sastera2

  • Upload
    radzi47

  • View
    531

  • Download
    12

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/22/2019 sastera2

    1/9

    2.1.1 Takrif/Konsep:

    Kesusasteraan epik juga dikenali sebagai kesusasteraan kepahlawanan. Genre ini menceritakan

    wira dan kepahlawanan sesuatu bangsa. Dengan kata lain, watak yang dikisahkan ialah wira

    bangsa dan lambang keagungan budaya bangsa sehingga menjadi sanjungan dan sumber inspirasi

    masyarakat khalayaknya.Watak wira dilukiskan dengan sifat yang begitu unggul sama ada dari

    segi keperibadian, ketokohan,kepintaran, kegagahan,mahupun ketangkasan. Sifat yang dilukiskan

    ini dilebih-lebihkan sehingga menjadikan watak berkenaan begitu sempurna. kadangkala watak

    wira itu dikatakan tidak mati dan dipercayai masih hidup hingga kini. Kesusasteraan epic ditulis

    dalam bentuk puisi panjang. Sebaliknya, dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisional, genre

    ini ditulis dalam bentuk prosa. Kesusasteraan epik Melayu dapat diklasifikasikan kepada epik

    kebangsaan dan epik bersumberkan Islam (Ismail Hamid, 1993)

    Epik kebangsaan Melayu diwakili olehHikayat Hang Tuah. Dalam hikayat ini dilukiskan

    kehebatan dan kehandalan tokoh Hang Tuah sejak zaman kecilnya sehinggalah ia ghaib. Beliau

    dibantu oleh empat orang sahabatnya iaitu hang Jebat, Hang kasturi, Hang Lekir, dan Hang

    Lekiu. Zaman keagungan Hang Tuah melambangkan keagungan empayar Melayu Melaka. Di

    samping itu, Hang Tuah juga merupakan lambang kesetiaan bangsa Melayu terhadap rajanya

    yang tidak berbelah bagi terutama dalam masyarakat Melayu Feudal. Hang Tuah melindungi

    rajanya dari sebarang ancaman sehingga sanggup menggadaikan nyawanya sekalipun.

    Tema karya epik ialah kepewiraan tokoh pahlawan utama. Perkembangan cerita dalam

    karya epik lebih berpusat kepada wira tersebut. dalam lain-lain perkataan, wira menjadi landasan

    utama terhadap perkembangan cerita karya epik.

    2.1.2 Ciri-Ciri Epik:

    1. Dari segi bentuknya, sastera epik adalah bentuk karyayang ditulis dalam dua bentuk iaitu

    prosa dan puisi yang panjang. Hikayat Hang Tuah mengandungi lebih dari 500 halaman dan didalamnya terdapat kira-kira 164,000 patah perkataan.

    2. Latar tempat cerita dan peristiwa mengenai tokoh wira amat luas, iaitu meliputi alam

    nyata dan alam kayangan.Dalam Hikayat Hang Tuah, ceritanya meliputi beberapa tempat

    antaranya Melaka serta di serata tempat di Asia seperti di Majapahit dan benua keling.

    3. Aksi-aksi watak wira digambarkan rata-ratanya bersifat berani, tangkas dan bijaksana.

    Biasanya wira epik dapat melaksanakan tugas yang luar biasa yang tidak mampu dilakukan oleh

    orang lain. Misalnya Hang Tuah dapat menewaskan musuhnya taming sari.

    4. Terdapat unsur-unsur supernatural yang melibatkan kuasa-kuasa ajaib dan sakti sesuatu

    bangsa.Hang Tuah merupakan tokoh yang kuasa luar biasa.

    5. Wira dalam sastera epik adalah tokoh agung yang berkedudukan tinggi sesuatu bangsa.

    Hang Tuah merupakan orang kanan Melaka yang sering diutuskan oleh sultan Melaka ke luar

    negara. Bahkan kemasyurannya telah sampai ke negeri-negeriMajapahit, Siam, China, Benua

    Keling, Arab dan Rom.

