10
1 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUALTAHUN 2 Mata Pelajaran : Dunia Seni Visual (KSSR) Tahun : 2 Ikhlas Tarikh : 26 Februari 2015 Bilangan Murid : 30 Orang Bidang : Membuat Corak dan Rekaan Aktiviti : Cetakan Tema : Alam Benda Tajuk : Corak Beg Kertas Masa : 60 minit Media : Alat : Selipar, tali parcel, berus lukisan, palet, pisau, gunting, pensel Bahan: gam UHU, kertas lukisan, dan warna poster Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh karya teknik cetakan, slaid PowerPoint dan klip video proses mencetak corak baju. EMT : TMK, Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

PARAMES PSV RPH 2015.docx

Embed Size (px)

Citation preview

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

6

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DUNIA SENI VISUALTAHUN 2

Mata Pelajaran : Dunia Seni Visual (KSSR)Tahun : 2 IkhlasTarikh: 26 Februari 2015Bilangan Murid: 30 OrangBidang : Membuat Corak dan RekaanAktiviti : CetakanTema : Alam BendaTajuk: Corak Beg KertasMasa : 60 minitMedia : Alat: Selipar, tali parcel, berus lukisan, palet, pisau, gunting, pensel Bahan: gam UHU, kertas lukisan, dan warna posterBahan Bantu Mengajar: Contoh-contoh karya teknik cetakan, slaid PowerPoint dan klip video proses mencetak corak baju.EMT: TMK, Keusahawanan, Kreativiti dan Inovasi

STANDARD KANDUNGAN1. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual seperti rupa, warna, dan harmoni yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia, dan karya seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik cetakan.2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman, dan kemahiran bahasa seni visual menerusi penentuan media dan teknik dalam membuat corak.3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian, dan teknologi dalam membuat corak.4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah seni, dan budaya.

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1Persepsi Estetik Murid dapat menyatakan unsur rupa, warna serta imbangan pada corak rekaan.2.1.1Unsur seni2.1.1.1Rupa organik dan geometri2.1.1.2Warna primer (kuning, biru dan merah)

2.1.2Prinsip rekaan2.1.2.1Harmoni pengulangan motif

2.2Aplikasi Seni Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media, serta proses dan teknik dalam penghasilan corak teknik cetakan.2.2.1Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media2.2.1.1Alatan selipar, tali parcel, berus lukisan, palet, dan surat khabar2.2.1.2Bahan gam UHU, kertas lukisan, dan cat poster atau tempera

2.2.2Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya2.2.2.1Teknik cetakan

2.3Ekspresi Kreatif Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media, serta kemahiran proses dan teknik dalam penghasilan corak cetakan.2.3.1Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif2.3.2Mengaplikasikan proses dan teknik cetakan dalam penghasilan corak2.3.3Menggunakan bahasa seni visual: rupa, warna, dan harmoni dalam penghasilan karya

2.4Apresiasi Seni Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual. 2.4.1Mempamerkan karya yang dihasilkan2.4.2Menyatakan karya sendiri dan rakan secara lisan

STANDARD PEMBELAJARANILUSTRASI AKTIVITI

Persepsi estetik Guru menunjukkan video klip penghasilan corak pada baju T-shirt. Guru bersoal jawab berkenaan video klip tersebut. Guru menunjukkan contoh-contoh corak teknik cetakan. Guru berinteraksi dengan murid tentang bahasa seni visual seperti rupa, bentuk dan warna

Aplikasi seni

Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai untuk membuat corak teknik cetakan. Guru menunjukkan bahan dan alatan yang diperlukan untuk aktiviti membuat corak teknik cetakan. Guru menunjuk cara bagi menghasilkan corak teknik cetakan.

Ekspresi kreatif

Langkah 1 Murid memotong bahagian selipar dengan ukuran segi empat.

Murid melukis motif pada selipar.

Lekatkan tali parcel pada motif yang dilukis menggunakan gam UHU dan biarkan selama lima minit untuk kering.

Langkah 2 Murid melekat tali parcel mengikut motif dengan teliti.

Murid mewarna permukaan blok cetakan dan mencetak pada permukaan kertas lukisan dengan susunan motif mengikut kreativiti murid.

Ulangi langkah di atas dengan menggunakan warna yang berbeza.

Murid menilai hasil karyarakan dari segi kekemasan dan unsur seni. Murid membuat apresiasi dengan bimbingan. Murid menghargai karya sendiri dan rakan.

Apresiasi seni visual

Murid mempamerkan hasil kerja dan menyatakan hasil karya sendiri serta rakan. Murid menyatakan hasil corak cetakan yang boleh dijadikan beg kertas dan hiasan pada rekaan lain seperti pembalut kertas, bingkai gambar dan kad ucapan.

