18
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Hari : Isnin Tarikh : 11 November 2013 Masa : 40 Minit (11.00pagi – 11.40pagi) Tahun : 2 Bijak Bilangan murid : 10 orang Umur : 8 Tahun Tema : Alam Haiwan Tajuk : Mari Kenali Haiwan Fokus Utama : 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Fokus sampingan : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk. Objektif Pembelajaran: Pada akhir pelajaran murid dapat:

Rph Assignment (Modal Assure )

Embed Size (px)

DESCRIPTION

HI

Citation preview

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU

Hari :IsninTarikh:11 November 2013Masa :40 Minit (11.00pagi 11.40pagi)Tahun :2 Bijak

Bilangan murid :10 orang

Umur :8 Tahun

Tema :Alam Haiwan

Tajuk :Mari Kenali Haiwan

Fokus Utama :

5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.Fokus sampingan : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.Objektif Pembelajaran: Pada akhir pelajaran murid dapat:

Membaca teks dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul.Membina dan membentang 3 ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar yang diberi dalam kumpulan.Hasil Pembelajaran:

1. Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3.Membina dan membentang 3 ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.Kemahiran Bahasa :mendengar dan bertutur, membaca, menulis

Tatabahasa

:ayat tunggal dan ayat majmuk

Ilmu

:Bahasa Melayu, Pendidikan Seni

Nilai Murni :menyayangi, bekerjasama,

Kemahiran Berfikir

:Kemahiran menghubungkait,

Kecerdasan Pelbagai

:kinestatik, intrapersonal, naturalis

Kemahiran Belajar

:Menerima maklumat,

Pengetahuan Sedia ada

:Murid dapat menyatakan pengalaman mereka melawat

zoo.Bahan Bantu Mengajar :Video Rancangan Siti Moon, Teks dialog

Perlumbaanantara Sang Arnab dan Sang Kura-Kura, Kostum Arnab dan Kura-Kura, kertas A4,

kad perkataan, Power point Ayat tunggal dan Ayat majmuk, Lagu Burung Kakak Tua, Lembaran

Kerja. LANGKAH MASAISI PELAJARANAKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARANCATATAN

Set Induksi

( 5 Minit )Video Rancangan Siti Moon

Contoh soalan:Apakah yang dapat dilihat berdasarkan tayangan tersebut?

i)Murid diminta melihat tayangan video dan menghayatinya.

ii)Guru bersoal jawab dengan murid berkaitan video.

iii)Guru menjelaskan tajuk pengajaran pada hari ini.1.KB: Menghubung kait

2.BCB: Menonton dengan aktif

3.BBM: Video Rancangan Siti

Moon.

4.Model ASSURE: Analyse

Langkah 1

( 10 Minit )Teks dialog bertajuk Perlumbaan Sang Arnab dengan Sang Kura-kura

i)Murid menerima helaian teks cerita.

ii)Murid dipilih untuk melakonkan watak yang diberi berdasarkan teks.

iii)Murid berbincang dengan guru dan murid berjawab soalan bekaitan teks.

KB: Menjana idea

KP: Kinestatik

Intrapersonal

NaturalisNilai: Menghargai, menyayangi

BBM: Teks dialog, Kostum

Model ASSURE: State Objective

Langkah 2

( 10 Minit )i)Permainan Cuba teka siapa saya?

Kad perkataan:

vItik

vAyam

vArnab

vBuaya

vHarimau

vZirafah

vMonyet

vLembui)Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan.

ii)Kumpulan murid pertama diminta berada di hadapan kelas dan beratur.

iii)Ketua kumpulan akan melihat perkataan yang diberikan guru dan perlu melukisnya.

iv)Setiap ahli secara bergilir-gilir akan melukis gambar tersebut dan murid terakhir akan meneka gambar itu.

