26
1. LATAR BELAKANG Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) merupakan program di bawah seliaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan dilaksanakan sebaik sahaja Jemaah Menteri memutuskannya pada 26 Januari 2005. PMS diadakan atas tujuan untuk mendekatkan masyarakat umum, khususnya masyarakat luar bandar dengan kegiatan seni budaya. Di samping untuk meningkatkan semarak seni, PMS juga begitu signifikan dalam memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan masyarakat. Idea dalam merancana program PMS datang dari YB. Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Kekuatan untuk merealisasikan program murni ini didasari atas fakta untuk memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara, di samping memupuk semangat kerjasama kearah meningkatkan toleransi, keharmonian dan perpaduan selaras dengan pengukuhkan jatidiri bangsa Malaysia. Penganjuran PMS juga merupakan strategi jangka panjang Kementerian untuk memupuk pembangunan industri kreatif dalam pelbagai bidang seni budaya negara melalui ransangan penglibatan maysarakat luar bandar. Kejayaan beberapa penganjuran PMS menyebabkan Kementerian bercadang menyebarluaskan program ini di 222 kawasan Parlimen.

PROGRAM MERAKYATKAN SENI BUDAYA

  • Upload
    ngonga

  • View
    287

  • Download
    8

Embed Size (px)

Citation preview

1. LATAR BELAKANG

Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) merupakan program di bawah

seliaan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan

dilaksanakan sebaik sahaja Jemaah Menteri memutuskannya pada 26 Januari

2005. PMS diadakan atas tujuan untuk mendekatkan masyarakat umum,

khususnya masyarakat luar bandar dengan kegiatan seni budaya. Di samping

untuk meningkatkan semarak seni, PMS juga begitu signifikan dalam

memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan masyarakat.

Idea dalam merancana program PMS datang dari YB. Dato’ Seri Utama Dr.

Rais Yatim selaku Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia.

Kekuatan untuk merealisasikan program murni ini didasari atas fakta untuk

memulihara dan mengekalkan warisan seni budaya negara, di samping

memupuk semangat kerjasama kearah meningkatkan toleransi, keharmonian

dan perpaduan selaras dengan pengukuhkan jatidiri bangsa Malaysia.

Penganjuran PMS juga merupakan strategi jangka panjang Kementerian untuk

memupuk pembangunan industri kreatif dalam pelbagai bidang seni budaya

negara melalui ransangan penglibatan maysarakat luar bandar. Kejayaan

beberapa penganjuran PMS menyebabkan Kementerian bercadang

menyebarluaskan program ini di 222 kawasan Parlimen.

2. MATLAMAT

Memupuk nilai-nilai murni dan semangat kerjasama di kalangan masyarakat,

khususnya di kawasan luar bandar dalam usaha memulihara dan mengekalkan

warisan seni budaya negara.

3. KAEDAH PELAKSANAAN TAHUN 2011

MENGIKUT KAWASAN FOKUS

1. Kawasan Komuniti Bandar

2. Kawasan Luar Bandar

3. Penempatan FELDA / FELCRA

4. IPTA / IPTS

5. Komuniti Beruniform

6. Kawasan Putrajaya

PENGISIAN AKTIVITI

1. Pameran dan Demonstrasi

- Agensi di bawah KPKK

- Tempatan

2. Gotong Royong & Kenduri Rakyat

3. Persembahan Kesenian

- Utama : Tempatan

- Sokongan : Artis Jemputan / Kumpulan Kesenian Luar

4. Permainan Tradisi dan Sukan Rakyat

- Demonstrasi

- Pertandingan

5. Hasil Kerja Tangan

- Kemahiran / Ukiran / Tekad, Anyaman dan sebagainya

- Peralatan Muzik Tradisi (Kompang, Gambus, Gendang,

Sape, Sampoton dan sebagainya)

6. Mewarna dan Melukis

- Tadika

- Pelajar

- Keluarga

7. Pencungkilan Bakat Kesenian Muda (Moden & Tradisi)

8. Sistem Nilai dan Adat Istiadat

- Cukur Rambut, Adat Perkahwinan

9. Senam Seni Malaysia

10. Pembudayaan Bahasa

- Puisi

- Gurindam

- Lisan (Choral)

