Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    1/41

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    2/41

    Sejarah kedatangan tulisan bahasa Melayu moden ke kepulauan Melayu

    Sebelum kita mengkaji atau meneliti secara terperinci tentang sistem

    perkembangan ejaan bahasa melayu, kita seharusnya mencari dari mana datangnya

    tulisan bahasa Melayu yang menjadi asas kepada kewujudan ejaan bahasa melayu.Tulisan ini sebenarnya datang ke kepulauan melayu bersama-sama dengan

    kedatangan orang Eropah. Marco Polo adalah seorang pengembara dari itali yang

    menetap di Sumatera selama lima bulan dalam tahun antara 1292 hingga 1293. Ketika

    beliau belayar untuk balik ke negara asalnya setelah melawat negara China dan diikuti

    oleh paderi-paderi franciscan dan pedagang-pedagang Itali yang lain, oleh itu dikatakan

    orang Portugislah yang mula-mula bertapak dan berkuasa di kawasan ini

    (Tate,1971:42).

    Kemunculan kuasa Portugis yang pertama bertapak di Tanah Melayu dapat

    dilihat apabila berjaya mengelilingi Cape of Good Hope pada tahun 1487M, yang

    dipimpin oleh Bartholomew Diaz. Setelah itu, sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1497M,

    kapal pelayaran Portugis buat pertama kalinya telah memasuki Lautan Hindi dan sampai

    ke kawasan Timur. Dua belas tahun kemudian iaitu pada 1509M, kapal Portugis di

    bawah pimpinan Lopez de Sequiera sampai ke pelabuhan Melaka (Tate,ibid,43-48). Dua

    puluh tahun kemudian, iaitu pada tahun 1511, kuasa Portugis dengan diketuai oleh

    Alfonso d Albuquerque sekali lagi mengatasi ilmu pelayaran berbanding dengan negara-

    negara Eropah yang lain. Tetapi kali ini kuasa Portugis berjaya menawan dan menakluki

    kota Melaka.

    Setelah kuasa Portugis berjaya menawan kota Melaka,ini menjadi pemangkin

    dan penaik semangat bagi kuasa-kuasa barat yang lain terutamanya Sepanyol. Orang

    Sepanyol yang datang ke kepulauan Melayu yang diketuai oleh Megallen berserta lima

    buah kapal dari Seville pada tahun 1519M. Menurut Bausani, kedatangan Magellan ini

    menjadi titik tolak bermulanya sistem ejaan bahasa Melayu, dimana seorang ahli yang

    turut serta dalam pelayarannya iaitu Antonio Pigafetta telah membuat catatan pelayaran.

    Dalam catatannya telah memuatkan beberapa kosa kata bahasa seperti suku bangsa di

    Brazil ( lapan perkataan ), bahasa Petagonian (90 perkataan), dan suku bangsa di

    kepulauan Filipina (160 perkataan) (Hashim Musa,1997:378).

    2

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    3/41

    Sejarah perkembangan dan Proses Perubahan sistem Ejaan Bahasa Melayu

    moden

    Sistem Ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak orientalis Inggeris yang

    menyusun aturan ejaan Rumi berdasarkan kaedah transliterasi daripada ejaan Jawipada pertengahan abad ke-19. Sistem transliterasi huruf Jawi kepada huruf Rumi

    menurut kaedah bahasa Inggeris yang diiktiraf sebagai sistem ejaan Rumi bagi

    kegunaan rasmi dalam urusan kerajaan Malaya pada masa itu antaranya termasuklah

    Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (dilaksanakan pada tahun 1878), Ejaan Rumi Maxwell

    (dilaksanakan pada tahun 1882) dan Ejaan Rumi Swettenham (1881).

    Ada dua jenis tulisan bagi bahasa Melayu, iaitu (i) Tulisan Jawi, dan (ii) Tulisan

    Rumi. Tulisan Jawi berasaskan huruf Arab alif-ba-ta, dan tulisan Rumi berasaskan huruf

    Roman a-b-c. Aturan ejaan bagi Tulisan Jawi yang digunakan dalam bahasa Melayu

    sekarang ialah Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang disahkan penggunaannya

    bermula pada tahun 1996. Kita boleh melihat sistem ejaan Jawi tersebut dalam

    beberapa dokumen rasmi yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Aturan ejaan bagi Tulisan Rumi yang digunakan dalam bahasa Melayu mutakhir pula

    ialah Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (selanjutnya disebut SERBBM) yang

    dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Sistem ini merupakan aturan ejaan

    Rumi bersama bagi bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa Indonesia, iaitu sistem yang

    berasaskan aturan ejaan yang dirumuskan oleh Jawatankuasa Ejaan (Rumi) Bersama

    pada tahun 1967.

    Seperti yang dinyatakan diatas tulisan melayu yang menggunakan abjad arab

    dikenali sebagai tulisan jawi. Ia berpunca daripada nama umum yang diberi kepada

    orang jawa oleh pendagang arab yang singgah.oleh sebab mereka tidak dapat

    membezakan antara orang melayu dengan orang jawa, maka mereka menggangap

    orang melayu dan orang jawa ini sebagai orang jawi. Justeru itu, tulisan yang jawi

    adalah tulisan yang dapat membezakannya dengan tulisan arab. Amat juhari moain

    (1991) menyimpulkan bahawa tulisan jawi mengalami 4 tahap perkembangan iaitu:

    1. Menggunakan tulisan jawi mengikut ejaan arab sepenuhnya dengan

    menggunakan tanda-tanda baris. Namaun pun begitu tulisan ini mengalami

    kelemahan seperti tiada tiada lambang untuk vokal // (e pepet).

    3

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    4/41

    2. Tulisan jawi yang meninggalkan tanda-tanda baris atau tulisan arab gondol.

    Tulisan ini juga mempunyai kelemahannya kerana perkataan homograf

    mempunyai ejaan yang sama.

    3. Sistem ejaan jawi dipengaruhi oleh melayu dengan mewujudkan huruf-huruf

    saksi alif, wau dan ya. Pada permulaanya huruf saksi dibubuh pada suku

    pertama perkataan. Sistem ini juga mempunyai kelemahan kerana ketiadaan

    huruf saksi pada suku kata kedua manakala bahasa melayu banyak

    mengandungi perkataan demikian.

    4. Sistem ejaan jawi yang diubah suai daripada tahap ketiga dengan menggunakan

    huruf-huruf saksi pada suku kata kedua. Sebahagian pengubahsuaian ini

    digunakan dalam Ejaan Zaba (1938). Sistem ini telah disempurnakan dengan

    menggunakan semua huruf arab dengan enam huruf tambahan iaitu nya, pa, ga,

    nga,ca dan va pada tahun 1986 dan terpakai hingga kini.

    Oleh itu, abjad arab terdiri daripada 29 huruf tanpa Lam-Alif, iaitu enam huruf

    kurang untuk mewakili bunyi yang lazim pada bahasa melayu. Justeru itu, eman huruf

    dicipta sendiri oleh orang melayu. Menurut Ismail Hamid ( 1987:90) dalam memetik

    huraian Prof. Naguib Al-Attas untuk membentuk kelima-lima huruf berkenan seperti

    jadual dibawah:

    Huruf Jawi tambahan Huruf Arab yang menjadi asas1) huruf Huruf dijadikan tiga titik2) huruf Huruf dijadikan tiga titik3) huruf Huruf dijadikan tiga titik4) huruf Huruf dijadikan tiga titik5) huruf Huruf dijadikan tiga titik

    Satu huruf yang merupakan tambahan dan baru dicipta untuk sistem ejaan jawi

    yang disempurnakan dengan hurufva untuk melambangkan huruf v dalam tulisan rumi.

    Kini huruf jawi mengandungi 36 huruf untuk melambangkan fonem dalam bahasa

    Melayu.

    4

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    5/41

    Manakala perkembangan dalam sistem ejaan rumi adalah sebahagian daripada

    perkembangan dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur

    Belanda. Keperluan kepada sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke- 20

    kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang

    sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Ianya menjadi lebih penting

    apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah

    rendah atau sekolah dasar. Oleh itu, penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang seragam

    dan lebih mudah diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi pada masa itu.

    Bagaimanapun, pengkajian tentang sistem bunyi bahasa Melayu sering dikelirukan

    dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan sistem ejaan. Grafem- grafem atau huruf-

    huruf yang berbagai- bagai yang digunakan sebagai lambang bagi bunyi- bunyi dalam

    bahasa Melayu, termasuk bunyi- bunyi serapan atau pinjaman daripada bahasa

    Sanskrit, Arab dan Parsi yang digunakan dalam tulisan-tulisan oleh orang-orang Inggeris

    dalam abad ke-19 membuktikan wujudnya ketidakseragaman dalam ejaan.

    Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan

    apabila kerajaan Negeri- negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkan

    sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah

    pada masa itu. Sistem ejaan yang dikenal sebagai "Ejaan Wilkinson" itu dirumuskan

    dengan nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904

    dalam bentuk sebuah laporan. Ejaan Wilkinson digunakan di semua sekolah umum.

    Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa yang ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor

    telah memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah

    dan dalam masyarakat. Usaha ini telah diteruskan dengan penubuhan Maktab Guru

    Perempuan di Melaka pada tahun 1900. Institusi- institusi inilah yang menjadi pengasas

    perancangan penggunaan bahasa Melayu baku yang kemudiannya diperkembang oleh

    Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim sejak tahun 1922.

    Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi berlaku seiring dengan

    perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan dalam zaman penjajahan itu.

    Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tentang tulisan Rumi yang

    memperluas penggunaan sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson telah

    disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidik di SITC. Di

    antaranya ialah : (i) Kitab Loghat Melayu susunan R.O. Winstedt dan Ibrahim Dato

    Muda Linggi (1921), (ii) Kitab Pelita Mengarang(Rumi) susunan O.T. Dussek dan Mohd.

    5

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    6/41

    Hashim (1923), dan (iii) Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato Muda

    Linggi (1924)( Ahmad Hafiz Wahy et al,2005).

    Sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem ejaan baru tahun

    1972 ialah "Sistem Ejaan Rumi Zaba" yang juga dihasilkan daripada SITC. SistemEjaan Rumi Zaba disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku

    pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa

    Melayu Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar

    Ejaan Melayu (Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua-petua Ejaan Rumi", yang

    dikarang oleh Zaba.

