RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 1
Rancangan Pengajaran Harian [RPH] (Pengajaran Kemahiran Membaca: Pendekatan Tematik)
Tarikh /Hari : Isnin Tahun : 4 Berlian
Bil Murid : 34 orang Masa : 8.30 – 9.30 pagi Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia
Tema : Kesihatan Tajuk : Demam Denggi Wabak Membunuh
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN
2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai
bahan untuk memberi respons dengan betul.
4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang
tersurat dan tersirat dengan tepat daripada
pelbagai bahan untuk membuat penilaian dengan betul.
4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran yang dipersembahkan melalui nyanyian secara
didik hibur.
Objektif: Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:
i. Menyebut dengan intonasi yang betul dan memahami lirik lagu Nyamuk Aedes yang didengari
dengan betul.
ii. Membaca dan menyatakan maklumat yang tersurat dengan tepat daripada teks “ Demam
Denggi Wabak Membunuh”
iii. Menulis maklumat yang tersurat dan tersirat dengan tepat dalam borang grafik yang disediakan
berpandukan teks “Demam Denggi Wabak Membunuh”.
Sistem Bahasa
Tatabahasa :Sebutan dan intonasi
Kosa kata : keradangan , penguatkuasaan , berbahaya
Pengisian Kurikulum
Ilmu : PJK, Sains , Pendidikan Muzik
Nilai Murni : Kebersihan fizikal dan mental
Pendidikan Alam Sekitar : bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan persekitaran
Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMK
Kreativtii : Pergerakan kreatif - Imaginasi dan visualisasi , menghasilkan lakaran grafik yang menarik
Elemen Keusahawanan EK 2: 2.2 Menganalisis dan menyatakan kebaikan/keburukan sesuatu EK 5: 5.1 Prinsip tanggungjawab sosial : menjaga persekitaran
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 2
Kepelbagaian Kaedah dan teknik
KB : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman tentang bahaya penyakit bawaan nyamuk.
KP : Verbal linguistik, Intrapersonal dan kinestatik
BCB : Mengumpul maklumat dan memproses maklumat tentang lirik lagu
Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan amalan kebersihan di rumah dan persekitaran dalam kehidupan seharian bagi mengelakkan nyamuk membiak.
Pembelajaran konstruktivisme , Pembelajaran konstektual
Bahan bantu mengajar
Jenis Bilangan
1 Komputer riba 1
2 LCD 1
3 Lirik lagu :Nyamuk Aedes 34
4 Grafik peta pemikiran : Carta alir 34
5 Lembaran Petikan : Demam Denggi Wabak Membunuh 34
6 Peta Grafik : Kitar Hidup Nyamuk 1
7 Lembaran Kerja Penilaian 34
8 Lembaran kerja pemulihan 34
9. Lembaran Kerja Pengayaan 34
10 Borang rekod penilaian 1
Pengetahuan Sedia Ada : Murid biasa melihat nyamuk dan pernah mengetahui tentang demam denggi berpunca dari nyamuk.
Langkah dan Masa
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Induksi Set (7 minit)
Didik Hibur
Nyanyian Lagu Aedes 1. Menyebut dan memahami
nyanyian yang didengari. .
2. Mengaitkan nyanyian
dengan isi pelajaran Perkaitan Nyamuk Aedes
dengan Demam Denggi
Guru mengaktifkan komputer riba dan
memasang video lagu Nyamuk Aedes
Murid mendengar lagu.
Murid menyebut dan memahami nyanyian lagu Nyamuk Aedes.
Guru menghubungkaitkan nyanyian dengan isi
pelajaran pada hari ini.
BBM
Komputer riba
LCD
KB
Menghubung kait
BCB
Memproses
maklumat Pembelajaran
Kontekstual
Menghubungkait kan kehadiran
nyamuk dalam kehidupan murid sehari-hari
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 3
Langkah 1 (10 minit)
Membaca Petikan
“ Demam Denggi Wabak Membunuh “.
Aktiviti 1
Guru mengedarkan petikan kepada murid.
Murid membaca petikan dengan senyap.
Murid membaca teks secara mekanis dengan sebutan dan intonasi
yang betul secara individu , berpasangan dan kelas
Aktiviti 2 .
Guru dan murid berbincang tentang petikan yang dibaca
- Punca demam denggi
- Tanda-tanda demam
denggi - Langkah
pencegahan
- Kos rawatan
BBM
Laptop
Lembaran Petikan Teknik
Pemerhatian
Tunjuk cara sebutan yang betul
Pergerakan kreatif
KP
Intrapersonal
Verbal linguistik
Kinestatik
Nilai Murni
Kebersihan
Persekitaran
Pembelajaarn
kontekstual
Menghubungkaitkan dengan
kebersihan di rumah dan persekitaran untuk
mengelakkan nyamuk membiak
EK
EK 2: 2.2
Langkah 2 ( 15 minit)
Membaca dan mencatat
maklumat di dalam lakaran
grafik yang disediakan.
