Tugasan Bimbingan & Kaunseling

  • Upload
    aldruzz

  • View
    209

  • Download
    7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kajian kes

Citation preview

PRAKATA

Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat- Nya, dengan kesihatan tubuh badan dan akal fikiran akhirnya dapatlah kerja kursus ini disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Di harap kerja kursus ini dapat memenuhi keperluan kerja kursus HBEF2203 Bimbingan dan Kaunseling.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah pembimbing kerana telah memberikan penerangan sejelasnya berkaitan tatacara menjalankan tugasan ini. Tunjuk ajar dan bimbingan pensyarah banyak membantu kami menghasilkan tugasan dengan lebih baik dan mengikuti kehendak yang telah digariskan. Tanpa bimbingan daripada pensyarah agak sukar untuk menyiapkan kerja kursus ini. Ucapan terima kasih juga kepada Pengetua SMK Kota Samarahan, Guru Bimbingan dan Kaunseling iaitu Puan Noorsalehan dan Puan Wong Yin Keow kerana banyak memberikan input bagi menyiapkan tugasan ini.

Sokongan daripada rakan dalam kumpulan juga banyak membantu dalam menyiapkan kerja kursus ini. Pendapat dan cadangan daripada rakan dalam kumpulan banyak mendatangkan kesan positif dalam menambah baik mutu tugasan ini.

Di harap daripada hasil penulisan ilmiah ini dapat dijadikan sumber rujukan kepada rakan- rakan yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang ditawarkan di sekolah . Di harap juga maklumat ini dapat meningkatkan lagi pengetahuan guru mengenai unit Bimbingan dan Kaunseling yang ada di sekolah.

Akhir sekali, kami ingin memohon maaf jika terdapat kekurangan dari segi persembahan bahan dan mutu penulisan. Sesungguhnya segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu adalah datangnya dari kekurangan kami sendiri.

Kandungan

Muka suratPrakata

1Isi kandungan

21.0 Pengenalan

32.0 Konsep Bimbingan Dan Kaunseling

3 2.1 Bimbingan

32.2 Kaunseling

43.0 Matlamat Kaunseling

4 4.0 Falsafah Bimbingan dan kaunseling

55.0 Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berdasarkan surat pekeliling ikhtisas Bil 3/1996

6

5.1Bidang dan tanggungjawab

7

6.0 Pelan Lantai Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kota samarahan 12 7.0 Panduan perlantikan kaunselor pelajar sepenuh masa

137.1 Kriteria perlantikan kaunselor sepenuh masa

138.0 Carta Organisasi Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah SMK Kota Samarahan.

149.0 Pendekatan-pendekatan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah kajian

15

9.1 Prinsip-prinsip Bimbingan dan Kaunseling yang diamalkan di Sekolah kajian

16

9.2 Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah kajian

1710.0 Aktiviti-aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang di utamakan di Sekolah kajian sepanjang tahun 2008

1711.0 Cadangan-cadangan penambahbaikan unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah kajian

3012.0Rumusan

31

Rujukan

321.0PengenalanPerkhidmatan kaunseling terutamanya di sekolah dan institusi pengajian tinggi telah sampai ke tahap yang amat menggalakkan seiring dengan kemajuan dan perkembangan ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, sains dan teknologi di nagara kita.

Perkhidmatan kaunseling masih diperlukan bagi mereka yang menghadapi masalah dan memerlukan kepada satu penyelesaian. Ada yang lebih teruk lagi, jika masalah tersebut menimbulkan tekanan dalam hidup.

Jenis masalah yang dikemukakan adalah pelbagai seperti perkara yang mengganggu ketenteraman fikiran hinggalah kepada masalah di tempat kerja. Oleh yang demikian, kewujudan seorang kaunselor amat diperlukan untuk memberikan khidmat bantuan kepada orang lain yang mahu dan amat mengharapkan pertolongan mereka.

Kaunseling juga membolehkan manusia bekerjasama demi kepentingan mereka bersama. Ini merupakan peluang bagi manusia berkongsi pengalaman, harapan, dan juga ketakutan. Mereka boleh berkongsi perasaan kemanusiaan itu sendiri.

2.0 Konsep Bimbingan dan kaunseling 2.1Bimbingan Bimbingan boleh dimaksudkan sebagai suatu proses pendidikan yang tersusun dan sistematik yang dapat menolong individu memahami diri dan menggunakan secara bijak potensi dan peluang pendidikan yang ada untuk memajukan diri. Ianya juga sebagai proses pengajaran di mana individu belajar menyesuaikan dirinya dengan alam sekitar supaya ia dapat memperkembangkan potensinya yang sedia ada dengan lebih berkesan. Proses memberi pertolongan dan pengajaran ini boleh disalurkan melalui:

a) Pemberian maklumat/penerangan

b) Bimbingan pengajaran/pembelajaran yang berstruktur melibatkan aktiviti-aktiviti

yang boleh meningkatkan kefahaman diri individu dan keadaan sekitar.2.2Kaunseling

Perkataan kaunseling mempunyai pelbagai erti mengikut pendekatan individu yang mempraktikkannya. Namun begitu, banyak definisi yang diutarakan mempunyai persamaan kerana tujuannya ialah membantu seseorang membuat pilihan.

Menurut Arthur P. Hoyd (1988), Kaunseling ialah satu proses menolong, dibina atas hubungan yang mesra di antara guru kaunseling (profesional) dan pelajar atau klien (penerima) untuk membantu klien melalui daya usahanya sendiri mengenal kerangka dalaman dirinya (internal framework of reference) dan mengembangkan kebolehan dan kemampuannya untuk memperolehi kesejahteraan hidupnya. Perhubungan kaunseling lebih bersifat therapentic (membaiki, memupuk, memulih dan mengembang). Ianya adalah perhubungan yang terkawal, selamat dan mempunyai etika. Perhubungan kaunseling membawa perubahan kepada pelajar dari segi perlakuan sikap dan pemikirannya. Dengan demikian pelajar dapat menghadapi situasi hidup dengan lebih realistik dan dapat menyesuaikan diri dengan kehendak masyarakat.

Menurut Krumboltz (1956), kaunseling ialah apa sahaja aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha untuk membantu klien menunjukkan tingkah laku yang mendorong kepada penyelesaian masalah klien.

Menurut Zainal Abidin (2002) pula, kaunseling adalah satu perbincangan antara kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan, bersama-sama memikirkan dan meneliti beberapa alternatif untuk mengatasi sesuatu kecelaruan dan seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.3.0 Matlamat Kaunseling

Kaunseling bertujuan menolong klien. Dengan itu setiap hubungan kaunseling mempunyai matlamat tertentu. Matlamat kaunseling tidak ditetapkan oleh kaunselor. Walau bagaimanapun, kaunselor membimbing klien menentukan apakah matlamat yang ingin dicapai dan bagaimana matlamat berkenaan hendak dicapai.