    Selain daripada sistem ejaan Zaba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun

    1942- 1945, terdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada

    ejaan Zaba di Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan

    Sasterawan 50 yang ditubuhkan sekitar bulan ogos 1950 kemudiannya menjadikan

    Ejaan Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka. Tujuan penubuhan angkatan ini adalah

    untuk menyedarkan masyarakat tentang perpaduan kebangsaan dan menganggap

    kemerdekaan sebagai jambatan kearah keadilan dan keamanan masyarakat. Selain

    daripada itu, terdapat juga "Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi tanpa sistem apa-

    apa, atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem- sistem yang ada,

    termasuk daripada sistem ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas digunakan dengan agak

    meluas dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar, majalah dan

    buku.

    Penggunaan pelbagai sistem atau aturan ejaan Rumi di Tanah Melayu dan

    Singapura menunjukkan adanya kekurangan dalam sistem ejaan Zaba dan

    ketidakpuasan pengguna terhadap sistem itu. Pada tahun 1956, hasil daripada rumusan

    Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Singapura, wujud pula

    "Sistem Ejaan Kongres". Perubahan- perubahan seperti ini juga berlaku di Indonesia.

    Dengan ini dapat dikatakan bahawa kedua- dua buah negara mengalami perubahan

    sistem ejaan dari semasa ke semasa. Perbezaan ejaan yang wujud di Indonesia adalah

    menurut sistem ejaan cara Belanda sementara di Tanah Melayu, lebih kepada cara

    Inggeris. Perbezaan ejaan yang wujud ini telah mendapat perhatian ahli- ahli bahasa di

    kedua-dua buah negara untuk mengkaji dan menyemak semula sistem ejaan yang

    6

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    7/41

    digunakan (Ahmad Hafiz Wahy et al,2005). Secara tidak langsung proses penyatuan

    dan penyamaan sistem ejaan kedua-dua negara dapat dilakukan.

    Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah diusahakan oleh ahli- ahli

    bahasa berdasarkan rumusan-rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga.Usaha-usaha ini mendapat perhatian kerajaan dan pada tahun 1957, sebuah

    Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk untuk menimbangkan ketetapan-ketetapan yang

    telah diambil dalam Kongres tersebut berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya

    dengan ejaan bahasa Indonesia.

    Soal ejaan melangkah ke peringkat antarabangsa apabila satu perjanjian

    persahabatan di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia tercapai

    pada 17 April 1959. Kemudian, satu rundingan telah diadakan di Jakarta di antara

    Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh (Allahyarham)

    Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa

    Indonesia yang dipimpin oleh Dr. Slametmuljana ( Ahmad Hafiz Wahy et al,2005). Hasil

    daripada pertemuan ini, wujudlah pula "Ejaan Malindo". Akibat pergolakan politik,

    perkembangan selanjutnya tidak berlaku sehinggalah pada tahun 1966 apabila

    rundingan kali kedua telah diadakan untuk mengkaji dan memperbaiki Ejaan Malindo.

    Pada 23 Mei 1972, satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri

    Pelajaran Malaysia pada masa itu, (Allahyarham) Tun Hussein Onn dan Menteri

    Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mahsuri. Kenyataan Bersama

    tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah dipersetujui

    oleh para ahli daripada kedua-dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang

    Disempurnakan. Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi

    ialah perumusan dan pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu dan

    bahasa Indonesia pada 16 Ogos 1972. Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan

    Rumi Bersama (ERB) yang diguna hingga kini.

    BEBERAPA SISTEM EJAAN SECARA TERPERINCI

    SISTEM EJAAN LATIN PIGAFFETA

    Sepertimana yang diketahui, Pigafetta atau nama sebenarnya adalah Antonio

    Pigafetta iaitu seorang ahli pelayaran dibawah pimpinan Magellan. Beliau telah

    7

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    8/41

    mencatatkan sebanyak 426 perkataan dalam bahasa Melayu dan beberapa perkataan

    tempatan yang lain. Walaubagaimanapun senarai perkataan yang dikutip oleh Pigefetta

    tidaklah secara langsung daripada Maluku tetapi dari seorang Melayu Sumatera yang

    digelar Hendrick, iaitu seorang hamba magellan yang telah ikut serta dalam

    pelayarannya. Sistem ejaan yang diperkenalkan oleh beliau ini sebenarnya adalah

    berdasarkan oleh sistem ejaan Itali daripada dialek Vicentina. Pigeffeta telah

    menamakan senarai perkataan bahasa Melayu ini sebagai kosa kata yang digunakan

    oleh oleh Moorish atau Muslim. Senarai kosa kata ini dipetik daripada

    Bausani(1960:233-240). Contohnya seperti jadual disebelah:

    Senarai diatas sebenarnya berbeza sama sekali dengan apa yang disiarkan dan

    dikaji oleh pengkaji-pengkaji terdahulu seperti H. Schuchardt (1890), Le Roux (1929), J.

    Gonda (1938) dan Kern (1938). Kerana menurut Bausani (1960:230).........nobody

    among the above-named scholars took the pain of controlling the text of Pigafettas

    Malay list on the original manuscript of the ambrosiana library. They followed the

    editions of Robertson, Da Mosta, Denuce and others, who as we saw often misread the

    original.

    Menurut ejaan ini lagi perkataan Melayu mengandungi abjad-abjad yang boleh

    dipadankan dengan abjad bahasa Melayu moden melalui grafem-grafem dan nilai

    bunyinya. Ini dapat dilihat melalui jadual di bawah:

    Senarai pigefetta Bahasa inggeris ( terjemahan

    daripada bahasa itali dalam

    senarai asal)

    Ejaan bahasa melayu

    sekarang

    1. Allah God Allah2. horan pandita Wise man Orang pendeta3. bapa Father Bapa4. mama, ambui Mother Mama,ibu5. saudala Brother Saudara6. horan Man Orang7. cuda Horse Kuda8. gulla Honey(?) Gula9. roza Deer Rusa

    Bunyi

    Abjad bahasa Melayu

    moden

    Abjad/ejaan

    pigafetta

    Ejaan bahasa Melayu

    moden

    /a/ A Alla Allah/e/ E Hezoch Kecil/i/ I gigi,itich gigi,itik

    8

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    9/41

    Terdapat 4 catatan awal Pigafetta yang mengandungi senarai kosa kata Melayu.

    4 naskhah catatan awal itu masing-masing ialah satu naskhah Itali dan tiga naskhah

    Perancis yang diterjemahkan dalam bahasa Itali. Menurut Bausani abjad vokal pepet yang terdapat dalam bahasa Melayu atau bahasa Indonesia moden

    kebanyakannya dieja dengan menggunakan abjad senarai Pigafetta kecuali dalam

    beberapa patah perkataan contohnya gumbili (kembiri) yang dieja dengan abjad .

    Manakala menurut beliau lagi bunyi plosif /k/ dan /t/ pada hujung perkataan tidak

    digunakan, misalnya tungu ( tunjuk ), dan tumi (tumit ). Selain daripada itu penggunaan

    bunyi fonem /l/ dengan fonem /r/ adalah pengaruh daripada bahasa tagalog atau bahasa

    tempatan yang lain, misalnya dala (darah), alli (hari), dan kauir (kail) (Hashim

    Musa,1997:394).

    Bausani juga mengagumi akan ketepatan ejaan Pigafetta dan bersetuju dengan

    pendapat Le Roux (1929) yang menyatakan bahawa Pigefetta telah mempelajari bahasa

    Melayu dengan Hendrick, iaitu merupakan hamba kepada Magellan yang turut serta

    dalam pelayarannya dan mengikut Bausani juga berkemungkinan Pigefetta telah

    menyemak perkataan bahasa Melayu dengan Hendrick.

    EJAAN RUMI CRAWFORD

    John Crawford telah membuat percubaan untuk merumikan tulisan jawi pada

    tahun 1848. Menurut Crawford (1852:32) dalam bukunya A Grammar and Dictionary of

    Malay Language with Preliminary Dissertation, Vol.1: Dissertation and Grammar

    bahawa, skrip Arab sebenarnya tidak dapat melambangkan huruf bahasa Melayu

    dengan sempurna . Judul ini terdiri daripada empat buku iaitu buku pertama, iaitu jilid 1

    pula terdiri daripada dua buku, dan jilid 2 juga terdiri daripada dua buku. Jilid 1 buku

    pertama mengungkapkan sejarah bahasa Melayu. Diperlihatkan juga perbandingan

    perkataan bahasa Melayu dengan bahasa Jawa. Beliau juga mengatakan bahawa, skrip

    rumi dapat melambangkan dengan mudah bunyi-bunyi asli bahasa Melayu. Dalam

    proses merumikan ejaan bahasa Melayu, John Crawford telah mengambil abjad Jawa

    sebagai panduannya. Hal ini kerana beliau berpendapat bahawa bunyi yang dihasilkan

    menyamai bunyi bahasa Melayu huruf demi huruf.

    9

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    10/41

    Ejaan Crawford Ejaan Melayu Moden

    b bangkit bangkit

    ch - puchuk pucuk

    w - luwar luar

    n _ balana, buni balanya, bunyi

    Selain itu, terdapat perbezaan pada ejaan diftong ai yang menggunakan huruf e.

    Ejaan Crawford Ejaan Melayu Moden

    Pake pakai

    Pande pandai

    Crawford telah merumikan abjad-abjad yang melambangkan konsonan Arab yang

    dipinjam oleh bahasa Melayu.

