25
TAJUK ORGANISASI DAN KESELAMATAN BENGKEL STANDARD KANDUNGAN 1.1 Mengenal pasti struktur organisasi bengkel 1.2 Mengenal pasti peraturan dan keselamatan bengkel STANDARD PEMBELAJARAN 1.1.1 Menyatakan struktur organisasi bengkel berpandukancarta. 1.1.2 Menyediakan jadual tugas berpandukan struktur organisasi bengkel. 1.2.1 Menyatakan peraturan dan keselamatan am, diri, alatan & bahan berpandukan carta. 1.2.2 Mengamalkan peraturan dan keselamatan ketika berada di dalam bengkel berpandukan peraturan keselamatan. OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Menyediakan struktur organisasi bengkel. 2. Menyatakan cara menyimpan alatan dan bahan denganselamat. 3. Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti. RINGKASAN Murid dapat mengenal pasti dan menyediakan strukturorganisasi bengkel serta dapat mengamalkan peraturan dan keselamatan bengkel. KEMAHIRAN 1. Boleh berperanan dalam organisasi. 2. Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti. EMK 1. Keusahawanan(EK5) – Prinsip tanggungjawab sosial 2. Nilai murni – berdisiplin dan mematuhi peraturan BBB Carta keselamatan,Kotak pertolongan cemas, Alat pemadam api,Apron,Panel alatan. AKTIVITI Set Induksi -Guru menceritakan kepentingan untuk melantik seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi. -Pemimpin sebagai contoh teladan kepada organisasi. Langkah 1 1. Guru menunjukkan satu contoh carta organisasi bengkel dan menerangkan tugas-tugas bagi setiap jawatan seperti fomen, penolong fomen dan ketua kumpulan. (Rujuk 2.1) 2. Murid memilih fomen dan penolong fomen. 3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.Setelah itu, setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua. ( HOTS – mengabungkan idea dengan menggunakan pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan idea ) Langkah 2 1. Guru mengagihkan tugasan di bengkel seperti menyapu sampah, menyusun kerusi dan meja, memadam papan hitam dan menyusun alatan tangan berpandukan kumpulan yang telah ditetapkan. (Rujuk 2.1) 2. Guru mengedarkan lembaran peraturan dan keselamatan. (Rujuk 2.2 dan 2.3) 3. Guru menerangkan peraturan dan keselamatan am, diri, alat

Rph Rbt Tahun 4 (Tampal Buku)

  • Upload
    casbenx

  • View
    195

  • Download
    4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

CNCN

Citation preview

TAJUKORGANISASI DAN KESELAMATAN BENGKEL

STANDARDKANDUNGAN1.1 Mengenal pasti struktur organisasi bengkel1.2 Mengenal pasti peraturan dan keselamatan bengkel

STANDARDPEMBELAJARAN

1.1.1 Menyatakan struktur organisasi bengkel berpandukancarta.1.1.2 Menyediakan jadual tugas berpandukan struktur organisasi bengkel.1.2.1 Menyatakan peraturan dan keselamatan am, diri, alatan & bahan berpandukan carta.1.2.2 Mengamalkan peraturan dan keselamatan ketika berada di dalam bengkel berpandukan peraturan keselamatan.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. Menyediakan struktur organisasi bengkel.2. Menyatakan cara menyimpan alatan dan bahan denganselamat.3. Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti.

RINGKASAN

Murid dapat mengenal pasti dan menyediakan strukturorganisasi bengkel serta dapat mengamalkan peraturan dan keselamatan bengkel.

KEMAHIRAN

1. Boleh berperanan dalam organisasi.2. Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan aktiviti.

EMK1. Keusahawanan(EK5) Prinsip tanggungjawab sosial2. Nilai murni berdisiplin dan mematuhi peraturan

BBBCarta keselamatan,Kotak pertolongan cemas, Alat pemadam api,Apron,Panel alatan.

AKTIVITISet Induksi-Guru menceritakan kepentingan untuk melantik seorang pemimpin dalam sesebuah organisasi.-Pemimpin sebagai contoh teladan kepada organisasi.Langkah 11. Guru menunjukkan satu contoh carta organisasi bengkel dan menerangkan tugas-tugas bagi setiap jawatan seperti fomen, penolong fomen dan ketua kumpulan. (Rujuk 2.1)2. Murid memilih fomen dan penolong fomen.3. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.Setelah itu, setiap kumpulan dikehendaki melantik seorang ketua. ( HOTS mengabungkan idea dengan menggunakan pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan idea )Langkah 21. Guru mengagihkan tugasan di bengkel seperti menyapu sampah, menyusun kerusi dan meja, memadam papan hitam dan menyusun alatan tangan berpandukan kumpulan yang telah ditetapkan. (Rujuk 2.1)2. Guru mengedarkan lembaran peraturan dan keselamatan. (Rujuk 2.2 dan 2.3)3. Guru menerangkan peraturan dan keselamatan am, diri, alat dan bahan serta meminta murid untuk menampalkan ke dalam buku latihan.4. Guru menerangkan kepentingan peti pertolongan cemas dan alat pemadam api. (Rujuk 2.6)Penutup-Guru membuat rumusan tentang pelajaran hari ini dan memberi penghargaan kepada murid yang dapat melengkapkan tugasan yang diberi.

PENILAIAN PDP1. Guru mengedarkan satu lampiran struktur organisasi bengkel yang kosong kepada setiap murid untuk dilengkapkan.2. Murid menyenaraikan jenis-jenis tugasan di dalam bengkel.

