93
PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN SATU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KECEMERLANGAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2004. FARAWAHIDA BINTI HJ.ZAINAL ABIDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Tazurafasniap030488 d2005ttp

Embed Size (px)

Citation preview

PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN SATU

TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

KECEMERLANGAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH

(UPSR) 2004.

FARAWAHIDA BINTI HJ.ZAINAL ABIDIN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TINGKATAN SATU TERHADAP FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI

KECEMERLANGAN UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2004.

FARAWAHIDA BINTI HJ.ZAINAL ABIDIN

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan ( Matematik / Komputer )

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI, 2005

Dedikasi

Untuk ayah dan emak yang sangat A’la kasihi...

Tn Hj Zainal Abidin Bin Ismail dan Pn Hjh Maimunah Binti Ismail

Semoga berbahagia disamping anak-anakmu,

Terima kasih atas doa, pengorbanan,kasih sayang dan restu kalian...

Untuk Along, Ude, Achik dan Ayong...

Firdaus, Fizree, Faiz dan Fatanah Nur Humairah..

Terima kasih kerana kehadiran kalian pelengkap hidup Angah...

Tidak dilupakan insan tercinta,

Mohd Maizan Bin Fishol Hamdi..

Kaulah sumber inspirasi, terima kasih kerana memahami diri ini..

Terima kasih atas segalanya..

Kepada rakan-rakan dan guru-guru dan pensyarah,

Suka duka bersama kalian akan tetap dikenang..

Terima kasih atas segalanya..

Semoga buah-buah kemanisan sentiasa menanti di ranting-ranting perjalanan

A’la, Angah, Adik, Fara.

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Illahi kerana limpah kurniaNya dapat saya

menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik / Komputer).

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penyelia

saya, Dr Mohamed Sharif Bin Mustaffa yang banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan

panduan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak

yang terlibat dalam kajian ini iaitu Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru kerana telah

memberikan kerjasama sepanjang saya menjalankan penyelidikan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga saya kerana banyak

memberi galakan dan semangat yang berterusan sepanjang penyelidikan ini. Terima kasih

juga kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea

yang bernas.

Akhir sekali kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak

langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah

dan yang serba kekurangan adalah kelemahan saya sendiri.

Farawahida Binti Hj.Zainal Abidin,

Februari 2005.

ABSTRAK

Objektif utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pelajar tingkatan satu

terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan UPSR mereka. Kajian telah

dijalankan di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di daerah Johor Bahru, memandangkan

pelajar di sini merupakan pelajar cemerlang akademik. Instrumen kajian ini adalah soal

selidik yang berdasarkan kepada empat persoalan utama iaitu apakah inisiatif pelajar, apakah

peranan ibu bapa, apakah peranan guru-guru serta pihak sekolah dan apakah peranan rakan

dalam membantu pelajar untuk cemerlang dalam UPSR. Sampel kajian adalah seramai 92

orang daripada 121 orang pelajar yang dipilih secara rawak di sekolah berkenaan. Analisis

menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.5 untuk

menilai kekerapan dan peratusan. Kajian mendapati kesemua responden bersetuju bahawa

gabungan keempat-empat faktor ini merupakan pelengkap kepada faktor kecemerlangan

mereka. Walau bagaimanapun, ibu bapa merupakan faktor utama kejayaan mereka (98%).

Ini diikuti dengan guru serta pihak sekolah merupakan faktor kedua (91.3%). Faktor inisiatif

diri sendiri merupakan faktor ketiga (79.3%) dan akhir sekali adalah faktor rakan (69.6%).

Implikasi kajian mencadangkan agar ibu bapa harus menyedari dan meningkatkan kualiti

hubungan dengan memberi bimbingan terhadap anak-anak mereka yang menduduki UPSR.

Di samping itu, faktor lain seperti guru serta sekolah, inisiatif pelajar sendiri dan faktor rakan

juga memainkan peranan tersendiri dalam mencapai kecemerlangan UPSR. Hasil kajian ini

juga telah menggariskan beberapa cadangan untuk memperbaiki lagi fokus kajian ini pada

masa akan datang.

ABSTRACT

The main objective of this research is to find out the perception of form one students

in a school in Johor Bahru about factors which contribute to their success in UPSR 2004.

This research was carried out at this school because the students are specially selected.

Questionnaire was used as the research instrument and its was created based on four

identified factors. The four main factors are; the parents’ role, the school management and

teachers role in motivating their students to excel in UPSR, student’s initiative and peer’s

role in achieving excellence their UPSR. The researcher used a sample of 92 respondents out

of 121 students of form one students in the school. This analysis used the Statistical Package

for Social Science (SPSS) software version 11.5 in analyzing data such as evaluating

frequency and percentage. The research finding showed the entire respondent agreed that the

combinations of these four factors are complement for their success. However, parent’s role

in the most important factor for the respondents to succeed in their UPSR (98.9%), followed

by the teachers and school management (91.3%), self-initiative (79.3%) and lastly their

peers’ role (69.9%). Research implication suggests that parents should be conscious and

have better relationship quality and guide their children who are sitting for their UPSR. Other

than that, school and teachers’ factor, students’ initiatives and friends’ factor also play a role

in achieving an excellent UPSR result. A number of suggestions were also forwarded to

improve the situation.

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA ii

JUDUL iii

PENGAKUAN PELAJAR iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN ix

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAHAGIAN SATU

PENDAHALUAN

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahaluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 5

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 6

1.7 Batasan Kajian 7

1.8 Skop Kajian 7

1.9 Definisi Istilah 8

1.9.1 Persepsi 8

1.9.2 Pelajar 8

1.9.3 Faktor-Faktor Yang Kecemerlangan 9

1.9.4 Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 9

1.10 Penutup 9

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahaluan 10

2.2 Latar Belakang Ujian Penilaian Sekolah Rendah 10

(UPSR)

2.3 Faktor-Faktor Penyumbang Kecemerlangan 11

Akademik Pelajar

2.3.1 Inisiatif Pelajar 11

2.3.2 Ibu Bapa 13

2.3.3 Guru 15

2.3.4 Rakan Sebaya 16

2.4 Penutup 17

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI

3.1 Pendahaluan 18

3.2 Rekabentuk Kajian 18

3.3 Lokasi Kajian 20

3.4 Sampel Kajian 20

3.5 Instrumen Kajian 20

3.6 Penganalisisan Data 23

3.7 Kajian Rintis 24

3.8 Tatacara Kajian 24

3.9 Penutup 25

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 26

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 27

4.3 Analisis Bahagian B 29

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama 30

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua 32

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga 35

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat 37

4.4 Analisis Bahagian C 39

4.4.1 Analisis Bagi Faktor Inisiatif Pelajar Dalam 40

Mempengaruhi Kecemerlangan Pelajar

4.4.2 Analisis Bagi Faktor Ibu Bapa Dalam 41

Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR

4.4.3 Analisis Bagi Faktor Guru Dalam Mempengaruhi 42

Kecemerlangan UPSR

4.4.4 Analisis Bagi Faktor Rakan Sebaya Dalam 43

Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR

BAHAGIAN LIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

BAB IV PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 45

5.2 Perbincangan Kajian 46

5.2.1 Inisiatif Pelajar Untuk Cemerlang Dalam UPSR 46

5.2.2 Peranan Ibu Bapa Dalam Mendorong Pelajar 48

Cemerlang Dalam UPSR

5.2.3 Peranan Guru-Guru dan Pihak Sekolah Dalam 49

Membantu Pelajar Berjaya Dalam UPSR

5.2.4 Peranan Rakan Dalam Membantu Pelajar Untuk 51

Cemerlang Dalam UPSR

5.3 Rumusan 51

5.4 Cadangan 52

5.4.1 Peranan Ibu Bapa 53

5.4.2 Peranan Guru dan Pihak Sekolah 53

5.4.3 Peranan Pelajar 54

5.4.4 Peranan Rakan 55

5.4.5 Cadangan Kajian Lanjutan 55

5.5 Kesimpulan 56

BAHAGIAN ENAM

BIBLIOGRAFI

BIBLIOGRAFI

Bibliografi 57

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN

Lampiran A 61

Lampiran B 69

Lampiran C 72

Lampiran D 74

Lampiran E 76

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) 27

Bagi Latar Belakang Responden

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan (%) Responden 30

Mengikut Persoalan Kajian Pertama

4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Responden 32

Mengikut Persoalan Kajian Kedua

4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Responden 35

Mengikut Persoalan Kajian Ketiga

4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Responden 38

Mengikut Persoalan Kajian Keempat

4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor 40

Inisiatif Pelajar Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR

4.7 Taburan Kekerpan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor 41

Ibu Bapa Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR

4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor 42

Guru Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR

4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor 44

Rakan Sebaya Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR.

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL

% - Peratus

Bil - Bilangan

DYMM - Duli Yang Maha Mulia

EPRD - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

JPN - Jabatan Pendidikan Negeri

SBP - Sekolah Berasrama Penuh

SPSS - Statistical Package for the Social Sciences

STFJB - Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru

TP - Tidak Pasti

TS - Tidak Setuju

S - Setuju

UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Contoh Borang Soal Selidik 62

B Surat Kelulusan Kajian dari EPRD 70

C Surat Kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor 73

D Surat Kebenaran Fakulti Pendidikan 75

E Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan Krecie 77

dan Morgan (1970)

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pendidikan disifatkan sebagai salah satu kaedah yang digunakan oleh sesuatu

masyarakat untuk menurunkan pengetahuan, kebudayaan dan nilai hidup kepada generasi

berikutnya. Pelbagai definisi telah diberikan kepada perkataan ini. Sejak dari zaman Yunani

lagi, Plato telah memberi definisi pendidikan sebagai keindahan dan kesempurnaan yang

mungkin diberi kepada rohani dan jasmani (Abdul Halim Mat Diah, 1989).

Syed Muhammad Naquib Al-Attas mendefinisikan pendidikan sebagai “a process of

instilling something into human beings” atau titisan adab dalam diri manusia(ta’dib)

(Mohammad Ali Bin Hasa, 1982). Menurut Syed Ali Ashraf (1995) pula, pendidikan dan

kehidupan berkait secara akrab. Jika pendidikan itu lengkap dan bermutu, maka manusia

dapat menjalani kehidupan yang baik dan sejahtera. Sebaliknya jika pendidikan itu pincang,

maka kehidupan manusia akan menjadi kacau dan gawat.

Menurut John Dewey, pendidikan ialah proses membentuk kecenderungan asasi yang

berupa perasaan terhadap alam dan sesama manusia. Manakala Dr John Park pula

berpendapat bahawa pendidikan adalah seni untuk menyampai atau memperoleh ilmu

pengetahuan dan tabiat melalui tunjuk ajar atau pengkajian (Ahmad Mohd Saleh, 1997).

Pendidikan ialah interaksi antara individu dengan individu yang lain atau interaksi

antara individu dengan kumpulan-kumpulan sosial tertentu (Robiah Sidin, 1998). Dalam

konteks refomasi pendidikan di Malaysia, Falsafah Pendidikan Negara memberikan arah tuju

baru dalam pembentukan insan yang seimbang. Falsafah Pendidikan tidak sahaja

menekankan pentingnya potensi akhlak malah potensi rohaniah juga.

Berdasarkan pendapat daripada beberapa orang tokoh itu tadi, dapat disimpulkan

bahawa pendidikan boleh di interprestasikan sebagai satu orientasi dalam kehidupan yang

memberikan nilai sahsiah yang mulia dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual yang

disalurkan menerusi proses tertentu kepada pembangunan peribadi insan. Jesteru penguasaan

ilmu menjadi teras kepada intelektual dan pemikiran sejagat.

Dalam usaha untuk memperoleh pencapaian akademik yang cemerlang, banyak aspek

yang perlu diberi penekanan dan ianya tidak akan diperoleh oleh pelajar sekiranya terdapat

kekangan atau halangan dalam merealisasikan cita-cita tersebut. Pencapaian akademik yang

cemerlang oleh pelajar dinilai berasaskan fakta bila mana seseorang itu sempurna

memperoleh ilmu pengetahuan serta kemahiran yang dipelajari ke tahap cemerlang dan

dimanfaatkan secara optimum.

Di dalam Bab I ini penulis akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai faktor-faktor

yang mempengaruhi kecemerlangan UPSR. Ini akan dijelaskan dalam latar belakang

masalah, penyataan masalah, objektif kajian, kepentingan kajian, skop kajian dan definisi

istilah-istilah yang akan digunakan dalam kajian ini.

1.2 Latar Belakang Masalah

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mula diperkenalkan pada tahun 1988 oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi menilai tahap pencapaian pelajar dalam

pembelajaran di Sekolah Rendah. Peperiksaan ini diambil oleh pelajar-pelajar tahun enam

yang akan menyambung pelajaran mereka ke tingkatan satu di sekolah menengah. Soalan-

soalan yang dikemukan pada peperiksaan ini adalah berbentuk objektif dan subjektif, yang

meliputi pengetahuan sedia ada dan pengajaran di dalam kelas mencakupi skop Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) oleh KPM. Lima mata pelajaran yang akan diuji dalam

peperiksaan ini ialah Pemahaman Bahasa Melayu, Penulisan Bahasa Melayu, Bahasa

Inggeris, Matematik dan Sains.

Isu yang sering timbul adalah bagaimana seseorang pelajar itu membuat persediaan

dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi UPSR. Selain itu, apakah yang dilakukan

oleh pihak sekolah dan guru untuk memastikan pelajar-pelajar mereka mendapat keputusan

yang cemerlang, apakah peranan ibu bapa dalam menjadikan anak-anak mereka cemerlang

dalam peperiksaan UPSR, dan apakah peranan rakan sebaya selaku golongan yang paling

hampir dengan pelajar-pelajar ini untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR.

Persediaan yang ingin dikaji pada seseorang pelajar ialah dari aspek fizikal dan

mental yang meliputi kekerapan mengulangkaji, persediaan ke kelas tuisyen atau kelas

tambahan, faktor masa, dorongan ibu bapa, keluarga dan rakan-rakan. Selain itu, pengkaji

juga berminat untuk mengkaji persediaan-persediaan yang telah dibuat oleh pihak sekolah

untuk menghasilkan pelajar cemerlang dalam UPSR. Persediaan itu adalah seperti

mengadakan kem motivasi, aktiviti keagamaan atau kerohanian, kelas tambahan dan

sebagainya.

Kecemerlangan adalah suatu yang sering dan harus diusahakan untuk mencapainya.