11. Penyemarakan Tradisi Islam - Tahlil dan Tazkirah

- Nazam

- Marhaban

- Berzanji

- Qasidah

- Majlis Berbuka Puasa

PAMERAN DAN DEMONSTRASI

Aktiviti penyebaran pengetahuan dan maklumat seni, budaya dan

warisan kepada masyarakat umum melalui pameran yang

melibatkan semua agensi Kementerian Penerangan Komunikasi

dan Kebudayaan Malaysia iaitu Jabatan Kebudayaan dan Kesenian

Negara, Jabatan Warisan Negara, Jabatan Muzium Malaysia, Arkib

Negara Malaysia, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,

Perpustakaan Negara Malaysia, Istana Budaya, Akademi Seni

Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Perbadanan

Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Balai Seni Lukis Negara,

Bahagian Pengurusan Acara dan Perhubungan Awam. Pameran

turut disertai oleh beberapa agensi dan penggiat seni dan budaya

tempatan.

Kanak-kanak sekolah mengunjungi tapak pameran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian

Negara di PMS Rantau, Negeri Sembilan pada 27 Mac 2006

Sebahagian pengunjung di tapak pameran Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia di PMS:

Festival Songkran 2006 di Naka, Kedah pada 16 April 2006

GOTONG ROYONG DAN KENDURI RAKYAT

Aktiviti kemasyarakatan seperti membersih kawasan dan membaiki

bangunan lama. Melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai

peringkat umur dan kaum. Penyediaan makanan sempena kenduri

rakyat setempat melibatkan semua golongan masyarakat secara

bergotong royong.

Gotong Royong membersihkan kawasan Rumah Limas di PMS Tanjung Agas, Muar,

Johor pada 22 Julai 2006

Gotong Royong memasak sempena kenduri rakyat di PMS Rantau, Negeri Sembilan

pada 27 Mac 2006

Gotong Royong memasak sempena adat cukur jambul di PMS Chenor, Maran, Pahang

pada 24 Jun 2006

Gotong Royong memasak sempena kenduri rakyat di PMS Tanjung Agas, Muar, Johor

pada 22 Julai 2006

Gotong Royong memasak emping sempena PMS: Sempena Temasya Mengemping dI

Kampung Sungai Buloh, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan pada 24 Mei 2009

PERSEMBAHAN KESENIAN TRADISI

Pendedahan aktiviti kesenian tradisi oleh kumpulan kesenian

tempatan serta barisan artis setempat yang berbakat dari pelbagai

kaum dan lapisan umur yang memfokuskan persembahan kesenian

bersifat ‘asli’ (Authentic).

Persembahan Kesenian Tradisi Sabah di PMS: Kenduri Rakyat dan Manifestasi

Adat Perkahwinan Etnik Negeri Sabah di Sungai Tiram, Sandakan, Sabah pada 4 Mac 2006

Persembahan Gendang Cina di PMS Rantau, Negeri Sembilan pada 27 Mac 2006

Persembahan Kesenian Tradisi ’Main Puteri’ di PMS Kampung Bunohan, Tumpat,

Kelantan pada 8 April 2006

Persembahan Kesenian Tradisi Masyarakat Siam di PMS: Festival Songkran 2006

di Naka, Kedah pada 16 April 2006

Persembahan Kumpulan Dikir Barat di PMS: Festival Dikir Barat dan Irama Gendang

Perdana 2006 di Kota Bharu, Kelantan, pada 6 Mei 2006

Tarian Baba dan Nyonya dari Melaka di PMS Chenor, Maran, Pahang pada 24 Jun 2006

Persembahan Muzik Tradisional Orang Asli sempena PMS: Masyarakat Orang Asli di

Kampung Putra, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan pada 11 Jun 2006

Persembahan muzik tradisional India di PMS: Sungai Nibong, Pulau Pinang pada 10 September 2006

PERMAINAN TRADISI DAN SUKAN RAKYAT

Demonstrasi dan pertandingan permainan dan seni bela diri tradisi

seperti gasing, congkak, dam aji, dam cina, batu seremban, galah

panjang, sepak raga, silat, wushu, silambam, dan lain-lain mengikut

kategori peringkat umur.

Demonstrasi Permainan Gasing di PMS: Felda Bersia, Gerik, Perak pada 23 Jun 2005

Pertandingan Dam Aji gergasi di PMS Danga Bay, Johor Bahru, Johor pada

27 Januari 2006

Persembahan seni bela diri tradisi masyarakat Cina (Wushu) di PMS: Festival Songkran

2006 di Naka, Kedah pada 16 April 2006

Persembahan seni bela diri tradisi masyarakat India (Silambam) di Program

Merakyatkan Seni Budaya dan Karnival Sayangi Kuala Lumpur di Bandar Tun Razak,

Cheras, Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2006

HASIL KERJA TANGAN

Pembuatan dan demonstrasi hasil kerja tangan tradisi masyarakat

setempat seperti kraftangan, alat muzik dan masakan tempatan.

