6
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT PENGENALAN MEREMAJAKAN KULIT BOTOX PEMBEDAHAN PLASTIK PENGGUNAAN KOLAGEN PEMAKANAN KULIT TREN PEMUTIHAN PENGGUNAAN KOLAGEN PLACENTA MERKURI SUPPLEMENT: QUPUTEN/,KCOLLY RAWATAN MENGGUNAKAN HAIWAN SIPUT LINTAH IKAN RAWATAN TRADISIONAL SUSUK BEKAM PETUA TRADISIONAL RAWATAN TRADISIONAL URUTAN WAJAH FASIAL WAJAH SUNTIKAN VITAMIN DARAH LUMPUR ELEKTRIK KECANTIKKAN SUBJEKTIF TATOO KOSMETIK PRODUK HARIAN DAN KESAN

Table of Content (Titas)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

t

Citation preview

Page 1: Table of Content (Titas)

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

PENGENALAN

MEREMAJAKAN KULIT

BOTOX

PEMBEDAHAN PLASTIK

PENGGUNAAN KOLAGEN

PEMAKANAN KULIT

TREN PEMUTIHAN

PENGGUNAAN KOLAGEN

PLACENTA

MERKURI

SUPPLEMENT: QUPUTEN/,KCOLLY

RAWATAN MENGGUNAKAN HAIWAN

SIPUT

LINTAH

IKAN

RAWATAN TRADISIONAL

SUSUK

BEKAM

PETUA TRADISIONAL

RAWATAN TRADISIONAL

URUTAN WAJAH

FASIAL WAJAH

SUNTIKAN VITAMIN

DARAH

LUMPUR

ELEKTRIK

KECANTIKKAN SUBJEKTIF

TATOO

KOSMETIK PRODUK HARIAN DAN KESAN

KESIMPULAN

PENUTUP

PENGENALAN

Page 2: Table of Content (Titas)

Pada masa kini terdapat pelbagai isu yang berkaitan dengan kecantikan dan kesihatan

terutamanya di kalangan wanita. Fenomena ini bukan sahaja melanda kaum wanita dinegara ini,

malahan kaum wanita diseluruh Negara. Tidak ada wanita didunia ini yang tidak mahu kelihatan

cantik, wanita akan melakukan apa sahaja demi memperolehi kecantikan yang diimpikan.

Namun, kecantikan sebenar meliputi banyak perkara dan bukan tertumpu kepada kecantikan

fizikal sahaja. Kecantikan itu sendiri merupakan sesuatu yang subjektif dan mempunyai maksud

tersendiri mengikut individu.

Kecenderungan kaum Adam dalam memilih pasangan hidup yang cantik juga turut

mendorong wanita begitu mementingkan kecantikan. Walaupun terdapat garis panduan untuk

memilih wnita yang sesuai sebagai isteri dalam islam, namun mereka tidak begitu mengikutnya.

Kebanyakkan mereka akan mudah terpikat dengan wanita yang cantik dan bergaya. Perubahan

cara hidup turut mengubah ciri-ciri seseorang wanita yang ingin dijadikan isteri.

Mutakhir ini banyak kedengaran isu-isu mengenai produk kecantikan yang mengandungi

bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan penguna yang mengunakan produk kecantikan

tersebut. Produk Kecantikan yang mengandungi bahan terlarang ini bukan sahaja boleh

menjejaskan kesihatan individu yang mengunanya malahan boleh menyebabkan kematian. Isu

produk pelansingan yang beracun, halal atau haram tentang kaedah moden kecantikan seperti

suntikan botox, suntikan vitamin C dan pembedahan kosmetik. Produk kecantikan dilihat dijual

secara meluas tanpa pengesahan kementerian Kesihatan mengenai bahan-bahan kimia yang

digunakan. Penguna yang terdiri daripada wanita terutamanya tidak didedahkan dengan bahaya

dan risiko penggunaan

Kualiti yang dimiliki oleh seseorang individu atau barang yang memberikan suatu

perasaan suka dan kepuasaan yang mendalam kepada minda seseorang dengan mengunakan

pancaindera sama ada dengan cara melihat, memegang dan sebagainya. Ianya juga merupakan

suatu reka bentuk atau corak yang mempunyai kualiti yang jelas dan nyata.

Wanita dimaksudkan sebagai “seorang perempuan dewasa” mengikut Akta Orang Dewasa 1971,

“dewasa” boleh ditakrifkan sebagai “seorang yang telah mencapai umur 18 tahun”. Justeru itu

Page 3: Table of Content (Titas)

panggilan ‘wanita’ itu merujuk kepada seseorang perempuan yang telah mencapai umur 18

tahun.

