12
BIDANG FONEMIK/ 7 146 Unit 7 BIDANG FONEMIK Pengenalan Fokus huraian bab ini adalah tentang bunyi distingtif atau tidak distingtif. Di samping itu, anda akan ditemukan juga dengan beberapa konsep fonem, alofon, pasangan minimal, bervariasi bebas, beralternasi bebas, saling melengkapi, kesamaan fonetis, fonem vokal rangkap, dan fonem konsonan rangkap dalam bahasa Melayu. Apakah Fonemik? Bidang fonemik ialah bidang linguistik yang membincangkan hal yang berkaitan dengan sistem atau fungsi bunyi bahasa. Dalam bidang fonemik, bunyi-bunyi bahasa akan dianalisis untuk menentukan taraf sesuatu bunyi itu sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif (tidak membezakan makna). Jika bunyi itu bertaraf distingtif, iaitu membezakan makna, maka bunyi itu dianggap bertaraf fonem. Namun, jika bunyi itu tidak distingtif, iaitu tidak membezakan makna, maka bunyi itu dianggap alofon. HASIL PEMBELAJARAN Setelah selesai membaca unit ini, anda semestinya dapat: 1. menjelaskan bunyi itu distingtif atau tidak distingtif. 2. membezakan fonem dengan alofon. 3. menjelaskan konsep pasangan minimal, bervariasi bebas, beralternasi bebas, saling melengkapi dan kesamaan fonetis. 4. membezakan diftong dengan fonem vokal rangkap. 5. menjelaskan fonem konsonan rangkap.

UNIT 7

Embed Size (px)

DESCRIPTION

alofon

Citation preview

Page 1: UNIT 7

BIDANG FONEMIK/ 7

146

Unit 7 BIDANG FONEMIK

Pengenalan Fokus huraian bab ini adalah tentang bunyi distingtif atau tidak distingtif. Di samping itu, anda akan ditemukan juga dengan beberapa konsep fonem, alofon, pasangan minimal, bervariasi bebas, beralternasi bebas, saling melengkapi, kesamaan fonetis, fonem vokal rangkap, dan fonem konsonan rangkap dalam bahasa Melayu.

Apakah Fonemik? Bidang fonemik ialah bidang linguistik yang membincangkan hal yang berkaitan dengan sistem atau fungsi bunyi bahasa. Dalam bidang fonemik, bunyi-bunyi bahasa akan dianalisis untuk menentukan taraf sesuatu bunyi itu sama ada bunyi itu distingtif (membezakan makna) atau tidak distingtif (tidak membezakan makna). Jika bunyi itu bertaraf distingtif, iaitu membezakan makna, maka bunyi itu dianggap bertaraf fonem. Namun, jika bunyi itu tidak distingtif, iaitu tidak membezakan makna, maka bunyi itu dianggap alofon.

HASIL PEMBELAJARAN Setelah selesai membaca unit ini, anda semestinya dapat:

1. menjelaskan bunyi itu distingtif atau tidak distingtif. 2. membezakan fonem dengan alofon. 3. menjelaskan konsep pasangan minimal, bervariasi bebas, beralternasi bebas, saling melengkapi dan kesamaan fonetis. 4. membezakan diftong dengan fonem vokal rangkap. 5. menjelaskan fonem konsonan rangkap.

Page 2: UNIT 7

BIDANG FONEMIK/ 7

147

1. Apakah yang anda faham tentang bunyi distingtif? 2. Apakah itu bunyi tidak distingtif?

Tahukah Anda Definisi Fonem? Fonem ialah unit bunyi yang terkecil yang membezakan makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan minimal atau pasangan terkecil perkataan. Misalnya, pasangan minimal pedang dengan petang. Dalam perkataan pasangan minimal pedang dengan petang itu terdapat bunyi yang berbeza (distingtif), iaitu bunyi /p/ dan bunyi /t/. Oleh sebab perkataan pedang dengan petang hampir sama, cuma berbeza dari segi bunyi /p/ dan bunyi /t/, maka dikatakan bahawa bunyi /p/ dan bunyi /t/ ialah bunyi yang distingtif yang membezakan makna. Oleh itu, bunyi /p/ dan bunyi /t/ disifatkan bertaraf fonem yang berbeza dan bunyi fonem ini diletakkan dalam kurungan fonem, iaitu / p / dan / t /. Contoh-contoh pasangan minimal yang lain yang membezakan makna adalah seperti yang berikut:

