28
  Pengenalan: Tajuk ini menerangkan konsep, teori, pelaksanaan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran dalam empat bidang PSV KBSR iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional. Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat: 1. Mengaplikasi teori pengajaran dan pembelajaran PSV dal am empa t bidang. 2. Mengaplikasi pelbagai pendekatan dan str ategi pengajaran dan pembelajar an dalam empat bidang. 3. Membandingbeza pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran PSV. 2.1 Mengenal Konsep: 2.1.1 Kajian Masa Depan Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum. Pengajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan. KMD dapat dianalogikan seperti kita yang sedang memandu kereta. Sepanjang pemanduan itu, kita sering dikejutkan dengan perkara-per kara yang tidak dijangka. Sebagai contoh, ketika sedang memandu, tiba-tiba seorang kanak-kanak melintas di hadapan kereta kita. Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita haruslah peka dan sentiasa berwaspada. Masa depan sangat dinamik kerana sentiasa berubah. Masalah yang berlaku pada masa depan lazimnya kompleks dan penyelesaiannya bersifat global. KMD lebih berciri saintifik kerana dapat diuji, boleh diulangi, dan dapat diramal. TAJUK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR 

Strategi PdP

  • Upload
    begsaya

  • View
    11

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

strategi dalam pdp

Citation preview

Tajuk ini menerangkan konsep, teori, pelaksanaan pelbagai strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam empat bidang PSV KBSR iaitu Menggambar, Membuat Corak dan
Rekaan, Membentuk dan Membuat Binaan dan Mengenal Kraf Tradisional.
Hasil Pembelajaran:
1. Mengaplikasi teori pengajaran dan pembelajaran PSV dalam empat bidang.
2. Mengaplikasi pelbagai pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran
dalam empat bidang.
2.1 Mengenal Konsep:
2.1.1 Kajian Masa Depan
Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih
prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan
masa depan. Ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta
mengendalikan perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum.
Pengajaran berasaskan KMD merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk
menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat
keputusan. KMD dapat dianalogikan seperti kita yang sedang memandu kereta. Sepanjang
pemanduan itu, kita sering dikejutkan dengan perkara-perkara yang tidak dijangka. Sebagai
contoh, ketika sedang memandu, tiba-tiba seorang kanak-kanak melintas di hadapan kereta
kita. Oleh itu, sepanjang pemanduan, kita haruslah peka dan sentiasa berwaspada. Masa
depan sangat dinamik kerana sentiasa berubah. Masalah yang berlaku pada masa depan
lazimnya kompleks dan penyelesaiannya bersifat global. KMD lebih berciri saintifik kerana
dapat diuji, boleh diulangi, dan dapat diramal.
TAJUK 2  STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR 
Pembelajaran berasaskan KMD diperkenalkan untuk mendidik generasi baharu supaya
menghadapi cabaran dan perubahan. Pembelajaran berasaskan KMD merupakan strategi
secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi
pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan
yang berkeyakinan, berupaya, dan bertanggungjawab. KMD yang dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran akan:
i. Membina generasi masa depan
KMD memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang isu, masalah, dan
peluang yang bakal dihadapi. Keadaan ini akan membolehkan mereka memandang
masa depan dengan yakin dan optimis serta mengambil bahagian dalam merancang
masa depan mereka.
Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga manusia
yang dapat berfikir tentang masa depan. Selain daripada itu, mereka seharusnya
berfikir untuk menggambarkan serta menjangkakan masalah yang bakal timbul.
iii Menjangka masalah dan membuat pilihan yang baik
Pelajar juga dapat mencari alternatif dan pilihan ke arah masa depan yang lebih baik.
iv Membawa anjakan paradigma
Pelajar akan membawa anjakan paradigma terhadap budaya belajar yang berasaskan
pengetahuan dan ingatan semata-mata ke arah budaya berfikir.
 