Matlamat kaunseling difokuskan kepada lima matlamat umum yang disebut oleh George dan Cristiani !1995).

1. Mempermudahkan atau menggerak perubahan tingkah laku.

2. Mempertingkatkan kemahiran menghadapi perubahan.

3. Mempertingkatkan kemampuan membuat keputusan.

4. Memperbaiki hubungan dengan individu lain.

5. Memperkembangkan potensi diri.4.0Falsafah Bimbingan dan Kaunseling Falsafah Bimbingan dan kaunseling boleh didasarkan kepada 3 bidang:

a. Etika Kemanusiaan b. Sosiologi

c. Psikologi

Etika Kemanusiaan

Seseorang manusia mempunyai maruah atau digniti dan kemuliaan yang harus dihormati. Jadi kita perlu mengakui kehormatan, kemuliaan dan kepentingan diri seseorang. Tiap-tiap individu perlu mendapat pertimbangan, layanan dan pertolongan tanpa mengira keadaan jasmani, aras kecerdasan, pendidikan, emosinya dan tanpa mengira keturunan, kepercayaan mahupun taraf sosio-ekonominya.

Sosiologi

Keadaan persekitaran sosial akan mempengaruhi pembentukan sahsiah, sikap dan pendirian seseorang. Dengan mengetahui persekitaran sosial seseorang itu membolehkan kita memahami dan menerima sikap, pemikiran, pertuturan tingkahlaku dan sebagainya mengenai orang itu. Proses penyuburan berlaku dalam pergaulan dan dalam sistem demokrasi, seseorang itu mempunyai hak untuk membuat keputusan selaras dengan kebolehannya dan selaras dengan kehendak dan nilai masyarakat sekeliling. Bimbingan dan Kaunseling dapat membantu individu membuat pilihan dan keputusan yang matang dan lebih bertanggungjawab.Psikologi

Tingkahlaku itu banyak digerakkan oleh nilai-nilai yang ada pada diri seseorang. Nilai-nilai ini dibentuk melalui asuhan ibu bapa, sistem sekolah, pergaulan, ajaran agama dan pengaruh masyarakat sekeliling. Nilai-nilai ini boleh disemai, ditiru dan disesuaikan dan boleh dibuang. Sekolah secara amnya dan guru-guru khasnya boleh mempengaruhi tingkahlaku pelajar melalui penerimaan dan pengalaman nilai-nilai yang diingini seperti mematuhi Rukunegara, Falsafah Pendidikan Negara dan sebagainya. Individu adalah berbeza antara satu dengan lain. Tiap-tiap guru harus menyedari akan perbezaan-perbezaan itu dan menggunakan pendekatan yang berbeza kepada tiap-tiap orang murid.

5.0Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling berdasarkan surat pekeliling ikhtisas Bil 3/1996

Berikut adalah keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Bahagian sekolah-sekolah berdasarkan surat pekeliling ikhtisas Bil 3./1996.1) Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.2) Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.3)Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.4)Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.5)Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembanganpelajar secara optimum.6)Merancang, melaksana dan mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.7) Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

8)Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.9)Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

10)Merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.11) Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti

perkhidmatan konsultansi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling,

kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.12)Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.13)Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.14)Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan beban resos perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling.15)Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.16)Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan

kefahaman dan peningkatan profesionalisme perkhidmatan Bimbingan dan

Kaunseling di sekolah.17)Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa

sahaja yang memerlukannya.18)Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.19)Menjadi ahli jawatankuasa ex-officio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.20)Menjadi Ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.21)Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.22)Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar sepertikolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.5.1Bidang dan tanggungjawab Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tercapai, kaedah penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasaran adalah amat penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketerampilan. Usaha- usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan dengan secara seimbang dalam semua bidang seperti berikut:BilBidangInputKaedah

1.Akademik1. Pemilihan mata pelajaran

Elektif2. Kemahiran Belajar

a. Membaca

b. Mencatat/mengambil

nota

c. Pengurusan masa

d. Pengurusan diri

e. Mendengar

f. Mengingat

g. Mengulangkaji

h. Menjawab soalan

peperiksaan

i. Menghadapi peperiksaan

3. Pengumpulan maklumat

pelajaran atau peluang

melanjutkan pelajaran di

institusi pengajian tinggi. Bimbingan kelompok,

bimbingan

individu, kaunseling

kelompok,

kaunseling individu,

biblio kaunseling.

Kursus

Bengkel

Seminar

Kem/Perkhemahan

Tayangan Video

Taklimat

Kolokium

Tutor Sebaya

Mentor Mentee

Pembimbing Rakan

Sebaya(PRS)

Lawatan

Ceramah

Pameran

Bank Maklumat manual

Bank Maklumat

berkomputer

2.Kerjaya1. Inventori minat

2. Inventori Personaliti

3. Inventori nilai

4. Pemilihan Mata Pelajaran

elektif

5. Pengumpulan maklumat

kerjaya

6. Pendedahan kerjaya

7. Peluang latihan kerjaya

8. Penyebaran maklumat Bimbingan kelompok

Bimbingan individu

Lawatan

Ceramah

Forum

Seminar

Tayangan video

Pertandingan Esei

Buku skrap kerjaya

Poster

3.Psikososial dan kesejahteraan mental1. Ujian Personaliti

2. Senarai semak masalah

3. Merujuk Kad Maklumat

Diri (jika perlu)

4. Kemahiran Komunikasi

5. Kemahiran Asertif/Tegas

Diri

6. Penyaringan maklumat

7. Pengurusan Tekanan

8. Kemahiran Rohani

9. Kemahiran membuat

keputusan

10. Kemahiranpengawalan

diri

11. Kemahiran aplikasi

12. Kemahiran sintesis

13. Kemahiran analisis

kritikal

14. Pengekalan pernghargaan

kendiri/Self Esteem

15. Perkembangan

keremajaan

16. Konsep kendiri

17. Pengendalian kendiri

18. Program orientasi Bimbingan Kerjaya

merentas

kurikulum dan Kurikulum

PRS

Bimbingan Kelompok

Bimbingan Individu

Kaunseling Kelompok

Kaunseling Individu

Biblio Kaunsleing

Forum

Kursus

Bengkel

Seminar

Kem Bina Insan/Diri

Kolokium

Rehlah

Lawatan

Tayangan video

Latihan Dalam Kumpulan

Aktiviti simulasi

kumpulan

Perkhemahan Ibadah

Ceramah

Kaunseling keluarga

PRS

4.Keibubapaan1. Komunikasi

2. Perkembangan Individu

3. Isu-isu Kekeluargaan

3.1 Kepimpinan

3.2 Perkembangan remaja

masa kini dan akan

datang

3.3 Kerukunan dan

kesejahteraan

keluarga Ceramah

Seminar

Forum

Bengkel

Perkhemahan keluarga

/Hari Keluarga

Lawatan ke rumah (home

visit)