REFLEKSI

TAJUK2.0 ASAS TEKNOLOGI

STANDARDKANDUNGAN2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi

STANDARDPEMBELAJARAN

2.1.1Membaca dan memahami manual.2.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk memasang dan membuka kit model seperti pemutar skru mata rata, pemutar skru Philip, playar muncung tirus dan sepana hujung terbuka. 2.1.3 Mengenal pasti nama dan fungsi komponen kit model seperti motor, gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. Membaca manual dengan betul.2. Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan dengan betul.3.Menyatakan nama dan fungsi komponen kit model.

RINGKASAN

Murid dapat membaca manual, mengenalpasti nama dan fungsi alatan tangan serta komponen kit model.

KEMAHIRAN

1.Membaca manual.2. Menggunakan alatan dengan betul

EMK1.Keusahawanan (EK4) pengetahuan teknologi2. Kreativiti menggunakan kaedah atau prosedur dengan mengenal pasti ciri-ciri yang betul3. Nilai murni bekerjasama, cermat dan bersungguh-sungguh

BBBKit model,Manual,Carta,Alatan tangan.

AKTIVITISet InduksiGuru mempamerkan kit model yang telah siap dipasangkepada murid. Langkah 11. Guru mengedarkan kit model kepada setiap kumpulan.2. Murid membaca dan memahami manual kit model dengan bimbingan guru. ( HOTS mentafsir ) Langkah 21. Murid menyatakan nama, fungsi dan cara menggunakan alatan tangan dengan bimbingan guru.2. Murid menyatakan nama dan fungsi komponen kit model seperti motor, gear, gandar, roda, kerangka, suis dan pemegang bateri dengan bimbingan guru. PenutupMurid dan guru bersama-sama menyanyikan lagu Papaku Pulang dari Kota.

PENILAIAN PDPGuru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan seperti lampiran.

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid telah mempelajari berkaitan dengan kit model dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.

REFLEKSI

TAJUK2.0 ASAS TEKNOLOGI

STANDARDKANDUNGAN2.1 Memasang dan membuka kit model berfungsi

STANDARDPEMBELAJARAN

2.1.4 Memasang komponen kit model berpandukan manual.2.1.5 Menguji kefungsian kit model.2.1.6 Membuka dan menyimpan komponen kit model.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. Memasang komponen kit model berpandukan manual dengan betul.2. Menguji kefungsian kit model.3. Menyatakan cara yang betul untuk membuka dan menyimpan kit model.

RINGKASANMurid dapat memasang, membuka dan menyimpan kit model.

KEMAHIRAN

1.Membaca manual.2. Menggunakan alatan dengan betul3. Memasang, membuka dan menyimpan kit model dengan betul.

EMK1.Keusahawanan (EK5) mengamalkan nilai moral dan beretika.2. Kreativiti boleh mengendalikan komponen dengan selamat.3. Nilai murni - bekerjasama, berhati-hati dan bertanggungjawab

BBBKit model, Manual, Alatan tangan.

AKTIVITISet Induksi1. Guru menunjukkan kit model yang berfungsi kepada murid.2.Guru mengedarkan satu set kit model kepada setiap individu / kumpulan.Langkah1. Murid membaca manual yang telah dibekalkan. Murid melakukan aktiviti memasang kit model berpandukan manual secara individu / berkumpulan. 2. Murid menguji kit model yang telah dipasang dan membuapembaikan sekiranya tidak berfungsi. ( HOTS menggabung idea dengan menggunakan pemikiran yang kreatif untuk menghasilkan idea ) PenutupMurid membuka dan menyimpan kit model. Guru memberi penghargaan kepada kumpulan yang berjaya memasang kmodel.

PENILAIAN PDP1.Guru menilai kit model yang telah siap dipasang.2. Guru mengedarkan lembaran kerja untuk dilengkapkan.

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid telah mempelajari berkaitan dengan kit model dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.

REFLEKSI

TAJUK3.0 REKA BENTUK

STANDARDKANDUNGAN3.1 Mereka bentuk projek eksperimental

STANDARDPEMBELAJARAN

3.1.1 Menyatakan masalah berpandukan situasi yang diberi3.1.2 Mengumpul maklumat berkaitan penyataan masalah3.1.3 Menjana idea kreatif dalam bentuk lakaran bagi menyelesaikan masalah.3.1.4 Memilih satu lakaran untuk projek eksperimental.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1. Mengenal pasti masalah daripada situasi diberi guru.2.Mengumpul maklumat daripada masalah yang dinyatakan.3. Menghasilkan lakaran penjanaan idea.4. Memilih lakaran bagi projek eksperimental.

RINGKASANMurid akan dapat mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, menghasilkan lakaran penjanaan idea dan melakaran projek eksperimental.

KEMAHIRANMengumpulkan maklumat, Membuat lakaran.

EMK1.Keusahawanan (EK2) Boleh menyenarai dan mengumpul maklumat.2. Kreativiti dan inovasi Boleh memberi banyak idea. 3.Nilai murni Daya usaha

BBBKetulan ais, Gambar produk sedia ada

AKTIVITISet Induksi-Guru meletakkan seketul ais yang berada dalam bekas di atas meja.-Murid diminta memerhatikan ais tersebut. -Guru menunjukkan gambar berkaitan bongkah ais.Langkah 1-Guru bertanya kepada murid apakah perubahan fizikal yang akan berlaku kepada ais pada suhu bilik.- Murid melakukan sesi sumbang saran untuk mendapatkan maklumat penyelesaian masalah. (HOTS menilai)Langkah 2-Guru meminta murid melakukan proses penjanaan idea dengan menghasilkan beberapa lakaran.-Murid membuat lakaran dan memilih lakaran terbaik sebagai projek eksperimental. (HOTS merekacipta)Penutup-Murid membuat rumusan tentang aktiviti yang telah dijalankan..