Kajian ini adalah bagi mencari apakah faktor-faktor yang mendorong ke arah kecemerlangan

UPSR. Kecemerlangan adalah satu kejayaan, oleh itu kecemerlangan memerlukan kajian

bagi mengetahui bagaimana ia dicapai. Oleh itu, pengkaji telah memilih salah sebuah

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di daerah Johor Bahru sebagai lokasi kajian kerana pelajar-

pelajar di sekolah ini merupakan antara pelajar cemerlang yang telah dipilih dari seluruh

negara. Dengan itu, pengkaji ingin mengetahui bagaimana dan apakah faktor-faktor dalaman

dan luaran yang wujud pada diri pelajar sehingga mereka cemerlang dalam peperiksaan

UPSR.

Sekolah Berasrama Penuh ini adalah antara sekolah yang terbaik di Malaysia, oleh itu

amat sesuai jika sekolah ini dijadikan sebagai lokasi kajian. Di negeri Johor terdapat

beberapa buah sekolah yang sering mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

UPSR, namun bagitu sekolah ini boleh dijadikan contoh bagi sekolah-sekolah lain. Sekolah

yang baik bukan sahaja mendapat perhatian ibu bapa malah dapat menarik minat pihak

pengurusan sekolah lain untuk dijadikan alternatif atau pendekatan yang boleh digunakan

untuk mencapai kejayaan sekolah.

Menurut Ee Ah Meng (1990), kebajikan pelajar terletak pada bahu guru sebaik sahaja

mereka dalam kawasan sekolah. Sekiranya pelajar sakit semasa disekolah, maka gurulah

yang perlu menghantar ke pusat kesihatan. Berikut adalah antara contoh-contoh nyata yang

menunjukkan peranan guru adalah besar iaitu sebagai pengganti ibu bapa di sekolah.

Menurut ahli psikologi Galton, Jenson dan Bysenck (dalam Khairul Anuar Hasnan,

2000), kanak-kanak yang berjaya lazimnya datang dari keluarga yang berjaya, ahli keluarga

yang berjaya menunjukkan keadaan kesamaan dalam kecerdasan mental antara mereka.

Selain itu, Arthur R. Jensen pula telah mengemukakan beberapa bukti yang menunjukkan

bahawa kebakaan menetapkan batasan kecerdasan seseorang. Manakala menurut T.

Marimuthu (1990), taraf sosioekonomi dan pencapaian akademik menunjukkan hubungan

yang positif iaitu semakin tinggi sosioekonomi ibu bapa, maka akan lebih tinggi pencapaian

akademik kanak-kanak itu.

1.3 Penyataan Masalah

Berdasarkan latar belakang masalah yang telah dinyatakan, penyelidik berminat

mengkaji apakah faktor yang mendorong seseorang pelajar itu berjaya dengan cemerlang

dalam UPSR. Selain itu apakah faktor-faktor yang mendorong kejayaan mereka dan

langkah-langkah yang dilakukan oleh pelajar, ibu bapa, guru dan pihak sekolah hingga calon

berjaya mencapai kecemerlangan dalam UPSR.

Jesteru penyelidik mengambil langkah untuk melakukan kajian ini kepada pelajar di

salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di daerah Johor Bahru kerana ingin mengkaji faktor

kecemerlangan mereka dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan meninjau beberapa faktor yang mempengaruhi pencapaian

pelajar dalam UPSR. Objektif kajian ini adalah;

1. Mengenalpasti langkah-langkah yang telah diambil oleh pelajar dalam

mencapai kecemerlangan dalam UPSR.

2. Mengenalpasti peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk cemerlang

dalam UPSR.

3. Mengenalpasti peranan guru-guru dan pihak sekolah dalam membantu pelajar

berjaya dalam UPSR.

4. Mengenalpasti peranan rakan dalam membantu pelajar untuk cemerlang

dalam UPSR

1.5 Persoalan Kajian

1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pelajar untuk mencapai

kecemerlangan dalam UPSR?

2. Apakah peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk cemerlang dalam

UPSR?

3. Apakah peranan guru-guru dan pihak sekolah dalam membantu pelajar untuk

berjaya dalam UPSR?

4. Apakah peranan rakan dalam membantu pelajar untuk cemerlang dalam

UPSR?

1.6 Kepentingan Kajian

Melihat kepada beberapa situasi yang timbul, diharapkan kajian ini dapat dijadikan

rujukan kepada semua pelajar secara amnya dan bakal-bakal calon UPSR khususnya untuk

cemerlang dalam peperiksaan.

Di samping itu, kajian ini diharapkan dapat membantu ibu bapa membimbing anak-

anak mereka yang bakal menghadapi UPSR. Bagi guru yang sedang mengajar pelajar tahun

enam, melalui kajian ini diharapkan agar lebih memahami diri pelajar disamping dapat

melahirkan insan yang cemerlang keseluruhanya. Bagi pihak sekolah pula, diharapkan

kajian ini dapat dijadikan panduan bagi melahirkan insan yang cemerlang dalam pendidikan

negara.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini akan dijalankan keatas pelajar tingkatan satu di salah sebuah Sekolah

Berasrama Penuh di daerah Johor Bahru. Mereka yang terpilih ke sekolah ini adalah

dikalangan mereka yang cemerlang dalam akademik.

Responden akan dipilih secara rawak seramai 92 orang daripada populasi 120 orang

pelajar tingkatan satu di sekolah berkenaan. Responden hanya perlu menjawab kesemua

soalan yang dikemukan dalam borang soal selidik. Setiap soal selidik terdiri daripada tiga

bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C.

Bahagian A terdiri daripada maklumat mengenai latar belakang responden, bahagian

B pula ialah mengenai faktor-faktor kecemerlangan UPSR dan bahagian C mengenai faktor-

faktor kecemerlangan responden dalam UPSR.

Kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kerana ia cuma satu tinjauan yang

menggambarkan keadaan pada sekolah yang dikaji sahaja dan hanya boleh dijadikan

panduan umum. Bagaimanapun, hasil kajian ini boleh digeneralisasikan dalam kes yang lain

jika ia mempunyai ciri-ciri kesamaan dengan kes kajian seperti latar belakang yang sama,

lokasi atau keadaan persekitaran yang sama dan sebagainya.

1.8 Skop Kajian

Perkara-perkara yang ingin dikaji penyelidik dalam kajian ini adalah faktor persepsi

dan minat, faktor kemahiran belajar dan faktor persekitaran yang dapat meningkatkan kualiti

kecemerlangan pelajar dalam UPSR.

1.9 Definisi Istilah

Definisi istilah merujuk kepada istilah-istilah yang digunakan oleh penyelidik dalam

kajian ini. Berikut adalah istilah-istilah yang digunakan beserta definisinya.

1.9.1 Persepsi

Menurut Kamus Dewan (1994), persepsi ialah pandangan serta gambaran menerusi

pancaindera yang ditakrifkan oleh hati dan fikiran terhadap sesuatu. Manakala menurut

Mohd Salleh (1995) persepsi ialah suatu proses individu mentafsir kederiaan rangsangan dan

memberi minat kepadanya. Ia juga merupakan kesedaran dan reaksi individu terhadap

rangsangan yang bersifat peribadi. Persepsi merupakan pola-pola yang bermakna. Ia tidak

berlaku secara automatik tetapi mengambil masa yang lama untuk mentafsir dan memahami

yang teratur.

Dalam kajian ini persepsi bermaksud pandangan serta gambaran menerusi

pancaindera yang ditakrifkan oleh hati dan fikiran, pelajar yang cemerlang pada Ujian

Penilaian Sekolah Rendah 2004.

1.9.2 Pelajar

Menurut Kamus Dewan (1994), pelajar adalah orang yang belajar seperti murid

sekolah, penuntut Institiusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta dan sebagainya.

Dalam kajian ini, pelajar membawa maksud mereka yang telah tamat darjah enam

dan telah menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun 2004.

1.9.3 Faktor-Faktor Kecemerlangan

Menurut Kamus Dewan (1994), faktor-faktor kecemerlangan merupakan unsur-unsur

atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil yang cemerlang.

Dalam kajian ini, faktor-faktor kecemerlangan membawa maksud bagaimana pelajar

membuat persiapan agar cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah 2004.

1.9.4 Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

Menurut Kamus Dewan (1994), Ujian bermaksud peperiksaan untuk mengetahui

kebijaksanaan (kecerdikan dan lain-lain). Penilaian pula bermaksud perihal menilai sesuatu

perkara. Sekolah Rendah bermaksud sekolah permulaan kanak-kanak.

Dalam kajian ini, Ujian Penilain Sekolah Rendah (UPSR) bermaksud peperiksaan

yang dijalankan kepada pelajar-pelajar pada tahun akhir sekolah rendah yang bertujuan untuk

mengetahui tahap kebijaksanaan dan menilai tahap pencapaian mereka dalam akademik.

1.10 Penutup

Dalam bab ini, penyelidik menerangkan pendahaluan mengandungi pelbagai aspek

seperti latar belakang masalah, objektif kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, skop

kajian dan definisi istilah. Penyelidik meneragkan tentang kajian yang akan dilakukan bagi

memenuhi kehendak penyelidik.

BAB II

SOROTAN PENULISAN

2.1 Pendahaluan

Dalam bab ini penyelidik akan membuat sorotan serta membincangkan secara ringkas

tentang latar belakang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), faktor-faktor penyumbang

kecemerlangan akademik pelajar dalam UPSR. Penyelidik juga akan menyertakan beberapa

pendapat dan hasil penulisan kajian terdahulu yang mempunyai perkaitan dengan objektif

kajian yang akan dijalankan.

2.2 Latar Belakang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

Menurut sumber dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), sejarah peperiksaan

sekolah rendah bermula apabila terhasilnya Penyata Razak pada tahun 1956 yang bertujuan

menilai sistem pendidikan pada masa itu. Penyata Razak telah menyatakan beberapa perkara

penting antaranya ialah membentuk satu sistem pelajaran kebangsaan dan mewujudkan satu

sistem peperiksaan yang selaras. Kemudian, Ordinan Pelajaran 1957 digubalkan berasaskan

kepada Penyata Razak. Ordinan Pelajaran 1957 telah menyarankan bahawa permulaan

kurikulum negara hendaklah berorientasikan alam sekeliling.

Oleh itu, peperiksaan sekolah rendah pertama telah diperkenalkan iaitu Malayan

Secondary School Entrance Exam (MSSEE) pada 1957. Namun, MSSEE yang menggunakan

dasar kurikulum British telah dimansuhkan pada tahun 1963 kerana telah menimbangkan

taraf hidup, pendidikan serta ekonomi masyarakat pada masa itu.

Namun, peperiksaan sekolah rendah tidak terhenti disitu. Pada tahun 1967 dibawah

Akta Pelajaran 1961, Peperiksaan Darjah Lima (PDL) diwujudkan bagi menggantikan

MSSEE. Pada tahun 1973, Ujian Darjah Tiga (UDT) dimulakan bagi pelajar darjah tiga dan

PDL tetap diteruskan. Ini bermakna, pelajar sekolah rendah pada masa itu mengambil dua

pepeiksaan khas iaitu PDL dan UDT. Pada tahun 1982, UDT telah dimansuhkan kerana

dianggap membebankan pelajar sekolah rendah.

Pada 1988, Peperiksaan Darjah Lima (PDL) telah dimansuhkan dan digantikan

dengan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan kini UPSR merupakan

salah satu peperiksaan penting dalam sistem pendidikan negara.

2.3 Faktor-Faktor Penyumbang Kecemerlangan Akademik Pelajar

2.3.1 Inisiatif Pelajar

Persepsi merupakan satu aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.

Persepsi bermaksud pandangan atau tanggapan yang diterima oleh pancaindera, gambaran

dalam hati dan cerapan. Persepsi baik atau buruk memberi kesan terhadap corak atau

keputusan dalam sesuatu matapelajaran.

Jika sesuatu matapelajaran itu mendapat persepsi tidak baik, kebiasaannya akan

memberi keputusan yang negatif dan begitu jugalah sebaliknya. Sebagai contoh, jika

pembelajaran itu mudah maka ia memberi tanggapan baik atau minat dalam diri pelajar.

Menurut kajian Mohd Saim (1995), pelajar yang mempunyai persepsi kurang tepat terhadap

sesuatu mata pelajaran akan mengakibatkan mereka kurang berminat seperti mana kajian

yang dilakukan oleh beliau terhadap mata pelajaran perdagangan di sekolah menengah

sekitar Johor Bahru.

Oleh itu, persepsi yang baik perlu disemai dikalangan pelajar dengan memberi

kegunaan atau kepentingan itu dalam kehidupan atau masa depan. Maka proses

pembelajaran haruslah menjurus kepada usaha untuk membimbing seseorang pelajar ke arah

memperkembangkan kemahiran tertentu, pendidik perlu bijak menggunakan kaedah yang

bersesuaian selain memberi persepsi yang baik terhadap mata pelajaran tersebut.

Selain itu, sikap seseorang pelajar terhadap sesuatu akan dipengaruhi oleh minat. Jika

seseorang pelajar mempunyai minat yang mendalam terhadap sesuatu kegiatan, maka pelajar

tersebut akan berusaha dengan gigih untuk mencapai hasratnya. Selain itu, minat juga boleh

dimotivasikan dengan memberi nasihat atau cuba merangsang aktiviti yang dapat menarik

perhatian seseorang.

Ismail Hj Raduan (1995) menyatakan, minat terhadap sesuatu perkara atau aktiviti

akan mendorong seseorang pelajar meneroka lebih jauh. Oleh itu, minat perlu ditanam

dalam diri pelajar. Misalnya, keseronokan semasa belajar akan meningkatkan minat dan ini

boleh dipertingkatkan dengan dorongan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan.

Syarifah Alawiyah Al-Sagoff (1984) pula menjelaskan minat memainkan peranan

penting dalam mempengaruhi minat pelajar dalam pelajaran. Minat juga merupakan

penggerak yang mendorong seseorang pelajar memberi perhatian kepada kerjaya yang

diceburi. Oleh itu, minat yang tinggi membolehkan pelajar memberikan tumpuan yang lebih

terhadap bidang yang dilakukan. Minat boleh dianggap pendorong untuk mengekalkan usaha

dalam pelajaran, permainan dan tugas-tugas kerana minat menyebabkan seseorang memilih

perkara atau pekerjaan yang disukai.

Menurut Dewey (1919), pengalaman telah membuktikan apabila seseorang

berpeluang menjalankan aktiviti atas dasar minat, maka kegiatan atau aktiviti dapat

dijalankan dengan baik sekali. Crow dan Crow (1983) pula menyatakan minat merupakan

daya penggerak yang mendorong individu supaya memberi perhatian kepada sesuatu benda,

seseorang atau kegiatan.

Minat merupakan pengaruh kepada kegiatan itu sendiri. Oleh itu, minat berkait rapat

dengan motif, desakan dari aspek disiplin kerja dan pengalaman. Jikalau seseorang berminat

walaupun mempunyai kebolehan sederhana akan menghasilkan produk yang lebih baik

berbanding orang yang tidak mempunyai minat.

