Upload
saufi-bin-abdullah
View
3.487
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
44
PENGENALAN
Rentak asli adalah rentak yang terdapat dalam lagu-lagu tradisional Melayu. Rentak yang lazim dijumpai dalam lagu-lagu tersebut adalah seperti masri, inang dan zapin. Rentak-rentak ini boleh dibezakan antara satu dengan yang lain melalui corak irama, tekanan dan warna ton alat-alat muzik yang memainkannya. Dalam lagu-lagu tradisional, rentak-rentak ini biasanya dimainkan dengan alat-alat perkusi tradisional seperti rebana, kompang, marwas, gendang, gong dan lain-lain. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah, alat-alat perkusi moden telah digunakan dengan meluas untuk memainkan rentak-rentak asli ini. Terdapat juga lagu-lagu bukan tradisional yang boleh diiringi dengan rentak-rentak asli. Meter yang lazim digunakan untuk rentak-rentak ini adalah .
TTooppiikk 44 Rentak Asli
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Mengenal pasti ciri-ciri rentak masri, inang dan zapin berdasarkan detik, meter, tekanan dan warna ton;
2. Menyanyikan lagu-lagu berentak masri, inang dan zapin; dan
3. Memainkan alat perkusi yang sesuai untuk mengiringi lagu-lagu berentak masri, inang dan zapin.
TOPIK 4 RENTAK ASLI
60
RENTAK MASRI
Rentak masri dimainkan dengan beberapa alat perkusi tradisional Melayu dan alat perkusi moden. Fungsi alat-alat tersebut adalah untuk memainkan detik, tekanan dan corak irama asas. Gabungan alat-alat perkusi ini dengan corak irama asas membentuk satu rentak yang mantap untuk mengiringi lagu-lagu dalam rentak masri. Sambil mendengar petikan di atas, sila lakukan perkara-perkara berikut:
(a) Cuba menepuk detik mengikut tempo petikan tersebut.
(b) Cuba kesan tekanan pada detik petikan petikan itu.
(c) Cuba kenal pasti meter petikan tersebut.
(d) Cuba kenal pasti corak irama asas rentak masri dalam petikan tersebut.
4.1.1 Corak Irama Rentak Masri
Lihat rajah di bawah:
Dalam corak irama asas masri di atas kita dapat melihat tekanan terletak pada bit pertama dan ketiga di mana tekanan pada bit pertama adalah lebih kuat daripada bit ketiga. Dalam petikan di atas, kita dapat mendengar perbezaan bunyi alat perkusi yang dimainkan pada detik-detik tertentu khasnya pada tekanan. Kita dapat mengasingkan not-not yang mempunyai tekanan dengan not-not lain melalui corak irama di bawah.
4.1
AKTIVITI 4.1
Sila dengar keratan lagu yang dimainkan oleh tutor anda untuk mengenal pasti rentak yang dimainkan.
TOPIK 4 RENTAK ASLI 61
Setiap alat perkusi mempunyai warna ton yang tertentu yang dapat kita bezakan apabila dimainkan pada bit-bit kuat dan bit-bit lemah. Gabungan alat-alat perkusi tersebut yang dimainkan dengan corak irama tadi menghasilkan rentak masri. Rentak masri juga boleh dimainkan dengan sebuah alat perkusi yang dapat menghasilkan berbagai warna ton. Contoh alat ialah seperti rebana, gendang dan kompang. Dengan teknik pukulan yang berbeza, beberapa ton tertentu dapat dihasilkan untuk membezakan tekanan dan bit lemah dan menghasilkan rentak masri.
4.1.2 Mendengar dan Menyanyikan Lagu-lagu Berentak Masri
Dengan bantuan tutor anda, sila dengar dan nyanyikan lagu-lagu berentak masri sambil melakukan aktiviti berikut. (a) Menepuk detik
(b) Menepuk tekanan
(c) Menepuk corak irama
(d) Menepuk corak irama rentak masri
TOPIK 4 RENTAK ASLI
62
4.1.3 Memainkan Alat Perkusi yang Sesuai untuk Mengiringi Lagu-lagu Berentak Masri
Rentak masri boleh dimainkan dengan menggunakan alat-alat muzik tradisional seperti rebana, kompang marwas dan gendang. Alat-alat ini boleh dimainkan secara tunggal atau dalam himpunan yang menggabungkan alat-alat terdisional yang lain. Di samping itu rentak masri juga boleh dimainkan dengan menggunakan gabungan alat-alat perkusi moden tanpa merubah struktur asal corak irama rentak tersebut. Setiap alat perkusi yang dipilih akan memainkan corak irama yang berbeza bagi mewakili detik, tekanan dan pola-pola irama tertentu yang akan digabungkan untuk membentuk rentak masri seperti di bawah. Sambil mendengar lagu-lagu berentak masri, sila buat tepuk irama untuk corak-corak irama di bawah ini. (a) Detik
(b) Tekanan
(c) Pola irama 1
(d) Pola irama 2 (pilihan)
Setelah selesai latihan irama di atas, mari kita cuba mainkan irama-irama tersebut dengan menggunakan alat-alat perkusi untuk mengiringi sebuah lagu. Perhatikan setiap corak irama dan jenis alat perkusi yang berkaitan dengannya. Anda boleh menukar alat-alat perkusi tersebut mengikut kesesuaian. Anda boleh menggunakan rentak masri berikut ini untuk mengiringi lagu-lagu masri yang lain.
