44
PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013 KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR TAJUK ESEI ILMIAH DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK PUSAT PEMBELAJARAN: 1 PENTERJEMAHAN KURIKULUM KEBANGSAAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN OPSYEN PEMARKAHAN

TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TAJUK ESEI ILMIAH : PENTERJEMAHAN KURIKULUM KEBANGSAAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN OPSYEN

Citation preview

Page 1: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPGPJJ SEMESTER 1 SESI 2012/2013

KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:

FALSAFAH DAN DASAR

TAJUK ESEI ILMIAH

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

PUSAT PEMBELAJARAN:

NAMA TUTOR E-LEARNING:

TARIKH SERAH: 16 OKTOBER 2012

1

PENTERJEMAHAN KURIKULUM KEBANGSAAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN OPSYEN

PEMARKAHAN

Page 2: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

PENTERJEMAHAN KURIKULUM KEBANGSAAN DALAM PROSES

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MATA PELAJARAN OPSYEN

Mata pelajaran opsyen : Dunia Sains Dan Teknologi, Tahun 2

Tajuk : Keperluan Asas Kita

Soalan (i)

Terdapat ramai yang membuat andaian tentang definisi kurikulum. Kurikulum

sebenarnya diambil daripada perkataan curere yang berasal daripada perkataan latin. Curere

bermaksud laluan atau jejak. Kurikulum dalam Bahasa Inggeris pula bermaksud jelmaan.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Kedua maksud kurikulum ialah semua mata pelajaran yang

diajar di sekolah, kolej dan lain-lain institusi pendidikan. Merujuk kepada definisi tersebut,

jika sesuatu program pendidikan hendak dirancang dan bertujuan untuk mendapatkan

kemajuan yang berterusan diperlukan, maka konsep tentang sesuatu kurikulum adalah amat

penting untuk dijadikan landasan kepada perlaksanaan sesuatu kurikulum tersebut (Ralph W.

Tyler 1990). Prof. Dr. S. Nasution (2008) mengatakan bahawa kurikulum merupakan suatu

rencana yang disusun untuk melancarkan proses berlajar mengajar di bawah bimbingan dan

tanggungajawab sekolah atau lembaga pendidikan beserta staf pengajarnya. Kurikulum juga

merupakan peristiwa-peristiwa yang terjadi di bawah pengawasan sekolah, jadi selain

kegiatan kurikulum yang formal juga kegiatan yang tidak formal.

Malaysia kini dalam peralihan daripada KBSR kepada KSSR. KPM meningkatkan

sistem pelajaran Malaysia agar setaraf dengan piawaian diperingkat antarabangsa. Sistem

yang baru ini adalah bertujuan agar genarasi yang akan datang dapat dicorakkan mengikut

Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi membolehkan negara ini menjadi sebuah negara yang

maju pada tahun 2020 iaitu mengikut corak sendiri yang sesuai dengan adat dan budaya yang

pelbagai. KSSR juga digubal bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang maju dari segi

material dan juga pintar serta mempunyai jati diri yang kukuh.

Bagi merealisasikan idea utama KSSR maka sistem pentaksiran ditransformasikan

menjadi sebuah sistem yang memberi penekanan tentang pencapaian murid secara total dan

holistik melalui pencerapan diperingkat sekolah oleh guru-guru dan pihak lain yang diiktiraf.

Sistem ini dicipta bagi mendapatkan pencapaian murid yang lebih tepat dan menyeluruh iaitu

dari segi intelek, rohani dan jasmani diperingkat sekolah.

2

Page 3: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disedakan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia (2011) menyatakan hasrat KSSR adalah untuk melahirkan insan yang

seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains

dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan

kerohanian, sikap dan nilai. Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran

abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga

mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui

(learning to know), belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama

(learning to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).

Selain daripada itu murid yang mengikuti KSSR diharap akan menjadi insan yang

seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial. Ini bermakna murid akan

menjadi berilmu pengetahuan, berketrampilan, mempunyai kepercayaan kepada tuhan,

berakhlak mulia, berkeyakinan dan akan menjadi murid yang berdikari.

Mereka juga akan menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Mereka diharap

akan berbudi sesama insan, bersatupadu tanpa mengira kaum dan agama, mempunyai sikap

patriotik atau sanggup berkorban untuk negara. Mereka juga diharap bersikap adil,

penyayang dan suka berbakti kepada masyarakat.

KSSR juga membentuk seorang insan agar dapat berperanan di arena global (Global

Player). Diharap negara ini akan melahirkan rakyat yang mempunyai daya saing dengan

negara-negara lain, mempunyai daya tahan yang tinggi atau tidak mudah mengalah serta

mempunyai kemahiran berkomunikasi dan mempunyai jati diri yang kuat.

Generasi yang lahir dari KSSR diharap akan menjadi pekerja yang innovatif, kreatif,

dahagakan ilmu, menguasai teknologi dan komunikasi serta mempunyai kebolehan dalam

mencipta teknologi. Mereka juga diharap akan menjadi pelajar sepanjang hayat.

Mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disedakan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa KSSR adalah seperti dibawah:

3

Page 4: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Bentuk Kurikulum

Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR, merupakan satu bentuk

pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada

pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas

kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut

menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai

murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.

Tunjang Komunkasi

Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran

berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi

fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis serta

nilai tambah menaakul.

Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses

pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain.

Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang

bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.

4

Page 5: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris,

Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil

Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada

perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya

imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal

ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk

melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

Tunjang Kemanusiaan

Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan

tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan

semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang

Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.

Tunjang Ketrampilan Diri

Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan

sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang

menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan

mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum

seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan

potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:

• pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik

• pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik

• pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains,

Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(TMK).

5

Page 6: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai

Tunjang kerohanian, sikap dan nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran

yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin

ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan

Moral bagi murid bukan Islam.

Mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disedakan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia menyatakan bahawa focus KSSR adalah untuk memastikan bahawa

selepas enam (6) tahun persekolahan murid mencapai standard pengetahuan, kemahiran dan nilai

yang ditetapkan bagi setiap tahap. KSSR memberi penekanan kepada 4M iaitu kemahiran membaca,

menulis, mengira dan menaakul. Kemahiran menaakul adalah keupayaan membuat pertimbangan

dan penilaian dengan menggunakan akal atau logik.

Pada Tahap I, pengajaran dan pembelajaran menekankan penguasaan asas 4M.

Penekanan diberikan untuk literasi dan numerasi bagi membolehkan murid menguasai

kemahiran tersebut. Penekanan juga diberikan kepada kemahiran nilai tambah iaitu kreativiti

dan inovasi, keusahawanan dan TMK.

Pada Tahap II, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran 4M

di samping menguasai kemahiran TMK, penguasaan kemahiran yang lebih kompleks,

pemerolehan pengetahuan, dan perkembangan sahsiah.