(i) kaya [#kaja#] paya [#paja#] / k / dan / p / ialah fonem yang berbeza

(ii) barat [#barat#] karat [#karat#] / b / dan / k / ialah fonem yang berbeza

(iii) sayang [#sajaŋ#] wayang [#wajaŋ#] / s / dan / w / ialah fonem yang berbeza

(iv) dalam [#dalam#] talam [#talam#]

Page 3: UNIT 7

BIDANG FONEMIK/ 7

148

/ d / dan / t / ialah fonem yang berbeza

(v) cari [#čari#] jari [#ǰari#] / č / dan / ǰ / ialah fonem yang berbeza

Selain contoh pasangan minimal di atas, terdapat banyak pasangan

minimal yang lain yang membezakan makna. Contohnya: pakar dengan bakar; tulang dengan dulang; sakat dengan zakat dan yang lainnya.

1. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan

maksud fonem. 2. Berikan empat contoh pasangan minimal.

(i) ________________________________________

(ii) ________________________________________

(iii) ________________________________________

(iv) ________________________________________

Tahukah Anda Definisi Alofon? Alofon ialah anggota-anggota dalam satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong di dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong di dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang sebelum atau selepas daripadanya. Misalnya, bunyi fonem /k/ dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon) kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya, misalnya alofon [k], [wk] dan [ʔ]. Bunyi alofon /k/ terjadi akibat kehadirannya dalam perkataan /kiri/ (atau /k/ yang diikuti oleh vokal depan /i/).

Page 4: UNIT 7

BIDANG FONEMIK/ 7

149

Bunyi [wk] pula terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda [wkuda] (iaitu /k/ yang diikuti oleh vokal belakang /u/). Bunyi [ʔ] terjadi kerana kehadirannya diakhiri kata dalam suku kata tertutup seperti dalam perkataan /kakaʔ/. Dalam hal ini, alofon [k], [wk] dan [ʔ] ialah alofon-alofon daripada keluarga bunyi yang sama, iaitu fonem /k/. Ketiga-tiga bunyi [k], [wk], [ʔ] itu ialah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik. Maksudnya, bunyi-bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama daripada segi cara pengucapannya dan juga cara penghasilannya. Ketiga-tiga bunyi itu saling melengkapi. Maksud saling melengkapi ini ialah masing-masing bunyi tersebut menduduki posisi tertentu (tempat masing-masing) dalam bahasa Melayu. Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi yang bervariasi bebas. Maksud bervariasi bebas ini adalah walaupun bunyi-bunyi itu berbeza dalam perkataan tertentu, misalnya /faham/ dengan /paham/ tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza (maknanya tetap sama). Dalam bahasa Melayu terdapat pula beberapa perkataan yang hampir sama dari segi sebutan dan membawa makna yang sama (tidak berbeza). Misalnya, perkataan /agama/, /ugama/ dan /igama/. Walaupun perkataan /agama/, /ugama/ dan /igama/ itu dari segi makna tidak berbeza, tetapi vokal /a/, /u/ dan /i/ ialah asalnya fonem yang berbeza kerana terdapat pasangan minimal masing-masing yang membezakan makna, iaitu /baru/, /buru/, /biru/. Oleh sebab itu, vokal /a/, /u/ dan /i/ distingtif (membezakan makna), maka bunyi /a/, /u/ dan /i/ bertaraf fonem. Apabila bunyi /a/, /u/ dan /i/ itu sudah pernah bertaraf fonem, maka bunyi /a/, /u/ dan /i/ disifatkan bertaraf alternasi bebas.

