36
GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010 1 TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis panduan ini terpakai bagi pembangunan di kawasan yang mempunyai kecerunan yang melebihi 15 darjah kecuali aktiviti pertanian.

TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

  • Upload
    tranbao

  • View
    256

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

1

TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN

Garis panduan ini terpakai bagi pembangunan di kawasan yang

mempunyai kecerunan yang melebihi 15 darjah kecuali aktiviti

pertanian.

Page 2: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

2

1.0 PENDAHULUAN

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor bil. 6 /2008 bertarikh 2

April 2008 telah memutuskan kawasan bercerun kelas III dan IV

tidak boleh dibangunkan di Negeri Selangor. Tindakan tersebut

diambil berdasarkan kejadian-kejadian tanah runtuh yang

menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda telah berlaku di

Negeri Selangor seperti di Rawang Perdana, Taman Hillview,

Taman Harmonis Kg. Pasir dan Bukit Antarabangsa dari tahun

2001 hingga 2008.

Keputusan tersebut telah menyebabkan kesulitan dan kekangan

pembangunan di Negeri Selangor serta rayuan dari pihak REDHA,

pemaju dan pelabur.

Sehubungan dengan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Tetap

Pembangunan Tanah bertarikh 26 Mac 2009 telah memutuskan

untuk menimbang pelaksanaan pembangunan di kawasan

berkecerunan kelas III (melebihi 25°) dan garis panduan

pelaksanaannya perlu disediakan.

Page 3: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

3

Garis Panduan ini telah diselaraskan dengan Garis Panduan

Perancangan Pembangunan di Tanah Tinggi seperti berikut:

i. Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan

Negeri Selangor yang telah diluluskan oleh Majlis

Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Bil. 27/2007

bertarikh 26hb. September 2007;

ii. Garis Panduan Pembangunan di Kawasan Bukit yang

disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan

Tempatan (KPKT),1997;

iii. Garis Panduan Pembangunan di Kawasan Tanah Tinggi

oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE),

2005; dan

iv. Garis Panduan Perancangan Pembangunan di Kawasan

Bukit dan Tanah Tinggi yang disediakan oleh Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia,

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

(KPKT),2009.

Page 4: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

4

Ia juga telah mengambilkira 3 prinsip utama pembangunan iaitu:

i. Keselamatan risiko bencana geologi,

ii. Pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

(KSAS)

iii. Kebolehlaksanaan Pembangunan,

Garis panduan yang telah dikemaskini ini memberi penekanan

kepada aspek keselamatan dan kesensitifan alam sekitar, dan

kebolehlaksanaan pembangunan. Aspek kebolehlaksanaan

pembangunan mengambilkira faktor-faktor ekonomi, sosial dan

fizikal. Berdasarkan prinsip tersebut, garis panduan ini

mengambilkira aspek-aspek jenis pembangunan, kepadatan

(densiti) dan keluasan pembangunan, anjakan bangunan, zon

penampan, nisbah plot, kawasan plinth (tapak kawasan yang

dibangunkan) dan kesesuaian guna tanah.

Pelaksanaan Garis panduan ini hendaklah dirujuk kepada

Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri Selangor,

Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas Pihak

Berkuasa Tempatan yang berkaitan dan dasar-dasar serta polisi

semasa yang digunapakai oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Page 5: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

5

2.0 TAFSIRAN

Tafsiran tanah tinggi yang yang ditakrifkan di dalam garispanduan

ini merujuk kepada 2 komponen.

2.1 Bentuk muka bumi Negeri Selangor dibahagikan kepada 4

kategori berpandukan ketinggian dari paras laut seperti

berikut:

i. Tanah Rendah (Pamah)

Kawasan yang berada di bawah 150 meter dari aras laut

(EPU, 2002).

ii. Tanah Bukit

Kawasan yang berada pada ketinggian diantara 150

meter hingga kurang daripada 300 meter dari aras laut

(EPU, 2002).

iii. Tanah Tinggi

Kawasan Tanah Tinggi ditafsirkan sebagai tanah-tanah

yang mempunyai kedudukan lebih dari 300 meter dari

aras laut hingga kurang daripada 1000 meter (EPU,

2002).