Aktiviti 1
Murid berada di dalam kumpulan seramai 4
orang.
Murid berbincang di
dalam kumpulan dan mencatatkan maklumat dengan betul
berdasarkan petikan yang dibaca.
Murid mencatat hasil perbincangan pada lakaran grafik yang
disediakan..
BBB
Lembaran Petikan
Lakaran Grafik
Pendekatan
Konstruktivisme
Teknik
Perbincangan
KP
Intrapersonal
Verbal linguistik
Nilai Murni
Bekerjasama
PAS
Bertanggungjawab terhadap
kebersihan rumah dan kawasan persekitarannya.
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 4
Langkah 3
( 23
minit)
Membaca dan menyatakan
maklumat dari
Gambarajah
Aktiviti 1 (Penilaian)
1. Guru menayangkan gambar kitar hidup nyamuk menggunakan
LCD
2. Murid memerhati dan
menyatakan maklumat yang diperolehi dari gambarajah.
3. Murid membaca
penyataan yang diberi
dengan sebutan yang betul.
4. Murid menyusun penyataan tentang kitar
hidup mengikut urutan dengan betul
.
Aktiviti ii Pengayaan
1. Murid diminta menjawab soalan pemahaman yang diberi.
Pemulihan
1. Murid diminta melengkapkan ayat dengan
perkataan yang betul berdasarkan petikan.
BBM
Laptop
Paparan Gambarajah Kitar Hidup Nyamuk
Lembaran
Penyataan Kitar Hidup Nyamuk
KB
Mengubungkiatkan
KP
Verbal Linguistik
Intrapersonal
EK
EK 5: 5.1
Penilaian objektif Pemerhatian : Rekod Penilaian
Murid dapat membaca dan menyusun penyataan kitar hidup
nyamuk Lembaran kerja
aktiviti pengayaan
Lembaran kerja aktiviti pemulihan
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 5
Penutup 5 minit
Kognitif :
Merumuskan isi pelajaran hari ini dengan soal jawab
Sosial :
Menyanyikan lagu “Aedes:
Murid bersoaljawab tentang apa yang telah
dipelajari hari ini
Menyanyikan lagu Aedes bersama-sama
BBB
LCD
Skrin
Lirik lagu KB
Merumus isi
pelajaran
Nilai Murni
Kebersihan
PAS
Bertanggungjawab
menjaga kebersihan rumah dan persekitaran
KP:
Verbal linguistik
Intrapersonal
Kinestetik
Catatan Refleksi:
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 6
Baca dan fahami
teks di bawah
Deman Denggi merupakan sejenis
penyakit yang disebabkan oleh
jangkitan virus denggi yang
disebarkan oleh nyamuk Aedes
betina. Cara penyebarannya adalah
melalui gigitan nyamuk Aedes.
Terdapat dua jenis denggi yang paling
berat iaitu Deman Hemoragik Denggi
dan Sindrom Kejutan Denggi
Deman denggi bermula dengan
deman mengejut, sakit kepala
teruk, sakit di belakang bebola
mata, sakit sendi dan otot
serta gatal-gatal. Ciri-ciri
keradangan deman denggi ialah
bintik-bintik merah terang,
biasanya muncul pada anggota
bahagian bawah
Amalan pencegahan boleh dilakuakan
deangan menjaga kebersihan sekeliling
rumah samaada di dalam dan di luar
rumah bagi menghindarkan pembiakan
nyamuk. Cara untuk menghalang
pembiakan nyamuk adalah dengan,
menggunakan penyembur racun
serangga, memasukkan ubat pembunuh
jentik-jentik kedalam bekas simpanan air,
menutup bekas simpanan air untuk
mencegahnya daripada bertelur, sentiasa
menukar air di dalam bekas simpanan air,
jambangan bunga dan kolah mandi setiap
minggu serta gotong-royong
membersihkan kawasan persekitaran
Deman denggi merupakan
penyakit yang sangat
berbahaya dan mengancam
kesejahteraan hidup serta
masyarakat setempat. Pihak
berkuasa perlu
melaksanakan
penguatkuasaan berterusan
yang lebih berkesan agar
dapat menghapuskan
kawasan pembiakan
nyamuk. Sekirannya pekara
ini dilaksanakan secara
berterusan sudah pasti
masalah denggi dalam
kalangan masyarakat kita
dapat dikawal dan
dikurangan. Ingatlah
"DenggiMembunuh".
