Upload
armin-mumin
View
309
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 PENGENALAN
Bola jaring adalah satu bentuk sukan yang tidak ada sentuhan fizikal dengan
pihak lawan. Kecederaan fizikal dalam permainan ini jarang berlaku. Dalam permainan
bola jaring mata diperolehi apabila pemain berjaya memasukkan bola ke dalam jaring
dari permukaan lantai secara vertikal.
Pemain dilarang berlari dengan membawa bola dan selepas menghantar kepada
rakan, pemain dibenarkan bergerak dalam kawasan permainan.
Satu pasukan bola jaring mempunyai tujuh pemain di mana setiap pemain
mempunyai peranan masing-masing dan bermain di kawasan yang ditetapkan. Pemain
dikehendaki bergerak dengan pantas untuk mendapatkan bola atau pun menghalang pihak
lawan. Pemain perlu mempunyai kemahiran seperti menukar arah, berhenti serta merta,
menghantar dengan pantas dan menangkap bola.
Dalam permainan bola jaring kedudukan pemain adalah seperti berikut:
1. Goal Shooter (GS)
2. Goal Attack (GA)
3. Wing Attack (WA)
4. Centre ( C )
5. Wing Defence (WD)
6. Goal Defence (GD)
7. Goal Keeper (GK)
Kecederaan dalam permainan bola jaring berlaku apabila seseorang pemain itu
a. terjatuh
b. bersentuhan dengan pemain pihak lawan
c. melompat dan mendarat
d. bersentuhan dengan bola
e. pergerakan pantas atau mengubah arah.
Terjatuh di atas permukaan yang keras apabila hilang imbangan badan boleh
menyebabkan geselan atau luka pada anggota badan yang terlibat. Pusingan yang
dilakukan secara pantas, lompatan, mendarat dan berhenti secara serta merta boleh
mengakibatkan kecederaan di buku lali dan lutut. Kecederaan ini boleh berlaku secara
tiba-tiba atau berulang-ulang.
Manakala tangkapan bola yang tidak tepat boleh melukakan jari jemari pemain
dan apabila bersentuhan dengan pihak lawan boleh mengakibatkan calar, luka atau
lebam.
1.1 SEJARAH BOLA JARING
A. Di dunia
Menurut sejarah permulaannya, bola jaring merupakan suatu variasi bola
Keranjang yang merupakan permainan yang mula menunjukkan kemahsyuran di
Amerika Syarikat. Pada tahun 1891, seorang berbangsa Amerika iaiitu Dr. James telah
mencipta bola keranjang di Kolej Springfield, Massachusetts, Amerika Syarikat iaitu
sejenis permainan yang menggunakan bola dan bakul.
Empat tahun kemudian, seorang lagi berbangsa Amerika, iaitu Dr. Toles telah
memperkenalkan permainan ini di England, semasa beliau mengadakan lawatan ke
sebuah kolej pendidikan di London. Beliau pada mulanya mengajar bola keranjang
kepada pelajarnya. Entah bagaimana daripada variasi yang mereka tunjukkan
menyebabkan Dr. Toles mahu mengekalkan variasi baru itu.
Dengan sedikit penyesuaian beberapa lama kemudian, akhirnya beliau bersetuju
dengan corak permainan bola keranjang yang baru dimainkan itu. Dalam permainan itu
mereka menggunakan dua biji bakul sampah yang dipasangkan pada penghujung
gelanggang dan digantung pada hujung dinding gimnnasium sebagai gol. Setiap kali bola
berjaya dimasukkan ke dalam bakul itu, pengadil akan memanjat dinding untuk
mendapatkan kembali bola.
Kemuncak kepada kemunculan permainan ini di Britain ialah pada tahun 1900
hingga 1901, apabila sebuah persatuan di situ ialah Persatuan Ling yang mula
menampakkan akan kemahsyurannya telah merangka beberapa peraturan atau undang-
undang khusus untuk wanita, dan menamakan netball atau bola jaring. Pertukaran nama
pada permainan ini berlaku kerana penggunaan gelanggang menggantikan bakul.
Perkembangan pesat bagi permmainan ini semakin menyerlah selepas perang
dunia pertama. Negara-negara Komanwel yang terletak di merata dunia adalah negara-
negara yang turut menerima permainan ini atas usaha orang Inggeris yang
kebanyakannya merupakan askar atau pegawai yang bertugas di negara-negara tersebut.