    Huruf Jawi Huruf Rumi Crawford

    f

    h

    EJAAN RUMI HOUTMAN

    Awang Mohammad Amin (1983) telah memperjelas sejarah Ejaan Rumi

    Houtman secara terperinci. Menurutnya, Ejaan Rumi Houtman merupakan salah satu

    skrip Rumi dalam perkataan Melayu yang dihasilkan dalam abad ke-16 yakni diilhamkan

    oleh seorang pelayar Belanda bernama Cornelis de Houtman sewaktu beliau sampai ke

    Kepulauan Melayu pada tahun 1596. Beliau dikatakan telah melakukan penyenaraian

    terperinci mengenai perkataan Melayu semasa menjadi tahanan di Penjara Bantam,

    setelah ditangkap oleh Sultan Bantam III, Pengeran Muhammad. Beliau diarah supaya

    dipenjarakan kerana dikatakan berkonflik dengan Baginda atas soal salah faham dan

    kekasaran orang-orang Belanda. Namun, Houtman telah ditebus oleh pihak Belanda

    dan dibawa kembali ke Belanda pada tahun 1598. A.W. Hamilton telah membuat ulasan

    dan menyiarkan senarai kutipan perkataan yang dilakukan oleh C.Houtman. Senarai

    10

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    11/41

    C.Houtman tersebut yang dinamakan oleh A.W. Hamilton (1947) sebagai The first

    Dutch-Malay Vocabulary dinyatakan seperti berikut:

    SENARAI HOUTMAN MAKSUD DALAM BAHASA

    INGGERIS

    EJAAN MELAYU

    MODENBewangdarner To let blood Buang darahTerymacache Thank you Terima kasihBotonuum Found BertemuBalmary Yesterday KelmarinTyngal Remain with God TinggalEngat Remember IngatBacky Leg KakiBenue To Kill BunuhTsuyka Vinegar Cuka

    Chynta Sad (?) CintaKytab Book KitabEsteedat Custom Istiadat

    Aly The heart HatiBygimana How are youm BagaimanaCapelle Head KepalaTauwn Year TahunLambhyber Lip Bibir Tambagle Copper TembagaDyngijn Cold DinginToulong To help TolongMonda Young MudaKiunal Small KecilBuda Child BudakNegry Land NegeriTyma Lead Timah

    Sistem Ejaan Rumi menerusi senarai C. Houtman bagi bahasa Melayu pada

    hakikatnya tidak memperlihatkan kestabilan jika dibandingkan dengan yang ada dalam

    senarai Pigafetta. Banyak bunyi bahasa Melayu telah dilambangkan oleh lebih daripada

    satu bentuk abjad atau grafem yang berbeza yang berbeza-beza. Bahkan sepuluh jenisbunyi yang telah dilambangkan oleh tiga grafem yang berbeza-beza atau lebih.

    Antaranya termasuklah dua bunyi yang mempunyai lima lambang abjad iaitu bagi bunyi

    e pepet, abjad yang digunakan ialah a, e, I, o, y dan bunyi // abjad atau grafem yang

    digunakan ch, ts, tc, s, sy. Dua bunyi yang lain dilambangkan oleh enam abjad atau

    grafem. Bunyi tersebut ialah bunyi // dilambangkan oleh abjad atau grafem I, tg, y, s, g, i

    11

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    12/41

    dan bunyi /k/ dilambangkan oleh abjad atau grafem b, , c, k, q, I. Hanya tiga bunyi

    sahaja yang mempunyai padanan abjad yang sama, iaitu bagi bunyi e talling

    dilambangkan oleh abjad e (perak = peca), bunyi /d/ dilambangkan oleh abjad d (darah

    = darna), dan bunyi /I/ dilambangkan oleh abjad I (telur = teloot)

    Ada tiga bunyi yang mempunyai padanan abjad yang berlainan sama sekali iaitu

    bunyi /f/ padanannya ialah abjad f = v (Feringgi = vrangy), bunyi /d/ padanan grafem

    ialah dh = dd (kadhi = cadda), dan bunyi /w/ padanan abjadnya ialah w = v (nyawa =

    iagava). Bunyi diftong bahasa Melayu pula dilambangkan oleh satu abjad sahaja iaitu

    diftong /a/ dilambangkan oleh abjad vokal o (pondara = saudara) dan diftong /a/

    dilambangkan oleh abjad vokal I (bygimanan = bagaimana). Satu bunyi, iaitu bunyi

    geseran glottis /h/ yang lemah sifat artikulasinya dan mungkin tidak kedengaran oleh

    Houtman ketika mendengar sebutan kata-kata Melayu itu, tidak dilambangkan oleh

    sebarang abjad pada mana-mana posisi pun contohnya (tauwn = tahun), benu =

    bunuh, ariju = hati.

    EJAAN RUMI THOMAS BOWREY

    Ejaan Rumi Thomas Bowrey diperkenalkan oleh Thomas Bowrey (1710) dan

    hasilnya dijilidkan menerusi Kamus pertama Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu yang

    diterbitkan di London. Berikut disusunkan senarai beberapa perkataan dan ungkapan

    Melayu dalam tulisan Rumi yang dicatat oleh Bowrey dalam kamusnya.

    SENARAI BOWREY BAHASA INGGERIS EJAAN SEKARANG

    Kitta poonea My Kita punyaTuan poonea Thy, yours Tuan punyaDea poonea His Dia punyaCamee poonea Ours Kami punyaCamoo poonea Yours Kamu punyaDeaoran poonea Theirs Dia orang punyaPecataawan - PerkataanJanjeawn - Janjian

    Jamooawn - JamuanKookoorawn - Kukuran

    12

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    13/41

    Kirrimawn - KirimanPerboorooawn - PerburuanKajadeawn - KejadianTodohan Accusation TuduhanJamat Advice Jamat (?), jimat (?)Gocho Slap GocohPenoojoo Please Penuju (?), setuju (?)Chabang rampak Main branch Cabang rampakWarna salang Changeable colour Warna selangKaroot Rumple KerutToolah Punishment TulahSingah To call at SinggahGoogoor Fall of hair GugurDukun Native doctor Dukun

    Selain senarai dan ungkapan, Bowrey turut menurunkan ayat-ayat perbualansehari-hari dan juga dialog-dialog mengenai pelbagai tajuk. Antaranya termasuklah

    dialog antara dua sahabat, dialog dengan raja, dialog dengan shahbandar, dialog

    dengan penyukat rempah, dialog antara pedagang dengan rakan sekongsinya, dialog

    tentang pelbagai pelayaran, dialog tentang pelayaran dan sebagainya. Sebahagian

    potongan daripada teks tersebut diperturunkan seperti berikut menerusi olahan R.Mee

    (1929):

    TOOTOORAWN EANG CA SO POOLOO

    TOOTOORAWN ANTARA ORAN MALAYO ORAN NEGREE LAEN.

    De negree mana tuan. Kita oran Melayu, catawee de Darat besarr eang adda ka

    sabla Salatan Siam ca oojong tanjong etoo sabla Salatan eang namaee Tanjong Johor,

    daen enee la de sebootcan negree Malayo, lagee menampang ca Pooloo banyak etoo

    eang adda de bava angina.

    Sooda tuan menjalanee ca Passack negree Malayo, lagee menampang ca

    Pooloo banyak etoo eang adda de bava angina.

    Ea tuan, kitta soda menjalanee daen Menampang ca negree negree itu banyaktawon.

    TERJEMAHANNYA:

    TUTURAN YANG KESEPULUH

    TUTURAN ANTARA ORANG MELAYU DAN ORANG BARANG NEGERI LAIN.

    Dari negeri mana tuan?

    13

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    14/41

    Kita orang Melayu, ketahui di darat besar yang ada ke sebelah selatan Siam sampai ke

    hujung tanjung di sebelah selatan yang dinamai Tanjung Johor, dan inilah yang

    disebutkan negeri Melayu.

    Sudah tua menjalani ke pasak negeri Melayu, lagi menambahkan ke pulau-pulau

    banyak itu yang ada di bawah angin?

    Ya tuan, kita sudah menjalani dan menampang ke negeri-negeri itu banyak

    tahun.

    Dengan mengamati senarai perkataan dan juga dialog atau percakapan yang

    dinyatakan oleh Thomas Bowrey, maka satu padanan abjad antara ejaan Rumi bahasa

    Melayu moden dengan ejaan Rumi Bowrey bagi bahasa Melayu dapat dibuat seperti

    yang berikut:

    ABJAD BAHASA

    Melayu

    ABJAD

    BOWREY

    CONTOH EJAAN

    BOWREY

    EJAAN BAHASA

    MELAYU MODENA A Appa, kitaa Apa, kita

    Ae daen DanE E Edong,ecor hidung, ekor

    I killing KeelingI I Kitta, singgah kita, singgah

    E ecan, eto, jeka ikan, itu, jika

    Ee lagee, negree lagi, negeriAu Oo pooloo PulauB B bandar, choba bandar, cuba

    Sistem ejaan Rumi Thomas Bowrey sememangnya memperlihatkan cirri-ciri

    keantikannya, terutama sekali penggunaan gugus konsonan yang sama misalnya gg,

    dd, ll, rr, ss dan tt dan gugus vokal yang sama, iaitu ee dan oo, kesemuanya seolah-olah

    menonjolkan kepanjangan konsonan ataupun tasydid dan juga kepanjangan vokal untuk

    lambang vokal itu.

    Kehilangan lambang vokal e pepet tidak begitu ketara dalam Ejaan Rumi

    Thomas Bowrey ini, kerana hal tersebut hanya berlaku pada segelintir kata sahaja.

    Misalnya kata brat, praw, sabla dan frangee. Pada kata yang lain, e pepet dikekalkan.

    Misalnya besarr, segalla, sedekit, negree, dan lain-lain.

    14

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    15/41

    Misalnya:

    e ----- a tampat (tempat), sacaran (sekarang), salatan (selatan)

    e ----- u dungan (dengan), buggetoo (begitu),

    e ----- oo booloon (belum), persoombaawn (persembahan).

    e ----- ke Quedah (Kedah).

    Lambang bunyi yang mempunyai banyak kepelbagaiannya; iaitu empat varian

    dan lebih ialah e pepet (enam varian) ai, (empat varian) dan k (empat varian). Lambang-

    lambang yang mempunyai tiga varian adalah u, h, ng, ny, dan r.

    SISTEM EJAAN VAN OPHUIJSEN

    Pada tahun 1901 telah diadakan pembakuan ejaan bahasa Indonesia yang

    pertama kali oleh Prof. Charles van Ophuijsen dibantu oleh Engku Nawawi gelar Sutan

    Makmur dan Mohd. Taib Sultan Ibrahim. Hasil pembakuan mereka yang dikenal dengan

    Ejaan Van Ophuijsen ditulis dalam buku yang berjudul Kitab Logat Melajoe (1929,

    Cetakan ke-8 ) yang berasaskan sistem ejaan bahasa belanda. Dalam kitab ini telah

    menetapkan enam lambang vokal, dua lambang diftong dan 24 lambang konsonon.