Rujuk Video Klip Proses Mencetak Corak Pada Baju.

REFLEKSIMenurut Dewey (1933) kemahiran membuat refleksi adalah proses berfikir secara aktif, berterusan dan teliti yang bertujuan menyelesaikan isu ataupun masalah dengan mengambil kira kepercayaan, pengetahuan dan dasar yang menyokongnya. Dalam erti kata lain, membuat refleksi merupakan proses muhasabah diri sendiri dengan tujuan untuk memperbaiki kelemahan yang dirasakan perlu. Mengukit Jay dan Johnson (2002), proses membuat refleksi boleh berlaku secara sendirian atau kolaboratif.Secara keseluruhannya, Pengajaran dan pembelajaran telah berjalan dengan lancar. Mereka sangat teruja dan tidak sabar untuk membuat capan. Semua murid telah berjaya menyiapkan hasil corak dan rekaan mereka dengan kemas. Standard pembelajaran tercapai. Sesi pengajaran saya pada hari tersebut telah berjaya mencapai objektifnya. Semua murid dapat menghasilkan rekaan yang kreatif melalui teknik membuat corak dan rekaan.

Kekuatan

Pendidikan Seni Visual merupakan subjek yang digemari oleh murid. Ini disebabkan murid-murid berasa seronok apabila melakukan aktiviti yang diarahkan. Ada dikalangan murid yang kreatif yang dapat menghasilkan corak yang menakjubkan. Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikenalpasti semasa menjalankan tugasan untuk pengajaran mikro. Pengajaran ialah penggunaan video klip juga menarik minat murid. Mereka begitu teruja apabila melihat video klip yang ditayangkan pada hadapan kelas. Murid juga faham kehendak guru dengan jelas dan dapat mengaitkan set induksi dengan isi pelajaran.Selain kelantangan suara juga banyak membantu dalam pengajaran ini. Suara yang lantang akan dapat memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Hal ini kemudian akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain. ketegasan dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada guru. Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.Pada hari tersebut saya telah menggunakan satu contoh rekaan sebagai panduan murid. Murid-murid sangat teruja dan seronok untuk membuat aktiviti ini. Murid-murid telah menghasilkan pelbagai corak yang menarik dan kreatif. Murid telah bekerjasama dengan guru dengan mendengar penerangan guru dengan teliti. Ini menyebabkan P&P berjalan dengan lancar.Terdapat 7 orang murid yang berjaya menghasilkan corak yang menarik dengan menggunakan teknik membuat corak dan rekaan .

Kelemahan Tidak terdapat kelemahan yang ketara semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Murid-murid yang cerdas dapat menghasilkan corak mengikut kreativiti masing-masing dalam masa yang pantas. Tetapi perkara ersebut dapat diatasi dengan mengarahkan murid membina seberapa banyak rekaan dan corak dan diwarnakan mengikut kreativiti masing-masing. Pengurusan masa kurang baik. Saya telah menghabiskan terlalu banyak masa membuat penerangan serta tunjuk ajar sedangkan kemahiran hari ini mudah sahaja. Saya terlalu asyik sehingga tidak memberi peluang kepada murid untuk menyoal saya atau meluahkan perasaan mereka di awalan P&P. Kelemahan dan kekurangan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau aktiviti murid di setiap penjuru kelas. Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik. Selain itu juga, guru dapat membantu murid dengan lebih dekat

Pemanbahbaikan:Untuk mengatasi masalah ini dari berulang, saya akan memastikan saya sentiasa peka kehendak murid dan tidak telalu asyik di masa hadapan. Untuk pengajaran yang lebih baik pada masa akan datang setiap kelemahan dan kekurangan haruslah di atasi.Ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pengajaran pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran mikro ini saya harus lebih peka dengan masa. Masa memainkan peranan yang penting dalam sesuatu pengajaran. Pengajaran yang baik adalah menepati masa seperti yang dirancang di dalam Rancangan Pengajaran Harian yang telah disediakan terlebih awal. Ketepatan masa harus diambil kira dari awal hinggalah tamat sesi pengajaran. Selain itu guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan ke setiap sudut kelas bagi memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika PnP berjalan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses PnP di dalam kelas. Ia menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid. Guru seharusnya bijak untuk mengawal kelas dan tidak membiarkan murid hilang tumpuan di dalam kelas. Di samping itu juga, kaedah tayangan video klip tidak begitu sesuai untuk pengajaran yang singkat. Seharusnya guru menggukan kaedah yang lain selain tayangan video klip itu contohnya menunjukkan gambar yang sedia ada atau pun menggunakan bahan maujud. Set induksi seharusnya tidak memakan masa yang panjang kerana ia boleh mengganggu masa guru untuk langkah yang seterusnya.