TOPIK 4 RENTAK ASLI 63
TOPIK 4 RENTAK ASLI
64
RENTAK INANG
Dalam petikan tadi, rentak inang dimainkan dengan beberapa alat perkusi tradisional Melayu dan alat perkusi moden. Fungsi alat-alat tersebut adalah untuk memainkan detik, tekanan dan corak irama asas. Gabungan alat-alat perkusi ini dengan corak irama asas membentuk satu rentak yang mantap untuk mengiringi lagu-lagu dalam rentak inang. Sambil mendengar petikan di atas, sila lakukan perkara-perkara berikut:
(a) Cuba menepuk detik mengikut tempo petikan tersebut.
(b) Cuba kesan tekanan pada detik petikan petikan itu.
(c) Cuba kenal pasti meter petikan tersebut.
(d) Cuba kenal pasti corak irama asas rentak inang dalam petikan tersebut.
4.2.1 Corak Irama Rentak Inang
Lihat rajah di bawah:
Dalam corak irama asas inang di atas kita dapat melihat tekanan terletak pada bit pertama dan ketiga di mana tekanan pada bit pertama adalah lebih kuat daripada bit ketiga. Dalam petikan di atas, kita dapat mendengar perbezaan bunyi alat perkusi yang dimainkan pada detik-detik tertentu khasnya pada tekanan. Kita dapat mengasingkan not-not yang mempunyai tekanan dengan not-not lain melalui corak irama berikut di bawah.
4.2
AKTIVITI 4.2
Sila dengar keratan lagu yang dimainkan oleh tutor anda untuk mengenal pasti rentak yang dimainkan.
TOPIK 4 RENTAK ASLI 65
Setiap alat perkusi mempunyai warna ton yang tertentu yang dapat kita bezakan apabila dimainkan pada bit-bit kuat dan bit-bit lemah. Gabungan alat-alat perkusi tersebut yang dimainkan dengan corak irama di atas menghasilkan rentak inang. Rentak inang juga boleh dimainkan dengan sebuah alat perkusi yang dapat menghasilkan berbagai warna ton. Contoh alat ialah seperti rebana dan kompang. Dengan teknik pukulan yang berbeza, beberapa ton tertentu dapat dihasilkan untuk membezakan tekanan dan bit lemah dan menghasilkan rentak inang.
4.2.2 Mendengar dan Menyanyikan Lagu-lagu Berentak Inang
Dengan bantuan tutor anda, sila dengar dan nyanyikan lagu-lagu berentak inang sambil melakukan aktiviti berikut. (a) Menepuk detik
(b) Menepuk tekanan
(c) Menepuk corak irama
(d) Menepuk corak irama rentak inang
TOPIK 4 RENTAK ASLI
66
4.2.3 Memainkan Alat Perkusi yang Sesuai untuk Mengiringi Lagu-lagu Berentak Inang
Rentak inang boleh dimainkan dengan menggunakan alat-alat muzik tradisional seperti rebana, kompang marwas dan gendang. Alat-alat ini boleh dimainkan secara tunggal atau dalam ensembel yang menggabungkan alat-alat terdisional yang lain. Di samping itu rentak inang juga boleh dimainkan dengan menggunakan gabungan alat-alat perkusi moden tanpa merubah struktur asal corak irama rentak tersebut. Setiap alat perkusi yang dipilih akan memainkan corak irama yang berbeza bagi mewakili detik, tekanan dan pola-pola irama tertentu yang akan digabungkan untuk membentuk rentak inang seperti di bawah. Sambil mendengar lagu-lagu berentak inang, sila buat tepuk irama untuk corak-corak irama dibawah ini. (a) Detik
(b) Tekanan
(c) Pola irama 1
(d) Pola irama 2
Setelah selesai latihan irama di atas, mari kita cuba mainkan irama-irama tersebut dengan menggunakan alat-alat perkusi. Perhatikan setiap corak irama dan jenis alat perkusi yang berkaitan dengannya. Anda boleh menukar alat-alat perkusi tersebut mengikut kesesuaian.
TOPIK 4 RENTAK ASLI 67
Anda boleh menggunakan rentak inang di bawah ini untuk mengiringi lagu-lagu masri yang lain.
TOPIK 4 RENTAK ASLI
68
RENTAK ZAPIN
Rentak zapin dimainkan dengan beberapa alat perkusi tradisional Melayu dan alat perkusi moden. Fungsi alat-alat tersebut adalah untuk memainkan detik, tekanan dan corak irama asas. Gabungan alat-alat perkusi ini dengan corak irama asas membentuk satu rentak yang mantap untuk mengiringi lagu-lagu dalam rentak zapin. Sambil mendengar sesebuah lagu zapin, sila lakukan perkara-perkara berikut:
(a) Cuba menepuk detik mengikut tempo petikan tersebut.