Page 6: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

6

iv. Gunung

Kawasan Gunung ditafsirkan sebagai tanah-tanah yang

mempunyai kedudukan lebih dari 1000 meter dari aras

laut (EPU, 2002).

Page 7: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

7

2.2 Bagi tujuan pemakaian garispanduan ini definasi berikut

digunapakai :

i. Lereng Bukit

Kawasan yang melibatkan lereng bukit berkecerunan

lebih atau sama dengan 15 darjah (KSAAS, 2005).

ii. Kawasan Sekitar

Kawasan bersebelahan dan sekitarnya yang dijangka

menerima dan memberi kesan secara langsung oleh

pembangunan berkenaan.

iii. Kawasan Sensitif Alam Sekitar (Tanah Tinggi)

Dasar 18 Rancangan Fizikal Negara telah menetapkan

mengenai pemeliharaan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

(KSAS) melalui pengurusan KSAS berpandukan kepada

kriteria berikut :

a. KSAS tahap 1 : kawasan berkontur melebihi 1000

meter

Tiada pembangunan, pertanian atau pembalakan

akan dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan

alam semula jadi berimpak rendah, penyelidikan dan

pendidikan.

Page 8: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

8

b. KSAS tahap 2: kawasan berkontur 300 meter -

1000 meter

Tiada pembangunan atau pertanian. Pembalakan

mampan dan pelancongan alam semula jadi

berimpak rendah akan dibenarkan bergantung

kepada halangan setempat.

c. KSAS tahap 3: kawasan berkontur melebihi 150

meter - 300 meter

Pembangunan terkawal dimana jenis dan intensiti

pembangunan akan dikawal bergantung kepada ciri-

ciri halangan.

Kesan tanah runtuh di Kampung Pasir pada 31 Mei 2006

Page 9: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

9

3.0 KELAS KESESUAIAN PEMBANGUNAN

Kategori

Kelas Ciri-Ciri Geologi

Kelas I Kawasan Kelas I adalah kawasan yang mempunyai

pembatasan geoteknikal yang rendah seperti berikut:

i. Terain in-situ dengan kecerunan < 150; dan

ii. Cerun yang dipotong dengan kecerunan < 150

Kelas II Kawasan Kelas II adalah kawasan yang mempunyai

pembatasan geoteknikal yang sederhana seperti berikut:

i. Terain in-situ dengan kecerunan > 150 hingga < 250

dengan ketiadaan tanda-tanda hakisan dan

ketidakstabilan cerun;

ii. Terain in-situ dengan kecerunan < 150 dengan tanda-

tanda wujudnya hakisan dan ketidakstabilan cerun;

iii. Terain in-situ dengan kecerunan < 150 yang terdiri dari

koluvium atau bahan geologi yang sensitif; dan

iv. Kawasan ancaman banjir.

Kelas III

Kelas III

Kawasan Kelas III adalah kawasan yang mempunyai

pembatasan geoteknikal yang tinggi seperti berikut:

i. Terain in-situ dengan kecerunan dari > 250 hingga <

350 dengan ketiadaan tanda-tanda hakisan dan

ketidakstabilan cerun;

ii. Terain in-situ dengan kecerunan > 150 hingga < 250

dengan tanda-tanda wujudnya hakisan sederhana

hingga teruk dan ketidakstabilan cerun;

iii. Terain in-situ dengan kecerunan > 150 hingga < 250

Page 10: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

10

Kategori

Kelas Ciri-Ciri Geologi

(samb.) yang terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang

sensitif;

iv Terain in-situ dengan kecerunan < 150 yang terdiri dari

koluvium atau bahan geologi yang sensitif dengan

mempunyai tanda-tanda ketidakstabilan cerun;

v. Kawasan ancaman banjir lumpur.

