Upload
ina7782
View
63
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Pembentukan Etika Individu
Citation preview
Etika Profesional
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
MEI / 2014
OUMM 3203
PROFESIONAL ETHICS
NAMA :
NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : PPU PETALING JAYA
Etika Profesional
ISI KANDUNGANMUKA
SURAT
1.0 PENGENALAN TENTANG MAKSUD ISTILAH ETIKA DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBENTUK ETIKA INDIVIDU
2.0 PENILAIAN TENTANG FAKTOR PENGARUH RAKAN BERSERTA DENGAN CONTOH-CONTOH
3.0 PENILAIAN TENTANG FAKTOR KELUARGA DENGAN CONTOH-CONTOH
4.0 PENILAIAN TENTANG FAKTOR PENGALAMAN HIDUP DENGAN CONTOH-CONTOH
5.0 PERBINCANGAN TENTANG BAGAIMANA UNDANG-UNDANG BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI PANDUAN PILIHAN MORAL
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
7.0 RUJUKAN
1-4
4-8
9-16
17-20
21-23
24
25
Etika Profesional Muka Surat
1.0 PENGENALAN
Istilah Etika
Wikipedia mentakrifkan 'etika' melalui Latin ethica daripada bahasa Greek kuno
ἠθική [φιλοσοφία] membawa maksud "falsafah moral". Etika merupakan cabang utama
falsafah yang merangkumi kelakuan betul dan baik. Maksud etika adalah lebih luas daripada
manganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering kita anggap. Antara aspek utama
etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, dan dianggap
lebih penting daripada tingkah laku moral oleh kebanyakan ahli falsafah. Isu utama dalam
etika ialah pencarian kebaikan yang terbaik. Tindakan yang betul akan menyebabkan
kebaikan terbaik, manakala tindakan tidak bermoral merupakan penghalangnya.
Selain pernyataan di atas, Wikipedia juga turut mentakrifkan etika berkaitan dengan
konsep-konsep moral seperti kebaikan, kejahatan, benar, salah, kewajipan, tanggungjawab,
keadilan; iaitu analisis konsep-konsep seperti ini dan justifikasi pertimbangan iaitu
pernyataan, dakwaan yang melibatkan konsep-konsep tersebut. Etika adalah teori tentang
tingkah laku yang betul dalam kehidupan yang baik bukannya sesuatu amalan yang
dilakukan. Selain mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku
yang sebetulnya, etika tidak berpegang pada apa yang dinamakan "tanzil Tuhan" atau
"wahyu Tuhan" terhadap jawapan akhir atau menyelesaikan isu-isu moral tertentu. Etika
amat berbeza dengan agama.
Dewan Bahasa dan Pustaka pula mentakrifkan etika berkait dengan prinsip moral
atau nilai-nilai akhlak seperti adat sopan santun yg menjadi pegangan seseorang individu atau
sesuatu kumpulan manusia. Contohnya etika perubatan melibatkan nilai dan garis panduan
yang harus dipatuhi oleh para doktor dalam mengamalkan ilmu perubatan masing-masing.
Seseorang dikatakan beretika apabila mempunyai etika atau berpegang pada etika. Sekiranya
amalan yang tidak beretika perlulah dihentikan segera. Selain itu juga etika merupakan
cabang ilmu bukan prinsip-prinsip akhlak atau moral yang menjadi pegangan sesuatu
kumpulan, persatuan mahupun di dalam pekerjaan.
1
Etika Profesional Muka Surat
Menurut Ibrahim Mamat (2001), etika sangat penting dalam kehidupan seharian
kerana ia berhubung kait dengan perlakuan manusia sama ada baik atau buruk. Etika boleh
dilihat sebagai cabang ilmu, seperti yang terkandung dalam bidang falsafah seperti ilmu
logik, fizik, matematik, politik, psikologi, estetika dan sebagainya. Etika membincangkan
hal-hal yang berkaitan dengan moral, adab dan nilai dalam tingkah laku manusia. Selain itu,
etika juga menerangkan perkara yang baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu serta
manfaat atau mudarat sekaligus menjelaskan apa yang harus dilakukan, menyatakan tujuan
sesuatu perbuatan serta menunjukkan cara melakukannya. Ringkasnya, etika adalah falsafah
moral yang merupakan perbuatan yang dilakukan oleh manusia secara sedar atau tidak. Ahli
falsafah membahagikan teori etika kepada tiga jenis iaitu etika meta, etika normatif, dan etika
gunaan.
Etika profesional digunakan untuk menilai prinsip moral dalam sesebuah kumpulan
yang direka atau sesebuah kumpulan yang dibuat untuk mengawal prestasi mereka bagi
menjalankan sesuatu tugas atau penggunaan sumber yang mereka ada. Manusia terlibat
dengan aturan kehidupan dan nilai budaya profesional dalam sesebuah masayarakat. Mereka
berpegang teguh pada aturan profesional dan nilai semasa membuat keputusan terutamanya
didalam menentukan kelakuan dan bertindak mengikut etika yang ditentukan.
Faktor-faktor yang membentuk etika individu
Terdapat beberapa faktor yang membentuk etika individu dalam kehidupan ini.
Antara faktor yang seringkali kita dengari adalah pengaruh keluarga,rakan, pengalaman
hidup, nilai peribadi dan prinsip moral dan keadaan persekitaran.
Pengaruh Keluarga
Pengaruh keluarga merupakan pengaruh utama dan paling terkesan dalam
pembentukan etika individu. Hal ini disebabkan setiap individu sebenarnya cenderung untuk
mencontohi sikap ibu bapa mereka dan menyebabkan apa sahaja nilai-nilai moral dan etika
2
Etika Profesional Muka Surat
yang diamalkan oleh ibu bapa secara tidak langsung akan dicontohi oleh anak-anak mereka.
Kanak-kanak seringkali akan meniru atau mencontohi perilaku dan etika ibu bapa mereka
secara umumnya. Sekiranya ibu bapa mempunyai etika yang baik, maka kanak-kanak juga
akan menjadi seorang yang beretika. Begitu juga sebaliknya.
Pengaruh Rakan
Sebagai seorang remaja terutamanya pengaruh rakan sangat kuat dalam mencorak
peribadi serta nilai-nilai moral dan etika mereka. Lihat sahaja di peringkat sekolah tidak
kiralah sekolah rendah mahupun sekolah menengah, para pelajar bergaul dengan rakan-rakan
mereka. Apabila para pelajar melangkah ke alam persekolahan, masa mereka lebih banyak
dihabiskan bersama-sama dengan rakan-rakan mereka. Untuk melihat keperibadian
seseorang individu, kita hanya perlu melihat keperibadian rakan-rakan mereka. Oleh sebab
yang demikian, majoriti tindak-tanduk dan perbuatan yang dilakukan oleh rakan-rakan secara
tidak langsung akan dicontohi oleh mereka sesama sendiri tanpa mengambil-kira sama ada
ianya baik ataupun buruk. Jika remaja berkenaan berkawan dengan seseorang yang beretika
dan mempunyai keperibadian yang baik, maka dia juga akan turut mempunyai etika dan
keperibadian yang baik. Begitu juga sebaliknya.
Pengalaman Hidup
Pengalaman hidup juga amat berpengaruh dalam membentuk etika individu.