Berikut adalah objektif pelaksanaan KMD:
i Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa
depan
KMD boleh membina minda suka bertanya dan kemahiran intelek yang dapat membantu
pelajar berfikir secara kreatif, terarah, analitis, dan reflektif tentang keseluruhan hidup
manusia dan proses meneroka alternatif dan pilihan.
ii Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan
KMD juga membantu pelajar memberi sumbangan ke arah kesejahteraan dan kebaikan
dunia dan membina strategi menambah keupayaan pelajar dalam menghadapi
berbagai-bagai cabaran hidup.
iii Membina sikap dan nilai tentang masa depan
KMD akan membina keyakinan pelajar supaya mereka mampu mengawal diri, boleh
membuat pilihan berasaskan etika, dan nilai moral serta berupaya mempengaruhi masa
depan mereka.
iv Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan
KMD memberi asas kepada pelajar memahami dan menghayati Wawasan 2020 dan
memantapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan, konsep, kemahiran, dan kaedah dalam
mengkaji masa depan.
v Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan
Pelajar digalakkan menjadi warganegara yang lebih bertangungjawab, tahu membeza
 
Pelajar menggunakan pemikiran kritis dan kreatif untuk meninjau perubahan keadaan daripada
masa lalu sehingga ke masa kini dan meramalkan keadaan pada masa hadapan. Pedagogi ini
berpusatkan pelajar dan menggabungjalinkan pelbagai bidang seperti Pendidikan Moral,
Pendidikan Alam Sekitar, dan Sejarah. Nilai murni seperti bertanggungjawab dan bekerjasama
dipupuk melalui kaedah ini.
Kecerdasan Pelbagai ialah kebolehan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam
kehidupan sebenar, kebolehan menjana masalah baharu untuk diselesaikan, dan kebolehan
membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam lingkungan sesuatu
budaya.
Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam
kajiannya Howard Gardner mendapati ‘seven ways of knowing, perceivi ng and  understanding
life’. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa
dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa.Teori
Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep
kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ianya dirumuskan sebagai:
•  kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.
•  kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.
•  kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya.
Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan dan fungsi otak manusia yang berbeza-
beza mengikut perkembangan usia dan jantina individu. Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi
yang berbeza namun menurutnya manusia tidak boleh dianggap menggunakan sebelah otak
sahaja. TKP berkembang mengikut konteks penggunaannya.
 
 
Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai
OTAK KIRI
OTAK
muzik • Imej/gambar • Imaginasi •  Berkhayal • Dimensi
KECERDASAN PELBAGAI
Verbal- Linguistik
Logik- Matematik
Visual- Ruang
TKP berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep kecerdasan
yang relevan dalam pendidikan masa kini. Linda Campbell, Bruce Campbell dan Dee
Dickinson merumuskan definisiHoward Gardner sebagai:
a) kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar.
b) kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan.
c) kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam
lingkungan sesuatu budaya.
i. Meningkatkan pemikiran yang lebih mendalam
ii Memperoleh pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara
iii Mengaplikasikan pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baharu dan
berlainan
Jenis-Jenis Teori Kepelbagaian Kecerdasan
i Verbal-Linguistik
majalah), dan penulisan (puisi, laporan, minit mesyuarat).
ii Logik-Matematik
merangkumi memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau menggalakkan pemikiran
kritis.
merangkumi peta minda, garis, visualisasi, warna, seni, metafora atau lain-lain borang
pengurusan grafik.
iv Kinestetik
pengalaman pergerakan seluruh badan atau akt iviti ‘hands-on’  (latihan amali, penyiasatan,
kajian luar).
v Muzik
vi Interpersonal
simulasi kumpulan, lawatan, amali, dan kerja lapangan.
 