Kaunseling keluarga

Khidmat konsultansi

Kursus kemahiran

Keibu bapaan

Buletin Keluarga

Pameran

5.Pembangunan diri /masalah pelajar1. Kemahiran Komunikasi

2. Kemahiran Penyelesaian

Masalah

3. Kepimpinan

4. Kemahiran Tegas Diri

5. Pembimbing Rakan

Sebaya (PRS)

6. Kemahiran Sosial

7. Kemahiran Pemilihan

Aktiviti keutamaan

Kaunseling individu

Kaunseling kelompok

Latihan dalam kumpulan

Lawatan ke rumah

Ceramah

Bengkel

Praktikum PRS

6.Pendidikan pencegahan dadah/rokok/inhalan dan HIV/AIDS1. Kemahiran Asertif2. Kemahiran sosial

3. Perkembangan seksual

4. sikap benci kepada dadah

5. kemahiran menghindar

jangkitan HIV/AIDS

6. Pendidikan kekeluargaan ceramah seminar pertandingan esei pertandingan poster pertandingan pidato pertandingan boria Pertandingan nasyid kuiz 5 minit anti dadah pameran bengkel bimbingan individu bimbingan kelompok

7.Pengurusan dan pentadbiran1. Maklumat kerjaya2. Maklumat pendidikan dan

latihan

3. Maklumat dadah

4. Maklumat HIV/AIDS

5. Maklumat bahaya rokok

dan kesihatan

6. Rancangan tahunan

7. Kertas kerja program

8. Buku rekod perkhidmatan

9. Borang-borang

perkhidmatan bimbingan

dan kaunseling

10. Jadual waktu

perkhidmatan

11. maklumat murid

12. Laporan program

13. Keceriaan bilik

kaunseling

14. Papan kenyataan

perkhidmatan bimbingan

dan kaunseling

15. Laporan dan rekod sesi

16. Penilaian program

17. Rekod dan laporan

kewangan sistem fail paparan sebaran broser/phamplet poster buku buku skrap

perkongsian

8.Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling1. Akademik2. kerjaya

3. psikososial

4. keluarga

5. peribadi

6. kes disiplin

7. Dadah/HIV/AIDS kaunseling individu kaunseling kelompok Bimbingan individu Bimbingan kelompok Konsultasi

6.0Pelan Lantai Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kota samarahan

7.0Panduan perlantikan kaunselor pelajar sepenuh masa

Jawatan kaunselor pelajar sepenuh masa telah dikeluarkan secara perjawatan over and above norma peruntukan perjawatan sekolah seperti yang diperuntukkan dalam (326)95/ABM 96. Majlis Mesyuarat Penyelarasan Hal-hal Profesional ke-49, juga menerima dan bersetuju melaksanakan perlantikan kaunselor pelajar sepenuh masa secara serta merta. Sehubungan dengan itu, maka perlantikan kaunselor sepenuh masa dicadangkan seperti berikut:

Tahun Satu

: Perlantikan sekurang-kurangnya seorang kaunselor

sepenuh masa di semua sekolah berasarama penuh.

Tahun Dua

: Perlantikan sekurang-kurangnya seorang kaunselor

sepenuh masa di semua sekolah premier /terpilih

/terkawal.

Tahun Ketiga

: Perlantikan sekurang-kurangnya seorang kaunselor

sepenuh masa di semua sekolah harian.

7.1Kriteria perlantikan kaunselor sepenuh masa

7.1.1Sekolah berasrama penuh

Jawatan kaunselor dipenuhi oleh personalia kelulusan ijazah dalam

bidang Bimbingan dan Kaunseling atau Diploma (pos graduat) Psikologi atau kelulusan yang setaraf dengannya.

7.1.2Sekolah premier/terpilih/terkawal

Jawatan kaunselor dipenuhi oleh personalia kelulusan ijazah dalam

bidang Bimbingan dan Kaunseling atau Diploma (pos graduat) Psikologi atau kelulusan lain yang setaraf dengannya.

Bagi jawatan kaunselor kedua/pembantu personalia yang berkelulusan dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling yang setara atau lebih rendah boleh dilantik.

7.1.3Sekolah harian biasa

Perlantikan kaunselor boleh dibuat sama seperti dalam para 7.1.1 dan 7.1.2 di atas.

Kelulusan perlantikan kaunselor sepenuh masa seperti yang telah diberikan oleh Bahagian POP ialah seperti berikut:

BilKategori sekolahKelulusan jawatan

1.Sekolah Menengah A atau B pelajar kurang daripada 750 orang atau bilangan kelas kurang daripada 21 kelas.1 orang

2.Sekolah Menengah A atau B pelajar lebih daripada 750 orang atau bilangan kelas lebih daripada 21 kelas.2 orang

8.0Carta Organisasi Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah SMK Kota Samarahan.

9.0Pendekatan-pendekatan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah kajianPendekatan Krisis

Ia melibatkan situasi-situasi yang memerlukan tindakan segera daripada guru kaunseling. Contohnya bila berlaku pergaduhan, peras ugut, dadah dan sebagainya. Ia bersifat reaktif.Pendekatan Memulih

Ia memberi fokus kepada mengenal pasti kekurangan-kekurangan pelajar seperti pelajar-pelajar yang kekurangan kemahiran sosial, mungkin disebabkan latar belakang sosio-ekonominya dan sebagainya. Kekurangan ini perlu diperbaiki supaya kerencatan itu dapat diatasi dan tidak mengganggu fungsinya.Pendekatan Mencegah

Ianya sebagai satu langkah untuk mencegah masalah-masalah dari berlaku di sekolah. Ianya bersifat reaktif dan menjangka (anticipate). Contohnya: merosak harta sekolah

penyalahgunaan dadah

merokok

kegagalan akademik dan sebagainyaPendekatan Perkembangan Kemahiran-kemahiran dan keperluan-keperluan pelajar dikenal pasti sebagai sebahagian dari pengalaman-pengalaman sekolah yang mendatangkan kejayaan. Pelajar-pelajar berpeluang mempelajari. Menyediakan kemudahan-kemudahan asas dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kemudahan-kemudahan ini termasuklah:

a) Bilik atau sudut Bimbingan dan Kaunseling sebagai pusat operasi - Kerusi, meja, almari, rak, pita rakaman, bangku panjang, set kerusi, telefon, tikar/rug, LCD projektor, komputer dan sebagainya.

b)Kemudahan-kemudahan lain seperti Kad 001 dan 002, Kad kemajuan, Buku temujanji, Borang-borang keluar kelas, personel dan temu ramah.

