16
PSV 3107 Soalan struktur 1. Micheal 1983 dan feldmen 1970 .jelaskan maksud penggunaan pendekatan kemanusiaan. Jawapan rujuk modul Pendekatan Kemanusiaan dalam Pengajaran Pendidikan Seni: Menurut Michael (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menerusi proses pembelajaran yang berlandaskan pendekatan kemanusiaan itu pelajar akan mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri sendiri, mengenali seni dan kelompok- kelompok masyarakat kecil di persekitaran mereka, peka tentang perasaan mereka , memiliki konsepsi diri yang jelas dan boleh menyatakan pernyataan diri mereka secara kreatif melalui media. Seterusnya mengenali nilai-nilai kemanusiaaan yang boleh digarap maklumatnya daripada karya atau pernyataan seni yang boleh dikesan pada mana-mana bentuk seni atau mana-mana karya seni. 2. John a micheal dlm bukunya art dan adolescense ada dua pendekatan dlm apresiasi seni iaitu: a. pendekatan secara logic Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional danmemerlukan pemahaman intelek semata-matadan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatukarya seni tersebut. i. Secara Penerangan: membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan /teknik pelukis, media, proses, nilai-nilaiestetika dan pengaruh. ii. Secara Pemerhatian: Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpuldan menyusun gambar-gambar. iii. Secara Perbandingan:

PSV 3107.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PSV 3107.docx

PSV 3107

Soalan struktur

1. Micheal 1983 dan feldmen 1970 .jelaskan maksud penggunaan pendekatan kemanusiaan. Jawapan rujuk modul

Pendekatan Kemanusiaan dalam Pengajaran Pendidikan Seni:Menurut Michael (1983) dan Feldman (1970) mencadangkan agar guru menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Menerusi proses pembelajaran yang berlandaskan pendekatan kemanusiaan itu pelajar akan mengenali dirinya dan hubungan dengan masyarakat dan kehidupannya. Keadaan ini akan membantu proses perkembangan mereka dari peringkat paling asas iaitu mengenali diri sendiri, mengenali seni dan kelompok-kelompok masyarakat kecil di persekitaran mereka, peka tentang perasaan mereka , memiliki konsepsi diri yang jelas dan boleh menyatakan pernyataan diri mereka secara kreatif melalui media. Seterusnya mengenali nilai-nilai kemanusiaaan yang boleh digarap maklumatnya daripada karya atau pernyataan seni yang boleh dikesan pada mana-mana bentuk seni atau mana-mana karya seni.

2. John a micheal dlm bukunya art dan adolescense ada dua pendekatan dlm apresiasi seni iaitu:a. pendekatan secara logic

Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional danmemerlukan pemahaman intelek semata-

matadan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat

sesuatukarya seni tersebut.

i. Secara Penerangan:

membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan /teknik pelukis, media, proses, nilai-

nilaiestetika dan pengaruh.

ii. Secara Pemerhatian:

Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpuldan menyusun gambar-gambar.

iii. Secara Perbandingan:

Analisa, penilaian perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan

perasaan.

iv. Secara Penghasilan:

Membuat gaya artis / stail, menimbulkankefahaman masalah nilai, nilai

khas,kepuasan, menghubungkan diri konsep dan zaman.  

Page 2: PSV 3107.docx

b. pendekatan secara psikologi

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkarayang lebih menjurus kepada perasaan

peribadi,lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan

penghayatan sesuatukarya seni.Pendekatan ini akan dapat meninggalkan

satupengalaman yang amat berkesan dan mendalam.Ini akan lebih realistik dan

dapat memerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih

terserlah terhadap bahan sertaalat yang digunakan. 

Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:

 Secara perbincangan dan perbandingan.

Secara proses inkuiri atau penemuan.

Secara kritikan mengenai lukisan / hasil kerjaseni.- 

Secara menyediakan setting / set induksi.

 Secara membesarkan gambar.

Secara mengolah bahan-bahan sebenar.

Secara aktiviti permainan seni.

