10
TAJUK: KEMAHIRAN BERFIKIR DAN TUNJUK CARA KEMAHIRAN BERFIKIR Definisi: Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR

Seni kemahiran berfikir&t ajar

  • Upload
    ong2012

  • View
    975

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Seni kemahiran berfikir&t ajar

TAJUK:

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN TUNJUK

CARA

KEMAHIRAN BERFIKIR

Definisi:

Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai proses menggunakan minda

sama ada untuk mencari makna dan terhadap sesuatu, membuat

pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.

MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan

kreatif. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai

kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif

ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat

generative. Idea baru terhasil melalui ilham atau

gabungan idea-idea yang ada.

Page 2: Seni kemahiran berfikir&t ajar

Strategi berfikir pula merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya

dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa kemahiran

berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah

menkonsepsi, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah.

Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita

membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran

berfikir dan strategi berfikir.

Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif,

kemahiran berfikir menaakul dan strategi berfikir adalah seperti yang

ditunjukkan dalam rajah di bawah:

KEMAHIRAN BERFIKIR

KRITISMencirikanMembandingkan dan membezakanMengumpul dan mengelaskan.Membuat urutanMenyusun mengikut keutamaanMenganalisisMengesan kecondonganMenilaiMembuat kesimpulan

STRATEGI BERFIKIR

Mengkonsepsikan Menyelesaikan masalahMembuat keputusan

KREATIFMencirikanMenghubung kaitkan Membuat inferensMeramalkanMembuat hipotesisMensintesiskanMengitlakMembuat gambaran mentalMenganalogikanMereka cipta

MENAAKUL Logik Rasional

Page 3: Seni kemahiran berfikir&t ajar

KB dalam model ini telah disusun mengikut hierarki daripada kemahiran asas

kepada kemahiran yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan

pembelajaran, KB perludiperkenalkan mengikut urutan. Murid perlu

mempelajari dan menguasai KB yang asas sebelum mempelajari KB yang

lebih kompleks.

Sekiranya dalam pengaj'aran dan pembelajaran, KB yang akan dipelajari

adalah membuat urutan, murid seharusnya telah mempelajari dan menguasai

kemahiran yann

sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding dan membeza, serta

mengumpul dan mengelas.

KEMAHIRAN BERFIKIR KRITIS

Berikut ialah penjelasan dan contoh salah satu kemahiran berfikir kritis.

Membandingkan dan Membezakan

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan unsure sesuatu objek atau

peristiwa.

Kemahiran ini digunakan apabila :

a) Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan.

b) Membuat pilihan atau keputusan.

Langkah penggunaan:

a) Perhatikan dan berikan tumpuan kepada satu atau beberapa objek.

b) Kenal pasti satu daripada ciri objek itu.

Page 4: Seni kemahiran berfikir&t ajar

c) Tentukan sama ada objek yang lain mempunyai ciri yang sama.

d) Nyatakan ciri itu sama atau berbeza.

Contoh:

Perhatikan kucing dan burung tersebut. Cari persamaan dan perbezaan

antara kucing dan burung.

Kita boleh sediakan jadual persamaan dan perbezaan tentang kucing dan

burung.

Persamaan:

1. Mammal

2. Mempunyai bulu

3. Mempunyai kuku yang tajam.

Perbezaan

1. Kucing melahirkan anak.

2. Ekor kucing panjang.

1. Burung bertelur.

2. Ekor burung pendek

Page 5: Seni kemahiran berfikir&t ajar

Tunjuk cara ( Demonstrasi )

Tunjuk cara ialah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran yang

melibatkan kemahiran guru mendemonstrasikan cara atau langkah

melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. Oleh itu teknik tunjuk cara ini

juga dikenali sebagai demonstrasi.

Teknik tunjuk cara melibatkan aktiviti penerangan dan demostrasi guru

bersama dengan aktiviti pendengaran dan penglihatan serta percubaan

murid. Misalnya:

pendidikan seni = mendemostrasikan cara melukis bentuk simetri.

