12
8/8/2019 perayaan di maysia http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 1/12 Hari Deepavali Hari Deepavali (Bahasa Tamil : ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua  penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya. Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia. Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali. Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan  penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang  baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga. Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka. "Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya. 

perayaan di maysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: perayaan di maysia

8/8/2019 perayaan di maysia

http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 1/12

Hari Deepavali 

Hari Deepavali (Bahasa Tamil: ) merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.

Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan"Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi

dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pestacahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkandan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar 

mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentanggodaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi

daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagimelambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan

Deepavali.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang

 baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkandengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan

di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan

"kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayaihanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumahmereka. "Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah

dilarang mengikutnya. 

Page 2: perayaan di maysia

8/8/2019 perayaan di maysia

http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 2/12

Hari Wesak  

Hari Wesak merupakan hati terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan

kelahiran, kesedaran, dan kematian Gautama Buddha. Penganut Buddha akan mengunjungi kuil Buddhapada waktu pagi untuk memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang

memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras". Hari Wesak juga dikenali dengan nama

Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di

Sri Lanka.

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga

merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak

dirayakan oleh semua penganut agama Buddha di seluruh dunia.

Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketikamenyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-

sheng Da-di.

1.  Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati

tiga peristiwa penting, iaitu:

Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.

2.  Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35

tahun di tahun 588 S.M.

3.  Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

Page 3: perayaan di maysia

8/8/2019 perayaan di maysia

http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 3/12

Hari Sembilan Maharaja Dewa 

Perayaan Sembilan Maharaja Dewa juga dikenali sebagai Kow Wong Yeh disambut pada hari kesembilan

pada bulan sembilan dalam kalender lunar Cina. Penganut kepercayaan Taoist akan berkumpul di kuil

untuk menyambut perayaan ini.

Sembilan Maharaja Dewa merupakan kult bomoh kuasa halus "spirit-medium cult" yang dikenali sebagai

'Jieu Hwang Yeh'. Sembilan Maharaja Dewa ini dipercayai tinggal di syurga di langit di bawah

pemerintahan 'Thien Hou', Ratu Syurga yang menjaga buku kehidupan dan kematian. Sembilan

Maharaja Dewa ini juga merupakan anak kepada 'Thien Hou' Ratu Syurga ini. Pada petang bulan

kesembilan, tokong Dewa mengadakan upucara untuk memuja dan menyambut 'Jien Hwang Yeh'. Pada

sebelah petang hari kesembilan pada bulan sembilan dalam kalender lunar Cina, satu tempat

menyembah akan disediakan, sementara satu tempat khas akan ditanda dengan bendera. Orang ramai

akan menyalakan lilin dan membakar gaharu ketika upacara sembahyang dilakukan dengan diiringi

bunyi gong, gendang, dan sebatan. Selepas itu mereka akan bersiap sedia untuk menyambut ketibaan

Sembilan Maharaja Dewa itu.

Oleh kerana ketibaan Sembilan Maharaja Dewa dipercayai sampai melalui jalan air, perarakan diadakan

dari kuil ke tepi pantai atau sungai sebagai lambang kepercayaan ini. Pengikut Taoist berpakaian serba

putih, membawa gaharu dan lilin, menunggu ketibaan 'Maharaja.'

Setelah rombongan yang membawa Sembilan Maharaja Dewa kembali daripada tempat mereka

menjemput ketibaan Sembilan Maharaja Dewa, kerusi tandu tersebut akan diletakkan di dalam tokong

di satu tempat khas. Dengan tamatnya upacara ini, bermulalah perayaan Sembilan Maharaja Dewa

dengan rasminya. Tanglong akan dipasang dikemuncak tiang yang tinggi sebagai permulaan perayaan

Sembilan Maharaja Dewa.

Suasana berpesta menyelubungi kuil sepanjang perayaan sembilan hari. Dalam tempoh ini, bunyi loceng

sembahyang dan penyembahan oleh para sami didengari secara berterusan. Kebanyakan pengikut

Taoist tinggal di tokong, memakan sayur-sayuran sahaja dan menyembah secara berterusan.