    Daripada keseluruhan lambang ini, terdapat sembilan huruf yang berbeza iaitu 2

    vokal e(e), oe(u) dan tujuh konsonon lain antaranya adalah ch (kh), dj(j),j(y), (k,?) dan

    tj(c) Dalam kitab itu juga dimuat sistem ejaan Latin untuk bahasa Melayu di Indonesia.

    Van Ophuijsen adalah seorang ahli bahasa berkebangsaan Belanda. Ia pernah jadi

    instaktor sekolah di maktab perguruan Bukit tinggi,Sumatera Barat. Kemudian menjadi

    profesor bahasa Melayu di Universiti Leiden, Belanda. Setelah menerbitkan Kitab Logat

    Melajoe, Van Ophuijsen kemudian menerbitkan Maleische Spraakkunst(1910). Buku ini

    kemudian diterjemahkan oleh T.W. Kamil dengan judul Tata Bahasa Melayu dan menjadi

    panduan penutur bahasa Melayu di Indonesia.

    Selain daripada padanan abjad atau huruf, Ophuijsen juga telah menubuhkan

    kaedah-kaedah ejaan seperti imbuhan, bentuk klitik dan partikel yang digandingkan

    dengan kata dasar. Seperti rumahku, dan lihatlah tetapi untuk perkataan ke, didan se

    akan dipisahkan jika mendahului kata nama khas yang berhuruf besar dipangkalnya.

    15

    http://id.wikipedia.org/wiki/1901http://id.wikipedia.org/wiki/Charles_Adriaan_van_Ophuijsenhttp://id.wikipedia.org/wiki/Abjad_Latinhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Indonesiahttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Ahli_bahasa&action=edithttp://id.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://id.wikipedia.org/wiki/Bukittinggihttp://id.wikipedia.org/wiki/Sumatera_Barathttp://id.wikipedia.org/wiki/Universitas_Leidenhttp://id.wikipedia.org/wiki/1901http://id.wikipedia.org/wiki/Charles_Adriaan_van_Ophuijsenhttp://id.wikipedia.org/wiki/Abjad_Latinhttp://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayuhttp://id.wikipedia.org/wiki/Indonesiahttp://id.wikipedia.org/w/index.php?title=Ahli_bahasa&action=edithttp://id.wikipedia.org/wiki/Belandahttp://id.wikipedia.org/wiki/Bukittinggihttp://id.wikipedia.org/wiki/Sumatera_Barathttp://id.wikipedia.org/wiki/Universitas_Leiden
  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    16/41

    Manakala bentuk ejaan ka dan sa akan dieja dengan ke dan se. Dalam mengeja

    perkataan kata majmuk atau senyawa, jika perkataan tersebut sudah lazim dieja

    bercantum, maka ia terus dieja sedemikian dan terdapat juga perkataan yang jamak

    tidak menggunakan tanda sempang. Ini bermakna kata tersebut sudah mantap misalnya

    matahari, adakala, manakala, dan barangkali. Tanda angka dua sebagai pengganda

    boleh diletakkan pada hujung perkataan yang mengalami pergandaan penuh atau dieja

    dua kali seluruhnya. Namunpun begitu, jika berlaku pergandaan terhadap sesetengah

    perkataan seperti pergandaan separa, maka bahagian yang digandakan mesti dieja dua

    kali dan tidak boleh menggunakan angka dua.

    SISTEM EJAAN WILKINSON

    Ejaan Wilkinson (1901-1904) adalah ejaan yang digunakan dalam pendidikan

    sekolah Melayu di seluruh Malaya pada ketika itu. Sistem Ejaan Rumi Wilkinson yang

    digunakan secara rasmi di semua sekolah-sekolah umum adalah sama dan seragam

    dengan yang digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karya Wilkinson sendiri

    yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir 1940-an. Pedoman ejaan Rumi Wilkinson

    adalah berdasarkan kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun oleh beliau pada tahun

    1903. Wilkinson mengambil pendekatan terjemahan daripada Jawi kepada Rumi

    sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi Melayu. Wilkinson menyebut bahawa ada dua

    sistem yang logik bagi perumian bahasa Melayu. Sistem yang pertama ialah perumian

    secara harapiah menurut ejaan manakala sistem yang kedua pula ialah perumian

    secara fonetik menurut sebutan sesuatu kata. Yang dimaksudkan secara harapiah ialah

    pengambilan huruf-huruf Jawi yang membentuk sesuatu kata dan memadankannya

    dengan huruf-huruf Rumi tertentu yang diterima.

    Kebaikan kaedah harapiah adalah kerana ia dapat menjurus kepada

    keseragaman dengan maksud mengurangkan kaedah tersendiri seseorang penulis

    manakala kelemahannya adalah kerana sistem vokal bahasa Arab tidak cukup untuk

    disamakan dengan bunyi-bunyi vokal Melayu. Kelemahan sistem ini adalah wujudnya

    kelemahan fonetik dengan suatu tempat dalam bahasa Melayu terdapat dialek.

    Mengikut kaedah fonetik semua perkataan Inggeris yang diserapkan ke dalam bahasa

    Melayu akan dieja mengikut sebutan Melayu. Selain daripada itu, perkataan arab juga

    mengalami perubahan apabila digunakan dalam bahasa Melayu. Sebagai contoh

    perkataan arab yang belum diserap sepenuhnya, proses untuk transliterasi dicadangkan

    16

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    17/41

    untuk tidak membezakan antara huruf yang hampir serupa seperti perkataan yang

    membawa hampir sama bunyinya. Seperti tho dan ta, sin dan sod dan kaf dan

    qof (Hashim Musa,1997:429).

    Menurut Hashim Musa (1997:429) perkataan bahasa melayu sebenarnyamenunjukan makna atau pembentukan katanya yang lebih jelas dan terang seperti

    perkataan kemudian (bukannya kemedian),demikian (bukannya demekian) dan arakian

    (bukanya arekian). Perkataan kata dasar yang mempunyai imbuhan adalah sama

    maksudnya dengan kata dasarnya walaupun ada perbezan bunyi. Misalnya menyabelah

    dari perkataan sa-belah dan bukanya menyebelah seperti ejaan yang kita gunakan

    sekarang.

    Menurutnya lagi, terdapat cara pemilihan antara vokal o dengan vokal u dalam

    perkataan yang hampir sama dari segi sebutannya contohnya vokal o digunakan jika

    pada suku kata akhir yang berpola ong, oh dan ok misalnya kepong, buloh, dan merbok.

    Tetapi jika terdapat keserasian vokal o-o dalam sesuatu perkataan, maka vokal o

    digunakan walaupun pada suku kata akhir berpola tersebut seperti pohon, bobos, kotor

    dan bogot. Manakala pemilihan vokal u adalah untuk suku kata akhir berpola um, un,

    ut, ul, us dan urmialnya bagi perkataan minum, tahun, turut, betul, hangus dan labur.

    Bagi perkataan yang berbunyi antara vokal e dan i pada suku kata yang berakhir

    dengan bunyi h dan k, digalakkan supaya penggunaan vokal e, misalnya kata aleh dan

    chantek. Pada kedudukan yang lain, vokal i dipilih misalnya untuk perkataan kepit,

    keping, kerdildan mancit(Hashim Musa,1997:430).

    Dalam sistem ejaan ini, berlaku keselarasan vokal pada praakhir dan akhir kata

    bersuku dua tertutup. Contoh keselarasan vokal adalah a-e (taling) bagi perkataan aleh,

    (pepet) e(taling) bagi perkataan lbeh dan u-e (taling) bagi perkataan usek

    (Ensiklopedia Malaysia,1999:708). R.O. Winstedt (1914:43) dalam bukunya telah

    menyatakan kekagumannya terhadap jawatankuasa ejaan rumi pimpinan wilkinson

    dalam bukunya yang bertajuk malay grammar pada halaman 43 hingga 50. buku ini

    mengandungi ulasa tentang usaha-usaha terdahulu untuk merumikan bahasa melayu

    seperti wilkinson, marsden dan lain-lain. Dalam ulasannya itu, beliau berpendapat

    sistem ejaan wilkinson dalam penggunaan sempang hendaklah dikurangkan sebanyak

    mungkin. Namun sempang digunakan untul memisahkan kata depan dan partikel

    17

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    18/41

    daripada kata dasar misalnya sa-kali pun, ka-rumah dan di-dalam-nya (Hashim

    Musa,1997:431).

    Pada tahun 1895, M, R.J. Wilkinson menyusun kamus Inggeris-Melayu. Menurut

    Harun Aminurrashid (1996) berpendapat bahawa kamus ini sangat berguna dan sangatmendalam penyiasatan bahasa Melayunya. Tidak lama selepas itu, Wilkinson menyusun

    kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang diterbitkan pada tahun 1902 M. Wilkinson bertugas

    sebagai nazir sekolah di Jabatan Pelajaran di Negeri-negeri Bersekutu (Selangor, Perak,

    Pahang, Negeri Sembilan). Beliau telah dilantik menjadi Pengerusi Jawatankuasa Ejaan.

    Sejak daripada itu terkenallah Ejaan Wilkinson, iaitu ejaan yang terdapat di dalam

    kamusnya tersebut. Kamus ini dapat dianggap unik kerana abjadnya mengikut abjad

    Jawi. Oleh yang demikian, di bawah kata masukkan A, terdapat juga U, E, I, dan O. Ini

    berlaku kerana alif mewakili semua vokal. Setelah kata masukan alif, ia diikuti olehba, ta dan seterusnya sampai ya.

    Selain daripada itu, koma atas seperti () dan () masing-masing melambangkan

    hamzah dan ain. Tanda ini digunakan sama ada pada awal kata, akhir suku kata atau

    pada akhir kata, contohnya, pada awal kata, alam, amal, dan alim. Manakala pada

    akhir suku kata, seperti rayat, taat, saat, dan pada akhir kata, seperti dato, dan enche

    (Ensiklopedia Malaysia,1999:708).

    SISTEM EJAAN KONGRES (1956)

    Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III yang diadakan di Singapura dan

    Johor Baharu pada 16 hingga 21 September 1956.Dalam sidang tersebut,

    Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu telah menghasilkan kertas kerja yang

    bertajuk Ejaan Bahasa Melayu dengan Huruf Rumi. Kertas kerja tersebut ditulis oleh

    Asraf yang merupakan salah seorang ahli bahasa yang menganggotai Angkatan

    Sasterawan 50 (ASAS 50).