v)Permainan diteruskan mengikut kumpulan.Nilai: Kerjasama

BBM: Kad perkataanTeknik: Permainan

Model ASSURE: Select

Method

Langkah 3

( 10 Minit )

i)Power point Ayat tunggal dan Ayat Majmuk

ii)Tatabahasa Ayat tunggal dan ayat

majmuki)Murid mendengar penerangan tentang ayat tunggal dan ayat majmuk.

ii)Murid menerima lembaran kerja.

iii)Murid diminta membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar dalam kumpulan

iv) Murid membentang ayat yang dibina dalam kumpulan.KB: Menjana idea

Menghubung kait

BBM: Power point Lembaran kerja

Model ASSURE: Evaluate

Penutup

( 5 Minit )i)Rumusan isi pelajaran

ii)Penerapan nilai-nilai murni yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Menyayangi

Bekerjasamaiii)Mengimbas kembali pengajaran

iv) Lagu bertajuk Burung Kakak Tua

i)Murid berbincang tentang pelajaran yang dipelajari hari ini.

ii)Murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari.

iii)Murid menyatakan apa itu ayat tunggal dan ayat majmuk.

iv) Murid dan guru sama-sama menyanyikan lagu.BBM: Lagu Burung

Kakak Tua

Model ASSURE: Require

Berikut adalah Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu Tahun 2. Rancangan Pegajaran Harian ini adalah Rancangan Pengajaran Harian selama 40 minit bermula pada jam 11.00pagi hingga 11.40pagi untuk kelas tahun 2 yang memiliki pelajar seramai 10 orang.HASIL PEMBELAJARAN

Hanya 10 orang pelajar sahaja dalam kelas saya kerana sekolah saya merupakan sekolah SKM (Sekolah Kurang Murid). Namun saya memilih 3 hasil pembelajaran kerana pelajar yang belajar dalam kelas saya tergolong dalam kategori cemerlang. Selain itu, saya juga memilh beberapa langkah dalam Rancangan Pengajaran saya kerana setiap kali semasa waktu P&P pelajar saya begitu aktif semasa melakukan aktiviti P&P. Hasil pembelajaran yang saya ingin pelajar peroleh adalah 2 hasil. Hasil pembelajaran yang pertama ialah:Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Hasil pembelajaran ini dapat dilihat dalam langkah pertama. Iaitu pelajar membaca Teks dialog yang bertajuk Perlumbaan Sang Arnab dengan Sang Kura-kura yang diberi oleh guru secara individu dengan sebutan dan intonasi yang betul dalam bilik darjah. Pelajar memakai kostum arnab dan kura-kura sambil membaca teks dialog yang dibekalkan oleh guru. Seterusnya hasil pembelajaran yang kedua ialah:Membina dan membentang ayat tunggal dan ayat majmuk yang lengkap.