Selvidge dan Fryklund (1946) menyatakan minat adalah perasaan yang dapat

mempengaruhi individu terhadap sesuatu benda, idea, perlakuan atau tingkahlaku perasaan.

Minat memberi kesan mendalam untuk memandu dan mendorong mengikut aktiviti yang

dijalankan dalam pengajaran. Jesteru, minat menghasilkan pembelajaran berkesan.

2.3.2 Ibu Bapa

Pendidikan itu pada awalnya bermula dari rumah atau daripada ibu bapa. Ini kerana

ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak sebelum anak-anak

memulakan pembelajaran secara formal di sekolah. Ibu bapa yang dapat mencorak anak-

anak serta menentukan sama ada menjadi manusia yang baik, berakhlak, berpengetahuan

atau sebaliknya.

Sebagai contoh, ibu bapa yang ramah, lemah lembut tetapi tegas akan memberi kesan

pendidikan yang baik terhadap anak-anak mereka. Jika ibu bapa berpendirian kasar, kejam

dan bengis maka anak-anak akan bersikap agresif dan menceroboh. Oleh itu anak-anak akan

kehilangan pegangan hidup dan tidak yakin pada diri sendiri, malah hanya taat pada ibu bapa

kerana terpaksa. Oleh itu, jelaslah bahawa latar belakang keluarga juga memainkan peranan

penting dalam membentuk sahsiah pelajar. Di sinilah perlunya kesedaran ibu bapa untuk

menanam keyakinan anak-anak dalam pembelajaran.

Syarifah Alwiyah Al-Sagoff (1984) berpendapat kehidupan anak-anak ditentukan

oleh ibu bapa. Pengaruh ibu bapa memberi kesan kepada personaliti pelajar. Ibu bapa

mempunyai pengaruh dan tanggungjawab besar dalam pembentukan hala tuju anak-anak.

Lantas, ibu bapa perlulah mempunyai minat, kesungguhan, bersikap positif, berkemahiran

dan mempengaruhi perancangan strategik untuk kejayaan anak-anak.

Agen sosialisasi terpenting adalah ibu bapa dan saudara terdekat. Mereka inilah

sebenarnya memainkan peranan terpenting dalam membentuk tingkah laku anak-anak seperti

kepercayaan, personaliti dan kemahiran tertentu. Oleh itu, anak-anak belajar sesuatu hasil

daripada proses interaksi, bimbingan dan pemerhatian daripada keluarga (Mohd Salleh

Lebar, 1998).

Henry E.Goddard (dalam Suniah Sayuti, 2000) seorang ahli psikologi telah

melakukan kajian tentang sebuah keluarga, dimana seorang lelaki telah mengahwini seorang

wanita dari latar belakang yang baik dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan anak-anak

yang berjaya. Pada masa yang sama, lelaki tersebut mempunyai anak luar nikah dengan

seorang pekerja bar, anak itu membesar dan menjadi pencuri dan berlatar belakangkan

kerjaya yang tidak sihat. Ini jelas menunjukkan baka dan didikan ibu bapa memainkan

peranan yang penting dalam membentuk individu. J.B Watson pula menyatakan persekitaran

seseorang boleh membentuk individu sama ada menjadi baik atau sebaliknya.

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Yusaini Kasiron (2000), terdapat dua

faktor utama yang mempengaruhi kecemerlangan pencapaian matematik pelajar sekolah

menengah. Pertama ialah pendekatan oleh pihak guru dan kedua ialah peranan ibu bapa. Ini

jelas menunjukkan ibu bapa memainkan peranan penting dalam pencapaian pelajar.

2.3.3 Guru

Guru merupakan penyumbang utama untuk mencapai kecemerlangan akademik

seseorang pelajar. Berbekalkan rasa tanggungjawab dan komitmen semasa menjalankan

tugas, sikap para guru patut dipuji. Ini dapat dilihat melalui sikap bersungguh-sungguh para

guru dalam menyampaikan isi pelajaran tanpa mengira jemu demi meningkatkan tahap

pencapaian pelajar.

Selain itu, guru juga bertindak sebagai tutor yang menjadi pendorong dan

pembimbing pelajar bagi membetulkan kesilapan pelajar dari aspek pelajaran mahupun

tingkah laku. Ini bermakna tugas guru tidak hanya terbatas disekolah sahaja, malah guru

boleh dilabel sebagai ibu bapa kedua pelajar.

Guru perlu sentiasa menyuntik semangat dan memelihara motivasi pelajar dari aspek

keinginan, minat dan lain-lain. Metod dan cara pengajaran yang berkesan juga penting agar

dapat menjamin kefahaman pelajar disamping dapat menarik minat pelajar terhadap sesuatu

subjek. Ini merupakan prinsip yang diterapkan Islam dalam pendidikan bagi menimbulkan

keinginan yang meluap-luap untuk menuntut ilmu di kalangan pelajar.

Menurut Syarifah Alwiyah Al-Sagoff (1984), guru yang berkesan adalah guru yang

mahir dalam pelbagai teknik pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar. Pelajar akan

belajar dengan lebih berkesan apabila guru menggunakan teknik yang dapat menjamin iklim

dan suasana yang sesuai untuk pembelajaran. Tidak kira di bilik darjah atau sebagainya

berdasarkan pemahaman dan penggunaan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

dengan penuh keyakinan dan pengetahuan yang mendalam mengenai perkara yang diajar.

Selain itu, hubungan baik antara pelajar dan guru penting kerana ia sejajar dengan

pencapaian akademik pelajar. Akademik pelajar akan dipertingkatkan sekiranya wujud

hubungan yang baik disamping dapat memberikan kesedaran kepada pelajar bahawa mereka

disayangi dan perlu mencapai kejayaan dalam peperiksaan.

Faktor guru ini dikukuhkan lagi dengan kajian yang telah dilakukan oleh Zunaizan

Embong (2000) yang mengatakan bahawa sikap guru terhadap pengajaran dan pembelajaran

merupakan faktor yang memberi sumbangan besar terhadap pencapaian akademik pelajar.

2.3.4 Rakan Sebaya

Menurut Musgrave P.W (1974) rakan sebaya ialah homogenous age group iaitu

kelompok yang terdiri daripada ahli-ahli sama umur. R.J Harighurst dan B.L Neugarten pula

menyatakan rakan sebaya sebagai satu kelompok yang khusus dan berinteraksi seperti yang

berlaku dalam sebuah keluarga yang mempunyai peraturan dan norma-norma yang tertentu

diantara mereka.

Rakan sebaya merupakan sekumpulan individu yang mempunyai tingkat umur yang

sama atau lebih kurang sama dengan individu berkenaan. Kebiasaannya, rakan sebaya

mempunyai cita-cita, minat serta taraf kecerdasan yang lebih kurang sama. Kumpulan ini

terbentuk kerana manusia adalah makluk sosial yang aktif.

Menurut Ee Ah Meng (1996), pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu

afektif, sosial, kognitif dan psikomotor. Seseorang akan mempelajari perkara yang boleh

diterima dan tidak oleh ahli kumpulannya. Apabila remaja bergaul dan berkawan dengan

rakan sebaya yang mempunyai sifat yang baik, ini akan mempengaruhi mereka menjadi

seorang yang bersahsiah positif dan begitu jua sabaliknya.

Velayutham (1997) telah memberi satu contoh iaitu jika seorang pelajar didapati

bergaul dengan satu kumpulan yang mementingkan akademik, maka sifat tersebut akan

mempengaruhi pelajar berkenaan.

Jika dilihat dari aspek kognitif pula, pemikiran kanak-kanak akan berkembang kerana

terlibat dengan kepincangan dan perbahasan dengan rakan-rakan sebayanya. Begitu juga

dengan pengaruh akhlak terhadap individu. Sekiranya kebanyakan rakan mereka bersopan

santun, maka individu cenderung menunjukkan sikap yang sama. Rakan sebaya merupakan

salah satu faktor yang mempengaruhi kehidupan dan prestasi pelajaran. Pemilihan rakan

berdasarkan kriteria seperti latar belakang, pendidikan dan akhlak menjadi sesuatu yang amat

perlu dititik beratkan.

2.4 Penutup

Bab ini telah mengupas empat faktor utama penyumbang kepada kecemerlangan

akademik pelajar dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah yang ingin dikaji. Sehubungan itu,

kajian perlu dilakukan untuk meninjau sejauh manakah keempat-empat faktor ini

mempengaruhi individu pelajar tersebut. Seterusnya dalam Bab III akan membincangkan

kaedah atau metodologi kajian yang akan digunakan untuk menjalankan kajian seterusnya

menjawab persoalan yang diketengahkan di dalam kajian ini.

BAB III

METODOLOGI

3.1 Pendahaluan

Penyelidikan yang dijalankan ini merupakan satu tinjauan kes mengenai persepsi

pelajar terhadap faktor-faktor kecemerlangan UPSR 2004. Dalam bab ini, penyelidik akan

membincangkan mengenai kaedah atau metodologi kajian yang digunakan dalam kajian ini.

Mohd Majid (2000), menyatakan bahawa sesuatu isu yang dilakukan dalam masyarakat

merupakan rangsangan kepada penyelidik. Penyelidikan yang dijalankan mestilah secara

saintifik dan sistematik. Keadaan ini bagi memastikan dapatan kajian adalah jitu dan boleh

dipercayai. Antara perkara-perkara yang berkaitan termasuklah rekabentuk kajian, lokasi

kajian, sampel kajian, instrumen kajian, analisis data, kajian rintis dan tatacara kajian.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini merupakan satu kajian berbentuk kajian kes deskriptif yang bertujuan

meninjau persepsi pelajar tingkatan satu di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Johor

Bahru terhadap faktor-faktor kecemerlangan UPSR 2004. Menurut Van Dalen (dalam Mohd

Najib, 1999) kajian kes deskriptif menerangkan fenomena dengan cara menganalisa data

deskriptif yang diperolehi daripada pembentukkan soal selidik.

Mohd Majid (2000) pula menyatakan bahawa penyelidikan deskriptif bermatlamat

menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang diterokai. Kenyataan ini disokong oleh

Gray, 1996 (dalam Mohd Majid, 2000) yang menyatakan bahawa kajian deskriptif

melibatkan data dalam usaha menjawab persoalan kajian dengan menggunakan kaedah soal

selidik untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap faktor yang mempengaruhi

kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) mereka.

Mohd Najib (1999) menyatakan soal selidik selalunya digunakan untuk mengetahui sikap

seseorang. Maka, penyelidik memilih instrumen soal selidik kerana ianya sesuai dengan

tajuk penyelidikan. Selain itu, ianya mudah difahami dan dikelolakan. Beberapa perkara

telah dipertimbangkan untuk memilih instrumen ini iaitu:

i. Instrumen ini menjimatkan masa penyelidik dan pelajar disamping menjimatkan

kos.

ii. Responden hanya perlu memilih jawapan yang telah disediakan mengikut

kesesuaian. Ini memudahkan responden memberi maklum balas memandangkan

responden terdiri daripada pelajar yang berusia antara 12 hingga 13 tahun.

Mengikut Mohd Majid (2000) lagi, soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan

dalam penyelidikan untuk mendapatkan maklumat yang tepat mengenai fakta, kepercayaan,

perasaan, kehendak dan sebagainya.

Pengkaji mengedarkan borang soal selidik dengan pergi ke sekolah dan mengedarkannya

sendiri kepada responden. Borang soal selidik yang sudah lengkap kemudiannya

dikumpulkan semula dan disemak ke atas setiap borang soal selidik bagi memastikan

responden mematuhi setiap arahan yang ditetapkan. Kemudian borang tersebut dianalisa dan

keputusan yang didapati akan dibuat dalam bentuk statistik peratusan dan kekerapan beserta

penerangan menggunakan perkataan. Data-data dari kajian ini dianalisis dan hasil diperoleh

merupakan dapatan kajian.

3.3 Lokasi Kajian

Kajian ini dijalankan di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di daerah Johor

Bahru. Sekolah ini menempatkan pelajar terpilih dari seluruh negara yang cemerlang

kurikulum. Kajian ini hanya melibatkan pelajar tingkatan satu yang berumur antara 12

hingga 13 tahun di sekolah berkenaan.

3.4 Sampel Kajian

Sampel yang dipilih oleh penyelidik akan mewakili populasi yang terdiri daripada

semua pelajar tingkatan satu sekolah berkenaan. Bagi menentukan saiz sampel yang akan

digunakan dalam kajian ini, pengkaji menggunakan jadual penentu saiz populasi Krejcie dan

Morgan, 1970 (dalam Suhasnim Mat Isa, 2001). Oleh kerana jumlah populasi dalam kajian

ini adalah seramai 121 orang, maka saiz sampel yang akan digunakan adalah seramai 92

orang responden sahaja.

3.5 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah soal selidik mengenai persepsi pelajar terhadap

faktor-faktor kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Wolf, 1998 (dalam

Mohd Najib, 1999) mencadangkan agar pembinaan soal selidik dilakukan berdasarkan

beberapa andaian iaitu:

i. Responden dapat membaca dan memahami item-item;

ii. Responden mempunyai pengetahuan atau pengalaman yang mencukupi untuk

menjawab item-item dalam soal selidik;

iii. Responden secara sukarela dan ikhlas menjawab soal selidik.

Instumen kajian yang digunakan bagi menjalankan kajian ini adalah satu set soal

selidik yang diberikan kepada responden. Penggunaan soal selidik bertujuan memudahkan

penyelidik menganalisis data yang diperolehi. Set borang selidik yang dirangka terbahagi

kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C.

Bahagian A mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan maklumat diri

responden. Antara soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini adalah umur, jantina,

bangsa, bilangan adik beradik, kawasan tempat tinggal, keputusan UPSR 2004 dan pekerjaan

ibu bapa.

Bahagian B pula terdiri dari item-item yang bertujuan mengenalpasti pandangan

responden terhadap ke empat-empat persoalan kajian. Antara yang disoal adalah berkaitan

inisiatif pelajar, peranan ibu bapa, peranan guru dan peranan rakan. Pengkaji menggunakan

soal selidik bersifat positif bertujuan untuk menggalakkan responden memberi maklum balas

yang dikehendaki dalam pemilihan jawapan Skala Likert.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Skala Likert bagi mengukur sikap reponden

terhaap persoalan kajian. Kaedah ini dibuat berasaskan kepada andaian bahawa keseluruhan

markat maklum balas terhadap bukti-bukti yang menggambarkan sikap tersebut (Mohd

Majid, 2000). Data dari responden diukur dengan menggunakan Skala Likert 5 mata gred

iaitu Amat Tidak Setuju (ATS), Tidak Setuju (TS), Tidak Pasti (TP), Setuju (S), Amat Setuju

(AS). Setiap Skala Likert akan dimata gred seperti berikut:

Amat Tidak Setuju 1

Tidak Setuju 2

Tidak Pasti 3

Setuju 4

Amat Setuju 5

Pengkaji telah mengkelaskan keputusan kepada 3 kategori utama. Ini dilakukan bagi

memudahkan pengkaji membuat penerangan bagi data-data yang telah dianalisa.