Kelas IV Kawasan Kelas IV adalah kawasan yang mempunyai

pembatasan geoteknikal yang ekstrem seperti berikut :

i. Terain in-situ dengan kecerunan > 350 dengan ketiadaan

tanda-tanda hakisan dan ketidakstabilan cerun;

ii. Terain in-situ dengan kecerunan > 250 hingga < 350

dengan tanda-tanda wujudnya hakisan dan

ketidakstabilan cerun;

iii. Terain in-situ dengan kecerunan > 150 hingga < 250 yang

terdiri dari koluvium atau bahan geologi yang sensitif

dengan mempunyai tanda-tanda ketidakstabilan cerun;

dan

iv. Kawasan ancaman banjir puing (debris flow).

v. Puncak bukit atau rabung (ridges);

Sumber : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, 2005

Page 11: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

11

Kelas Bercampur

Bagi projek pembangunan yang terletak dalam kawasan yang

mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan

EIA perlu disediakan. Pembangunan yang dicadangkan hendaklah

ditimbang dan diperakukan oleh Jawatankuasa Teknikal KSAS.

Sumber : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, 2005

Kesan tanah runtuh di Mudi Angkasa, Batu Cheras Baru

Page 12: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

12

4.0 GARIS PANDUAN UMUM

Secara umum, pembangunan di kawasan tanah berbukit, tanah

tinggi, lereng bukit dan puncak bukit serta kawasan sekitarnya

perlu mematuhi garis panduan umum.

4.1 Kriteria Kawasan Bercerun Yang Boleh Dibangunkan

Kawasan berkecerunan kelas I dan II dengan ketinggian

kurang 300 meter dari aras laut dibenarkan untuk

pembangunan.

Kawasan berkecerunan kelas I dan II dengan ketinggian

melebihi 300 meter hingga 1000 meter dari aras laut

dibenarkan untuk pembangunan eko-pelancongan dan

rekreasi berimpak rendah.

Kawasan pembangunan berkecerunan kelas III dengan

ketinggian kurang 300 meter dari aras laut boleh

dipertimbangkan dengan mengambilkira aspek

keselamatan, pemeliharaan cerun dan kebolehlaksanaan

pembangunan. Permohonan tertakluk kepada garis

panduan khusus para 5.0 dan perakuan Jawatankuasa

Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam

Sekitar.

Page 13: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

13

Kawasan berkecerunan kelas III dengan ketinggian

melebihi 300 meter hingga 1000 meter dari aras laut

dibenarkan untuk pembangunan rekreasi berimpak

rendah yang tidak melibatkan pembinaan struktur

bangunan.

Kawasan berkecerunan kelas IV tidak dibenarkan untuk

pembangunan kecuali pembangunan infrastruktur dan

projek berkepentingan nasional.

Kawasan melebihi 1000 meter dari aras laut tidak

dibenarkan untuk pembangunan perbandaran tetapi

dibenarkan pembangunan infrastruktur dan projek

berkepentingan nasional.

Cadangan pembangunan di lereng bukit yang telah di

kacau ganggu perlu mendapat perakuan Jawatankuasa

Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam

Sekitar.

Page 14: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

14

4.2 Kawasan Berkecerunan Yang Perlu Dipelihara

Kawasan berbukit yang telah diisytiharkan sebagai tanah

bukit di bawah Bahagian II, (Seksyen 3, Akta

Pemuliharaan Tanah 1960) (Akta 385) (Disemak 1989);

Kawasan yang mempunyai nilai sejarah, daya tarikan

pelancongan dan kepelbagaian biologi yang tinggi;

Kawasan yang mempunyai kepentingan geologi yang telah

dikenal pasti atau diwartakan sebagai kawasan kajian atau

penyelidikan;