c)Instrumen penilaian dan pengukuran program

d)Bahan bacaan/rujukan - perpustakaan maklumat. (contoh plan bilik Bimbingan dan Kaunseling diedarkan).dan mengetahui kemahiran-kemahiran ini dengan lebih awal sebagai persediaan ke alam dewasa. Pendekatan Optimization

Ianya lebih menyerupai pendekatan developmental tetapi di samping pelajar-pelajar dibekalkan dengan kemahiran-kemahrian dan pengetahuan lebih awal, mereka diberi peluang untuk mengamalkan sepenuhnya dalam suasana sebenar. Misalnya: melalui latihan kepekaan (sensitiviti) dan kemahiran latihan. 9.1Prinsip-prinsip Bimbingan dan Kaunseling yang diamalkan di

Sekolah kajiana)Bimbingan dan kaunseling adalah proses pendidikan, dirancang dan berterusan. Pelajar dididik untuk mempelajari pengalaman-pengalaman, nilai-nilai, sikap dan perlakuan yang sesuai dengan kehendak masyarakat majmuk di Malaysia. b)Bimbingan dan Kaunseling adalah untuk semua pelajar. Pelajar-pelajar mempunyai hak untuk mendapatkan pertolongan apabila memerlukannya.

c)Bimbingan dan Kaunseling menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam, menjelajah tujuan hidupnya, memilih, merancang hidupnya dengan berkesan.

d)Bimbingan dan Kaunseling berorientasikan kepada masa depan dan masa sekarang. Usaha-usaha dijalankan untuk pelajar lebih tegas diri, pandai menyesuaikan diri dan memahami implikasi tindakan sekarang dan jangkamasa panjang.

e)Bimbingan dan kaunseling menolong individu menyedari kelemahan-kelemahan dan memberi fokus kepada kekuatannya. Fokus adalah pada memperkukuhkan lagi kekuatan-kekuatan yang ada padanya melalui aktiviti percegahan.

f)Bimbingan dan kaunseling adalah tanggungjawab bersama, semua pihak sekolah patut bekerjasama dan saling berunding.9.2Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di Sekolah kajian

Perkara-perkara di bawah perlu diberi pertimbangan dalam menguruskan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah: a)Mengiktiraf penubuhan sebuah unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah untuk memberi perkhidmatan kepada semua pelajar di sekolah dan bukan ditubuhkan sebagai sebuah kelab yang hanya memberi khidmat kepada beberapa orang ahli sahaja. b)Menubuhkan sebuah Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling dan menyediakan carta aliran pentadbiran yang jelas seperti contoh di atas.

c)Merancang dengan teliti program Bimbingan dan Kaunseling. Apa, siapa, bila dan bagaimana, objektif, kumpulan data, cara operasi dan alternatif.

d)Mengadakan prosedur-prosedur dalam pengelolaan program, pembahagian tugas, menyelaras jentera pelaksanaan, membuat rangka dasar kerja, mendapatkan sumber dan sebagainya.10.0Aktiviti-aktiviti Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang di utamakan di Sekolah kajian sepanjang tahun 2008 BulanBidangAktivitiObjektifSasaranProsedurpersonalia

Jan2008Pengurusan dan Pentadbiran1.Kemaskini Fail & Susun atur bilik B&K1.Menyediakan sistem fail seperti yang diperlukan.2.Membentuk ruang bilik Bimbingan Kaunseling yang kondusif.3.Penyebaran maklumat di papan notis dikemas kini.Semua pelajar-Guru Kaunseling

Pembangunan Diri Pelajar2. Hari Suaikenal Pelajar Tingkatan 1Untuk mendedahkan:

1.Peraturan dan tatatertib sekolah.2.Memilih aktiviti sukan yang sesuai dengan minat dan kebolehan diri.3.Membuat penyesuaian dengan sekolah dan suasana baru.4.Mengetahui fungsi khidmat bimbingan dan kaunseling sekolah5.Bijak menguruskan diri dalam pelbagai aspek.6.Membina halatuju dan matlamat belajar di sekolah menengah.

Semua pelajar Tingkatan 1Ceramah dan TaklimatPengetua,PK1, PK HEM,

PKKK, Guru Panitia,

Guru Kaunseling, Lembaga Pengawas, Para pelajar

Pembangunan Diri Pelajar3.Hari Suaikenal Pelajar Tingkatan 4Untuk mendedahkan:

1.Peraturan dan tataertib di kelas dan sekolah.2.Pemilihan aliran dan mata pelajaran.3.Berkaitan subjek yang bakal dipelajari.4. Mengetahui fungsi khidmat bimbingan dan kaunseling sekolah5. Bijak menguruskan diri dalam pelbagai aspek.6. Membina halatuju dan matlamat belajar di sekolah menengah.

Semua pelajar Tingkatan 4Ceramah dan TaklimatPengetua, PK1, PK HEM,

PKKK, Guru Panitia,

Guru Kaunseling, Lembaga Pengawas, Para pelajar

Kepemimpinan4.Kursus Jati DiriPengawas Sesi 2007-20081.Menerapkan kemahiran berkomunikasi berkesan2.Tatatertib Public Speaking3.Menyedari sifat dan ciri pemimpin.4.Kesedaran kepentingan Team Work.

Semua Pengawas Sesi 2007-2008Ceramah , Brainstorming, Simulasi, LDKPengetua, PK1, PKHEM,

Ketua Guru Disiplin, Guru Lembaga Pengawas, Guru Kaunseling, Para Pengawas.

Pendidikan Kerjaya5. Ujian Minat

(Inventori SDS) 1.Pelajar tahu akan minat sendiri 2.Memberi motivasi kepada pelajar tentang aliran yang sesuai untuk diri sendiri agar dapat mencapai cita-cita.

Semua pelajar

InventoriGuru kaunseling dan

pelajar

Perkhidmatan Bimbingan & kaunseling6.Kaunseling Individu1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pembentukan sikap positif dalam diri sendiri

Semua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling Para pelajar

7.Kaunseling Kelompok1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pelajar dapat membantu dan boleh berkongsi permasalahan dan pengalaman positif sesama rakan sebaya

Semua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan beberapa orang pelajar

Feb2008

Kejohanan MSSM Bahagian (19-22 Feb 2008)Pendidikan Kerjaya1. Ujian Minat

(Inventori SDS) 1.Pelajar tahu akan minat sendiri 2.Memberi motivasi kepada pelajar tentang aliran yang sesuai untuk diri sendiri agar dapat mencapai cita-cita.3.Menyediakan rekod inventori minat setiap pelajar

Semua pelajar

Inventori & failGuru kaunseling

Kepimpinan2.Program kepimpinan Ketua Persatuan/ Kelab/ Kelas1.Menerapkan nilai dan daya kepimpinan di kalangan ketua yang dilantik.2.Memberi maklumat berkaitan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan sebagai seorang pemimpin.