Ketika itu terdapat beberapa siri peraturan dan undang-undang yang berlainan
bagi bola jaring. Ini menyebabkan kesukaran untuk mengadakan perlawanan
antarabangsa, kerana setiap negara mahu menggunakan peraturan yang mereka pegang
ketika itu. Pada tahun 1957, satu persidangan khas bagi membincangkan serta
menyelaraskan peraturan permainan telah diadakan di London. Akhirnya semua
peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh beberapa negara seperti Amerika
Syarikat, England, New Zealand dan Australia diselaraskan atas persetujuan bersama.
Pada tahun 1960, Persatuan Bola jaring Sri lanka yang menjadi tuan rumah
kepada satu persidangan antara bangsa, wakil-wakil negara komanwel telah memutuskan
untuk menubuhkan sebuah persatuan khusus untuk permainan bola jaring dunia. Pada
tahun itu lahirlah Persekutuan Antara bangsa Persatuan-persatuan Bola Jaring (The
International Federation Of Netball). Jadi dua perkara penting bersabit dengan permainan
ini berjaya diselesaikan. Penubuhan persatuan dunia dan penyelaras peraturan dan
undang-undang permainan.
Dengan demikian, mudahlah untuk mengadakan perlawanan pada peringkat
antara bangsa. Kejohanan antara bangsa pertama anjuran persatuan dunia ini telah
diadakan di Eastbourne, England pada tahun 1963.
B. Di Malaysia
Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) telah ditubuhkan pada 21 Mac 1978 di
bawah naungan Almarhum Ke bawah DYMM Tengku Ampuan Pahang sehingga tahun
1990 bila Persatuan Bola jaring Negeri Sabah diterima menjadi Ahli Gabungan
menjadikannya Ahli Gabungan negeri yang terakhir ditubuhkan. PBJM mempunyai 16
ahli gabungan yang terdiri daripada 13 ahli gabungan dari negeri-negeri dan 3 ahli
gabungan dari bukan negeri iaitu Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera dan Lembaga
Letrik Negara. Pada tahun 1990, Lembaga Letrik Negara menjadi Tenaga Nasional
Berhad. Kini PBJM mempunyai 17 ahli gabungan iaitu terdiri daripada semua 14 buah
negeri di seluruh Malaysia dan 3 ahli gabungan bukan negeri.
PBJM telah bergabung dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sejak tahun
1980 dan dengan Persekutuan Persatuan Bola jaring Antara bangsa (IFNA) bermula dari
tahun 1982. Apabila Persekutuan Persatuan Bola Jaring Asia ditubuhkan dalam tahun
1985, Malaysia menjadi salah satu ahli pengasas.
Salah satu aktiviti utama PBJM ialah menganjurkan kejohanan bola jaring di
peringkat kebangsaan. Dua kejohanan tahunan yang diadakan ialah Kejohanan Bola
Jaring Kebangsaan dan Kejohanan Bola jaring Bawah 21 Tahun. Kejohanan di peringkat
Kebangsaan merupakan medan bagi pemilihan pemain berbakat dan berpotensi untuk
diberikan latihan seterusnya terutama dapat dipilih mewakili negara bagi menyertai
pertandingan di peringkat antara bangsa.
PBJM mula melibatkan diri di peringkat antara bangsa pada tahun 1983 apabila
diterima menyertai Kejohanan Bola jaring Se dunia ke 6 di Singapura. Malaysia turut
menyertai Kejohanan Bola Jaring Se dunia ke 7 di Glasgow pada tahun 1987, pada tahun
1991 menyertai Kejohanan Bola Jaring Se dunia Ke 8 di Sydney, Australia dan
Kejohanan Bola Jaring Se dunia Ke 9 di Birmingham, United Kingdom. Walaupun dalam
ke semua penyertaan tersebut pasukan Malaysia tidak menyerlah namun ianya dapat
sedikit sebanyak memberi kesan ke arah peningkatan permainan bola jaring di Malaysia.
Malaysia pernah mengelolakan kejohanan di peringkat antara bangsa apabila
Kejohanan Bola jaring Asia yang pertama diadakan pada tahun 1985 di Kuala Lumpur.
Pada tahun 1990, pasukan Malaysia telah mengambil bahagian di Kejohanan Bola Jaring
Asia Ke 2 di New Delhi, India dan Kejohanan Bola Jaring Asia Ke 3 di Hong Kong
dalam tahun 1993. Pada tahun 1994 , Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia yang pertama
telah diadakan di Hong Kong dan Malaysia turut serta.
Pembangunan dan perkembangan permainan bola jaring bertambah meluas dan
meningkat apabila permainan ini dimasukkan sebagai salah satu acara bagi Sukan
Komanwel 1998. Selaku tuan rumah bagi temasya sukan yang berprestij ini, PBJM telah
dipertanggungjawabkan untuk menyediakan pasukan serta mengelolakan pertandingan.
