Upload
aziz-aljaffari
View
235
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
Peraturan Pertandingan Sepak Raga Bulatan Karnival Sukan ICU, JPM 2012
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
66
PERATURAN PERTANDINGAN
KARNIVAL SUKAN ICU JPM,
2012
SEPAK RAGA BULATAN
Peraturan Pertandingan Sepak Raga Bulatan Karnival Sukan ICU, JPM 2012
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
67
P.P.S.R/ KSICUJPM 2012
PERATURAN PERTANDINGAN SEPAK RAGA BULATAN
KARNIVAL SUKAN ICU, JPM 2012
1.0 NAMA
1.1 Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Sepak Raga Bulatan Karnival
Sukan ICU, JPM 2012.
2.0 UNDANG-UNDANG/PERATURAN
2.1 Semua pertandingan hendaklah mengikut Undang-undang
Pertandingan Persatuan Sepak Takraw Malaysia dan Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012.
3.0 PENYERTAAN
3.1 Kelayakan penyertaan hendaklah mematuhi Perkara 4 dalam Peraturan
Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012.
4.0 YURAN PENYERTAAN
4.1 Sila rujuk perkara 4 Para 4.6.2, 4.7 dan 4.8 dalam Peraturan Am
Karnival Sukan ICU, JPM 2012.
5.0 PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PEMAIN
5.1 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini
mestilah mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh
Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan;
5.2 Setiap pasukan hanya dibenar mendaftarkan tidak lebih dari 7 orang
pemain termasuk 1 orang pemain simpanan. Hanya pemain yang
berdaftar sahaja dibenarkan bermain di sepanjang pertandingan ini;
6.0 PAKAIAN PERTANDINGAN
6.1 Sila rujuk Perkara 7 dalam Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM
2012.
6.2 Semua pemain hendaklah memakai jersi/T-Shirt, berseluar panjang
dan berkasut getah.
Peraturan Pertandingan Sepak Raga Bulatan Karnival Sukan ICU, JPM 2012
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
68
7.0 SISTEM PERTANDINGAN
7.1 Sistem pertandingan akan mengikut Perkara 6 para 6.2 (b) Peraturan
Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012 digunapakai;
7.2 Sebelum permainan dimulakan, semua pemain hendaklah berdiri di dalam kawasan Bulatan 6m mengarah ke pusat Bulatan 2m, kedudukan yang sama hendaklah dikekalkan semasa permainan
sedang berjalan. Pemain gantian hendaklah mengambil tempat pemain yang diganti;
7.3 Semua anggota badan kecuali tangan atau lengan boleh digunakan
semasa pemain menerima atau menghantar bola;
7.4 Permainan dimulakan dengan lambungan bola tinggi oleh pemain No. 1 kepada pemain yang berada di hadapan, pemain yang menerima bola boleh kembalikan semula kepada pemain No.1 ataupun boleh
memberi kepada mana-mana pemain dalam pasukan itu;
7.5 Setiap pemain hanya dibenarkan mengawal bola tidak melebihi
daripada tiga (3) sentuhan berturut-turut dan pada sentuhan ketiga,
bola tersebut hendaklah dihantar kepada pemain yang lain. Sekiranya melebihi tiga (3) sentuhan, mata hanya dikira dalam tiga (3) sentuhan itu sahaja;
7.6 Permainan boleh diberhentikan apabila berlaku perkara-perkara batal iaitu kedua-dua kaki melebihi garisan bulatan atau tempoh masa bagi sesuatu pusingan mencukupi.
8.0 MASA DAN PUSINGAN PERTANDINGAN
8.1 Setiap pasukan akan bermain dalam tiga (3) pusingan/balingan sahaja;
8.2 Masa bermain untuk setiap pusingan ialah 5 minit. Untuk menentukan
masa bagi satu pusingan, wisel akan dibunyikan :-
8.2.1 Bunyi pertama menandakan permainan bermula;
8.2.2 Bunyi kedua menandakan permainan tamat. 8.3 Jika permainan diberhentikan disebabkan berlaku perkara-perkara
batal, maka masa yang diperolehi akan direkodkan.
Peraturan Pertandingan Sepak Raga Bulatan Karnival Sukan ICU, JPM 2012
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
69
9.0 KIRAAN MATA
9.1 Setiap satu (1) sepakan atau sentuhan akan dikira satu (1) mata. Mata
hanya akan dikira sekiranya timbangan bola melebihi paras pinggang;
9.2 Mana-mana pasukan yang memperolehi mata paling tinggi hasil dari tiga (3) balingan akan dikira menang;
9.3 Jika mata kemenangan diperolehi sama, maka pasukan yang jumlah masa bermainnya lebih lama akan dikira sebagai pemenang;
9.4 Jika kaedah 9.3 masih sama, maka pasukan-pasukan berkenaan akan
diberi peluang bermain masing-masing dengan satu (1) balingan 3
minit.
10.0 PERKARA-PERKARA BATAL
10.1 Pengadil berhak untuk menghentikan permainan sekiranya terdapat perkara-perkara yang boleh membatalkan permainan iaitu :-
10.1.1 Bola jatuh ke atas lantai; 10.1.2 Mengepit atau mematikan bola; 10.1.3 Bola melurut di sebarang anggota badan;
10.1.4 Salah seorang pemain tidak menyepak atau menyentuh bola
pada setiap 40 mata.
11.0 PERTUKARAN PEMAIN
11.1 Perkara 4 Para 4.9 dalam Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012
digunapakai. 11.2 Mana-mana pemain boleh digantikan dengan pemain gantian pada
bila-bila masa sahaja dalam mana-mana pusingan setelah tamat satu-
satu pusingan.
12.0 MENARIK DIRI ATAU MENYERAH KALAH
12.1 Perkara 9 dalam Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012
digunapakai;
Peraturan Pertandingan Sepak Raga Bulatan Karnival Sukan ICU, JPM 2012
Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang
70
13.0 BANTAHAN
13.1 Semua bantahan yang dikemukakan oleh mana-mana pasukan
hendaklah mematuhi Perkara 13 dalam Peraturan Am Karnival Sukan
ICU, JPM 2012.
14.0 PERCANGGAHAN
14.1 Perkara 17 dalam Peraturan Am Karnival Sukan ICU, JPM 2012
digunapakai.
DISEDIAKAN OLEH :
JAWATANKUASA PELAKSANA serta JAWATANKUASA TEKNIKAL DAN PERTANDINGAN ,
KARNIVAL SUKAN ICU, JPM 2012
LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG (PERDA)