AJK Tertinggi Kelab/ Persatuan, Ketua/Pen. Ketua kelasTaklimat, BengkelPengetua,PK1, PKHEM, PKKK, Guru Kaunseling, Para pelajar

Psikososial/ Pembangunan Diri Pelajar/ Kesaejahteraan Mental3.Teknik Pengurusan Masa1.Pelajar dapat menggunakan masa dengan bijak.2.Pelajar tahu mengagihkan tugas

ikut kepentingan.3.Pelajar dapat merancangkan masa

belajar untuk sendiri. 4.Membentuk jadual aktiviti harian.

Semua pelajar Tingkatan 3 dan 5Ceramah dan bengkelGuru kaunseling dan

pelajar

Psikososial/ Pembangunan Diri Pelajar/ Kesaejahteraan Mental4.Kursus Pengurusan Diri untuk Pelajar-pelajar perempuan Tingkatan 1 &2

Untuk mendedahkan:

1.Nilai-nilai dan sahsiah diri yang perlu ada pada seorang perempuan dan lelaki 2.Kaedah mengurus diri 3.Jadual aktiviti harian

Semua pelajar perempuan & lelaki Tingkatan 1 & 2CeramahGuru kaunseling dan pelajar

Akademik5.Program Kecemerlangan Pelajar (Teknik Membuat Nota & Teknik Mengingat)1.Mengetahui teknik membuat nota secara berkesan.2.Memilih cara mengingat dan mempertingkatkan memori yang bersesuaian dengan diri pelajar.3.Mempraktik teknik belajar berkesan.

Semua pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6 AtasCeramah

BengkelGuru Subjek

Guru Kaunseling

Para pelajar

Perkhidmatan Bimbingan & kaunseling5. Kaunseling Individu1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pembentukan sikap positif dalam diri sendiri

Semua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

6. Kaunseling Kelompok1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pelajar dapat membantu dan boleh berkongsi permasalahan dan pengalaman positif sesama rakan sebaya

Semua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

Mac

2008

Ujian 1 (3-7 Mac 2008)

Cuti Pertengahan Penggal 1 ( 8-16 Mac 2008 )Pendidikan Kerjaya1.Penyediaan Kaunter IPTA & IPTS 1.Memberi peluang kepada pelajar langkah-langkah ke IPT.2.Membina motivasi agar pelajar meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.Pelajar lepasan SPM 2007Taklimat, konsultan individuIPTA dan IPTS jemputan

2.Psikososial/ Pembangunan Diri Pelajar/ Kesaejahteraan Mental2. Program Sekolah Selamat (Bencana Alam) Siri 11.Mendidik dan menyebar maklumat tentang kesiapsiagaan menghadapi bencana alam.2.Memberi peluang persediaan kepada pelajar menjalankan simulasi jika berlakunya bencana.3.Membina ketahanan dalam diri pelajar dari aspek mental, emosi dan fizikal ketika menghadapi bencana alam.

Semua pelajarCeramah, Pameran, Demonstrasi, Pertandingan Melukis Poster, Deklamasi SajakAgensi Jemputan (JPA 3, Jab. Bomba, PBSM ),

Semua guru, semua pelajar.

Psikososial/ Pembangunan Diri Pelajar/ Kesaejahteraan Mental3. Program Sekolah Selamat (Keselamatan) Siri 11.Mendidik dan menyebar maklumat tentang aspek menjaga keselamatan diri di dalam dan di luar sekolah.2.Membina ketahanan dalam diri pelajar dari aspek mental, emosi dan fizikal ketika menghadapi sebarang anasir dan keadaan cemas serta merbahaya.

Semua pelajarCeramah, Pameran, Demonstrasi, Pertandingan Melukis Poster, Deklamasi SajakAgensi Jemputan (Jab. Polis, Jab. Bomba),

Semua guru, semua pelajar.

Akademik4.Teknik Membuat Nota & Teknik mengingat

1.Mengetahui teknik membuat nota secara berkesan.2.Memilih cara mengingat dan mempertingkatkan memori yang bersesuaian dengan diri pelajar.

Semua pelajar Tingkatan 1Ceramah

BengkelGuru Subjek

Guru Kaunseling

Para pelajar

Perkhidmatan Bimbingan & kaunseling5. Kaunseling Individu1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pembentukan sikap positif dalam diri sendiri

Semua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

6. Kaunseling Kelompok1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pelajar dapat membantu dan boleh berkongsi permasalahan dan pengalaman positif sesama rakan sebaya

Semua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

April

2008Akademik1.Program Max Recall Tg.1 Memberi kaedah berkaitan:

1.Teknik mengingat fakta dan pembelajaran dengan pelbagai cara.2.Penggunaan memori menyimpan maklumat dalam jangka masa panjang.

Semua pelajar Tingkatan 1Ceramah, bengkelGuru kaunseling

Para pelajar

Psikososial

Akademik2.Program Kecemerlangan Pelajar Tingkatan 2Memberi pendedahan:

1.Cara belajar berkesan

2.Kaedah pengurusan masa.3.Memotivasi pelajar dari awal agar bersedia menghadapi peperiksaan.

Semua pelajar Tingkatan 2Ceramah , BengkelPanitia Subjek, Guru Kaunseling, para pelajar

Pendidikan Pencegahan Dadah/ HIV/ AIDS3.Program Minggu Pendidikan Pencegahan Dadah,HIV/ AIDS dan penjagaan kesihatan.

Menyedarkan pelajar akan:

1.Bahayanya HIV/AIDS dan penyalahgunaan Dadah.2.Risiko pengguguran bayi dalam kandungan.

3.Kepentingan menyayangi kesihatan diri.

Semua pelajarTayangan VCD, perkongsian ilmu.Penceramah jemputan, guru kaunseling, Ahli SLAD dan PROSTAR, para pelajar

Pembangunan Diri Pelajar4.Kem Jati Diri Pelajar di PUSAKO

1.Membentuk sahsiah diri pelajar yang cemerlang.2.Menerapkan nilai positif dalam usaha menyediakan modal insan yang berkualiti.