Pengalaman hidup banyak mematangkan seseorang dalam menempuhi setiap cabaran dalam
kehidupan ini. Setiap detik memori serta pengalaman yang tercipta setiap hari menyebabkan
kita mengambil iktibar dan pedoman serta pengajaran untuk kita mempelajari sesuatu. Setiap
pengalaman baru pula mendorong diri kita sama ada mengelak ataupun meneruskan
perbuatan yang kita pernah lakukan tersebut. Setiap perbuatan serta tindak-tanduk sama ada
ianya beretika mahupun tidak asalkan kita pernah mengalaminya secara tidak langsung akan
mempengaruhi perbuatan kita di masa akan datang. Hal ini merupakan salah satu faktor
pembentukan nilai-nilai etika dan moral di dalam diri kita. Sekiranya perbuatan kita tidak
3
Etika Profesional Muka Surat
bermoral seperti mencuri tidak mendapat teguran atau hukuman, maka perbuatan mencuri itu
dianggap bukan satu kesalahan. Tetapi sekiranya kita dihukum kerana kesalahan mencuri
tersebut, maka kita akan mengetahui perbuatan tersebut adalah satu kesalahan.
Nilai Peribadi dan Prinsip Moral
Faktor ini dipengaruhi oleh kedudukan seseorang. Nilai peribadi dan prinsip moral
seseorang sememangnya mampu membentuk etika peribadi serta dapat membantu seseorang
untuk mempertimbangkan antara positif dan negatif serta pro dan kontra sesuatu perbuatan
tersebut. Contohnya seseorang individu yang tidak beretika dan tidak bermoral akan
mengutamakan kedudukan pangkat dan kewangan dan bertindak berdasarkan keuntungan
tanpa mengira implikasinya terhadap individu lain.
Faktor Keadaan dan Persekitaran
Faktor keadaan dan persekitaran turut mempengaruhi etika seseorang. Faktor ini amat
cenderung untuk memerangkap seseorang itu ketika berada dalam keadaan dilemma
terutamanya dalam membuat keputusan. Faktor keadaan dan persekitaran juga akan
mendorong seseorang untuk bertindak mengikut keadaan tertentu. Ketika ini etika seseorang
dapat dilihat semasa mereka sedang menangani sesuatu keadaan tertentu. Walaupun sesuatu
perilaku itu diketahui tidak beretika, tetapi faktor keadaan dan persekitaran boleh
menyebabkan seseorang melanggar etika tersebut. Contohnya seorang ahli perniagaan yang
mengalami masalah kewangan boleh bertindak mengubahsuai keuntungan perniagaan untuk
mengurangkan cukai yang dikenakan.
Tugasan ini membincangkan tentang istilah etika dan faktor-faktor yang membentuk
peribadi etika individu. Tugasan juga turut menerangkan tentang penilaian terhadap faktor-
faktor pembentukan individu serta membincangkan bagaimana undang-undang boleh
digunakan sebagai panduan kepada pilihan moral.
4
Etika Profesional Muka Surat
2.0 PENILAIAN TENTANG PENGARUH RAKAN BESERTA CONTOH-CONTOHNYA
Pengaruh rakan merupakan satu lagi faktor yang mempengaruhi proses pembentukan
etika dalam diri individu. Apabia individu menjadi semakin dewasa, rakan-rakan menjadi
pengaruh yang lebih berkesan dalam proses pembentukan akhlak dan sikap mereka.
Kebanyakan individu lebih cenderung meniru agar diterima oleh kumpulan rakan mereka.
Hal ini boleh membawa kesan positif ataupun negatif terhadap individu tersebut. Contohnya,
sekiranya rakan-rakan dalam sesebuah kumpulan tersebut mempunyai etika dan akhlak yang
tinggi seperti mementingkan disiplin diri dan pelajaran maka kemungkinan individu-individu
dalam kumpulan tersebut juga akan menerima etika tersebut sebagai pegangan mereka.
Namun begitu pengaruh rakan seringkali mewujudkan keadaan yang tidak
menyenangkan seperti vandalisme. Remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh
dengan rakan-rakan didalam kumpulan mereka. Pengaruh ini akan mencorakkan sikap, nilai
dan tingkah laku remaja, terutamanya remaja yang tercicir dan menghadapi masalah
kekeluargaan. Kebanyakan remaja yang melakukan vandalisme merupakan berkumpulan.
Apabila mereka berkumpul maka timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta
benda awam dan merosakkannya.
Individu yang berasal dari keluarga bermasalah akan mudah dipengaruhi oleh rakan
yang mungkin senasib dengan mereka dan hal ini memudahkan mereka membentuk
kumpulan tersendiri. Kumpulan ini mudah terpengaruh dengan anasir-anasir jahat kerana
mereka melepaskan permasalahan mereka melalui aktiviti yang mereka ceburi. Mereka akan
membuat sesuatu di luar jangkaan untuk menarik perhatian orang lain. Terdapat juga
golongan rendah moral yang tidak bertanggungjawab sering menaja budaya hedonisme
dikalangan remaja seperti 'Black Metal'. Hal ini sudah cukup merungsingkan ibu bapa, guru-
guru, kerajaan dan masyarakat untuk membimbing dan mendidik remaja sekolah ke arah
pengalaman budaya sihat. Kesimpulannya, pengaruh rakan akan mencorak sikap, tingkah
laku dan etika individu terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga bermasalah dan
tercicir dalam pelajaran. Mereka lebih rela menceritakan dan mencurahkan segala masalah
5
Etika Profesional Muka Surat
dan perasaan mereka terhadap rakan berbanding ibu bapa, guru atau kaunselor. Seringkali
rakan dijadikan tempat luahan perasaan kerana rakan dianggap lebih memahami sikap dan
perasaan mereka dan dalam masa yang sama mereka ingin membuktikan mereka boleh
berdikari dan berkemampuan seperti orang dewasa.
Contoh Kes - Vandalisme
Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan
juga harta benda orang lain. Kebanyakan kes vandalisme merupakan satu bentuk ritual yang
berlaku apabila wujud perasaan tidak puas hati terhadap individu lain ataupun masyarakat
persekitaran. Isu vandalisme semakin meruncing ini seringkali dipengaruhi rakan
berkumpulan dan mewujudkan keadaan yang tidak menyenangkan. Pelbagai kesan
vandalisme dapat dilihat oleh fizikal dan juga emosi. Kesan vandalisme bukan sahaja dirasai
oleh individu malah masyarakat sekeliling dan negara. Impak daripada vandalisme juga
menyusahkan semua pihak.
Kebanyakan individu yang melakukan vandalisme bertujuan untuk melepaskan geram
dan sesetengahnya pula sekadar memenuhi permintaan hati. Hal ini secara tidak langsung
akan menyebabkan perkara yang lebih teruk akan berlaku seperti merompak atau membunuh
jika tidak dibendung dari awal. Walaupun vandalisme sering merupakan punca kemusnahan
negara tetapi sering dipandang remeh oleh masyarakat setempat. Kebanyakan mereka hanya
berdiam diri sedangkan vandalisme berlaku di depan mata mereka. Contoh yang seringkali
kita lihat apabila hujan turun di tempat menunggu bas kerana atap di perhentian bas rosak
sebab tidak dapat menghalang hujan yang turun. Selain itu juga contengan yang dilakukan
pada dinding tandas awam memburukkan dan mendorong kepada generasi muda untuk
meniru gejala tidak sihat ini.