6

Page 7: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Soalan (i)

Saya memilih untuk membuat Rancangan Pengajaran Harian Sains Tahun 2. Menurut

Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia, Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2, Dunia Sains Dan Teknologi merupakan

Modul Teras Tema. Subjek ini juga merupakan gabungan elemen Sains, Reka Bentuk dan

Teknologi (RBT) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang diajar di Tahap I.

Dunia Sains dan Teknologi bertujuan untuk memupuk minat terhadap Sains dan Teknologi

dan mengembangkan kreativiti dan inovasi murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi

menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran saintifik, dan kemahiran berfikir serta sikap

saintifik dan nilai murni. Pendekatan bertema ini dalam DST adalah untuk menjadikan

pengajaran dan pembelajaran (p&p) lebih menarik. Ini juga untuk mengurangkan bilangan

mata pelajaran di Tahap I.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia, Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2 juga menyatakan bahawa mereka juga

berkemampuan untuk membentuk serta berkebolehan mengaplikasikan asas teknologi ke arah

melahirkan murid yang kreatif dan inovatif, memperkukuhkan pengetahuan dan kemahiran

asas TMK di dalam DST serta mengaplikasikan menggunakan TMK untuk penyelesaian

masalah dan membuat keputusan menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan

pembelajaran menggunakan TMK untuk mengemukakan idea dan maklumat secara kreatif

dan inovatif secara merentas kurikulum dengan kreatif mengikut tahap kebolehan murid serta

memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam Sains, RBT dan TMK bagi menyediakan

murid dalam mata pelajaran Sains, TMK dan RBT di Tahap II.

(a) Pengetahuan

Tajuk yang saya pilih ialah Keperluan Asas Kita. Ianya adalah dibawah tema Sains

Hayat. Pengetahuan yang boleh diperolehi daripada proses pengajaran dan pembelajaran

iaitu murid akan mengetahui bahawa mereka memerlukan air, makanan, udara dan tempat

tinggal untuk hidup dengan sempurna. Ianya diperolehi daripada Dokumen Standard

Kurikulum Sains KSSR Tahun 2 iaitu Standard Kandungan yang pertama 1.1 iaitu

memahami manusia mempunyai keperluan asas untuk hidup. Standard Pembelajaran pula

melibatkan dua perkara utama iaitu 1.1.1, mengenalpasti keperluan asas manusia iaitu

makanan, air, udara dan tempat perlindungan. Ianya dijadikan objektif pembelajaran.

7

Page 8: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Standard pembelajaran yang kedua adalah 1.1.2 iaitu menyatakan kepentingan keperluan asas

kepada manusia. Disini murid akan mendapat pengetahuan tentang kepentingan keperluan

asas kepada manusia. Manusia akan hidup dengan lebih sihat dan sempurna, tanpa keperluan

asas yang mencukupi, kehidupan akan menjadi sukar dan jika tidak mendapat mana-mana

keperluan asas sama sekali sehingga satu masa tertentu manusia akan mati.

Selain daripada itu pengetahuan tentang Dunia Muzik juga dimasukkan. Murid

didendangkan dengan lagu ‘Makan’ dari Youtube. Pengetahun Bahasa Inggeris pula

diperolehi semasa murid melayari internet dengan pelbagai artikel tentang ‘Basic Human

Needs’. Disini murid dikuatkan lagi dengan fakta tentang keperluan asas manusia. Melalui

lagu yang didendangkan murid akan mengingati bahawa sekiranya tidak makan manusia akan

jatuh sakit. Selain daripada itu terdapatnya beberapa tayangan video tentang ‘Starving

Children, World Record Dive dan Cave Dwellings in China’. Oleh itu murid juga akan

mendapat pengetahuan am bahawa masih terdapat rakyat di negara China yang hidup di

dalam gua. Gua merupakan alternatif tempat tinggal selain daripada rumah. Terdapat juga

gua yang dihiasai seperti dirumah. Murid juga dapat mengetahui di beberapa buah negara di

dunia contohnya di Utopia, terdapat ramai kanak-kanak yang mati kebuluran dan bukan

semua negara kehidupan rakyatnya makmur seperti di negara ini. Mereka dapat pengalaman

dengan melihat kehidupan manusia di negara lain disamping pengetahuan tentang keperluan

asas dan kepentingannya menjadi lebih kuat di minda kerana pengalaman yang dilihat adalah

kejadian yang benar-benar berlaku dimana kanak-kanak yang lemah dan sakit seterusnya

meninggal dunia.

(b) Kemahiran

Kemahiran spesifik

Kemahiran spesifik terdiri daripada kemahiran proses sains (KPS) dan kemahiran berfikir

secara kritis dan kreatif (KBKK). Penerapan kedua-dua kemahiran ini sesuai agar murid

dapat berfikir secara berkesan.

Kemahiran Proses Sains

KPS yang diterapkan ialah memerhati, mentafsir data dan juga berkomunikasi. Bagi

Tahap 1, penerapan tiga KPS di dalam satu sesi pembelajaran sudah mencukupi.

Walaubagaimanapun penerapan KPS ini adalah secara tidak langsung dan tiada soalan akan

diberikan berdasarkan KPS seperti di tahap 2.

8

Page 9: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Bagi kemahiran memerhati, murid akan membuat pemerhatian melalui video yang

ditayangkan. Kemahiran ini akan membawa murid kepada kemahiran mentafsir data. Murid

mencari jawapan melalui gambar atau data mentah yang ditunjukkan kepada mereka yang

mengandungi isi kandungan yang dirancang oleh guru. Kemahiran berkomunikasi juga

mempunyai hubungkait dengan kedua-dua kemahiran tersebut apabila mereka berbincang

dan dapat mengeluarkan semula pendapat secara lisan dan juga secara bertulis bersama

rakan-rakan sekumpulan. Selain daripada itu mereka juga perlu memilih dan menyusun

semula maklumat ke dalam bentuk nota iaitu mereka perlu membentangkannya ke dalam

‘Microsoftword’ dan juga dalam bentuk peta minda. Kemudian mereka perlu memberi

penerangan yang rasional tentang topik ini daripada kesemua maklumat yang dikumpulkan.

Kemahiran meramal juga dimasukkan ke dalam P&P ini. Disini murid dapat memberi

penerangan secara rasional tentang apakah yang akan berlaku sekiranya manusia tidak

mendapat keperluan asas yang di ajar dan kepentingan keperluan asas tersebut kepada

manusia. Guru juga akan bertanya kepada murid apakah yang akan berlaku sekiranya mereka

berterusan tidak mendapat keperluan asas tersebut sehingga satu masa yang tertentu.