Sementara itu ban roti berbentuk penyu yang bertulis perkataan yang baik-baik seperti Hidup Aman dan

Panjang Umur, Keluarga Bahagia, dan Keluarga Sihat dan Kaya. Roti-roti ini akan diletakkan di tokong

untuk mendapatkan restu Sembilan Maharaja Dewa ketika mereka berada di sana. Selepas itu roti-roti

ini akan dibawa balik untuk dimakan.

Perayaan Sembilan Maharaja Dewa ditamatkan dengan perarakan besar-besaran bertujuan menghantar

Sembilan Maharaja Dewa pulang kembali melalui jalan air.

Page 4: perayaan di maysia

8/8/2019 perayaan di maysia

http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 4/12

Hari Natal 

Hari Natal (Krismas) merupakan perayaan menyambut kelahiran Jesus Christ di Bethlehem yang

disambut oleh semua pengikut ugama Nasarani di dunia. Bagaimanapun, kajian menunjukkan Hari Natal

bukanlah tarikh sebenar kelahiran Jesus Christ.

Perayaan hari Natal bermula dengan menghiasi pokok Krismas di rumah dan di gereja. Ahli keluarga

bertukar hadiah pada hari Natal dengan meletakkannya di bawah pokok krismas. Teater Krismas, parti

nyanyian keugamaan (Carol) akan diadakan.

Derma akan diberikan kepada golongan yang tua dan miskin. Secara tradisi, hadiah akan diberikan oleh

Santa Claus kepada mereka yang memerlukan. Pada masa sekarang, perayaan hari Natal bersifat lebih

komersial di mana gedung-gedung jualan akan berhias dan membuat persediaan jualan hari Natal

semenjak awal Disember lagi.

Page 5: perayaan di maysia

8/8/2019 perayaan di maysia

http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 5/12

Page 6: perayaan di maysia

8/8/2019 perayaan di maysia

http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 6/12

Hari Gawai 

Perayaan Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya

musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya

disambut pada akhir bulan May atau awal bulan Jun setiap tahun. Perayaan ini selalunya disambut oleh

masyarakat Dayak di Sarawak pada 1 hb Jun setiap tahun.Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan

meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan

bersuka-ria. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan juga

disediakan. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Perayaan Gawai Dayak bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai

memulakan upacara miring ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan

umur dan dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan

harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi, tuai rumah

dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring persembahan ke tiang

pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan rumah panjang.Pada hari pesta

Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan.

Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum

merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan

darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.

Setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh

masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk kedalam dan diletakkan

di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman

tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan

bersama air tuak.

Salah satu acara paling menarik pada perayaan Gawai adalah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan

kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

Ketika perayaan Gawai, perhiasan tradisional Orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang

diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamirkan. Anak dara orang

Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.

Pesta Gawai dianggap berakhir apabila ranyai atau pokok istiadat dibuang.

Page 7: perayaan di maysia

8/8/2019 perayaan di maysia

http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 7/12

Hari Kuih Bulan 

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan

orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi).

Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cina iaitu pada

akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung

pada malam perayaan.

Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan

itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning

telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang

diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.

Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur.

Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga

disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

Page 8: perayaan di maysia

8/8/2019 perayaan di maysia

http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 8/12

 

Tahun Baru Cina 

Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan

kedatangan tahun baru menurut kalender mereka.

Orang Cina percaya ada 12 binatang yang menaungi kalender mereka iaitu tikus , lembu, harimau,arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing dan babi.

Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan perhubungan sesama

keluarga. Pemberian angpau juga dilakukan oleh mereka yang sudah berumahtangga. Perayaan Chap

Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru Cina.

Page 9: perayaan di maysia

8/8/2019 perayaan di maysia

http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 9/12

Pesta Menuai 

Pesta menuai adalah suatu perayaan yang disambut setiap tahun oleh masyarakat Kadazan-Dusun di

Sabah selepas musim menuai untuk memuja semangat padi. Perayaan ini disambut pada 30 dan 31 Meisetiap tahun dan telah diiktiraf sebagai hari cuti rasmi di negeri Sabah.