Hasil pembelajaran yang kedua ini terdapat dalam langkah 3. Hasil pembelajaran ini lebih kepada penglibatan atau penyertaan murid dalam aktviti P&P. Dalam aras ini pelajar dapat membina ayat tunggal dan ayat majmk berdasarkan gambar yang dibekalkan oleh guru dalam kumpulan. Seterusnya pelajar akan membentang hasil kerja mereka di dalam bilik darjah.AKTIVITI PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJARPembelajaran berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawap untuk apa-apa yang diajar dan bagaimana ia dipelajari. Pengajaran di mana tumpuan diberikan kepada pelajar dalam melaksanakan aktiviti pengajaran. Pelajar memiliki kebebasan untuk melakukan aktiviti bersama guru dan proses pembelajaran berbentuk penerokaan idea-idea dan konsep-konsep baru. Strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan pelajar bertanggungjawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka memahami bagaimana untuk belajar. Dalam Rancangan Pengajaran Harian Bahasa melayu Tahun 2 semua aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar. Dalam set induksi, guru bertindak sebagai fasilitator dan bertanggungjawab terhadap pelajar. Pelajar menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dalam set induksi. Ini menunjukkan aktiviti set induksi yang dirancang berpusatkan pelajar. Selain itu, dalam langkah pertama, guru hanya mengedarkan bahan bacaan tetapi pelajar membaca teks bacaan dengan sebutan intonasi yang betul dan dengan memakai kostum Sang Arnab dan Sang Kura-kura. Aktiviti ini juga mengambarkan pembelajaran berpusatkan pelajar. Seterusnya, dalam langkah kedua, aktiviti dirancang secara berkumpulan sepenuh-penuhnya berpusatkan pelajar. Pelajar akan dibahagikan dalam 2 kumpulan. Secara bergilir- gilir pelajar melukis gambar haiwan dan pelajar akhir akan meneka gambar haiwan yang terdapat dalam kad yang dibekalkan oleh guru. Aktiviti seterusnya iaitu langkah 3 terdiri daripada aktiviti kumpulan juga. Dalam aktiviti ini, pelajar akan membina Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk dalam kumpulan dan salah seorang pelajar murid akan membentang jawapan kumpulan di dalam bilik darjah. Ini menunjukkan aktiviti langkah 3 dirancang mengikut pembelajaran berpusatkan pelajar. Akhir sekali, dalam aktiviti penutup pelajar berbincang dengan guru dan menyatakan nilai-nilai murni yang mereka mempelajari semasa melakukan aktiviti P&P dan mengimbas kembali apa yang dibelajar sepanjang sesi pembelajaran. Ini menunjukkan segala aktiviti yang dirancang dalam Rancangan Pengajaran Bahasa Melayu Tahun 2 ini merupakan aktiviti pembelajaran berpusatkan pelajar. Saya memilih Teori Belajar Menurut Robert Gagne untuk membuat kit pembelajaran.Sebagaimana tokoh-tokoh lainnya dalam psikologi pembelajaran, Gagne berpendapat bahwa belajar dipengaruhi oleh pertumbuhan dan lingkungan, namun yang paling besar pengaruhnya adalah lingkungan individu seseorang.Lingkungan indiviu seseorang meliputilingkungan rumah, geografis,sekolah, dan berbagai lingkungan sosial. Berbagai lingkungan itulah yang akan menentukan apa yang akan dipelajari oleh seseorang dan selanjutnya akan menentukan akan menjadi apa ia nantinya.

Bagi Gagne, belajartidak dapat didefinisikan dengan mudah karena belajar itu bersifat kompleks.Dalam pernyataan tersebut, dinyatakan bahwa hasil belajar akan mengakibatkan perubahanpada seseorang yang berupa perubahankemampuan, perubahan sikap, perubahan minat atau nilai pada seseorang. Perubahan tersebut bersifat menetap meskipun hanya sementara.

Menurut Gagne, ada tiga elemen belajar, yaitu individu yang belajar, situasi stimulus, dan responden yang melaksanakan aksi sebagai akibat dari stimulasi. Selanjutnya, Gagne juga mengemukakan tentang sistematika delapan tipe belajar, sistematika lima jenis belajar, fase-fase belajar,implikasi dalam pembelajaran, serta aplikasi dalam pembelajaran.

MODAL PENGAJARAN YANG DIGUNAKANSaya merancang Rancangan Pengajaran ini berdasarkan Modal ASSURE. Rekabentuk model ini dipilih kerana model ini adlah untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunakan media pengajaran yang khusus untuk pengajaran berskala kecil seperti bilik darjah. Perancangan pengajaran dan pembelajaran akan jadi lebih baik dan berhasil apabila guru menjadikan model ini sebagai panduan pengajaran dalam situasi bilk darjah dan ditunjukan kepada setiap pelajar. Modal rancangan ini dibina secara sistematik bagi memastikan penggunaan alat dan bahan bantuan mengajar member kesan optimum dalam proses mencapai objektif yang ditetapkan bagi satu pengajaran dalam bilik darjah. Malah penyerapan penggunaan teknologi tersebut digunakan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kita perlu juga mengetahui tentang apa itu rancangan mengajar dan Model ASSURE. ASSURE yang direka bentuk adalah merangkumi enam elemem utama iaitu :