Skala Kategori

Amat Tidak Setuju & Tidak Setuju Tidak Setuju

Tidak Pasti Dikekalkan

Amat Setuju & Setuju Setuju

Bahagian C pula terdiri daripada tiga soalan subjektif yang ingin mendapatkan

maklum balas daripada responden tentang faktor-faktor kecemerlangan mereka dalam UPSR.

Antara soalan yang dikemukakan adalah, adakah responden bersetuju bahawa inisiatif

diri sendiri, dorongan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan merupakan pendorong kepada

kejayaan mereka. Adakah institusi keluarga itu penting dalam membentuk pelajar yang berjaya

adakah responden bersetuju dengan pengajaran guru-guru semasa di sekolah rendah dan apakah

faktor kejayaan responden. Tujuan diadakan soalan subjektif ini adalah untuk memberi peluang

kepada responden memberi jawapan dan pendapat mereka secara terbuka.

Pemilihan set soal selidik ini bertepatan dengan kenyataan yang dibuat oleh Mohd

Majid (2000) iaitu penggunaan soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran

yang diberikan oleh sampel kerana soal selidik tidak dipengaruhi oleh penyelidik dan

disokong oleh Colombo Plan, 1984 (dalam Mohd Najib,1999) dengan menyatakan bahawa

soal selidik merupakan instrumen kajian yang sering digunakan oleh penyelidik-penyelidik

dalam kajian deskriptif. Menerusi instrumen soal selidik, penyelidik dapat mencapai objektif

kajian dengan lebih berkesan.

3.6 Penganalisisan Data

Data-data yang telah siap dikumpul akan direkodkan bagi tujuan analisis dengan

kaedah statistik. Perisian komputer Statistic Package For Science Social SPSS (SPSS) versi

11.5 dan manual digunakan bagi mendapatkan kekerapan dan peratusan bagi setiap jawapan

yang diberikan oleh responden.

Menurut Mohd Salleh dan Zaidatun (2001), perisian ini merupakan perisian mesra

pengguna ‘user-friendly’ yang boleh digunakan untuk melakukan pelbagai analisis statistik

dan pengurusan data dalam persekitaran yang bergrafik. Melalui penganalisisan ini

penyelidik memperoleh keputusannya dalam bentuk frekuansi, peratusan dan min.

Penganalisisan data bagi Bahagian B mengambil kira nilai peratus yang diperolehi

untuk mengetahui faktor kecemerlangan pelajar cemerlang UPSR. Manakala cara

penganalisisan data Bahagian C pula mengambil kira beza nilai peratus untuk menyusun

faktor-faktor yang mempengaruhi kecemerlangan UPSR.

3.7 Kajian Rintis

Untuk kajian ini, pengkaji telah membuat kajian rintis di sekolah yang sama kerana

ini merupakan responden sebenar kepada kajian yang akan dijalankan. Jumlah responden

yang diambil untuk kajian rintis ini adalah seramai 10 orang. Pengkaji tidak mengambil

jumlah yang besar kerana menurut Mohamad Najib (1999), saiz sampel kajian rintis tidak

perlu besar tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan awal yang berkesan

tentang ujian.

Daripada analisis yang dibuat untuk mencari nilai alpha Cronbach, pengkaji telah

menggunakan program komputer SPSS versi 11.5. Nilai alpha Cronbach yang diperolehi

pengkaji adalah 0.81. Nilai ini agak tinggi dan menurut pandangan Davis (1971) dalam

Mohd Zolkifli Abd Hamid (1999), beliau mengkategorikan;

Nilai Alpha Cronbach Penerangan

0.7 dan ke atas Sangat kuat

0.5 hingga 0.6 Kuat

0.3 hingga 0.49 Sederhana kuat

0.1 hingga 0.29 Kaitannya boleh diabaikan

3.8 Tatacara Kajian

Untuk memastikan kajian ini berjalan dengan sempurna, beberapa prosedur perlu

dipatuhi oleh penyelidik termasuklah;

3.8.1 Membuat rujukan di Perpustakaan Sultanah Zanariah,

3.8.2 Perjumpaan dengan pembimbing dan pemilihan tajuk,

3.8.3 Mereka bentuk soalan,

3.8.4 Membuat kajian rintis,

3.8.5 Membuat tinjauan bilangan pelajar di sekolah yang terlibat,

3.8.6 Mendapatkan surat kebenaran dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Kementerian Pendidikan (EPRD) Malaysia,

3.8.7 Mendapatkan surat kebenaran dari Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN),

3.8.8 Menjalankan kajian dengan mengedarkan set soal selidik,

3.8.9 Menganalisis data yang diperolehi, dan

3.8.10 Membuat kesimpulan kepada penganalisisan yang dilakukan.

3.9 Penutup

Di dalam bab ini, penyelidik telah menerangkan langkah-langkah yang diambil oleh

penyelidik untuk melaksanakan penyelidikan. Prosedur-prosedur yang dirancang di dalam

Bab III ini dapat memudahkan penyelidik menjalankan kajian yang ingin dibuat dan

seterusnya dapat memberikan panduan kepada penyelidik dalam menyiapkan kajian ini dari

mula hingga akhir.

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini akan membentangkan analisis dapatan hasil kajian. Semua data dan

maklumat yang diperolehi dalam kajian ini menggunakan pendekatan soal selidik.

Penganalisisan data dibuat berdasarkan kepada data-data yang diperolehi daripada 92 set soal

selidik.yang telah diedarkan kepada responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan

satu di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Johor Bahru. Borang yang telah diedarkan

telah dikembalikan semuanya dan semua item soal selidik telah dijawab dengan sempurna

oleh responden. Penyelidik telah meggunakan perisian Statistical Package For Social

Science (SPSS) Versi 11.5 bagi menganalisis segala data yang telah diperolehi dan

ditafsirkan kepada nilai kekerapan dan peratusan.

Data yang diperolehi dari responden melalui pengedaran soal selidik ini merangkumi

tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Bahagian A melibatkan item

berkaitan dengan latar belakang responden seperti bangsa, agama, jantina, pekerjaan ibu dan

bapa, bilangan adik-beradik dan keputusan UPSR 2004.

Manakala di dalam Bahagian B pula terdiri daripada item yang berkaitan dengan

persoalan kajian dan Bahagian C pula berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi

kecemerlangan UPSR 2004.

Item-item dalam soal selidik yang diedarkan cuba menjawab persoalan kajian;

1. Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pelajar untuk mencapai

kecemerlangan dalam UPSR?

2. Apakah peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk cemerlang dalam UPSR?

3. Apakah peranan guru-guru dan pihak sekolah dalam membantu pelajar berjaya dalam

UPSR?

4. Apakah peranan rakan dalam membantu pelajar untuk cemerlang dalam UPSR?

4.2 Analisis Latar Belakang Responden

Bahagian A adalah maklumat yang berkaitan dengan latar belakang responden yang

terdiri daripada pelajar tingkatan satu di salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh di daerah

Johor Bahru. Semua responden adalah dikalangan pelajar cemerlang seluruh negara yang

mendapat keputusan 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada

tahun 2004.

Jadual 4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Latar Belakang

Responden.

Bil Perkara Kekerapan Peratusan (%) 1 Bangsa

• Melayu • Melanau • Kadazan Dusun

88 3 1

95.7 3.3 1.1

2 Agama • Islam • Kristian

91 1

98.9 1.1

3 Umur • 12 tahun • 13 tahun

8 84

8.7 91.3

4 Bilangan Adik Beradik • 1 – 3 orang • 4 – 6 orang • 7 – 9 orang • 9 orang dan ke atas

73 16 1 2

79.3 17.4 1.1 2.2

5 Kawasan Tempat Tinggal • Bandar Besar • Bandar Kecil • Pinggir Bandar • FELDA

24 34 28 6

26.1 37.0 30.4 6.5

6 Pekerjaan Bapa • Kerajaan • Swasta • Pesara • Sendiri • Lain-lain

29 22 1 30 10

31.5 23.9 1.1 32.6 10.9

7 Pekerjaan Ibu • Kerajaan • Swasta • Pesara • Suri rumah • Lain-lain

25 5 1 47 14

27.2 5.4 1.1 51.1 15.2

Jadual 4.1 menunjukkan taburan responden mengikut kekerapan dan peratusan

mengikut item yang telah ditetapkan. Dari analisis bangsa mendapati seramai 88 orang

(95.7%) responden adalah berbangsa Melayu, manakala seramai 3 orang (3.3%) berbangsa

Melanau dan 1 orang (1.1%) adalah berbangsa Kadazan Dusun. Dari analisis agama pula,

seramai 91 orang (98.9%) responden adalah beragama Islam, manakala 1 orang atau 1.1%

responden beragama Kristian. Manakala majoriti 84 orang (91.3%) responden berumur 13

tahun, manakala 8 orang (8.7%) adalah berumur 12 tahun.

Bagi responden yang mempunyai taburan bilangan adik-beradik yang paling ramai

adalah antara 1 hingga 3 orang iaitu seramai 73 orang atau 79.3% responden. Diikuti dengan

responden yang mempunyai taburan bilangan adik-beradik antara 4 hingga 6 orang iaitu

seramai 16 orang atau 17..4% dan seramai 1 orang atau 1.1% responden mempunyai taburan

adik beradik antara 7 hingga 9 orang. Manakala responden yang mempunyai taburan

bilangan adik-beradik yang paling sedikit iaitu seramai 2 orang atau 2.2% adalah dari

kalangan taburan adik beradik 9 orang dan keatas.

Dalam kajian ini mendapati seramai 34 orang atau 26.1% responden tinggal di bandar

kecil, manakala 28 orang atau 30.4% responden tinggal di pinggir bandar. Selain itu seramai

24 orang atau 26.1% responden tinggal di bandar besar dan hanya 6 orang atau 6.5%

responden tinggal di kawasan FELDA.

Analisis bagi pekerjaan bapa responden mendapati seramai 30 orang atau 32.6% bapa

responden adalah bekerja sendiri seperti mengusahakan perniagaan sendiri. Manakala

seramai 29 orang atau 31.5% bapa responden bekerja sebagai kakitangan kerajaan, 22 orang

atau 23.9% sebagai kakitangan swasta, 1 orang atau 1.1% sebagai pesara dan 10 orang atau

10.9% dikira sebagai lain-lain, misalnya berkebun, nelayan, telah meninggal dunia atau

selainnya.

Dalam analisis bagi pekerjaan ibu responden, kajian mendapati seramai 47 orang atau

51.1% ibu responden bekerja sebagai surirumah, 25 orang atau 27.2% ibu responden bekerja

sebagai kakitangan kerajaan, 5 orang (5.4%) sebagai kakitangan swasta dan 1 orang atau

1.1% sebagai pesara. Manakala 14 orang atau 15.2% ibu responden dilabelkan dengan lain-

lain iaitu bekerja kilang, berkebun, telah meninggal dunia atau selainnya.

4.3 Analisis Bahagian B

Di dalam bahagian B ini, item-item yang dibina adalah berdasarkan kepada empat

persoalan utama kajian. Ia bertujuan mendapatkan maklumbalas yang berkaitan untuk

mengaitkan persoalan kajian dengan gerak balas dari responden. Bahagian ini mengandungi

45 item. Keputusan data yang telah dianalisis dan dihuraikan beserta jadual kekerapan dan

peratusan bagi setiap empat kategori utama yang ditetapkan. Berikut merupakan keputusan

yang telah diperolehi mengikut setiap persoalan utama.

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian Pertama

“Apakah langkah-langkah yang telah diambil oleh pelajar untuk mencapai kecemerlangan

dalam UPSR?”

Jadual 4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Persetujuan Responden Mengikut

Persoalan Kajian Pertama.

Kekerapan Peratus (%)

Bil

Soalan TS TP S TS TP S

1

Saya ada mengikuti kelas tambahan

yang diadakan di sekolah rendah.

1

0

91

1.1

0.0

98.9

2 Saya ada dikenakan bayaran

tambahan ke atas kelas tambahan

yang dijalankan di sekolah rendah.

36 8 48 39.1 8.7 52.2

3 Waktu belajar saya di kelas

tambahan sekolah rendah amat

mencukupi.

6 6 80 6.5 6.5 87.0

4 Kelas tambahan yang diadakan di

sekolah rendah saya berkesan.

2 5 85 2.2 5.4 92.4

5 Saya ada mengambil kelas tuisyen di

luar.

42 2 48 45.7 2.2 52.2

6 Kelas kelas tuisyen saya amat

berkesan.

34 12 46 37.0 13.0 50.0

7 Waktu belajar saya di kelas tuisyen

amat mencukupi.

36 13 43 39.1 14.1 46.7

8 Saya amat meminati mata pelajaran

Bahasa Melayu (Pemahaman).

3 11 78 3.3 12.0 84.8

9 Saya amat meminati mata pelajaran

Bahasa Melayu (Penulisan)

2 12 78 2.2 13.0 84.8

10 Saya amat meminati mata pelajaran

Matematik.

0 3 89 0.0 3.3 96.7

11 Saya amat meminati mata pelajaran

Bahasa Inggeris.

3 7 82 3.3 7.6 89.1

12 Saya amat meminati mata pelajaran

Sains.

0 15 77 0.0 16.3 83.7

13 Saya banyak membuat soalan latih

tubi sendiri di rumah.

9 10 73 9.8 10.9 79.3

Jadual 4.2 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

persoalan kajian pertama. Bagi item 1, seramai 91 (98.9%) responden bersetuju bahawa

mereka ada mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah semasa

mengambil peperiksaan UPSR, manakala 1 (1.1%) responden tidak bersetuju.

Bagi item 2 pula, seramai 48 (52.2%) responden bersetuju bahawa mereka ada

dikenakan bayaran tambahan bagi aktiviti kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak

sekolah, manakala seramai 36 (39.1%) tidak bersetuju dan 8 (8.7) berkecuali.

Untuk item 3 pula, 80 (87.0%) responden bersetuju waktu belajar mereka di kelas

tambahan mencukupi, 6 (6.5%) berkecuali dan 6 (6.5%) lagi tidak bersetuju. Selain itu, bagi

item 4 seramai 85 (92.4%) responden bersetuju bahawa kelas tambahan di sekolah rendah

mereka berkesan, manakala 2 (2.2%) tidak bersetuju dan 5 (5.4%) tidak pasti.