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif

KBKK pula ialah menjana idea, mengumpul dan membandingbeza. Disini murid

boleh menghasilkan idea tentang sesuatu perkara. Murid-murid memerhati apakah yang

berlaku terhadap orang yang tidak makan beberapa hari di dalam gambar yang ditunjukkan

dan juga melalui video-video yang ditayangkan. Murid yang telah menjalani proses

pengajaran dan pembelajaran ini juga akan melihat dengan lebih jauh lagi berkaitan dengan

penduduk miskin dinegara ini. Melalui KBKK mengumpul data, murid akan tahu bagaimana

mengumpul maklumat yang diperlukan daripada aktiviti menonton video dan juga aktiviti

mencari maklumat di internet. Mereka mempersembahkanya di dalam nota dan juga peta

minda. Disini guru akan memberi pesanan agar mereka membandingbeza maklumat yang

diperolehi daripada sumber internet di antara kumpulan agar mendapat jawapan terbaik.

Murid juga didedahkan dengan KBKK iaitu membuat perkaitan dengan sesuatu

keadaan dengan peristiwa untuk mencari suatu corak perhubungan. Di dalam slaid yang

ditunjukkan, murid secara tidak langsung telah membuat perkaitan tentang situasi tertentu

dengan keperluan asas yang diperlukan oleh menusia.

9

Page 10: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Gabungjalinan

Gabungjalinan juga digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini iaitu

melalui gabungjalinan daripada Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan juga Pendidikan

Dunia Muzik.

Melalui subjek Bahasa Malaysia murid memperolehi kemahiran menulis, mendengar

dan memahami. Ini telah pun ditetapkan dalam Dokumen Standard Bahasa Malaysia Tahun

Dua. Dengan adanya gabungjalinan dengan kemahiran ini murid akan membuat peningkatan

lebih cepat dalam kemahiran-kemahiran tersebut. Peningkatan dalam kemahiran ini bukan

sahaja memberi kelebihan dalam ilmu disiplin tertentu tetapi juga kesemua mata pelajaran

yang menggunakan Bahasa Malaysia.

Kemahiran Bahasa Inggeris pula diperolehi melalui kemahiran membaca dan

mendengar. Dokumen Standard Bahasa Inggeris Tahun 2 iaitu 1.1.2. Able to listen to and

enjoy stories menunjukkan kemahiran mendengar perlu dikuasai semasa murid berada

diperingkat ini lagi. Murid dibawa ke makmal komputer untuk menonton video Bahasa

Inggeris yang ditayangkan oleh guru. Murid-murid akan diminta untuk menerangkan semula

apa yang terangkan di dalam video-video tersebut dengan bantuan guru disamping itu murid

juga akan memberi idea tentang apa yang dapat difahami dengan menggunakan segala

kemhiran yang diterapkan. Secara tidak langsung murid menjadi lebih mahir dalam

kemahiran mendengar Bahasa Inggeris sambil mendapat pengalaman sains.

Pendidikan Dunia Muzik juga digunakan sebagai salah satu gabungjalinan iaitu

kemahiran menyanyi. Muzik sangat penting dalam menarik minat murid mendekati isi

kandungan yang ingin disampaikan dengan lebih mendalam. Sambil menonton video lagu

‘makan’ yang ditayangkan dan senikata yang ada juga menyelitkan tentang kepentingan

makanan, murid akan merasa lebih terhibur. Suasana pembelajaran tidak menjadi tegang dan

lebih mengembirakan dengan gelak ketawa daripada murid-murid. Penerapan muzik

merupakan pembelajaran secara aktif yang melibatkan domain kognitif.

(c) Nilai-nilai murni yang diterapkan

Nilai-nilai murni yang diterapkan didalam proses pengajaran dan pembelajaran saya

adalah baik hati, penyayang, bersikap rasional, kerajinan dan bertanggungjawab.

10

Page 11: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Dengan menyaksikan betapa kesengsaraan seorang insan sedang diserang sakit perut

maka saya telah memasukkan elemen nilai murni seperti baik hati dan penyayang. Saya

menyatakan kepada murid-murid bahawa mereka perlu menanam sikap mengasihani sesama

insan. Sekiranya mereka berjumpa dengan fakir miskin, maka mereka perlu memberi bantuan

makanan untuk mengurangkan kesengsaraannya. Murid juga akan diajar berasa simpati

terhadap apa yang dilihat melalui video yang ditonton lalu perasaan kasih sayang sesama

insan secara tidak langsung bertapak dijiwa mereka.

Murid juga diterapkan dengan sikap rasional terutama semasa perbincangan

kumpulan di adakan. Jika disebaliknya mereka tidak akan dapat menyampaikan hasil

kumpulan mengikut masa yang ditetapkan. Mereka dinasihatkan agar rajin mencari ilmu dan

rajin menolong rakan-rakan. Semasa membuat kerja kumpulan, nilai hemah tinggi diterapkan

agar mereka beradab sopan dan berbudi pekerti dalam pergaulan sesama rakan-rakan.

Mereka akan ditegur jika bertengkar kerana idea tidak diterima atau sebagainya.

Bertanggungjawab juga diterapkan semasa mereka melakukan aktiviti kumpulan. Murid yang

bertanggungjawab tidak akan mencuri tulang tetapi sama-sama memberi kerjasama dalam

menyiapkan tugasan.

(d) Elemen merentas kurikulum

Elemen merentas kurikulum yang dimasukkan adalah nilai murni, Teknologi

Maklumat dan Komunikasi, kreatif dan innovatif, bahasa dan kepimpinan.

Elemen Teknologi Maklumat Dan Komunikasi banyak digunakan di dalam P&P saya.

Terdapat 4 kali tayangan video yang berkaitan dengan pengetahuan yang mereka perlu

perolehi. Saya juga meminta mereka menggunakan Microsoftword untuk mereka mencatat

nota mereka. Pada peringkat ini murid di sekolah saya masih ramai lagi yang belum

menguasai persembahan PowerPoint. Walaubagaimanapun, saya menggalakkan mereka

menggunakannya. Dalam sesi ini mereka perlu menjadi kreatif dan innovasi diseberi

penekanan kuat. Semasa mereka membuat peta minda juga elemen kreativiti dan innovasi

masih diberi penekanan. EMK dari segi Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Malaysia dan

Bahasa Inggeris. Dari segi kepimpinan pula murid diajar untuk menjadi seorang pemimpin

untuk memimpin kesemua murid didalam kumpulannya untuk menyediakan peta minda dan

juga arahan-arahan lain yang diminta oleh guru. Ketua kumpulan akan membuat

pembahagian tugas kepada ahli-ahli kumpulannya. Dalam pada masa yang sama aktiviti ini

membentuk jati diri murid yang kukuh .