  • 7/22/2019 sastera2

    2/9

    Persoalan kepahlawanan adalah merujuk kepada kehandalan dalam pertempuran di

    medan perang, berpencak silat, bermain keris, bermain pedang ataupun memanah

    musuh.

    Kepahlawanan juga merujuk kepada ilmu-ilmu hikmat seperti kegagahan, tidak lut

    ditikam dengan senjata, boleh menghaibkan diri, boleh menawarkan bisa racun dan

    juga boleh merubah diri menjadi makhluk lain.

    Kepahlawanan juga memerlukan kebijaksanaan dalam menjalankan strategi dalam

    menentang musuh atau dalam peperangan.

    Dalam masyarakat lama, kepahlawanan juga merujuk kepada pemilikan senjata sakti

    atau hikmat.

    Watak pahlawan juga mesti memiliki sifat berani menentang musuh walaupun

    musuh itu dikatakan handal ataupun lebih ramai dari dirinya.

    Tokoh-tokoh pahlawan juga semestinyalah watak protagonis yang menjadi

    kebanggaan raja atau negara.

    2B. Empat aspek kepahlawanan dalam karya kesusasteraan Melayu Tradisional[20M].

    Kehandalan dalam pertempuran di medan perang, berpencak silat, bermain keris,

    bermain pedang ataupun memanah musuh. Contohnya dalam Hikayat Hang Tuah,

    Hang Tuah dikatakan sangat handal sehingga tidak boleh dikalahkan oleh sesiapun

    di alam Melayu di waktu itu.

    Pemilikan ilmu-ilmu hikmat seperti tidak lut ditikam dengan senjata, kegagahan,

    boleh menawarkan bisa racun dan juga boleh merubah diri menjadi makhluk lain

    juga menjadi sifat laksamana Hang Tuah. Dia tidak lut ditikam selagi memiliki keris

    Taming Sari. Semasa di Majapahit, Hang Tuah dapat menawarkan arak sehingga

    menjadi tidak memabukkan. Dalam perlawanannya menentang Sang Winara

    semantara, Hang Tuah merubah dirinya menjadi harimau. Badang pula dikelaskan

    sebagai pahlawan Singapura kerana kegagahan yang dimilikinya setelah memakan

    muntah hantu.

    Kebijaksanaan dalam menjalankan strategi dalam menentang musuh atau dalam

    peperangan boleh dilihat pada watak Bendahara Tun Perak dan juga Laksamana

  • 7/22/2019 sastera2

    3/9

    Hang Tuah. Bendahara Tun Perak menyuruh memasang jamung pada setiap pokok

    di pantai Melaka supaya tentera Siam menyangka bilangan tentera Melaka sangat

    ramai. Hang Tuah pula meminta bertukar keris semasa berperang dengan Taming

    Sari. Raja Donan dalam Hikayat Raja Donan berjaya membunuh Raja Mambang

    kerana dia tahu rahsia rahsia untuk membunuh raja Mambang hanya dengan sekali

    tikam sahaja.

    Pemilikan senjata sakti atau hikmat juga melibatkan watak Hang Tuah. Hang Tuah

    dikatakan memiliki keris Taming Sari menyebabkan dia tidak lut ditikam. Raja

    Donan pula telah dilahirkan bersama sebilah pedang dan selaras beduk. Senjata itu

    telah digunakan untuk membunuh Raja Mambang Nan Bongsu.

    Sifat berani menentang musuh walaupun musuh itu dikatakan handal ataupun lebih

    ramai dari dirinya. Sifat ini jelas pada masa Hang Tuah diminta menghapuskan 50

    orang yang pura-pura mengamuk semasa berada di Majapahit. Kesemua mereka

    dihapuskan dengan seorang dirinya sahaja.