Seterusnya, bagi item 5 seramai 48 (52.2%) responden bersetuju bahawa mereka ada

mengikuti kelas tuisyen, manakala seramai 42 (45.7%) tidak bersetuju dan 2 (2.2%)

berkecuali. Bagi item 6 pula seramai 46 (50.0%) responden bersetuju bahawa kelas tuisyen

mereka berkesan, 34 (37.0%) tidak bersetuju dan 12 (13.0%) berkecuali.

Bagi item 7, 43 (46.7%) responden bersetuju bahawa waktu belajar mereka

mencukupi di kelas tuisyen, manakala seramai 36 (39.1%) tidak bersetuju dan 13 (14.1%)

berkecuali. Untuk item 8 pula, seramai 78 (84.8%) responden bersetuju bahawa mereka

berminat dalam mata pelajaran Pemahaman Bahasa Melayu, 11 (12.0%) berkecuali dan 3

(3.3%) tidak bersetuju.

Item 9 pula menyatakan 78 (84.8%) responden bersetuju bahawa mereka berminat

terhadap mata pelajaran Penulisan Bahasa Melayu, 12 (13.0%) berkecuali dan 2 (2.2%) tidak

bersetuju. Bagi item 10 pula seramai 89 (96.7%) responden bersetuju bahawa meminati mata

pelajaran Matematik, manakala 3 (3.3%) tidak bersetuju.

Bagi item 11, 82 (89.1%) bersetuju bahawa mereka meminati mata pelajaran Bahasa

Inggeris, 7 (7.6%) berkecuali dan 3 (3.3%) tidak bersetuju. Item 12 pula seramai 77 (83.7%)

responden meminati mata pelajaran Sains dan 15 (16.3%) berkecuali. Bagi item 13 pula,

seramai 73 (79.3%) responden bersetuju bahawa mereka banyak membuat soalan latih tubi

dirumah, 10 (1.09%) berkecuali dan 9 (9.8%) tidak bersetuju.

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian Kedua

“Apakah peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk cemerlang dalam UPSR?”

Jadual 4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan Persetujuan Responden Mengikut

Persoalan Kajian Kedua.

Kekerapan Peratus (%)

Bil

Soalan TS TP S TS TP S

14 Hubungan antara saya dan ibu bapa

saya sangat mesra

1 1 90 1.1 1.1 97.8

15

Ibu bapa saya selalu memberi kata-

kata perangsang kepada saya untuk

cemerlang dalam UPSR.

1

0

91

1.1

0.0

98.9

16 Ibu bapa saya pernah menghantar

saya ke kem motivasi.

6 7 79 6.5 7.6 85.9

17

Ibu bapa saya aktif dalam aktiviti

kerohanian di sekolah seperti Solat

Hajat, PIBG dan sebagainya.

7

9

76

7.6

9.8

82.6

18

Ibu bapa saya sering menunjukkan

kasih sayang mereka kepada saya

dengan memberi pujian, layanan dan

sebagainya.

4

7

81

4.3

7.6

88.0

19

Ibu bapa saya pernah berjanji akan

memberi ganjaran jika saya

cemerlang dalam UPSR.

11 9 72 12.0 9.8 78.3

20

Saya jadikan ganjaran yang

dijanjikan sebagai faktor utama

untuk saya cemerlang dalam UPSR.

43 15 34 46.7 16.3 37.0

21

Saya bersetuju ibu bapa dan

keluarga merupakan faktor utama

kejayaan saya.

0 3 89 0.0 3.3 96.7

22

Ibu bapa saya sanggup berbelanja

lebih untuk pembelajaran saya

asalkan saya cemerlang dalam

UPSR.

0 0 92 0.0 0.0 100

23

Saya amat bersetuju jika ibu bapa

dan keluarga dijadikan faktor

kecemerlangan saya.

0 1 91 0.0 1.1 98.9

Jadual 4.3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

persoalan kajian kedua. Bagi item 14, seramai 90 (97.8%) responden bersetuju, 1 (1.1%)

berkecuali dan 1 (1.1%) tidak bersetuju bahawa hubungan mereka dengan ibu bapa mereka

sangat mesra. Untuk item 15 pula, seramai 91 (98.9%) responden bersetuju bahawa ibu bapa

mereka selalu memberi kata-kata perangsang kepada mereka, manakala 1 (1.1%) tidak

bersetuju.

Bagi item 16 pula, seramai 79 (85.9%) responden bersetuju ibu bapa mereka pernah

menghantar mereka ke kem motivasi, 7 (7.6%) berkecuali dan 6 (6.5%) tidak bersetuju. Item

17 pula seramai 76 (82.6%) responden bersetuju bahawa ibu bapa mereka aktif dalam aktiviti

kerohanian di sekolah, 9 (9.8%) berkecuali dan 7 (7.6%) tidak bersetuju.

Item 18 pula menyatakan 81 (88.0%) responden bersetuju bahawa ibu bapa mereka

sering menunjukkan kasih sayang seperti memberi pujian dan layanan kepada mereka, 7

(7.6%) berkecuali dan 4 (4.3%) tidak bersetuju. Bagi item 19 pula, 72 (78.3%) responden

bersetuju bahawa ibu bapa mereka berjanji akan memberi ganjaran jika mereka berjaya

dalam UPSR, manakala 11 (12.0%) tidak bersetuju dan 9 (9.8%) berkecuali.

Seramai 43 (46.7%) responden tidak bersetuju dengan item 20 bahawa mereka

menjadikan ganjaran yang dijanjikan sebagai faktor utama untuk cemerlang, manakala 34

(37.0%) bersetuju dan 15 (16.3%) berkecuali. Bagi item 21, seramai 89 (96.7%) responden

bersetuju ibu bapa dan keluarga merupakan faktor utama kejayaan mereka, manakala 3

(3.3%) berkecuali.

Untuk item 22 pula, majoriti 92 (100.0%) responden bersetuju bahawa ibu bapa

mereka sanggup berbelanja lebih untuk pembelajaran mereka. Bagi item 23 pula, seramai 91

(98.9%) responden bersetuju ibu bapa dan keluarga merupakan faktor kecemerlangan

mereka.

4.3.3 Analisis Persoalan Kajian Ketiga

“Apakah peranan guru-guru dan pihak sekolah dalam membantu pelajar untuk berjaya dalam

UPSR?”

Jadual 4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Persetujuan Responden

Mengikut Persoalan Kajian Ketiga

Kekerapan Peratus (%)

Bil

Soalan TS TP S TS TP S

24 Saya amat menghormati guru-guru

saya.

0 2 90 0.0 2.2 97.8

25 Saya menganggap guru-guru saya

sebagai ibu bapa di sekolah.

1 9 82 1.1 9.8 89.1

26 Saya menerima teguran guru-guru

saya sebagai teguran yang membina.

0 4 88 0.0 4.3 95.7

27 Saya mempunyai hubungan yang

mesra dengan guru mata pelajaran

Bahasa Melayu (Pemahaman).

0 8 84 0.0 8.7 91.3

28 Saya mempunyai hubungan yang

mesra dengan guru mata pelajaran

Bahasa Melayu (Penulisan).

0 9 83 0.0 9.8 90.2

29 Saya mempunyai hubungan yang

mesra dengan guru mata pelajaran

Bahasa Inggeris.

1 5 86 1.1 5.4 93.5

30 Saya mempunyai hubungan yang

mesra dengan guru mata pelajaran

Matematik.

1 7 84 1.1 7.6 91.3

31 Saya mempunyai hubungan yang

mesra dengan guru mata pelajaran

Sains.

2 11 79 2.2 12.0 85.9

32 Guru-guru saya selalu memberikan

dorongan dan semangat kepada saya

untuk cemerlang dalam mata

pelajaran mereka.

0 1 91 0.0 1.1 98.9

33 Saya faham dengan pengajaran yang

disampaikan oleh guru-guru saya

semasa di sekolah rendah.

0 0 92 0.0 0.0 100

34 Saya pernah ke kem motivasi yang

dianjurkan oleh pihak sekolah

semasa di sekolah rendah.

2 3 87 2.2 3.3 94.6

35 Jika saya tidak faham semasa guru

saya mengajar, guru saya akan cuba

membantu saya sehingga faham.

0 3 89 0.0 3.3 96.7

36 Saya amat bersetuju jika guru

dijadikan faktor kecemerlangan

saya.

0 8 84 0.0 8.7 91.3

Jadual 4.3 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

persoalan kajian ketiga. Bagi item 24, seramai 90 (97.8%) responden bersetuju bahawa

mereka amat menghormati guru-guru di sekolah, manakala 2 (2.2%) tidak pasti. Item 25

pula, 82 (89.1%) responden bersetuju bahawa mereka menganggap guru-guru mereka

sebagai ibu bapa di sekolah, manakala 9 (9.8%) berkecuali dan 1 (1.1%) tidak bersetuju.

Bagi item 26, seramai 88 (95.7%) responden bersetuju bahawa mereka menerima

teguran guru-guru sebagai membina, manakala 4 (4.3%) berkecuali. Bagi item 27 pula,

seramai 84 (91.3%) responden bersetuju bahawa mereka mempunyai hubungan yang mesra

dengan guru mata pelajaran Pemahaman Bahasa Melayu, 8 (8.7%) berkecuali.

Bagi item 28, seramai 83 (90.2%) responden bersetuju bahawa mereka mempunyai

hubungan yang mesra dengan guru mata pelajaran Penulisan Bahasa Melayu, 9 (9.8%)

daripada mereka berkecuali. Item 29 pula, seramai 86 (93.5%) bersetuju mereka mempunyai

hubungan yang mesra dengan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris, 1 (1.1%) tidak bersetuju

dan 5 (5.4%) berkecuali.

Untuk item 30, seramai 84 (91.3%) responden bersetuju bahawa mereka mempunyai

hubungan yang mesra dengan guru mata pelajaran Matematik mereka, manakala 7 (7.6%)

berkecuali dan 1 (1.1%) tidak bersetuju. Bagi item 31, seramai 79 (85.9%) responden

mempunyai hubungan yang mesra dengan guru mata pelajaran Sains, 11 (12.0%) berkecuali

dan 2 (2.2%) tidak bersetuju.

Untuk item 32 pula, 91 (98.9%) responden bersetuju bahawa guru-guru selalu

memberi dorongan kepada mereka untuk cemerlang, manakala 1 (1.1%) berkecuali. Item 33

pula, 92 (100%) responden bersetuju bahawa mereka faham dengan pengajaran yang

disampaikan oleh guru-guru. Bagi item 34 pula, seramai 87 (94.6%) responden bersetuju

bahawa pernah mengikuti kem motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah, 2 (2.2%) tidak

bersetuju dan 3 (3.3%) berkecuali.

Untuk item 35, 89 (96.7%) responden bersetuju bahawa guru mereka akan membantu

sekiranya mereka tidak faham semasa sesi pengajaran, manakala 3 (3.3%) tidak pasti. Bagi

item 36 pula, seramai 84 (91.3%) responden bersetuju guru dijadikan faktor kecemerlangan

mereka, manakala 8 (8.7%) berkecuali.

4.3.4 Analisis Persoalan Kajian Keempat

“Apakah peranan rakan dalam membantu pelajar untuk cemerlang dalam UPSR?”

Jadual 4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Persetujuan Responden

Mengikut Persoalan Kajian Keempat.

Kekerapan Peratus (%)

Bil

Soalan TS TP S TS TP S

37 Saya mempunyai ramai rakan. 1 1 90 1.1 1.1 97.8

38 Tujuan saya berkawan baik adalah

untuk menambah bilangan rakan.

22 17 53 23.9 18.5 57.6

39 Tujuan saya berkawan adalah

untuk mencari rakan belajar.

2 14 76 2.2 15.2 82.6

40 Saya juga mempunyai rakan karib. 3 1 88 3.3 1.1 95.7

41 Saya sering berjumpa dengan

rakan karib saya.

8 3 81 8.7 3.3 88.0

42 Rakan karib saya sebaya saya. 3 0 89 3.3 0.0 96.7

43 Rakan karib saya juga mengambil

UPSR 2004.

4 0 88 4.3 0.0 95.7

44 Saya dan rakan karib sering

memberi dorongan antara satu

sama lain.

3 5 84 3.3 5.4 91.3

45 Saya amat setuju jika rakan karib

dijadikan antara faktor

kecemerlangan saya.

12 16 64 13.0 17.4 69.6

Jadual 4.5 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan responden mengikut

persoalan kajian keempat. Bagi item 37, seramai 90 (97.8%) responden bersetuju mereka

mempunyai ramai rakan, 1 (1.1%) tidak bersetuju dan 1 (1.1%) lagi berkecuali. Item 38

pula, seramai 83 (57.6%) responden bersetuju bahawa tujuan mereka berkawan baik adalah

untuk menambah bilangan rakan, 22 (23.9%) daripada mereka tidak bersetuju dan 17

(18.5%) berkecuali.

Bagi item 39, seramai 76 (82.6%) responden bersetuju bahawa tujuan mereka

berkawan adalah untuk mencari rakan belajar, manakala 14 (15.2%) berkecuali dan 2 (2.2%)

tidak bersetuju. Item 40 menyatakan seramai 88 (95.7%) bersetuju, 3 (3.3%) tidak bersetuju

dan 1 (1.1%) berkecuali bagi kenyataan mereka mempunayi rakan karib.

Bagi item 41, seramai 81 (88.0%) responden bersetuju bahawa mereka sering

berjumpa dengan rakan karib mereka, 8 (8.7%) tidak bersetuju dan 3 (3.3%) berkecuali.

Bagi item 42, seramai 89 (96.7%) mempunyai rakan karib yang sebaya, manakala 3 (3.3%)

tidak mempunyai rakan karib sebaya.

Item 43 pula, seramai 88 (95.7%) responden bersetuju bahawa rakan karib mereka

juga mengambil UPSR 2004, manakala 4 (4.3%) tidak bersetuju. Kajian ini juga mendapati

seramai 84 (91.3%) responden bersetuju bahawa mereka dan rakan karib sering memberi

dorongan antara satu sama lain, manakala 3 (3.3%) daripadanya tidak bersetuju dan 5 (5.4%)

berkecuali.

Untuk item yang terakhir adalah item yang menyatakan sama ada responden

bersetujua bahawa rakan karib dijadikan faktor kecemerlangan mereka. Seramai 64 (69.6%)

bersetuju, manakala 16 (17.4%) berkecuali dan 12 (13.0%) tidak bersetuju.