11

Page 12: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Soalan (ii)

12

KEPERLUAN ASAS KITA(TOPIK)

PENGETAHUAN SAINSKeperluan Asas ManusiaKepentingan Keperluan Asas Manusia

PENGETAHUAN BAHASA INGGERIS

Basic Human NeedsStarving ChildrenWorld Record DiveCave Dwelligs in China

PENGETAHUN PENDIDIKAN DUNIA MUZIK

Lagu ‘Makan’

PENGETAHUAN

KEMAHIRAN SPESIFIKKPS

MemerhatiMentafsir DataKomunikasi

KBKKMenjana IdeaMengumpul dan membanding bezaMenghubungkait

2. GABUNGJALINANBAHASA MALAYSIA

Kemahiran mendengarKemahiran memahamiKemahiran menyebut

BAHASA INGGERISKemahiran membacaKemahiran mendengar

PENDIDIKAN DUNIA MUZIK

Kemahiran menyanyi

KEMAHIRAN

Baik hatiPenyayangBersikap RasionalKerajinanBerhemah tinggiBertanggungjawab

NILAI MURNI

Nilai murni

Teknologi Maklumat Dan Komunikasi

Kreatif Dan Innovatif

Bahasa

Kepimpinan

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

Page 13: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Soalan (iii)

YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (Perutusan Hari Pekerja, 1 Mei 2006)

menyatakan “Modal insan yang berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu kemewahan

... kerajaan dan rakyat harus bersama-sama mempunyai tanggungjawab yang perlu

dilaksanakan dengan penuh komitmen ... Pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang

berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri

dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan

antarabangsa yang kian meningkat.”

Pada jangkaan saya generasi akan datang akan mempunyai modal insan yang lebih

baik berbanding dengan hari ini. Walaubagaimanapun terdapat banyak halangan yang

sekiranya dibiarkan maka peningkatan modal insan hanya dalam peratusan kecil sahaja.

Rakyat kepada sesebuah negara adalah aset yang paling penting kepada negara

tersebut. Ini kerana rakyat boleh ditambah atau ditingkatkan nilai intelek dan juga nilai

murni yang ada padanya. Dalam erti kata lain, rakyat dapat dipertingkatkan modal insan

dengan pendidikan yang menyeluruh dengan pendekatan-pendekatan yang berkesan.

Sesebuah negara sangat bergantung kepada modal insan ini kerana melalui pembentukan

modal insan yang baik, daya saing dan produktiviti akan menjadi lebih tinggi. Oleh itu

pembentukan modal insan perlu dirancang rapi sejak daripada sekolah lagi untuk

mewujudkan bina upaya generasi muda yang selaras dengan kehendak industri, pasaran

semasa dan masa hadapan. Modal insan yang ditetapkan ini adalah diharapkan dapat

melahirkan pekerja-pekerja yang terlatih dan berdaya saing, sepadan dan mencukupi dengan

keperluan negara. Negara juga cuba membangunkan modal insan yang inovatif dan

penekanan diberi di dalam penyelesaian masalah dalam semua aspek kehidupan.

Menurut Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, pendidikan memainkan

peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan iaitu murid akhirnya akan

mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan

dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin

dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan

masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta

kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.

13

Page 14: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran mereka di sekolah, mereka akhirnya

akan diterapkan dengan keazaman yang lebih kukuh. Mereka tidak akan mudah putus asa

dan sentiasa inginkan kecemerlangan dalam setiap lapangan yang mereka ceburi. Dapatlah

disimpulkan bahawa elemen nilai seperti tidak mudah putus asa, kerajinan dan seumpamanya

yang diketengahkan dalam KSSR adalah penyumbang kepada jati diri pelajar.

Selain daripada itu dari segi pengetahuan pula, dengan adanya penekanan terhadap

pembelajaran yang menarik minat murid, maka seharusnya murid-murid akan mempunyai

sifai ingin tahu yang tinggi. Perkembangan pesat dunia ICT di negara kita mempunyai

banyak kebaikkannya. Dengan kemudahan internet yang disediakan di sekolah secara

percuma mereka dengan sendirinya akan mencari pengetahuan tambahan kerana laman-

laman web adalah lebih menarik berbanding dengan buku teks. Pelbagai video pembelajaran

yang berkualiti boleh diperolehi daripada ‘Youtube’ dimana pelbagai informasi dimuatkan

dan ianya sangat berkesan. Begitu juga terdapat alat canggih yang memudahkan capaian ke

internet untuk memperolehi pelbagai bidang ilmu. Murid-murid kini sangat cepat menguasai

cara menggunakan teknologi melebihi ilmu-ilmu lain yang mereka pelajari di sekolah.

Penggunaan teknologi juga akan mengembangkan minat murid terhadap pelbagi bidang ilmu

yang berguna kepada negara. Secara langsung generasi akan datang adalah generasi yang

berpengetahuan dan berkemahiran tinggi.

Walaupun informasi negatif juga berkembang luas di alam siber tetapi dalam masa

yang sama penerapan nilai-nilai murni yang menjadi salah satu elemen merentas kurikulum

tetap diberi penekanan di sekolah. Maka dari semasa ke semasa murid akan diterapkan

dengan unsur-unsur positif di sekolah. Miskipun dirumah nilai-nilai murni agak kurang

digunapakai mungkin disebabkan masalah rumahtangga dan sebagainya yang memberi

pengaruh besar dalam pembentukan keperibadian mulia murid, di sekolah murid didedahkan

dengan pelbagai unsur-unsur kebaikkan oleh setiap orang guru yang silih berganti masuk ke

kelas. Guru yang berkebolehan akan dapat menerapkan nilai murni dengan mendalam yang

akan tertanam dalam jiwa mereka sehingga akhir hayat.

Saya rasakan modal insan yang ditetapkan oleh Kementerian sudah cukup memadai

untuk mewujudkan sebuah generasi yang mempunyai modal insan yang cemerlang.

Walaubagaimanapun penerapan dan penggunaannya disekolah adalah faktor yang

mengurangkan kemampuan pencapaian yang diharapkan. Satu pendekatan perlu

14

Page 15: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

dilaksanakan agar guru-guru di sekolah sentiasa menonjolkan modal insan yang menjadi

contoh kepada murid-murid. Terdapat guru-guru yang bermasalah yang kurang diberi

perhatian oleh pihak pentadbir. Guru yang mempunyai sahsiah yang kurang menyenangkan

ini dibiarkan dengan sikap mereka tanpa diambil tindakan yang sewajarnya yang boleh

mengubah mereka menjadi guru yang cemerlang dari segi sahsiah dan produktif dari segi

kerja. Pihak Kementerian harus menggubal satu peraturan untuk mengambil tindakan

terhadap pihak pentadbir yang sambil lewa menangani guru bermasalah.