    Tujuan diadakan kertas kerja tersebut adalah kerana, pada waktu itu, terdapat

    berbagai-bagai ejaan yang membuatkan kekeliruan pengguna bahasa terhadap ejaan

    sekolah. Oleh sebab itu, kertas kerja Asraf mencadangkan perkara berikut:

    18

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    19/41

    1) Satu sistem yang lebih baik serta praktis perlu difikirkan dan diwujudkan

    dalam pelaksanaan.

    2) Sistem ejaan baku ini haruslah semudah-mudahnya tetapi tidak harus

    dipermudah-mudahkan.

    3) Ejaannya haruslah merupakan ejaan persekutuan yang boleh dijadikan dasar

    untuk penyatuan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia yang sebenarnya

    satu dan sama sahaja.

    Berdasarkan kertas kerja tersebut, jelas menunjukkan bahawa sistem ejaan ini

    bermatlamat untuk menyatukan sistem ejaan rumi yang digunakan di Persekutuan

    Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia. Sistem ejaan Rumi di Tanah Melayu dan

    Indonesia berbeza disebabkan oleh penjajah kedua-dua negara ini berbeza. Sistem

    ejaan yang wujud di Indonesia adalah menurut sistem ejaan cara Belanda sementara di

    Tanah Melayu, lebih kepada cara Inggeris. Kelainan- kelainan yang wujud ini telah

    mendapat perhatian ahli- ahli bahasa di kedua-dua buah negara untuk menyamakan

    dan menyatukan sistem ejaan.

    Melalui sidang kongres tersebut, mereka telah membuat 16 ketetapan tentang

    ejaan bahasa Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi bahasa, dan satu ketetapan tentang

    tulisan jawi. Satu daripada prinsip ejaan yang ditetapkan ialah menggunakan sistem

    fonologi atau fonemik iaitu melambangkan satu fonem dengan satu grafem atau hurufsahaja.

    Ejaan Zaba Ejaan Kongres

    sy ch cng ny ee

    Huruf vokal diberi nama yang sama dengan nilai bunyi fonemnya. Vokal dalamsistem ini terdiri daripada vokal a, e, , i, o, dan u. Dari segi vokal, Kongres telah

    menetapkan penggunaan vokal i atau vokal u dalam suku kata akhir tertutup tanpa

    sebarang kekecualian.

    19

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    20/41

    Ejaan Zaba Ejaan Kongres

    balek balik

    jatoh jatuh

    datok datuk

    burong burung

    bubor bubur

    Huruf konsonan pula, hanya dapat dibuat setelah mendapat bantuan daripada

    vokal rumi asli dalam sistem ejaan ini yang berjumlah 17. Konsonan yang dimasudkan

    ialah [b], [c], [d], [f], [h], [j], [k], [l], [m], [n], [], [p], [q], [r], [s], [t], dan [w]. Sementara

    konsonan [g], [v], [x], dan [z] digolongkan ke dalam huruf pinjaman kerana konsonan

    tersebut hanya digunakan apabila mengeja kata pinjaman.

    Ejaan Kongres juga menetapkan supaya perkataan dieja berdasarkan

    sebutannya yang asal atau yang lebih menghampiri ejaan Indonesia.

    Ejaan Zaba Ejaan Kongres

    ayer air

    kerana karena

    sadikit sedikit

    pesaka pusakawang uang

    erti arti

    ugama agama

    kesah kisah

    ka ke

    sa se

    Melalui sidang kongres tersebut juga, tanda sempang dihapuskanpenggunaannya kecuali pada tiga tempat sahaja iaitu pada kata gandaan, kata majmuk

    dan digunakan untuk memisahkan bahagian yang tidak dapat ditulis sepenuhnya kerana

    kehabisan halaman.Imbuhan di-, ke-, ter-, -kan, -an, serta partikel lah, -tah, -kah, dan

    nya, dicantumkan dengan kata dasar tanpa penggunaan sempang.

    20

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    21/41

    Ejaan Zaba Ejaan Kongres

    bila-kah bilakah

    apa-lah apalah

    Namun, ejaan Kongres ini tidak dapat dilaksanakan secara meluas. Sebaliknya

    ejaan zaba terus digunakan dalam sistem pendidikan Malaya. Hal ini kerana masalah

    kerumitan untuk melambangkan beberapa huruf atau grafem yang tidak terdapat dalam

    mesin taip atau alat cetak.

    Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah diusahakan oleh ahli- ahli

    bahasa berdasarkan rumusan- rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu

    Ketiga. Usaha- usaha ini mendapat perhatian kerajaan dan pada tahun 1957, sebuah

    Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk untuk menimbangkan ketetapan-ketetapan yang

    telah diambil dalam Kongres tersebut berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya

    dengan ejaan bahasa Indonesia.

    EJAAN RUMI ZABA

    Sistem Ejaan Rumi Zaba muncul apabila Pendita Zaba telah membuat

    perubahan kepada sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ini juga dikenali sebagai Ejaan

    sekolah. Sistem ini digunakan di sekolah-sekolah di Tanah Melayu. Sistem ejaan RumiZaba daripada satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang

    beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan

    penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi.

    Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Zaba menjadi bertambah sukar kerana adanya

    pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa

    sistem ejaan Rumi yang lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa

    dan dwibahasa yang terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-an. Menurut Sistem

    Ejaan Rumi Zaba dalam penggunaan ejaan rumi pada ketika itu kerap kali telahmenimbulkan kekeliruan dan keraguan sama ada kerana kesalahan ataupun kerana

    tidak sekata dalam mengikuti peraturan tersebut. Pendita Zaba telah menggariskan

    sebanyak lapan tempat yang seringkali mencetuskan persoalan, iaitu :

    21

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    22/41

    i. Pada segenlintir suku kata tertutup, iaitu sama ada menggunakan vokal i

    atau vokal e, dan vokal u atau vokal o;

    ii. Pada bunyi diftong (Zaba: bunyi berkait) sama ada menggunakan ai atau

    ai atau ae, dan ui atau ui atau ue;

    iii. Pada perkataan dialek yang berbeza sebutannya menyebabkan berbeza

    ejaannya;

    iv. Pada ejaan yang menggunakan dua abjad g tetapi kerap menggunakan

    satu g sahaja;

    v. Pada kata pinjaman Arab dan Inggeris sama ada hendak dieja menurut

    sebutan asal atau sebutan Melayu;

    vi. Pada ejaan awalan se dan ke, sama ada hendak dieja seperti demikian

    atau sa dan ka;

    vii. Pada penggunaan sempang, iaitu tidak tetap sama ada patut

    menggunakan sempang, atau perlu disambung tanpa menggunakan

    sempang;

    viii. Pada penggunaan huruf besar, juga tidak tetap.

    Untuk mengatasi kelapan-lapan masalah tersebut Zaba telah menyusun kaedah

    ejaan Rumi Bahasa Melayu, yang sebahagian besarnya berdasarkan Ejaan Wilkinson.

    Zaba telah membahagikan abjad-abjad bahasa Melayu kepada dua kumpulan iaitu:

    i. Huruf saksi yang merupakan vokal yang terdiri daripada enam abjadi

    iaitu a, e, e, i, o, dan u, dan;

    ii. Huruf benar, iaitu konsonan yang terdiri daripada 21 abjad.

    Zaba tidak menyenaraikan abjad-abjad itu, hanya beliau menonjolkan abjad-

    abjad konsonan yang tidak berpadanan satu lawan dengan abjad Jawi. Pada hakikatnya

    hal tersebut sama seperti yang dilakukan menerusi Sistem Ejaan Wilkinson. Oleh itu

    bolehlah dianggap bahawa senarai abjad konsonan Zaba menyamai senarai konsonan

    Ejaan Wilkinson. Untuk mengatasi lapan masalah yang disebutkan di atas, Zaba telah

    mengemukakan 40 peraturan. Peraturan 1 hingga 5 menyentuh keserasian vokal dalam

    suku kata pertama dan kedua jika jika suku kata kedua itu suku kata tertutup. Antara

    beberapa peraturan yang dimaksudkan tersebut adalah seperti yang berikut:

    22

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    23/41

    i. Jika h dan k adalah huruf akhir dalam suku kata akhir tertutup, maka

    vokal e yang dipilih bukan vokal i pada suku kata itu. Contohnya aleh,

    leteh, sireh, tueh, balek, batek, chantek dan sebagainya, kecuali jika

    terdapat deretan bunyi diftong a-i, maka ejaan diftong dikekalkan.

    Contohnya, naik, baik, raih, dan sebagainya.

    ii. Jika suku kata akhir tertutup, bukan diakhiri oleh konsonan h dan

    konsonan k, maka vokal i digunakan bukannya vokal e. Contohnya

    nasib, katil, kutip, pasir dan sebagainya, kecuali jika vokal dalam

    suku kata pertama ialah vokal o dan vokal e, maka vokal e digunakan

    bukannya vokal i. Contohnya deret, leher, bogel, chomel, montel dan

    sebagainya.

    iii. Perkataan pinjaman daripada bahasa Arab jika belum diasimilasi

    sepenuhnya, hendaklah dieja mengikut bunyi asalnya (memakai tanda

    dan sebagainya) dan ditulis dengan huruf condong. Contohnya:

    wasalam, ahlun-nujum, amiruI-minim, dan sebagainya.

    iv. Imbuhan pe- dan me- tidak mengalami perubahan bunyi jika

    digandingkan dengan kata dasar yang berawalkan hurufi, m, n, ng, ny,

    r, w,dan y.

    v. Perkataan yang menggunakan huruf r pada akhir suku kata pertama

    dikekalkan ejaan menurut sistem ejaan Wilkinson. Misalnya: (rsahaja)

    berteh, terbang, terpa, terkam, merdu dan lain-lain, (re) meregang,

    berebut dan sebagainya.

    vi. Semua perkataan yang mengandungi hurufnga dan ga yang berderet,

    dalam tulisan Jawi dieja dengan dua g dalam tulisan Rumi. Contohnya:

    langgar, hinggap, manggis, menanggong, menenggelamkan dan

    sebagainya.

    vii. Perkataan yang dipinjam daripada bahasa Inggeris yang sudah

    diasimilasi sepenuhnya dengan bunyi Melayu, dieja mengikut sebutan

    Melayu. Contohnya: saman, repot, pereman, geran, sain, rasip dan

    sebagainya.

    viii. Jika kata dasar berawalkan hurufb dan p, maka awalan pe- dan me-

    mengalami perubahan jika disepadukan dengan kata dasar yang

    berawalkan huruf i, m, n, ng, ny, r, w dan y. Contohnya: pelawat,

    melawat, pemalas, penaung, penyanyi dan sebagainya.