Sering kali didengari bahawa wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan bagaikan isi

dan kuku. Malahan, wanita yang tidak mementingkan kecantikan dianggap sebagai bukan wanita

sejati. Perkataan “wanita” berasal daripada bahasa Sanskrit yang membawa maksud ‘sesuatu

yang sukar dilepaskan’ yang mana amat bersesuaian dengan naluri seorang wanita itu sendiri

yang tidak boleh melepaskan kecantikan sebagai sebahagian daripada hidup.

Wanita hari ini sanggup berbelanja tinggi dan berhabisan wang dalam jumlah yang

banyak demi untuk mencantikkan wajah mereka agar sentiasa kelihatan muda. Wanita tidak

pernah puas dengan kecantikkan yang dimiliki, adalakala seseorang wanita itu sudah cukup

sempurna ciptaannya tetapi masih merasa serba kekurangan diatas penampilan diri. Atas rasa

tidak kepuasan itu, maka timbul pelbagai rawatan mencantikkan wajah yang di buat oleh

sesetengah pihak termasuklah menyediakan rawatan yang popular di kalangan wanita hari ini

adalah termasuk produk kecantikan yang merangkumi suntikan botox, pembedahan plastik dan

juga pelbagai produk pelansingan badan. Kesemua produk-produk kecantikan yang

diperkenalkan ini dikatakan mampu merubah bentuk wajah dan badan yang diinginkan dan

didambakan bagi setiap wanita.

Penggunaan kosmetik di kalangan wanita merupakan suatu yang lumrah. Pelbagai jenis

kosmetik wujud di pasaran bagi memenuhi tuntutan kaum wanita. Selain itu, peniaga turut

menawarkan bermacam-macam jenis perkhidmatan yang berunsurkan kecantikan. Malahan ada

juga mengadakan perkhidmatan pembedahan kulit dan penggunaan bahan tertentu untuk tujuan

ini. Namun pengunaan produk kecantikan yang kini berleluasa tanpa sebarangan kawalan boleh

memberikan kesan sampingan yang memudartkan. Pekara ini tidak begitu disedari oleh para

pengguna kerana ia tidak didedahkan kepada mereka apabila ingin mengambilnya.

Agama Islam menentang kehidupan yang bersifat kesengsaraan dan menyeksa diri,

sebagaimana yang telah diamalkan oleh sebahagian dari pemeluk agama lain . Agama Islam

juga mengesa ummatnya untuk selalu kelihatan cantik dan berketerampilan dengan cara

sederhana dimana ianya tidak berlebih-lebihan. Bahkan Islam menganjurkan di saat hendak

Page 4: Table of Content (Titas)

mengerjakan ibadat, supaya berhias diri disamping menjaga kebersihan dan kesucian tempat

mahupun pakaian.

Allah swt. berfirman:

“. pakailah pakaianmu yang indah pada setiap memasuki) masjid …” [1]

Apabila Islam sudah menetapkan hal-hal yang indah, baik bagi lelaki mahupun

wanita, tetapi terhadap wanita, Islam lebih memberi perhatian dan kelonggaran, kerana

fitrahnya, sebagaimana dibolehkannya memakai kain sutera dan perhiasan emas, dimana hal itu

diharamkan bagi kaum lelaki.

Walaupun sesetangah perkara yang dianggap baik pada manusia, tetapi membawa

kerosakan dan perubahan pada tubuhnya, dari yang telah diciptakan oleh Allah swt, dimana

perubahan itu tidak layak bagi fitrah manusia. Oleh itu, perbuatan tersebut dilarang.

sebagaimana sabda Nabi Muhammad saw.:

“Allah melaknati pembuatan tatto, yaitu menusukkan jarum ke kulit dengan warna yang berupa

tulisan, gambar bunga, simbol-simbol dan sebagainya; mempertajam gigi, memendekkan atau

menyambung rambut dengan rambut orang lain, (yang bersifat palsu, menipu dan sebagainya).”

(Hadis shahih).

Sebagaimana riwayat Said bin Musayyab, salah seorang sahabat Nabi saw. ketika

Muawiyah berada di Madinah setelah beliau berpidato, tiba-tiba mengeluarkan segenggam

rambut dan mengatakan, “Inilah rambut yang dinamakan Nabi saw. Azzur yang artinya

atwashilah (penyambung), yang dipakai oleh wanita untuk menyambung rambutnya, hal

itulah yang dilarang oleh Rasulullah saw. dan tentu hal itu adalah perbuatan orang-orang

Yahudi. Bagaimana dengan Anda, wahai para ulama, apakah kalian tidak melarang hal itu?

Padahal aku telah mendengar sabda Nabi saw. yang ertinya, ‘Sesungguhnya terbinasanya

Page 5: Table of Content (Titas)

orang-orang Israel itu karena para wanitanya memakai itu (rambut palsu) terus-menerus’.”

(H.r. Bukhari).

Nabi saw. menamakan perbuatan itu sebagai suatu bentuk kepalsuan, dan juga merupakan

sebahagian daripada tipu muslihat.