penilaian kendiri).
viii Naturalis
Merancang dan menyediakan bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
penggunaan flora dan fauna, awan, sungai, gunung (alam semula jadi) ke dalam bilik darjah
atau membawa murid ke luar ke alam semula jadi, kembara visual, amali, dan kerja lapangan.
Kepentingan Teori Kepelbagaian Kecerdasan
- petunjuk kepada potensi murid
- mempelbagaikan cara penilaian
keperluan murid
- menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran
Bagaimana Melaksanakan TKP Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
Terdapat lima model yang dicadangkan, guru boleh memilihnya berdasarkan kesesuaian
murid, bilik darjah, dan topik yang diajar iaitu;
SISIPAN Guru boleh memilih satu atau dua kecerdasan dan digunakan dalam
pengajaran secara tidak langsung.
JALINAN Satu kecerdasan digunakan dalam beberapa mata pelajaran.
PERKONGSIAN Beberapa kecerdasan dipilih untuk digunakan dalam dua mata
pelajaran.
mata pelajaran yang berlainan.
Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat (TMK) dalam mata pelajaran Pendidikan
Seni Visual adalah merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri.
Penggunaan TMK mestilah dilihat sebagai satu tambahan kepada alat Pengajaran dan
Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan. Penggunaan TMK juga mampu
menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam
komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media
secara manual dalam Pendidikan seni Visual.
Pendekatan TMK yang terbaik apabila digunakan secara bijak dan terancang mampu
meningkatkan proses keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual.
Perisian perlu sesuai mengikut keperluan sesuatu topik pengajaran Pendidikan seni Visual
supaya dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan memuaskan.
Definisi Teknologi Maklumat dan Komunikasi(TMK)
TMK dalam Pendidikan Seni Visual lebih merujuk kepada kemampuan teknologi itu
sendiri, yang berfungsi sebagai satu alat kemahiran yang memberi sokongan kepada murid,
guru, panitia serta organisasi sekolah bagi menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada
kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta sebagai salah satu kaedah melaksanakan
kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.
Rasional Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- untuk menyediakan warga pendidik Seni Visual dalam menghadapi perkembangan
TMK masa kini dan akan datang.
- Untuk menyediakan murid dengan pengetahuan seni digital yang telah menjadi
salah satu jurusan yang diminati serta kompetetif di IPT.
 
- Sebagai salah satu tarikan serta salah satu cara penyelesaian masalah seni reka
dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang lebih
mudah, pantas dan berkesan.
Pengaplikasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran boleh diintegrasikan secara:
i Integrasi TMK dalam pembelajaran tutorial
Integrasi ini bertujuan untuk menyampaikan kandungan pelajaran dengan lebih komprehensif
dan efisien, contohnya dalam bentuk CD-ROM, cakera keras, dan tapak pembelajaran. Aplikasi
ini lebih berfokuskan kepada pembelajaran secara kendiri.
ii Integrasi TMK dalam pembelajaran eksploratasi
Kemudahan TMK digunakan sebagai medium untuk pembelajaran penerokaan, mencari, dan
mengakses maklumat daripada CD-ROM, Internet, portal maklumat, dan tapak pembelajaran.
Dalam pembelajaran secara penerokaan ini, murid boleh mengawal dan menentukan maklumat
yang mereka terima melalui TMK. Hal ini berbeza dengan pembelajaran tutorial; murid hanya
menerima bahan pelajaran yang dikawal oleh sistem.
iii Integrasi TMK sebagai alat aplikasi
TMK digunakan sebagai alat aplikasi untuk membantu murid melaksanakan tugasan
pembelajaran, bukan sebagai mekanisme penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.
iv Integrasi TMK sebagai alat pemudah komunikasi
TMK digunakan sebagai alat pemudah komunikasi antara murid dan guru di lokasi yang
berbeza tetapi saling berinteraksi, menghantar, menerima, dan berkongsi maklumat seperti
dalam bentuk teks, bahan grafik, audio, emel, telefaks, Facebook, Blog dan lain-lain. Murid
boleh bertukar maklumat sesama sendiri bagi menganalisis dan membuat perbandingan
dengan pengalaman dan maklumat yang mereka peroleh. Menerusi pembelajaran seperti,
 
Penggunaan TMK adalah merentas kurikulum Pendidikan Seni Visual yang mengandungi
bidang Penghasilan Seni Visual, Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Dalam mencari maklumat
ini TMK boleh digunakan secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Penghasilan Seni Sejarah dan Apresiasi
Visual Seni Visual
Kurikulum
 