    23

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    24/41

    ix. Jika perkataan perkataan asal berawalkan hurufa, e, e, i, o, u, g, h, k,

    maka imbuhan pe- dan me- berubah menjadi peng- dan meng-.

    Misalnya, (pe) pengaku, pengempang, pengekor, pengikut,

    penggali, penghubung, pengait dan (me) mengaku, mengamok,

    mengelak, mengata dan sebagainya. Manakala sebagainya. Huruf k

    dalam kata dasar gugur kerana tak bersuara, kecuali dalam kata

    pinjaman Arab yang mengekalkan huruf k. Misalnya mengkitabkan,

    dan juga dalam perkataan mengkemudiankan.

    x. Bentuk si- (yang sebenarnya partikel) dan tetap dieja dengan

    sempang, dan hurufs dalam bentuk si- dieja dengan huruf besar jika

    berganding dengan nama khas. Contohnya: si-mati, si-laki, si-Abu, di-

    bawa, dan sebagainya. Kekecualiannya ialah dalam ejaan perkataan

    sianu dan siapa yang tidak memakai sempang.

    xi. Huruf besar digunakan dengan menurut dua kaedah, yang pertama

    pada awal perkataan di pangkal ayat, kemudian daripada noktah,

    kemudian daripada tanda Tanya jika bukan percakapan pengarang,

    kemudian daripada tanda seruan jika seruan itu bukan percakapan

    pengarang, huruf pertama pada perkataan yang mendahului setiap

    baris syair atau pantun, huruf pertama pada cakap ajuk dan huruf

    pertama dalam perkataan teriakan. Yang kedua pada huruf awal dalam

    kata nama khas atau gelaran,nama Tuhan kata gantinya, nama tempat,

    nama bangsa, nama gelaran atau pangkat, nama kitab-kitab, surat

    khabar, tajuk atau fasal dalam kitab, nama-nama ilmiah dan bidang-

    bidangnya, nama bulan, hari cuti dan sebagainya, dan nama perkara

    atau benda yang diserukan.

    Sistem Ejaan Zaba ini telah digunakan secara meluas di sekolah-sekolah dan

    intitusi pendidikan di Malaya sehingga ke tahun lima puluhan, walaupun sewaktu

    pendudukan Jepun, adanya Ejaan Fajar Asia. Di Indonesia, terdapat sistem Ejaan

    Soewandi yang juga terkenal dengan nama Ejaan Republik yang mula digunakan pada

    tahun 1947 (S.T. Alisjahbana, 1964:32), yang menukarkan Ejaan Van ophuijsen antara

    lain vocal oe kepada u, menghilangkan tanda gores di atas e talling sehingga tidak

    membezakannya dengan e pepet dan menghilangkan dua titik di atas vocal yang

    24

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    25/41

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    26/41

    Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi

    kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta taraf standartitasiyang tinggi berbanding

    sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan sistem wahana yang cekap

    dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akan datang.

    Menurut Sulaiman Masri et al. (2006:5)perkara-perkara penting yang terdapat

    dalam sistem ini ialah penggunaan abjad, penulisan kata dan penulisan unsur serapan.

    Dalam sistem ini ejaan baru ini mengandungi 26 huruf iaitu a, b, c, d, e, f, g, h, i, j, k, l,

    m, n, o, p, q, r, s, t, u, v, w, x, y dan z. Dokumen yang menjadi rujukan rasmi tentang

    Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (SERBBM) termasuklah penerbitan-

    penerbitan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka anataranya Pedoman Umum Ejaan

    Bahasa Malaysia (1975, edisi kedua 1987), Pedoman Umum Pembentukan Istilah

    Bahasa Malaysia (1975, edisi semakan 1991), Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia(1981, edisi kedua 1988), Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1996), Pedoman

    Sebutan Baku Bahasa Melayu (1994), Pedoman Ejaan dan Sebutan Bahasa Melayu

    (1996), Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986, edisi kedua 1987, edisi ketiga

    1993), Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu (1996) dan Daftar Kata Bahasa Melayu,

    Jilid I (A-K) dan Jilid II (L-Z) (2001).

    SISTEM EJAAN RUMI 1878

    Pengenalan kepada Ejaan Rumi 1878 merupakan hasil inisiatif yang dicetus

    menerusi jawatankuasayang ditubuhkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu di bawah

    kerajaan British. Hal ini lanjutan daripada satu pekeliling ajaran Lord Carnavon yang

    mengesyorkan pembentukan satu sistem ejaan Rumi yang baku untuk mengeja nama-

    nama orang dan kawasan tempatan di negeri-negeri ini. Jawatankuasa ini telah

    memperkenalkan sistem perumian berdasarkan tiga kumpulan bunyi, iaitu vokal, diftong

    dan konsonan, seperti yang berikut:

    1) Vokal

    Ada enam lambang vokal. Lima daripadanya mempunyai bentuk pendek dan

    panjang. Bentuk pendek ditandai dengan lambang diakritik di atasnya, manakala bentuk

    26

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    27/41

    panjang tiada sebarang tanda. Berikut disenaraikan beberapa senarai abjad vokal dan

    contoh bunyinya dalam bahasa Inggeris, serta contoh ejaan perkataan Melayunya:

    VOKAL BUNYI DALAM BAHASA

    INGGERIS

    CONTOH DALAM

    BAHASA MELAYUA Diploma makanE Ten sendokO Provokasi tongkatU Full tunjuk

    2) Diftong

    Ada dua bunyi diftong, iaitu huruf au dan ei, yang digunakan dalam bahasa Melayu.

    Misalnya:

    au ---- bakau, kerbau

    ei ----- sungei, bagei

    3) Konsonan

    Jawatankuasa ini turut membezakan bunyi konsonan yang digunakan dalam

    bahasa Melayu sepenuhnya dengan konsonan yang terdapat dalam perkataan pinjaman

    Arab sepenuhnya. Hal tersebut dapat dilihat seperti yang berikut:

    KONSONAN MELAYU SEBUTAN DALAM

    BAHASA INGGERIS

    NAMA MELAYU

    B - ba

    G Seperti dalam gain gaNg seperti dalam singing NgaT lembut, hujung lidah di

    gigi

    Ta

    Th seperti dalam thick Tha Jika di tengah kata

    menandakan pemisah

    hamza

    27

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    28/41

    suku kata seperti sa

    orang, jika di hujung kata

    sama dengan k

    KONSONAN ARAB BUNYI NAMA MELAYUD Keras DaS Keras seperti ss sodT Keras, di langit mulut Ta

    Namun begitu, pengenalan jawatankuasa ini telah menerima kecaman daripada

    Maxwell dan juga Shellabear (1899). Shellabear mengkritik penggunaan lambang e

    untuk mewakili bunyi vokal seperti dalam Perumian Jawatankuasa 1878 di atas. Beliau

    telah mengesyorkan supaya vokal pendek itu tidak dilambangkan oleh sebarang ejaan

    kerana mungkin menimbulkan kesalahan dari segi ejaannya.

    SISTEM EJAAN MALINDO

    Masalah ejaan dahulunya merupakan masalah kebangsaan, sudah menjadimasalah antarabangsa dengan adanya rundingan pihak Malaysia (yang dahulunya

    malaya) dengan Indonesia. Selama dua tahun menjalankan kajian dan rundingan

    akhirnya pada tahun 1959, termaktublah perjanjian persahabatan diantara Persekutuan

    Tanah Melayu dan republik Indonesia. Satu perjumpaan diantara Jawatankuasa Ejaan

    Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail pengan

    panitia pelaksanaan dan penyelidikan bahasa Indonesia iaitu Dr. Slametmuljana pada

    tahun yang sama telah menghasilkan satu ejaan baru yang dikenali sebagai Ejaan

    Malindo. Menurut Asmah Haji Omar (154:1993) Ejaan Malindo ini tidak pernahdiumumkan. Oleh itu kita tidak tahu bentuk dan sistem ejaannya.

    Walaubagaimanapun Ejaan Malindo yang dihasilkan ini terbantut usahanya

    disebabkan tercetusnya konfrontasi. Setelah itu ia disambung semula setelah terhenti

    kira-kira hampir 7 tahun iaitu pada 1966 dan hasil rundingan ini menimbulkan

    28

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    29/41

    kesefahaman diantara kedua-dua pihak terutamanya pihak indonesia. Dalam rundingan

    ini beberapa perkara dititik beratkan antaranya adalah tentang soal bahasa dalam

    jangka masa panjang, pertukaraan antara bahan-bahan yang berkenaan dengan

    bahasa dan sastera, dan soal pemakaian istilah-istilah. Kolonel wahju sukatjo iaitu

    seorang pemimpin bahasa indonesia telah berkunjung ke dewan bahasa dan pustaka

    bersama dengan delegasi kebudayaan pada bulan September 1966.

    Dalam rombongan tersebut beberapa isu telah dibangkitkan, antaranya yang

    menjadi perhatian adalah berkaitan dengan pengesyoran perlaksanaan Ejaan Malindo

    (1959) kepada kedua-dua kerajaan. Begitu juga dengan penyelarasan istilah diantara

    bahasa Indonesia dengan bahasa Malaysia. Oleh itu, satu kertas kerja telah

    dibentangkan bagi perlaksaan sistem ejaan ini. Walaubagaimanapun terdapat beberapa

    perubahan dan pembaharuan dalam Sistem Ejaan Malindo ini kerana sistem ejaan inibelum lagi dilaksanakan dikedua-dua buah negara. Oleh itu, kata sepakat telah dicapai

    dan dipersetujui oleh kedua-dua negara dan ejaan yang telah dipersetujui itu mula

    dikenali sebagai Ejaan Bersama Malaysia-Indonesia yang ikenali secara umum sebagai

    Ejaan Baharu.

    Sistem Ejaan Rumi Baharu (ERB).