Negara mengalami kerugian akibat perbuatan vandalisme ini. Peruntukan kewangan
yang digunakan untuk mengganti baru dan membaik pulih kemudahan-kemudahan yang
dirosakkan itu lebih bermanfaat sekiranya dikhaskan untuk projek lain yang lebih berfaedah.
6
Etika Profesional Muka Surat
Perbuatan vandalisme hanya merugikan wang kerajaan kerana perlu berbelanja jutaan ringgit
untuk memperbaikinya.
Undang-undang yang boleh digunakan sebagai panduan kepada pilihan moral~Vandalisme
Undang-undang adalah satu set peraturan yang dibentuk oleh masyarakat untuk
mengawal tingkahlaku dalam masyarakat. Apabila berhadapan dengan konflik kita
seharusnya merujuk kepada undang-undang terutamanya melibatkan prestasi ekonomi
organisasi dan prestasi sosial. Dalam apa jua keadaan sekalipun, kita perlu bertindak
mengikut undang-undang yang diputuskan. Masyarakat di negara kita merupakan masyarakat
yang berdemokrasi di mana peraturan dan undang-undang dianggap mewakili penilaian
moral dari setiap ahli masyarakat. Secara keseluruhannya, kita harus mematuhi penilaian
moral ini dan tidak sepatutnya membentuk pendapat moral peribadi kita.
Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil bagi membendung masalah
vandalisme. iaitu peranan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Bermula dari rumah, Ibu
bapa perlu memainkan peranan dalam memberi didikan agama dan nilai moral kepada anak-
anak. Didikan yang sempurna perlu ditanam didalam jiwa kanak-kanak supaya mereka
menghargai harta benda awam yang terdapat di sekeliling mereka. Ibu juga perlu memantau
aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak mereka bukan sahaja mengenali latar belakang rakan-
rakan anak mereka malahan turut cuba mendalami jiwa anak-anak kita.
Selain itu juga beberapa badan kerajaan perlu turun padang memantau aktiviti
vandalisme ini terutama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Selain perlu berusaha
meningkatkan kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta benda awam ,
DBKL juga perlu membentuk Jawatankuasa Anti Vandalisme yang turut dianggotai oleh
beberapa agensi kerajaan yang lain. Peranan jawatankuasa ini adalah melibatkan sekolah dan
para remaja untuk turut sama menjayakan kempen kesedaran ini. Jika sebelum ini Jabatan
Pendidikan telah menganjurkan pertandingan “Harta Benda Awam Milikku-Milikmu”,
jawatankuasa ini juga boleh mengadakan kempen Anti Vandalisme dan pertandingan
7
Etika Profesional Muka Surat
Memelihara Persekitaran Awam untuk menanamkan sifat bertanggungjawab dan
menyemaikan perasaan sayang terhadap harta benda awam.
Selain daripada DBKL, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
Majlis-majlis perbandaran serta Bandaraya juga turut perlu memainkan peranan bagi
menangani masalah vandalisme yang semakin berleluasa pada akhir-akhir ini. Pihak Polis
Diraja Malaysia telah pun melaksanakan penguatkasaan dan pelaksanaan undang-undang di
bawah (Akta Kerajaan Tempatan 9 undang-undang kecil vandalisme),sesiapa yang didapati
merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM2,000 atau penjara
tidak melebihi setahun jika sabit kesalahan. Pelaksanaan undang-undang baru pula
menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan
mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.Tindakan yang lebih
tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada masyarakat lain.
Pertubuhan Persatuan Pencegah Jenayah telah ditubuhkan di setiap sekolah bagi
mengurangkan kadar masalah sosial dalam kalangan remaja.
Badan bukan kerajaan seperti Persatuan Rukun Tetangga juga perlu
bertanggungjawab mengelakkan gejala vandalisme berlaku terutamanya berdekatan dengan
kawasan perumahan mereka. Jawatankuasa Perumahan yang berkenaan perlu bergabung
tenaga untuk membuat kawal selia di kawasan masing-masing. Setiap persatuan yang bukan
badan kerajaan dan juga Rukun Tetangga telah diberi satu kawasan untuk dijaga dan di
selenggara. Penyataan-penyataan diatas diharap dapat mengurangkan kadar jenayah ini dari
semasa ke semasa.
8
Etika Profesional Muka Surat
3.0 PENILAIAN TENTANG PENGARUH KELUARGA BESERTA CONTOH-CONTOHNYA
Pengaruh keluarga merupakan satu lagi faktor yang mempengaruhi proses
pembentukan etika dalam diri individu. Didalam kehidupan institusi manusia, keluarga
merupakan kumpulan paling penting di mana seseorang memperoleh keahlian dan identiti.
Lahir sahaja seorang manusia di muka bumi, keluargalah tempat mereka merasai suasana.
Bermula dari bayi maka sebahagian besar masa kita juga banyak dihabiskan di kalangan
keluarga.
Justeru, pengaruh keluarga memainkan peranan penting dalam membentuk etika
seseorang. Walaupun pelbagai faktor yang mempengaruhi individu tetapi ramai yang
bersetuju mengatakan keluarga merupakan faktor paling kuat. Di dalam masyarakat, keluarga
merupakan inti masyarakat. Fungsi kekeluargaan tidak hanya melahirkan zuriat untuk
keturunan tetapi juga merupakan sumber pendidikan utama kerana segala pengetahuan dan
kecerdasan intelektual manusia diperolehi oleh kanak-kakan daripada ahli keluarganya.
Kehidupan keluarga masa kini tidak sama dengan keluarga zaman dahulu. Pelbagai
pergolakan yang dapat kita lihat serta perubahan budaya yang hebat telah mempengaruhi cara
kita mencorakkan kehidupan di dalam institusi kekeluargaan. Secara umumnya, perbezaan
amat ketara khususnya keluarga yang hidup di kota. Jika kita lihat kehidupan di kampung
yang masih lagi ketinggalan teknologi, perindustrian dan sebagainya, ikatan kekeluargaan
tersebut amat erat walaupun mereka hidup serba kekurangan. Jika dahulu fungsi
kekeluargaan untuk menyediakan keperluan seharian dan ikatan tersebut amat kuat
berbanding masa kini yang telah terkena pengaruh penggantian tenaga manusia dengan
tenaga mesin. Kini, anggota keluarga tidak lagi mempunyai peranan yang penting untuk
disumbangkan kepada keluarga serta diperlukan oleh anggota yang lain kerana
perkembangan teknologi memudahkan mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti tersendiri.
Jika kita lihat institusi pendidikan masa kini, perana keluarga telah diserahkan bulat-
bulat kepada guru yang mengajar di sekolah. Para ibu bapa dengan mudahnya lepas tangan
9
Etika Profesional Muka Surat
hingga merasakan segala aktiviti pembelajaran merupakan tanggungjawab sepenuhnya pihak
sekolah hingga ada dikalangan mereka menyalahkan pihak sekolah jika anak mereka gagal
dalam pembelajaran. Sedangkan pada hakikatnya tugas ibu bapa untuk memperkembangkan
intelek anak merupakan faktor penentu kejayaan etika seseorang individu. Masa kini
keluarga hanya berfungsi selaku pengguna sahaja.