    Sifat gemar mengembara terutama untuk menuntut ilmu dan berbakti kepada

    negara juga menjadi sifat pahlawan. Laksamana Hang Tuah telah pergi berguru

    hingga ke Tanah Jawa. Untuk berbakti kepada negara pula, Hang Tuah telah

    mengembara ke Majapahit. Laksamana Hang Nadim ke Pahang untuk menculik TunTeja. Laksamana Khoja Hassan juga pernah ke Pahang untuk menculik gajah Sultan

    Pahang.

    Dengan sifat-sifat kepahlawanan yang sejati itu Hang Tuah telah dinobatkan sebagai

    hulubalang Melayu yang menjadi kebanggaan raja-raja Melayu Melaka.

    Hang Tuah sebagai tokoh epik dalam Hikayat Hang Tuah

    1. Mempunyai kebolehan berbahasa. Beliau pandai bertutur dalam bahasa Nagaram (hlm 52). Ketikamengadap Kisna Rayan (Raja benua Keling- Bijaya Nagaram), beliau telah bercakap menggunakan

    bahasa Nagaram. Beliau telah mempelajari bahasa tersebut daripada seorang lebai. Kemampuan

    beliau ini adalah salah satu ciri penting seorang tokoh epik iaitu bijak menguasai ilmu berbahasa di

    dunia

    2. Mampu mengubati permaisuri raja yang mandul atau tidak mampu meahirkan anak. Tindakan

    beliau ini adalah di atas permintaan raja melalui Nala Sang guna. Hang Tuah telah membuat satu

    ubat yang rupanya seperti madat. Setelah siap, ubat berkenaan telah diserahkan kepada Nala Sang

    Guna untuk diserahkan kepada raja. Kebolehan mengubati permaisuri raja benua Keling ini telah

    menunjukkan bahawa beliau mempunyai kebolehan yang istimewa.

  • 7/22/2019 sastera2

    4/9

    3. Tangkas menunggang kuda. Hang Tuah telah diminta supaya menunggang kuda teji. Kuda teji

    adalah salah seekor kuda Kisna Rayan yang sukar dikendalikan. Setelah Hang Tuah belajar

    menunggang kuda, beliau telah berjaya memacu kuda tersebut dengan selamat iaitu dengan cara

    tunduk dan melindungkan kepalanya dibalik telinga kuda tersebut. Kebolehan ini adalah salah satu

    bukti keperwiraan beliau ketika berada di benua Keling.

    4. Mampu menyelesaikan masalah dengan kebolehan akal fikirannya. Apabila hendak memasak

    untuk jamuan diraja, terdapat masalah ketiadaan kayu untuk memasak. Hang Tuah telah berjaya

    menyelesaikan masalah ketiadaan kayu dengan menjadikan kain sebagai bahan api. Kebijaksanaan

    Hang Tuah ini adalah salah satu bukti beliau layak digelar wira.

    5. Mempunyai kebolehan yang luar biasa. Hang Tuah telah menunjukkan sesuatu pertunjukan yang

    dianggap permainan. Beliau telah mengeluarkan suatu benih pokok kayu. Apabila benih itu ditanam

    terus tumbuh serta berdaun dan sesaat itu juga berbunga lalu berputik dan berbuah masak. Beliau

    telah memperolehi benih itu melalui mimpi. Apabila sudah dimakan buahnya, dengan segera pohon

    itupun ghaib. Kebolehan Hang Tuah yang luar biasa ini merupakan satu lagi bukti bahawa beliau

    layak digelar wira epik.

    6. Mampu memperdaya dan melihat Maharaja China. Ketika rombongan Hang Tuah ke negeri China

    hendak dijamu makan, beliau telah menyatakan bahawa orang Keling makan sayur, daun kayu dan

    buah kayu. Sayur yang hendak dimakan itu pula tidak dikerat dan dibiarkan panjang-panjang. Ketika

    makan, Hang Tuah telah mendongakkan kepala ketika makan sayur kangkung yang tidak dikerat itu.