1. Apakah yang anda faham tentang alofon?

Tahukah Anda Definisi Pasangan Minimal? Pasangan minimal ialah pasangan terkecil perkataan, iaitu pasangan perkataan yang hampir sama dari segi sebutan dan juga cara menghasilkan bunyi perkataan tersebut tetapi masih terdapat perbezaan

Page 5: UNIT 7

BIDANG FONEMIK/ 7

150

kecil pada bunyi (fonem) tertentu yang membezakan makna antara perkataan tersebut. Contoh-contoh pasangan minimal adalah seperti yang berikut: paku dengan baku [#pawku#], [#bawku#] tari dengan dari [#tari#], [#dari#] laku dengan lagu contoh [#lawku#], [#lawgu#] baca dengan baja dalam [#bača#], [#baǰa#] sama dengan sana transkripsi [#sama#], [#sana#] bawang dengan bayang fonetik [#bawaŋ#], [#bajaŋ#] situ dengan satu [#siwtu#], [#sawtu#] garu dengan guru [#gawru#], [#wguwru#] bila dengan bela [#bila#], [#bela#] serong dengan sorong [#sewroŋ#], [#wsowroŋ#] buka dengan buku [#wbuka#], [#wbuwku#]

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pasangan minimal? 2. Berikan tiga contoh pasangan minimal

(i) ________________________________________

(ii) ________________________________________

(iii) ________________________________________

3. Pastikan sama ada pasangan mimimal yang berikut

berkontras atau tidak berkontras. (a) fikir - pikir

(b) perang - perang

(c) panah - patah

(d) semak - semak

Page 6: UNIT 7

BIDANG FONEMIK/ 7

151

(e) bela - bela

(f) serang - terang

(g) agama - ugama

(h) Selasa - Thalatha

(i) faham - paham

(j) tadah - tabah

Apakah Bervariasi Bebas? Bervariasi bebas merupakan istilah yang digunakan bagi dua bunyi yang berbeza secara fonetik yang hadir pada lingkungan yang sama dalam perkataan dan bunyi itu boleh saling berganti antara satu sama lain tetapi tidak membezakan makna. Contohnya: /fikir/ dengan /pikir/ ( /f/ dengan /p/ bervariasi bebas ) /eloʔ/ dengan /εloʔ/ ( /e/ dengan /ε/ bervariasi bebas ) /oraŋ/ dengan /ɔraŋ/ ( /o/ dengan /ɔ/ bervariasi bebas)

1. Apakah yang anda faham tentang bervariasi bebas? 2. Berikan contoh-contoh perkataan yang bervariasi bebas dalam

bahasa Melayu.

Tahukah Anda Definisi Beralternasi Bebas? Beralternasi bebas merupakan istilah yang digunakan bagi bunyi yang sudah bertaraf fonem, tetapi boleh digunakan secara bertukar ganti dalam perkataan tertentu pada lingkungan yang sama. Namun, tidak membezakan makna. Contohnya fonem /a/, /i/ dan /u/ yang hadir pada lingkungan yang sama dalam perkataan /agama/, /igama/ dan /ugama/

Page 7: UNIT 7

BIDANG FONEMIK/ 7

152

tetapi maknanya tidak berbeza. Oleh hal yang demikian, fonem /a/, /i/ dan /u/ dikatakan beralternasi bebas.

1. Apakah yang anda faham tentang beralternasi bebas? 2. Huraikan perbezaan antara beralternasi bebas dan bervariasi

bebas.