PENILAIAN PDPSemua murid dapat membuat beberapa lakaran berdasarkan masalah yang diberikan

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid telah didedahkan dengan asas sains dan teknologi semasa belajar mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.

REFLEKSI

TAJUK3.0 REKA BENTUK

STANDARDKANDUNGAN3.1 Mereka bentuk projek eksperimental

STANDARDPEMBELAJARAN3.1.5 Mengenal pasti jenis alatan dan bahan berdasarkan projek eksperimental.3.1.6 Membina, menguji dan menambah baik projek eksperimental.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Mengenal pasti jenis alatan dan bahan yang digunakan.2. Membina projek eksperimental dengan menggunakan alatan dan bahan yang telah disenaraikan.3. Membuat pengujian pada projek eksperimental yang telah dihasilkan.4. Membuat penambahbaikan projek.

RINGKASANMurid dapat menghasilkan projek eksperimental berdasarkan alatan dan bahan yang digunakan.

KEMAHIRAN

1.Membina projek eksperimental daripada bahan dan peralatan yang telah disenaraikan.2. Menganalisis projek eksperimental daripada pengujian projek.

EMK1.Keusahawanan (EK4) membina projek eksperimental2.Kreativiti dan inovasi 3. Nilai murni Berhati-hati

BBBBahan sebenar peralatan dan bahan yang telah disenaraikan.

AKTIVITISet InduksiGuru bertanyakan kepada murid alatan tangan yang pernah mereka lihat di rumah. Setelah itu, guru membuat imbasan semula mengenai lakaran pilihan yang telah dipilih murid pada pdp yang lalu.Langkah 1-Murid menyenaraikan peralatan dan bahan yang sesuai dengan lakaran yang telah dipilih untuk menghasilkan projek eksperimental.-Murid menyediakan bahan dan peralatan yang akan digunakan dengan bimbingan guru.Langkah 2-Murid membina dan menguji projek eksperimental dengan bantuan dan pemantauan guru.-Murid menganalisis daripada ujian yang dijalankan dan melakukan penambahbaikan jika perlu. (HOTS membina dan menguji)PenutupMurid membuat rumusan tentang aktiviti yang telah dijalankan.

PENILAIAN PDP1.Semua murid dapat menggunakan peralatan dan bahan untuk menghasilkan projek eksperimental dengan carayang betul. 2.Murid dapat menguji projek eksperimental dan membuat penambahbaikan.

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid pernah melihat alatan dan bahan yang digunakan pada projek eksperimental ini.

REFLEKSI

TAJUK3.0 REKA BENTUK

STANDARDKANDUNGAN3.1 Mereka bentuk projek eksperimental

STANDARDPEMBELAJARAN

3.1.7 Membuat persembahan projek eksperimental secara lisan.3.1.8 Mengumpulkan catatan dan lakaran mengenai projek eksperimental sebagai dokumentasi projek.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPadaakhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Membuat persembahan projek secara lisan.2. Mengumpulkan catatan dan lakaran mengenai projek eksperimental sebagai dokumentasi projek.

RINGKASANMurid dapat mendokumentasi dan mempersembahkan projek eksperimental yang telah dibuat.

KEMAHIRANBerkomunikasi secara berkesan, Mendokumentasikan projek.

EMK1. Keusahawanan (EK1) berkomunikasi dengan baik.2. Kreativiti dan inovasi.3. Nilai murni mengamalkan keselamatan4. TMK menggunakan perisian persembahan

BBBBahan sebenar ais, Projek eksperimental yang dibina

AKTIVITISet Induksi-Guru membuat imbasan semula mengenai projek eksperimental yang telah dipilih dan dibina oleh murid padasesi pengajaran dan pembelajaran yang lalu.Langkah 1Murid bersedia dengan projek eksperimental dan bahan dokumentasi yang telah dibuat untuk sesi persembahan projek.Langkah 2-Murid mempersembahkan hasil projek masing-masing secara lisan.-Murid diberi galakan dan bimbingan untuk bersoal jawab dengan rakan mereka yang membuat persembahan.(HOTS menilai idea)Langkah 3Murid mengumpulkan catatan dan lakaran mengenai projek eksperimental yang telah dibuat sebagai dokumentasi projek.PenutupMurid membuat rumusan tentang aktiviti yang telah dijalankan.

PENILAIAN PDPPenilaian adalah berdasarkan hasil projek yang dibina, sesi persembahan projek dan bahan dokumentasi yang dikumpulkan.

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid pernah dilatih untuk berkomunikasi dengan baik.

REFLEKSI

TAJUK4.0 PENGHASILAN PROJEK

STANDARDKANDUNGAN4.1Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik.

STANDARDPEMBELAJARAN

4.1.1 Mengenal pasti projek berpandukan manual4.1.2 Menyatakan bahan bukan logam yang akan digunakan seperti kayu, papan lapis, medium-density fibreboard (MDF), plastic dan mounting board. 4.1.3 Membuat anggaran kos bahan dan komponen.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Membaca manual dengan betul.2. Menyatakan bahan bukan logam berdasarkan manual yang diberi.3. Menentukan kos bahan dan komponen.

RINGKASANMurid dapat memahami manual, menentukan bahan dan kos.