Salah satu faktor lagi yang mengurangkan pencapaian matlamat mewujudkan modal

insan ialah tiada didikan oleh pihak Kementerian terhadap ibubapa murid-murid agar patuh

terhadap kehendak Kementerian. Mereka seharusnya dididik agar membiarkan anak mereka

dibentuk atau diperbetulkan menjadi insan yang sempurna mengikut garis panduan yang

ditetapkan dalam melaksanakan sesuatu dendaan atau hukuman.

Soalan (iii)

Sehingga kini DST Tahun1 dan Tahun 2 telah pun dilaksanakan. Seperti yang telah

dinyatakan sebelum ini saya memilih DST Tahun 2 iaitu dibawah tajuk Keperluan Asas

Kita. Tajuk ini adalah tajuk pertama di dalam subjek tersebut. Rancangan Pelajaran Harian

telah pun disediakan terlebih dahulu dan boleh dilihat dibahagaian lampiran.

Objektif dirancang berdasarkan kepada kebolehan murid iaitu sejauhmana murid

boleh menerima apa yang ingin disampaikan guru pada sesi pembelajaran pada hari itu.

Sebelum RPH ini dibuat, saya lihat murid-murid telah pun mengetahui bahawa setiap

manusia memerlukan makanan dan minuman untuk hidup dengan sihat. Jika manusia tidak

makan atau minum mereka akan sakit. Bagi memudahkan murid untuk mencapai objektif

maka maklumat tentang objektif yang dirancang juga terdapat di dalam buku teks di muka

surat 1 hingga 5 dengan jelas. Murid bukan sahaja dapat menambah pengetahuan yang sedia

ada tetapi juga memudahkan murid mengulangkaji pelajaran tanpa membebankan ibu bapa

untuk mendapatkan buku rujukan tambahan. Murid-murid didalam kelas ini rata-rata terdiri

daripada murid yang telah didedahkan kepada pelbagai pengetahuan diluar sekolah kerana

sebahagian besar murid-murid adalah dari kalangan ibu bapa yang berpelajaran tinggi.

Objektif ini juga merupakan penambahan daripada pengetahuan sedia ada yang saya dapati

terdapat dikalangan murid sekolah ini.

15

Page 16: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Set induksi

Dari segi kandungan yang diserapkan semasa set induksi, iaitu sekiranya manusia

makan makanan yang sihat maka satu keperluan telah dilaksanakan. Makanan amat penting

untuk menyihatkan tubuh dan minda. Pengetahuan yang disampaikan dalam sesi ini amat

penting untuk membawa pemikiran dan imaginasi murid kearah kandungan yang seterusnya

walaupun hanya sebahagian kecil daripada standard pembelajaran diutarakan. Ini sebenarnya

sangat bersesuaian kerana murid didedahkan dengan pengetahuan asas terlebih dahulu dan

bagi mewujudkan perasaan ingin tahu. Ini telah mencapai objektif Standard Kurikulum Sains

Sekolah Rendah Tahap 1 yang pertama iaitu mengembangkan sifat ingin tahu murid dan

mengembangkan minat tentang dunia di sekeliling mereka seperti di muka surat 7 di atas.

Semasa set induksi dijalankan, saya memberi murid-murid satu set gambar yang

terdiri daripada gambar orang sedang menjamu selera dan juga gambar seorang yang sedang

sakit perut. Kemudian lagu ‘Makan’ oleh Jalil Hamid dari Youtube diperdengarkan. Disini

saya telah menggunakan gabungjalinan daripada Pendidikan Dunia Muzik. Ini selaras

dengan kehendak KSSR iaitu pembelajaran sains menjadi menarik.

Kemahiran spesifik yang diterapkan semasa langkah ini adalah memerhati dan

kemahiran berfikir adalah menjana idea. Murid juga dapat menjana pemikiran mereka

apakah yang akan diajar oleh guru pada hari itu. Ini telah pun mencapai kehendak KSSR agar

murid dapat menanam minat melalui pengalaman untuk menguasai sains.

Kemahiran lain yang digabungjalinkan di dalam langkah set induksi ini adalah

kemahiran mendengar, memahami, dan menyebut frasa, ayat tunggal dan ayat majmuk

dengan betul dan tepat. Kemahiran ini terdapat didalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.

Kemahiran lain adalah kemahiran menyanyi pelbagai repertoire secara berkumpulan.

Kemahiran ini diperolehi dalam mata pelajaran Dunia Muzik. Ini juga selaras dengan

kehendak KSSR agar pembelajarn sains yang menarik.

Dalam langkah ini dimasukkan nilai murni baik hati dan penyayang. Ini selaras

dengan kehendak KSSR agar generasi yang dibentuk dibawah KSSR adalah generasi yang

berbudi dan ini merupakan salah satu elemen dibawah tunjang kemanusiaan.

16

Page 17: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Elemen Merentas Kurikulum yang diterapkan adalah elemen Teknologi Maklumat

dan Komunikasi dimana saya telah menunjukkan Youtube menggunakan computer dan LCD.

Ini selaras dengan kehendak KSSR iaitu Tunjang Sains dan Teknologi.

Langkah 1

Pengetahuan tentang isi kandungan mata pelajaran telah pun diterapkan dalam

langkah ini. Gambar yang berkaitan dengan asas manusia ditunjukkan dan keperluan asas

manusia seperti air, makanan, udara dan tempat tinggal dibulatkan dengan terang agar murid

tahu dengan jelas. Ini selaras dengan kehendak KSSR iaitu melalui Tunjang Sains dan

Teknologi. Objektif kurikulum Tahap 1 yang pertama juga telah pun dilaksanakan dengan

merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia disekeliling

mereka. Selain daripada itu saya juga telah menerapkan sebahagian daripada kemahiran yang

diajar di dalam Bahasa Malaysia iaitu kemahiran menulis. Daripada aktiviti yang dijalankan

iaitu ketua kumpulan datang ke hadapan dan menulis jawapan setelah perbincangan

dijalankan dapat memupuk sikap ingin bersaing di antara kumpulan dengan murid.

Disebabkan jawapan dicari secara berkumpulan, murid akan kurang berasa tertekan sekiranya

jawapan adalah salah. Dengan cara ini saya telah pun menyemai ketahanan terhadap

persaingan sesama murid. Ini selaras dengan KSSR yang ingin membentuk generasi global

player kerana sempadan negara atau dunia semakin kecil.

KPS yang digunakan dalam langkah ini ialah kemahiran mentafsir data. Ini selaras

dengan kehendak KSSR agar generasi yang dibentuk akan menjadi generasi yang berilmu

dan berdikari. Aspek berdikari ini diperolehi apabila guru tidak memberi sebarang bantuan

kepada mereka tetapi merekalah yang mendapatkan isi kandungan itu sendiri. KBKK yang

digunakan ialah menghubungkait. Ini telah pun meliputi Objektif Standard KSSR Sains

Tahap 1 yang ke empat iaitu memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains.