    Pada masa itulah beliau dapat melihat Raja China yang duduk dalam mulut naga emas bersisik.

    Tatkala Laksamana memandang ke atas, HangTuah hendak dipenggal oleh hulubalang Raja China.

    Namun Raja China telah menghalang tindakan rakyatnya kerana Hang Tuah sebenarnya telah

    bertindak bijaksana.

    Hikayat Hang Tuah Bab XIXHikayat Hang Tuah Bab XIX

    Utusan ke Benua Keling

    Kisna Rayan (raja benua Keling) menyambut surat daripada Sultan Melaka (Sang Maniaka). Hang

    Tuah selaku utusan raja telah sampai di negeri Bijaya Nagaram. Latar tempat negeri berkenaan

    sangat indah dan unik. Surat raja Melaka sangat dimuliakan kerana raja Melaka keturunan melayu.

    Surat sultan pun dibaca dan Kisna Rayan pun bertanya tentang utusan raja yang bernama

    Laksamana Hang Tuah. Hang Tuah yang berkebolehan dalam bahasa Nagaram telah menjawab

    dengan baik. Hang tuah pernah belajar bahasa keling ketika berada di majapahit dengan seorang

    lebai. Semua orang kagum dengan kebolehan Hang Tuah. Hang Tuah telah mendapat layanan yangsangat istimewa daripada raja benua Keling itu. Hang Tuah telah dijamu dan dijadikan anak angkat.

    Kemudian Hang Tuah telah diminta mengubati permaisuri raja yang mandul supaya mendapat anak.

    Hasrat itu telah di tunaikan oleh Hang tuah dengan membuat ubat yang rupanya seperti "madat".

    Seterusnya beliau dicabar untuk menaiki kuda teji dan beliau telah berjaya menunggang kuda

    tersebut.

    Sikap dan watak Hang Tuah sangat memikat hati Kisna Rayan dan berhajat ingin menjadikan Hang

    Tuah sebagai hulubalangnya.Ketika Nala Sang Guna ingin menjamu sultan, didapati kayu untuk

    memasak tiada kerana Kisna Rayan menghalang rakyatnya menjual kayu. Hang Tuah telah

    menyelesaikan maslah tersebut dengan mencadangkan agar kain dijadikan bahan api.

  • 7/22/2019 sastera2

    5/9

    Kemudian Hang Tuah menunjukkan kebolehannya yang luarbiasa. Beliau telah menunjukkan kepada

    raja keling kemampuannya menanam benih pokok yang cepat membesar dan berbuah, masak dan

    boleh dimakan oleh raja keling itu. Selepas baginda makan buah masak itu, pokok kayu itu pun ghaib.

    Seterusnya Hang Tuah telah dititahkan ke benua China oleh Kisna Rayan. Setelah dua bulan

    perjalanan, Hang Tuah pun sampai dan berlabuh di tempat Feringgi berlabuh. Wujud sedikitpertelingkahan antara utusan benua keling dengan Feringgi. Hang Tuah dan utusan lain disambut

    dan surat di arak. Kebijaksanaan Hang Tuah terserlah apabila berjaya membuat muslihat untuk

    melihat raja China yang duduk di dalam mulut naga emas bersisik.

    Maksud perkataan:

    1. Madat

    1. candu yg belum dimasak; minum ~ 2. segala jenis dadah (spt ganja, morfin, heroin, candu, dsb) yg

    disalahgunakan oleh penagihnya;

    1. perihal menghisap madat; 2. Jk biasa melakukan sesuatu yg tidak sopan (kurang baik

    dll);pemadat orang yg biasa (ketagih) menghisap madat: orang yg ~ itu semuanya kurus kering.

    Bahan yang mengandungi kandungan kimia yang mengkhayalkan dan merosakkan kesihatan yang

    menjadi barang dagang di antara China dan orang-orang Eropah di zaman dinasti Manchu.