  Penggunaan TMK dalam Pendidikan Seni Visual boleh dibahagikan kepada 4 bahagian
utama;
Ia menyediakan pembelajaran secara konkrik yang melibatkan aktiviti ‘hands on’
dan‘mind on’. Kajian Masa Depan dapat menyedarkan dan merangsang minda berfikir
apa yang akan berlaku berdasarkan ramalan, imaginasi dan kreativiti yang didasarkan
kepada sejarah. Mengikut Teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan
berlaku apabila pelajar dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan
Rajah 2.5: Bahagian-bahagian Utama Penggunaan TMK Dalam PSV
1 Akriviti
media lain)
dan lain-lain daripada
 program cakera padat,
kepada ICT sahaja.
digital catan
 book. Kemudahan
komunikasi dan
Seni Visual secara
dalam persekitaran yang pelbagai, secara konkrit, serta melibatkan latih amal dan berfikir.
Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara
bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan mereka.
Minda seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubungkait yang
bermakna dan relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan
kepada kepelbagaian aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal,
tempat kerja atau kehidupan. Teori ini menggalakkan pendidikan memilik atau mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang merangkumi pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks
sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan.
Ciri-Ciri Pembelajaran Kontekstual 
•  Murid dapat memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna
dalam rangka minda.
•  Maklumat disampaikan dalam konteks yang pelbagai dan bermakna kepada murid.
•  Guru mewujudkan kepelbagaian persekitaran pembelajaran untuk menghasilkan
pembelajaran yang berkesan.
Persekolahan
Melalui pembelajaran kontekstual ini, murid boleh:
i Membina keyakinan diri
iii Membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan masalah
iv Memperoleh sokongan dan dorongan daripada ibu bapa kerana mereka terlibat secara
langsung dalam pembelajaran anak-anak mereka
v Membina asas yang kukuh untuk melahirkan tenaga mahir sebagai modal insan
generasi masa depan.
Proses Pembelajaran Kontekstual
(praktikal) dan berfikir merupakan asas pembelajaran kontekstual. Kesimpulannya aktiviti ini
 
Rajah 2.7: Kaedah Pembelajaran Kontekstual
Faedah Pembelajaran Kontekstual 
Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baharu dengan pengalaman hidup
Belajar dalam konteks, penemuan, dan reka cipta
Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain
Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas, dan berkomunikasi
Menghubungkait
Mengalami
Mengaplikasi
Bekerjasama
Memindahkan Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada dengan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui
Faedah Pembelajaran Kontekstual
Melalui aktiviti mereka bentuk hiasan dalaman dan landskap, faedah-faedah yang diperolehi:
i) Murid
harian.
keselesaan/keindahan landskap.
- Meneroka dan mendapatkan bukti.
ii) Guru
- Dapat mengaitkan prinsip pembelajaran dengan dunia pekerjaan.
- Menjadi penghubung antara pihak akademik dan vokasional atau industri.
iii) Industri
- Menerima tenaga kerja yang berpotensi apabila murid telah diberi pendedahan awal.
- Menggerakkan industri ke dalam pendidikan melalui projek hiasan dalaman.
2.1.5 Pendekatan Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang boleh membina
pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman
sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin, dan seronok untuk belajar
sepanjang hayat.
konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini,
murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk
membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi
 
mencipta penyelesaian mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme
kepada kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan murid
mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi dan proses inkuiri akan terhasil.
Ilmu pengetahuan murid tidak semuanya berasal daripada maklumat deria yang wujud secara
bebas dalam persekitaran yang diserap ke dalam fikiran mereka melalui pengalaman
pancaindera, atau kewujudan pengetahuan sejadi dalam mental, tetapi ilmu pengetahuan itu
diperolehi dengan cara membina sendiri oleh setiap murid melalui pengalaman, renungan dan
pengabstrakan. Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan
bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah
lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan
universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan.
Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira
struktur kognitif yang sedia ada pada diri mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan
diserap untik dijadikan sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru
tentang sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme.
Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang
bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid. John Dewey
mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga
menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
yang akan mereka pelajari. penekanan diberi kepada menyediakan murid dengan peluang
untuk membentuk kemahiran dan pengetahan di mana mereka menghubungkaitkan
pengalaman lampau mereka dengan kegunaan masa depen. Murid dibekalkan dengan fakta-
fakta dan diberi penekanan kepada proses berfikir dan kemahiran berkomunikasi.
Pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan konstruktivisme memberi peluang kepada guru
 