Prinsip-prinsip tunjuk cara

Guru haruslah memahami dan mematuhi prinsip-prinsip melaksanakan tunjuk

cara mengikut :

1. Sebelum demonstrasi

i) Guru hendaklah menentukan topi k, objektif, dan kandungan tunjuk

cara terlebih dahulu.

ii) Alatan dan radas disediakan dan disusun mengikut langkah-

langkah demonstrasi yang ditentukan.

iii) Tempat demonstrasi hendaklah disediakan untuk memastikan

semua murid dapat menyaksikannya denga jelas.

iv) Pastikan keselamaan sebelum menggunakan alat, radas, atau

bahan yang mungkin boleh mengakibatkan kemalangan.

v) Sebelum memulakan demonstrasi, guru hendaklah memberitahu

murid tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan

supaya mereka dapat mencontohinya tanpa melakkan sebarang

kesilapan.

2. Semasa demonstrasi

i) Guru harus memandang ke arah murid semasa memberi

penerangan tentang aktiviti demostrasi yang dijalankan.

Page 6: Seni kemahiran berfikir&t ajar

ii) Sekiranya murid menunjukkan kelakuan yang tidak

memahami ,guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi.

iii) Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian

murid.

iv) Pastikan semua murid dapat melihat demonstrasi serta mendengar

penerangan guru dengan jelas.

v) Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta murid membuat

demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuh permahaman tentang

cara-cara melaksanakannya.

3. Selepas demonstrasi

i) Bincangkan dengan murid tentang bahagian-bahagian

demonstrasi yang penting. Ini akan memastikan bahawa murid-

murid telah memerhatikan langkah-langkah demonstrasi yang

ditunjukkan dengan betul.

ii) Bincangkan dengan murid tunjuk demonstrasi supaya mereka

boleh membuat rumusan dengan tepat.

iii) Aktiviti pengukuhan harus diadakan selepas demonstrasi. Ini

boleh dilakukan melalui aktiviti demonstrasi murid degan

mencontohi guru atau mencatat langkah-langkah demonstrasi

dalam buku nota.

Tujuan Tunjuk cara

Penggunaan tunjuk cara sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran

sesuatu topik pelajaran mempunyai beberapa tujuan seperti berikut:

i) Melalui demonstrasi, murid-murid dapat mencontohinya dengan

lebih tepat serta lebih mudah.

ii) Demonstrasi yang baik akan mengukuhkan ingatan murid

tentang langkah-langkah untuk melaksanakannya.

iii) Demostrasi memudahkan pemahaman murid serta

menimbulkan minat mereka untuk belajar.

iv) Melalui demonstrasi, murid dapat latihan amali untuk membina

kemahiran yang tepat dan kukuh.

Page 7: Seni kemahiran berfikir&t ajar

v) Melalui demonstrasi murid, guru dapat membetulkan sebarang

kesilapan yang berlaku. Dengan cara ini, mutu persembahan

murid dapat dipertingkatkan.

vi) Tujuan demonstrasi guru adalah untuk membina keyakinnan

murid supaya mereka dapat melaksanakan demonstrasi secara

individu.

vii) Idea, prinsip atau konsep pelajaran dapat diilustrasikan dengan

tunjuk cara.

viii) Penggunaan tunjuk cara sebagai strategi pengajaran dan

pembelajaran dapat mengurangkan masa pelajaran jika

dibandingkan dengan kaedah cuba jaya.

ix) Melalui demonstrasi guru, murid tidak akan melaksanakan

aktiviti sesuka hati demi mengelakkan sebarang kemalanga

yang mungkin berlaku.

Contoh membuat cetakan melalui penggunaan teknik tunjuk cara:

1. Guru menentukan tajuk : cetakan.

2. Guru memberitahu murid cara membuat cetakan.

3. Guru memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang

dijalankan.

i) ubi kentang dipotong dua dengan pisau.

ii) ratakan permukaan yang dipotong.

iii) lakarkan dan potong permukaan ubi kentang mengikut bentuk

yang dikehendaki.

iv) sapukan warna ke atas pemukaan yang telah dibentuk.

vi) Mencetakkan warna pada permukaan ubi kentang ke atas kertas

lukisan.

vii) Susunkan cetakan imej di atas kertas secara tersusun supaya

menjadi corak yang cantik.

4. Guru meminta seorang murid membuat demonstrasi untuk

memperkukuh pemahaman tentang cara-cara membuat cetakan.