Kawasan yang telah dikenalpasti sebagai kawasan yang

mengandungi sumber-sumber mineral;

Kawasan tadahan air yang tertakluk kepada mana-mana

Akta sediada;

Kawasan yang diwartakan sebagai hutan simpanan kekal

termasuk kawasan hutan pengeluaran atau hutan produktif

dan lindungan;

Page 15: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

15

4.3 Kawasan Warisan Kebangsaan

Mana-mana kawasan yang terletak di dalam kawasan

tanah berbukit, tanah tinggi, lereng bukit dan puncak

bukit serta kawasan sekitarnya yang diwartakan sebagai

Tapak Warisan Kebangsaan mengikut Akta Warisan

Kebangsaan, 2006 atau mana-mana akta yang berkaitan.

Page 16: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

16

4.4 Pemeliharaan Topografi

Subsekyen 21 A(1), Akta Perancangan Bandar dan Desa,

1976 (Akta 172) memperuntukkan supaya Laporan

Cadangan Pemajuan (LCP) yang dikemukakan perlu

mengandungi perihal tanah termasuk alam sekitar fizikal,

topografi, landskap, geologi, kontur, saliran air dan

tadahan air dan bentuk semulajadi diatasnya.

Subsekyen 21 B(1), Akta 172 (Pelan susun atur)

memperuntukkan langkah-langkah bagi melindungi dan

memperelok alam sekitar dari segi fizikal, memelihara

topografi semulajadi, memperelok lanskap serta

memelihara dan menanam pokok di kawasan pemajuan

dilaksanakan.

Pemaju hendaklah mengekalkan keadaan topografi asal

tanah mengikut kesesuaian tapak. Sebarang pemotongan

bukit hendaklah dilaksanakan pada kadar yang minimum

dan hanya boleh dibenarkan bagi tujuan penyediaan

infrastruktur seperti jalan dan pembinaan infrastruktur yang

terbabit sahaja. Tindakan pemotongan bukit bagi tujuan

meratakan permukaan keseluruhan tapak pembangunan

adalah tidak dibenarkan.

Page 17: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

17

Penyusunan bagi sesuatu pemajuan hendaklah mengikut

kontor asal tanah termasuk tebing tasik, aliran sungai dan

sebagainya;

Menyusun secara bertingkat (staggered) dengan

mengambil kira kecerunan maksimum untuk cadangan

jalan mengikut kehendak yang ditetapkan oleh agensi-

agensi teknikal berkenaan; dan

Mempelbagaikan penyusunan bangunan termasuk

penyusunan secara tidak berderet seperti berek.

4.5 Kawasan Berkecerunan Yang Perlu Dipulihara

Kawasan yang diisytiharkan sebagai kawasan berisiko

bencana.

Page 18: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

18

5.0 GARIS PANDUAN KHUSUS

5.1 Kawalan Perancangan dan Kebolehlaksanaan

Pembangunan

Perkaitan kesensitifan alam sekitar dengan aspek ketinggian

merupakan asas penting dalam pertimbangan

pembangunan. Ini adalah berdasarkan faktor semakin

tinggi kawasan bukit semakin sensitif dari segi flora dan

faunanya serta kemusnahannya. Dengan itu, semakin

tinggi kelas kesesuaian pembangunan atau ketinggian,

maka semakin terhad pembangunan yang boleh

dipertimbangkan.

5.1.1 Pemajuan yang boleh dipertimbangkan untuk

pembangunan di kawasan tanah berbukit, tanah tinggi,

lereng bukit dan puncak bukit serta kawasan

sekitarnya adalah tertakluk kepada perkara-perkara

berikut :

i. Zon perancangan yang telah ditentukan oleh

Rancangan Tempatan atau Rancangan Kawasan

Khas berkaitan;

ii. Kelas kegunaan tanah mengikut Rancangan

Tempatan atau Rancangan Kawasan Khas

berkaitan;

Page 19: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

19

i. Intensiti pembangunan yang meliputi densiti,

ketinggian, bilangan tingkat, kawasan plinth dan

Nisbah Plot;

ii. Semua syarat-syarat berkaitan yang dikeluarkan

oleh agensi teknikal berkaitan hendaklah

dipatuhi.

