contoh alat muzik seperti rebab, sape,violin, gitar dan sebagainya.

Membranofon(Alat muzik berkulit)Alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membrane yang diregangkan dan dipalu.

Aerofon (Alat muzik tiupan)Alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara.

1

Page 2: PENGENALAN_PRM3104TEORI

Idiofon (Alat muzik logam yang bergema)Alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindak balas pada rangka badan yang bergema.

Alat-alat muzik bermelodi/berpic

Semua jenis bunyi terhasil daripada getaran (Hertz). Gelombang getaran diukur dengan mengunakan unit ukuran Hertz iaitu bilangan getaran

lengkap setiap satu saat. Pic adalah standard getaran yang telah ditetapkan – stabil = 440htz. Alat perkusi berpic boleh menghasilkan sekurang-kuangnya 2 not dalam pic yang tepat dan

standard. Alat-alat ini boleh memainkan melodi atau lagu.

Contoh alat-alat muzik bermelodi/ berpic Vibraphone Xylophone Marimba Glockenspiel Angklung.

Contoh alat-alat muzik tidak berpic. Kayu Tik tok Kerincing Loceng Tamborin Dram samping Dram bes Dram tenor Kastenet Blok kayu

Penjagaan Alat Muzik Prasekolah

Memberi pendedahan kepada kanak-kanak cara penjagaan alat muzik prasekolah. Susunan alat muzik haruslah teratur dan kemas. Menggunakan label nama setiap alat muzik. Mengarahkan mereka mengambilnya mengikut kumpulan dan mengikut jenis alat perkusi. Disimpan di tempat yang jauh dari sumber air dan cahaya seperti di tepi tingkap. Teknik bermain yang betul dapat mengelakkan kerosakan alat. Alat yang diperbuat dari besi, elakkan dari terkena air dan cahaya matahari.

PERANAN ALAT MUZIK DI PRASEKOLAH2

Page 3: PENGENALAN_PRM3104TEORI

Objektif

Membolehkan seseorang kanak-kanak itu memperoleh pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam penggunaan alat perkusi.

Membolehkan kanak-kanak melahirkan perasaan melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Membina koordinasi gerakan anggota badan kanak-kanak. Selain itu penggunaan alat perkusi

dapat menguatkan daya konsentrasi dan ingatan kanak-kanak. Membina semangat kerjasama, bertolak ansur, berdisiplin,mematuhi arahan, menjaga dan

menepati masa, seta bertanggung jawab terhadap alat muzik. Melahirkan idea-idea yang kreatif dalam pelbagai mud semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran. Mengisi masa lapang kanak-kanak secara teratur dan berfaedah. Menggunakan bahan buangan untuk kegiatan muzik yang diamalkan. Memelihara budaya dan muzik bangsa.

Matlamat

Penglibatan kanak-kanak secara holistik. Membantu membina koordinasi gerakan anggota badan dan meneroka aktiviti. Bermain secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin dan rasa

tanggung jawab. Menyemai rasa cintakan irama (cultivating of feeling for rhythm) Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik. Menyedarkan kanak-kanak betapa kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya akan membuatkan

mereka menghargai nilai seni bunyi. Pengaktifan aspek pendengaran, daya ingatan dan mata atau penglihatan kanak-kanak.

Kepentingan

Dapat melatih murid dalam koordinasi mata dan tangan. Meneroka pelbagai alat muzik dan seterusnya memupuk semangat ingin tahu. Menjadikan p&p lebih menarik dan menyeronokkan. Kanak-kanak berpeluang mempelajari teknik dan cara bermain alat muzik. Memupuk amalan berkerjasama (bermain muzik bersama-sama) atau kemahiran

bersosialisasi.

3