Jika dahulu kita lihat generasi terdahulu mencari hiburan di rumah kerana peranan ibu
bapa menyediakan pelbagai aktiviti berbentuk permainan dan hiburan untuk manfaat
bersama. Namun kini fungsi rekreasi berpindah ke luar rumah. Kanak-kanak sekarang sudah
tidak betah tinggal di rumah. Mereka lebih suka bermain diluar rumah dan melepak di tepi-
tepi pasaraya atau dikaki lima. Pasar raya, kafe siber dan kelab snuker, pusat karoeke
merupakan tempat aktiviti mereka melepaskan penat lelah seharian selepas belajar. Hal ini
sudah semestinya menyebabkan ikatan kekeluargaan menjadi. Tambahan pula terdapat ibu
bapa yang melepaskan segala kemarahan beban kerja di rumah dan tempiasnya terkena anak-
anak yang sedang membesar. Apabila ketegangan itu dirasakan semakin meruncing,
bermulalah kisah baru melepak bersama rakan-rakan di warung kopi, kelab malam,
panggung wayang, tempat perjudian atau pusat karaoke. Hal ini mengakibatkan anak-anak
kehilangan kasih sayang dan berasakan suasana di rumah amat membosankan.
Generasi terdahulu selaku seorang anak sulong terpanggil untuk membantu ibunya
mendodoikan anaknya tetapi kini peranan tersebut telah diambil sepenuhnya oleh pihak
nurseri atau pembantu rumah. Kesempitan hidup menyebabkan mereka mengorbankan masa
bujang mereka dan tanggungjawab tersebut sanggup digalas bersama demi kebahagiaan
bersama. Era globalisasi yang semakin maju menyebabkan dikalangan ahli keluarga juga
sanggup menipu keluarga sendiri. Jika dahulu perniagaan perkongsian ahli keluarga
merupakan keuntungan bersama namun kini perniagaan perkongsian adik-beradik lebih
memeritkan, kerana rasanya mempercayai orang lain lebih menguntungkan. Terdapat
beberapa kes yang sering kita dengar dimana anak-anak sanggup mencagarkan tempat
kediaman ibu bapa mereka demi perniagaan mereka. Inilah yang terjadi didalam institusi
kekeluargaan jika bisnes lebih penting daripada ahli keluarga sendiri.
10
Etika Profesional Muka Surat
Ibu bapa yang dahulu akan berasakan bebanan mereka akan berkurangan jika anak-
anak pulang ke desa. Namun kini, walaupun pulang anak-anak pulang ke kampung tetapi
tanggungjawab menyediakan makanan tersebut dilepaskan kepada ibu bapa yang telah uzur.
anak perempuan yang keluarkan belanja dapur untuk ahli yang ramai ini. Jika ada yang
membantu mungkin anak-anak perempuan dan dikalangan anak lelaki sibuk menanyakan bila
amkanan akan dihidangkan tanpa ada rasa tanggungjawab menyumbang dan membantu.
Dalam kekeluargaan dahulu makanan yang paling sedap ialah masakan ibu. Manakala
makanan masakan dirumah yang sentiasa sedap merupakan air tangan si isteri. Sanak saudara
datang berkunjung saling seronok menyediakan juadah bersama, tidur beramai di atas lantai
pun tidak mengapa asalkan kebahagiaan itu dikecapi bersama. Kini segalanya berubah.
Keluarga sekarang lebih enak makan masakan luar yang penuh dengan pewarna dan perisa.
Alasan yang seringkali didengari, ibu penat bekerja atau mungkin juga ramai yang sudah
tidak pandai memasak. Jarang sekali dapat makan berhimpun bersama kerana banyak
undangan dan pembentangan kertas kerja perlu dilakukan untuk persediaan keesokan
harinya. Hal ini sekaligus menyebabkan etika yang dibawa oleh ibu bapa diikuti oleh anak-
anak zaman sekarang. Aktiviti makan bersama bukan lagi aktiviti yang penting. Apabila
kesepian membelenggu anak yang sulong mula melibatkan diri dengan parti dan anak yang
kecil lebih rapat dengan pembantu rumah kerana makan pun disuap oleh pembantu rumah.
Jika ada saudara mara yang bertandang dianggap sebagai tidak faham, tidak kena
masa, menganggu kententeraman dan menyusahkan ahli keluarga. Kedatangan ahli keluarga
tidak lagi membawa erti ikatan saling memerlukan. Malahan kedatangan mereka dianggap
menghabiskan duit tuan rumah dan tidak menguntungkan dan menambahkan bebanan hidup.
Pengaruh keluarga yang negatif tidak terhad setakat itu sahaja malahan individu menganggap
kekeluargaan tiada peranannya sebaliknya hidup secara individu lebih didambakan.
11
Etika Profesional Muka Surat
Undang-undang yang boleh digunakan sebagai panduan kepada pilihan moral
Peranan ibu bapa di dalam membentuk kekeluargaan tidak terhad terhadap kanak-
kanak sahaja malahan sehingga hujung nyawa mereka bagi membantu kanak-kanak tersebut
terbentuk moral yang membanggakan.
1) Pendidikan Agama
Dalam institusi kekeluargaan ibu bapa yang mempunyai pekerti baik atau kuat
bekerja sama ada kepada individu mahu pun masyarakat dianggap idola atau contoh yang
diikuti. Sayangnya, kebanyakan kanak-kanak pada masa pada kini terdedah dengan
perkembangan teknologi yang menjadikan segala maklumat mudah diperolehi. Kesannya
ramai diantara kanak-kanak kini berwajah cantik tetapi berakhlak buruk. Kebanyakan ibu
bapa masa kini terlalu mementingkan pembelajaran teras sehinggakan menyisihkan anak-
anak mereka daripada pendidikan moral. Mereka ini beranggapan tanggungjawab mereka
sekadar menyediakan keperluan material anak-anak seperti menyekolahkan anak-anak
mereka di sekolah agama, maka memadai sudah pendidikan yang diberikan dan terlepas dari
tanggungjawab memberi pendidikan moral Islam.
Oleh sebab inilah kebanyakan ibu bapa terkeliru dalam menanamkan proses
pelaziman pada anak-anak mereka berhubung dengan pendidikan agama dan
moral. Contoh biasa yang kita lihat, ibu bapa mengunci pintu bilik solat bagi mengelakkan
anak-anak mengganggu mereka melakukan solat sedangkan perkara lazim tersebut dapat
membantu si anak memahami cara hidup Islam yang sebenar. Sebenarnya, hal yang dianggap
remeh ini menjejaskan proses pembentukan jiwa anak itu ke arah nilai-nilai keislaman yang
murni. Sepatutnya ibu bapa harus mengambil iktibar dari peristiwa yang diriwayatkan oleh
An- Nasa’I dan Al-Hakim: “Pada saat Rasullullah s.a.w. sedang solat sambil mengimami
para mukmin yang bermakmum kepadanya, tiba-tiba datanglah cucunya Husain menerpa
dan lantas menunggangi punggung baginda s.a.w. saat baginda sedang sujud. Maka
Rasullullah s.a.w. melamakan sujudnya, sehingga para sahabat yang bermakmum kepada
12
Etika Profesional Muka Surat
baginda s.a.w. mengira telah terjadi sesuatu. Setelah solat selesai, berkatalah mereka:
“Engkau telah melamakan sujud, wahai Rasullullah, sehingga kami mengira telah terjadi
sesuatu.” Lantas Rasullullah s.a.w. pun menjawab,“Cucuku telah menjadikan aku sebagai
tunggangan, maka aku tidak suka mengganggu kesenangannya hingga dia puas.”