Ini merupakan satu penghormatan dan cabaran kepada Malaysia khasnya PBJM yang
telah menyambut ulangtahunnya yang ke 20 pada tahun 1998.
PBJM telah mengadakan pelbagai program yang diharapkan dapat
memperkembangkan dan mempertingkatkan permainan bola jaring di Malaysia. Tidak
ketinggalan juga sumbangan yang dihasilkan akan dapat mengeratkan silaturrahim,
perpaduan dan keharmonian di kalangan wanita Malaysia serta meningkatkan jumlah
penyertaan dan penglibatan lebih ramai wanita di bidang sukan khasnya bola jaring.
2.0 LOKASI KECEDERAAN LAZIM DALAM SUKAN BOLA JARING
a. Bruised heels f. Stress fracture of the tibiab. Sprained ankles g. Knee injury damage to the meniscus and
torn ligamentsc. Ruptured achilles tendon h. Patellar tendinitis (jumper’s knee)d. Achilles tendonitis i. Stubbed fingerse. Periostitis of the tibia (shinsplints) j. Fractures to the arm and wrist
i
d
c
j
g
h
f
e
b
a
STATISTIK KECEDERAAN
Jadual 1
LOKASI 12 – 13 THN% N = 137
14 – 15 THN% N = 67
16 – 17 THN% N = 105
JUMLAH%N = 132
Bahagian Mata 2.2 3.0 0.9 1.9
Kepala dan Muka 2.2 - 0.9 1.2
Konkusi 0.7 - 2.7 1.2
Bahu 2.2 3.0 2.7 2.6
Tangan 6.6 8.9 8.3 7.7
Belakang 13.1 19.4 11.1 13.8
Pinggang & Punggung 3.7 1.5 - 1.5
Lutut 28.5 25.3 23.1 26.0
Bawah Kaki 8.8 15.0 11.1 10.9
Pergelangan Kaki 21.1 19.4 27.7 23.1
Kaki 0.7 - - 0.3
Sumber : C.J. Dennis, et. Al. (1996), Epidemology of Sport Injuries
Jadual 2
BAHAGIAN ATAS TUBUH JUMLAH PERATUS KECEDERAAN
Bahu 11 (16%)
Siku 2 (5%)
Pergelangan tangan dan tangan 10 (28%)
Phalanges 13 (36%)
Jumlah 36 (17%)
Torso 6 (3%)
BAHAGIAN BAWAH TUBUH
Peha 40 (29%)
Lutut 51 (37%)
Kaki 6 (4%)
Pergelangan Kaki 37 (27%)
Tapak kaki 5 (4%)
Jumlah 139 (67%)
KEPALA DAN MUKA
Muka 20 (77%)
Kepala 6 (23%)
Jumlah 26 (13%)
Sumber : C.J. Dennis, et. Al. (1996), Epidemology of Sport Injuries
3.0 JENIS-JENIS KECEDERAAN LAZIM YANG SERING BERLAKU DALAM SUKAN BOLA JARING
Bil Lokasi Jenis Kecederaan
1. Jari tangan i. Stubbed fingers
2. Siku i. Fractures to arm and wrist
3. Lutut i. Knee injury damage to the meniscus and torn
ligaments
ii. Patellar Tendinitis
4. Betis i. Stress fracture of the tibia
ii. Periotitis of the tibia (shin Splints)
iii. Achilles Tendonitis
iv. Ruptured Achilles tendon
5. Pergelangan Kaki i. Bruised Heels
ii. Sprained Ankle
4.0 ANATOMI DAN FISIOLOGI BAHAGIAN LUTUT DAN BETIS
4.1 LUTUT
4.1.1 Pandangan hadapan
4.1.2 Pandangan sisi
4.1.3 Tulang
4.1.4 Otot
4.1.5 Ligamen
4.1.6 Tendon
4.1.7 Articular Cartilage
4.1.8 Meniscus
4.1.9 Gambaran lutut semasa ekstensi dan fleksi
4.2 BETIS
4.2.1 Otot
5.0 JENIS-JENIS KECEDERAAN DALAM PERMAINAN BOLA JARING:
5.1 LUTUT
a. Bahagian Patella
1. Maltracking
2. Plica Syndrome
3. Chondromalacia
4. Subluxation
5. Arthritis
6. Dislocation
b. Bahagian Rawan Lutut
1. Torn Meniscus
2. Cartilage Meniscus
3. Bucket Handle
4. Meniscal Cyts
c. Bahagian Ligamen
1. Sprained Collateral
2. Torn Collateral
3. Torn Cruciate
d. Kecederaan Yang Berulang-ulang
1. Osgood Schlatters
2. Ilio – Tibial Friction Band Syndrome
3. Patellar Tendinitis
e. Arthritis
1. Medial Compartment Arthritis
2. Lateral Compartment
3. Patellofemoral Arthritis
4. Baker’s Cyst
5.2 Betis
1. Calf Strain
2. Shin Splints
3. Achilles Tendinitis
4. Stress Fracture
5. Total Rupture The Achilles Tendon
6. Tibialis Anterior Tendon Sheath Inflamation
6.0 DUA KECEDERAAN UTAMA YANG TERDAPAT DALAM PERMAINAN
BOLA JARING:
6.1 LUTUT
6.1.1 Chondromalacia
a. Mekanisma Kecederaan
Tisu yang rosak dalam kecederaan lutut ini dikatakan terletak di belakang patella.