 Secara lawatan / pameran.

Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran.

3. pembelajaran kontekstual

a. ciri-ciri

- Murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yangbermakna dalam

rangka minda.

- Maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid

. - Guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untukmenghasilkan pembelajaran

yang berkesan

b. kaedah-kaedah pembelajaran secara kontekstualjawpan : kaitkan penggunaan kaedah ini dlm pengajaran PSV

Berikut adalah contoh modul pengajaran Pendidikan Seni Visual dan huraianpendekatan pembelajaran secara Kontekstual.

Page 3: PSV 3107.docx

Tahun : 4

Bidang : Reka bentuk Persekitaran Landskap

Tajuk : Taman Mini Sekolah

Masa : 180 Jam

Aktiviti secara berkumpulan . Aktiviti :

1. Penerangan guru tentang tajuk berdasarkan contoh yang disediakan; ABM guru , contoh murid atau situasi sebenar .

2. Murid memberi pendapat.

3. Murid mencari maklumat berkenaan tugasan.

4. Murid membuat lakaran idea,lukisan perspektif, dan lukisan pelansecara berkumpulan. 5. Murid menghasilkan model

.6. Sesi apresiasi hasil kerja.

7. Melaksanakan projek pada situasi yang sebenar (jika boleh)

Melalui aktiviti 1 dan 2 akan berlaku aktiviti memproses maklumat apabilamurid dan guru berbincang berkenaan pengalaman melihat reka bentukhiasan dalam dan landskap di sekitar mereka atau dari majalah danmenghubungkaitkannya dengan

kehidupan masyarakat dan peranannya dalam alam pekerjaan

4.Jelaskan kaedah-kaedah menurut Edward m Anthnony

Menurut Edward M. Anthony (1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan

yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dengan berlandaskan kepada sesuatu

pendekatan yang dipilih. Dari perspektif pengajaran dan pembelajaran bahasa, kaedah ialah cara

atau peraturan yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu pengajaran secara teratur, kemas dan

sistematik.  Kaedah merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan

mencapai objektif pelajaran yang spesifik dalam jangka pendek.  Dalam erti kata lain, kaedah

mengajar ialah cara mendekati objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang

tersusun.

Page 4: PSV 3107.docx

5. jelaskan tiga fasa kembara visual.

6. pemilihan serta contoh koleksi penggunaan Alat Bantu Mengajar yg sesuai dan relevan dengan perancangan P & P.

Ciri-ciri bahan bantu yang berkualiti ; - mukataip, ilustrasi/gambar dan maklumat yang jelas, - relevan serta mudah difahami. - Mudah dikendalikan dan mesra pengguna. - Persembahan menarik dan kemas. - Dapat menjelaskan konsep dengan tepat. - Kekukuhan dan boleh diguna selalu.

 Koleksi ABM PSV

a) Hasil kerja pelajar yg baik

b) Hasil kutipan benda maujud

c) keratan akhbar

d) koleksi gambar

e) koleksi transparensi

f) filem bergerak g) muzik h) risalah i) perisian berbantu komputer.

7. Tujuan penggunaan Alat Bantu dalam P & P?

- Menjelaskan konsep,memudahkan pemahaman, meluaskan pengalaman - Menarik minat dan perhatian, membina suasana belajar, menghilangkan kebosanan, melibatkan murid secara aktif - Menggerakkan murid untuk berfikir, merangsangkan pelbagai deria - Menghubungkaitkan pengetahuan sedia ada dengan pemgetahuan baru - Menjana idea, menyediakan environment belajar, menjimatkan masa - Menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal - Mendorong keinginan untuk menjalankan aktiviti lanjutan

Page 5: PSV 3107.docx

Soalan esei :

1 . Huraikan dari langkah awal hingga kepada sesi refleksi dalam penggunaan ICT yg memberi nilai tambah , bermutu dalam komunikasi visual bagi sesuatu hasilan seni.

Peringkat Awal-dapatkan contoh unsur seni dan motif seperti jalinan, clip dan lain-lain daripada program cakera padat, scanner atau kamera digital.