4.4 Analisis Bahagian C

Di dalam bahagian C ini, item-item yang dibina adalah berdasarkan kepada empat

soalan subjektif. Ia bertujuan mendapatkan maklum balas berkaitan untuk mengaitkan

persoalan kajian dengan gerak balas dari responden.

4.4.1 Analisis Bagi Faktor Inisiatif Pelajar Dalam Mempengaruhi Kecemerlangan

UPSR.

Analisis persoalan kajian ini melibatkan faktor inisistif pelajar dalam mempengaruhi

kecemerlangan UPSR. Persoalan berkenaan adalah :

‘Adakah faktor inisiatif pelajar mempengaruhi kecemerlangan UPSR?’

Keputusan keseluruhan bagi faktor inisistif pelajar mempengaruhi kecemerlangan

UPSR 2004, pelajar tingkatan satu sekolah ini ditunjukkan dalam jadual 4.6. Jumlah

kekerapan dan peratus keseluruhan item akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian

yang pertama.

Jadual 4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor Inisiatif Pelajar

Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR

Kekerapan Peratus (%)

Bil

Soalan Ya Tidak Ya Tidak

1 Saya bersetuju bahawa inisiatif diri sendiri, dorongan

ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan adalah

pendorong kepada kejayaan saya dalam UPSR.

92 0 0.0 100

2 Saya boleh berjaya tanpa dorongan dan sokongan

ibu bapa, guru dan rakan.

0 92 0.0 100

3 Saya ingin menjadi pelajar yang berjaya di masa

akan datang dengan mengekalkan corak

pembelajaran saya sekarang.

47 45 51.1 48.9

Jadual 4.6 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan bagi faktor inisiatif pelajar

dalam mempengaruhi kecemerlangan UPSR. Dapatan kajian menunjukkan seramai 92 orang

(100%) responden bersetuju bahawa gabungan anisiatif diri sendiri, ibu bapa, guru dan rakan

merupakan faktor terpenting untuk berjaya dalam peperiksaan.

Seramai 92 orang (100%) responden bersetuju bahawa dorongan ibu bapa, guru dan

rakan penting bagi mereka untuk cemerlang dalam peperiksaan. Selain itu, seramai 47 orang

(51.1%) responden bersetuju dengan kenyataan bahawa akan mengekalkan corak

pembelajaran mereka sekarang untuk cemerlang dalam di masa akan datang, manakala

seramai 45 (48.9%) responden menolak kenyataan itu.

4.4.2 Analisis Bagi Faktor Ibu Bapa Dalam Mempengaruhi Kecemerlangan

UPSR

Analisis persoalan kajian ini melibatkan faktor ibu bapa dalam mempengaruhi

kecemerlangan UPSR. Persoalan berkenaan adalah :

‘Adakah faktor ibu bapa mempengaruhi kecemerlangan UPSR responden?’

Keputusan keseluruhan bagi faktor ibu bapa mempengaruhi kecemerlangan UPSR

2004, pelajar tingkatan satu sekolah ini ditunjukkan dalam jadual 4.7.

Jumlah kekerapan dan peratus keseluruhan item akan digunakan untuk menjawab persoalan

kajian yang kedua.

Jadual 4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor Ibu Bapa

Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR

Kekerapan Peratus (%)

Bil

Soalan Ya Tidak Ya Tidak

4 Doa dan restu ibu bapa penting untuk saya berjaya dalam

UPSR.

92 0 100 0.0

5 Pada pendapat saya, institusi keluarga itu penting

dalam membentuk pelajar yang berjaya.

70 22 76.1 23.9

Jadual 4.7 menerangkan taburan kekerapan dan peratusan bagi faktor ibu bapa dalam

mempengaruhi kecemerlangan UPSR responden. Seramai 92 (100%) responden bersetuju

bahawa doa dan restu ibu bapa penting untuk berjaya dalam UPSR. Selain itu, seramai 70

(76.1%) responden bersetuju bahawa institusi keluarga penting dalam membentuk pelajar

yang berjaya, manakala seramai 22 (23.9%) tidak bersetuju dengan item itu.

4.4.3 Analisis Bagi Faktor Guru Dalam Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR

Analisis persoalan kajian ini melibatkan faktor guru dalam mempengaruhi

kecemerlangan UPSR. Persoalan berkenaan adalah :

‘Adakah faktor guru mempengaruhi kecemerlangan UPSR responden?’

Keputusan keseluruhan bagi faktor guru mempengaruhi kecemerlangan UPSR 2004,

pelajar tingkatan satu sekolah ini ditunjukkan dalam jadual 4.8. Jumlah kekerapan dan

peratus keseluruhan item akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang ketiga.

Jadual 4.8 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor Guru

Mempengaruhi Kecemerlangan UPSR

Kekerapan Peratus (%)

Bil

Soalan Ya Tidak Ya Tidak

6 Guru-guru saya amat prihatin terhadap pelajar-pelajarnya. 78 14 84.8 15.2

7 Saya selesa dengan pengajaran guru-guru

disekolah rendah.

88 4 95.7 4.3

8 Hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah

rendah saya amat baik.

66 26 71.4 28.6

Jadual 4.8 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan bagi faktor guru dalam

mempengaruhi kecemerlangan UPSR. Seramai 78 (84.8%) responden bersetuju dengan item

bahawa guru mereka amat prihatin terhadap pelajar-pelajarnya, manakala seramai 14 (15.2%)

responden pula tidak bersetuju.

Bagi item 7 pula, seramai 88 (95.7%) responden bersetuju bahawa mereka selesa dengan

pengajaran guru-guru mereka semasa di sekolah rendah, manakala seramai 4 (4.3%) pula tidak

bersetuju. Bagi item 8 pula, seramai 66 orang atau 71.4% responden bersetuju bahawa hubungan

antara ibu bapa dan pihak sekolah rendah mereka amat baik, manakala seramai 26 (28.6%)

responden tidak bersetuju.

4.4.4 Analisis Bagi Faktor Rakan Sebaya Dalam Mempengaruhi Kecemerlangan

UPSR

Analisis persoalan kajian ini melibatkan faktor rakan sebaya dalam mempengaruhi

kecemerlangan UPSR. Persoalan berkenaan adalah :

‘Adakah faktor rakan sebaya mempengaruhi kecemerlangan UPSR responden?’

Keputusan keseluruhan bagi faktor rakan sebaya mempengaruhi kecemerlangan

UPSR 2004, pelajar tingkatan satu sekolah ini ditunjukkan dalam jadual 4.9 Jumlah

kekerapan dan peratus keseluruhan item akan digunakan untuk menjawab persoalan kajian

yang keempat.

Jadual 4.9 Taburan Kekerapan Dan Peratusan (%) Bagi Faktor Rakan Sebaya

mempengaruhi Kecemerlangan UPSR.

Kekerapan Peratus (%)

Bil

Soalan Ya Tidak Ya Tidak

9 Rakan sebaya sentiasa mengambil berat terhadap saya. 81 11 87.9 12.1

10 Saya dan rakan selalu belajar bersama-sama. 78 14 85.8 14.2

Jadual 4.9 menunjukkan taburan kekerapan dan peratusan bagi faktor rakan sebaya

dalam mempengaruhi kecemerlangan UPSR. Seramai 81 (87.9%) responden bersetuju

bahawa rakan sebaya mereka sentiasa mengambil berat terhadap mereka, manakala seramai

11 (12.1%) tidak bersetuju. Selain itu seramai 78 (85.8%) responden bersetuju dengan item

10, manakala 14 (14.2%) menolak item itu.

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik mengemukakan rumusan secara keseluruhan bagi

membincangkan tajuk kajian. Ianya akan menyentuh aspek perbincangan, rumusan,

kesimpulan dan cadangan mengenai persepsi pelajar tingkatan satu di salah sebuah Sekolah

Berasrama Penuh di daerah Johor Bahru terhadap faktor-faktor yang mempengaruhi

kecemerlangan UPSR. Penyelidik mengkhususkan bab ini kepada perbincangan dan

merumuskan segala dapatan yang diperolehi dan mencadangkannya kepada pihak tertentu.

Perbincangan dibuat dengan menganalisis setiap persoalan kajian untuk mengetahui apakah

inisiatif diri sendiri, dorongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan mempengaruhi kecemerlangan

mereka dalam UPSR.

Selain itu, penyelidik juga akan membuat kesimpulan hasil daripada perbincangan

dan rumusan. Di samping membuat beberapa cadangan yang difikirkan perlu dan

munasabah serta boleh dilaksanakan oleh calon-calon UPSR, ibu bapa, guru-guru serta pihak

sekolah dan rakan sebaya.

5.2 Perbincangan Kajian

Tumpuan perbincangan berfokuskan kepada empat persoalan kajian iaitu;

5. Langkah-langkah atau inisiatif yang telah diambil oleh pelajar untuk kecemerlangan

dalam UPSR.

6. Peranan ibu bapa dalam mendorong pelajar untuk cemerlang dalam UPSR.

7. Peranan guru-guru serta pihak sekolah dalam membantu pelajar berjaya dalam UPSR.

8. Peranan rakan dalam membantu pelajar untuk cemerlang dalam UPSR.

5.2.1 Inisiatif Pelajar Untuk Kecemerlangan Dalam UPSR

Hasil daripada kajian yang dijalankan, secara keseluruhannya menunjukkan ramai

responden mengambil berat terhadap peperiksaan UPSR yang mereka hadapi. Ini dapat

dibuktikan dengan kesungguhan mereka mengikuti kelas tambahan yang dianjurkan oleh

pihak sekolah, walaupun responden ada dikenakan bayaran keatas kelas tambahan tersebut.

Namun peratusan yang menghadirinya tetap tinggi dan analisis kajian mendapati seramai 91

(98.7%) responden menghadiri kelas tambahan tersebut manakala 1 (1.1%) sahaja tidak

menghadiri kelas tambahan tersebut. Ini mungkin disebabkan masalah kesihatan yang

dihadapi oleh responden.

Tidak hanya tertumpu dengan kelas tambahan di sekolah, ramai responden

mengambil inisiatif untuk menambah ilmu dengan menghadiri kelas tuisyen di luar. Hasil

kajian mendapati seramai 48 orang atau 52.2% responden mengikuti kelas tuisyen diluar,

manakala 42 orang atau 45.7% tidak mendapatkan khidmat tuisyen dan 2 (2.2%) responden

adalah berkecuali.

Selain itu, minat merupakan perkara yang penting dalam mencapai kejayaan dalam

sesuatu perkara seperti juga dengan sesi pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan seramai

78 orang atau 84.8% responden berminat dalam mata pelajaran Pemahaman Bahasa Melayu,

78 atau 84.8% berminat dalam mata pelajaran Penulisan Bahasa Melayu, 89 orang atau

96.7% responden meminati mata pelajaran Matematik, 82 atau 89.1% responden meminati

mata pelajaran Bahasa Inggeris dan 77 atau 83.7% responden meminati mata pelajaran Sains.

Jumlah ini menunjukkan responden-responden memiliki minat yang tinggi dalam setiap

mata pelajaran yang mereka pelajari.

Menurut Ismail Hj Raduan (1995), minat terhadap sesuatu perkara akan mendorong

seseorang meneroka lebih jauh. Oleh itu, minat perlu ditanam dalam diri pelajar agar dapat

meningkatkan keseronokan dan minat semasa belajar. Ini boleh dipertingkatkan dengan

dorongan ibu bapa, guru-guru dan rakan sebaya.

Perkara ini disokong oleh Syarifah Alawiyah Al-Sagoff (1984) yang menjelaskan

minat memainkan peranan penting dalam mempengaruhi minat pelajar dalam pelajaran.

Minat juga merupakan penggerak yang mendorong seseorang pelajar memberi perhatian

kepada kerjaya yang diceburi. Oleh itu, minat yang tinggi membolehkan pelajar memberikan

tumpuan yang lebih terhadap bidang yang dilakukan. Minat boleh dianggap pendorong

untuk mengekalkan usaha dalam pelajaran, permainan dan tugas-tugas kerana minat

menyebabkan seseorang memilih perkara atau pekerjaan yang disukai.

Dengan wujudnya minat, maka pelajar akan melakukan pelbagai inisiatif untuk

mendalami ilmu pengetahuan mereka. Hasil kajian mendapati seramai 73 orang atau 79.3%

responden membuat soalan latih tubi, selain dari soalan-soalan yang diberi di sekolah atau

tempat tuisyen. Ini jelas menunjukkan kesungguhan mereka dalam mendalami ilmu dan

memperoleh pengetahuan.

5.2.2 Peranan Ibu Bapa Dalam Mendorong Pelajar Untuk Cemerlang dalam UPSR

Ibu bapa merupakan agen sosialisasi terpenting dalam membentuk tingkah laku anak-

anak seperti kepercayaan, personaliti dan kemahiran tertentu. Menurut Mohd Salleh Lebar

(1998), anak-anak belajar sesuatu hasil daripada proses interaksi, bimbingan dan pemerhatian

daripada keluarga. Hasil kajian mendapati responden mempunyai hubungan yang mesra

dengan ibu bapa dan keluarga. Ini dibuktikan dengan dapatan kajian bahawa seramai 90

orang atau 97.8% responden mempunyai hubungan mesra dengan ibu bapa mereka dan

seramai 91 orang atau 98.9% responden menyatakan bahawa ibu bapa mereka selalu

memberi kata-kata perangsang.

Suasana keluarga juga memainkan peranan utama dalam membentuk kecemerlangan

anak-anak. Perkara ini terbukti apabila seramai 81 orang atau 88.0% responden menyatakan

bahawa ibu bapa mereka sering menunjukkan kasih sayang kepada mereka dengan memberi

pujian, layanan istimewa dan sebagainya. Dengan cara demikian, anak-anak akan merasa

lebih dihargai dan ini akan membangkitkan rasa kecintaan dan keyakinan yang tinggi dalam

diri mereka sendiri. Bila keyakinan diri anak-anak meningkat, maka anak-anak lebih yakin

untuk berjaya dalam sesuatu perkara. Dalam situasi ini perkara tersebut adalah

kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ganjaran merupakan hadiah atau balasan kepada sesuatu perbuatan sama ada baik

mahupun jahat. Namun, dalam skop ini ganjaran merupakan hadiah hasil kecemerlangan

pelajar dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Dapatan kajian

mendapati seramai 72 orang atau 78.3% responden menyatakan bahawa ibu bapa mereka

pernah berjanji akan memberi ganjaran jika mereka cemerlang dalam UPSR. Menurut

Saniah Sayuti (2000), ganjaran merupakan peneguhan hasil daripada usaha untuk mendapat

kecemerlangan dalam sesuatu perkara. Sikap ibu bapa yang memberi ganjaran kepada anak-

anak, hasil kecemerlangan mereka haruslah dipuji dan diteruskan. Dengan ini, anak-anak

akan merasa mereka dihargai dan disayangi. Namun begitu, responden tidak menjadikan

ganjaran tersebut sebagai faktor utama untuk mereka berjaya, ini disokong dengan dapatan

kajian iaitu seramai 43 orang atau 46.7% bersetuju bahawa tidak menjadikan ganjaran

sebagai faktor utama.

