10
PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN _________________________________________________________________________ HBAL1203 BAHASA ARAB KOMUNIKASI JANUARI 2013 _________________________________________________________________ ________ ARAHAN KEPADA PELAJAR 1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini. 2. Jawab dalam Bahasa Melayu. 3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5. 4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan. Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda. 5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri. 6. Tugasan anda hendaklah diserahkan pada 3hb Mac 2013 atau Tutorial 4 (TUTOR). Serahan selepas 3hb Mac 2013 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

Tugasan Hbal1203 Bahasa Arab Komunikasi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Tugasan Hbal1203 Bahasa Arab Komunikasi

Citation preview

Page 1: Tugasan Hbal1203 Bahasa Arab Komunikasi

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN_________________________________________________________________________

HBAL1203BAHASA ARAB KOMUNIKASI

JANUARI 2013_________________________________________________________________________

ARAHAN KEPADA PELAJAR

1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus ini.

2. Jawab dalam Bahasa Melayu.

3. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan langkau baris 1.5.

4. Tugasan anda hendaklah antara 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.

Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.

5. Anda dikehendaki menghantar tugasan KEPADA TUTOR BERSEMUKA. Anda

dinasihatkan menyimpan senaskah tugasan yang diserahkan untuk rujukan sendiri.

6. Tugasan anda hendaklah diserahkan pada 3hb Mac 2013 atau Tutorial 4 (TUTOR). Serahan selepas 3hb Mac 2013 atau Tutorial 4 TIDAK akan diterima.

7. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.

Page 2: Tugasan Hbal1203 Bahasa Arab Komunikasi

_____________________________________________________________________________PENILAIANTugasan ini akan menyumbangkan 40% markah kepada kursus tersebut dan akan dinilai berdasarkan kepada Rubrik.

Anda akan dimaklumkan tentang markah tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester bermula.

PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH

Amaran: Tugasan yang diserahkan secara automatik akan disemak untuk persamaan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30 % : potongan 20% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50 % : potongan 40% daripada jumlah markah yang diperoleh.

Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan diberikan.

SOALAN TUGASAN /ASSIGNMENT QUESTION

Proses pemerolehan bahasa pertama ( األولى اللغة اكتساب lazimnya berlaku kepada (عملية

kanak-kanak secara fitrah (semulajadi) di mana mereka mampu menguasai bahasa tersebut

dalam tempoh yang singkat. Berdasarkan penyataan ini, anda di minta membincangkan secara

ilmiah teori-teori pemerolehan bahasa pertama dalam kalangan kanak-kanak seterusnya

mengkaji sejauh mana teori tersebut dapat diterjemahkan kepada murid-murid di sekolah anda

dalam menguasai bahasa Arab sebagai bahasa kedua. Anda juga dikehendaki menyatakan

peranan pemerolehan bahasa pertama terhadap pemerolehan bahasa kedua serta menggariskan

perbezaan di antara pemerolehan bahasa ( اللغة (اكتساب dan pembelajaran bahasa (تعلم

dari semua aspek. Anda juga di minta untuk melontarkan cadangan atau buah fikiran yang (اللغة

boleh meningkatkan penguasaan bahasa Arab murid-murid sekolah berdasarkan proses

pemerolehan bahasa pertama kanak-kanak.

[Jumlah: 40 markah]

Page 3: Tugasan Hbal1203 Bahasa Arab Komunikasi

RUBRIK TUGASAN

Kriteria

Pemberatan 0

Lemah

1

Menepati Sebahagian

Piawai2

Menepati Piawai

3

Melebihi Piawai

4

MarkahPenuh

Pengenalan & Definisi

1 Tiada pengenalan.

Tidak membincangkan definisi berkaitan pemerolehan bahasa atau definisi yang dikemukakan tiada kaitan langsung dengan tajuk yang dibincangkan.

Membincangkan secara ringkas tentang pengenalan berkaitan definisi &konsep pemerolehan bahasa pertama dalam kalangan kanak-kanak. Hanya memberikan dua atau satu sahaja definisi berkaitan pemerolehan bahasa.

Membincangkan secara umum tentang pengenalan berkaitan definisi &konsep pemerolehan bahasa pertama dalam kalangan kanak-kanak. Menyatakan sekurang-kurangnya tiga definisi yang berlainan dari sumber yang berlainan berkaitan pemerolehan bahasa.

Membincangkan secara terperinci tentang pengenalan berkaitan definisi & konsep pemerolehan bahasa pertama dalam kalangan kanak-kanak. Menyatakan sekurang-kurangnya empat definisi yang berlainan dari sumber yang berlainan berkaitan pemerolehan bahasa.

4

Page 4: Tugasan Hbal1203 Bahasa Arab Komunikasi

Isi KandunganAsas

3 Tiada perbincangan mengenai teori-teori pemerolehan bahasa.

Membincangkan secara ringkas teori-teori pemerolehan bahasa dan tidak membuat hubungkait antara teori dengan cara penguasaan bahasa Arab murid-murid sekolah rendah.