Biasanya, dalam menyambut pesta menuai, beberapa acara akan diadakan seperti magavau (semangat

padi), tarian, pertandingan ratu cantik, sukan rakyat serta pameran barang-barang tradisional hasil kerja

tangan suku kaum di negeri Sabah. Pada hari tersebut juga, tapai yang dipanggil 'Kinomoi' akan

dihidangkan secara percuma kepada masyarakat yang berkunjung meraikan pesta menuai ini. Pesta

menuai ini biasanya akan dimulakan dengan upacara magavau. Seorang dukun wanita yang dipanggil

'Bobolian' akan mengetuai upacara ini yang dilakukan ketika matahari hampir terbenam, sehari sebelum

perayaan pesta menuai bermula. 'Bobolian' akan membaca jampi serapah yang dipanggil 'Momurinait'

di dalam bilik khas.

Di dalam bilik ini terletaknya 'bambaazon' atau 'bambarayon', iaitu semangat padi. Barisan kaum lelaki

dan wanita pula akan menari dan menyanyi sehingga subuh dalam upacara ini. Menurut cerita,

sebahagian daripada tubuh anaknya menjadi padi (parai). Manakala anggota tubuhnya yang lain

menjadi tumbuh-tumbuhan. Apabila padi dan tumbuh-tumbuhan makanan ini dicipta, barulah Tuhan

Dusun mencipta manusia daripada tanah yang menjadi keturunan masyarakat Kadazan-Dusun.

Masyarakat kaum Kadazan-Dusun mempercayai padi adalah suci. Hal ini demikian kerana mengandungi

beberapa bahagian anak perempuan Tuhan Dusun yang terjadi daripada semangat padi. Semangat padi

ini dilambangkan oleh tujuh tangkai padi yang dicabut, diikat, dan disimpan ditempat khas.

Secara amnya, masyarakat setempat melihat upacara pemujaan semangat padi ini sebagai suatu tanda

kesyukuran dan wujudnya hubungan baik antara manusia dengan alam. Selain itu, upacara ini juga dapat

mewujudkan semangat bersatu padu dan tolong-menolong dalam masyarakat Kadazan-Dusun. Pada

hari ini, upacara pemujaan semangat padi ini agak jarang dilakukan, terutama selepas beberapa

golongan kaum Kadazan-Dusun ini memeluk agama Islam dan Kristian. Namun begitu, masih terdapat

golongan daripada kaum ini yang masih mengamalkannya untuk memperjuangkan tradisi dan amalan

hidup mereka. Bagi seluruh masyarakat negeri Sabah pula, Pesta Menuai dijadikan suatu perayaan

bersama untuk mewujudkan semangat muhibah dan bersatu dalam anggota masyarakat.

Page 10: perayaan di maysia

8/8/2019 perayaan di maysia

http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 10/12

Hari Thaipusam 

Hari Thaipusam merupakan satu perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh

dunia. Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini disambut padabulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai bulan 'Thai'. Bagi penganut yang

beragama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat sepenuhnya

akan kesalahan yang lepas.

Sebelum menyambut Thaipusam, penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan

membersihkan jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari sekali dan

sentiasa mengunjungi kuil. Dua puluh empat jam sebelum menyambut Thaipusam pula, mereka akan

berpuasa sepenuhnya.Masyarakat yang beragama Hindu di Malaysia, biasanya akan menyambut

perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini.

Pada hari Thaipusam, penganut agama Hindu akan membawa patung Dewa Subramaniam, iaitu anak

bongsu Dewa Siva, di atas pedati perak dan diarak dengan muzik tradisi. Selain itu, antara ciri utama

perayaan Thaipusam ini, penganut agama Hindu juga akan membawa 'kavadi', iaitu sebuah kerangka

besi yang dihiasi dengan bunga, kertas berwarna-warni, dan buah-buahan segar yang dijunjung di atas

bahu. Ini adalah sebagai tanda membayar nazar atau bertaubat kepada Dewa Subramaniam. Bagi

sesetengah penganut agama Hindu juga, mereka akan mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit

tubuh, lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan menyucikan diri.

Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'. Biasanya, pembawa 'kavadi' ini

berada dalam keadaan terpukau sambil mengikut rentak lagu yang dimainkan.

Di Malaysia, pembawa 'kavadi' ini akan berarak dan menaiki 272 anak tangga di Batu Caves sehinggasampai di pintu gua dan meletakkan kavadi dihadapan patung dewa. Selain itu, penganut agama Hindu

 juga akan membawa kelapa, madu, dan susu untuk dipersembahkan kepada dewa-dewa bagi

mendapatkan restu. Perayaan Thaipusam di Malaysia, biasanya disambut secara meriah bagi

masyarakat yang beragama Hindu. Perayaan ini turut mendapat perhatian daripada masyarakat yang

berbangsa lain. Oleh itu, tidak hairanlah banyak pelancong yang datang dan merakamkan suasana

menarik semasa sambutan perayaan ini.