Di dalam riwayat tersebut, Rasullullah s.a.w. membiarkan cucunya untuk berbuat
sesuka hati terhadap baginda s.a.w., padahal baginda s.a.w. tengah solat. Disanala
terkandung butir-butir pendidikan yang sangat tinggi nilainya. Dibiarkannya seorang anak
berada di tengah-tengah suasana aktiviti keislaman berlangsung, akan memberikan
pengaruh yang sangat besar sekali bagi kehidupan rohaninya. Anak tersebut setidak-
tidaknya akan melihat dan merasakan suasana aktiviti keislaman tersebut. Hingga
terbentuklah pengalaman rohani pada diri anak.
Sebagai ibu bapa, melalui pengalaman rohani itulah proses pembelajaran berlaku. Si
anak meniru perilaku dan mencontohi setiap perbuatan yang dilihatnya. Semakin sering anak
dihadirkan dalam suasana keislaman, maka jiwannya akan terbiasa untuk menerima nilai-
nilai keislaman. Ibu bapa tidak perlu kuatir jika si anak belum memahami atau belum
mengerti terhadap apa-apa yang diajarkan oleh lingkungannya kerana proses pembelajaran
akan berterusan sepanjang usianya.
2) Kawalan Disiplin yang Berpatutan.
Ibu bapa perlulah bijak dalam menimbangkan perkara yang boleh dan tidak boleh
dilakukan oleh anak-anak mereka. Ibu bapa mestilah mampu mentaksirkan atau
mengaplikasikan gaya keibubapaan mengikut kesesuaian, keadaan atau had kebebasan yang
dibenarkan. Pelbagai stail boleh diaplikasikan bergantung kepada suasana, keadaan dan
persekitaran seperti contoh-contoh yang di bawah:-
i) Stail Authoritarian
13
Etika Profesional Muka Surat
Contoh autokrasi yang boleh digunakan oleh seorang ibu dimana anak kecilnya sering
menangis pada waktu malam dan tidak mahu berhenti, maka si ibu yang terlampau bengang
mengambil jalan terakhir untuk menghentikan tangisan tersebut dengan mengatakan hantu
menyukai kanak-kanak yang menangis pada waktu malam. Walaupun hal tersebut tidak logik
tetapi ia bersebuaian untuk jangka pendek. Si anak akan berasa takut lalu berhenti menangis
kerana rasa takutnya terhadap hantu. Namun pada masa kaan datang iaitu untuk jangka
panjangnya hal ini boleh menjejaskan keyakinan dan jati diri individu tersebut. Hal ini
perlulah diseimbangkan kerana dikhuatiri remaja tersebut akan membesar dalam keadaan
memberontak kerana sering sering diherdik, dimarah, dibuli semenjak kecil.
ii) Stail Demokratik
Seharusnya ibu bapa perlu mengamalkan sikap toleransi dalam berbagai perkara yang
ingin dilakukan oleh anak mereka iaitu tidak terlalu memberi kebebasan dan tidak juga
terlalu mengongkong aktiviti anak-anak. Kongkongan yang berlebihan akan menyebabkan
kanak-kanak memberontak serta tidak banyak membantu pembangunkan anak-anak menjadi
seorang yang berguna baik kepada diri, keluarga mahupun masyarakat. Setiap ibu bapa
perlulah menghormati perasaan dan memberi kelonggaran bagi membantu kanak-kanak
tersebut meningkatkan daya kreativiti. Kanak-kanak jangan terlalu sering dimarahi jika
cadangan kita tidak dipatuhi sebaliknya hargailah pendapat dan kebolehan mereka
sewajarnya dalam melakukan sesuatu.
Ibu bapa seharusnya memberi ruang dan peluang untuk anak-anak menuruti
keinginannya selagi tidak bertentang dengan nilai-nilai mulia dan akhlak yang baik. Misalnya
dalam memilih pakaian, pekerjaan, kursus yang mereka minati dan hala tuju kehidupan
mereka. Seharusnya ibu bapa harus berperanan sebagai penasihat dan menggalakkan anak-
anak memilih apa yang mereka sukai namun di samping itu dorongan dan pandangan
haruslah diberi dalam memilih yang sesuai dengan nilai moral dan agama.
iii) Stail Permissive
14
Etika Profesional Muka Surat
Namun jika kanak-kanak terlalu diberikan kebebasan yang berlebihan akan
mengakibatkan anak-anak membentuk etika yang negatif dalam diri mereka. Janganlah
beranggapan dan berkeyakinan bahawa anak-anak mampu untuk memikirkan manakah yang
baik untuk diri mereka dan mampu membezakan antara yang baik dan buruk. Sekiranya hal
ini berlaku ibu bapa telah pun melakukan kesilapan yang paling besar. Begitu juga ibu bapa
juga harus dipersalahkan seandainya berasa terlalu yakin terhadap pendidikan dan pelajaran
yang telah diberi kepada anak-anak mereka. Sebenarnya kanak-kanak tidak mampu
berfikiran secara waras dalam sesuatu perkara atau keadaan tanpa pengawasan daripada ibu
bapa.
Akibat daripada kelonggaran dan kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
seperti memberi wang yang berlebihan umpamanya boleh menyebabkan anak-anak terlibat
dengan penyalahgunaan dadah, pil estacy, arak dan rokok. Kebebasan kita membiarkan
mereka berkawan tanpa pengawasan juga menyebabkan etika negatif terbentuk kerana
memungkinkan anak-anak memilih rakan-rakan yang jahat dan sesat. Contohnya anak-anak
bersama rakan-rakanya merancang perbuatan yang tidak diingini dan melakukan segala yang
diharamkan oleh agama.
iv) Pencegahan Awal
Peribahasa Melayu “Melentur buluh biarlah semasa rebung” yang membawa maksud
perkembangan kanak-kanak dirinya bermula dari alam bayi, kanak-kanak seterusnya kepada
peringkat remaja dan dewasa. Ibu bapa dipertanggungjawab untuk mempastikan proses
pendidikan adalah berterusan. Sekiranya pencegahan awal tidak dilakukan, maka peristiwa
berlakulah seperti filem “Anak Ku Sazali”. Perkara yang paling penting dan perlu dikhuatiri
oleh ibu bapa adalah seperti vandalisme, meminum minuman keras, lari dari rumah,
membantah arahan ibu bapa, peras ugut dan terlibat dalam kegiatan kumpulan liar.
Ibu bapa perlulah mempastikan anak-anak mereka dipupuk satu keyakinan bahawa
etika kasih sayang dan perhatian yang diberikan perlu ada batasan. Ibu bapa yang terlalu
15
Etika Profesional Muka Surat
melindungi anak mereka 'overprotection' boleh membawa kesan negatif terhadap tingkah
laku si anak. Ibu bapa perlu mengenakan hukuman kepada anak-anak mereka jika mereka
melakukan kesalahan dan jangan membiarkan anak-anak tanpa teguran dengan berpendapat
anak-anak masih kecil dan tidak faham adat dan kesopanan nanti kononnya jika besar ia akan
faham sendiri.
Contoh kes yang paling mudah untuk kita faham seperti kes di mana seorang anak
yang bermain berkejaran bersama rakan-rakan telah terjatuh dan mengadu pada si ibu
rakannya yang menolaknya sehingga tercedera. Ibu bapa yang tidak beretika akan memarahi
rakan-rakan anaknya dengan tuduhan merekalah penyebab kepada kecederaan anaknya.
