EDU3063TUTORIAL MINGGU 2
Disediakan oleh:Azira Juki
Farah Syazwani MatNormarsitah Bomo
Soalan Tutorial:
Bincang dalam kumpulan kecil tentang pantang larang pelbagai kaum di Malaysia. Bentang hasil perbincangan.
Kumpulan kami : Kaum Melayu
Populasi masyarakat Malaysia
Tahun 2014 : 30 Juta orgPeratusan Melayu di Malaysia : 56.4%
Pantang Larang Kaum Melayu
Pengenalan
Pantang larang orang Melayu merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang.
Kebanyakan adalah bertujuan untuk mendidik masyarakat agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Disebalik pantang larang tersebut terdapat mesej yang tersembunyi yang diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.
Pantang Larang Kaum Melayu
1. “Jangan duduk di atas bantal, nanti
akan naik bisul di punggung”. Sebenarnya kita dilarang sama sekali duduk di atas bantal
kerana bantal ialah tempat kita meletakkan kepala sewaktu
tidur.
Memang tidak senonoh perangai meletakkan punggung di atas
bantal.
Dengan menggunakan punggung kita duduk di merata tempat
tidak kira tempat itu kotor atau bersih.
Pantang Larang Kaum Melayu2. “Orang perempuan jangan menyanyi di dapur, kalau
menyanyi di dapur akan dapat suami tua”.
Kalau difikirkan secara logik perempuan muda tidak akan hendak
bersuamikan orang-orang tua.
Menerusi pantang larang ini orang perempuan dilarang menyanyi di dapur
kerana sewaktu menyanyi boleh terleka.
Manusia sukar untuk melakukan dua perkara dalam satu masa dengan
sempurna.
Jika menyanyi sewaktu menghiris bawang dibimbangi jari terluka. Jika
menyanyi sambil memasak makanan ditakuti ada rencah-rencah tertentu
yang tidak dibubuh dalam masakan malah mungkin ada makanan yang
dimasak hangus.
Akibatnya makanan yang dimasak tidak sempurna, kesannya ahli keluarga
atau sesiapa yang makan makanan tersebut akan tidak berselera.
Pantang Larang Kaum Melayu3. “Orang mengandung jangan memukul ular,
nanti anak yang dilahirkan akan cacat atau
tidak sempurna sifatnya”. Orang perempuan yang mengandung tidak boleh melakukan
perkara yang lasak contohnya memukul ular.
Jika seseorang memukul ular dia akan pukul dengan penuh geram
dan sekuat hati.
Jika perbuatan ini dilakukan oleh perempuan yang mengandung
dibimbangi anak yang berada dalam kandungan akan mengalami
keguguran.
Ditakuti juga orang yang mengandung akan terjatuh.
Akibatnya akan berlaku kecederaan kepada ibu dan mungkin juga
kepada anak dalam kandungan.
Pantang Larang Kaum Melayu
4. “Jangan makan waktu senja, nanti semangat padi akan
hilang”. Maksud tersirat yang ingin disampaikan kepada orang Melayu ialah seisi
keluarga hendaklah makan bersama-sama iaitu selepas sembahyang Maghrib.
Dengan cara ini akan mengeratkan tali sillaturahim sesama ahli keluarga.
Anak yang masih remaja dilarang makan awal dibimbangi lauk tidak mencukupi
untuk ahli keluarga yang lain.
Lauk yang ada perlu dikongsi bersama.
Masyarakat Melayu zaman dahulu jarang menyediakan lauk yang banyak
kerana ingin berjimat.
Pendapatan yang diperolehi tidak lumayan kerana mereka perlu menabung duit
untuk pergi ke tanah suci Makkah.
Pantang Larang Kaum Melayu5. “Jangan memotong kuku di waktu malam, nanti akan didatangi
malang”
Pantang larang memotong kuku di waktu malam seringkali juga ditekankan di mana
dikatakan bakal didatangi malang sekiranya dilakukan.
Secara logiknya, kita tidak dapat melihat di mana perkaitan antara memotong kuku
dengan malang yang bakal menimpa.
Rasionalnya adalah kerana pada zaman dahulu tiada bekalan letrik dan waktu malam
hanya diterangi cahaya lampu pelita sahaja.
Maka sudah pastilah pandangan pada waktu malam adalah tidak jelas dan samar-
samar.
Maka tegahan ini sebenarnya adalah untuk mengelakkan daripada terpotong kuku
secara berlebihan ataupun melukakan jari sendiri kerana kemampuan pandangan
mata yang tidak berapa jelas.
Pantang Larang Kaum Melayu6. Kalau makan nasi kena habiskan, kalau tidak nasi akan menangi.
- untuk mengelakkan berlakunya pembaziran
7. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja (Maghrib), nanti
disorok hantu.
- Pantang larang' ini wujud sebab orang-orang tua tidak mahu budak-budak kecil main di
luar waktu Maghrib sebab waktu tersebut banyak syaitan yang berkeliaran. Lagipun
tidak ada orang yang akan main waktu malam.
8. Jangan tukar tempat semasa makan, nanti kahwin banyak.
- dianggap perbuatan yang kurang sopan. Lagi pun, mungkin perbuatan tukar tempat
duduk semasa makan akan merimaskan orang lain yang sedang makan.
9. Jangan buka payung dalam rumah, nanti ular masuk.
- supaya kita tidak main-main dengan payung ketika berada di dalam rumah sebab
nanti takut tercucuk orang lain.
10. Anak dara dilarang duduk ditangga, nanti tidak dapat jodoh.- Rasionalnya, perbuatan tersebut tidak sopan dan menghalang laluan orang lain.
11. Ada sesetengah kaum Melayu, biasanya bumiputera Sarawak, tidak boleh memakan ikan patin kerana takut anak akan cacat.
Rujukan
Melayu, O. (2012, Ogos 15). Pantang Orang Melayu. Retrieved from Asal Usul Orang Melayu: https://asalusulorangmelayu.wordpress.com/2012/08/15/pantang-orang-melayu/
Muhammad, N. (2012, Mei 25). Oh! Orang-orang Tua Kata Jangan! Retrieved from Saya Dengar, Saya Lihat, Saya Baca: http://nadiah-muhammad.blogspot.com/2012/05/oh-itu-tak-boleh-ini-pun-tak-boleh.html
Pantang Larang Melayu. (n.d.). Retrieved from Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pantang_larang_Melayu
Tarabassing. (2011, Mei 10). 56 Pantang Larang Nenek Moyang. Retrieved from Tarabassing: http://tarabassing.blogspot.com/2011/05/56-pantang-larang-nenek-moyang.html