Menurut responden, ibu bapa mereka sanggup mengeluarkan belanja yang lebih

untuk pembelajaran mereka. Antara perkara yang menyebabkan ibu bapa responden sanggup

mengeluarkan belanja yang lebih adalah dengan menghantar mereka ke kelas tambahan,

kelas tuisyen, membeli buku-buku rujukan dan latihan dan sebagainya. Perkara ini disokong

oleh penyataan T. Marimuthu (1990), iaitu taraf sosiekonomi dan pencapaian akademik

menunjukkan hubungan yang positif dimana semakin tinggi sosioekonomi ibu bapa, maka

lebih tinggi pencapaian akademik anak-anak.

Secara keseluruhannya, responden bersetuju bahawa ibu bapa dan keluarga

merupakan pendorong dan faktor utama dalam kejayaan mereka. Namun, kejayaan mereka

ini tidak hanya bergantung kepada satu pihak sahaja tanpa gabungan atau paduan dari pihak

yang lain seperti guru dan rakan sebaya.

5.2.3 Peranan Guru Dan Pihak Sekolah Dalam Membantu Pelajar Berjaya Dalam

UPSR.

Hasil daripada analisis kajian mendapati, majoriti responden bersetuju bahawa

mereka menghormati dan menganggap guru-guru mereka sebagai pengganti ibu bapa ketika

mereka ketika berada di sekolah. Mereka juga dapat menerima segala teguran yang dibuat

oleh guru mereka dan menganggap teguran itu sebagai membina. Menurut Saniah Sayuti

(2000), pada peringkat umur 11 tahun keatas, kanak-kanak mula berfikir secara hipotetikal,

dan berupaya berfikiran secara abstrak dan logik. Pada peringkat ini, kanak-kanak

memerlukan dorongan golongan dewasa untuk mempelajari sesuatu perkara yang baru.

Menurut beliau lagi, pada peringkat ini kesilapan pelajar tidak wajar dihukum tetapi patut

digunakan untuk membantu guru dalam memahami pelajar dan memberi nasihat yang

berguna.

Dapatan kajian juga mendapati, kebanyakkan responden mempunyai hubungan yang

mesra dengan guru-guru mata pelajaran masing-masing. Misalnya seramai 84 orang atau

91.3% mesra dengan guru mata pelajaran Pemahaman Bahasa Melayu, 83 orang atau 90.2%

responden yang mesra dengan guru mata pelajaran Penulisan Bahasa Melayu, 86 orang atau

93.5% mesra dengan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris, 84 orang atau 91.3% responden

mesra dengan guru mata pelajaran Matematik dan 79 orang atau 85.9% responden mesra

dengan guru mata pelajaran Sains.

Dengan wujudnya hubungan yang mesra antara guru dan pelajar, maka sesi

pengajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan. Hubungan mesra antara guru dan

pelajar haruslah dipupuk kerana kedua-duanya bagaikan sebuah keluarga dalam institusi

pendidikan. Jika pelajar mengalami kesulitan dalam memahami isi pengajaran, maka guru

haruslah sedaya upaya membantu pelajar sehingga dapat memahami isi pengajaran. Selain

itu, hubungan mesra antara guru dan pelajar juga dapat dipupuk melalui pelbagai aktiviti

kerohanian seperti menganjurkan kem motivasi, aktiviti beriadah dan lain-lain.

Melalui kesedaran bahawa guru merupakan agen saluran ilmu pengetahuan, maka

responden bersetuju bahawa guru merupakan salah satu faktor utama dalam menjadikan

seorang pelajar itu cemerlang. Guru juga haruslah bijak dalam meningkatkan motivasi

pelajar di dalam bilik darjah dengan mewujudkan suasana ceria, sentiasa memupuk sikap

positif pelajar, mendorong naluri ingin tahu pelajar dan menggunakan teknik motivasi

instrinsik dan ekstrinsik.

Motivasi intrinsik wujud dalam diri individu seperti dorongan dalaman dan minat

untuk melakukan sesuatu perkara seperti berjaya dalam peperiksaan. Manakala motivasi

ekstrinsik pula ialah dorongan yang menggerakkan individu untuk bertindak seperti arahan

membuat kerja sekolah, menghafal sifir dan sebagainya. Oleh itu, guru perlulah bijak

memainkan peranan menyuntik motivasi pelajar ini agar mereka berjaya dalam UPSR.

5.2.4 Peranan Rakan Dalam Membantu Pelajar Untuk Cemerlang Dalam UPSR

Keputusan daripada kajian yang dijalankan menunjukkan rakan sebaya merupakan

faktor yang mempunyai kedudukan terendah dalam mempengaruhi kecemerlangan responden

selepas inisiatif diri sendiri. Ini dapat dibuktikan kerana pelajar hanya berjumpa dengan

rakan mereka di sekolah atau tempat tuisyen sahaja. Tujuan mereka berkawan hanya untuk

menambah bilangan rakan, berkongsi ilmu pengetahuan dan berseronok. Pada peringkat ini

juga, mereka mula menganggap rakan mereka sebagai pesaing untuk cemerlang dalam

peperiksaan.

Hal ini menunjukkan rakan sebaya mampu mempengaruhi mereka untuk cemerlang

atau sebaliknya. Daripada pemerhatian yang dibuat, responden banyak menghabiskan masa

bersama rakan iaitu pada waktu persekolahan. Apabila mereka membesar, dunia mereka

semakin meluas dan perhubungan sosial memainkan peranan penting. Salah satu

daripadanya adalah pengaruh luaran seperti media massa yang telah dinyatakan oleh Store

dan Mc William (1990).

5.3 Rumusan

Hasil kajian yang diperolehi daripada bahagian A mendapati responden Melayu

adalah yang tertinggi iaitu seramai 88 (95.7%) orang, berusia 13 tahun seramai 84 (91.3%)

orang dan beragama Islam seramai 91 (98.9%) orang. Seramai 34 (37.0%) responden tinggal

di bandar kecil dan 28 (30.4%) tinggal di pinggir bandar. Majoriti bapa responden bekerja

sendiri dan manakala ibu responden bekerja sebagai suri rumah.

Berdasarkan hasil kajian yang diperolehi daripada bahagian B, secara keseluruhannya

keempat-empat faktor yang dikemukakan adalah mempengaruhi mereka. Daripada empat

faktor tersebut, didapati faktor ibu bapa menunjukkan purata peratusan tertinggi

mempengaruhi mereka. Ini diikuti dengan faktor guru, kemudian inisiatif diri sendiri dan

akhirnya rakan. Oleh itu secara umumnya dapat disimpulkan bahawa faktor-faktor berikut

mempengaruhi kecemerlangan pelajar dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

(UPSR) khususnya, dan semua peperiksaan di bawah Kementerian Pendidikan umumnya.

Daripada bahagian C pula, majoriti responden bersetuju bahawa tanpa gabungan

keempat-empat faktor iaitu inisiatif diri sendiri, dorongan ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan,

mereka tidak akan berjaya dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Mereka

juga bersetuju bahawa institusi keluarga haruslah bekerjasama dengan pihak sekolah dalam

perkara yang membabitkan kecemerlangan anak-anak. Selain itu, persaingan yang sihat antara

rakan-rakan juga wajar agar dapat melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang.

5.4 Cadangan

Berdasarkan hasil kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi menarik perhatian

pelajar terhadap faktor-faktor kecemerlangan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Cadangan-cadangan ini diharapkan dapat membantu pihak-pihak tertentu untuk mengambil

tindakan yang sewajarnya agar dapat meningkatkan sistem pendidikan kita di masa akan datang.

Berikut adalah cadangan yang dikemukakan oleh penyelidik.

5.4.1 Peranan Ibu Bapa

Peranan ibu bapa adalah sangat besar dalam mencorakkan pendidikan anak-anak. Oleh

itu, ibu bapa haruslah peka dengan persekitaran dan arus pendidikan moden. Kerjasama dengan

pihak sekolah juga perlu untuk membentuk generasi yang cemerlang di masa hadapan tanpa

mengabaikan aspek kerohanian. Ibu bapa merupakan golongan yang paling hampir dengan

anak-anak. Oleh itu, wajarlah jika ibu bapa dianggap role-model kepada anak-anak. Maka, ibu

bapa haruslah sentiasa mempamerkan dan menunjukkan sikap-sikap yang positif di rumah

seperti sikap tolong menolong, sentiasa memberi dorongan dan kata-kata semangat, memberi

ganjaran sebagai salah satu penekanan, sentiasa menunjukkan kasih sayang kepada anak-anak

walau sesibuk mana pun agar anak-anak rasa lebih dihargai dan disayangi.

Perkara ini disokong oleh Syarifah Alwiyah Al-Sagoff (1984) yang berpendapat,

kehidupan anak-anak ditentukan oleh ibu bapa. Pengaruh ibu bapa memberi kesan kepada

personaliti pelajar. Ibu bapa mempunyai pengaruh dan tanggungjawab besar dalam

pembentukan hala tuju anak-anak. Lantas, ibu bapa perlulah mempunyai minat,

kesungguhan, bersikap positif, berkemahiran dan mempengaruhi perancangan strategik untuk

kejayaan anak-anak.

5.4.2 Peranan Guru dan Pihak Sekolah

Guru-guru perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan masyarakat terutamanya

golongan ibu bapa seperti menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Disamping itu, guru-

guru juga haruslah berusaha meningkatkan kemahiran mengajar dalam mata pelajaran yang

diajar di sekolah agar dapat sesi pengajaran dapat dijalankan dengan penuh keyakinan. Selain

itu, guru dan pihak sekolah juga haruslah sentiasa memberi kata-kata semangat dan perangsang

kepada pelajar. Jika pelajar ada membuat kesilapan, maka guru haruslah memberi teguran yang

membina. Guru juga boleh menggunakan kaedah psikologi kepada pelajar dengan mewujudkan

suasana pembelajaran yang ceria, menggunakan kaedah motivasi instrinsik dan ekstrinsik. Guru

yang bijak dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Dengan ini, pelajar cemerlang dapat

dihasilkan dan hubungan baik antara guru dan pelajar dapat diwujudkan.

Menurut Syarifah Alwiyah Al-Sagoff (1984), guru yang berkesan adalah guru yang

mahir dalam pelbagai teknik pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar. Pelajar akan

belajar dengan lebih berkesan apabila guru menggunakan teknik yang dapat menjamin iklim

dan suasana yang sesuai untuk pembelajaran. Tidak kira di bilik darjah atau sebagainya

berdasarkan pemahaman dan penggunaan pelbagai strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

dengan penuh keyakinan dan pengetahuan yang mendalam mengenai perkara yang diajar.

5.4.3 Peranan Pelajar

Para pelajar perlu diberi pendedahan tentang motivasi kendiri seperti pentingnya

pengurusan masa dan mendisiplinkan diri dengan jadual belajar sendiri sejak dari awal lagi dan

bukannya pada tahun mereka sedang menghadapi UPSR. Ini bagi mewujudkan sikap bersedia

lebih awal. Disamping itu, pelajar juga haruslah mempunyai kesedaran sendiri untuk berjaya

dalam peperiksaan. Kesedaran ini dapat dipupuk melalui minat terhadap sesuatu mata pelajaran.

Syarifah Alawiyah Al-Sagoff (1984) pula menjelaskan minat memainkan peranan

penting dalam mempengaruhi minat pelajar dalam pelajaran. Minat juga merupakan

penggerak yang mendorong seseorang pelajar memberi perhatian kepada kerjaya yang

diceburi. Oleh itu, minat yang tinggi membolehkan pelajar memberikan tumpuan yang lebih

terhadap bidang yang dilakukan. Minat boleh dianggap pendorong untuk mengekalkan usaha

dalam pelajaran, permainan dan tugas-tugas kerana minat menyebabkan seseorang memilih

perkara atau pekerjaan yang disukai.

5.4.4 Peranan Rakan

Rakan sebaya merupakan sekumpulan individu yang mempunyai tingkat umur yang

sama atau lebih kurang sama dengan individu berkenaan. Kebiasaannya, rakan sebaya

mempunyai cita-cita, minat serta taraf kecerdasan yang lebih kurang sama. Dalam kajian ini

mendapati, rakan sebaya merupakan saingan kepada responden untuk berjaya dalam UPSR.

Maka, responden haruslah bijak merebut peluang yang ada dengan menimba lebih banyak

pengatahuan, ilmu dan mesra dengan guru agar mereka dapat bersaing dengan rakan sebaya

mereka.

Menurut Ee Ah Meng (1996), pengaruh rakan sebaya adalah dari pelbagai aspek iaitu

afektif, sosial, kognitif dan psikomotor. Seseorang akan mempelajari perkara yang boleh

diterima dan tidak oleh ahli kumpulannya. Apabila remaja bergaul dan berkawan dengan

rakan sebaya yang mempunyai sifat yang baik, ini akan mempengaruhi mereka menjadi

seorang yang bersahsiah positif dan begitu jua sabaliknya.

5.4.5 Cadangan Kajian Lanjutan

Beberapa cadangan kajian lanjutan boleh dibuat untuk memantapkan lagi hasil kajian ini.

Antara cadangan tersebut adalah;

i. Kajian dilakukan pada setiap tahun agar kelemahan-kelemahan yang ada dapat

diperbaiki.

ii. Kajian dilakukan atas sampel yang lebih besar untuk mendapatkan maklumat yang lebih

banyak untuk membolehkan hasil dapatan kajian yang lebih jitu.

iii. Menambah instrumen kajian agar dapatan lebih tepat dan lebih terperinci.

5.5 Kesimpulan

Isu kecemerlangan akademik penting kepada pelajar agar dapat meningkatkan

pencapaian akademik mereka pada masa depan amnya, dan UPSR khususnya. Kajian ini

adalah untuk mencari apakah faktor-faktor yang mendorong ke arah kecemerlangan UPSR.

Kecemerlangan adalah suatu yang sering dan harus diusahakan untuk mencapainya.

Kecemerlangan adalah satu kejayaan, oleh itu kecemerlangan memerlukan kajian bagi

mengetahui bagaimana ia dicapai. Oleh itu, pengkaji telah memilih salah sebuah Sekolah

Berasrama Penuh di daerah Johor Bahru sebagai lokasi kajian kerana pelajar-pelajar

disekolah ini merupakan antara pelajar cemerlang yang telah dipilih dari seluruh negara.