5.1.2 Panduan kawalan perancangan dan pembangunan

serta syarat-syarat terperinci berdasarkan kelas

kesesuaian pembangunan I, II, III dan IV adalah seperti

di Jadual 1 – 4 dan Manual Garis Panduan dan

Piawaian Perancangan Negeri Selangor yang telah

diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri

Selangor Bil. 27/2007 bertarikh 26hb. September 2007.

Sebarang percanggahan kawalan perancangan,

Jadual 1-4 diterima pakai.

Membahayakan penduduk, jarak yang tidak selamat

Page 20: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

20

Rujuk lampiran Jadual 1- 4 : Kawalan Perancangan Pembangunan

Page 21: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

21

Zon Penampan

5.2.1 Penentuan Zon Penampan

Pembangunan yang boleh dipertimbagkan dalam zon

penampan fizikal termasuklah jalan raya,longkang dan parit,

sungai, tasik, tempat letak kereta dan kawasan lapang.

Zon penampan ditentukan berdasarkan ciri-ciri cerun , struktur

tanah dan tertakluk kepada penilaian geoteknikal serta

kriteria-kriteria berikut:

i. Jarak zon penampan dikira dari garisan bangunan dengan

kawasan bercerun bagi pembangunan diatas plato (rajah

1).

ii. Jarak zon penampan dikira dari ketinggian cerun / tanah

tinggi bagi pembangunan bersempadan dengan cerun /

tanah tinggi (rajah 2).

jarak yang terlalu dekat dan tidak

selamat

Page 22: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

22

Rajah 1: Zon Penampan dikira dari garisan bangunan

Tinggi Cerun(H) 36 m

Jarak Zon Penampan = 2H (72 m)

Kerja-kerja Pemeliharaan Cerun

Tidak Dijalankan (Cerun Semulajadi)

B

A

Kawasan

Cerun Semulajadi

Kawasan Pemeliharaan

Cerun Dijalankan

Rajah 2 : Zon Penampan Dikira Dari Ketinggian Cerun / Tanah Tinggi PENAMPAN DIKIRA DARI KETINGGIAN CERUN / TANAH TINGGI

Page 23: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

23

5.2.2 Kriteria Penentuan Jarak Zon Penampan adalah seperti

berikut:

i. Struktur yang dibina berhampiran kaki cerun yang

dipotong atau cerun semulajadi yang menegak atau

hampir menegak (melebihi 70o) di mana tidak ada

sebarang langkah kejuruteraan untuk menstabilkan

cerun itu atau langkah-langkah tebatan kesan-kesan

gelongsoran tanah, hendaklah tidak terletak di dalam

zon sekurang-kurangnya dua (2) kali ganda (2 H)

ketinggian cerun.

ii. Cerun tanah semulajadi yang mempunyai kecerunan

melebihi 25 darjah atau ketinggian melebihi 30 meter

zon penampan minima 1 H.

iii. Cerun batuan semulajadi zon penampan minima 1 H

dengan langkah-langkah mitigasi tertakluk kepada

pemetaan risiko geologi.

iv. Engineered slope tanah maksima 6 berm (1berm = 6

meter)

a. anjakan bangunan minima 20 meter.

v. Engineered slope batuan zon penampan minima 20

meter atau 1 H tertakluk kepada pemetaan risiko

geologi.

