Upload
noorhana
View
264
Download
2
Embed Size (px)
DESCRIPTION
RANC PERNIAGAAN
Citation preview
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Nama : Norazni Rahayu Binti Mohd Ghazali
Kelas : Pendidikan Khas (Arif )
Matapelajaran : Kemahiran Hidup
Tarikh / Hari : 8 Disember 2009
Masa : 60 minit
Tajuk : 1.8 Menjalankan Projek
Keusahawanan
Kemahiran : 1.8.1 Projek jualan (Roti Bakar Berjem
Strawberry)
Bilangan Murid : 4 orang (disleksia)
1. Muhammad Fakhrudin B. Mohd
Noor
2. Siti Nurul Syahirah Binti Jamal
3. Norlina Ali
4. Lim Ai Ling
Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid telah mengetahui dan pernah
melihat peralatan memasak di dapur.
2. Murid pernah makan roti di kantin.
Gabungan Kemahiran : Muzik, Matematik dan K. Hidup
(Masakan ) .
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat :
1. Mengenal dan menyebut 2 daripada 3 bahan membuat roti bakar dengan
betul
2. Menyebut 2 daripada 3 peralatan untuk membuat Roti Bakar Berjem
Strawberry dengan betul dengan bimbingan guru.
3. Menjual Roti Bakar Berjem Strawberry yang telah dihasilkan dengan
bimbingan guru
4. Murid telah mengenal nilai wang RM 1 dan RM 5
Kemahiran Berfikir : Membanding beza
Penerapan Nilai : Kerjasama, ketelitian, kerajinan,
Kesungguhan.
LANGKAH ISI PELAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN
SET INDUKSI
( 5 minit)
- meneka kad gambar
makanan kepada
murid
-Guru meminta murid meneka
gambar yang berkaitan dengan
topik yang akan diajar iaitu
membuat dan menjual Roti
Bakar Jem Strawberry
- murid mengambil kad yang
digantung di hadapan mereka
- Murid menamakan beberapa
BBM :-Kad gambar (nasi, durian, nasi lemak, roti baker, ,ayam)- tali, penyepit.
Teknik-pemerhatian-soal jawab
-meminta murid
meneka gambar yang
ditunjukkan.
gambar makanan melalui kad
yang ditunjukkan oleh guru.
LANGKAH 1
( 10 minit )
- Menunjukkan bahan
untuk membuat
masakan (Roti Bakar
Jem Strawberry) :
-. Guru menyediakan bahan
untuk membuat Roti Bakar
Jem Strawberry yang mudah
iaitu :
Roti Jem Strawberry
Margerin (planta)
- meminta murid menyebut
bahan yang ditunjukkan oleh
guru.
Teknik
- soal-jawab
- menyebut
semula
BBM
-roti, jem, pembakar roti,
sudu, pinggan.
Penerapan Nilai :
- kesungguhan
- kerjasama
JemStrawberry
- Menunjukkan alatan
untuk membuat Roti
Bakar Jem Strawberry.
- Guru menunjukkan peralatan
yang digunakan untuk
membuat roti bakar iaitu :
Pembakar Roti
(Toaster)
Sudu
Pinggan
- meminta murid menyebut
peralatan yang digunakan
dengan bimbingan guru.
- soal jawab dengan murid
mengenai peralatan dan bahan
yang digunakan.
LANGKAH 2
( 20 minit )
-menunjukkan cara
menggunakan alat
pembakar roti :
Memasang plak
pembakar roti
Tentukan suhu
dan masa
membakar
roti.
Masukkan roti
- Guru memberi penerangan
mengenai cara menggunakan
alat pembakar roti kepada
murid.
-membuat tunjukcara membakar
roti kepada murid :
- Murid membakar roti secara
individu dan bergilir-gilir
Teknik
-tunjuk cara /
demonstrasi/
pemerhatian
BBM
- Alat pembakar roti , roti,
jem, pinggan sudu.
Nilai
-kesungguhan
keping
Tekan butang
pemanas ke
bawah.
Butang
pemanas akan
naik ke atas
menandakan
roti telah siap
dibakar.
-membuat tunjuk cara
menyapu jem ke atas
roti bakar.
Ambil roti yang
telah dibakar
Sapukan
setengah sudu
marjerin ke atas
roti
Sapukan 1 sudu
besar jem
strawberry
Letakkan
sekeping lagi
roti ke atas roti
yang telah
disapu jem
- Guru membuat tunjuk cara
menyapu jem strawberry
kepada murid
- Murid menyapu / meletakkan
setengah sudu marjerin dan
satu sudu besar jem
strawberry ke atas roti Bakar.
- Menyapu jem secara serentak
sambil dibimbing oleh guru.
-kuantiti roti yang disiapkan oleh
murid adalah sebanyak 20
keeping dan dihidang di atas
pinggan yang besar sebelum di
jual.
-kerjasama
-ketelitian
-kerajinan
Terapi;
-psikomoto halus dan
kasar
Langkah 3
( 5 minit )
Aktiviti murid :
menyanyikan “Rasa
Sayang-Roti Bakar”
“Rasa sayang hey..
Rasa sayang sayang
hey..
Hey lihat nona jauh
rasa sayang sayang
hey..
Kalau tuan pergi ke
pekan
Belikan saya sekeping
roti
Roti bakar sedap
dimakan
Dimakan dengan jem
strawberry“
- Murid menyanyikan lagu roti
bakar sambil dibimbing oleh
guru.