Hasil kerja tangan pembuatan alat muzik tradisional di PMS Tanjung Agas, Muar, Johor

pada 22 Julai 2006

Demonstrasi pembuatan kraf Orang Asli di PMS: Masyarakat Orang Asli di Kampung

Putra, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan pada 11 Jun 2006

Demonstrasi kraf tekad di PMS: Tampin, Negeri Sembilan pada 29 Julai 2007

MEWARNA DAN MELUKIS

Aktiviti melibatkan penyertaan 400 hingga 600 orang (mengikut

skala program) kanak-kanak pra sekolah dan pelajar sekolah rendah

dan menengah.

Sebahagian daripada peserta pertandingan mewarna dan melukis PMS Chini, Pekan,

Pahang pada 4 Disember 2006

Sebahagian daripada peserta pertandingan mewarna dan melukis pelbagai kaum di

PMS: Festival Dikir Barat dan Irama Gendang Perdana 2006 di Kota Bharu, Kelantan,

pada 5 Mei 2006

Kanak-kanak Tadika Perpaduan melakukan aktiviti melukis Bendera Malaysia sempena

PMS: Sempena Sambutan Hari Perpaduan, Kerinchi, Kuala Lumpur pada 12 Ogos 2007

PENCUNGKILAN BAKAT KESENIAN MUDA

(MODEN & TRADISI)

Peserta Pertandingan Karaoke Kanak-kanak di PMS: Perasmian Kampus ASWARA, Kuala Lumpur pada

9 April 2007.

Peserta pertandingan nyanyian lagu-lagu tradisi di PMS: Perasmian Muzium Adat, Jelebu,

Negeri Sembilan pada 2 Februari 2008

SISTEM NILAI DAN ADAT ISITIADAT

Aktiviti Cukur Rambut di PMS: Chenor, Maran, Pahang pada 24 Jun 2006

YBhg. Dato’ Norliza Rofli, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara merenjis

Pnegantin sempena Adat Perkahwinan Masyarakat Perak di PMS: Muar, Johor pada 22 Julai 2006

Perasmian Adat Istiadat Masyarakat Orang Asli di PMS: Pesta Seni Orang Asli , Pulau Carey,

Selangor pada 3 Mac 2007.

SENAM SENI MALAYSIA

Sebahagian daripada peserta Senam Seni Malaysia di PMS: Kuching, Sarawak pada 14 Jun 2008

Peserta Senam Seni Malaysia di PMS: Sempena Temasya Mengemping dI Kampung Sungai Buloh,

Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan pada 24 Mei 2009

PEMBUDAYAAN BAHASA

Pendeklamasi Puisi pelbagai kaum di PMS: Perasmian Perpustakaan Desa di Simpang

Durian, Jelebu, Negeri Sembilan pada 18 Januari 2008

PENYEMARAKAN TRADISI ISLAM

Aktiviti Marhaban di PMS: Perasmian Muzium Adat, Jelebu, Negeri Sembilan pada

2 Februari 2008

di PMS: Sempena Bulan Ramadhan di Taman

Rempah, Sungai Melaka pada 15 Oktober 2006

MAJLIS PELANCARAN

Majlis Pelancaran melibatkan tokoh-tokoh peringkat persekutuan

atau negeri-negeri seperti Menteri Besar, EXCO atau Ahli Undangan

Negeri (ADUN) menunjukkan komitmen pemimpin untuk bersama

rakyat dalam memartabatkan seni budaya dan warisan.

Pelancaran PMS di Felda Bersia, Gerik, Perak pada 23 Jun 2005

Pelancaran PMS Lui Selatan, Jempol, Negeri Sembilan pada 15 Julai 2005

Pelancaran PMS: Kenduri Rakyat dan Manifestasi Adat Perkahwinan Etnik Negeri Sabah

di Sungai Tiram, Sandakan, Sabah pada 4 Mac 2006

Pelancaran PMS Rantau, Negeri Sembilan pada 27 Mac 2006

Pelancaran PMS: Festival Songkran 2006 di Naka, Kedah pada 16 April 2006

Pelancaran PMS Tanjung Agas, Muar, Johor pada 22 Julai 2006