Kecederaan lutut ini dianggap sebagai Chondromalacia Patellae. Iaitu sejenis keadaan
yang biasa ditemui oleh pakar bedah ortopedik. Dalam keadaan ini, cartilage di
permukaan bawah tempurung lutut mengalami kemerosotan.
Kemerosotan cartilage lama – kelamaan boleh membawa kepada arthiritis.
Sindrom penyakit Chondramalacia Patellae melibatkan struktur di sekeliling patella,
terutamanya perlekatan berligamen dihujung bawah patella. Kecederaan ini juga dikenali
sebagai sindrom sakit patella – femoral. Kajian telah menunjukkan bahawa kecederaan
ini adalah kecederaan paling lazim antara semua jenis kecederaan pemain bola jaring
apabila melakukan lompatan untuk menerima dan melakukan halangan ke atas bola
semasa di udara. Keadaan ini berlaku akibat daripada situasi yang berulang-ulang kali.
b. Punca Kecederaan
Sindrom sakit Chondromalacia Patellae ialah kecederaan yang terutamanya
disebabkan oleh pendaratan pada tumit pergelangan kaki yang berlebihan. Pendaratan
yang berlebihan ini menyebabkan suatu daya putaran terbentuk di lutut. Daya ini mearik
patella keluar dari jajarannya yang betul dan menyebabkan pertambahan stress di ligamen
yang menetapkan kedudukan patella. Lama – kelamaan, pergerakan tidak normal ini,
yang kerap berulang boleh menyebabkan tulang yang melekatkan ligamen itu
menghasilkan gerak balas stress yang menimbulkan rasa sakit.
c. Simptom/Tanda
1. Merasa sakit apabila menaiki tangga dan turun naik bukit.
2. Bengkak pada bahagian lutut.
d. Rawatan
Rawatan pertolongan cemas bagi kecederaan lutut ialah dengan meletakkan ais di
kawasan yang sakit selama kira-kira 20 minit dua kali sehari. Walaupun ada cadangan
supaya suntikan kortison diberikan di sendi lutut, namun langkah ini hendaklah dielakkan
sama sekali kerana kortison itu tidak akan sampai ke kawasan kecederaan yang terletak di
sekeliling tempurung lutut dan bukannya di sendi lutut itu sendiri. Terdapat juga bukti
bahawa suntikan ini mungkin menyebabkan berlakunya arthiritis apabila tua nanti.
Walau bagaimanapun, rawatan yang paling berkesan bagi kecederaan lutut ialah
dengan membetulkan faktor biomekanik yang menyebabkannya, iaitu pendaratan
pergelangan kaki yang berlebihan. Jika punca biomekanik ini tidak dibetulkan, patella
akan terus-menerus tertarik keluar daripada jajaran dalam setiap langkah larian dan ini
akan menggagalkan semua usaha perubatan yang cuba merawat tempat yang sakit di
tempurung lutut.
Langkah pembetulan ini boleh dilakukan dengan cara berlari menggunakan kasut
yang menghadkan pendaratan pergelangan kaki dan jika langkah ini gagal mengubati
kecederaan tersebut, gunakanlah ortotik pembetulan yang ditempah khas. Kecederaan ini
tidak akan dapat dipulihkan jika ortotik pembetulan tidak dibuat dengan betul. Podiatri
sukan adalah sesuatu bidang yang agak baru dan orang yang benar-benar berkelayakan
untuk membuat ortotik pembetulan sukar dicari. Walau bagaimanapun, kini terdapat
sebilangan ahli podiatri sukan di setiap pusat utama di Afrika Selatan.
Pengampu arkus yang boleh dibeli di farmasi dan kedai kasut sukan boleh
membantu pemain bola jaring yang mengalami pendaratan yang tidak normal tetapi tidak
mencukupi untuk atlit yang mengalami pendaratan yang berlebihan. Atlit yang tercedera
dan tidak berkesempatan bertemu ahli podiatri dinasihatkan mencuba pengampu arkus
yang boleh dibeli di kedai terlebih dahulu seperti pengampu arkus panjang spenco.
