5
Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan (needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut. Bagaimana Program i-Think dilaksanakan 1. Kursus i-Think kepada Pemandu Sekolah dan Guru. 2. Pelaksanaan Rintis Program i-Think (6 SR dan 4 SM) dibandar dan luar bandar pada tahun 2012. 3. Pelaksanaan Penuh Program i-Think di semua sekolah secara berperingkat-peringkat pada tahun 2013. Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan termasuklah thinking maps, habits of mind, thinking hats, dan Q-matrix charts. Apakah yang diharapkan dari Program i-Think? · Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus, berkeyakinan dan aktif di dalam kelas. · Aktiviti banyak berpusatkan murid. · Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran dan pengajaran. · Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator.

Program i THINK

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Program i THINK

Program i-Think merupakan program yang bertujuan mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dapatan melalui kajian keperluan (needs analysis) menunjukkan bahawa kemahiran berfikir aras tinggi (higher order thinking skill – HOTS) dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah. Sehubungan itu, Agensi Inovasi Malaysia (AIM) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang telah dipertanggungjawabkan memacu inovasi negara, bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk merealisasikan impian tersebut. 

Bagaimana Program i-Think dilaksanakan

1. Kursus i-Think kepada Pemandu Sekolah dan Guru.2. Pelaksanaan Rintis Program i-Think (6 SR dan 4 SM) dibandar dan luar bandar pada tahun 2012.3. Pelaksanaan Penuh Program i-Think di semua sekolah secara berperingkat-peringkat pada tahun 2013.

Pihak AIM telah melantik perunding Kestrel Education (UK) untuk mengendalikan kursus bagi program i-Think. Antara alat berfikir yang akan diperkenalkan termasuklah thinking maps, habits of mind, thinking hats, dan Q-matrix charts. 

Apakah yang diharapkan dari Program i-Think?

· Dengan menggunakan alat berfikir (thinking tools), murid lebih fokus, berkeyakinan dan aktif di dalam kelas.· Aktiviti banyak berpusatkan murid.· Prestasi murid meningkat selepas menggunakan alat berfikir dalam pembelajaran dan pengajaran.· Hubungan guru dengan murid lebih rapat kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator.

Program i-think

Pernah dengar program ini?Dah biasa kot?Apa dia?

Baiklah,saya berikan sedikit maklumat untuk kita kongsi bersama...

merupakan satu program KPM untuk membantu pelajar lebih mudah belajar dan

dapat perangsang pemikiran mereka.

mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan

pelajar.

Page 2: Program i THINK

Definisi Pemikiran

proses menggunakan minda

mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu

menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan

membuat pertimbangan yang wajar bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami

Tujuan Latih KBKK

mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah dengan bijak

mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih

praktik sama ada di dalam atau di luar sekolah

menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif  

mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercelaru, kabur dan

sempit

meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek

mereka

bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan

diri untuk memberi hujah membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti,

serta berani memberi pandangan dan kritik.

Program i-Think merupakan satu program yang memberi perhatian kepada Peta

Pemikiran

peta pemikiran digunakan untuk meningkatkan daya pemikiran seseorang.

Page 3: Program i THINK

Setiap peta pemikiran mempunyai proses pemikiran yang disesuaikan mengikut

tajuk atau unit pelajaran.

Program i-Think ini, mengemukakan 8 jenis peta iaitu Peta Bulatan, Peta Buih,

Peta Buih Berganda, Peta Pokok, Peta Dakap, Peta Alir. Peta Pelbagai Alir

dan yang terakhir adalah Peta Titi.

Berikut adalah gambaran keseluruhan Peta Pemikiran yang terdapat dalam

i-think:

Ok...tu pengenalannya sahaja ya...nanti saya akan kemukakan setiap peta tersebut dalam siri yang akan datang....jangan mare....

Pencapaian Malaysia dalam Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) tahun 2007 adalah pada tahap 20 bagi Matematik dan 21 bagi Sains dalam kalangan 49 negara. Manakala laporan Program for International Student Assessment(PISA) tahun 2009 menunjukkan prestasi Malaysia berada dalam kedudukan 57 bagi Matematik, 55 bagi Sains dan 52 bagi Kefahaman dalam kalangan 74 negara.Dapatan ini dikukuhkan lagi dengan laporan kajian keperluan oleh Perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Centruy Schools (USA) yang dibentangkan pada 2 November 2011 mendapati bahawa pemikiran aras tinggi dalam kalangan guru dan murid di Malaysia amat rendah.

Program Kemahiran Berfikir Kreatif dan Kritis (KBKK) telah mula diperkenalkan pada tahun 1994. Guru telah diperkenalkan kepada pelbagai alat berfikir. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan guru kurang kemahiran aras tinggi di dalam pengajran dan pembelajaran mereka. Pengajaran guru banyak berpusatkan guru dan menjuruskan persediaan peperikasaan. Dengan itu dapatan ini memberi kesan kepada usaha KPM untuk menghasilkan modal insan yang keratif dan berinovatif serta dapat menghadapi cabaran kemahiran abad ke-21 yang memerlukan seseorang yang berkebolehan berfikiran aras tinggi.

Page 4: Program i THINK

Pada 27 Julai 2011 Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia (di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia. Program ini akan dipeluaskan kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya semua sekolah akan melaksanakan program ini pada tahun 2014.

Program i-Think merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi. 

Untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi. Untuk mencapai matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama memperkenalkan projek i-THINK. Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya berfikir secara kreatif dan kritis di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir yang mampu menyesuaikan diri dan menangani cabaran global.