KEMAHIRAN

1. Boleh membaca manual.2. Mengenal pasti bahan yang akan digunakan.3. Membuat anggaran kos berdasarkan maklumat guru.

EMK1.Keusahawanan EK1 - Boleh mencipta sesuatu EK3 Membuat anggaran kos 2. Kreativiti dan Inovatif menjana idea3. Nilai murni boleh berkomunikasi dengan baik

BBBAlatan tangan, Bahan berkaitan, Gambarajah projek

AKTIVITISet induksi-Guru bersoal jawab dengan murid mengenai kemudahan pencahayaan di rumah.-Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk projek yang akan dibuat iaitu lampu tidur.Langkah 1- Murid dikehendaki membaca manual dengan bimbingan guru. (Rujuk lampiran 1) - Murid mengenalpasti bahan utama projek.Langkah 2 - Guru menerangkan jenis-jenis bahan bukan logam: kayu, papan lapis, medium-density fibreboard (MDF),Plastic dan mounting board. (Lampiran 2) Langkah 3- Guru memberikan maklumat kos bahan mengikut harga semasa.- Guru menerangkan kaedah mengira kos .(Rujuk lampiran 3)- Murid membuat anggaran kos dengan cara yang betul. (HOTS menganggarkan kos) Penutup- Murid membuat rumusan tentang pelajaran pada hari ini dengan bimbingan guru.

PENILAIAN PDPMurid pernah mempelajari bahan bukan logam dalam mata pelajaran Dunia Sains dan Teknologi.

PENGETAHUANSEDIA ADAPenilaian secara lisan dilakukan pada akhir tajuk semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

REFLEKSI

TAJUK4.0 PENGHASILAN PROJEK

STANDARDKANDUNGAN4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik.

STANDARDPEMBELAJARAN

4.1.4 Menyatakan nama dan fungsi alatan tangan yang digunakan untuk membina projek iaitu pita pengukur, pembaris keluli, sesiku L, pensel tukang kayu, gunting serba guna, gergaji puting, gergaji rencong manual (manual mitre saw), apit G, gerudi mudah alih, gerimit, tukul Warrington, tukul kuku kambing, pemotong sisi dan pelucut wayar. 4.1.5 Menyatakan bahan pengikat dan pencantum seperti paku, skru, glu, bol dan nat.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPadaakhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1.Menyatakan nama dan fungsi alat tangan iaitu pita pengukur, pembaris keluli, sesiku L, pensel tukang kayu, gunting serba guna, gergaji puting, gergaji rencong manual (manual mitre saw), apit G, gerudi mudah alih, gerimit, tukul warrington, tukul kuku kambing, pemotong sisi dan pelucut wayar. 2. Menyatakan bahan pengikat dan pencantum seperti paku, skru, glu, bol dan nat.

RINGKASANMurid dapat menyatakan nama dan fungsi alat tangan dan memahami bahan pengikat dan pencantum seperti paku, skru,glu, bol dan nat.

KEMAHIRAN

1.Boleh menggunakan semua alatan tangan dengan cara yang betul.2. Membezakan penggunaan bahan pengikat dan pencantum.

EMK1.Keusahawanan (EK4) Pengetahuan tentang teknologi 2. Nilai murni - Bertanggungjawab

BBBAlatan tangan, Bahan , Gambarajah projek

AKTIVITISet induksi1. Guru mempamerkan beberapa alat tangan di atas meja.2. Guru bertanya kepada murid bagaimana cara memotong wayar dan alat tangan yang manakah paling sesuai.Langkah 11.Murid dengan bimbingan guru menyediakan alatan tangan di atas meja.2. Murid meyatakan nama serta fungsi alatan tangan. Langkah 21.Murid menggunakan alatan tangan dengan teknik yang betul bersama bahan yang disediakan.2. Guru membimbing murid yang menghadapi masalah dalam penggunaan alatan tangan.Langkah 31.Guru menerangkan bahan pengikat dan pencantum serta kegunaannya.2. Murid menyatakan contoh bahan pengikat dan pencantum.Penutup1.Murid dengan bimbingan guru merumus kembali pelajaran pada hari ini. 2. Murid menjawab soalan dari lembaran kerja.

PENILAIAN PDP1.Guru menyediakan soalan latihan (lampiran 1 dan 2)2. Murid boleh menjawab secara lisan atau bertulis.

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid telahdiperkenalkan kepada peralatan dan bahan semasa di rumah.

REFLEKSI

TAJUK4.0 PENGHASILAN PROJEK

STANDARDKANDUNGAN4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik

STANDARDPEMBELAJARAN4.1.6 Menyediakan alatan dan bahan.4.1.7 Mengukur, menanda dan memotong bahan yang digunakan untuk membuat projek.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Menyediakan alatan dan bahan berpandukan manual2. Mengukur, menanda dan memo tong bahan denga kaedah yang betul dan ukuran yang tepat.

RINGKASANMurid dapat menyediakan bahan dan alatan untuk melakukan aktivitimengukur, menanda dan memotong bahan dengan cara yang betul.

KEMAHIRAN

1.Mengenalpasti bahan dan alatan tangan2. Mengukur dengan tepat menggunakan pembaris keluli dan pita ukur.3. Menanda garisan bersudut tepat menggunakan sesiku L. 4. Memotong kayu dengan tepat menggunakan gergaji puting / gergaji rencong manual.