(b) Cuba kesan tekanan pada detik petikan petikan itu.
(c) Cuba kenal pasti meter petikan tersebut.
(d) Cuba kenal pasti corak irama asas rentak zapin dalam petikan tersebut.
4.3
AKTIVITI 4.3
Sila dengar keratan lagu yang dimainkan oleh tutor anda untuk mengenal pasti rentak yang dimainkan.
TOPIK 4 RENTAK ASLI 69
4.3.1 Corak Irama Rentak Zapin
Lihat rajah di bawah:
Dalam corak irama asas zapin di atas kita dapat melihat tekanan terletak pada bit pertama dan ketiga di mana tekanan pada bit pertama adalah lebih kuat daripada bit ketiga. Dalam petikan di atas, kita dapat mendengar perbezaan bunyi alat perkusi yang dimainkan pada detik-detik tertentu khasnya pada tekanan. Kita dapat mengasingkan not-not yang mempunyai tekanan dengan not-not lain melalui corak irama berikut di bawah.
Setiap alat perkusi mempunyai warna ton yang tertentu yang dapat kita bezakan apabila dimainkan pada bit-bit kuat dan bit-bit lemah. Gabungan alat-alat perkusi tersebut yang dimainkan dengan corak irama di atas menghasilkan rentak zapin. Rentak zapin juga boleh dimainkan dengan sebuah alat perkusi yang dapat menghasilkan berbagai warna ton. Contoh alat ialah seperti rebana dan kompang. Dengan teknik pukulan yang berbeza, beberapa ton tertentu dapat dihasilkan untuk membezakan tekanan dan bit lemah dan menghasilkan rentak zapin.
4.3.2 Mendengar dan menyanyikan Lagu-lagu Berentak Zapin
Dengan bantuan tutor anda, sila dengar dan nyanyikan lagu-lagu berentak zapin sambil melakukan aktiviti berikut. (a) Menepuk detik
TOPIK 4 RENTAK ASLI
70
(b) Menepuk tekanan
(c) Menepuk corak irama 1
(d) Menepuk corak irama 2
(e) Menepuk corak irama rentak zapin
4.3.3 Memainkan Alat Perkusi yang Sesuai untuk Mengiringi Lagu-lagu Berentak Zapin
Rentak zapin boleh dimainkan dengan menggunakan alat-alat muzik tradisional seperti rebana, kompang marwas dan gendang. Alat-alat ini boleh dimainkan secara tunggal atau dalam himpunan yang menggabungkan alat-alat terdisional yang lain. Di samping itu rentak zapin juga boleh dimainkan dengan menggunakan gabungan alat-alat perkusi moden tanpa mengubah struktur asal corak irama rentak tersebut. Setiap alat perkusi yang dipilih akan memainkan corak irama yang berbeza bagi mewakili detik, tekanan dan pola-pola irama tertentu yang akan digabungkan untuk membentuk rentak zapin seperti di bawah. Sambil mendengar lagu-lagu berentak zapin, sila buat tepuk irama untuk corak-corak irama dibawah ini.
TOPIK 4 RENTAK ASLI 71
(a) Detik
(b) Tekanan
(c) Pola irama 1
(d) Pola irama 2
Setelah selesai latihan irama di atas, mari kita cuba mainkan irama-irama tersebut dengan menggunakan alat-alat perkusi. Perhatikan setiap corak irama dan jenis alat perkusi yang berkaitan dengannya. Anda boleh menukar alat-alat perkusi tersebut mengikut kesesuaian. Anda boleh menggunakan rentak zapin berikut untuk mengiringi lagu-lagu zapin yang lain.
TOPIK 4 RENTAK ASLI
72
TOPIK 4 RENTAK ASLI 73
• Dalam topik ini anda telah pelajari berkaitan dengan rentak lagu-lagu Melayu
iaitu rentak masri, inang dan zapin.
• Rentak masri, inang dan masri boleh dimainkan dengan menggunakan alat-alat muzik tradisional seperti rebana, kompang marwas dan gendang.
• Rentak adalah satu pola irama yang diulang-ulang bagi mengiringi sesebuah lagu.
• Rentak masri, inang dan zapin begitu sinonim dengan lagu-lagu Melayu yang dimainkan oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu sehingga kini.
• Walaupun begitu, genre muzik ini telah digunakan dalam lagu-lagu popular bagi tujuan komersial.
Detik empatan
Rentak Inang
Rentak Masri
Rentak Zapin
Tekanan
Glosari seni muzik. (1996). Kuala Lumpur: DBP. Johami Abdullah. (1993). Pendidikan muzik semasa. Kuala Kumpur: DBP. Kamien, R. (1996). Music: An appreciation (7th Ed). New York: McGraw-Hill
Companies, Inc. Loh, P. K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal. Matusky, P. & Tan, S. B. (1997). Muzik Malaysia: Tradisi klasik, rakyat dan
sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.
TOPIK 4 RENTAK ASLI
74
Mohamed Ghouse Nasuruddin (1989. Muzik tradisional Malaysia: Edisi baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rogayah A. Hamid (2006). Lagu rakyat: Memupuk kesantunan Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.