A=Analyse Learner (Analisis Pelajar )

S=State objective (Nyatakan objektif)

S=Select ,Modify or make media (Pilih Kaedah,Media dan Bahan)U=Utilise Media and Material (Gunakan Media dan Bahan)

R=Require Learner Participation (Dorong Penglibatan Pelajar)

E=Evaluate and Revise (Menilai dan Semak Semula)

Keenam enam elemen diatas akan menjadi satu rangkaian langkah berturutan di dalam rancangan pengajaran yang disediakan. Hubungan yang berkait antara satu sama lain menjadikan modal ASSURE ini satu rancangan yang mantap bagi satu sesi pengajaran.

Berikut adalah huraian rancangan pengajaran yang berpandukan setiap langkah yang dinyatakan dalam model ASSURE yang menyerapkan penggunaan teknologi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 2.

3.1Analyse Learner (Analisis Pelajar )

Analisis pelajar adalah penting sebelum merancang sesuatu rancangan pengajaran. Saya mengambil kira beberapa aspek sebelum membuat analisis para pelajar. Aspek pertama ialah ciri-ciri umum pelajar Iaitu termasuk umur,jantina, jumlah murid dalam kelas dan tajuk . Tajuk pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 adalah Mari Kenali Haiwan dari sukatan pelajaran Bahasa Melayu tahun 2. Pelajar yang dipilih adalah pelajar berumur 8 tahun. Kebanyakkan pelajar adalah pelajar-pelajar kampung maka mereka tajuk yang dilih adalah sesuai untuk mereka. Aspek kompetensi khusus peringkat masuk merupakan pengetahuan sedia ada kepada murid sebelum memulahkan pengajaran. Dari segi aspek ini pelajar saya adalah tergolong dalam kategori cemerlang . Mereka sudah menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik. Pelajar yang dipilih oleh saya sememangnya pernah melihat pelbagai jenis haiwan di zoo. Akhir sekali aspek stail/ gaya pembelajaran. Saya mendapati pelajar saya lebih cenderung kepada penggunaan ICT,benda-benda maujud,aktiviti berkumpulan dan aktiviti pengayaan. Oleh itu, saya merancang rancangan pengajaran ini menganalisis beberapa aspek aspek seperti berikut.

3.2State objective (Nyatakan objektif)

Objektif yang disediakan itu seharusnya realistic dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat pelajar. Perkara penting ialah guru tahu bagaimana hendak mempraktikkanya dan bagaimana objektif pengajaran boleh membantu guru untuk melaksanakan pengajaran yang berkesan. Saya memilih 2 objektif dalam rancangan pengajaran saya. Antaranya ialah :

Membaca teks dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul.Membina 3 ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar yang diberi dalam kumpulan.

Ketiga-tiga objektif ini sesuai dan dapat dilaksanakan dalam tempoh selama 40minit. Pelajar- pelajar saya sudah pun menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira dengan baik. Oleh itu, objektif yang dipilih adalah sesuai untuk tahap pelajar tahun 2 iaitu 8 tahun.

3.3Select ,Modify or make media (Pilih Kaedah,Media dan Bahan)Lazimnya dalam satu proses pengajaran banyak kaedah yang digunakan. Kaedah ini digunakan di setiap peringkat pengajaran secara berbeza-beza. Sebelum memulakan pengajaran set induksi dimulakan dengan simulasi,diikuti dengan demonstrasi,latihan dan latih tubi. Memilih kaedah- saya telah memilih beberapa kaedah yang akan digunakan dalam proses pengajaran iaitu dalam set induksi saya menggunakan kaedah simulasi untuk menarik minat pelajar dengan tayangan video dan sesi soal jawab, diikuti dengan kaedah demonstrasi membaca teks dialog dengan intonasi dan sebutan yang betul, permainan dan latihan dalam kumpulan untuk pelajar seperti dalam rancangan pengajaran harian ini.