Pelajar berpotensiAktiviti fizikal, LDKJ

urulatih PUSAKO, Para pelajar terpilih

Perkhidmatan Bimbingan & kaunseling5. Kaunseling Individu

1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pembentukan sikap positif dalam diri sendiri

Semua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

6. Kaunseling Kelompok1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pelajar dapat membantu dan boleh berkongsi permasalahan dan pengalaman positif sesama rakan sebaya

Semua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

Mei

2008

Peperiksaan Penggal 1( 12-23 Mei 2008)

Cuti Pertengahan tahun (24-8 Jun 2008)Kecemerlangan Akademik1.Program motivasi pelajar Tingkatan 3 & 52.Kelayakan ke Matrikulasi.3.Kelayakan ke IPTA dan pengiraan mata merit

Memberi pendedahan :

1.Memotivasikan pelajar bagi mencapai prestasi cemerlang.2.Memberi kesedaran kepada pelajar akan kelayakan yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran agar bersedia dari awal.3.Membina target di kalangan pelajar.Semua pelajar Tingkatan 3 dan 5Ceramah , BengkelPenceramah jemputan, Panitia Subjek, Guru Kaunseling, para pelajar

Pembangunan Diri Pelajar4.Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 6 Rendah

1.Bijak menguruskan diri dalam pelbagai aspek.2.Membina halatuju dan matlamat belajar diperingkat pra-U.3.Membina jati diri yang unggul dan berketrampilan..Semua pelajar Tingkatan 6 RendahCeramah, Barainstorming,

LDKPanitia Subjek,

Guru Kaunseling,

Para Pelajar

Pembangunan Diri & Kesejahteraan Mental5.Program RIMUP1.Mengeratkan perpaduan dan integrasi di kalangan pelajar dan guru.2.Menerapkan nilai-nilai hidup yang positif dalam diri pelajar.80 orang pelajar terpilihRujukan ModulPengetua, AJK Peringkat Kelompok, AJK Peringkat Sekolah, Pelajar terlibat.

Kepimpinan6.Kursus Kem Kepimpinan Pengawas Sesi 2008-20091.Menerapkan kemahiran berkomunikasi berkesan.2.Tatatertib Public Speaking3.Menyedari sifat dan ciri pemimpin.4.Kesedaran kepentingan Team Work.5.Memupuk semangat jitu dari aspek mental, emosi, sahsiah dan fizikal.Semua Pengawas Sesi 2008-2009Ceramah , Brainstorming, Simulasi, LDK.latihan fizikalPengetua

PK1

PKHEM

Ketua Guru Disiplin

Lembaga Disiplin

Guru Pengawas

Guru Kaunseling

Para Pengawas.

Perkhidmatan Bimbingan & kaunseling7. Kaunseling Individu1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pembentukan sikap positif dalam diri sendiri

Semua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

8.Kaunseling Kelompok1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pelajar dapat membantu dan boleh berkongsi permasalahan dan pengalaman positif sesama rakan sebaya

Semua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

Jun

2008Akademik1Program Motivasi & Bengkel Menjawab Soalan Peperiksaan PMR, SPM, STPM (Siri 1)

Memberi pendedahan :

1.Berkaitan format soalan peperiksaan.2.Cara menjawab yang tepat.3.Analisis soalan-soalan dari peperiksaan lepas.

Para pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6 AtasCeramah , BengkelPenceramah jemputan, Panitia Subjek, Guru Kaunseling, para pelajar

Pendidikan Pencegahan Dadah2.Program Hari Pendidikan Pencegahan Dadah1.Mendidik dan menyebar maklumat tentang keburukan penyalahgunaan dadah.2.Memberi peluang kepada pelajar menjalankan kempen anti-dadah.Semua pelajarPameran, Pertandingan Melukis Poster, Deklamasi Sajak, Nasyid, Demonstrasi

Agensi Jemputan (AADK, Penjara, Jabatan Narkotik),

Semua guru, Ahli SLAD,semua pelajar.

Keibubapaan3. Seminar/ Kursus Keibubapaan1.Memberi maklumat kepada ibu bapa berkaitan hal akademik dan disiplin pelajar di sekolah.2.Menerapkan kaedah menjadi ibu bapa cemerlang dalam mendidik anak-anak.3.Menyedarkan ibu bapa akan isu-isu semasa berkaitan dunia pendidikan anak mereka.

Semua ibu bapa pelajar Tingkatan 3, 5 dan 6 AtasCeramah, sesi dialogPengetua, PK1, PKHEM,Penceramah Jemputan

Psikososial/ Pembangunan Diri Pelajar/ Kesejahteraan Mental

4.Latihan & Pertandingan Pendidikan Lalu Lintas SHELL1.Pendedahan awal aspek keselamatan di jalan raya dari peringkat awal persekolahan.2.Menerap nilai bertimbang rasa dan berhati-hati dalam diri.17 pelajar Tingkatan 2PraktikalGuru Kaunseling, pelajar terpilih/

Perkhidmatan Bimbingan & kaunseling5.Kaunseling Individu1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pembentukan sikap positif dalam diri sendiriSemua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

6.Kaunseling Kelompok1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pelajar dapat membantu dan boleh berkongsi permasalahan dan pengalaman positif sesama rakan sebaya

Semua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

***BULAN KECEMERLANGAN AKADEMIK PELAJAR ***

Julai

2008Psikososial/ Pembangunan Diri Pelajar/ Kesaejahteraan Mental1. Program Sekolah Selamat (Keselamatan) Siri 21.Mendidik dan menyebar maklumat tentang aspek menjaga keselamatan diri di dalam dan di luar sekolah.2.Membina ketahanan dalam diri pelajar dari aspek mental, emosi dan fizikal ketika menghadapi sebarang anasir dan keadaan cemas serta merbahaya.

Semua pelajarCeramah,Pameran, Demonstrasi, Pertandingan Melukis Poster, Deklamasi SajakAgensi Jemputan (Jab. Polis, Jab. Bomba),

Semua guru, semua pelajar.

Psikososial/ Pembangunan Diri Pelajar/ Kesaejahteraan Mental2. Program Sekolah Selamat (Bencana Alam) Siri 21.Mendidik dan menyebar maklumat tentang kesiapsiagaan menghadapi bencana alam.2.Memberi peluang persediaan kepada pelajar menjalankan simulasi jika berlakunya bencana.3.Membina ketahanan dalam diri pelajar dari aspek mental, emosi dan fizikal ketika menghadapi bencana alam.

Semua pelajarCeramah,Pameran, Demonstra Pertandingan Melukis Poster, Deklamasi SajakAgensi Jemputan (JPA 3, Jab. Bomba, PBSM ),

Semua guru, semua pelajar.

Perkhidmatan Bimbingan & kaunseling3.Kaunseling Individu1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pembentukan sikap positif dalam diri sendiri

Semua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

4.Kaunseling Kelompok1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.

2.Pelajar dapat membantu dan boleh berkongsi permasalahan dan pengalaman positif sesama rakan sebaya

Semua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

Ogos

2008

Cuti Pertengahan Penggal 2 (16-24 Ogos 2008)Psikososial & Kesejahteraan Mental

1.Pengurusan Stress1.Menerapkan cara mengelakkan diri dari stress.2.Aplikasi teknik senaman menghindari stress.

