SENARAI KANDUNGAN TAJUK MUKA SURAT
1.0 PENGHARGAAN
2.0 PENDAHULUAN
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
4.0 KAWASAN KAJIAN
5.0 KAEDAH KAJIAN
6.0 DAPATAN KAJIAN
7.0 RUMUSAN
8.0 LAMPIRAN
9.0 RUJUKAN
1.0 PENGHARGAAN
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan kepada guru Geografi saya,
iaitu Cikgu Hazli Adnan kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam
menjalankan projek Kajian Geografi Tempatan. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada
pengetua sekolah, Datin Nor Azizah binti Sulaiman yang telah memberikan kebenaran kepada
kami untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan. Saya juga ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibubapa saya iaitu Hishammudin bin Kaiyim bapa saya
dan Latifah binti Abdullah ibu saya yang telah member dorongan dan bantuan untuk saya
menjalankan kajian ini. Saya bersyukur kerana mendapat kejasama daripada rakan saya iaitu
Muhammad Amirul Adhwa bin Razmi dan Muhammad Faris bin Kamaruddin. Akhir sekali
, tidak lupa juga terima kasihdiucapakan kepada 15 orang penduduk di Taman Seri Gombak
yang telah sudi menjadi responden saya dalam kajian ini.
2.0 PENDAHULUAN
Saya memilih tajuk “Kajian Migrasi Penduduk di Taman Seri Gombak Selangor Darul
Ehsan” untuk Projek Kajian Geografi 2010. Saya memilih kawasan ini kerana hasil pemerhatian
awal mendapati kawasan kajian saya sering menjadi tumpuan imigran dari kawasan lain.
Kawasan kajian berhampiran dengan rumah saya. Masa yang diberikan untuk menyiapkan
kajian ini ialah selama lapan minggu.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
1. Menyatakan konsep migrasi penduduk di Taman Seri Gombak.
2. Menentukan pola migrasi penduduk di Taman Seri Gombak.
3. Mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di Taman Seri Gombak.
4. Menghuraikan kesan-kesan migrasi dalaman penduduk di Taman Seri Gombak.
5. Mencadangkan langkah-langkah mengatasi kesan migrasi di Taman Seri Gombak.
6. Menerapakan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian migrasi dalaman penduduk di Taman Seri Gombak.
4.0 KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya ialah Taman Seri Gombak ,Selangor. Sejarah kawasan ini ialah
sebelum dibangunkan kawasan perumahan ini adalah sebuah ladang getah. Lokasi kawasan
kajian ialah jarak kira-kira 15 kilometer ke utara dari pusat Bandar raya Kuala Lumpur. Panjang
jarak budaya seperti Masjid, Taman Tasik Seri Gombak dan Lebuhraya Duke.
5.0 KAEDAH KAJIAN1. Pemerhatian
Saya telah menggunakan kaedah ini sebahagian daripada kajian tempatan saya untuk
mencari maklumat dan fakta mengenai migrasi dalaman di Taman Seri Gombak.
2. Temu bual
Saya telah menemu bual seramai tiga orang penduduk sebagai sumber untuk
mendapatkan maklumat tentang perkembangan penempatan di Taman Seri Gombak.
3. Rujukan : Internet, Buku teks Goegrafi Tingkatan 2
Saya telah mengambil bahan-bahan yang diperlukan seperti peta yang diambil dari
GoogleMaps.com. Buku Teks Geografi Tingkatan 2 pada muka surat
6.0 DAPATAN KAJIAN
6.1 Konsep migrasi penduduk di Taman Seri Gombak
Secara umum migrasi penduduk ialah pergerakan, penghijrahan, perpindahan
seseorang yang melintasi sempadan kawasan negeri , Negara atau sempadan
antarabangsa (Azizan bin Haji Abu Samah,2003 ). Terdapat 2 jenis migrasi iaitu
migrasi antarabangsa dan dalaman. Dalam tugasan ini saya akan mengkaji migrasi
penduduk diantara kawasan-kawasan dalam sesebuah Negara pergerakan ini
sebagai migrasi dalaman.
6.2 Pola migrasi penduduk di Taman Seri Gombak
Hasil temubual saya dengan tiga orang penduduk tempatan mendapati
terdapat 2 pola migrasi penduduk di kawasan kajian (Taman Seri Gombak). Pola
migrasi tersebut adalah
6.2.1 Luar Bandar ke Bandar
Migrasi ini merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kajian
saya. Faktor ini berlaku disebabkan faktor tolakan (Luar Bandar) dan faktor tarikan
(Bandar). Migrasi luar Bandar ke Bandar adalah ketara selepas Negara mencapa
kemerdekaan.