Page 11: perayaan di maysia

8/8/2019 perayaan di maysia

http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 11/12

Hari Raya Aidilfitri 

Pada tanggal 1 Syawal tahun Hijrah, seluruh masyarakat Islam di dunia akan menyambut Hari Raya

Aidilfitri. Di Malaysia, sambutan hari raya ini disebut juga sebagai Hari Raya Puasa. Hari raya ini setelah

menghabiskan kewajipan puasa pada bulan Ramadan.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini akan ditentukan harinya apabila anak bulan Syawal (rukyah) dapat

dilihat pada penghujung bulan Ramadan. Ini mengikut hisab berdasarkan Takwim Tahun Islam.

Kebiasaannya, apabila sudah ditentukan 1 Syawal itu, pada malamnya, umat Islam akan beramai-ramai

bertakbir hari raya di masjid atau pun surau.

Keesokan harinya, semua umat Islam, lelaki dan perempuan akan ke masjid untuk menunaikan

sembahyang sunat Hari Raya Aidilfitri secara berjemaah. Di negara kita, sambutan Hari Raya Aidilfitri ini

disambut secara meriah pada setiap tahun.

Bermula seawal bulan Ramadan lagi, umat Islam akan membuat persiapan tertentu untuk menyambut

kedatangan hari raya ini. Antara tradisi umat Islam di negara ini, menjelang kedatangan 1 Syawal ini,

adalah dengan menyediakan pakaian baru untuk keluarga, menghias rumah, dan membuat berbagai-

bagai jenis kuih tradisi untuk dihidangkan kepada para tetamu yang datang berkunjung ke rumah.

Selain itu juga, umat Islam diwajibkan membayar zakat fitrah bagi setiap anggota keluarga. Kadar nilai

zakat ini ditentukan oleh harga semasa beras, iaitu makanan asasi rakyat di negara kita.

Masyarakat Islam di Malaysia, biasanya mengambil peluang cuti pada hari raya ini untuk pulang ke

kampung dan menyambut hari raya bersama-sama keluarga dan ibu-bapa masing-masing. Pada pagi hari

raya pertama, umat Islam akan mengambil kesempatan untuk memohon ampun dan maaf kepada ibu

bapa, suami atau isteri dan dari yang muda kepada yang tua. Selepas itu, dalam tradisi kunjung-

mengunjung ke rumah sanak saudara dan sahabat handai juga, umat Islam akan mengambil kesempatan

untuk bermaaf-maafan, di samping mengeratkan silaturrahim.

Pada hari raya Aidilfitri juga, umat Islam akan meyediakan berbagai-bagai jenis juadah tradisional seperti

lemang, ketupat, nasi himpit, dodol, dan lain-lain lagi untuk tetamu yang datang berkunjung dan beraya

di rumah mereka. Bagi kanak-kanak pula, mereka amat gembira kerana dapat bergaya dengan pakaian

yang baru serta mendapat duit raya apabila beraya dengan orang dewasa. Amalan memberi duit raya ini

adalah suatu tradisi yang diamalkan oleh masyarakat Islam di negara kita pada hari raya, iaitu untuk

bersedekah dan menggembirakan anak-anak yang masih muda.

Selain itu, pada hari raya juga, umat Islam di Malaysia mengambil kesempatan untuk berkunjung ke

pusara ahli keluarga dan saudara mara. Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia lebih

bermakna pada hari ini dengan konsep rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu.

Kerajaan juga telah mengadakan rumah terbuka peringkat kebangsaan untuk meraikan hari raya

Page 12: perayaan di maysia

8/8/2019 perayaan di maysia

http://slidepdf.com/reader/full/perayaan-di-maysia 12/12

Aidilfitri ini dengan berbagai-bagai acara dan juadah istimewa kepada seluruh masyarakat yang hadir.

Konsep rumah terbuka ini dapat menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada

pelbagai kaum untuk bersama-sama menyambut perayaan ini dengan penuh rasa gembira dalam

suasana harmoni.