10
(a) Strategi Pelaksanaan Projek Persediaan awal: (i) membentuk jawatankuasa projek dengan melibatkan semua ahli kumpulan (ii) membincangkan tajuk projek yang sesuai mengikut keperluan dalam projek keceriaan ini (iii) membuat keputusan untuk memilih tajuk yang berkaitan dengan masalah keceriaan. Oleh yang demikian, tajuk projek Lestari Rakan Alam Sekitar yang dipersetujui ialah Laluan Lestari. (iv) Mengenal pasti tempat yang hendak dibuat projek. (v) Mendapatkan nasihat dan pandangan beberapa guru tentang jenis aktiviti yang sesuai dijalankan. (vi) Mendapatkan kebenaran daripada pihak yang terlibat (vii) Mendapatkan kebenaran pihak sekolah (viii) Membincangkan kos projek. (ix) Membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan. GAMBAR-GAMBAR i. Mesyuarat jawatankuasa projek

Strategi Pelaksanaan Projek

Embed Size (px)

DESCRIPTION

strategi pelaksanaan projek

Citation preview

Page 1: Strategi Pelaksanaan Projek

(a) Strategi Pelaksanaan Projek

Persediaan awal:

(i) membentuk jawatankuasa projek dengan melibatkan semua ahli kumpulan

(ii) membincangkan tajuk projek yang sesuai mengikut keperluan dalam projek keceriaan ini

(iii) membuat keputusan untuk memilih tajuk yang berkaitan dengan masalah keceriaan. Oleh yang demikian, tajuk projek Lestari Rakan Alam Sekitar yang dipersetujui ialah Laluan Lestari.

(iv) Mengenal pasti tempat yang hendak dibuat projek.(v) Mendapatkan nasihat dan pandangan beberapa guru tentang

jenis aktiviti yang sesuai dijalankan.(vi) Mendapatkan kebenaran daripada pihak yang terlibat(vii) Mendapatkan kebenaran pihak sekolah(viii) Membincangkan kos projek.(ix) Membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan.

GAMBAR-GAMBAR

i. Mesyuarat jawatankuasa projek

Perbincangan dengan ahli kumpulan Membincangkan lokasi projek

Page 2: Strategi Pelaksanaan Projek

Mendengar pandangan dan cadangan dari ahli kumpulan.

Perbincangan kos projek.

Page 3: Strategi Pelaksanaan Projek

2.2 SEMASA PROJEK

2.2.1 Pelaksanaan Projek

Projek ini dijalankan dalam masa sebulan bulan dari 3 September hingga 28 September 2012. Dalam tempoh ini pelaksanaan projek mengikut perancangan yang telah diatur.

Aktiviti yang dilaksanakan :

i) Membersihkan tebing kiri dan kanan bahu jalan dengan

menggunakan ‘water jack’

Membersihkan tebing kiri dan kanan bahu jalan dengan ‘water jack’Mengecat tebing kiri dan kanan dengan warna hitam dan putih.Mengecat simen longkang dan anak tangga tepi padang.Mengecat simen tebing pokok bunga

Page 4: Strategi Pelaksanaan Projek

ii) Mengecat tebing kiri dan kanan

Page 5: Strategi Pelaksanaan Projek

iii)Mengecat simen longkang dan anak tangga tepi padang sekolah

2.2.2 Kelancaran Projek

Semasa menjalankan projek ini beberapa masalah telah kami hadapi. Namun, semua masalah tersebut berjaya kami menyelesaikan berkat kesabaran ahli kumpulan dan bimbingan mentor.

Antara masalah yang kami hadapi adalah kekangan masa untuk menjalankan projek ini, pada mulanya kumpulan kami berbincang untuk mengadakan projek ini waktu petang antara pukul 5 hingga 6 waktu persekolahan namun disebabkan masing-masing ada kelas , kumpulan kami telah sepakat mengadakan projek ini pada hari sabtu dan ahad.

Page 6: Strategi Pelaksanaan Projek

Semua ahli kumpulan telah memberi komitmen yang sepenuhnya untuk menjayakan projek ini.

Kesimpulannya, kelancaran projek ini berjalan lancar walaupun ada kekangan masa namun masalah yang dihadapi telah mendorong kami lebih untuk menjayakan projek kami.

2.3 SELEPAS PROJEK

2.3.1 Gambar Yang Sudah Siap

Page 7: Strategi Pelaksanaan Projek

Refleksi Kendiri

Kejayaan atau Kekuatan Projek

Semasa menjalankan projek ini kami telah berganding bahu untuk memikirkan tajuk yang sesuai dan cara untuk menjalankannya. Perkara ini telah mengeratkan hubungan antara kami sesama guru. Selain itu, kami juga sedar akan kepentingan memelihara dan memulihara kebersihan dan keceriaan untuk meningkatkan mutu kehidupan. Projek ini bukan sahaja telah menyedarkan orang ramai malah telah menyedarkan kami akan kepentingan kebersihan dan keceriaan.

Kelemahan Aktiviti

Kami mendapati ianya bukan mudah untuk mencari masa yang sesuai untuk menjalankan projek ini pada waktu persekolahan kerana setiap ahli kumpulan ada komitmen kelas masing-masing. Perkara ini telah menjadi perencah utama yang menyebabkan projek kami terpaksa ditangguh beberapa kali.

Kesimpulan

Secara keseluruhan, saya amat berbesar hati dan berterima kasih kepada rakan seperjuangan di sekolah ini yang bersama-sama dengan saya dalam menjayakan program internship ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih juga tidak terhingga kepada ahli kumpulan saya kerana berjaya melaksanakan projek ini seperti yang dirancang. Kami

Page 8: Strategi Pelaksanaan Projek

masih berjaya menyiapkan projek ini walaupun menghadapi banyak rintangan dan masalah.

Secara tidak langsung, semasa menjalankan projek ini, banyak nilai murni yang dapat kami amalkan. Antaranya ialah kerjasama, toleransi dan peka terhadap isu alam sekitar. Bagi ahli kumpulan saya sendiri, semangat berpasukan dan berusaha bersungguh-sungguh merupakan nilai utama yang dipegang sejak awal sehingga projek kumpulan kami selesai. Kesimpulannya, kejayaan projek ini merupakan hasil usaha dan kerjasama semua pihak yang terlibat. Saya berharap agar lebih banyak projek seperti ini dijalankan pada masa yang akan datang.

Penghargaan

Saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak-pihak yang telah membantu saya dalam menjayakan projek ini terutamanya Guru Besar SK Indera Mahkota ,Puan Hjh Maimunah Bt Abd Jalil yang memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan program Internship di sekolah ini .Tidak lupa juga jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Mentor saya iaitu Tn. Hj Baharuddin B. Yusof yang telah banyak memberi dorongan dan bimbingan kepada saya dalam menjayakan projek ini , tanpa bantuan beliau kejayaan projek ini tidak tentu lagi sempurna. Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan saya iaitu kumpulan 1 yang bersama-sama memberi komitmen dan kerjasama dalam menyiapkan projek ini. Tidak lupa juga kepada rakan guru-guru yang lain yang membantu saya dalam menjayakan projek ini.

Sekian, terima kasih.