Kaedah rawatan yang lain termasuklah latihan regangan pada otot betis dan
membetulkan sebarang ketidakseimbangan, kefleksibelan, dan kekuatan otot yang
mungkin terdapat antara otot hamstring dan otot kuadriseps. Atlit yang mengalami
kecederaan ini dan tidak dapat dipulihkan dalam masa kira-kira sebulan, mestilah sedar
bahawa kemungkinan kerana kasut dan ortotik pembetulan yang mereka gunakan tidak
dapat mengawal pendaratan pergelangan kaki secukupnya. Mereka perlu mendapatkan
rawatan pembetulan selanjutnya.
e. Langkah-langkah Pencegahan
1. Menggunakan alat Open Patella Knee Support.
2. Melakukan regangan pada bahagian lutut sebelum melakukan aktiviti sukan.
3. Menggunakan kasut yang sesuai.
f. Alat Perlindungan
1. Gel Band Patella Strap
2. Genutrain
3. Premium Palumbo
6.1.2 Cartilage Meniscus
a. Mekanisma Kecederaan
Meniscus merupakan ‘pengalas’ rawan di mana ia membantu bertindak sebagai
penyerap kejutan di dalam bahagian lutut dan juga membantu pergerakan sendi lutut
dengan licin. Meniscus akan koyak apabila berlakunya putaran atau twisting lutut dalam
aktiviti sukan. Ianya lazim terjadi kepada atlit yang sudah berumur kerana tisu-tisu yang
terdapat pada lutut menjadi lemah.
b. Punca Kecederaan
Terdapat beberapa punca yang dapat dikenalpasti apabila seseorang itu
mengalami kecederaan ini. Ianya disebabkan hentakan terus pada bahagian lutut,
pemanjangan cartilage yang berkaitan pada lutut yang cedera, dan memusing atau
kontraksi otot yang kuat atau mendadak.
Peningkatan risiko kecederaan ini ialah sukan atau permainan lasak yang
bersentuhan terutamanya bola sepak, ragbi dan bola jaring serta obesiti mengakibatkan
kurangnya nutrition dan pernah mempunyai kecederaan lutut sebelumnya.
c. Simptom/Tanda
Di antaranya adalah seperti berikut:
1. Sakit pada bahagian yang tercedera terutamanya pada tempat pertemuan
tulang femur dengan tibia semasa atau selepas senaman.
2. Bengkak lutut.
3. Tidak keupayaan meluruskan kaki.
4. Ketidakstabilan dilutut.
5. Menghalang pergerakan dengan betul.
6. Keradangan.
d. Rawatan
1. Aplikasikan kaedah RICE pada bahagian lutut.
2. Rehat daripada latihan yang berat.
3. Menggunakan alatan ‘heat retainer’ atau support.
4. Berbincang dan mendapat nasihat daripada pakar untuk :
a. ultrasound dan menggunakan support bandage atau plaster cast.
b. Melakukan pembedahan yang sepatutnya.
e. Langkah-langkah Pencegahan
1. Melakukan senaman yang mencukupi sebelum melakukan aktiiviti yang lebih
lasak.
2. Menggunakan kasut yang sesuai supaya tidak menyebabkan berlaku
kecederaan.
3. Menggunakan sokongan atau support pada bahagian lutut supaya ia tidak
mudah tercedera.
f. Alat Perlindungan
1. Genutrain (sebagai support)
2. Bio Skins Patella Stabilizer
3. Kasut yang sesuai.
6.2 BETIS
6.2.1 Shin Splints
a. Mekanisma Kecederaan
Ketegangan atau kekoyakan otot pada bahagian hadapan betis.
b. Punca Kecederaan
Ini disebabkan oleh hentakan yang kuat, bermain di padang yang tidak rata dan
gagal menyerap hentakan akibat larian yang banyak.
c. Simptom/Tanda
a. Berlakunya kesakitan di sepanjang shin.
b. Sakit ketika melakukan aktiviti lompatan dan larian.
c. Merasa sakit apabila membengkokkan kaki.
d.Terdapat tanda kemerahan dan benjolan pada bahagian hadapan betis.
e. Rawatan
a. Rehat terlebih dahulu sehingga hilang kesakitan.
b. Guna kaedah cryotherapy iaitu ais pek selama 15 minit.
c. Melakukan aktiviti berbasikal dan berenang untuk mengembalikan kecergasan.