EMK1.Keusahawanan (EK 1) - Berorientasikan Pencapaian2. Kreativiti dan Inovatif3. Nilai Murni mengamalkan langkah keselamatan

BBBPita mengukur, Pembaris keluli, Sesiku L, Gergaji putting, Gergaji rencong manual, Kayu beroti, Pensel, Carta berkaitan

AKTIVITISet induksiGuru menggunakan pengetahuan sedia ada murid berkaitan alatan tangan pada pelajaran yang lepas.Langkah 11. Murid merujuk kepada manual untuk menyediakan bahan pada yang dikehendaki.2. Murid menyenaraikan alatan dan bahan yang diperlukan untuk membuat projek.Langkah 21. Murid menyediakan alatan dan bahan yang diperlukan.2. Murid melakukan aktiviti mengukur kayu menggunakan pembaris keluli/pita ukur.3. Murid menanda garis bersudut tepat menggunakan sesiku L.(HOTS mengaplikasi)4. Guru menunjukkan cara memotong kayu dengan menggunakan gergaji putting/gergaji rencong manual5. Murid melakukan kerja memotong pada kayu yang telah ditanda.PenutupGuru membuat rumusan pada semua hasil kerja murid -Penyelenggaraan bengkel murid membersihkan bengkel, menyimpan, membersihkan alatan dan menyimpan bahan projek. Nota:Guru boleh mengumpulkan bahan murid untuk disambung pada sesi pengajaran dan pembelajaran akan datang

PENILAIAN PDPGuru menyediakan lembaran kerja pada murid.

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid sudah mempelajari kemahiran proses sains iaitu mengukur menggunakan nombor dalam matapelajaran Dunia Sains dan Teknologi.

REFLEKSI

TAJUK4.0 PENGHASILAN PROJEK

STANDARDKANDUNGAN4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik.

STANDARDPEMBELAJARAN4.1.8 Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan pencantum.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPadaakhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Memasang bahan projek menggunakan pengikat dan pencantum.

RINGKASAN-Murid dapat mengenali dan memasang bahan pengikat dan pencantum.

KEMAHIRAN-Memasang pengikat dan pencantum dengan kemas.

EMK1.Keusahawanan EK 4- Merancang sesuatu projek dengan teliti2.Kreativiti dan inovatif boleh mencipta.3. Nilai murni - bekerjasama dan bersabar.

BBBBahan pengikat dan pencantum, Manual projek

AKTIVITISet induksi1. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai cara-cara sesuatu projek itu dibina.2. Guru mencungkil pengetahuan murid berkaitan dengan bahan pengikat dan pencantum.Langkah 11. Guru menunjuk dan menerangkan nama bahan pencantum seperti paku, skru, glu, bolt dan nat kepada murid sebagai mengimbas kembali tajuk yang lepas. 2. Guru menunjukkan contoh cantuman tersebut yang terdapat di dalam bengkel.Langkah 21.Guru menunjukkan cara membuat cantuman mengikut jenis bahan.2. Murid membuat proses cantuman kayu dengan menggunakan paku panel. (HOTS mengaplikasi)PenutupMurid membuat rumusan dan penilaian dengan bimbingan guru. Penyelengaraan bengkel murid membersihkan bengkel, menyimpan dan membersihkan alatan, menyimpan bahan projek.

PENILAIAN PDPGuru menyediakan lembaran kerja pada murid (lihat lampiran 2)

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid sudah mempel ajari kemahiran manipulatif dalam mengguna dan mengendalikan peralatan dengan selamat.

REFLEKSI

TAJUK4.0 PENGHASILAN PROJEK

STANDARDKANDUNGAN4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dengan litar elektrik.

STANDARDPEMBELAJARAN4.1.9 Membuat kemasan projek menggunakan bahan iaitu cat sembur atau pelekat.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPadaakhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Membuat kemasan projek menggunakan cat sembur dengan cara yang betul.2. Membuat kemasan menggunakan pelekat dengan kemas.

RINGKASANMurid boleh membuat kerja kemasan dengan betul

KEMAHIRAN

1. Mengecat dengan cat sembur2. Membuat kemasan menggunakan pelekat.

EMK1.Keusahawanan EK3 - Melaksana projek mengikut langkah-langkah yang telah disediakan. - Daya kreativiti dan inovasi.2. Nilai murni - Kerjasama, kebersihan, jimat cermat

BBBCat sembur, Pelekat

AKTIVITISet Induksi1. Guru menunjukkan contoh projek yang telah siap tetapi berbeza cara kemasannya.2. Guru dan murid bersoaljawab kepentingan membuat kemasan.Langkah 11. Guru membuat tunjuk cara tentang penggunaan cat sembur dan pelekat. 2. Murid menggunakan kertas las untuk melicinkan permukaan kayu.(HOTS aplikasi)3.Bersihkan permukaan kayu daripada habuk dan kotoran.Langkah 21. Murid melakukan kemasan menggunakan cat semburan atau pelekat pada permukaan projek. (HOTS merekacipta) 2. Murid menampal pelekat pada projek mengikut kreativiti.PenutupMurid membuat rumusan pada hasil kerja.

PENILAIAN PDPMurid menjawab latihan pengukuhan.

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid pernah mewarna lukisan atau mengecat rumah.

REFLEKSI

TAJUK4.0 Penghasilan Projek

STANDARDKANDUNGAN4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dan litar elektrik

STANDARDPEMBELAJARAN

4.1.10 Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen elektrik iaitu mentol, bateri dan suis.4.1.11 Membuat penyambungan litar elektrik.4.1.12 Membaca litar skematik dan litar bergambar berdasarkan manual.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Menyatakan nama, simbol dan fungsi komponen.2. Membuat penyambungan litar.3. Membaca litar skematik dan litar bergambar.

RINGKASANMurid dapat mengenal komponen elektrik serta boleh memasang litar berdasarkan litar skematik dan litar bergambar.

KEMAHIRAN

1.Menggunakan alatan tangan dengan betul.2.Memasang komponen elektrik pada litar.