Saya juga telah mengabungjalinkan dengan kemahiran menulis yang tertera di dalam

Standard Kandungan Bahasa Malaysia no.3.3 iaitu membina dan menulis perkataan. Selain

daripada itu, perbincangan yang dilaksanakan dalam kumpulan membolehkan murid

berbincang dan mengemukakan pendapat dengan tentang sesuatu perkara yang diambil

daripada objektif KSSR Bahasa Malaysia Tahun 2.

Elemen merentas kurikulum yang terdapat dalam langkah ini adalah penggunaan

teknologi maklumat secara berkesan. Ini adalah Tunjang Sains dan Teknologi dalam KSSR

17

Page 18: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

iaitu pengetahuan berasaskan teknologi. Nilai murni yang saya terapkan ialah bersikap

rasional, murid perlu bersikap rasional semasa melakukan perbincangan. Ini selaras dengan

Tunjang Kemanusiaan KSSR yang memberi penekanan tentang amalan kemasyarakatan dan

penghayatan terhadap perpaduan.

Langkah 2

Pada langkah ini pengetahuan secara mendalam dicari sendiri oleh murid-murid

tersebut. Mereka dibawa ke Makmal Komputer dan diminta untuk melayari internet secara

berkumpulan dan mendapatkan maklumat secara berkumpulan tentang keperluan asas

manusia dan kepentingannya. Pada peringkat ini murid juga secara berkumpulan dapat

meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka kerana melalui kemahiran membaca serta

memahami teks di dalam Bahasa Inggeris meningkatkan penguasaan mereka dalam bahasa

rasmi ini. Ini selaras dengan kehendak KSSR iaitu mengaplikasi beberapa kemahiran

kemahiran 4M.

Kemahiran yang digunakan pada langkah ini adalah kemahiran berkomunikasi yang

mempunyai hubungkait dengan kemahiran mentafsirkan data. Ini sejajar dengan Tunjang

Ketrampilan Diri dan juga Tunjang Sains dan Teknologi KSSR. KBKK pula ialah

mengumpul dan membanding beza. Disini murid akan mengumpul maklumat yang

dikehendaki daripada data-data mentah yang mereka cari.

Gabungjalinan yang telah saya gunakan pada langkah ini adalah kemahiran membaca

di dalam Bahasa Inggeris. Standard pembelajaran KSSR Tahun 2 Bahasa Inggeris iaitu 2.2.1

menetapkan murid boleh membaca dan memahami frasa linear dan tidak linear. Selain

daripada itu murid juga mendapat kemahiran membaca dan memahami di dalam Bahasa

Malaysia. Standard kandungan 2.2 didalam dokumen standard Bahasa Malaysia KSSR Tahun

2, menetapkan bahawa murid boleh membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat

daripada pelbagai sumber dengan sebutan dengan betul.

EMK yang digunakan adalah bahasa, kreativif dan innovative. Dari segi bahasa pula,

Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris digunakan. Melalaui kreativiti dan innovasi pula,

murid diminta untuk menyediakan nota mereka sendiri secara kreatif menggunakan

Microsoft word. Ini adalah berdasarkan Tunjang Sains dan Teknologi bagi KSSR tahun 2.

Objektif KSSR Sains Tahun 2 juga menetapkan bahawa guru-guru perlu meningkatkan daya

kreativiti murid iaitu objektif yang ketiga.

18

Page 19: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Nilai murni yang unggul yang dimasukkan dalam langkah ini adalah kerajinan, hemah

tinggi dan bertanggungjawab. Ini menepati Tunjang Kemanusian KSSR agar murid-murid

belajar hidup bermasyarakat dan bersatupadu tanpa mengira kaum dan agama.

Langkah 3

Pada langkah ini agar pembelajaran menjadi lebih menarik maka saya menunjukkan

video yang diperolehi daripada Youtube yang menerangkan kepentingan keperluan asas

manusia. Youtube tersebut adalah ‘Staving Children’, ‘World Record Dive’ dan ‘Cave

Dwellings in China’. Panjang video-video berkenaan disesuaikan agar menepati masa yang

ditetapkan. Melalui langkah ini pemahaman murid tentang kepentingan keperluan asas

dikuatkan lagi. Ini diperolehi melalui penyelesaian masalah yang perlu dibuat melalui video-

video yang ditonton melalui soalan-soalan yang setaraf dengan perkembangan murid. Murid

juga didedahkan dengan mata pelajaran Bahasa Inggeris kerana ke semua video tersebut

adalah didalam Bahasa Inggeris. Guru akan mengembangkan perbendaharaan kata Bahasa

Inggeris murid dan meminta mereka menulisnya di dalam buku nota Sains. Langkah ini

sejajar dengan kehendak KSSR. Saya cuba untuk meningkatkan pencapaian mereka dari segi

intelek, rohani dan jasmani.

Dari segi kemahiran pula, murid dapat diterapkan dengan kemahiran proses sains iaitu

mentafsir data dan meramal. Selain daripada itu, murid juga dapat menggunakan kemahiran

memerhati iaitu menggunakan deria pendengaran untuk untuk mengumpul maklumat tentang

video yang ditayangkan. Guru juga menggunakan kemahiran KBKK iaitu kemahiran

mengumpul maklumat yang mempunyai kaitan yang rapat dengan kemahiran proses sains

iaitu pemerhatian.

Gabungjalinan yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada

langkah ini adalah kemahiran mendengar dan bergembira dengan isi yang disampaikan iaitu

mengikut Dokumen Standard Bahasa Inggeris Tahun 2 Ini sesuai dengan Tunjang

Komunikasi didalam KSSR.

EMK yang digunakan di dalam langkah ini adalah kemahiran berfikir yang terdiri

daripada kemahiran KBKK dan KPS seperti yang dinyatakan terlebih dahulu. Selain

daripada itu, EMK lain yang digunakan adalah nilai murni iaitu penyayang. Ini sesuai

dengan Tunjang Kemanusiaan dalam KSSR.

19

Page 20: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Langkah 4

Pada langkah ini saya cuba membuat pengukuhan terhadap pengetahuan yang telah

diberi iaitu tentang keperluan asas manusia dan juga tentang kepentingan keperluan asas

manusia. Saya meminta mereka membuat persembahan peta minda mereka mengikut

kumpulan. Ini selaras dengan objektif KSSR Sains Tahun 2 iaitu meningkatkan kreativiti

murid.

Kemahiran yang diperolehi pada peringkat ini adalah kemahiran proses Sains iaitu

mentafsir data. Mereka perlu memberi penerangan semula tentang pengetahuan yang mereka

perolehi sepanjang P&P ini. Ini selaras dengan Tunjang Komunikasi. Murid bukan sahaja

dapat berinteraksi secara lisan malah mereka dapat menambah kemahiran Bahasa Malaysia.

Ianya juga merupakan gabungjalinan antara Sains dan Bahasa Malaysia.