Para pelajar Ting 1 dan 2.Ceramah, demonstrasi, brainstormingGuru kaunseling dan pelajar

Pendidikan Kerjaya2.Lawatan, Pameran & Eksplorasi Pendidikan Kerjaya IPTA, IPTS, Agensi dan Jabatan1.Memberi peluang kepada pelajar mengeksplorasi dunia pekerjaan.2.Mengetahui syarat kemasukan ke IPTA dan IPTS.3.Menyedarkan pelajar perlunya kecemerlangan akademik dan sahsiah dalam dunia kerjaya.

Lawatan: Para pelajar Ting 5 dan 6 Atas.

Pameran: semua pelajarLawatan, pameran, perundingan, ceramahGuru Subjek, Guru Kaunseling, para pelajar

Akademik

Kerjaya3.Maklumat Pengisian Borang Matrikulasi

1.Memberi pelajar kaedah betul mengisi borang.2.Pengukuhan dan penerangan dalam memenuhi syarat kelayakan memasuki matrikulasi.

Para pelajar Ting 5 Sains TaklimatGuru Kaunseling, para pelajar

Kerjaya4.Teknik menulis Resume & Temuduga

1.Mendedahkan kepada pelajar yang akan memasuki bidang kerjayan berkaitan teknik menulis resume dan tatatertib menghadapi temuduga. Para pelajar Ting 5 dan 6 AtasCeramahPK1,PKHEM,Guru Kaunseling, para pelajar

Perkhidmatan Bimbingan & kaunseling5.Kaunseling Individu

1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pembentukan sikap positif dalam diri sendiriSemua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

6.Kaunseling Kelompok1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pelajar dapat membantu dan boleh berkongsi permasalahan dan pengalaman positif sesama rakan sebayaSemua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

***BULAN PENDIDIKAN KERJAYA***

Sept2008

Psikososial , Pembangunan Diri Pelajar & Kesejahteraan Mental

1.Pengurusan Stress 1.Menerapkan cara mengelakkan diri dari stress.2.Aplikasi teknik senaman menghindari stress.Para pelajar Ting 3 dan 4.Ceramah, demonstrasi, brainstormingGuru kaunseling dan pelajar

Psikososial, Pembangunan Diri Pelajar & Kesejahteraan Mental2.Taklimat Kemahiran dan siap siagaan menghadapi peperiksaan.1.Mendedahkan pelajar kaedah persediaan menjelangnya peperiksaan untuk tempoh 1bulan lagi, 1 minggu lagi, 1 hari lagi.Pelajar Ting 3.CeramahGuru kaunseling dan pelajar

Akademik3.Program Bengkel dan Teknik Menjawab Soalan PMR, SPM dan STPM

(siri 2)

Memberi pengukuhan :

1.Berkaitan format soalan peperiksaan.2.Cara menjawab yang tepat.3.Analisis soalan-soalan dari peperiksaan lepas.

Semua pelajar Ting 3, 5 dan 6 AtasPerkongsian Ilmu, BengkelPenceramah Panitia Subjek, Guru Kaunseling, para pelajar

Perkhidmatan Bimbingan & kaunseling4.Kaunseling Individu1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pembentukan sikap positif dalam diri sendiri

Semua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

5.Kaunseling Kelompok1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pelajar dapat membantu dan boleh berkongsi permasalahan dan pengalaman positif sesama rakan sebaya

Semua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

Okt2008

Peperiksaan Penggal 2 (6-17 Okt 2008)

Psikososial, Pembangunan Diri Pelajar & Kesejahteraan Mental

1.Lawatan Pendidikan/Belajar bagi pelajar Berpotensi1.Menyedarkan pelajar akan gejala negatif yang boleh memusnahkan masa depan.2.Memupuk cara hidup positif dalam pemikiran dan sahsiah bermula dari sekolah lagi.Pelajar hard coreLawatanGuru Disiplin, Guru kaunseling dan pelajar terpilih

Pembangunan Diri2.Memohon Restu, bacaan doa, motivasi dan bermaafan.

1.Meningkatkan semangat dan keyakinan pelajar untuk menghadapi peperiksaan.2.Menimbulkan kesedaran akan kepentingan kejayaan dalam peperiksaan demi masa depan pelajar.Pelajar Ting 3, 5 dan 6 AtasTaklimat, bimbinganPengetua, PK1, PKHEM, Ketua Guru Disiplin, Panitia P.Islam & P. Moral, Guru Kaunseling, Para pelajar

AkademikPembangunan Diri & Kesejahteraan Mental

3.Perang Psikologi (Kain Rentang Semangat)1.Mewujudkan suasana peperiksaan di kalangan pelajar.2.Menaikkan semangat pelajar agar sentiasa bersedia dengan peperiksaan yang bakal tiba.Pelajar Ting 3, 5 dan 6 AtasPaparan kain rentangPanitia P.Moral, Guru Kaunseling, Para pelajar

Perkhidmatan Bimbingan & kaunseling4.Kaunseling Individu

1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pembentukan sikap positif dalam diri sendiriSemua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

5.Kaunseling Kelompok1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pelajar dapat membantu dan boleh berkongsi permasalahan dan pengalaman positif sesama rakan sebaya.

Semua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

Nov/ Dis2008

Ujian 2

Cuti Akhir Tahun (15-31 Dis 2008)Pendidikan Pencegahan Dadah/ HIV/ AIDS1.Program Hari HIV/AIDS Sedunia1.Menerapkan kesedaran di kalangan pelajar akan bahaya HIV/AIDS.Semua pelajarPertandingan mewarna dan melukis posterJabatan kesihatan, guru kaunseling, ahli Kelab Prostar

Pembangunan Diri

Akademik2. Program Masa Cuti1.Memberi persediaan kepada pelajar agar sentiasa bersedia dan pentingkan akademik dengan pemberiaan buku teks sebelum cuti.2. Mengisi masa cuti pelajar dengan berfaedah.

Pelajar Ting 2,3, 5 dan 6 AtasEdaran nota kaedah dan bimbinganGuru Kaunseling, Guru Tingkatan, Guru Panitia, Para pelajar

Pendidikan Kerjaya3.Taklimat pengisian borang Sek. Teknik1.Mendedahkan kepada pelajar cara mengisi borang yang betul.2.Mendedahkan peluang serta kursus yang boleh diikuti.

Pelajar Ting 3TaklimatGuru Kaunseling,para pelajar

Pembangunan Diri & Kesejahteraan Mental4.Program RIMUP1.Mengeratkan perpaduan dan integrasi di kalangan pelajar dan guru.2.Menerapkan nilai-nilai hidup yang positif dalam diri pelajar.80 orang pelajar terpilihRujukan ModulPengetua, AJK Peringkat Kelompok, AJK Peringkat Sekolah, Pelajar terlibat.