EMK1.Keusahawanan EK1 - Berdaya tahan - Kesanggupan belajar daripada kesilapan.2. Nilai murni - Berhati-hati, Kerjasama, Kebersihan

BBBLitar skematik dan litar bergambar, Alatan tangan yang berkaitan, Bahan yang berkaitan projek

AKTIVITISet Induksi1. Menunjukkan lampu suluh kepada murid. 2. Bersoal jawab dengan murid tentang lampu suluh dan komponen yang terdapat pada lampu suluh. Langkah 11. Guru menyatakan nama, fungsi dan simbol komponen elektrik . 2. Guru menunjuk cara pemasangan litar kepada murid.Langkah 2 1. Murid memahami litar bergambar penyambungan litar elektrik.2. Murid menyediakan bahan dan alatan.3. Murid membuat penyambungan litar. (HOTS merekacipta)Langkah 31. Menyemak sambungan litar.(HOTS menilai)2. Menguji kefungsian litar (HOTS menilai) 3. Membuat penambahbaikan jika perluPenutup1. Mengemas dan menyimpan alatan dan bahan.

PENILAIAN PDPGuru menyediakan beberapa soalan berkaitan dengan litar elektrik. (Sila rujuk lembaran kerja)

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid pernah menggunakan lampu suluh.

REFLEKSI

TAJUK4.0 Penghasilan Projek

STANDARDKANDUNGAN4.1 Menghasilkan projek berasaskan bahan bukan logam dan litar elektrik

STANDARDPEMBELAJARAN

4.1.13 Membuat penyambungan litar elektrik pada projek4.1.14 Menguji kefungsian projek.4.1.15 Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Membuat penyambungan litar2. Menguji kefungsian litar3. Membuat penyelenggaraan dan penyimpanan peralatan

RINGKASANMurid boleh menyambung litar berdasarkan litar skematik dan litar bergambar pada projek dengan betul.

KEMAHIRAN

1. Menggunakan alat tangan dengan betul.2. Menyambung litar pada projek.

EMK-Keusahawanan EK1 - Berani mengambil risiko - Kesanggupan belajar daripada kesilapan.-Nilai murni - bekerjasama - jimat cermat - mengutamakan kebersihan - bertanggungjawab

BBBLukisan skematik dan litar bergambar, Alatan tangan yang berkaitan, Bahan yang berkaitan

AKTIVITISet Induksi1. Guru menunjukkan pelbagai bentuk lampu tidur kepada murid. 2.Guru bersoal jawab tentang penggunaannya kepada murid.Langkah1. Guru menunjukkan contoh projek yang telah siap dibina kepada murid.2. Guru menunjukkan pada murid cara pemasangan litar projek lampu kecemasan.Langkah 21. Murid memahami litar bergambar bagi pemasangan litar elektrik pada projek berpandukan manual. (HOTS merekacipta) 2.Murid menyediakan bahan dan alatan.3. Murid membuat pemasangan litar pada projek. (HOTS- menilai) Langkah 31. Murid menyemak sambungan litar.2. Murid menguji kefungsian litar. (HOTS- menilai) 3. Murid membuat pembaikan jika perluPenutup 1. Murid membuat rumusan berkaitan aktiviti pada hari ini.2. Murid mengemas dan menyimpan alatan dan bahan.

PENILAIAN PDPGuru menyediakan beberapa soalan berkaitan dengan litar elektrik. (Sila rujuk lembaran kerja)

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid pernah melihat dan menggunakan lampu meja.

REFLEKSI

TAJUK6.0 SAINS RUMAHTANGGA

STANDARDKANDUNGAN6.1Menghasilkan Artikel Jahitan

STANDARDPEMBELAJARAN

6.1.1Menyatakan artikel jahitan dan kegunaannya seperti beg pensel, sarung kusyen, kusyen mini dan penggantung surat.6.1.2 Mengenal pasti alatan jahitan iaitu gunting kertas, gunting fabrik, pembaris lurus, pita ukur, roda surih, kertas karbon tukang jahit, kapur tukang jahit, peretas jahitan, jarumpeniti, dan jarum jahit tangan. 6.1.3 Menyatakan jenis bahan jahitan iaitu fabrik dan benang.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPadaakhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Menyatakan artikel jahitan dan kegunaannya.2. Mengenal pasti alatan jahitan.3. Menyatakan jenis bahan jahitan.

RINGKASANMurid dapat menyatakan contoh artikel jahitan serta dapat mengenal pasti alatan jahitan dan menyatakan jenis bahan jahitan dengan betul.

KEMAHIRAN

1. Menamakan alatan jahitan.2. Menyatakan jenis bahan jahitan.

EMK1. Keusahawanan: (EK3) berjaya menjalankan tugasan mengikut perancangan 2. Kreativiti & Inovatif boleh menjana idea3. Nilai murni - Jimat cermat, keselamatan4. Pendidikan Alam Sekitar

BBBArtikel jahitan, Kit alatan jahitan, LCD projector, Carta, Lembaran kerja

AKTIVITISet Induksi1. Guru menunjukkan beberapa contoh artikel jahitan.2. Guru bersoal jawab dengan murid: a. Apakah nama artikel jahitan ini? Jawapan : Alas dulang, permainan lembut, sarung kotak tisu. b.Dimanakah kamu biasa melihat artikel jahitan ini? Jawapan : Di rumah, pasar raya, pasar malam. c. Bolehkah kamu menghasilkan artikel seperti ini? Jawapan : Pelbagai respon dari murid. 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan pembelajaran pada hari ini. Langkah 11. Guru mengedarkan alatan jahitan bagi setiap kumpulan iaitu gunting kertas, gunting fabrik, pembaris lurus, pita ukur, roda surih, kertas karbon tukang jahit, peretas jahitan, jarum peniti, kapur tukang jahit, dan jarum jahit tangan.2. Guru memperkenalkan setiap alatan jahitan dan kegunaannya.Langkah 2Guru menerangkan jenis bahan jahitan iaitu fabrik dan benang sambil mengedarkan contoh bahan itu.Penutup1. Murid dan guru merumuskan isi pelajaran yang telah dipelajari hari ini.2. Formen mengarahkan ketua kumpulan mengumpul dan memulangkan semula alatan jahitan.