EMK yang digunakan adalah bahasa, kepimpinan dan nilai murni. Bahasa Malaysia

dan Bahasa Inggeris digunakan. Murid juga diterapkan dengan nilai-nilai kepimpinan. Dari

segi nilai murni pula, murid diterapkan dengan bekerjasama iaitu bekerjasama untuk

menyiapkan peta minta.

Maka dapatlah disimpulkan bahawa Rancangan Mengajar Harian yang telah saya buat

adalah mengikut objektif KSSR. Ini dapat dilihat daripada daripada setiap langkah yang telah

ditulis didalam RPH dibahagian lampiran. Dengan itu adalah jelas bahawa kurikulum dapat

diterjemahkan dengan berkesan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya

rancangkan.

20

Page 21: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Rujukan Buku Ilmiah

1. Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011. Dokumen Standard Dunia Sains Dan

Teknologi Tahun 2, Putrajaya : Penerbit Kementerian Pelajaran Malaysia

2. Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011. Dokumen Standard Pendidikan Dunia Muzik

Tahun 2 , Putrajaya : Penerbit Kementerian Pelajaran Malaysia

3. Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011. Dokumen Standard Bahasa Malaysia Tahun

2 , Putrajaya : Penerbit Kementerian Pelajaran Malaysia

4. Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2011. Dokumen Standard Bahasa Inggeris Tahun

2 , Putrajaya : Penerbit Kementerian Pelajaran Malaysia

5. Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2010. Kurikulum Standard Sekolah Rendah,

Putrajaya : Penerbit Kementerian Pelajaran Malaysia

6. Abd. Hair Awang et. All, 2009. Pembangunan Dan Pengurusan Modal Insan Negara,

UKM Bangi : Penerbit Fakulti Ekonomi Dan Perniagaan.

7. Rahmah Ismail, 2008. Modal Manusia Dan Prestasi Industri, Bangi : Penerbit UKM

8. Yahaya Ibrahim et. All, 2008. Pembangunan Modal Insan: Isu Dan Cabaran, Bangi :

Penerbit UKM

9. Mohd. Roslan Mohd. Nor et. All, 2001. Pembangunan Modal Insan Dan Tamaddun

Dari Perspektif Islam, Kuala Lumpur : UM Publication

10. Ab. Aziz Yusof, 2009. Pembangunan Modal Insan, Sintok : UUM Publication

11. Anwar Ridhwan, 2002. Jati Diri Pasca Asas 50, Kuala Lumpur : DBP

21

Page 22: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Rujukan Jurnal

1. Abdul Halim et. All, 2012. Jurnal Pendidikan Malaysia; Pembangunan Instrumen

Penyelesaian Masaalah Sains, Bangi : UKM

2. Amla Salleh et. All, 2010. Jurnal Pendidikan Malaysia; Peranan Bapa dalam

Pembagunan Sahsiah Remaja Dan Implikasinya Terhadap Nilai Kekeluargaan, Bangi :

UKM.

3. Kasim Mansur et. All, 2009. Jurnal Kemanusiaa Bil.14; Kajian Kes pelaburan

Pendidikan Modal Insan Di Kalangan Suku Kaum Sama-Bajau di Kota Kinabalu:

Halatuju Dan Cabaran, Kota Kinabalu

4. Jamailia et. All, 2011. Ciri-ciri Kemahiran Yang Diperlukan Dalam Pembentukan

Modal Insan, Bangi : UKM

Sumber Internet

1. Noraini Amran, Pendidikan Moral Untuk Semua (laman web), diambil pada Oktober

2012, daripada http:// norainiamran.blogspot.com/2009/03/senarai-nilai-moral_11.html

2. Chen Wei Jiang, Nilai Moral Dan Definisi (laman web), diambil pada Oktober 2012,

daripada http://www.slideshare.net/ChenWeiJiang/nilai-moral-dan-definisi

3. Cikgu Mart, Kemahiran Proses Sains (laman web), diambil pada Oktober 2012,

daripada http://cikgumart.blogspot.com/2011/10/kemahiran-proses-sains.html

4. Hashim Awang, Kemahiran Proses Sains (laman web), diambil pada Oktober 2012,

daripada http://panitiasainsskha.blogspot.com/2011/01/kemahiran-proses-sains.html

5. Azuan Arsat, Kemahiran Berfikir (laman web), diambil pada Oktober 2012, daripada

http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/AZUANAP990047D2004TTP

.pdf

22

Page 23: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran : Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2

Tarikh / Hari : 16 Januari 2012/ Isnin

Masa : 11.50 pagi – 12.50 pagi (60 minit)

Tahun : 2 Cemerlang

Bilangan Pelajar : 30 orang

Tema/Tajuk : Sains Hayat / Manusia

Subtopik : Keperluan Asas Manusia

Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran ini, pelajar akan dapat :

1. Menyenaraikan keperluan asas manusia

2. Menerangkan satu kepentingan keperluan asas mansia

Pengetahuan Sedia Ada : Murid telah mengetahui bahawa setiap manusia memerlukan

makanan dan minuman untuk hidup dengan sihat.

Alat Bantu Mengajar : Gambar, video lagu dan rencana, slaid, kertas A4, komputer,

internet, kertas mahjong, Marker pen, kertas pelekat.

Pendekatan/strategi : Kontruktivisme

Kaedah : Perbincangan, Penyoalan, Syarahan

Nilai-nilai : Baik hati, penyayang, bersikap rasional, kerajinan, berhemah

tinggi dan bertanggungjawab

KBKK : Menjana idea, mengumpul data, membanding beza dan

menghubungkait

KPS : Memerhati, mentafsir data dan berkomunikasi

EMK : Nilai murni, Teknologi maklumat dan Komunikasi, Kreatif dan

innovatif, bahasa dan kepimpinan

23

LAMPIRAN

Page 24: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Langkah

/ Masa

Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Strategi/ Kaedah/

ABM/

Nilai/KBKK

Aktiviti Guru Aktiviti Pelajar

Set

Induksi

(7 minit)

Pengenalan

Keperluan asas

manusia

1. Air

2. Makanan

3. Udara

4. Tempat

tinggal

1. Guru

membahagikan

murid kepada 5

kumpulan.

2. Guru memberi

satu set gambar

iaitu gambar orang

sedang menjamu

makan dan gambar

orang sedang sakit

perut kepada setiap

kumpulan murid.

Kemudian murid

diminta

menyatakan apakah

yang sedang

mereka lihat.

3. Guru

menayangkan

dengan video lagu

’Makan’ yang

diambil daripada

’Youtube’ dan

mereka diminta

untuk menyanyi

bersama-sama.

4. Guru meminta

menyatakan apakah

yang akan

1. Murid bangun

dan masuk ke

dalam 5 kumpulan

seperti yang

diarahkan oleh

guru.