guru dapat membuat penilaian kendiri dan menilai kefahaman orang lain supaya kefahamannya
tentang sesuatu bidang pengetahuan dapat ditingkatkan lagi.
Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme
i Menggalakkan soalan/ idea yang dimulakan oleh pelajar dan menggunakannya sebagai
panduan merancang.
ii Di sekolah menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan guru
iii Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil
pembelajaran
v Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi pelajar
vi Memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baharu dengan
memahaminya melalui penglibatan mereka dengan situasi dunia yang sebenar
vii Menggalakkan proses inkuiri penemuan
viii Mengenal pasti perubahan sikap pelajar
Kelebihan Pembelajaran Konstruktivisme
yang berikut:
i Berfikir
masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, pengetahuan boleh dicapai melalui aktiviti
penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat,
memproses data, membuat interpretasi, dan membuat kesimpulan.
ii Faham
Kefahaman pelajar tentang sesuatu konsep dan idea akan lebih jelas apabila mereka terlibat
secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baharu. Seseorang pelajar yang memahami
apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang baharu dalam kehidupan
dan situasi baharu.
iii Ingat
Setelah memahami sesuatu konsep, pelajar akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut
kerana mereka terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baharu.
iv Yakin
Pelajar yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri pemahaman
mereka tentang sesuatu perkara. Hal ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri sendiri dan
berani menghadapi cabaran serta menyelesaikan masalah dalam situasi baharu.
v Kemahiran Sosial
Pelajar yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi
sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila pelajar berinteraksi
dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka.
vi Seronok
Dalam pembelajaran secara konstruktivisme, pelajar membina sendiri pengetahuan, konsep,
dan idea secara aktif. Hal ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin, dan lebih seronok
untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan
cabaran.
Rajah 2.9: Langkah-langkah Pembelajaran Konstruktivisme
PENEROKAAN Pelajar menghadapi situasi atau masalah
SOALAN DARIPADA PELAJAR Pelajar mengajukan beberapa soalan yang berkaitan situasi atau masalah
yang dihadapi
PENYIASATAN DAN KAJIAN SPESIFIK Pelajar memilih satu daripada soalan atau sebarang masalah yang diajukan
dan menjalankan penyiasatan penuh
 
Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan
pemahaman terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah. Ia dibahagikan kepada
dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran
berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat
evaluatif. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif kebolehan kita mencerna dan
menghasilkan idea asli yang bersifat generatif. Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai
satu proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap
sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah.
Strategi berfikir merupakan proses yang lebih tinggi peringkatnya. Ia melibatkan beberapa
langkah dan setiap langkah pula melibatkan beberapa kemahiran berfikir. Dalam proses
mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, kedua-dua KBKK secara
kritis dan kreatif digunakan.
a) Pengetahuan- apa yang anda tahu tentang sesuatu objek itu
b) Kemahiran- menyoal diri sendiri tentang sesuatu objek itu
c) sikap/Nilai- keinginan untuk mengetahui tentang sesuatu objek itu.
Rajah 2.10: Proses Berfikir
pembelajaran KBKK iaitu;
Pembelajaran Masteri berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang
dipelajari. Melalui Pembelajaran Masteri murid diberi peluang untuk maju mengikut
kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat mempertingkatkan tahap
penguasaan pembelajaran. Pendekatan ini memerlukan proses pengajaran dan
pembelajaran yang terancang dan berkualiti serta berpandukan tahap penguasaan murid.
Model Pembelajaran Masteri dimulakan dengan Penentuan Hasil Pembelajaran, diikuti
dengan Pengajaran dan Pembelajaran. Tujuan menentukan hasil pembelajaran murid
adalah untuk memastikan semua murid berjaya menguasai pengetahuan dan kemahiran
yang diberikan dengan kadar kemampuan biasa seseorang murid di tahap tersebut.
Setelah dibuat penilaian, murid yang telah menguasai akan diteruskan dengan aktiviti
pengayaan dan bagi murid yang belum menguasai akan diteruskan dengan usaha
pemulihan.
Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri
a) Hasil pembelajaran perlu ditentukan, dan disusun mengikut hirarki atau unit
pembelajaran.
b) Aktivit i pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan
mengembirakan.
d) Bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkaitan.
e) semua murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit
pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.
f) Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.
 