Tahukah Anda Definisi Saling Melengkapi? Istilah saling melengkapi juga dikenali sebagai distribusi komplementar, iaitu lingkungan atau tempat yang dihadiri (diisi) oleh satu anggota bunyi daripada satu-satu fonem dan lingkungan atau tempat itu tidak boleh dihadiri (diisi) oleh anggota bunyi yang lain daripada fonem yang sama dalam perkataan. Maksudnya, bunyi tersebut mempunyai tempat (lingkungan) tertentu yang boleh dihadiri atau dilengkapinya. Misalnya, bunyi /k/ dalam perkataan [#kakaʔ#]. Bunyi /k/ boleh hadir hanya pada awal suku kata (koda) manakala bunyi /ʔ/ pula boleh hadir pada lingkungan akhir suku kata (onset) sahaja. Kehadiran bunyi /k/ dan /ʔ/ pada tempat tertentu ini, terdapat dalam banyak perkataan lain dalam bahasa Melayu. Misalnya, perkataan [#kanaʔ kanaʔ #], [#pəkaʔ#], [#wpowkoʔ#], [#beŋwkoʔ#], [#bəŋkaʔ#], [#wsoŋwkoʔ#] dan seumpamanya. Oleh sebab tempat atau lingkungan yang boleh diisi oleh /k/ dan /ʔ/ ialah tempat yang tertentu sahaja, maka bunyi /k/ dan /ʔ/ dikatakan saling melengkapi. Oleh hal yang demikian, bunyi /k/ dan /ʔ/ ialah alofon-alofon kepada fonem /k/.

1. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan

maksud saling melengkapi.

Page 8: UNIT 7

BIDANG FONEMIK/ 7

153

Tahukah Anda Definisi Kesamaan Fonetis? Kesamaan fonetis merupakan satu cara atau kriteria yang digunakan untuk menentukan sama ada bunyi-bunyi itu merupakan alofon-alofon kepada satu fonem. Cara yang lain untuk menentukan alofon-alofon kepada satu fonem ialah saling melengkapi (distribusi komplementar) seperti yang dihuraikan di atas. Bunyi kesamaan fonetis ialah bunyi yang mempunyai sifat fonetis yang sama. Bunyi kesamaan fonetis ini boleh terjadi dengan cara bunyi tertentu yang mendapat pengaruh artikulasi tambahan (koartikulasi) seperti pembibiran, penyengauan (penasalan), penglelangitkerasan, pengglotisan dan seumpamanya. Contohnya, bunyi [k] dengan bunyi [wk] (/k/ yang mendapat pengaruh pembibiran) yang terdapat pada perkataan [#kawan#] dan [#wbuwku#] merupakan bunyi yang mempunyai kesamaan fonetis ([k], dan [wk]). Oleh itu, [k] dan [wk] ialah alofon kepada fonem yang sama, iaitu /k/. Begitu juga dengan bunyi vokal [a] dalam perkataan [#dalam#] dan [ã] sengauan (nasalisasi) dalam perkataan [#mãlam#] juga merupakan bunyi yang mempunyai kesamaan fonetis (yang pertama merupakan vokal biasa sedangkan vokal [ã] yang satu lagi disengaukan). Oleh hal yang demikian, bunyi [a] biasa dan bunyi [ã] yang disengaukan itu dikatakan bunyi yang mempunyai kesamaan fonetis. Dalam bahasa Inggeris, terdapat juga bunyi yang mempunyai kesamaan fonetis. Contohnya, bunyi /p/ yang mendapat pengaruh koartikulasi hembusan seperti dalam perkataan /pen/ [#phen#] mempunyai kesamaan fonetis dengan /p/ yang tidak dihembus, yang berada pada akhir kata dalam perkataan /top/. Oleh hal yang demikian, bunyi [ph] (yang diiringi oleh hembusan) dengan [p] (yang tidak dihembuskan) ialah alofon-alofon kepada fonem /p/.

1. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan maksud kesamaan fonetis.

Page 9: UNIT 7

BIDANG FONEMIK/ 7

154

Tahukah Anda Definisi Fonem Vokal Rangkap? Fonem vokal rangkap atau dikenali juga sebagai deretan vokal ialah fonem yang hadir berturut-turut dalam satu-satu perkataan. Fonem vokal rangkap ini berbeza dengan diftong. Vokal rangkap ialah vokal penuh yang diucapkan secara sepenuhnya tiap-tiap satu dalam perkataan. Misalnya, /dia/, /bau/, /jauh/ dan /buah/ sedangkan diftong ialah dua vokal yang hadir berturut-turut dalam perkataan tetapi cara penghasilan diftong itu berbeza. Diftong dihasilkan dengan cara satu vokal diucapkan sepenuhnya sedangkan yang satu lagi diucapkan separuh sahaja. Cara menghasilkan diftong pula melibatkan berlakunya geluncuran. Maksudnya semasa menghasilkan bunyi vokal penuh, kedudukan lidah kemudiannya berubah dan geluncur kepada bunyi vokal yang lain. Contohnya, perkataan kerbau [#kərbaû#]), sampai [#sampaĭ#] dan amboi [#ʔamboĭ#].

1. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan maksud fonem vokal rangkap.

2. Berikan empat contoh kata yang bervokal rangkap. (i) ________________________________________

(ii) ________________________________________

(iii) ________________________________________

(iv) ________________________________________

3. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan cara penghasilan diftong.

4. Nyatakan perbezaan diftong dan vokal rangkap.

Page 10: UNIT 7

BIDANG FONEMIK/ 7

155

Tahukah Anda Definisi Fonem Konsonan Rangkap? Fonem konsonan rangkap ialah dua konsonan yang hadir berturutan dalam satu perkataan. Konsonan rangkap tidak terdapat dalam bahasa Melayu kecuali dalam kata-kata pinjaman daripada bahasa Jawa dan bahasa Inggeris. Dalam bahasa Inggeris, terdapat banyak perkataan yang memakai fonem konsonan rangkap ini. Contohnya, perkataan stop, steep, bring, brief, creep, clock, cloth dan seumpamanya. Konsonan rangkap dalam bahasa Melayu terdapat dalam perkataan-perkataan pinjaman yang dipinjam daripada bahasa Jawa dan Inggeris seperti prihatin, blok, draf, drama, projek, proses dan seumpamanya.

1. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, jelaskan maksud fonem konsonan rangkap.

2. Adakah fonem konsonan rangkap terdapat dalam bahasa Melayu?

Rujukan Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan bahasa Melayu terkini. Masa

Enterprise. Abdul Hamid Mahmood (2002). Guru dan bahasa Melayu. Kuala

Lumpur: City Reprographic Services. Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik

fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.

Ashby, P. (1995). Speech sounds. London: Routledge. Barnhart, C.L. & Barnhart, R.K. (Ed.) (1981). The world book of

encyclopedia volume two. Toronto: World Book Inc.

Page 11: UNIT 7

BIDANG FONEMIK/ 7

156

Bright, W. (Ed) (1992). International encyclopedia of linguistics. New York:

Oxford University Press. Clark, J. & Yallop, C. (1995). An introduction to phonetics and phonology

(second edition). USA: Blackewell. Crystal, D. (1986). A Dictionary of Linguistics and Phonetics. Oxford: Basil

Blackwell Ltd. Davenport, M. & Hannahs, S.J. (1998). Introducing phonetics &

phonology. Auckland: Arnold. Gleason, H.A. (1955). An introduction to descriptive linguistics. New York:

Holt, Rinehart & Winston. Harimurti Kridalaksana (1983). Kamus linguistik. Jakarta: Penerbit P.T.

Gramedia Jakarta. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. Ladefoged, P. (1973). Preliminaries to linguistic phonetics. Chicago:

University of Chicago Press.

Ladefoged, P. (1993). A course in phonetics (3rd. Ed). New York: Harcourt, Brace and Jovanovich.

Ladefoged, P. (2005). Vowels and consonants (second edition).

Australia: Blackwell Publishing. Ladefoged, P. (2006). A course in phonetics (fifth edition). Boston, MA:

Thomson Wadsworth. Laver, J. (1993). Principles of phonetics. New York: Cambridge University

Press.

Page 12: UNIT 7

BIDANG FONEMIK/ 7

157

Malmberg, B. (1963). Phonetics. New York: Denver. Marsono (1986). Fonetik. Yogyakarta: Gadjah Mada University Press. Pike, K.L. (1947). Phonetics: A critical analysis of phonetic theory and a

technique for the practical description of sounds University of Michigan Press.

Roach, P. (2001). Phonetics. United Kingdom: Oxford University Press. The Penguin Dictionary (2004). London: Penguin Books. Verhaar, J.W.M. (1983). Pengantar linguistik. Yogyakarta: Gadjah Mada

University Press.