6.2.2 Bandar ke Bandar
Migrasi ini merupakan migrasi penduduk dari kawasan Bandar seperti
Kuantan, Seremban, Shah Alam berpindah ke bandaraya Kuala Lumpur. Selain itu,
migrasi bermaksud perpindahan penduduk antara Bandar. Pola ini berlaku
disebabkan beberapa faktor-faktor yang dikaitkan dengan pekerjaan.
6.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalamanpenduduk di kawasan kajian
Bencana Alam Darjah Ketersampaian
Perubatan Kestabilan Politik
Keluarga Peluang Pekerjaan
Arahan Majikan
Pendidikan Dasar Kerajaan
Kemudahan Asas Kadar Upah
Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk.
6.3.1
Hasil pemerhatian awal saya di kawasan kajian mendapati terdapat
beberapa rumah yang penghuninya merupakan imigran luar bandar. Faktor ini
disebabkan oleh peluang untuk melanjutkan pelajaran (UIA). Di kawasan kajian
saya terdapat beberapa pusat pengajian tinggi swasta dan awam yang
membolehkan imigran ini melanjutkan pelajaran. Contohnya ialah Universiti
Islam Antarabangsa.
Selain daripada itu, banyak imbangan dari luar bandar berhijrah ke bandar
khususnya di kawasan kajian kerana di sini terdapat banyak peluang
pekerjaan. Ini jelas kerana terdapat beberapa syarikat, kilang, pusat-pusat
perniagaan dan sector-sektor swasta dan kerajaan. Memberikan peluang
pekerjaan dan menawarkan kadar upah yang tinggi.
FAKTOR
-FAKTOR
Faktor bandar ke bandar
6.3.2
Hasil temubual saya dengan En. Kamal bin Izzudin. Beliau menyatakan
terpakasa berpindah dari Kangar ke Kuala Lumpur dan menyewa rumah di
kawasan Taman Seri Gombak kerana ingin mendapatkan rawatan kesihatan di
Hospital Kuala Lumpur dan Intitut Jantung Negara dengan menyewa rumah dan
mengurangkan kos perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur.
Selain daripada itu, hasil temubual saya dengan Fatin Nadhirah binti Osman.
Beliau adalah seorang guru. Dulu dia seorang guru di MRSM Pahang di Kuantan
dan beliau berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest di Gombak,
Selangor. Kerana dia di suruh oleh majikannya supaya berpindah ke sini.
Saya berasa bersyukur dan berbangga kerana dapat tinggal dan duduk
dalam keadaan aman, damai dan sentosa walaupun bilangan penduduk
sering berlaku perubahan disebabkan oleh faktor migrasi dalaman ini.
6.4 Kesan Migrasi Penduduk di Taman seri Gombak
6.4.1 Kesan Positif
Hasil pemerhatian saya mendapati wujudnya masyarakat majmuk akibat
kesan migrasi penduduk di Taman Seri Gombak. Terdapat 3 suku kaum di
kawasan kajian iaitu Melayu, Cina dan India. Selain daripada itu juga percampuran
dialek dan bahasa serta loghat kenegerian di Taman Seri Gombak. Sebagai
contohnya loghat Kelantan, loghat Kedah, loghat Sarawak, loghat Jawa, loghat
Minangkabau dan lain-lain. Campuran budaya ini adalah sangat baik kerana kita
dapat mempelajari hidup di Taman Seri Gombak.
Selain daripada itu, migrasi ini juga dapat meningkatkan taraf hidup
penduduk setempat ini kerana terdapat banyak peluang pekerjaan yang
ditawarkan serta menawarkan kadar upah yang tinggi. Permintaan tenaga kerja
yang tinggi di sekitar kawasan kajian member peluang yang baik kepada
penduduk untuk menambahkan taraf hidup masing-masing.
6.4.2 Kesan Negatif
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kesan negatif akibat kesan migrasi ini di
kawasan kajian ialah masalah sosial berlaku menyebabkan percampuran budaya di
kawasan kajian dan desakan hidup tinggal di bandaraya Kuala Lumpur. Akibat
daripada tekanan ini berlaku daripada gejala mat rempit, pecah rumah dan
sebagainya. Ini data yang diperoleh dari balai polis Gombak.