    2. Ceteria

    sl anak raja-raja, kesateria: maka duduklah segala orang kaya-kaya, dan segala ~, sida-sida, bentara

    hulubalang, masing-masing pd martabatnya.

    2. Kesusasteraan epik / kepahlawanan merupakan genre sastera yang tersebar luas di alam Melayu.

    Huraikan;a. Maksud epik kepahlawanan dan berikan duacontoh epik [ 5 ]b. Jelaskan empatciri-ciri umum sastera epik [12]c. Nyatakan fungsi sastera tersebut [ 8 ]

    a. -Maksud sastera epik adalah kehebatan seseorang tokoh / wira bangsa-Kisah kehebatan wira / tokoh yang disanjung oleh sesuatu masyarakat-memiliki kehebatan luar biasa yang digambarkan berlebihan(2 + 1 = 3m)Nama Karya Epik Melayu

    1. Hikayat Hang Tuah2. Hikayat Amir Hamzah3. Hikayat Muhammad Hanafiah [ 3m]

    2b. Jelaskan empatciri-ciri umum sastera epik [ 12m ]

  • 7/22/2019 sastera2

    6/9

    F1 BentukH Karya berbentuk prosa panjang, Teks begitu tebal, watak-watak dalam cerita amat

    Ramai, tumpuan utama hanya kepada wira disamping beberapa watak lainF2 Watak wira / watak utamaH sebagai watak wira, adalah tokoh yang agung / unggul, Mempunyai kedudukan tinggi dalam

    masyarakat Melayu, Lambang kemegahan / kekuatan bangsa MelayuF3 Latar penceritaanH Latar tempat tidak terbatas / amat luas, Latar masa amat panjang / lamaF4 Sifat-sifat kepahlawanan / epikH Memiliki sifat-sifat kepahlawanan yang menonjol / amat banyak

    Memiliki ciri-ciri kepahlawanan unggul berani, dan setia kepada rajaPenceritaaan sifat kepahlawanan sejak kecil

    F5 Unsur luar biasa / supernaturalH Banyak terdapat dalam teks, Melibatkan kuasa sakti dan ghaib

    Tokoh pahlawan ialah tokoh superhuman / sifat luar biasa dari segi intelek(kebijaksanaan / berilmu tinggi), jasmani (gagah /kekacakan), emosi (taatsetia), rohani (akhlak / agama), Kehebatan kelihatan dalam peperangan danpertembungan dengan musuh

    F6 Gambaran bersifat objektif / Sudut penceritaanH Pengarang tidak terlibat dalam cerita, Pengarang mengasingkan dirinya daripada

    apa yang sedang dicerita, Pengarang melahirkan perasaan menyebelahi mana-mana pihak

    F7 Dari segi isiH Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian awal (kehidupan awal

    wira), bahagian kedua (peristiwa kehandalan / kemasyhuran wira), danakhir ( masa tua / uzur atau kemurungan), Mengandungi bahagian perlawanan dan bahagian pengembaraan

    F8 Kedudukan teks kepada masyarakatH Kebanggaan masyarakat / bangsa Melayu, Lambang kemegahan serta kekuatan

    bangsa Melayu, Semangat kekuatan / inspirasi bangsa Melayu,Mempunyai kedudukan tinggi dalam sejarah bangsa dan antarabangsa

    Pilih 4 isi sahaja1 isi = 3 markah ( 1 markah fakta, 2 markah H/C)4 isi X 3 markah = 12 markah2c. Nyatakan empatfungsi sastera tersebut [ 8 ]Empat fungsi umum Sastera Epik ;