Tanpa kita sedari perbuatan tersebut memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut kerana
melindungi perbuatan-perbuatannya. Akibatnya apabila dia meningkat remaja, maka
terbentuklah etika yang negatif dalam dirinya iaitu sikap tidak bertanggungjawab atas apa jua
perbuatannya.
v) Meneroka dan merangsang potensi
Sebagai ibu bapa yang berinovasi seharusnya menghasilakn idea-idea kreatif bagi
membantu membentuk etika yang baik untuk si anak. Ibu bapa yang kreatif akan
mengenalpasti bakat dan kehebatan yang ada dalam diri setiap anak mereka dan merangsang
mereka untuk terus menyuburkan bakat supaya bakat dan kehebatan tadi tidak terpendam
begitu sahaja. Contoh paling mudah apabila kita melihat anak cenderung dengan permainan
badminton, ibu bapa seharusnya memberikan galakan yang sewajarnya seperti membelikan
raket yang terbaik, buku-buku atau majalah mengenai permainan badminton, menghantar
anak untuk mengikuti latihan profesional dan sebagainya.
16
Etika Profesional Muka Surat
3.0 PENILAIAN TENTANG PENGARUH PENGALAMAN HIDUP BESERTA CONTOH-CONTOHNYA
Pengaruh pengalaman hidup merupakan salah satu perkara yang membentuk etika
seseorang dan tidak ada respon atau tegahan pada peringkat awal. Apabila seseorang individu
melakukan perkara tersebut secara berulang kali dan tanpa teguran, amaran atau sebagainya
maka wujudlah ia sebagai kebiasaan dalam kehidupan. Seseorang individu akan melakukan
perkara yang telah menjadi kebiasaan tersebut walau dimana sahaja ia berada. Beberapa
contoh bagaimana pengalaman hidup ini menunjukkan kehidupan manusia menjadi tidak
beretika seperti meludah, membuang sampah, mencuri dan menonton bahan lucah. Apabila
tidak ada larangan terhadap perkara tersebut maka ia akan menjadi satu tabiat dan rutin
harian.
i) Meludah
Di Malaysia tidak ada papan tanda yang mengatakan 'Dilarang Meludah' maka
menjadi kebiasaan seseorang individu yang tidak beretika menganggap sekiranya dia
meludah tidak ada siapa yang nampak. Meludah tidaklah menjadi satu kesalahan tetapi ia
tidak beretika apabila meludah dihadapan orang lain terutamanya di restoran, kedai kopi
mahupun dijalan-jalan biasa. Masyarakat dan orang sekeliling yang akan rasa jijik dengan
sikap sedemikian.
ii) Membuang Sampah
Dalam konteks sosial membuang sampah ditempat yang ditetapkan adalah satu sikap
yang baik, tetapi membuang merata-rata dan sesuka hati sahaja merupakan satu perbuatan
tidak beretika. Apabila perbuatan tersebut selalu dibuat dan tidak ada kesan apa-apa yang
dikenakan kepada seseorang pembuang sampai ia akan mengulanginya. hal ini bukan sahaja
menyebabkan persekitaran menjadi kotor, malah ada yang mencampakkan sampah keluar
daripada kereta sehinggakan kenderaan dibelakang terkena tempias kotor dan sampah
berkenaan. Oleh kerana dalam keadaan pantas, perbuatan tersebut jarang dapat dirakamkan
17
Etika Profesional Muka Surat
sebagai bukti kesalahan dan ini menyebabkan individu yang tidak beretika sebegini terlepas
dan akan sentiasa melakukannya lagi pada masa-masa akan dating.
iii) Mencuri
Seperti perbuatan membuang sampah sekiranya individu tersebut tidak ditangkap dia
akan merasakan perbuatan tersebut tidak menjadi kesalahn dan akan sentiasa selamat. Secara
jelas mencuri bukanlah perbuatan beretika dan ia merupakan satu kesalahan sekiranya dapat
ditangkap. Contoh yang paling mudah berlaku di persekitaran sekolah ialah kecuriaan alat
tulis dan mencuri duit persekolahan pelajar lain. Hal ini perkara yang sering berlaku dan
pihak sekolah mendapat aduan tentang duit pelajar dicuri, alat tulis pelajar dicuri dan
sebagainya. Seringkali kecurian berlaku semasa pelajar rehat, semasa bertukar kelas, semasa
bersukan dan sebagainya. Oleh kerana pencuri tersebut tidak diketahui dan ianya sukar
dikesan kerana pelajar lain juga membawa wang belanja dan alat tulis maka etika negatif
tersebut menjadi tabuat individu terbabit. Dan akhirnya ia akan berleluasa dan berpanjangan
sehinggalah ada pelajar yang nampak dan ia tertangkap.
iv) Melihat atau menonton bahan lucah
Seawal umur sembilan tahun, ada pelajar yang sudah melihat bahan lucah di internet,
majalah, CD, Video dan sebagainya. Hal ini kerana pelajar tersebut menjumpai bahan
tersebut di rumah atau juga diperolehi daripada pelajar-pelajar yang lain. Bahan lucah
tersebut dicetak, disalin dan diberikan kepada rakan-rakan lain. Pengesanan tidak dapat
dilakukan terutama pelajar yang menggunakan atau mendapatkan bahan daripada internet.
Kebanyakan pelajar menggunakan telefon bimbit smartphone untuk mengedarkan bahan
lucah berkenaan melalui aplikasi-aplikasi di store seperti What Apps dan Wechat. Contohnya
bahan tersebut di dalam bentuk cakera dan seringkali diselitkan rapi dalam buku teks serta
telefon bimbit akan dapat dirampas dan sebagainya. Perbuatan sebegini adalah tidak beretika,
tetapi seperti perkara lain, pengalaman hidup yang tidak tertangkap menjadikan pelajar
sanggup melakukan apa sahaja kerana ia masih rasa selamat.
18
Etika Profesional Muka Surat
Undang-undang yang boleh digunakan sebagai panduan kepada pilihan moral
Sekiranya masalah etika menjadi terlalu besar dikalangan individu terutamanya
melibatkan pelajar sekolah maka undang-undang boleh digunakan untuk menguruskan
masalah ini. Masyarakat tidak boleh bergantung kepada keputusan umum sebagai etika
sahaja dan dijadikan dilemma. Oleh itu satu set peraturan dibentuk secara menyeluruh
mengenai tingkahlaku masyarakat bagi mewujudkan kesan yang baik kepada masyarakat dan
ia dipanggil undang-undang (Genfa, 2008). Terdapat beberapa ciri-ciri undang-undang yang
boleh dipalikasikan seperti;
Membuang sampah merata-rata
Membuang sampah merupakan perkara yang tidak menjadi satu kesalahan tetapi lebih
kepada masalah moral dan etika. Perbuatan membuang sampah atau membiarkan sampah di
merata tempat adalah sikap tidak bermoral. Sikap suka mencampakkan sampah keluar dari
kenderaan, membiarkan sampah di pondok rehat, membiarkan sampah di atas meja makan di
kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan begitu juga disekolah bukanlah menjadi kemestian
umum untuk membuangnya tetapi apabila ia dibiarkan berleluasa maka kawasan berkenaan
akan kotor dan menjijikkan. Sebagai pilihan moral bagi mengatasi permasalah sebegini maka
Seksyen 47 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 dan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (Akta 672) boleh digunakan oleh Kerajaan Tempatan, dewan Bandaraya
dengan memberikan denda kepada pembuang sampah yang tidak beretika.