d. Gunakan kaedah heat therapy atau memakai alat ‘heat trainer’.
e. Gunakan Kaedah taping pada bahagian depan shin.
f. Melakukan sport massage pada bahagian belakang shin.
g. Berjumpa dengan pakar perubatan sukan.
f. Langkah-langkah Pencegahan
1. Melakukan regangan sebelum melibatkan diri dalam aktiviti sukan.
2. Memakai kasut yang mempunyai alas atau pelapik yang lembut.
3. Menggunakan Shin Splint Compression Wrap.
g. Alat Perlindungan
1. Bio Skins.
2. Shin Splint Compression Wrap.
3. Neoprene Calf Sleeve.
6.2.2 Total Rupture The Achilles Tendon
a. Mekanisma Kecederaan
Archilles tendon adalah tendon yang terdapat di belakang betis kaki hingga ke
belakang kaki. Rupture the archilles tendon terjadi akibat daripada kecederaan lampau
seperti keradangan atau lemah tendon. Menolak kuat bahagian jari kaki ke atas dan
membengkokkan kaki secara tiba-tiba menyebabkan kecederaan pada archilles tendon
yang mengakibatkan tendon putus.
b. Punca
1. Kecederaan rupture the archilles tendon berlaku apabila pemain mendarat
dengan hujung jari secara tiba-tiba.
2. Pemain terjatuh dan kakinya membengkok secara tiba-tiba.
3. Tersepak kaki rakan di bahagian bawah kaki.
c. Simptom/Tanda
1. Kesakitan yang melampau
2. Bengkak pada bahagian yang tercedera.
3. Tidak dapat berjalan dengan betul atau berdiri di atas hujung kaki.
4. Merasa seperti ada ruang dalam tendon.
5. Mendapat keputusan yang positif jika menjalani Ujian Thompsons.
d. Rawatan
1. Amalkan kaedah RICE.
2. Mendapatkan rawatan atau pertolongan profesional dengan serta –merta.
3. Apabila berlaku kecederaan 1 hingga 8 minggu kaki akan dibalut dengan
‘plaster cast’. Tidak boleh melakukan regangan atau senaman.
4. Selepas 8 minggu aktiviti yang perlu dilakukan ialah:
a. Range Of Motion
b. Meninggikan bahagian tapak kasut.
c. Sport Massage
d. Gunakan ais selama 20 minit selepas sesi latihan.
e. Langkah-langkah Pencegahan
1. Melakukan aktiviti regangan yang mencukupi sebelum melibatkan diri dalam
aktiviti sukan.
2. Elakkan daripada mendarat dengan bahagian hujung kaki dan
membengkokkan kaki secara berlebihan.
3. Menggunakan kasut dan support yang sesuai.
f. Alat Perlindungan
1. Menggunakan alat sokongan atau support seperti:
a. Achillotrain Achilles Tendonitis
b. Achilles Heel Pad
7.0 CADANGAN MODALITI TERAPI
7.1 Chondromalacia Patellae
7.1.1 Cryotherapy
Aktiviti : Ice pack
Objektif : 1. Mengurangkan kesakitan patello-femoral
2. Menghindarkan bengkak
3. Mengurangkan pengaliran darah
7.2 Cartilage Meniscus Injury
7.2.1 Mobility exercise
Aktiviti : Knee flexion / extension
Objektif : 1. Mengekal dan memperbaiki pergerakan sendi lutut
secepat mungkin.