Peringkat Pertengahan-proses eksperimentasi dan perkembangan idea menggunakan kemudahan dari menu dan tools sesuatu program untuk membuat gubahan seperti mewarna, copy,paste dll.

Peringkat akhir-hasil kerja seni digital catan ataupun grafik mesti dicetak menggunakan pencetak.

2 Huraikan kelebihan atau kebaikan teknik tunjukcara kepada murid dalam P&P PSV KBSR.

Teknik tunjuk cara

• Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu

aktiviti mengikut prosedur.

• Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk

menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah.

• Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, kemahiran hidup, lukisan, gimnastik atau

proses pengajaran yang menjalankan sesuatu aktiviti.

• Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak

dipelajari setelah melalui prosedur yang ditunjukkan.

• Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah.

• Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu

eksperimen.

• Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti.

• Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah.

• Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru

kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran.

• Tiga jenis tunjuk cara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.

• Untuk menghasilkan pembelajaran melalui tunjuk cara yang berkesan, guru hendaklah

mematuhi prinsip-prinsip berikut: 

Sebelum demonstrasi

• Guru hendaklah mematuhi topik, objektif, dan kandungan tunjuk cara.

• Alatan dan bahan disediakan.

• Tempat demonstrasi hendaklah jelas dan mudah dilihat.

Page 6: PSV 3107.docx

Semasa demonstrasi

• Guru hendaklah memandang ke arah pelajar semasa penerangan.

• Terangkan semula sekiranya ada yang tidak jelas.

3. huraikan secara ringkas dan contoh tujuan strategi strategi konsep 5P penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pengayaan dan pemulihan.(focus kepada penggabungjalinan)

5.1.2 Aplikasi 5P dalam Pengajaran dan Pembelajaran PSV KBSR

Konsep 5P

Apakah yang dimaksudkan dengan konsep 5P? Konsep ini merupakan strategi pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan seni Visual. Konsep 5P juga merupakan satu saranan supaya bidang

kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu dan tidak

secara berasingan. Konsep 5P menekankan penggabungjalinan, penyerapan, penilaian,

pengayaan, dan pemulihan.

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan ialah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya

bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang

baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek

kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini,

aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.

Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut:

a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.

b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.

c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.

d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.

Prinsip-prinsip penggabungjalinan

• Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.

• Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.

Page 7: PSV 3107.docx

K1

K2K4

PSVK3

K1

K2K3

PSV

• Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.

• Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.

Bentuk-bentuk penggabungjalinan

Ada 3 bentuk penggabungjalinan :

i. Penggabungjalinan Kemahiran

Rajah 2: Penggabungjalinan Kemahiran Pendidikan Seni Visual dalam Satu Mata Pelajaran

Rajah 3: Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaran

ii. Penggabungjalinan Aktiviti

Anda boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut

keperluan dan kesesuaian. Untuk melaksanakan penggabungjalinan, anda perlu

merancangkannya dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik.

Contoh:

a. Berceramah → mencatat isi

b. Bercerita → berbincang → menulis karangan

c. Membaca → mengesan isi → mengulas → menulis ulasan

K1-Kemahiran Mewarna

K2-Kemahiran Memotong

K3-Kemahiran Menampal

K1-Kemahiran Pergerakan

K2-Kemahiran Muzik

Page 8: PSV 3107.docx

iii. Penggabungjalinan Bahan

Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan

pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan.

Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan,

pengalaman, dan tahap pencapaian murid. Antara bahan yang boleh digabungjalinkan itu

adalah seperti yang berikut:

Contoh:

1. Berita → ulasan

2. Iklan → surat permohonan → temu duga → surat jawapan.

Penggabungjalinkan bahan-bahan ini boleh dilakukan mengikut keperluan masa yang

diperuntukkan, pertalian bahan, dan urutan aktiviti yang bersesuaian.

Penyerapan

Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur

pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata

pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu contohnya unsur ilmu, nilai, dan

kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa

depan boleh diserapkan. Dalam program KBSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek

utama, iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi.