PENILAIAN PDPMurid menjawab soalan secara bertulis dalam lembaran kerja yang diedarkan oleh guru. (Rujuk Lampiran 6a dan 6b)

PENGETAHUANSEDIA ADA-Murid pernah melihat dan memiliki contoh-contoh artikel yang dinyatakan.- Murid juga pernah melihat dan memiliki alatan jahitan seperti gunting fabrik, jarum jahit, jarum peniti, pita pengukur, fabrik dan benang,

REFLEKSI

TAJUK6.0 SAINS RUMAHTANGGA

STANDARDKANDUNGAN6.1 Menghasilkan Artikel Jahitan

STANDARDPEMBELAJARAN6.1.4 Mengenal pasti jenis mata jahitan tangan iaitu jahitan kia, jelujur kasar & jelujur halus.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan jenis mata jahitan tangan.2. Menyatakan kegunaan mata jahitan tangan.3. Menjahit mata jahitan tangan.

RINGKASANMurid dapat menjalankan kerja amali menjahit mata jahitan tangan iaitu jahitan kia, jelujur kasar dan jelujur halus dengan bimbingan guru

KEMAHIRANMenjahit mata jahitan tangan pada kepingan fabrik contoh.

EMK1.Keusahawanan EK1- Berdaya tahan - Murid tidak berputus asa2. Pendidikan Alam Sekitar3. Nilai murni patriotism, keselamatan, tekun

BBBContoh jahitan tangan, Contoh pakaian sekolah, Kit alat jahitan, Bahan jahitan, LCD projector, Lampiran

AKTIVITISet Induksi1.Guru menunjukkan 2 helai pakaian sekolah a. Lencana sekolah yang meretas b. Lencana sekolah yang disemat dengan jarum peniti. 2. Guru mengajukan soalan: a. Apakah yang perlu kamu lakukan pada lencana sekolah yang meretas ini? Jawapan : terima sahaja jawapan yang dilontar oleh murid b. Apakah keburukan memakai lencana sekolah yang disemat dengan jarum peniti? Jawapan : terima sahaja jawapan yang dilontar oleh murid3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan unsur patriotisme & tajuk pembelajaran hari ini.Langkah 1Guru menunjukkan contoh mata jahitan tangan dan menerangkan kegunaannya.Langkah 21. Guru menunjuk cara menjahit mata jahitan tangan dalam kumpulan kecil.2. Guru juga mempamerkan gambar rajah cara menjahit mata jahitan dengan berbantukan komputer.Langkah 3Fomen mengedarkan alatan dan bahan mengikut kumpulan.Langkah 4Murid menjalankan aktiviti menjahit dengan bimbingan guru. Aktiviti Pengukuhan: Soalan lisan 1. Sebutkan tiga jenis mata jahitan tangan yang telah dipelajari? 2. Apakah kegunaan jahitan kia? 3. Jahitan manakah yang lebih kukuh? Penutup1. Murid mempamerkan hasil kerja dan memberi komen2. Guru memberi komen dan pujian hasil kerja murid.

PENILAIAN PDPMurid menjawab soalan secara bertulis dalam lembaran kerja yang diedarkan oleh guru. (Rujuk Lampiran 3)

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid pernah melihat ibu/tukang jahit menjahit jahitan tangan pada fabrik.

REFLEKSI

TAJUK6.0 SAINS RUMAHTANGGA

STANDARDKANDUNGAN6.1 Menghasilkan Artikel Jahitan

STANDARDPEMBELAJARAN

6.1.5 Memilih artikel jahitan berpandukan manual6.1.6 Menyediakan alatan dan bahan berdasarkan manual yang dipilih.6.1.7 Menyusun atur pola, menggunting fabrik dan memindahkan tanda pola.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPadaakhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Memilih artikel jahitan.2. Menyediakan alatan dan bahan.3. Menyusun atur pola, me nggunting fabrik dan memindahkan tanda pola.

RINGKASANGuru dan murid membincangkan contoh artikel yang akan dijahit dengan panduan manual yang diberi. Murid akan memilih alatan dan bahan yang akan digunakan. Seterusnya guru akan menerangkan cara menyusun atur pola, menggunting dan memindahkan tanda pola.

KEMAHIRAN

1.Menyusun atur pola.2. Menggunting fabrik.3. Memindah tanda pola.

EMK1. Keusahawanan EK3 - Melaksana projek mengikut langkah-langkah yang disediakan. -Murid berupaya menjalankan tugasan mengikut perancangan.2. Nilai murni - teliti - tekun - sistematik3. Pendidikan Alam Sekitar- kitar semula dan kebersihan

BBBContoh artikel yang telah siap beserta manual (pola), Kit alatan jahitan, Bahan- bahan jahitan, Kertas lembaran kerja

AKTIVITISet Induksi1. Guru menunjukkan satu contoh artikel yang telah siap dijahit dan mengajukan soalan kepada murid. Soalan: a. Apakah alatan dan bahan yang diperlukan bagi menghasilkan artikel ini? b. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran hari ini.Langkah 11. Guru mempamerkan beberapa contoh a rtikel bersama manual. 2. Murid memilih manual artikel, alatan dan bahan dengan bimbingan guru.Langkah 2Guru menunjuk cara:1. Menyusun atur pola di atas fabrik.2. Menggunting fabrik.3. Memindahkan tanda pola ke fabrik Langkah 31. Murid menjalankan aktiviti dengan bimbingan guru.2. Murid menyimpan fabrik yang telah siap digunting ke dalam bekas berlabel yang disediakan.PenutupMurid diminta menceritakan pengalaman pembelajaran pada hari ini.