-menyanyikan secara beramai-
ramai.
-menepuk tangan sambil
menyanyi.
Teknik
-Nyanyian
-mengulang semula
BBM
- Lagu Rasa Sayang
Penyerapan Nilai
-Kerjasama
-yakin diri
Terapi ;
Muzik dan psikomoto
kasar/ Fisio.
Penutup
( 20 minit )
Pengukuhan
Aktiviti murid (Projek jualan) ; - Membuat aktiviti
jualan Roti
Bakar Berjem
Strawberry
- guru dan murid membuka
kaunter jualan roti bakar
tersebut di luar kelas semasa
waktu rehat.
- mengangkat sebuah meja dan
kerusi bersama murid
- Guru meminta murid
mengambil / menyediakan
plastik putih (bertangkai) untuk
membungkus roti
Teknik
-jual-beli / membanding
beza
BBM
Kalkulator
Wang
Kerusi
Meja
Roti bakar RM 1.00
- menyediakan wang kecil /
wang tukar untuk aktiviti
jualan.
- membuat label / tanda harga
roti bakar (RM 1.00)
- Mengira hasil jualan bersama
murid.
Nilai
-kesungguhan
-yakin diri
-kerjasama
Terapi ;
terapi cara kerja
Terapi Fisio.
Refleksi guru :
Ulasan Pensyarah :
Teori Pembelajaran Sosial Bandura
Saya memilih teori pembelajaran Pembelajaran Sosial Bandura pada peringkat
langkah ke dua dan ketiga kerana aktiviti keempat menekankan tentang aktiviti
pemerhatian , tunjukcara oleh guru, amali oleh murid membuat roti bakar dan
mengingat semula apa yang diajar oleh guru. Contohnya seperti aktiviti
pemerhatian terhadap bahan dan alatan membuat roti bakar, meniru atau
membuat semula proses membuat roti bakar yang ditunjukkan guru serta soal-
jawab tentang bahan dan alatan membuat roti bakar. Pada langkah ketiga juga
ditekankan tentang aspek pemerhatian dan peniruan. Apabila murid
menyanyikan lagu Rasa Gembira, murid memerhati dan meniru aksi guru
menyanyi dan menepuk tangan.
Albert Bandura mempekenalkan Teori Pembelajaran Sosial iaitu
pembelajaran berlaku melalui proses peniruan. Bandura berpendapat, kita
belajar melalui pemerhatian dan meniru orang lain. Bandura berpendapat :
1- Pembelajaran dan tingkahlaku manusia bergantung kepada pemerhatian
seseorang individu itu terhadap individu lain atau model simbolik seperti
televisyen dan sebagainya.
2- Peniruan selalunya diteguhkan.
3- Pembelajaran pemerhatian juga diterangkan melalui prinsip pelaziman
klasik. Oleh yang demikian, Teori Pembelajaran Sosial Bandura
menekankan pembelajaran kognitif dan juga pengaruh persekitaran dalam
perkembangan.
Pada pendapat saya, Teori Pembelajaran Sosial Oleh Bandura ini amat
bersesuaian pada langkah kedua dan ketiga ini adalah kerana proses
pembelajaran melalui pemerhatian dan peniruan dapat difahami melalui empat
langkah iaitu :
1-Proses memerhati
Kanak-kanak tidak akan meniru model yang bukan melalui
pemerhatian mereka. Samada kanak-kanak akan memerhati atau
tidak, bergantung kepada karektoristik dan tingkahlaku model yang
dilihat. Model yang selalu ditiru dan diperhatikan adalah rakan
sebaya, orang berpengaruh, popular berkuasa dan sebagainya.
Proses pemerhatian ini bergantung kepada samada tingkahlaku itu
dapat dibezakan ataupun tidak. Keupayaan motor, persepsi dan
kognitif pemerhati juga penting dan menetukan samada proses
pemerhatian berlaku atau pun tidak.
2- Kebolehan mengingat
Ini bermakna tingkahlaku yang diperhatikan akan dikod, didaftar
dan disimpan dalam ingatan.
3- Proses produksi
Bagi proses peniruan yang berkesan, pemerhati (kanak-kanak)
mestilah berupaya menterjemah apa yang disimpan di dalam
ingatan tadi kepada tingkahlaku yang nyata.
4- Motivasi
Akhirnya, dalam pembelajaran pemerhatian, kanak-kanak mestilah
ada motivasi yang secukupnya untuk menunjukkan tingkah laku
yang tertentu.
Aplikasi Teori Sosial Bandura Di dalam Bilik Darjah
1. Guru hendaklah menunjukkan contoh, hasil tangan, atau kemahiran-
kemahiran tertentu untuk ditiru oleh pelajar.
2. Guru perlu menjadi modelyang terbaik di kalangan pelajar kerana perlu
dicontohi oleh pelajar yang merangkumi semua aspek.
3. Disamping model hidup, pelajar juga belajar daripada gambar, video dan
tayangan filem.
4. Teori ini dapat menyumbangkan teknik tingkah laku yang tidak diingini
kepada yang diingini.
5. Teori juga menyumbang kepada teknik pengajaran seperti main peranan
dan simulasi.
Oleh itu, Teori ini sesuai digunakan dan diaplikasikan di dalam sesi
Pengajaran dan Pembelajaran murid di dalam kelas.