 
Langkah tersebut digambarkan melalui model berikut;
Unit Pembelajaran 1
2.2 Aplikasi strategi Ke Dalam empat Bidang Kegiatan:
2.2.1 Menggambar
Menggambar adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej yang dihasilkan di atas
satu permukaan, mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan melalui aplikasi warna serta
menggambarkan gambaran mental yang jelas. Seterusnya, ilustrasi yang digunakan untuk
menerangkan dengan lebih jelas tentang sesuatu objek. Penggunaan huruf diterangkan dalam
Penentuan hasil pembelajaran
Tindakan susulan aktiviti
bentuk grafik sementara representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk dua dimensi dan
akhirnya gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu kecenderungan terhadap sesuatu
imej atau objek.
berikut :-
line, delineation without colour or with a single colour ’
yang bermaksud lukisan ialah garisan yang membentuk
imej dengan menggunakan media kering.
Lukisan juga merupakan pengetahuan awal yang
dibuat untuk meluahkan perasaan yang berbentuk imej
dengan menggunakan media kering. Lukisan adalah
karya seni atau hasil seni yang dihasilkan atas sesuatu
permukaan. 
permukaan. Melalui proses ini pelukis dapat
menyampaikan mesej berbentuk visual (gambar) tanpa
menggunakan bahasa. Melalui lukisan pelukis dapat
melahirkan perasaan
seperti pensel, pensel warna, pen, magic pen, maker
pen, kryon, soft pastel, charcoal, berus dan dakwat serta
pen teknikal. 
sesuatu permukaan bagi meluahkan perasaan yang
berbentuk imej. 
pewarna yang disapu ke atas sesuatu permukaan. Alat
dan media yang digunakan seperti cat atau pewarna (cat
air, cat minyak, fresko, arkrilik, tempera,poster, cat
emulsion, pelaka), kertas, kanvas, air, minyak linsid ,
turpentin, plat pembancuh warna dan sebagainya.  
Catan juga sebagai latihan mengaplikasikan pigmen
dari satu media ke atas permukaan seperti
kertas,kanvas, papan batu, simen, dinding, dan lain-lain
yang sesuai juga satu hasil kerja estetik dicipta dengan
mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D.  
Melalui catan, pelukis dapat meluahkan
perasaan,membuat komen sosial, merakam peristiwa
dan cerita. Catan dapat merakamkan gambar visual
sebenar. 
dan bahan alam semulajadi ke atas permukaan seperti
kertas ,plastik atau papan secara bebas dan boleh
bertindih. 
yang berlainan, latarbelakang yang berlainan dan
daripada berbagai warna dan corak. Teknik tampal
menampal dalam menghasilkan karya seni dan
membuat gambar serta membuat rekaan.  
 
 
sekitar dan sebagainya. 
sebahagian daripada imej yang sedia ada yang disusun
supaya bercantum , bertindih, diubahsuai untuk
menghasilkan satu imej. Kini montaj diaplikasikan
dalam sesuatu rancangan terutamanya di bahagian
pengenalan sebelum sesuatu program dijalankan.
Dihasilkan mengunakan slaid-slaid dalam Microsoft
Powerpoint.