Memilih media

-saya telah memilih video Rancangan Siti Moon teks bacaan, kad gambar untuk kaedah permainan, kostum haiwan untuk demonstrasi perbincangan, dan lembaran kerja sebagai penilaian dan pengukuhan. Memilih bahan

-saya memilih tayangan video untuk menarik minat pelajar saya diikuti dengan sesi soal jawap dalam set induksi. Saya juga menyediakan kostum arnab dan kura-kura untuk membaca teks bacaan dengan mengambil kira penglibatan murid dan keberkesanan pembelajaran.

Utilise Media and Material (Gunakan Media dan Bahan)Penggunaan media adalah penting supaya mesej yang hendak disampaikan dapat dipersepsikan dengan tepat oleh pelajar. Antara cara yang boleh dilaksanakan untuk menggunakan media dengan baik ialah, pertama beri gambaran awal tentang bahan yang digunakan, kemudian sediakan persekitaran yang sepadan untuk pengajaran yang menggunakan bahan yang dipilih, seterusnya sediakan pelajar menerusi set induksi atau penyataan objektif dan akhir sekali ialah sediakan pengalaman pembelajaran supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan dan diingati oleh pelajar. Berdasarkan rancangan pengajaran harian yang dibuat, media pengajaran yang digunakan sewaktu set induksi ialah tayangan video. Manakala sewaktu proses pengajaran kad gambar dan power point digunakan. Penggunaan bahan di sini merujuk kepada bahan-bahan pelbagai bentuk dan media;cetak;komputer;video; gambar dan lain-lain. Require Learner Participation (Dorong Penglibatan Pelajar)

Pada langkah kelima ialah penglibatan pelajar,dimana guru perlu memastikan pelajar turut terlibat dalam aktiviti pengajaranya. Aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan untuk pelajar ialah seperti kuiz, permaianan, aktiviti berkumpulan, latihan dan sebagainya. Dalam rancangan pengajaran saya, segala aktiviti yang dirancang oleh saya adalah dapat mewujudkan suasana untuk pelajar melibatkan diri dengan sepenuhnya kerana jumlah murid yang terdapat dalam kelas saya asalah kurang. Iaitu hanya 10 orangpelajar sahaja. Maka semua aktiviti soal jawab, bacaan teks dialog, permaianan, aktiviti kumpulan dan nyanyian yang dirancang dalam rancangan pengajaran saya dapat melibatkan semua murid yang terdapat dalam kelas tahun 2.Evaluate and Revise (Menilai dan Semak Semula)

Pada langkah keenam iaitu nilai dan semak, proses ini merupakan langkah terakhir dalam model ASSURE dimana penilaian dibuat sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Penilaian yang dibuat meliputi pencapaian pelajar berdasarkan kemahiran, sikap dan objektif. Jika pelajar dapat memahami menyebut apa yang yang dipelajari maka objektif pembelajaran itu telah tercapai. Contohnya sebelum pengajaran murid tidak mengetahui apa itu ayat tunggal dan ayat majmuk. Selepas proses pembelajaran murid dapat menyebut dan membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul. Untuk penilaian saya meminta murid menyebut aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran hari itu dan menyebut nilai-nilai yang mereka mempelajari melalui aktiviti tersebut. Saya menilai sama ada murid dapat mengimbas kembali aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan dalam pembelajaran hari itu.RUMUSAN

Model ASSURE ialah sebuah model rekabentuk pengajaran yang paling sesuai diaplikasikan di dalam bilik darjah yang memerlukan penggunaan media sebagai kaedah pengajaran. Melalui model ini, guru lebih yakin untuk menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran serta dapat memastikan objektif pengajaran dapat dicapai dengan jayanya. Ini adalah kerana di dalam model ini terkandung elemen-elemen penting seperti pernyataan media, analisis pelajar dan penilaian diambil kira sebelum proses pengajaran dilaksanakan.kesanya pengajarn yang dijalankan akan lebih efektif dan objektif pengajaran tercapai.