  • 7/22/2019 sastera2

    7/9

    Fakta/Huraian 1 : menanamkan semangat cintakan bangsa, Negara dan agama.Fakta/Huraian 2 : sebagai lambang keagungan sesuatu sesuatu bangsa dan NegaraFakta/Huraian 3 : mengagungkan seseorang tokohFakta/Huraian 4 : alat pengekalan dan pemantapan nilai-nilai dan norma masyarakatFakta/Huraian 5 : memperkenalkan identiti bangsa dan Negara kepada generasi akan

    datangJenis karya di atas adalah sejenis karya sastera epik seperti definisi berikut:

    Epikadalah sebuahgenrepuisi naratifyang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar,

    sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama. Biasanya melibatkan

    cerita-cerita zaman kuno ratusan tahun lampau dan kadang-kala sukar untuk difahami kerana ada

    maksud tersurat dan maksud tersirat. Ia mengemukakan watak wira yang agung dalam satu rentetan

    peristiwa yang meliputimitos,lagenda,dongengdansejarah.Epik biasanya dianggap penting bagi

    perjalanan sejarah sesebuah bangsa, dan merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang

    melahirkan epik tersebut.

    [1]

    Dasar penceritaan epik tertumpu kepada kepahlawanan seseorangwira.Sebagai seorang wira, dia

    perlu mempunyai sifat-sifat dan perlakuan fizikal yang berbentuk kepahlawanan. Wira harus bersedia

    menghadapi cabaran dan dapat membuktikan kepahlawanannya. Masyarakat pula dapat menerima

    dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.

    Ciri-ciri epik adalah:

    1. Pahlawan tampil sebagai susuk tubuh yang mengkagumkan. Hang Tuah mampumengalahkan pencabarnya seorang diri dan memenangi pertarungan tersebut.

    Malah Hang Tuah sangat bijaksana kerana mampu memperdaya Taming Sari agar

    mereka saling bertukar keris.

    2. Latar penceritaan pahlawan adalah luas, universal dan berlaku di sebarang

    tempat. Asal Hang Tuah daripada Melaka sedangkan penceritaan di atas adalah di

    Majapahit.

    3. Keberanian tokoh dijadikan bahagian penting dalam keseluruhan tema.

    Hang Tuah digambarkan sangat berani menentang musuh seorang diri tanpa

    bantuan rakan-rakan yang lain.

    4. Ada keterlibatan unsur supernatural (kuasa luarbiasa). Hang Tuah tidak cedera

    walau sedikitpun dalam pertarungannya. Perkara ini adalah suatu yang luar biasa.

    5. Tindakan pahlawan bersifat objektif. Watak epik dilukiskan secara tidak

    langsung melalui dialog dan aksinya sahaja...seperti Hang Tuah diceritakan berjaya

    mengelak tikaman, melompat ke kiri dan kanan. Hal ini menggambarkan

    ketangkasan watak Hang Tuah.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Genrehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Genrehttp://ms.wikipedia.org/wiki/Puisi_naratifhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Puisi_naratifhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Puisi_naratifhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mitoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mitoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/Mitoshttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lagenda&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lagenda&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lagenda&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Dongeng&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Dongeng&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Dongeng&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Epik#cite_note-0http://ms.wikipedia.org/wiki/Epik#cite_note-0http://ms.wikipedia.org/wiki/Epik#cite_note-0http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Wira&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Wira&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Wira&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Wira&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Epik#cite_note-0http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarahhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Dongeng&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Lagenda&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Mitoshttp://ms.wikipedia.org/wiki/Puisi_naratifhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Genre
  • 7/22/2019 sastera2

    8/9

    2. Menyatakan kepentingan karya dalam konteks sarwajagat (world view)

    masyarakat melayu tradisional.

    Sekiranya kita mengkaji sikap dan sifat Hang Tuah, beliau boleh dijadikan contoh

    kepada setiap individu manusia seperti berikut:

    2.1 Perlu bersikap berani

    Seseorang individu yang dianggap berani ialah, sanggup menggadaikan nyawa

    demi membantu orang lain. Dalam konteks Hikayat Hang Tuah, keberanian Hang

    Tuah tidak dapat dinafikan. Kesanggupan menentang musuh seorang diri sudah

    cukup menggambarkan beliau seorang yang sanat berani. Apatah lagi menentang

    musuh yang handal seperti Taming Sari.