2. Murid

mengambil gambar

tersebut dan

mengangkat tangan

untuk menyatakan

apa yang sedang

mereka lihat di

dalam gambar

tersebut.

3. Murid melihat

video yang

ditayangkan dan

murid menyanyi

bersama-sama.

4. Murid

menyatakan

pendapat mereka

tentang apa yang

mereka pelajari

Strategi :

Kontruktivisme

Kaedah :

Perbincangan.

ABM :

Gambar dan video

lagu.

Nilai :

Bersikap rasional,

penyayang

KBKK : Menjana

Idea dan

menghubungkait

KPS:

Memerhati,

mentafsir data dan

berkomunikasi

24

Page 25: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

dipelajari pada hari

ini.

pada hari ini.

Langkah

1

(13

minit)

Keperluan Asas

Manusia

5. Air

6. Makanan

7. Udara

8. Tempat

tinggal

Soalan:

Senaraikan 4

perkara yang

menjadi keperluan

asas manusia.

1. Guru meminta

murid kekal dalam

kumpulan masing-

masing dan setiap

kumpulan diberi

sekeping kertas A4

untuk menulis

jawapan

perbincangan

mereka

2. Guru

menunjukkan slaid

yang terdiri dari

gambar yang

menunjukkan

keperluan asas

manusia yang

dibulatkan dengan

tebal.

3. Guru meminta

seorang murid dari

setiap kumpulan

menulis jawapan

diatas kertas dan

dan seorang lagi

untuk

membentangkan

jawapan dihadapan

kelas.

4. Guru meminta

murid

menyenaraikan

apakah yang

1. Murid tidak

menukar kumpulan

dan mereka

menerima kertas

A4 yang diberi oleh

guru.

2. Murid

memerhatikan

setiap gambar dan

dan memikirkan

jawapannya.

3. Ketua kumpulan

melantik seorang

murid dari setiap

kumpulan untuk

menulis jawapan

diatas kertas dan

seorang lagi untuk

membentangkannya

dihadapan kelas.

4. Murid

menyenaraikan

jawapan di atas

kertas yang diberi

Strategi :

Kontruktivisme

Kaedah :

Perbincangan

ABM :

Slaid, kertas A4

Nilai :

Bersikap rasional,

rajin, berhemah

tinggi,

bertanggungjawab.

KBKK :

Menghubungkait,

mengumpul data

dan

membandingbeza

KPS:

Mentafsir data,

memerhati dan

berkomunikasi

25

Page 26: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

diperlukan oleh

manusia untuk

hidup dengan

sempurna dan

kemudian murid

yang dilantik

membentangkannya

dihadapan kelas.

5. Guru memberi

kata-kata pujian

kepada kumpulan

yang dapat

menyenaraikannya

dengan tepat.

dan meminta murid

yang dilantik untuk

membentangkannya

ke hadapan kelas.

5. Murid-murid

menerima kata-kata

pujian dengan

bangga.

Langkah

2

(20

minit)

Akibat tidak

mendapat keperluan

asas untuk hidup.

- Badan berasa

lemah dan letih

- Jika berterusan

maka manusia

akan mati

1. Guru meminta

murid berada dalam

kumpulan.

2. Guru meminta

murid diminta

untuk melayari

internet dan

mencari akibat jika

manusia tidak

mendapat

keperluan asas.

Guru memberi

beberapa laman

web yang baik.

2. Guru meminta

ketua kumpulan

menulis jawapan

didalam

Microsoftword atau

persembahan

PowerPoint.

1. Murid masih

berada dalam

kumpulan yang

sama.

2. Murid mula

melayari internet

dan mencari akibat

jika manusia tidak

mendapat

keperluan asas.

2. Ketua kumpulan

akan mencatat

maklumat yang

diperolehi oleh

rakan-rakan

sekumpulan di

dalam

Strategi :

Konstruktivisme

Kaedah :

Perbincangan

ABM :

Microsoftword

dan internet.

Nilai :

Kerajinan dan

bertanggungjawab

KBKK :

Mengumpul dan

membandingbeza

dan membuat

hubungkait

26

Page 27: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

Microsoftword atau

persembahan

PowerPoint.

KPS:

Mentafsir data,

memerhati dan

komunikasi

Langkah

3

(15

minit)

Kepentingan

keperluan asas

manusia

Soalan:

Terangkan satu

kepentingan

keperluan asas

manusia

1. Guru

menunjukkan video

daripada ’Youtube’

yang bertajuk

’Starving Children,

World Record Dive

dan Cave

Dwellings in

China’.

2. Guru meminta

murid datang ke

hadapan dan

menyatakan satu

keperluan asas dan

satu kepentingan

keperluan asas

daripada video

yang ditonton.

Guru juga meminta

murid-murid lain

memperbaikki

jawapan murid

yang kurang baik.

3. Guru memberi

hadiah kepada yang

dapat menjawab

dengan baik.

1. Murid melihat

persembahan dari

’Youtube’ tersebut.

2. Murid datang

kehadapan dan

menjawab soalan.

Murid-murid lain

membantu murid

yang tidak dapat

menjawab dengan

baik.

3. Murid yang

dapat menjawab

dengan baik

menerima hadiah

dengan bangga.

Strategi :

Konstruktivisme

Kaedah :

Perbincangan.

ABM :

Carta

Nilai :

Bertanggungjawab

KBKK :

Mengumpul

maklumat,

menjana idea

KPS:

Mentafsir data dan

berkomunikasi

Langkah

4

Pengukuhan dan

pengayaan diri

pelajar.

1. Guru meminta

pelajar melukis peta

minda secara

1. Pelajar melukis

peta minda seperti

yang diminta oleh

Strategi :

Konstruktivisme

27

Page 28: TUGASAN KPF 3012 Perkembangan Pendidikan Di Malaysia, Falsafah Dan Dasar

(20

minit)

ringkas tentang

keperluan asas

manusia dan juga

kepentingannya di

dalam kertas

mahjong.

2. Guru meminta

murid membuat

persembahan peta

minda mereka

dihadapan

mengikut

kumpulan.

3. Guru meminta

murid membuka

buku Latihan

Topikal Sains dan

membuat Lembaran

Kerja 1 dan 2.

guru.

2. Murid membuat

persembahan peta

minda dihadapan

kelas.

3.Murid membuat

latihan yang

diminta oleh guru.

3.

Kaedah :

Perbincangan

ABM :

Kertas majong,

marker pen, pita

pelekat.

Nilai :

Baik hati,

bertanggungjawab

.

KBKK :

Mengumpul data

KPS:

Mendefinisi

Penutup

(5 minit)

1. Guru meminta

pelajar membuat

rumusan berkaitan

topik yang

dipelajari.

1. Murid membuat

rumusan berkaitan

topik yang

dipelajari.

Refleksi:

28