Page 24: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

24

vi. Tembok penahan melebihi 6 meter zon penampan

minima 10 meter atau 1 H (yang mana lebih tinggi)

vii. Struktur yang dibina di atas rabung cerun yang

dipotong atau cerun semulajadi yang menegak atau

hampir menegak (melebihi 70o) di mana terdapat

langkah kejuruteraan dijalankan hendaklah tidak terletak

di dalam zon sekurang-kurangnya 15.24 meter atau

sekali (1) ganda ketinggian cerun itu (rajah 3).

Rajah 3: Zon Penampan dikira dari sempadan engineered slope dan cerun potongan / plato

Kerja-Kerja Pemeliharaan Cerun Dijalankan Melalui

Penyediaan Teres

Tinggi Cerun (H)

36m

50 kaki (15.24m)

Jarak Zon Penampan = 1H (36m)

Page 25: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

25

6.0 MEKANISMA PELAKSANAAN

6.1 Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif

Alam Sekitar

Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif

Alam Sekitar dipengerusikan oleh Pengarah Jabatan

Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor. Urusetia

Jawatankuasa ialah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa

Negeri Selangor.

Page 26: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

26

6.1.1 Keahlian Jawatankuasa Teknikal Pembangunan

Kawasan Sensitif Alam Sekitar

**Nota : Jabatan-Jabatan lain yang berkaitan dengan permohonan akan

dijemput untuk turut hadir

BIL. JABATAN JAWATAN

1. Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan

Desa Negeri Selangor

Pengerusi

2. Jabatan Mineral dan Geosains

Selangor/Wilayah Persekutuan

Ahli

3. Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor Ahli

4. Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor Ahli

5. Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor Ahli

6. Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor Ahli

7. Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri

Selangor

Ahli

8. Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor Ahli

9. Pihak Berkuasa Tempatan Yang Berkaitan Ahli

10. Pejabat Tanah dan Daerah Yang Berkaitan Ahli

11. Kumpulan IKRAM Sdn.Bhd Ahli

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri

Selangor

Urusetia

Page 27: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

27

6.1.2 Fungsi dan Tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal

Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

i. Membuat keputusan / nasihat mengenai had

pembangunan yang boleh dilaksanakan.

ii. Menilai pelan susunatur, Laporan Cadangan Pemajuan

(LCP),pelan kerja tanah, Laporan Penyiasatan

Geoteknikal dan Analisis kestabilan cerun, Laporan

Saliran dan Pengairan, Laporan Penilaian kesan kepada

Alam Sekeliling (EIA) dan lain-lain laporan yang berkaitan

permohonan yang melibatkan kawasan berkecerunan

kelas III dan IV.

iii. Mengadakan lawatan tapak bagi menilai permohonan.

iv. Mengemukakan syor-syor berkaitan pembangunan tanah

tinggi kepada Jawatankuasa Perancang Negeri atau

Pihak Berkuasa Negeri.

v. Mengemukakan keputusan syor-syor kepada Pihak

Berkuasa Tempatan yang berkenaan

vi. Pelaporan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa

Perancangan Negeri dan Jawatankuasa Tetap

Pembangunan Tanah setiap bulan atau berdasarkan

semasa arahan Jawatankuasa.

vii. Mengadakan mesyuarat 2 kali sebulan. Proses

pertimbangan Jawatankuasa adalah seperti Rajah 4.

Page 28: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

28

*Nota :

i. Mesyuarat JTPKSAS akan diadakan 2 minggu sekali. ii. Peta Kesesuaian Pembangunan Perlu disahkan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Selangor

Tidak Lengkap

Semakan Permohonan

Lengkap

Perakuan dan syor

Keputusan

Pusat Setempat

(OSC)

Senarai semak Laporan-Laporan yang diperlukan untuk pertimbangan jawatankuasa:

i. Laporan-laporan yang perlu dikemukakan: a. Laporan cadangan Pemajuan (LCP) perlu

mengandungi analisa kecerunan dan peta kesesuaian pembangunan.

b. Pemetaan Geologi Terrain c. Laporan Kajian Geoteknikal d. Pemetaan Geobencana (Hazard map) e. Pelan kerja tanah f. Laporan pelan Kawalan Mendapan dan Hakisan