Tujuan Penyerapan.

Aspek ini boleh membantu murid untuk :

a. Menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui

aktiviti yang dijalankan

b. Membentuk sikap ingin menambahkan ilmu pengetahuan

c. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati

d. Memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu

e. Membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif

f. Meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati

Page 9: PSV 3107.docx

g. Membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan kata,

pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan bahasa yang

lain mengikut konteks

h. Memahami dan menerima serta mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan

diri

i. Menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh rakan

sebaya dan masyarakat

Unsur Penyerapan dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual.

Terdapat lima unsur penyerapan, iaitu:

i. Ilmu Pengetahuan.

• Bahan atau kandungan isi pelajaran daripada mata pelajaran lain seperti Agama Islam,

Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Matematik, Kajian Tempatan, Muzik, Sains, dan

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan yang digunakan sebagai isi kandungan dalam satu mata

pelajaran untuk mata pelajaran lain.

• Pelbagai karya sastera seperti pantun, syair, dan sajak.

• Pengetahuan am seperti hal ehwal semasa dan hal ehwal dalam negeri.

• Hal ehwal budaya, warisan, dan kemasyarakatan.

ii. Nilai murni.

Nilai murni boleh diserapkan dengan berbagai-bagai cara sepanjang pengajaran dan secara

terancang dalam aktiviti pembelajaran. Strategi utama untuk pembinaan nilai murni ialah melalui

aktiviti secara individu, berkumpulan, atau kelas.

Kadang kala nilai murni tidak dinyatakan secara terus, tetapi boleh disampaikan secara

terancang dalam satu waktu pengajaran dan pembelajaran. Pemupukan nilai murni ini boleh

dilakukan melalui aktiviti yang melibatkan murid secara aktif seperti gerak kerja kumpulan dan

kerja projek.

Penyerapan nilai dalam pengajaran dapat melahirkan insan yang baik, berakhlak mulia ,

berhemah tinggi, berperibadi mulia dan prihatin serta memahami antara satu dengan lain.

Page 10: PSV 3107.docx

iii. Kewarganegaraan

Penyerapan unsur patriotisme dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual mengutamakan

pemupukan semangat cinta dan taat setia akan negara Malaysia. Aktiviti ini bertujuan untuk

melahirkan warganegara yang baik dan meningkatkan komitmen individu terhadap bangsa dan

negara.

iv. Peraturan sosio-budaya.

Peraturan sosio-budaya dalam Pendidikan Seni Visual meliputi proses, teknik dan penghasilan

karya seni masyarakat Malaysia. Peraturan sisio-budaya ini mencerminkan falsafah dan

keperibadian masyarakat Malaysia.

v. Kemahiran Bernilai Tambah.

Penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran Pendidikan Seni Visual bagi

membolehkan pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran itu dalam dunia sebenar pelajar.

Antara kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan dan kecerdasan pelbagai.

4. Pilih satu bidang kegiatan dan tuliskan sebuah RPH PSV KBSR.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PSV KBSR DALAM BIDANG MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL

TAHUN : 5 ANGGERIK

BIDANG : Membentuk dan Membuat Binaan

AKTIVITI : Membentuk Kereta

TAJUK : Kereta Idaman

MASA : 8.30 hingga 9.30 pagi

OBJEKTIF PENGAJARAN : Guru dapat mendedahkan teknik membentuk dan

membuat binaan daripada bahan-bahan terbuang.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir pelajaran murid dapat:

Page 11: PSV 3107.docx

- Membentuk dan membina sebuah model kereta dengan menggunakan bahan-bahan

buangan

- Menghias model kereta dengan menggunakan pelbagai bahan buangan

- Menghasilkan sebuah model kereta secara kreatif dan inovatif (pelbagai rupa dan

bentuk)

- Penerapan nilai dan kemahiran berfikir

KEPERLUAN

Alat - gunting

Bahan- bahan buangan (contoh: straw board/bod tebal, bekas pembungkusan, straw minuman,

dan gam)