2. Meningkatkan kekuatan pada bahagian yang
tercedera
7.2.2 Cryotherapy
Aktiviti : Cryo Cuff
Objektif : 1. Mengurangkan kesakitan dan inflamasi
2. Mengurangkan pengaliran darah
3. Mempercepatkan proses pemulihan.
7.2.3 Knee support
Aktiviti : Knee Support
Objektif : 1. Melindungi bahagian yang tercedera
2. Menghadkan pergerakan yang aktif
3. Memberi kestabilan kepada lutut.
7.3 Shin splints
7.3.1 Massage
Objektif : 1. Menggalakkan pengaliran darah
2. Mempercepatkan proses pemulihan
3. Mengurangkan potensi kecederaan
7.3.2 Taping
Objektif : 1. Mengelakkan kecederaan berulang
2. Mencegah berlakunya kecederaan
3. Memberi perlindungan pada bahagian shin
7.4 Total Rupture Achilles Tendon.
7.4.1 Cryotherapy
Aktiviti : Ice pack
Objektif : 1. Mengurangkan kesakitan serta ketegangan tendon dan otot
2. Untuk mengurangkan pengaliran darah dan inflamasi tendon dan otot
7.4.2 Sport masssage
Aktiviti : Massage
Objektif : 1. Melancarkan perjalanan darah
2. Mengurangkan infalamasi pada tendon dan otot
7.4.3 Latihan ROM
Aktiviti : Toes Raise
Objektif : 1. Meningkatkan kekuatan otot
2. Meningkatkan kelembutan otot.
8.0 AKTIVITI LAB
8.1 Lakaran Ringkas Setiap Stesen
LAB 6
STESEN 1
Aktiviti : 1. Ice Therapy -Ice Pack
2. Mobiliti Exercise -Ekstensi & Fleksi lutut.
LAB 6
STESEN 2
Aktiviti : Mobility Exercises (AAROM→AROM)
1. Flexion/ Extension
2. Knee Flexion3. Heel Slides4. On a Chair
LAB 6
STESEN 1
AKTIVITI 1 Ice Pack
LOKASI
KECEDERAAN
Lutut
JENIS
KECEDERAAN
Chondromalacia
JENIS MODALITI Ice Therapy ( Fasa Acute )
OBJEKTIF 1. Mengurangkan kesakitan pada bahagian patella
2. Mengurangkan pengaliran darah ke kawasan yang
LAB 6STESEN 4
Aktiviti : Sport Massage - Sliding Massage
LAB 6
STESEN 3
Aktiviti : Taping -Taping
tercedera.
3. Mengurangkan keradangan
PROSEDUR 1. Meletakkan ice pack pada bahagian sakit.
2. Aplikasikan ais selama 15 – 20 minit. Pada tempat yang
sakit.
SOALAN 1. Nyatakan 3 jenis alat perlindungan yang digunakan pada
lutut.
2. Nyatakan penyebab utama kecederaan Chondromalacia.
JAWAPAN 1
JAWAPAN 2
1. Gel- Band Patella Strap.
2. Genutrain
3. Premium Palambo
- Hentakan terus pada bahagian patella.
LAB 6
STESEN 1
AKTIVITI 2 Ekstensi dan Fleksi
LOKASI
KECEDERAAN
Lutut
JENIS
KECEDERAAN
Chondromalacia
JENIS MODALITI Mobiliti Exercise ( Fasa Kronik )
OBJEKTIF 1. Meningkatkan ROM
2. Meningkatkan kelembutan sendi lutut
PROSEDUR 1. Duduk tegak di atas kerusi.
2. Masukkan selipar ke kaki samada kaki kiri atau kanan.
3. Lakukan ekstensi dan fleksi lutut secara perlahan-lahan.
4. Ulangi lakuan sebanyak 3 kali.
SOALAN 1. Nyatakan 3 jenis alat perlindungan yang digunakan pada
lutut.
2. Nyatakan penyebab utama kecederaan Chondromalacia.
JAWAPAN 1. Gel- Band Patella Strap.
2. Genutrain
3. Premium Palambo
- Hentakan terus pada bahagian patella
LAB 6
STESEN 2
AKTIVITI 1 Fleksi dan Ektensi
LOKASI
KECEDERAAN
Lutut
JENIS
KECEDERAAN
Cartilage Meniscus Injury
JENIS MODALITI Mobiliti Exercise ( Fasa Kronik )
OBJEKTIF 1. Meningkatkan ROM.
2. Meningkatkan kelembutan di sendi lutut.
PROSEDUR 1. Duduk di atas meja.
2. Melakukan fleksi dan ektensi.
3. Kaki yang tidak cedera boleh mengampu kaki yang
cedera jika perlu.
4. Elakkan daripada ektensi melampau.
SOALAN 1. Apakah jenis rawatan yang berkesan bagi kecederaan
meniscus?
2. Senaraikan alat elektroterapi yang digunakan untuk
merawat cartilage meniscus.
JAWAPAN 1. Pembedahan
2. a.Ultrasound
b. CPM
c. Sonotron
LAB 6
STESEN 2
AKTIVITI 2 Knee Flexion
LOKASI
KECEDERAAN
Lutut
JENIS
KECEDERAAN
Cartilage Meniscus Injury
JENIS MODALITI Mobiliti Exercise ( Fasa Kronik )
OBJEKTIF 1 .Meningkatkan ROM.
2. Meningkatkan kelembutan di sendi lutut.
PROSEDUR 1. Meniarap di atas mat.
2. Fleksikan lutut.
3. Ulang lakuan sebanyak 10 kali.
4. Lakukannya 1 hinngga 3 kali dalam sehari.
SOALAN 1. Apakah jenis rawatan yang berkesan bagi kecederaan
meniscus?
2. Senaraikan alat elektroterapi yang digunakan untuk
merawat cartilage meniscus.