(ESCP)

i. Laporan-laporan lain yang berkaitan dikemukakan sekiranya perlu: 1. Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling

(EIA) 2. Laporan Penilaian Kesan Sosial (SIA) 3. Laporan rekabentuk sisten saliran berdasarkan

manual saliran mesra alam (MASMA) 4. Traffic Impact Assesment 5. EMP bagi pembangunan yang kurang dari 20

hektar

Pemohon

Pihak Berkuasa Negeri

JTPKSAS

Pusat Setempat (OSC)

JTPKSAS

Rajah 4: Carta Alir Permohonan Kebenaran Merancang Bagi Pertimbangan Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (JTPKSAS) Negeri Selangor.

Page 29: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

29

Page 30: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

30

6.1.3 Asas Pertimbangan Kelulusan

i. Pematuhan Penilaian laporan-laporan berikut :-

a. Pelan susunatur, Laporan cadangan Pemajuan

(LCP) perlu mengandungi analisa kecerunan dan

peta kesesuaian pembangunan.

b. Laporan Penilaian Kesan kepada Alam Sekeliling

(EIA)

c. Laporan Kajian Geoteknikal

d. Pemetaan Geologi Terrain

e. Pemetaan Geobencana (Hazard map)

f. Laporan pelan Kawalan Mendapan dan Hakisan

(ESCP)

g. Laporan rekabentuk sisten saliran berdasarkan

manual saliran mesra alam (MASMA)

h. Pelan kerja tanah

i. Traffic Impact Assesment

j. EMP bagi pembangunan yang kurang dari 20 hektar

Page 31: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

31

ii. Kawasan cerun buatan manusia (man-made slope) dan

kawasan kacau ganggu (disturbed area) perlu

menjalankan kerja-kerja pemuliharaan dan penstabilan

ke atas cerun-cerun dan merujuk kepada pertimbangan

Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Kawasan Sensitif

Alam Sekitar.

iii. Pembangunan yang boleh dilaksanakan di kawasan

tanah tinggi dan berbukit adalah tertakluk kepada empat

(4) komponen utama iaitu:-

a. Zon perancangan yang telah ditentukan oleh

Rancangan Tempatan atau Rancangan Kawasan

Khas berkaitan;

b. Kelas kegunaan tanah mengikut Rancangan

Tempatan atau Rancangan Kawasan Khas

berkaitan;

c. Intensiti pembangunan yang meliputi densiti,

ketinggian, bilangan tingkat, kawasan plinth dan

Nisbah Plot;

d. Semua syarat-syarat berkaitan yang dikeluarkan

oleh agensi teknikal berkaitan hendaklah

dipatuhi.

Page 32: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

32

iv. Perundangan

Perakuan dan syor jawatankuasa adalah merujuk

kepada keperluan perundangan seperti berikut:

a. Kanun Tanah Negara, 1965

b. Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976

c. Akta Pemuliharaan Tanah, 1960

d. Akta Kualiti Kesan Alam Sekeliling,1974

e. Akta Perlindungan Hidupan Liar, 1974

f. Akta Perhutanan Negara, 1984

g. Akta Orang Asli, 1954

h. Akta Taman Negara, 1980

i. Akta Penyiasatan Kajibumi, 1974

j. Akta Pembangunan Mineral, 1994

k. Akta Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam,

1984

l. Drainage Works Act, 1954 (1988)

m. Enakmen Lembaga Urus Air Selangor

n. Akta Hakmilik Strata,1985

Page 33: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

33

7.0 PELAN TINDAKAN GARISPANDUAN PERANCANGAN

PERMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT DAN TANAH TINGGI

NEGERI SELANGOR

Perkara-perkara yang perlu diambil tindakan oleh Pihak Berkuasa

Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah seperti berikut:

7.1 Penubuhan Unit Penyelenggaraan Cerun di peringkat

Pihak Berkuasa Tempatan

7.2 Penyediaan Rancangan Kawasan Khas

Rancangan Kawasan Khas perlu disediakan menurut

Seksyen 16 (B) Akta Perancangan Bandar dan Desa,1976

bagi kawasan bukit dan tanah tinggi yang berpotensi risiko

geobencana.