Bahan Rujukan : Kad gambar

Objek maujud model-model kereta mainan

Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Tahun 4

Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni

Maklumat Internet

PROSEDUR

1. Guru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori Kecerdasan Pelbagai, Kajian

Masa Depan,dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

2. Guru menentukan aras pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran

3. Guru memulakan aktiviti dengan induksi set mengenai jenis kenderaan masa dahulu sambil

menerapkan Kajian Masa Depan bersoal jawab

4. Guru menunjuk cara dan membimbing murid dalam proses membuat sebuah model kereta

dari bahan buangan

Apresiasi dan Kritikan

KBKK : Mereka cipta mensintesis, menjana idea, menghubungkaitan

PENERAPAN NILAI : Ketekunan dan Ketelitian

BUTIRAN KEGIATAN HASIL PEMBELAJARAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Page 12: PSV 3107.docx

Aktiviti 1

(5 minit)

Guru mengedarkan kad gambar berkaitan dengan kenderaan pada masa dahulu

Guru mengendalikan sesi soal jawab

Apakah gambar yang terdapat pada kad yang kamu pegang?

Apakah pandangan anda tentang gambar tersebut?

Aras 1

Murid memerhati dan membuat analisa tentang gambar

Murid memberikan pandangan mereka tentang gambar berkenaan

Aras 2

Murid memilih bahan yang sesuai untuk digunakan dalam menghasilkan model kereta

Teori Kajian Masa Depan

Menjangka

Fungsi produk

Teori Kecerdasan Pelagai

Verbal Linguistik

KBKK (Kreatif)

Mereka cipta

Mensintesis

Penerokaan

Aktiviti 2 (20 minit)

Meneroka pelbagai bahan yang boleh digunakan. Kesan tindak balas bahan yang digunakan

Guru menunjukkan cara membuat model kereta

Murid mengetahui bahawa prinsip imbangan dan unsur ruang, bentuk dan warna penting dalam membuat model kereta

Membanding beza

Menilai – akibat penolakan angin. Kelajuan yang dihasilkan

KBKK (Kreatif)

Menjana idea

Mereka cipta

Menghubung kaitan

Aktivit 3 (25 minit)

Guru membimbing murid semasa menghasilkan model kereta

Memotong bentuk yang diinginkan

Menebuk tayar kereta

Murid membuat model kereta dengan

Memotong

Menebuk

Mencantum

KBKK (Kreatif)

Mereka cipta inovatif

Nilai

Page 13: PSV 3107.docx

Mencantum bahan kereta

Menampal kertas warna

Menampa

Sesi Apresiasi dan Refleksi (10 minit)

Sesi Apresiasi

Mempamerkan hasil kerja

Perlumbaan kereta

Membuat refleksi bagaimana penghasilkan model kereta dilakukan

Murid mempamerkan pelbagai hasil kerja yang dibuat

Murid dapat menilai keupaaan diri sendiri

KBKK – Kritis Membanding beza

Menganalisis

Teori Kecerdasan Pelbagai

Verbal Linguistik

Refleksi Guru:

Pengajaran telah dapat dijalankan dengan berkesan. Murid menunjukkan minat dan

kesungguhan dalam menghasilkan sebuah model kereta. Pelbagai model kereta telah dapat

dihasilkan. Murid telah berjaya membuat penerokaan bahan. Objekif tercapai dengan jayanya.

Bagi penekanan : 1. Psiko analitik, termasuk kognitif yg ditekan 2. Stuffbeam (berkaitan dengan pendekatan)3. Asas disiplin seni DBAE 4. kajian masa depan5. Pembelajaran masteri 6. Teori piaget – 7. Kaedah-kaedah / 8. teknik-teknik 9. Apa maksud micro teaching10. Konsep penggabungjalinan11. Susunan RPH12. Brown j w 1933 BBM mengikut pendapat beliau13. Tujuan refleksi jwpn: membuat postmortem