Memiliki bahan lucah
Negara kita tertakhluk kepada undang-undang yang diterbitkan oleh SKM. Walaupun setiap
telefon bimbit, komputer, dan ipad adalah hak milik peribadi dan bukanlah kegunaan
bersama tetapi individu perlu berhati-hati menyebarkan bahan-bahan lucah kerana setiap
19
Etika Profesional Muka Surat
penghantaran melalui atas talian akan dikenal pasti oleh pihak SKM. Walaupun tidak ada
sesiapa jua yang tahu kandungan telefon bimbit, komputer bimbit dan ipad namun perbuatan
tersebut tidak beretika. Menceritakan dan menunjukkan bahan lucah juga hanya pada
kesalahan moral sebagai tidak bermoral. Tetapi sekiranya ia tidak dibendung ia membawa
kepada implikasi agama dan gangguan seksual serta gangguan sosial. Oleh itu sebagai
pilihan moralnya Seksyen 922 Kanun Keseksaan (menyimpan video lucah) dan Seksyen 5
(1) ( a ) Akta Penapisan Filem 2002 (memiliki video lucah) bagi mengatasi permasalahan
tersebut. Konteks undang-undang sudah jelas, ia adalah sebagai jalan terakhir apabila
perbuatan tidak bermoral dilakukan secara berterusan dan undang-undang adalah jalan
sebagai hukuman dan dendaan yang tidak ada pada prinsip moral dan etika.
Mencuri
Perbuatan mencuri merupakan satu kesalahan moral, etika dan undang-undang yang
serius. Kesalahan mencuri mengundang tidak selesa dan baahaya pada masyarakat kerana
haknya dilucutkan dan diambil oleh orang lain kerana perbuatan tidak beretika tersebut.
Walaupun pelajar menganggap kesalahan mencuri pensil itu tidak serius tetapi ia adalah tidak
bermoral dan beretika. Apabila ia telah mencapai tahap melebihi umur juvana, maka akta 574
seksyen 378 Kesalahan Mencuri dan seksyen 379 Seksaan bagi Kesalahan Mencuri boleh
digunakan sebagai membendung aktiviti mencuri.
20
Etika Profesional Muka Surat
5.0 PERBINCANGAN TENTANG BAGAIMANA UNDANG-UNDANG BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI PANDUAN PILIHAN MORAL
Setiap undang-undang yang digubal memainkan peranan penting di dalam kehidupan
manusia. Diantara kepentingan undang-undang ialah mengatur perjalanan hidup manusia
tidak mengira pangkat, warna kulit, agama, dan sebagainya. Hal ini terbukti di Malaysia
yang mengamalkan demokrasi berparlimen apabila undang-undang itu sendiri dapat
mengatur dan menentukan peranan institusi atau badan kerajaan dalam sesebuah negara.
Undang-undang juga berfungsi sebagai ejen keamanan dan kesejahteraaan. Undang-undang
yang digubal dapat digunakan untuk mengawal ahli-ahli masyarakat daripada melakukan
sebarang tindakan yang salah dan memudaratkan diri serta orang ramai. Hukuman yang
dikenakan setimpal dengan perbuatan mereka sekiranya mereka melanggar peraturan yang
ditetapkan. Tujuan hukuman dijalankan bukanlah untuk memudaratkan sebaliknya bertujuan
memberi pengajaran kepada si pelaku dan orang ramai. Oleh yang demikian, hak-hak dan
kebebasan setiap individu akan terpelihara dan akhirnya satu bentuk kehidupan sosial dan
politik yang stabil dapat diwujudkan.
Perkara yang paling penting di dalam undang-undang diwujudkan agar dapat
dijadikan sebagai panduan untuk pilihan moral. Setiap individu apabila berhadapan dengan
dilema etika perlulah merujuk kepada undang-undang etika sama ada di dalam atau di luar
organisasi. Di Malaysia contohnya kita tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta
88) yang bertujuan untuk melindungi rahsia keselamatan negara. Akta ini boleh dijadikan
panduan untuk bertindak apabila berlaku situasi seperti berikut.
Contoh kes, Brond Palare merupakan warga Thailand yang bertugas di Malaysia
sebagai anggota polis di daerah Kuala Lumpur. Walaupun keluarga Brond Palare telah lama
menetap di Malaysia, namun mereka masih mempunyai hubungan yang rapat dengan ahli-
ahli keluarga di negara Thailand. Brond Palare menghadapi dilema etika apabila berlaku
konflik di antara kerajaan dengan sebuah kumpulan militan di negara asal ayahnya.
Abangnya yang menetap di Thailand merupakan seorang jeneral dalam kumpulan tersebut
meminta beliau untuk menyalurkan maklumat tentang rahsia dan kekuatan pihak polis di
21
Etika Profesional Muka Surat
daerah Kuala Lumpur kepadanya. Brond Palare percaya maklumat yang dikehendaki
tersebut akan digunakan untuk menyerang balai-balai polis di daerah Kuala Lumpur.
Namun sebelum mengambil tindakan yang sesuai, Brond Palare terpaksa menimbangkan
beberapa faktor seperti tali persaudaraannya dengan abangnya, keselamatan keluarganya
terutamanya anak dan isterinya di Malaysia dan juga kesetiaannya kepada negara. Sebagai
anggota keselamatan, Brond Palare merujuk kepada undang-undang sebagai panduan
kepadanya untuk bertindak. Sekiranya beliau menyampaikan maklumat tentang kekuatan
dan rahsia polis di daerah Kuala Lumpur tersebut kepada pihak musuh, kemungkinan besar
Brond Palare akan dianggap sebagai pengintip. Melalui penguatkuasaan undang-undang
Seksyen 3 iaitu pengintipan bagi maksud yang membawa mudarat kepada keselamatan atau
kepentingan Malaysia dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) memperuntukan penjara
seumur hidup kepada pesalahnya. Disebabkan Brond mempunyai nilai etika yang tinggi
dalam diri dan kesetiaannya kepada negara, akhirnya Brond mengambil keputusan bijak
menolak permintaan abangnya yang bertugas sebagai jeneral tersebut dengan tegas.
Walaupun Brond Palare menolak permintaan abangnya, namun dia masih percaya
bahawa kumpulan militan tersebut pasti akan mengotakan hasrat mereka untuk menyerang
balai-balai polis di daerah Kuala Lumpur tersebut dalam masa yang terdekat. Sebenarnya
Brond Palare mengalami dilema etika, kerana berpandukan kepada Akta Rahsia Rasmi 1972
(Akta 88) dia masih lagi boleh dikenakan tindakan undang-undang. Ini kerana mengikut
Seksyen 7 (a) akta yang sama, dia masih boleh dipenjara tidak kurang daripada satu tahun
tetapi tidak lebih daripada lima tahun atas kesalahan tidak melaporkan kejadian bahawa
terdapat individu yang meminta maklumat tentang rahsia rasmi. Disebabkan rasa kesetiaan
yang menebal dan menjunjung tinggi undang-undang serta rasa tanggungjawab untuk
mengekalkan keselamatan dan keamanan, akhirnya dia melaporkan perihal abangnya yang
bertugas sebagai jeneral dan kumpulan militan tersebut kepada pegawai atasannya.
