5
REFLEKSI Saya bersyukur dan berasa gembira selepas saya dapatmenyiapkan tugasan. Semasa saya mendapat soalan tugasan itu, saya tidak pasti tentang kehendak soalan yang diberikan. Dengan penerangan pensyarah saya iaitu Dr Tey Kien Huat, saya memahami kehendak soalan projek itu dan akhirnya dapat menyiapkannya sebelum tarikh serahan. Beliau memberi bimbingan kepada rakan sekelas saya dan saya apabila kami mengalami cabaran dalam proses membuat projek itu. . Sebelum saya memulakan tugasan saya, saya mencari maklumat sama ada di internet atau di pusat sumber institut pendidikan guru saya. Selain itu, saya juga merancang bagaimana cara untuk menghasilkan satu klip video yang baik. Semasa waktu kuliah, pensyarah akan menerangkan cara-cara dan teknik-teknik yang penting untuk menghasilkan satu bahan pembelajaran berasaskan web dan klip video. Selain itu, saya juga berbincang dengan rakan-rakan saya supaya dapat pelbagai idea yang baik dalam penghasilan video. Sebelum mula membuat kerja, saya akan merancang isi-isi yang saya hendak menyampaikan dalam video. Saya juga melayari internet untuk merujuk video yang dibuat oleh golongan professional. Ilmu dan teknik digunakan oleh mereka membuat video patutlah saya pelajari. Sebagai guru, saya hendaklah memenuhi diri saya dengan ilmu pengetahuan dan cara-cara yang berkaitan dengan akdemik Selain itu, saya dapat pengalaman untuk menghasilkan video klip. Mula- mulanya,saya merancang maklumat apa yang hendak disampaikan dalam video saya. Selepas itu, saya berlakon dalam lakonan yang disediakan terlebih dahulu, kawan saya pula menolong saya angkat kamera video supaya dapat merakamkan lakonan itu. Saya akan memasukkan elemen- elemen multimedia seperti gambar dan lagu ke dalam video itu. Akhirnya, saya menyambungkan semua klip-klip video yang saya rakam itu kepada video.

REFLEKSI TUGASAN

  • Upload
    parick

  • View
    47

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: REFLEKSI TUGASAN

REFLEKSI

Saya bersyukur dan berasa gembira selepas saya dapatmenyiapkan

tugasan. Semasa saya mendapat soalan tugasan itu, saya tidak pasti

tentang kehendak soalan yang diberikan. Dengan penerangan pensyarah

saya iaitu Dr Tey Kien Huat, saya memahami kehendak soalan projek itu

dan akhirnya dapat menyiapkannya sebelum tarikh serahan. Beliau

memberi bimbingan kepada rakan sekelas saya dan saya apabila kami

mengalami cabaran dalam proses membuat projek itu. .

Sebelum saya memulakan tugasan saya, saya mencari maklumat

sama ada di internet atau di pusat sumber institut pendidikan guru saya.

Selain itu, saya juga merancang bagaimana cara untuk menghasilkan satu

klip video yang baik. Semasa waktu kuliah, pensyarah akan menerangkan

cara-cara dan teknik-teknik yang penting untuk menghasilkan satu bahan

pembelajaran berasaskan web dan klip video.

Selain itu, saya juga berbincang dengan rakan-rakan saya supaya dapat

pelbagai idea yang baik dalam penghasilan video. Sebelum mula membuat

kerja, saya akan merancang isi-isi yang saya hendak menyampaikan dalam

video. Saya juga melayari internet untuk merujuk video yang dibuat oleh

golongan professional. Ilmu dan teknik digunakan oleh mereka membuat

video patutlah saya pelajari. Sebagai guru, saya hendaklah memenuhi diri

saya dengan ilmu pengetahuan dan cara-cara yang berkaitan dengan

akdemik

Selain itu, saya dapat pengalaman untuk menghasilkan video klip. Mula-

mulanya,saya merancang maklumat apa yang hendak disampaikan dalam

video saya. Selepas itu, saya berlakon dalam lakonan yang disediakan

terlebih dahulu, kawan saya pula menolong saya angkat kamera video

supaya dapat merakamkan lakonan itu. Saya akan memasukkan elemen-

elemen multimedia seperti gambar dan lagu ke dalam video itu. Akhirnya,

saya menyambungkan semua klip-klip video yang saya rakam itu kepada

video.

Page 2: REFLEKSI TUGASAN

Seterusnya, saya mempelajari teknik-teknik mengubahsuai video yang

biasa tidak dapat dipelajari dalam kelas. Saya dapat mengetahui cara-cara

menyerapkan unsur-unsur multimedia ke dalam video itu supaya ia boleh

menjadi lebih menarik jika digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Guru hendaklah menarik perhatian murid-murid supaya

mereka tidak berasa bosan semasa belajar dalam kelas. Selain itu, saya

juga mempelajari cara-cara untuk mereka bentuk laman web supaya ia

lebih sesuai untuk menjadi bahan pembelajaran dalam bilik darjah.

Saya juga merujuk kepada laman web yang ada pada internet sebagai

garis panduan saya semasa membuat projek ini. Dengan melaksanakan

projek ini, saya mendedahkan kepada ilmu pengetahuan tentang rangkaian

iaitu saya hendaklah memuatnaikkan projek saya kepada internet. Dengan

itu, saya dapat menambah ilmu pengetahuan tentang teknologi sebelum

menjadi seorang guru pada masa depan.

