psv

Embed Size (px)

DESCRIPTION

penghargaan

Citation preview

. Tugasan ini telah diterima pada interaksi yang kedua iaitu pada 16 Ogos 2014.Tugasan projek merupakan satu elemen penting dan wajib disempurnakan oleh setiap pelajar PPG Ambilan Feb 2012 bagi subjek Pengajarandan Pembelajaran PSV3053. Tugasan ini adalah di bawah seliaan dan bimbingan selaku pensyarah pembimbing kami bagi subjek ini. Berbagai pengalaman, pengetahuan dan masalah yang saya perolehi sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Saya telah mendapat penerangan yang terperinci berkaitan aspek-aspek yangperlu diberi perhatian bagi menghasilkan tugasan yang berkualiti dan menepati elemen-elemen yang dinilai. Pensyarah Pembimbing kami telah memberi bimbingan, panduan dan penerangan yang jelas sebelum kami memulakan tugasan ini. Selain daripada itu,saya juga merujuk pada rakan-rakan guru yang lain agar tugasan yang saya laksanakan ini tidak tersasar dan menepati apa yang dikehendaki oleh soalan tugasan. Saya telah ditugaskan menghasilkan sebuah Artist-Book dan folio dengan berisikan info dan maklumat lengkap tentang Bidang dalam PSV.Saya memulakan tugasan saya ini dengan membuat rangka draf awal supaya saya dapat menjalankan tugsan ini dengan lebih sistematik. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini, banyak ilmu dan manfaat yang berguna yang telah saya perolehi apabila saya membuat rujukan dari buku-buku, jurnal-jurnal dan juga rujukan di internet. Saya dapat melihat bahawa Pendidikan Seni Visual merupakan satu mata pelajaran yang amat menarik dan banyak aktiviti seni yang menarik boleh dilakukan di dalam kelas sekiranya seseorang guru itu mempunyai daya kreativiti dan mampu mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran yang dapat menarik perhatian dan tumpuan murid. Aktiviti di dalam kegiatan membentuk dan membuat binaan juga merupakan aktiviti-aktiviti yang amat menarik dan aktivitiny aadalah di luar daripada kebiasaan murid iaitu melukis dan mewarna. Dalam bidang ini,murid berupaya menjana idea dan kreativiti mereka untuk menghasilkan karya seniyang cantik, menarik dan boleh digunakan.Banyak info dan maklumat dari internet yang membantu saya sepanjang tempoh saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga merujuk kepada rakan-rakan guru yang lebih senior dan lebih berpengalaman dalam Pendidikan Seni Visual. Selain daripada itu,rujukan daripada buku-buku dan pembacaan ilmiah juga banyak membantu saya.Alhamdulillah, dengan segala info dan maklumat yang saya perolehi daripada berbagai sumber telah dapat saya garap dan diolah sebaik mungkin bagi menyempurnakan tugasan ini. Tugasan ini juga telah dapat memantapkan lagi ilmu pengetahuan sayaberkaitan dunia seni visual. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan banyak masalah, gangguan dan kekanganyang terpaksa saya hadapi sepanjang proses menyempurnakan tugasan ini. pada awalnya agak melambatkan proses pelaksanaan tugasan saya ini. Namun begitusaya selesaikan dahulu mana-mana bahagian yang dapat diselesaikan dan rujukan. Semasa menjalankan tugasan ini, perkara yang amat terkesan kepada saya ialah semasa saya menjalankan tugasan menyiapkan karya seni . Saya akui walaupun saya terpaksa meluangkan lebih masa dan kewangan untuk menyiapkan tugasan ini, tapi saya amat berpuas hati dengan hasil yang saya perolehi. Yang paling penting ilmu yang saya perolehi sepanjang saya menyiapkan bahan / hasil karya saya. Walaupun hasilnya tidak sehebat mana, tetapi saya berpuas hati dengan karya yang saya hasilkan. Harapan saya semoga hasil karyayang dihasilkan menepati apa yang dikehendaki oleh tugasan yang diamanahkan ini.Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya tujukan kepada semua individu yang telah banyak membantu saya sepanjang proses melaksanakan tugasanini dari mula hingga akhirnya Terimakasih sekalung budi kepada semua.