Undang-undang amat berguna untuk dijadikan panduan apabila berhadapan dengan
dilema etika di dalam jabatan-jabatan kerajaan. Contoh lain, seorang pembantu akauntan
telah menemui bukti bahawa seorang pegawai akauntan di sebuah jabatan kerajaan telah
22
Etika Profesional Muka Surat
menerima rasuah untuk memberikan kelulusan pinjaman walaupun peminjam tersebut tidak
layak mendapatkan pinjaman tersebut. Setelah membuat pemeriksaan, pembantu akauntan
tersebut telah mendapati banyak spesifikasi yang tidak dipatuhi dan tidak melayakkan syarat
peminjam berkemungkinan menimbulkan masalah hutang pada masa akan datang. Pembantu
akauntan tersebut ingin membuat aduan kepada pihak-pihak berwajib mengenai perkara
tersebut tetapi bimbang tindakannya itu boleh menjejaskan kerjaya dan keselamatan dirinya.
Beliau cuba mendapatkan pandangan dan nasihat rakan-rakan serta nilai etika yang tinggi,
akhirnya dia melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkenaan. Beliau yakin dengan
undang-undang yang akan melindungi beliau iaitu Akta Perlindungan Pemberi Maklumat
2010 (Akta 711) yang dikuatkuasakan pada 15 Disember 2010. Akta ini memperuntukan
perlindungan terhadap pemberi maklumat yang telah mendedahkan sesuatu kejadian dan
kelakuan tidak wajar. Diantara perlindungan yang diberikan kepada pemberi maklumat
adalah merangkumi, perlindungan maklumat sulit, kekebalan daripada tindakan sivil atau
jenayah yang cuba dikenakan terhadap pemberi makumat dan juga perlindungan terhadap
tindakan yang memudaratkan.
Malaysia tertakhluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang bagi
membendung dan melakukan halangan daripada perbuatan tidak bermoral dan tidak beretika
daripada terus berpanjangan dan kekal dilaksanakan. Setiap undang-undang ini menjadikan
seseorang akan lebih beretika dan bermoral apabila dikenakan hukuman dan tindakan
undang-undang. Tindakan undang-undang yang dikenakan kepada kes-kes diatas pada
asasnya bukanlah satu jenayah berat tetapi lebih kepada membentuk nilai etika yang positif
dan berpanjangan. Undang-undang memainkan peranan penting bagi memastikan
keharmonian masyarakat dapat dipertahankan bagi membendung perbuatan tidak beretika
dan melakukan sesuatu yang kerap serta tidak boleh lagi diterima oleh masyarakat maka.
Sekiranya amalan-amalan diatas boleh diterima oleh masyarakat sebagai amalan dan
kebiasaan maka sudah pasti negara akan kerugian berjuta ringgit bagi membentuk
masyarakat yang beretika dan membanteras jenayah yang dilakukan.
23
Etika Profesional Muka Surat
6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN
Etika merupakan ilmu yang mengajar manusia melalui perbuatan baik dan perbuatan
buruk, betul dan salah manusia serta sejauh mana yang dapat difahami oleh fikiran manusia.
Faktor pembentukan etika individu yang terlibat antaranya kekeluargaan, pengaruh rakan dan
nilai moral berdasarkan pengalaman hidup serta keadaan dan persekitaran. Selain itu
penguatkuasaan undang-undang turut membentuk sikap individu melalui proses tangkapan,
saman atau denda. Secara umumnya faktor kekeluargaan memerlukan penekanan tentang
kasih sayang, perhatian, pendidikan dan didikan agama bagi membentuk remaja yang
beretika. Rumah merupakan tempat pertama mereka belajar, mengadaptasi ilmu berdasarkan
pemerhatian ke atas ibu bapa sebagai role model dalam membentukan intelek dan
pendidikan. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan faktor yang menyumbang dalam
pembentukan etika seseorang. Hal ini kerana setiap individu memerlukan rakan, maka
hendaklah bijak memilih kawan. Sekiranya mendapat rakan yang baik, maka banyak etika
positif diterima dan begitu juga sebaliknya. Ia juga memerlukan kebijaksanaan individu
untuk membezakan dan memilih sama ada etika yang dilakukan itu betul atau salah.
Penguatkuasaan undang-undang merupakan impak positif dalam mendidik
masyarakat supaya lebih berdisiplin dalam kehidupan seharian. Penguatkuasaan undang-
undang termasuklah denda, penangkapan, saman dan lain-lain lagi oleh pihak berwajib.
Tujuannya adalah untuk menjaga keamanan dan kemakmuran negara Malaysia.
Pembentukan etika melalui penguatkuasaan undang-undang boleh terjadi sekiranya
pembentukan rakyat Malaysia turut memberikan kerjasama. Sebagai rakyat di Malaysia kita
hidup dalam masyarakat yang demokratik. Oleh hal yang demikian, jika kita suka sesuatu
perkara yang kita lakukan, kita perlu mendapatkan majoriti pengundi untuk meluluskan
undang-undang yang kita mahukan. Negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen ini
memerlukan kita mendapat majoriti sokongan penduduk.
(5, 743 patah perkataan)
24
Etika Profesional Muka Surat
8.0 RUJUKAN
1) Ibrahim Mamat. (2001). Etika Untuk Mahasiswa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
2) Prof Madya Dr Mohamad Diah Jurini. (2010). Profesional Ethics. Selangor: Meteor Doc. Sdn Bhd.
3) Foo Say Fooi. (2002). Etika Pengurusan. Selangor: Pro-Office Shoppe Sdn Bhd.
4) Abdul Rahman Md. Aroff. (2004). Etika dan Falsafah Moral. Selangor: Pro-Office Shoppe Sdn Bhd.
5) Wikipedia Ensiklopedia Bebas: [Online]. Available http://ms.wikipedia.org
/wiki/Etika
6) Maimun Hj. Awang Hashim.(2012). Kekeluargaan: Institusi keluarga membentuk
peribadi. [Online]. Available: http://portalintelektualjpans.blogspot.com/2012/09
/institusi-keluarga-membentuk-peribadi.html
7) Nishal Nick. (2012). Vandalisme: Punca & Penyelesaian. [Online]. Available
http://vandalisme17. blogspot.com/
8) Prof. Madya Dr. Azizi Yahaya. Keluarga Dalam Pembentukan Moral. Jurnal
Pendidikan.
25
Etika Profesional Muka Surat
9) Amoi Nieza.(2011). Rakan Sebaya - Kawan atau Lawan. [Online]. Available
http://admizs81.blogspot.com/2011/06/teks-rakan-sebaya-kawan-atau-lawan.html.
Date Retrieved [03 Julai 2014]
10) S.M Mohamed Idris. (2008). Kita masih bergelut dengan vandasme. [Online]
Available http://svproject-vandalisme.blogspot.com. Date Retrieved [03 Julai 2014]
11) Utusan Malaysia. 13 Julai 2010.Vandalisme kian meruncing.
12) Dewan Bahasa dan Pustaka [Online]. Available http://prpm.dbp.gov.my/
Search.aspx?k=etika. Date Retrieved [03 Julai 2014]
13) Rozlizam. (2010). Etika Profesional [Online]. Available: http://badrizam.blogspot.
com/2010/02/etika-profesional.html.Date Retrieved [03 Julai 2014]
14) Mazuin Mustafa.(2013).Profesional Ethics. [Online]. Available:http://madzani.
blogspot.com/2013/05/professional-ethics.html. Date Retrieved [03 Julai 2014]
15) Syadid Habibullah bin Samsudin. (2010). Tinta Al-Fayyad: Maksud Etika [Online].
Available: http://syadidhabib.blogspot.com/2010/10/maksud-etika.html. Date
Retrieved [03 Julai 2014]
26