Selain itu, saya juga mencari buku rujukan yang berkaitan dengan

menghasilkan laman web dalam perpustakaan. Dengan itu, saya

berbincang dengan kawan saya yang mempunyai pengalaman dalam

penghasilan media dan laman web selepas saya membaca buku rujukan itu.

Masalah yang saya menghadapi semasa membuat tugasan ini adalah

pengurusan masa. Masa untuk membuat projek subjek teknologi dalam

pengajaran dan pembelajaran sama dengan subjek lain. Oleh sebab itu,

saya hendaklah merancang dan membuat satu jadual untuk

membahagikan masa membuat tugasan antara subjek ini dengan subjek

lain. Seterusnya, saya juga menghadapi masalah kewangan semasa

membuat tugasan yang diamanahkan ini. Dengan bantuan ibu dan bapa

saya, saya dapat menyelesaikan masalah ini dengan lancar.

Selain itu, saya menghadapi cabaran apabila kesesuaian video tidak

sepadan tempat yang dekat . Masalah pengangkutan juga menyebabkan

video yang dihasilkan tidak mempunyai keistimewaan. Video yang

dihasilkan mempunyai latar yang berbeza-beza supaya video itu dapat

menarik perhatian murid-murid semasa dalam proses pengajaran

Page 3: REFLEKSI TUGASAN

pembelajaran di dalam bilik darjah. Dengan mengatasi masalah itu, kawan

saya dan saya telah mengajak antara satu sama lain untuk keluar mencari

tempat yang lebih baik supaya dapat menghasilkan video yang lebih

menarik.

Sebagai seorang guru pelatih, ilmu pengetahuan tentang teknologi

maklumat komunikasi amat penting kepada saya untuk menjadi seorang

guru pada masa akan datang.hal ini demikian,ilmu tersebut dapat

memudahkan cara-cara berkomunikasi kami dengan murid-murid kami.

Penyampaian maklumat akan lebih berkesan apabila guru menggunakan

alat-alat teknologi maklumat komunikasi. Dengan itu, proses pengajaran

dan pembelajaran yang dilaksanakan akan menjadi lebih berkesan.

Subjek teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran

merupakan ilmu pengetahuan yang tidak boleh ditimba melalui buku-buku

ilmiah biasa yang saya belajari setiap hari. Saya berasa kerjaya sebagai

seorang guru apabila dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan tentang

teknologi maklumat komunikasi di dalam kelas pada masa hadapan .

Selain itu, saya dapat memperolehi pengalaman dalam merakamkan video,

mengubhsuai video dan teknik ataupun cara berlakon.

Pada zaman globalisasi ini, guru melaksanakan proses pengajaran

dan pembelajaran (P&P) dalam biliik darjah dengan menggunakan

komputer. Saya memahami kepentingan ilmu tentang teknologi maklumat

komunikasi kepada seseorang guru dan saya akan berusaha mempelajari

sebanyak mungkin ilmu pengetahuan semasa saya belajar di institut

pendidikan guru (IPG) . Selain itu, guru merupakan satu profesion yang

sangat mulia mahupun penting dalam masyarakat pada zaman sekarang.

Guru merupakan Oleh sebab itu, guru hendaklah mempelajari ilmu dalam

semua bidang yang berkaitan dengan bidang akdemik.

Di samping itu, penerapan ilmu pengetahuan yang berkaitan

teknologi maklumat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat

membantu pembentukan sosial dan intelek murid-murid. Ilmu pengetahuan

yang terdapat dalam subjek teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran

Page 4: REFLEKSI TUGASAN

adalah selaras dengan kehendak tahap kecemerlangan dan penting dalam

perkembangan dari segi sosial dan intelek. Antara ilmu yang diterapkan

adalah cara menggunakan computer, perisian dan alat berkomunikasi.

Selain itu, ilmu pengetahuan tentang penghasilan media berkaitan

dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan menarik

perhatian murid-murid belajar dan juga meningkatkan minat belajar dalam

kalangan murid-murid. Dari segi aspek intelek, penghasilan media sebagai

alat bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan

sahaja dapat mengurangkan rasa bosan murid semasa belajar di dalam

bilik darjah namun begitu ia juga meningkatkan dan memperkembangkan

aspek intelek murid-murid.

Sebagai contoh, guru menghasilkan bahan bantu mengajar dalam

bentuk multimedia agar dapat memupuk minat murid-murid dalam proses

pembelajaran. Di samping itu, guru wajarlah mengadakan aktiviti-aktiviti

seperti pertandingan “Pemikiran Secara Kreatif dan Kritis” iaitu untuk

memberi peluang kepada murid-murid untuk menghasilkan media dengan

kreativiti masing-masing. Hal ini demikian dapat mengembangkan

pemikiran secara kreatif dan kritis dalam kalangan murid-murid dan

membolehkan murid-murid mendapat lebih banyak ilmu pengetahuan yang

tidak dapat dipelajari didalam bilik darjah.

Penghasilan media dapat menjadikan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih menarik. Hal ini demikian, penghasilan media

mempunyai elemen-elemen multimedia seperti grafik, animasi, video dan

bunyi yang lebih senang untuk meningkatkan kefahaman semasa proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Di samping itu,

penghasilan media dapat menghasilkan alat bantu mengajar yang dapat

menarik perhatian murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Seterusnya, murid-murid akan lebih senang memahami maklumat yang

disampaikan oleh guru dengan bantuan media.

Page 5: REFLEKSI TUGASAN