    2.2 Manusia perlu bijaksana.

    Kebijaksanaan adalah sesuatu yang penting dan signifikan kepada diri seseorang.

    Selalunya aspek kebijaksanaan dikaitkan dengan kebolehan seseorang itu

    menyelesaikan masalah dan dapat mengatasi masalah dengan jayanya. KetikaHang Tuah bertikam dengan Taming Sari, Hang Tuah sangat bijaksana mencari

    punca masalah yang menyebabkan dirinya tidak mampu mencederakan Taming

    Sari. Seterusnya, dengan kebijaksana. Akhirnya Taming Sari terpedaya dan dapat

    dibunuh.

    2.3 Taat setia kepada ketua.

    Kemana sahaja Sultan Melaka pergi, Hang Tuah sentiasa bersamanya.

    2.4 Menghargai jasa dan sumbangan pihak lain.

    Hang Tuah diberi anugerah Sungai Jemaja oleh Betara Majapahit sebagai salah

    satu cara menghargai jasa-jasanya.

    2.5 Sentiasa berwaspada.

    Perlu bersikap waspada terutama dengan pihak yang tidak kita kenali saperti Patih

    Gajah Mada. Apabila kita berada di perantuan, kita perlu sentiasa berhati-hati.

    2.6 Hormat menghormati.

    Sebarang tindakan yang dilakukan Hang Tuah di Majapahit mendapat restu

    pemerintah di sana. Sultan Melaka dan Hang Tuah sentiasa sedar bahawa mereka

    berada di negara orang (Majapahit).

    2.7 Menghormati tetamu.

    2.8 Gambaran adat dan budaya masyarakat.

    Majlis perkahwinan antara Raja Melaka dengan Radin Emas Ayu digambarkan

    mempunyai adat-adat tertentu yang diamalkan oleh masyarakatnya. Di antara adat

    perkahwinan itu ialah seperti adat berjaga-jaga, hantaran mas kahwin, berarak dan

    mengadap raja.

    ********sekadar beberapa pandangan yang boleh difikir bersama.

  • 7/22/2019 sastera2

    9/9

    3. Menjelaskan watak dan perwatakan

    Watak Hang Tuah.

    Seorang rakyat Melaka, pengiring kepada Sultan Melaka. Mendapat Gelaran

    Laksamana apabila berjaya mengalahkan Taming Sari. Ada lima sahabat.

    Perwatakan Hang Tuah

    1. Taat setia

    2. Berani

    4. Bijaksana

    5. Tangkas bermain senjata.

    6. Sangat menghormati raja.

    **** perwatakan di atas perlu dihuraikan.

    .

    4. Menyatakan aspek estetik dalam karya kajian.

    4.1 Penggunaan bahasa yang indah sesuai dengan zaman.

    4.2 Ketepatan pemilihan kata.

    4.3

    Rujukan untuk pengetahuan tambahan:http://resam-melayu.com/2010/03/hang-tuah-

    antara-sejarah-mitos-atau-hikayat.html

    http://resam-melayu.com/2010/03/hang-tuah-antara-sejarah-mitos-atau-hikayat.htmlhttp://resam-melayu.com/2010/03/hang-tuah-antara-sejarah-mitos-atau-hikayat.htmlhttp://resam-melayu.com/2010/03/hang-tuah-antara-sejarah-mitos-atau-hikayat.htmlhttp://resam-melayu.com/2010/03/hang-tuah-antara-sejarah-mitos-atau-hikayat.htmlhttp://resam-melayu.com/2010/03/hang-tuah-antara-sejarah-mitos-atau-hikayat.htmlhttp://resam-melayu.com/2010/03/hang-tuah-antara-sejarah-mitos-atau-hikayat.html