    Perjumpaan antara pihak Malaysia dengan Indonesia dalam meneliti ejaan

    Malindo telah mengemukakan pendapat lain iaitu satu kertas kerja tentang ejaan

    baharu. Setelah kedua-dua pihak membuat penelitian dan pemerhatian yang mendalam

    terhadap usul-usul yang dikemukakan berdasarkan tiga prinsip iaitu praktis, ekonomi

    dan ilmiah maka pada 27 Jun 1967, satu laporan lengkap yang berkaitan tentang

    sistem ejaan baru telah di tandatangani oleh kedua-dua pihak. Akhirnya pada tahun

    1972 satu kenyataan bersama telah di tandatangani antara menteri pelajaran Malaysia

    ketika itu dengan menteri pendidikan dan kebudayaan Indonesia. Oleh itu secara

    rasminya pada 16 Ogos 1972 sistem ejaan ini telah diguna pakai oleh kedua-dua buah

    negara. Sistem ejaan ini dinamakan sebagai Sistem Ejaan Rumi Baharu.

    Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang

    yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu

    merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat

    supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu

    29

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    30/41

    serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah

    masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah

    pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat

    diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa

    Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip linguistik, ekonomi

    kesederhanaan, kejelasan dan fleksibeliti serta taraf standart yang tinggi berbanding

    sistem yang dulu. Sistem Ejaan Rumi baharu ini merupakan sistem wahana yang cekap

    dan mudah untuk sistem ejaan rumi yang akan datang.

    Menurut Ensiklopedia Malaysia (1999:706) dalam sistem ejaan ini, hanya ada

    satu huruf e bertanda () atau huruf e pepet terdapat dalam sistem ejaan Zaba

    digugurkan contohnya mak menjadi emak, kledek menjadi keledek. Walaupun

    digugurkan, fungsi huruf e yang melambangkan pepet dan e taling dikekalkan.Perubahan konsonan juga berlaku dalam sistem ejaan baru ini. Contohnya gabungan 2

    perkataan yang di gugurkan salah satunya yang membawa maksud yang sama seperti

    ch akan menjadi cdalam perkataan chuba menjadi cuba dan chuacha akan menjadi

    cuaca. Manakala bagi perkataan lain adalah dh menjadi ddalam perkataan mudharat

    menjadi mudaratdan sh menjadi sydalam perkataan sharatmenjadi syarat.

    Manakala perubahan dalam penggunaan () dan () yang melambangkan

    hamzah dan ain akan digugurkan dan digantikan dengan konsonan kcontohnya maana

    menjadi makna dan perkataan enchemenjadi encik. Dalam sistem ini juga konsonan v

    dan xdiperkenalkan untuk digunkan secara meluas. Sistem ejaan ini menetapkan 18

    keselarasan yang utama. Keselarasan disini bererti kesesuaian huruf vokal yang

    membentuk dua suku kata pradasar iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku

    praakhir dengan huruf vokal pada suku kata tertutup. Jadual dibawah menunjukkan

    perubahan keselarasan vokal sistem Zaba:

    a-e taling Menjadi a i Aleh menjadi alih

    a-o Menjadi a u batok menjadi batuka pepet-e taling Menjadi e i Lebeh menjadi lebih

    EJAAN RUMI FAJAR ASIA

    30

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    31/41

    Sistem ejaan rumi Fajar Asia digunakan oleh majalah Fajar Asia yang diterbitkan

    di Singapura. Majalah berbahasa Melayu yang menggunakan sistem ejaan ini terbit

    pada awal tahun 1940-an, iaitu semasa Jepun menduduki Tanah Melayu dan Singapura.

    Ejaan ini mempunyai persamaan dengan sistem Ejaan Soewandi yang digunakan di

    Indonesia. Hal ini berlaku kerana dasar pemerintahan Jepun pada waktu itu hendak

    menyatukan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Indonesia. Huruf yang

    digunakan dalam Sistem Ejaan Fajar Asia hamper sama dengan huruf yang digunakan

    dalam Sistem Ejaan Wilkinson dan Sistem Ejaan Rumi Zaba.

    Asmah Haji Omar (1993) mengatakan bahawa, huruf Vokal dalam Sistem Ejaan

    Fajar Asia juga menggunakan enam vokal yang terdiri daripada a, , e, i, o, dan u. Huruf

    konsonannya pula adalah mengikut Sistem Ejaan Zaba. Ejaan Fajar Asia ini

    kemudiannya digunakan oleh Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) sebagai ejaan rasmi

    mereka.

    1) Konsonan

    b budak r rehat

    ch chuacha t tuan

    d desa w wangg getah y yang

    h hantu z zat

    j jari sh sharat

    l lari kh khabar

    m muda dh dhuka

    n nasi ny nyiru

    ng pisang s sebat

    2) Vokal

    a - anak I - ikan

    - blok o - otak

    e - kelak u - upih

    31

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    32/41

    3) Diftong

    ai - sampai oi - amboi

    au - limau

    4) Imbuhan

    Sistem ejaan ini menetapkan supaya imbuhan (awalan dan akhiran) ditulis

    serangkai dengan kata dasar untuk membentuk kata terbitan.

    a) Imbuhan awalan b) Imbuhan akhiran

    ber- berjalan -lah tidurlah

    ter- termakan -kah salahkah

    EJAAN BARU BAHASA INDONESIA (1966)

    Lukman Ali (2000) menyatakan bahawa pada tanggal 17 April 1959, diadakan

    perjanjian persahabatan antara Republik Indonesia dengan Persekutuan Tanah Melayu.

    Republik Indonesia diwakili oleh Perdana Menteri Ir. H. Djuanda Kartawidjaja, manakala

    Persekutuan tanah Melayu diwakili oleh timbalan Perdana Menteri Dato Hussein Onn.

    Seterusnya pada tanggal 4 hingga 7 Desember 1959 telah diadakan sidang bersama

    antara Panitia Pelaksana Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia yang diketuai

    oleh Prof. Dr. Slametmuljana dengan Jawatankuasa Ejaan Rumi Baharu Persekutuan

    Tanah Melayu yang dipimpin oleh Syed Nasir bin Ismail yang berlangsung di Jakarta.

    Sidang bersama tersebut telah menghasilkan Pengumuman Bersama Ejaan

    Bahasa MelayuIndonesia (Malindo). Pengumuman bersama tersebut menyatakan

    bahawa kedua-dua pemerintah akan merasmikan Ejaan Malindo selewat-lewatnya pada

    bulan Januari 1962. Namun Ejaan Melindo tidak dapat dilaksanakan kerana masalah

    Konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia.

    32

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    33/41

    Namun disebabkan keinginan kedua-dua negara untuk memperbaiki ejaan,

    maka Lembaga Bahasa dan Kebangsaan Indonesia telah ditugaskan untuk membina

    dan mengembangkan bahasa Indonesia dalam segala aspek. Seterusnya persidangan

    bersama antara Panitia Pelaksana Kerjasama Bahasa MelayuBahasa Indonesia

    dengan Jawatan kuasa Ejaan Rumi Baharu Persekutuan Tanah Melayu telah dibuat

    selepas berakhirnya kofrontasi dan menghasilkan Sistem Ejaan Baharu Bahasa

    Indonesia.

    Bahasa Indonesia mempunyai 22 konsonan dan 6 vokal, dan masing-masing

    mempunyai variasi bunyi berdasarkan posisinya dalam sebuah kata. Huruf-huruf

    konsonan bahasa Indonesia dilambangkan seperti di bawah:

    Contoh-contoh konsonan Daftar Abjad Indonesia serta

    bunyinya

    /b/ bantu a a

    /d/ damai b ba

    / f/ film c ca[tja]

    /g/ ganti d da

    /h/ hari e e

    / j/ jala f ef /k/ kamar

    / l/ lari

    /m/ mana

    /n/ nama

    33

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    34/41

    EJAAN BAHASA INDONESIA YANG DISEMPURNAKAN (1972)

    Pada 20 hingga 25 September 1966, satu perundingan telah diadakan di

    Jakarta, dan hasilnya kedua-dua pihak iaitu Malaysia dan Indonesia telah mencapai

    persetujuan untuk mengkaji semula ejaan baharu yang telah dibuat oleh jawatankuasa

    Malaysia. Hasilnya satu persetujuan telah tercapai mengenai beberapa masalah dasar

    yang penting. Kedua-dua Negara bersetuju untuk memperbaiki ejaan masing-masing

    bagi mencapai keseragaman atas dasar-dasar yang berikut:

    1) Kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan kosep ilmiah, terutama

    dalam bidang ilmu bahasa yang baik.

    2) Kekurangan-kekurangan yang masih terdapat pada ejaan sekarang, dalam

    hal mencerminkan kesaggupan bahasa Malaysia dalam bahasa Indonesia.

    3) Perlunya usaha kodifikasi dalam pemakaian huruf dan tanda baca, yang

    dapat berlaku untuk kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia.

    4) Peranan yang akan dimainkan oleh bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia

    di Asia Tenggara dan di seluruh dunia.

    5) Pentingnya pengajaran membaca dan menulis.

    Abdul Hamid Mahmood (1998) menyatakan bahawa dalam usaha memperbaiki

    sistem ejaan itu, Jawatankuasa harus juga mengambil kira perkara-perkara dari segiteknik, praktis, dan ilmiah. Perkara dari segi teknik adalah menggunakan satu huruf bagi

    melambangkan satu fonem. Perkara dari segi praktis pula ejaan yang hendak digunakan

    hendaklah boleh digunakan dengan mudah, sesuai dari segi mesi taip da mesin cetak.

    Manakala dari segi ilmiah pula menghendaki sistem ejaan itu menunjukkan satu hasil

    kajian yang ilmiah yang boleh digunakan dengan baik dalam kemajuan bahasa dan imu.

    Berdasarkan pertimbangan-pertimbangan tersebut, Jawatankuasa Bahasa

    Melayu Malaysia dan pasukan Ahli Bahasa KOTI dari Indonesia telah mengadakanperundingan di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur selama beberapa hari dan

    telah mencapai persetujuan mengadakan satu sistem ejaan bersama antara Malaysia

    dan Indonesia. Ejaan baharu yang diputuskan itu harus ilmiah, ekoomis, dan praktis,

    iaitu sesuai digunakan dikedua-dua Negara Malaysia dan Indonesia.