Dengan itu, pengkaji ingin mengetahui bagaimana dan apakah faktor-faktor dalaman dan

luaran yang wujud pada diri pelajar sehingga mereka cemerlang dalam peperiksaan UPSR.

Secara keseluruhannya, responden dari sekolah ini bersetuju bahawa gabungan keempat-

empat faktor iaitu inisiatif diri sendiri, peranan ibu bapa, peranan guru serta pihak sekolah dan

peranan rakan merupakan faktor kecemerlangan mereka dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR). Namun begitu, peranan ibu bapa merupakan faktor utama kejayaan mereka (98%). Ini

diikuti dengan peranan guru serta pihak sekolah merupakan faktor kedua (91.3%), kemudian

faktor inisiatif diri sendiri yang merupakan faktor ketiga (79.3%) dan akhir sekali adalah faktor

rakan (69.6%).

Oleh itu, ibu bapa haruslah meningkatkan dan mewujudkan hubungan positif dengan

anak-anak seperti yang telah dicadangkan, manakala golongan guru serta pihak sekolah pula

haruslah memperbaiki perhubungan dengan pelajar seperti menambah bilangan kelas-kelas

tambahan. Selain itu, inisiatif pelajar dan faktor rakan juga harus diambil kira dan

dipertingkatkan demi mencapai keputusan kecemerlangan akademik anak-anak. Namun begitu

kajian harus dilakukan untuk melihat faktor-faktor lain yang mempengaruhi pencapaian pelajar

di peringkat UPSR.

BIBLIOGRAFI

Ahmad Mohd Salleh, (1997). “Pendidikan Islam Falsafah , Pedagogi dan

Metodologi”. Shah Alam; Fajar Bakti.

Ee Ah Meng (1990). “Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu”. Petaling Jaya : Fajar

Bakti Sdn Bhd.

Ee Ah Meng (2001). “Pelajar Bermotovasi Pelajar Cemerlang”. Kuala Lumpur;

Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Kamus Dewan Edisi Ketiga (1994) .Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khairul Anuar Hasnan (2000). “Faktor Kecemerlangan Akademik Pelajar Sekolah

Menengah Sains Kuala Selangor”. Projek Sarjana Muda, Skudai, Universiti

Teknologi Malaysia.

Khairul Anuar Hasnan (2000). “Faktor-Faktor Kecemerlangan Pelajar Sekolah

Menengah Sains Kuala Selangor ”. Projek Sarjana Muda, Skudai, Universiti

Teknologi Malaysia.

Marimuthu, T (1990). “Pengenalan Sosiologi Pendidikan”, Selangor : Fajar Bakti

Sdn Bhd.

Md Nasir Yaacob (2000). “ Minat, Sikap dan Cara Belajar Matematik Tambahan.

Satu Tinjauan Dikalangan Pelajar di Banting,Delangor Darul Ehsan.”. Projek

Sarjana Muda, Skudai, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1998). “Penyelidikan Pendidikan”. Universiti Teknologi

Malaysia.

Mohd Azhar Abd Hamid (1999) . “ Pemikiran Kritis dan Kreatif ” Universiti Teknologi

Malaysia. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mohd Majid Konting (1998). “ Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Cetakan Keempat”.

Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Saim Yusoff (1995). “Hubungkait Kaedah Pembelajaran dan Minat Pelajar

Terhadap Mata Pelajaran Perdagangan di Sekolah Menengah Sekitar Johor

Bahru”. Projek Sarjana Muda, Skudai, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Salleh dan Zaidatun Tasir (2001). “Pengenalan Kepada Analisis Data

Berkomputer : SPSS 10.0 For Windows.” Kuala Lumpur : Van Ton Publishing.

Nadia Haryani Ahmad Fuad (2003). “Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pelajar

Dalam Matapelajaran Lukisan Kejuruteraan di Sekolah Menengah Teknik Batu

Pahat”. Projek Sarjana Muda, Skudai, Universiti Teknologi Malaysia.

Saniah Sayuti, Yeo Kee Jiar, Ahmad Johari Sihes dan Azlina Mohd Kosnin (2000).

“Modul Pengajian Psikologi Pendidikan”. Universiti Teknologi Malaysia. Penerbit

Fajar Bakti Sdn Bhd.

Sharifah Alwiah Alsagoff (1985). “Sosiologi Pendidikan”. Kuala Lumpur :

Heinenman (Malaysia) Sdn Bhd.

Suhasnim Mat Isa (2001). “Persepsi Guru Sekolah Rendah Terhadap Penilaian

Tahap Satu (PTS) di Dua Buah Sekolah Rendah Di Daerah Klang, Selangor”.

Projek Sarjana Muda, Skudai, Universiti Teknologi Malaysia.

Sulaiman Masri (1996). “Pelajar Cemerlang”. Kuala Lumpur : Utusan Publication

Sdn Bhd.

Universiti Teknologi Malysia (2001). “Panduan Menulis Tesis.” Universiti Teknologi

Malaysia.

Wan Hamidah Md Salleh (2000). “Persepsi Guru-Guru Sekolah Rendah di Daerah

Johor Bahru Terhadap Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Masalah

Pembelajaran Matematik KBSR, Dikalangan Pelajar Tahun 4. Satu Tinjauan.”.

Projek Sarjana Muda, Skudai, Universiti Teknologi Malaysia.

Zukarnain Zakaria dan Hishamuddin Md. Som (2001). “Analisis Data Menggunakan

SPSS Windows.” Universiti Teknologi Malaysia.

Zunaizan Embong (2000). “Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Pencapaian Akademik

Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Cheneh Baru, Kemaman, Terengganu. Satu

Tinjauan”. Projek Sarjana Muda, Skudai, Universiti Teknologi Malaysia.

LAMPIRAN A

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SET BORANG SOAL SELIDIK

Tajuk:

Persepsi Pelajar Tingkatan Satu

Terhadap Faktor-Faktor Kecemerlangan UPSR 2004.

Kepada,

Semua pelajar tingkatan satu, saya amat berbesar hati sekiranya para pelajar dapat

membantu saya dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persepsi pelajar

terhadap faktor-faktor yang mempangaruhi kecemerlangan UPSR 2004 di sekolah ini.

Saya berharap para pelajar dapat memberi jawapan atau maklum balas kepada soalan-soalan

yang dikemukakan dengan jujur dan ikhlas. Segala maklumat yang diberikan akan

dirahsiakan dan ia setakat untuk tujuan kajian akademik sahaja. Kerjasama yang

diberikan oleh para pelajar amat saya hargai dan didahalui dengan ucapan jutaan terima

kasih.

Penyelidik:

FARAWAHIDA BINTI HJ ZAINAL ABIDIN

AS000506

4 SPT

FAKULTI PENDIDIKAN

SET BORANG SOAL SELIDIK INI MENGANDUNGI 7 HALAMAN BERCETAK TERMASUK MUKA HADAPAN.

BAHAGIAN A

LATAR BELAKANG PELAJAR

ARAHAN: Sila patuhi panduan, isikan maklumat pada ruang yang disediakan dan tandakan (√) hanya pada 1 petak yang disediakan.

1. Bangsa _______________________________________ 2. Agama _______________________________________

3. Umur _______________________________________ 4. Jantina _______________________________________ 5. Bilangan Adik Beradik cth: 2 daripada 5 adik beradik

_________ daripada __________ adik beradik 6. Kawasan Tempat Tinggal

Bandar Besar (cth: JB) Bandar Kecil (cth: Kota Tinggi) Pinggir Bandar(cth: kampung)

FELDA 7. Pencapaian dalam UPSR

5A 4A 1B 3A 2B

Lain-lain (nyatakan) 8. Pekerjaan Bapa/Penjaga

Kakitangan Kerajaan Kakitangan Swasta

Pesara Bekerja Sendiri

Lain-lain (nyatakan) 9. Pekerjaan Ibu

Kakitangan Kerajaan Kakitangan Swasta

Pesara Suri rumah

Lain-lain (nyatakan)

Inisiatif Pelajar

1. Saya ada mengikuti kelas tambahan

yang diadakan di sekolah rendah.

2. Saya ada dikenakan bayaran tambahan ke atas kelas tambahan yang dijalankan di sekolah rendah.

3. Waktu belajar saya di kelas tambahan

sekolah rendah amat mencukupi.

4. Kelas tambahan yang disediakan di sekolah rendah saya amat berkesan.

5. Saya ada mengambil kelas tambahan

di luar (tuisyen) selain daripada kelas tambahan yang diadakan sekolah rendah saya.

6. Kelas tambahan di luar (tuisyen) saya

amat berkesan.

7. Waktu belajar saya di kelas tambahan luar (tuisyen) amat mencukupi.

8. Saya amat meminati mata pelajaran

Bahasa Melayu (Pemahaman).

9. Saya amat meminati mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan).

10. Saya amat meminati mata pelajaran

Matematik.

11. Saya amat meminati mata pelajaran Bahasa Inggeris.

12. Saya amat meminati mata pelajaran

Sains.

13. Saya banyak membuat soalan latih tubi sendiri di rumah

ATS TS TP S AS

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

BAHAGIAN B SET SOAL SELIDIK MENGENAI FAKTOR-FAKTOR KECEMERLANGAN UPSR

Arahan: Anda perlu menjawab semua soalan. Setiap jawapan hendaklah dihitamkan.

Petunjuk: ATS = Amat Tidak Setuju TS = Tidak Setuju TP = Tidak Pasti S = Setuju AS = Amat Setuju

Peranan Ibu Bapa

14. Hubungan antara saya dan ibu bapa sangat mesra.

15. Ibu bapa saya selalu memberi kata-

kata semangat dan perangsang kepada saya untuk cemerlang dalam UPSR.

16. Ibu bapa saya pernah menghantar saya

ke kem motivasi, sama ada di sekolah atau swasta.

17. Ibu bapa saya aktif dalam aktiviti

kerohanian di sekolah seperti Solat Hajat, PIBG dan sebagainya.

18. Ibu bapa saya sering menunjukkan

kasih sayang mereka kepada saya dengan memberi pujian,belaian dan sebagainya.

19. Ibu bapa saya pernah berjanji akan

memberi ganjaran jika saya cemerlang dalam UPSR

20. Saya jadikan ganjaran yang dijanjikan

itu sebagai faktor utama untuk saya cemerlang dalam UPSR.

21. Saya setuju ibu bapa dan keluarga

merupakan faktor utama kejayaan saya.

22. Ibu bapa saya sanggup berbelanja

lebih untuk pembelajaran saya asalkan saya cemerlang dalam peperiksaan.

23. Saya amat setuju jika ibu bapa dan

keluarga dijadikan faktor kecemerlangan saya

ATS TS TP S AS

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

Peranan Guru

24. Saya amat menghormati guru-guru

saya.

25. Saya menganggap guru-guru saya sebagai ibu bapa di sekolah.

26. Saya menerima teguran guru-guru

saya sebagai teguran yang membina.

27. Saya mempunyai hubungan yang mesra dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman)

28. Saya mempunyai hubungan yang

mesra dengan guru mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan).

29. Saya mempunyai hubungan yang

mesra dengan guru mata pelajaran Bahasa Inggeris.

30. Saya mempunyai hubungan yang

mesra dengan guru mata pelajaran Matematik.

31. Saya mempunyai hubungan yang

mesra dengan guru mata pelajaran Sains.

32. Guru-guru saya selalu memberikan

dorongan dan semangat kepada saya untuk cemerlang dalam mata pelajaran mereka.

33. Saya faham dengan pengajaran yang

disampaikan oleh guru-guru saya semasa di sekolah rendah.

34. Saya pernah ke kem motivasi yang

dianjurkan oleh pihak sekolah semasa di sekolah rendah.

35. Jika saya tidak faham semasa guru

saya mengajar, guru saya akan cuba membantu saya sehingga faham.

36. Saya amat setuju jika guru dijadikan

faktor kecemerlangan saya.

ATS TS TP S AS

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

Peranan Rakan

37. Saya mempunyai ramai rakan.

38. Tujuan saya berkawan baik adalah untuk menambah bilangan rakan.

39. Tujuan saya berkawan adalah untuk

mencari rakan belajar.

40. Saya juga mempunyai rakan karib.

41. Saya sering berjumpa dengan rakan karib saya.

42. Rakan karib saya sebaya saya.

43. Rakan karib saya juga mengambil

UPSR 2004 (sama seperti saya).

44. Saya dan rakan karib sering memberi dorongan antara satu sama lain.

45. Saya amat setuju jika rakan karib

dijadikan antara faktor kecemerlangan saya.

TS TS TP S AS

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

1 2 3 4 5

BAHAGIAN C

SOALAN MAKLUMBALAS FAKTOR-FAKTOR KECEMERLANGAN UPSR

Arahan: Siala tandakan (√) pada petak jawapan pilihan anda.

1. Inisiatif Pelajar

Bil Soalan Ya Tidak

1 Saya bersetuju bahawa inisiatif diri sendiri, dorongan ibu bapa, guru-guru d

rakan-rakan adalah pendorong kepada kejayaan saya dalam UPSR

2 Saya boleh berjaya tanpa dorongan dan sokongan ibu bapa, guru dan rakan.

3 Saya ingin menjadi pelajar yang berjaya di masa akan datang dengan

mengekalkan corak pembelajaran saya sekarang.

2. Ibu Bapa

Bil Soalan Ya Tidak

1 Doa dan restu ibu bapa penting untuk saya berjaya dalam UPSR

2 Pada pendapat saya, institusi keluarga itu penting dalam membentuk

pelajar yang berjaya.

3. Guru-guru

Bil Soalan Ya Tidak

1 Guru-guru saya amat prihatin terhadap pelajar-pelajarnya.

2 Saya selesa dengan pengajaran guru-guru disekolah rendah

3 Hubungan antara ibu bapa dan pihak sekolah rendah saya amat baik.

4. Rakan-rakan

Bil Soalan Ya Tidak

1 Rakan saya mengambil berat terhadap diri saya.

2 Saya dan rakan selalu belajar bersama-sama.

Terima Kasih kerana telah menjawab kesemua soalan dengan benar dan jujur. Kerjasama anda amat-amat saya hargai.

Terima Kasih.

LAMPIRAN B

LAMPIRAN C

LAMPIRAN D

LAMPIRAN E

JADUAL PENENTUAN SAIZ SAMPEL BERDASARKAN KREJCIE DAN MORGAN (1970)

POPULASI SAMPEL

10 10 15 14 20 19 25 24 30 28 35 32 40 36 45 40 50 44 55 48 60 52 65 56 70 59 75 63 80 66 85 70 90 73 95 76 100 80 110 86 120 92 130 97 140 102 150 108 160 113 170 118 180 123 190 127 200 132 210 136 220 140 230 144 240 148 250 52 260 155 270 159 290 165 300 169