Membincangkan hanya satu sahaja teori pemerolehan bahasa tanpa memperhalusi setiap teori yang di kemukakan dengan jelas dan tersusun. Hanya menunjukkan sedikit hubungkait antara teori tersebut dengan cara penguasaan bahasa Arab murid-murid sekolah rendah.

Membincangkan sekurang-kurangnya dua teori utama pemerolehan bahasa dengan memperhalusi setiap teori yang di kemukakan dengan jelas dan tersusun. Menunjukkan hubungkait antara teori-teori tersebut dengan cara penguasaan bahasa Arab murid-murid sekolah rendah

Membincangkan sekurang-kurangnya tiga teori utama pemerolehan bahasa dengan memperhalusi setiap teori yang di kemukakan dengan jelas dan tersusun. Menunjukkan hubungkait antara teori-teori tersebut dengan cara penguasaan bahasa Arab murid-murid sekolah rendah.

12

Isi Kandungan Sokongan I

2 Peranan pemerolehan bahasa perta

Peranan pemerolehan bahasa pertama terhadap pemerolehan bahasa kedua

Peranan pemerolehan bahasa pertama terhadap pemerolehan bahasa kedua di

Sekurang-kurangnya satu Peranan pemerolehan bahasa pertama terhadap pemerolehan

Sekurang-kurangnya dua Peranan pemerolehan bahasa pertama terhadap pemerolehan

8

Page 5: Tugasan Hbal1203 Bahasa Arab Komunikasi

ma terhadap pemerolehan bahasa kedua tidak dijelaskan

dijelaskan dengan ringkas dan idea-idea, hujah-hujah dan fakta-fakta yang dikemukakan tidak dijelaskan dan tidak berkaitan.

kupas secara ringkas, namun Idea-idea, hujah-hujah dan fakta-fakta yang di kemukakan adalah kurang tepat dan masih memerlukan penerangan.

bahasa kedua di kupas dengan baik. Hanya beberapa idea, hujah dan fakta yang di kemukakan sebagai sokongan.

bahasa kedua di kupas dengan jelas dan terperinci. Idea-idea, hujah-hujah dan fakta-fakta yang di kemukakan adalah jitu dan tepat.

Isi Kandungan Sokongan

1 Tiada perbandingan antara proses pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa.

Membandingkan proses pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa dengan ringkas. Maklumat yang dinyatakan tidak tepat.

Membandingkan proses pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa dalam bentuk jadual sahaja.

Menunjukkan perbandingan yang jelas antara proses pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa dalam bentuk huraian sahaja.

Menunjukkan perbandingan yang jelas dan terperinci antara proses pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa dalam bentuk huraian dan jadual.

4

Rumusan

0.5 Tiada rumu

Rumusan yang dikemuka

Merumus tugasan secara

Rumusan yang di buat adalah

Merumus tugasan dengan

Page 6: Tugasan Hbal1203 Bahasa Arab Komunikasi

& Cadangan

san dan cadangan.

kan tidak jelas dan tidak menjawab kesemua persoalan tugasan. Tiada Cadangan yang dikemukakan.

ringkas dengan menjawab beberapa persoalan tugasan dengan sempurna. Cadangan yang dikemukakan adalah biasa sahaja.

rasional dan boleh diterima. Ia menjawab semua persoalan tugasan yg diberikan. Cadangan yang dikemukakan adalah berkaitan dan boleh diterima.

mantap dengan menjawab semua persoalan tugasan dengan sempurna. Cadangan yang dikemukakan adalah baru dan logik

4

Jumlah Markah 40

Page 7: Tugasan Hbal1203 Bahasa Arab Komunikasi

PANDUAN PELAJAR

Anda dinasihatkan:

1. Merujuk kepada buku-buku rujukan utama terutamanya yang berkaitan dengan

psycolinguistic dan sumber-sumber bercetak lain atau sumber dalam internet yang boleh

dipercayai untuk memahami konsep sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat

dan sesuai.

2. Mentelaah teori-teori pemerolehan bahasa melalui journal-journal ilmiah dalam tiga

bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Arab sebagai persediaan

untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan.

3. Pastikan anda menyatakan rujukan pada nota kaki (footnote) setiap helaian sekiranya

maklumat dan data yang diambil terus dari sumber utama.

4. Membincangkan dengan guru anda bagi mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yang

diperlukan untuk menyediakan tugasan ini.

5. Menggunakan jadual untuk membantu anda membuat perbandingan bagi jawapan

tugasan.

PANDUAN TUTOR

1. Tutor adalah diminta agar dapat membantu para pelajar dalam hal penyediaan penulisan

ilmiah.

2. Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.

3. Memeriksa dan menanda tugasan pelajar dan seterusnya memberi markah dan

memasukkan markah ke dalam OMES.

4. Mencadangkan buku-buku rujukan untuk panduan pelajar. Sila cadangkan buku-buku

rujukan bersesuaian berkaitan tajuk tugasan.

5. Cadangkan laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan Cetak serta

lampirkan artikel bersama tugasan.