    34

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    35/41

    Pada tanggal 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah ditandatangani oleh

    Menteri Pendidikan Malaysia, Dato Hussein Onn, dengan Menteri Pendidikan dan

    Kebudayaan Republik Indonesi, Bapak Mashuri.Kedua-dua Negara kemudiannya

    melaksanakan system ejaan baru yang disempurnakan pada 16 ogos 1972. Lukman Ali

    (2000) menyatakan bahawa sistem Ejaan yang Disempurnakan ini di Indonesia

    disahkan secara rasmi oleh Presiden Soharto melalui surat keputusan no. 57, bertarikh

    17 ogos 1972.

    1) Abjad sistem Ejaan yang Disempurnakan

    Huruf Bunyi Huruf Bunyi

    Aa a Nn en

    Bb be Oo o

    Cc ce Pp pe

    Dd de Qq ki

    Ee e Rr er

    Ff ef Ss es

    Gg ge Tt te

    Hh ha Uu u

    Ii i Vv feJj je Ww we

    Kk ka Xx eks

    Ll el Yy ye

    Mm em Zz zet

    2) Vokal

    a asah o orang

    e emak u ubati ikan

    3) Diftong

    ai pandai au harimau

    Oi amboi

    35

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    36/41

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    37/41

    EJAAN UNIVERSITI MALAYA

    Apabila tamatnya konfrontasi antara Malaysia dan Indonesia pada tahun 1966

    menghidupkan semula keinginan Indonesia dam Malaysia untuk mewujudkan sistem

    ejaan bersama. Pada akhir tahun 1967, satu sistem telah digubal dan disetujui bersama,

    tetapi disebabkan masalah-masalah tertentu, sistem ini terpaksa dipendamkan. Dalam

    pada itu, kalangan awam di Malaysia sudah resah menuggu sistem ejaan yang

    standard. Institusi-institusi sudah mulai menggubal sistem ejaan masing-masing

    berdasarkan system sistem yang yang sudah ada. Universiti Malaya, misalnya pada

    tahun 1970 dengan penuh semangat melancarkan rancangan pelaksanaan Dasar

    Bahasa Kebangsaan dalam urusan-urusan rasmi di universiti itu sendiri (kerana bahasa

    Inggeris merupakan bahasa rasmi di universiti tersebut sebelum tarikh ini), dalam

    pengajaran mata-mata pelajarannya, sungguhpun dalam urusan yang kedua ini, sudah

    ada rancangan yang disediakan oleh berbagai-bagai fakulti untuk menghadapi peralihan

    daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Malaysia.

    Untuk melaksanakan dasar itu dengan kesannya, Universiti Malaya memerlukan

    satu sistem ejaan untuk digunakan oleh setiap orang di universiti itu dalam bidang

    pentadbiran atau juga akademik. Walau bagaimanapun, universiti itu tidak

    menyelesaikan masalahnya dengan memilih salah satu sistem ejaan yang lama, iaitu

    Ejaan Zaba, Ejaan Kongres atau sebagainya. Universiti berkenaan hendak

    menggunakan Sistem Ejaan Malaysia-Indonesia 1967, jika mungkin. Walau

    bagaimanapun, sistem ini pada waktu itu belum dirasmikan, menurut persetujuannya,

    oleh kedua-dua Negara berkenaan. Oleh sebab sistem ini tidak dihebahkan untuk

    penggunaan umum, system itu hanya dikenal oleh mereka yang menganggotai

    jawatankuasa tersebut di kedua-dua belah pihak, Malaysia dan Indonesia. Sistem ejaan

    Universiti Malaya, adalah untuk tujuan kepraktisan, tidak menggunakan tanda diakritik

    sama sekali. Dengan demikian, sistem-sistem ini mempunyai satu grafem untuk dua

    fonem. Sistem-sistem ini mempergunakan keselarasan vokal dalam kata-kata yang

    mempunyai fonem-fonem tersebut untuk membezakan pepet daripada taling. Ini

    bermakna bahawa hanya penyenaraian grafem untuk vocal tidak dapat menunjukkan

    kelainan yang satu daripada yang lain. Hanya daripada konteks kata-kata dalam

    tatabahasa dapat kita kenal sama ada suatu lambang itu mewakili pepet atau taling.

    Ejaan Universiti Malaya juga mengetepikan kejelasan untuk mencapai kesederhanaan,

    yakni dengan menyisihkan tanda-tanda diakritik.

    37

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    38/41

    EJAAN SOEWANDI (1947)

    Ejaan soewandi merupakan sistem ejaan dengan menggunakan huruf rumi untuk

    bahasa Indonesia selepas Indonesia mencapai kemerdekaan. Sistem ejaan ini

    dilaksanakan berdasarkan surat perintah No. 264 / Bhg. A yang ditandatangani oleh

    Soewandi, Menteri Pengajian Pendidikan dan Kebudayaan ketika itu, bertarikh 19 Mrc

    1947. tujuan sistem yang baru ini adalah untuk menyederhanakan sistem ejaan

    sebelumnya (Ejaan Ophuijsen). Berdasarkan surat perintah tersebut, sebuah

    jawatankuasa telah ditubuhkan untuk meneliti system Ejaan Ophuijsen dan beberapa

    usul telah diperoleh dan diperhatikan khusus. Hasilnya beberapa perubahan dilakukan.

    Ejaan

    Lama

    Ejaan

    Baru

    Keterangan

    a a ha, ah, nah, Ahmad, hawa, naskahai ai hai, air, kail, pakai. Pembentukan kata-kata, mulai, sukai,

    mengenai, iaitu dengan akhiran i. tidak boleh ditandai dengan

    titik dua di atas huruf i. hal ini diterangkan dalam pelajaran ilmu

    bahasa (paramasastra).au au kau, engkau, tembakau, gurau, lampau. Berhubung dengan

    pasal 19 au juga akan dipakai untuk menggantikan aoe,

    misalnya: kaum, laut, saur, pauh.b b batu, babu, sebab, nasib, lembab.d d di, dik, ahad, tekad, abad.dj dj djuga, hudjan, djandji.g g gelang, gedung, balig. Aliran untuk menggantikan b-d-g pada

    akhir suku kata dengan p-t-k yang tidak beralasan phonologie.

    Lagi pula hendaklah sama dengan ejaan Latin bagi bahasa

    Daerah dan Arab, misalnya rebab, sebab, ahad, akil-balig.h h ha, ah, tahun, tahan, hotel. Aliran untuk menghapuskan h pada

    tahun, tahan dan sebagainya. Dalam praktiknya tak dapatdijalankan, sebab dalam bahasa gagah h tetap dipakai.

    i i ia, ilmu, kail, hasil.j j ja, saja, jakin, sajang.k k kami, anak, sukar.l l lama, hal, lampau.m m mu, kamu, mandi, kolam.n n tani, nikmat, nenas, taman.

    38

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    39/41

    ng ng telinga, lubang, lengang.nj nj njaman, anaknja, mengenjamo o olah, bohong.oe u guru, maut, laut.p p lupa, asap, pasir.r r baru, paras, pasar.tj tj tjertja, tjemburu, tjukur, katjang

    Tanda terma yang terdapat pada vokal i yang merupakan akhiran yang

    ditambahkan pada kata dasar yang berakhir dengan vokal a dihapuskan dalam system

    Ejaan Soewandi. Gabungan antara vokal a dengan vokal i baik yang berupa diftong atau

    yang bukan diftong tidak perlu dibezakan. Huruf e pepet dan huruf e taling yang terdapat

    pada Ejaan Ophuijsen disamakan dalam Ejaan Soewandi. Vokal oe yang terdapat dalam

    sistem Ejaan Ophuijsen yang berbunyi u dalam bahasa Melayu ditukar menjadi vokal u

    dalam sistem Ejaan Soewandi.

    Bunyi hamzah atau bunyi yang hampir sama dengan bunyi hamzah yang

    ditandai dengan koma di atas huruf dalam Ejaan Ophuijsen diganti dengan huruf k

    dalam sistem Ejaan Soewandi. Manakala kata yang diulang atau perulangan kata boleh

    menggunakan angka dua. Jika kata tersebut hanya diulang sebahagian sahaja, maka

    tanda angka dua (2) hendaklah diletakkan selepas bahagian yang berulang. Kata baru

    bahasa Indonesia (yang dipinjam daripada bahasa asing, terutama daripada bahasa

    Belanda dan Inggeris) yang terdapat bentuk konsonan rangkap, bentuk tersebut

    dikekalkan.

    BIBLIOGRAFI

    Abdul Aziz Abdul Rahman (2001). Kursus Lengkap Sarjana STPM Bahasa Melayu

    Kertas 1 & 2. Subang Jaya: Pustaka Sarjana Sdn Bhd.

    39

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    40/41

    Abdul Hamid Mahmood (1998). Menguasai ejaan baharu bahasa Melayu. Kuala

    Lumpur: Bintang Baru Sdn. Bhd.

    Abdullah Hassan (1987). Isu-isu perancangan bahasa: pengintelektualan bahasa

    Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Asmah Haji Omar (1993). Perancangan bahasa dengan rujukan khusus kepada

    perancangan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Asmah Haji Omar (2004). Muafakat bahasa: sejarah MBIM/MABBIM sebagai pembina

    bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Balai Pustaka (1984). Pedoman umum ejaan bahasa Indonesia yang disempurnakan.

    Jakarta: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa departmen pendidikan

    dan Kebudayaan, Balai Pustaka.

    Bausani A ( 1960 ). the first italian-malay vocabulary by antonio pigeffeta. East and

    west new series II .

    Departemen Pendidikan Nasional (2000). Sejarah ejaan bahasa Indonesia. Jakarta:

    Perputakaan Pusat Bahasa.

    Ensiklopedia Malaysia (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Harun Aminurrashid (1996). Kajian sejarah perkembangan Bahasa Melayu. Singapura:

    Pustaka Melayu

    Hashim Musa (1997). Epigrafi Melayu: Sejarah sistem tulisan dalam bahasa Melayu.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

    Ismail Hamid (1987). Perkembangan bahasa melayu dalam sejarah. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka

    Lukman Ali (2000). Sejarah ejaan bahasa Indonesia. Jakarta: Pusat Bahasa.

    40

  • 7/28/2019 Sejarah Dan Ejaan Bahasa Melayu (Iankaka')

    41/41

    Sulaiman Masri, Abdullah Yusof dan Mohd Rain Shaari (2006). Bahasa Melayu Dimensi

    Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

    Sdn. Bhd

    Tate,D.J.M (1977). The Making of Modern South-East Asia, Vol l,The European

    Conquest, Kuala Lumpur: Oxford University Prees.