1
Syukur Dan Taubat Aku syukur pada-Mu Tuhan di atas segala nikmat yang Engkau beri Aku bersyukur kepada-Mu lagi di atas kesyukuran itu Kerana syukur itu satu nikmat yang bersifat maknawi dan rohani Ia adalah satu pemberian-Mu Syukur di atas kesyukuran Begitu juga aku bertaubat di atas dosa-dosaku Seterusnya aku bertaubat di atas taubat-taubatku yang palsu Ertinya taubatku memerlukan taubat lagi Taubat di atas taubat Begitulah yang aku harapkan pada-Mu, ingatkan aku Bahawa syukur itu adalah satu nikmat dan anugerah-Mu Agar aku bersyukur di atas kesyukuran itu Seterusnya ingatkan aku Bahawa taubatku adalah palsu Agar aku bertaubat di atas taubat itu Moga-moga aku tidak menipu diriku

Syukur Dan Taubat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sajak

Citation preview

Page 1: Syukur Dan Taubat

Syukur Dan Taubat

Aku syukur pada-Mu Tuhan di atas segala nikmat yang Engkau

beri

Aku bersyukur kepada-Mu lagi di atas kesyukuran itu

Kerana syukur itu satu nikmat yang bersifat maknawi dan rohani

Ia adalah satu pemberian-Mu

Syukur di atas kesyukuran

Begitu juga aku bertaubat di atas dosa-dosaku

Seterusnya aku bertaubat di atas taubat-taubatku yang palsu

Ertinya taubatku memerlukan taubat lagi

Taubat di atas taubat

Begitulah yang aku harapkan pada-Mu, ingatkan aku

Bahawa syukur itu adalah satu nikmat dan anugerah-Mu

Agar aku bersyukur di atas kesyukuran itu

Seterusnya ingatkan aku

Bahawa taubatku adalah palsu

Agar aku bertaubat di atas taubat itu

Moga-moga aku tidak menipu diriku