Perkhidmatan Bimbingan & kaunseling4.Kaunseling Individu1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pembentukan sikap positif dalam diri sendiri

Semua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

5.Kaunseling Kelompok1.Pelajar memahami dan mengenali diri sendiri.2.Pelajar dapat membantu dan boleh berkongsi permasalahan dan pengalaman positif sesama rakan sebayaSemua pelajarSesi kaunselingGuru kaunseling dan pelajar

Pengurusan dan Pentadbiran6.Laporan, kemaskini rekod/ fail, rangka program tahun depan.1.Memastikan semua laporan segala aktiviti tahunan telah disiapkan.2.Merangka program yang bakal dilaksanakan di tahun hadapan.3.Mengemaskini rekod dan fail.

--Guru Kaunseling

11.0Cadangan-cadangan penambahbaikan unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah kajian 1.Untuk melebarkan lagi kefahaman mengenai perkhidmatan kaunseling di

sekolah, kursus-kursus pendedahan, latihan dalaman dan sesi perkembangan staff perlu dilaksanakan oleh guru bimbingan dan kaunseling supaya guru-guru biasa juga akan jelas tentang apa peranan mereka untuk turut menjayakan perkhidmatan kaunseling yang matlamat terakhirnya ialah untuk perkembangan dan pertumbuhan potensi setiap individu pelajar di sekolah.

2.Daripada aktiviti tahunan yang telah dirancangkan oleh kaunselor, menunjukkan bahawa kaunselor kurang menumpukan tenaga ke arah mengutamakan khidmat kaunseling individu. Aktiviti-aktiviti bermusim seperti pameran, lawatan, ceramah boleh diteruskan tetapi tidak sampai mengganggu usaha memberikan khidmat kaunseling individu. Jika tidak, matlamat asal perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah boleh dilihat sebagai telah terpesong daripada aspirasi masyarakat sekolah.3.Melalui aktiviti tahunan bimbingan dan kaunseling yang di rancang kita mengetahui maklumat atau pengetahuan asas mengenai jenis-jenis perkhidmatan kaunseling yang perlu disediakan di sekolah. Namun demikian jenis-jenis perkhidmatan yang diberikan kepada klien banyak berpandu kepada buku panduan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang dikeluarkan oleh bahagian sekolah Kementerian Pelajaran sahaja. Oleh itu kajian perlu dilakukan bagi meninjau perkhidmatan-perkhidmatan lain yang mungkin dikehendaki oleh komuniti sekolah dan masyarakat setempat. Untuk tujuan ini, borang kaji selidik boleh digunakan bagi meneliti keperluan kumpulan sasar secara kualitatif.12.0Rumusan

Bimbingan dan Kaunseling di sekolah boleh dikatakan sebagai satu konsep yang masih kurang difahami oleh warga pendidik yang tidak terlibat secara langsung dalam bidang ini. Ramai berpendapat bahawa dalam arus globalisasi pendidikan yang serba kompleks dan sentiasa berubah-ubah, seseorang murid/pelajar perlu mendapat peluang untuk mengembangkan dan memajukan segala kebolehan dan potensi yang ada pada dirinya untuk menghadapi cabaran-cabaran hidup. Tetapi tidak ramai yang benar-benar memahami program-program dan proses-proses Bimbingan dan Kaunseling yang dapat membantu pelajar-pelajar ke arah perkembangan dan kemajuan diri. Mungkin ada golongan pendidik yang berpendapat, sekolah yang kurang masalah disiplin menunjukkan pelajarnya tidak bermasalah. Namun setiap pelajar tidak mengira tahap IQ mereka, pasti mempunyai masalah dalaman yang tidak dapat dinilai dengan mata kasar.

Pentingnya khidmat bimbingan dan kaunseling di sekolah bagi mengesan pelajar yang mengalami kecelaruan fikiran. Kaunseling itu sendiri bersifat therapentic (membaiki, memupuk, memulih dan mengembang). Ianya adalah perhubungan yang terkawal, selamat dan mempunyai etika. Perhubungan kaunseling membawa perubahan kepada pelajar dari segi perlakuan sikap dan pemikirannya.

Program-program yang dilaksanakan oleh unit bimbingan dan kaunseling di sekolah perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan di dalam Buku Panduan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dan pekeliling ikhtisas yang di keluarkan dari masa ke semasa supaya tujuan asal bimbingan dan kaunseling tidak menyimpang daripada matlamat asalnya.

RUJUKAN

Ee Ah Meng (2001). Bimbingan dan Kaunseling II. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ee Ah Meng. Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Selangor: Penerbit Fajar

Bakti.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (1992). Perlaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim dan Halimatun Halaliah Mokhtar (1996). Kaunseling

Individu. Apa dan Bagaimana. Selangor: Penerbit Fajar Bakti.

Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Ph.D dan Rusnani Abdul Kadir, Ph.D. Makmal Kaunseling Individu 1. Selangor: Universiti Putra Malaysia.

Muhd. Mansur Abdullah dan S. Nordinar Mohd. Tamin.Proses Kaunseling. Kuala Lumpur: DBP

Prof. Madya Dr. Haji Wan Halim Othman (1990). Asas Bimbingan Individu dan Keluarga. Terengganu: Percetakan Yayasan Islam Terengganu.

Suradi. S (1996). Bimbingan dan Kaunseling. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1984) Panduan Pelaksanaan Khidmat Bimbingan & Kaunseling, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.

Arthur P. Hoyd (1988) Bimbingan dan Kaunseling Di Malaysia, Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur.HBEF2203

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

NAMA :AL IDRUS BIN JAIS

DORIMINA DENNIS ANDREW

ANG SIEW ENG

KAD PENGENALAN:740317-13-5661

740628-13-5140

680330-13-5066

NO. TELEFON:013 8262400

019 8395140

E-MAIL:[email protected]

[email protected]

[email protected]

TUTOR:ANGIE AK GARET

PUSAT :INSTITUT PERGURUAN

PEMBELAJARANTUN ABDUL RAZAK

KOTA SAMARAHAN

Semester July 2008

PROGRAM PRA SARJANA MUDA PENGAJARAN

Tinjauan ke atas unit Bimbingan Dan Kaunseling

SMK Kota Samarahan

NAME

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

Ruangan aktiviti ceramah

Meja guru

Meja tetamu

Meja penceramah

Bilik kaunseling individu

Bilik kaunseling kelompok

Rak jurnal

borang

fail

Sudut pameran

LCD projektor

Skrin putih

tingkap

tingkap

Pintu utama

tingkap

tingkap

tingkap

fail

Papan kenyataan

PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

En. Yatiman Bin Karsodikromo

(DG41)

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Pn. Noorsalehan Bt Noor (DG41)

Pn. Wong Yin Keow (DG41)

PENOLONG KANAN KO KURIKULUM

En. Salhi Bin Ayan

(DG41)

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

En. Jimali ak Sunang

(DG41)

PENGETUA

Pn. Siti Norbaya Binti Hj Mansor

(DG44)