Bilangan Kesalahan Jenayah Bilangan Kes Peratus Kes1 Ragut 15 44%2 Pecah Rumah 5 14%3 Kecurian Kereta 7 20%4 Berjudi 3 8%5 Maksiat 4 14%Jumlah 34 100%
Selain daripada itu, masalah perumahan juga berlaku di kawasan kajian. Akibat
desakan hidup yang tinggi kos permohonan yang tinggi dan kadar yewl yang tinggi. Ini
telah meyebabkan ada diantara penduduk di kawasan kajian yang memohon terpaksa
menupang atau meyewa rumah yang hanya mempunyai satu bilik kerana tidak
mampu menyediakan rumah besar untuk kelurga kerana kadar sewanya tinggi. Kesan
yang paling teruk berlaku, wujudnya perkampungan setinggan di kawasan kajian.
Selain daripada itu, kesan yang terdapat wujudnya di kawasan kajian ialah
masalah pengangguran khususnya yang melibatkan anak-anak emigran yang baru
selesai menghadapi (SPM) Sijil Pelajaran Malaysia. Mereka ini sukar mendapatkan
pekerjaan kerana kebanyakan pekerjaan yang ada telah diisi oleh emigran luar
negara. Sebagai contohnya anak-anak emigran ini tidak dapat bekerja membantu
keluarga sebelum keputusan peperiksaan dikeluarkan kerana pusat-pusat membeli-
belah, gedung-gedung perniagaan telah diisi oleh warga asing.
Saya rasa amat bertuah kerana tinggal di kawasan Taman Seri Gombak kerana
penduduk sentiasa bersatu padu bekerjasama dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi dari menjaga keharmonian di kawasan kajian.
6.5 Langkah-langkah mengatasi kesan negatif migrasi dalaman penduduk di Taman Seri Gombak
Terdapat beberapa langkah yang boleh dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini
antaranya, penduduk boleh mewujudkan rukun tetangga untuk meronda di kawasan kajian bagi
mengurangkan gejala masalah sosial yang berlaku. Selain itu juga, pihak polis juga boleh
memainkan peranan bagi melakukan perondaan motosikal untuk mengekang gejala ini dari
terus berleluasa.
Cadangan ke 2 pula ialah pihak majikan boleh meyediakan kuartes dengan kadar sewa
yang murah. Bagi pekerja mereka. Bagi yang tinggal di kuartes kos penyeleggaraan bolehlah
dikurangkan bagi menampung sewa yang tinggi di kawasan kajian.
Cadangan terakhir, bagi mengatasi masalah pengangguran ialah, Persatuan Penduduk
di kawasan Taman Seri Gombak boleh mengadakan kursus-kursus pekerjaan dan kemahiran
jangka masa pendek bagi mengisi masa terluang dalam kalangan anak-anak emigran.
Selain daripada itu, persatuan penduduk boleh menganjurkan kempen kerjaya bagi
mendedahkan peluan-peluang pekerjaan yang ada ditawarkan di sekitar kawasan kajian.
Saya rasa berterima kasih kepada persatuan penduduk kerana mereka sangat prihatin
dalam usaha menyelesaikan masalah yang berlaku akibat migrasi dalaman penduduk di
kawasan Taman Seri Gombak.
RUMUSAN
Dengan menggunakan kaedah kajian dapatlah dirumuskan bahawa Migrasi dalaman
penduduk merupakan pergerakan, perpindahan penduduk dalam sebuah Negara sama ada
keluar atau masuk. Dengan tujuan tinggal secara kekal atau sementara. Terdapat 2 pola migrasi
dalaman penduduk iaitu luar bandar ke bandar dan bandar ke bandar. Terdapat 2 faktor
tolakan dan tarikan luar bandar ke bandar yang menyebabkan pola ini berlaku. Antara faktor
tarikan ialah melanjutkan pelajaran dan peluang pekerjaan. Sementara, faktor tolakan ialah
rawatan kesihatan dan arahan majikan.
Terdapat 2 kesan migrasi penduduk di kawasan kajian ini. Kesan positif ialah wujudnya
masyarakat majmuk dan peningkatan taraf hidup. Sementara kesan negative ialah wujudnya
masalah sosial,masalah perumahan dan pengangguran. Terdapat beberapa langkah mengatasi
kesan ini antaranya mewujudkan rukun tetangga, melakukan rondaan motosikal pihak polis,
dan mengadukan kempen-kempen kerjaya.
Saya merasa bangga kerana menyelesaikan kerja khusus ini dan seronok tinggal di
kawasan kajian dan berharap kawasan ini akan membangun pesat serta hidup dalam harmoni
walaupun migrasi dalaman dan antarabangsa sentiasa berlaku.
RUJUKAN1. Internet : www.GoogleMaps.com
2. Buku Teks : Buku teks Geografi Tingkatan 2.
Recommended