7.3 Pembangunan Sistem Pengkalan Data Geologi dan

Geobencana

Jabatan yang bertanggungjawab bagi menjalankan dan

menyediakan Sistem Pengkalan Data Geologi dan

Geobencana adalah Jabatan Mineral dan Geosains

Selangor dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor

serta Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.

Page 34: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

34

7.4 Pangkalan data cerun

Pembangunan Sistem Pengkalan Data Geologi Dan

Geobencana seluruhan negeri Selangor akan dipusatkan di

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor dan

diintergrasikan dengan Jabatan Mineral dan Geosains

Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri

Selangor dan Pihak Berkuasa Tempatan yang berkaitan.

7.5 Penentuan Kadar Cukai Bagi Pembangunan di Kawasan

Tanah Tinggi

Dicadangkan semakan semula kadar cukai taksiran dan

cukai tanah bagi pembangunan di kawasan tanah tinggi.

7.5.1 Penentuan Kadar Cukai Taksiran Bagi

Pembangunan di Kawasan Tanah Tinggi

Semakan semula cukai taksiran oleh Seksyen Pihak

Berkuasa Tempatan, UPEN.

Page 35: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

35

7.5.2 Penentuan kadar cukai Tanah

Semakan semula cukai tanah oleh Pejabat Tanah dan

Galian Negeri Selangor.

7.6 Cadangan pindaan Akta-Akta Berkaitan

7.6.1 Kanun Tanah Negara, 1965

i. Pindaan seksyen. 51 hingga seksyen 61A (KTN)

Hak-Hak akses dan penggunaan tanah beri milik.

ii. Pindaan seksyen 93 hingga seksyen 102 (KTN)

dan Selangor Land Rules

7.6.2 Akta Pemeliharaan Tanah, 1960 (Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar)

7.6.3 Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta

172)

i. Pindaan seksyen 21A (Laporan Cadangan

Pemajuan,

ii. Pindaan seksyen 21B (Pelan susun atur).

Page 36: TAFSIRAN PEMAKAIAN GARIS PANDUAN Garis · PDF fileDAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, ... mempunyai kelas bercampur-campur yang melibatkan kelas III, laporan ... penyelidikan; Kawasan

GARIS PANDUAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN BUKIT

DAN TANAH TINGGI NEGERI SELANGOR, 2010

36

7.6.4 Akta Jalan, Parit dan Bangunan, 1974 (Akta 133)

i. Pindaan seksyen 83 dan seksyen 84 : (tindakan

ke atas tanah hakmilik persendirian yang

membahaya)

ii. Seksyen 94 : (Menperjelaskan definasi “perkara”

iaitu merujuk kepada bangunan dan tanah yang

dalam keadaa bahaya)

7.7 Pengecualian penyediaan Rumah Mampu Milik bagi

pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi.

Semakan semula Dasar Perumahan Negeri Selangor

(Pekeliling PTG Selangor Bil. 3/2006)

8.0 KESIMPULAN

Garispanduan ini akan dapat memandu perancangan dan

pembangunan di kawasan bukit dan tanah tinggi Negeri Selangor ke

arah pembangunan mampan. Pertimbangan dari aspek keselamatan

risiko bencana geologi, Pengurusan Kawasan Sensitif Alam Sekitar

(KSAS) dan Kebolehlaksanaan Pembangunan yang telah diambil kira

secara tegas akan dapat memastikan pelaksanaan pembangunan

secara mampan serta mengimbangi pembangunan fizikal dan

pembangunan insan.