JAWAPAN 1. Pembedahan
2. a. Ultrasound
b. CPM
c. Sonotron
SOALAN
BERBANGKIT
Apakah perubahan otot akan terlibat apabila berlaku
perubahan ‘position’ badan bagi aktiviti tersebut?
JAWAPAN Ya, akan berlaku perubahan terhadap otot terlibat.
LAB 6
STESEN 2
AKTIVITI 3 Heel Slides
LOKASI
KECEDERAAN
Lutut
JENIS
KECEDERAAN
Cartilage Meniscus Injury
JENIS MODALITI Mobiliti Exercise ( Fasa Kronik )
OBJEKTIF 1. Meningkatkan ROM.
2. Meningkatkan kelembutan di sendi lutut.
PROSEDUR 1. Baring secara terlentang dan fleksikan kaki.
2. Fleksikan lutut dan rapatkan ke hip..
3. Ulang lakuan sebanyak 10 hingga 20 kali.
4. Boleh gunakan tuala untuk melakukan aktiviti ini.
SOALAN 1. Apakah jenis rawatan yang berkesan bagi kecederaan
meniscus?
2. Senaraikan alat elektroterapi yang digunakan untuk
merawat cartilage meniscus.
JAWAPAN 1. Pembedahan
2. a. Ultrasound
b. CPM
c. Sonotron
LAB 6
STESEN 2
AKTIVITI 4 On a Chair
LOKASI
KECEDERAAN
Lutut
JENIS
KECEDERAAN
Cartilage Meniscus Injury
JENIS MODALITI Mobiliti Exercise ( Fasa Kronik )
OBJEKTIF 1. Meningkatkan ROM.
2. Meningkatkan kelembutan di sendi lutut.
PROSEDUR 1. Letakkan kaki yang cedera di atas kerusi.
2. Tolakkan badan ke hadapan.
3. Tahan sehingga 10 saat.
4. Ulangi lakuan 10 kali.
SOALAN 1. Apakah jenis rawatan yang berkesan bagi kecederaan
meniscus?
2. Senaraikan alat elektroterapi yang digunakan untuk
merawat cartilage meniscus.
JAWAPAN 1. Pembedahan
2. a.Ultrasound
b. CPM
c. Sonotron
LAB 6
STESEN 3
AKTIVITI 1 Taping
LOKASI
KECEDERAAN
Betis
JENIS
KECEDERAAN
Shin Splint
JENIS MODALITI Taping ( Fasa Kronik )
OBJEKTIF 1. Mengelakkan kecederaan daripada berulang
2. Mencegah berlakunya kecederaan.
3. Memberi perlindungan pada bahagian shin.
ALATAN 1. Zincoxide
2. Kain Gause
3. Gunting
PROSEDUR Langkah 1
a. Mulakan balutan dengan kain gause daripada bahagian
pergelangan kaki mengelilingi Archilles Tendon (Tidak
boleh ketat).
b. Diagnol balutan mengelilingi archilles hingga ke betis.
Langkah 2
a. Balut dengan zincoxide tape sama seperti langkah 1.
Langkah 3
Ulangi balutan hingga melitupi bahagian yang sakit.
SOALAN Apakah modaliti yang sesuai digunakan untuk merawat
kecederaan Shin Splint ini selain kaedah taping?
JAWAPAN 1. Ice Therapy
2. Sport Massage
3. Heat Therapy atau guna heat retainer
LAB 6
STESEN 4
AKTIVITI 1 Sport Massage
LOKASI
KECEDERAAN
Betis
JENIS
KECEDERAAN
Total Repture of Archilles Tendon
JENIS MODALITI Sliding Massage ( Fasa Sub-Acute )
OBJEKTIF 1. Meningkatkan pengaliran darah.
2. Membantu kesembuhan tisu lembut.
3. Mengoptimakan faktor-faktor prestasi posititf
sementara meminimumkan yang negatif.
ALATAN Minyak urut /lotion
PROSEDUR 1. Subjek meniarap di atas tilam.
2. sapu lotion pada bahagian yang cedera.
3. Aplikasikan sliding massage.
Lakukan massage selama 10 minit.
SOALAN Nyatakan kaedah-kaedah massage yang lain dan boleh
diaplikasikan pada bahagian betis.
JAWAPAN 1. Slaping
2. Cuping
3. Kneading
4. Pincement
SOALAN
BERBANGKIT
1. Senaraikan tempoh masa bagi setiap fasa proses kesembuhan.
JAWAPAN a. Acute - 1 hingga 3 hari ( 72 jam ). b. Sub Acute. - 72 jam hingga 6 bulan. c. Kronik - 6 bulan hingga sembuh.