PENILAIAN PDPMurid melengkapkan senarai semak secara bertulis dalam lampiran yang diedarkan oleh guru. (Rujuk Lampiran 4)

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid pernah melihat alatan dan bahan jahitan di rumah dan di pasar raya.

REFLEKSI

TAJUK6.0 SAINS RUMAHTANGGA

STANDARDKANDUNGAN6.1. Menghasilkan Artikel Jahitan

STANDARDPEMBELAJARAN

6.1.8 Menghasilkan artikel jahitan dengan jahitan tangan.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :Menjahit satu contoh artikel dengan menggunakan jahitan tangan.

RINGKASANMurid dapat menjahit artikel jahitan yang dipilih dengan menggunakan jahitan tangan.

KEMAHIRAN

Menjahit satu art ikel menggunakan jahitan kia, jahitan jelujur kasar dan jahitan jelujur halus dengan langkah yang betul.

EMK1. Keusahawanan EK4 Menggunakan sumber yang pelbagai/ sumber alternatif/ sumber kitar semula. - Murid boleh menggunakan sumber alternatif/ bahan kitar semula untuk menghasilkan sesuatu produk . 2.Nilai murni sistematik, teliti, berhati-hati3. Pendidikan alam sekitar

BBBCarta jahitan tangan, Kit alatan jahitan, Bahan jahitan, TMK

AKTIVITISet Induksi Guru menunjukkan satu contoh artikel yang telah siap digunting mengikut pola yang dipilih. Soalan : a.Apakah y ang perlu k amu lakukan untuk mencantumkan kepingan fabrik ini. Jawapan ; jahitan tangan/jahitan mesin Langkah 1Formen membantu guru mengedarkan semula kepingan fabric yang telah siap diguntingmengikut nama.Langkah 2Guru menggunakan LCD untuk mengimbas semula car a menjahit mata jahitan tangan.Langkah 31. Murid menjahit artikel jahitan artikel dengan panduan LCD. 2. Guru membimbing murid menjahit artikel. Penutup-Hasil kerja murid di pamerkan dan murid memberi komen. Guru memberi pujian kepada murid yang menghasilkan jahitan yang kemas.-Guru meminta murid mel ayari internet/ mengumpul gambar bahan hiasan dari majalah untuk pelajaran akan datang.

PENILAIAN PDPMurid melengkapkan lembaran kerja yang diedar oleh guru. (Rujuk lampiran 5)

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid telah mempelajari jahitan tang an pada pelajaran yang lepas.

REFLEKSI

TAJUK6.0 SAINS RUMAHTANGGA

STANDARDKANDUNGAN6.1. Menghasilkan Artikel Jahitan

STANDARDPEMBELAJARAN

6.1.9 Menyatakan jenis bahan hiasan seperti butang, renda dan riben.6.1.10 Memilih bahan hiasan mengikut artikel jahitan.6.1.11 Menghias artikel jahitan menggunakan bahan hiasan yang dipilih.

OBJEKTIFPEMBELAJARANPadaakhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :1.Menyatakan jenis bahan hiasan 2. Memilih bahan hiasan mengikut artikel3. Menghias artikel dengan bahan hiasan yang dipilih.

RINGKASANMurid dapat memilih dan menghias artikel deng an bahan hiasan yang sesuai.

KEMAHIRAN

1. Menyatakan bahan hiasan2. Memilih bahan hiasan yang sesuai3. Menghias artikel dengan bahan hiasan yang dipilih

EMK1. Keusahawanan EK 1 - Daya kreatif dan inovasi - Murid boleh mencipta atau mereka cipta sesuatu2. Kreativiti dan inovasi mereka cipta atau memilih idea terbaik untuk inovasi3. Nilai murni berhati-hati, teliti, berdikari, jimat cermat4. Pendidikan alam sekitar

BBBKit alatan jahitan, Contoh bahan hiasan, Artikel yang dihias dengan pelbagai hiasan.

AKTIVITISet Induksi-Guru menunjukkan dua contoh artikel (satu artikel dihias, satu artikel tanpa hiasan)-Murid diminta membanding beza artilkel jahitan-Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini.Langkah 11. Guru menunjukkan pelbagai jenis bahan hiasan. 2. Guru menerangkan pelbagai jenis bahan hiasan dan kesesuaiannya dengan artikel.Langkah 2Guru menerangkan dan menunjuk cara menghias artikel. Langkah 31. Murid memilih bahan hiasan yang sesuai mengikut artikel yang dipilih. 2. Murid menjahit dan menghias artikel dengan bahan hiasan mengikut kreativiti sendiri. (HOTS: mereka cipta kreatif untuk menghasilkan idea)Penutup1. Murid mempamerkan hasil kerja.2. Murid menceritakan secara ringkas tentang hasil kerja mereka.

PENILAIAN PDPGuru membuat penilaian hasil kerja murid dengan menggunakan borang skor dan borang pemarkahan .

PENGETAHUANSEDIA ADAMurid pernah melihat bahan hiasan pada pakaian dan yang dijual di kedai atau pasar raya.

REFLEKSI