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 7
Jenis-jenis Deman Denggi
Tanda-tanda
Deman Denggi
Langkah-lankah
mencegah denggi
Tuliskan maklumat
penting pada lakaran
grafik yang disediakan
________________________
________________________
________________________
________________________
________________________
________________________
____________
________________________
________________________
________________________
________________________
________________________
________________________
____________
________________________
________________________
________________________
________________________
________________________
________________________
____________
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 8
Kitaranhidupnyamuk
Nyamuk betina
menghisap darah
Telur
Larva
Pupa
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 9
Telur- selepas menghisap darah, nyamuk betina bertelur sekolompok iaitu kelompok telur berbentuk rakit. Telur yang mengandungi 40 hingga 400 telur halus yang berwarna putih terapung pada permukaan air bertakung atau air yang mengalir
Pupa- Pupa tinggal berhampiran dengan permukaan air, bernafas melalui dua tiub berbentuk seperti tanduk yang dipanggil sifon. Sifon terletak pada bahagian belakang pupa. Pupa tidak makan
Nyamuk- Nyamuk mengalami transformasi lengkap. Nyamuk mengalami empat peringkat perkembangan yang jelas. Empat peringkat itu ialah telur, larva, pupa dan nyamuk dewasa. Kitaran hidup lengkap nyamuk mengambil masa sebulan.
Larva- Dalam seminggu, telur itu akan menetas dan menghasilkan larva atau dipanggil jentik-jentik. Larva bernafas melalui tiub yang terkeluar pada permukaan air. Larva memakan bahan organik yang terapung dan juga makan sesama sendiri. Seterusnya larva akan bertukar menjadi pupa
Nyamuk dewasa keluar daripada pupa apabila kulit terbuka selepas beberapa hari. Nyamuk dewasa hanya boleh hidup beberapa minggu sahaja
Susun dan nomborkan peryataan
berikut mengikut urutan kitaran
hidup nyamuk
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 10
Isi tempat kosong di bawah
dengan perkataan yang
sesuai berdasarkan teks
1. Deman denggi disebabkan oleh nyamuk
___________________.
2. Cara penyebarannya ialah melalui ___________________
gigitan nyamuk aedes.
3. Salah satu daripada tanda kita dijangkiti deman denggi ialah
________________________.
4. Kita boleh mencegah pembiakan nyamuk aedes dengan
_____________________ kawasan rumah.
5. Sentiasa ________________ di dalam bekas simpanan air
supayanyamuktidakmebiak.
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 11
Baca dan jawab soalan-soalan
Pemahaman di bawah ini
Berapa jumlah kitaran hidup
nyamuk?
_____________________________
_____________________________
_____________________________
_________
Berap aanggaran seekor nyamuk
betina bertelur?
_____________________________
_____________________________
_____________________________
_________
Apakah nama peringkat kedua
sebelum nyamuk menjadi pupa?
_____________________________
_____________________________
_____________________________
_________
Nyatakan peringkat kitaran
hidupnya mukse cara ringkas
_____________________________
_____________________________
_____________________________
_________
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 12
KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK
1.0 Pengenalan
Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang
saling berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu
proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-
konsep ini , apabila diaplikasikan dalam bilik darjah akan membentuk satu
pembelajaran yang kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan tercapai.
Nota grafik yang digunakan untuk memperjelaskan keempat-empat konsep ini
perlulah meliputi tentang kejelasan isinya walaupun ringkas, warna juga memainkan
peranan penting bagi menunjukkan sesuatu carta atau gambarajah. Huruf , bentuk
dan corak yang menarik dapat memberi satu gambaran tentang sesuatu nota yang
hendak disampaikan. Penerima maklumat akan mendapat maklumat dengan jelas
dan mudah faham tentang apa yang akan disampaikan oleh pemberi maklumat.
Rajah 1. Definasi Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik
Definasi
Pendekatan
strategi
Kaedah
-.
teknik
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 13
2.0 Huraian definasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
2.1 Pendekatan
2.2 Strategi
PENDEKATAN : Dalam pengajaran bahasa, pendekatan ialah satu
kumpulan andaian yang membentuk sifat bahasa pembelajaran dan
pengajaran yang dijalankan
Pendekatan juga bermaksud halatuju atau arah yang diambil untuk
menuju sesuatu sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagi "to come
near to in any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu.
Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau
generalisasi yang tertentu.
STRATEGI : Ianya merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah
yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan
menggunakan tenaga, masa dan kemudahan yang diperolehi secara optimum.
Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang cara-cara merancang
dan melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur untuk mencapai
matlamat atau kejayaan.
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 14
2.3 Kaedah
2.4 Teknik
TEKNIK : Taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran
yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu
bahagian.
Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya
Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai
pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di
mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi
menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-
pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang
digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.
KAEDAH : Satu rencana yang menyeluruh yang mengajar
sesuatu bahan bahasa dimana secara keseluruhannya berdasarkan kepada
pendekatan yang diaplikasikan tetapi tidak boleh bercanggah dengan
pendekatan tersebut.
Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar
ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan
dengan teratur. Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah
itu sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan. Jadi, apa saja cara
yang guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif
pengajaran, maka itu adalah kaedah.
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 15
3.0 Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan
pembelajaran
TEKNIK
Rajah 2: Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
3.1 Konsep pendekatan
PENDEKATAN
STRATEGI
tT
KONSEP
KAEDAH
TEKNIK
Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk kepada cara
bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.Pendekatan
mestilah berlandaskan model, prinsip atau teori seperti ;Konkrit kepada abstrak,
mudah kepada susah, dan umum kepada spesifik. Pendekatan dianggap benar
tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan yang baik serta
bijak mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik.Ia
merupakan satu pegangan dan falsafah bagi memahami dan mendekati
sesuatu perkara.
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 16
3.2 Konsep strategi
3.3 Konsep Kaedah
3.4 Konsep teknik
Satu perancangan yang diatur untuk mencapai tujuan atau matlamat bagi
membentuk kejayaan. Dalam Pengajaran dan pembelajaran ,strategi diperlukan
oleh seseorang guru supaya murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang
diajar setelah merancangnya seterusnya memberi kejayaan dalam hasil
pembelajaran yang telah ditentukan
Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek, objektif
pelajaran spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat berbagai
kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-penemuan,kaedah
penyiasatan,kaedah dapatan dan sebagainya.
Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar
keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dan teratur.Ini
bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah berlandaskan kepada
pendekatan yang berkaitan dengan model dan prinsip.
Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk
menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru
mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main peranan
,improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan
sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras
pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan
juga penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan menggunakan
pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang
mementingkan isi kandungan ataupun proses.
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 17
4.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek yang ingin kita sampaikan
sebagai bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya menyerupai
klasifikasi di mana jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria yang
digunakan untuk
meneliti proses
pengajaran.
Rajah 3 : Keberkesanan pendekatan
4.1 Keaktifan pengajaran dan pelajar
Pendekatan ini merujuk kepada memusatan guru ketika menyampaikan isi
dalam bilik darjah seperti guru memberi penerangan dalam aktiviti syarahan dan
demontrasi. Manakala pendekatan yang mementingkan pelajar ialah pendekatan
yang memusatkan murid untuk mendapatkan maklumbalas seperti aktiviti
permainan,perbincangan dan penyelesaian masalah dalam kumpulan untuk
mendapatkan bahan atau maklumat .
PENDEKATAN
keaktifan pengajaran dan pelajar
cara pegelolaan
murid
cara-cara fakta
disampaikan
pelajaran mata
pelajaran
pelajaran bahasa
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 18
4.2 Cara- cara fakta disampaikan
Berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran disampaikan dan
diterangkan seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum
hukum-hukum tatabahasa dijelaskan kepada pelajar Manakala. pendekatan deduktif
pula ialah satu kaedah mengajar yang komplek., Bagi pendekatan eklektik, ia
merupakan gabungan antara pendekatan induktif dan deduktif. Cara –cara fakta lain
yang disampikan juga merangkumi pendekatan dari mudah ke susah dan
pendekatan dari maujud ke abstrak
4.3 Cara pengelolaan murid
Bagi pendekatan pengajaran yang berasaskan cara pengelolaan murid
adalah pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan,
pendekatan kelas, pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Guru diberi
kebebasan memilih kaedah yang sesuai untuk aplikasikannya dalam bilik darjah
4.4 Pengajaran bahasa
Dalam pengajaran bahasa, pendekatan seperti pendekatan komunikasi,
pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan
pendekatan nahu. Semua pendekatan ini wujud berasaskan kepada teori-teori
pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris.
4.5 Pengajaran mata pelajaran lain.
Pendekatan ini digunakan ketika sesi pembelajaran yang mana guru menyelit
dan menggabungjalinkan dengan mata pelajaran yang lain mengikut tema-tema
yang diajar.
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 19
5.0 Strategi pengajaran dan pembelajaran
Guru yang kreatis dan inovatif akan menggunakan gabunagan beberapa
pendekatan dan juga kaedah yang tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya
atau pun objektif pengajaran. Segala bentuk dan gabungan pendekatan dan kaedah
serta turutan kedua-duanya bila masa dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.
Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu
mengajar pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan,
kecenderungan, bakat serta minat selain mempunyai aras pencapaian yang
berlainan antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Contohnya bagi Kelas
Pemulihan dan Kelas Arus Perdana, pencapaian akademik dan tahap penerimaan
antara pelajar-pelajar tersebut amat berbeza. Guru harus bijak untuk meningkatkan
kualiti pembelajaran melalui perancangan strategi agar murid-murid ini dapat
menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh yang demikian guru perlu mencari
jalan bagaimana unuk mengintegrasikannya serta menyusun kaedah-kaedah yang
bersesuaian untuk memberi input kepada pelajar- pelajarnya
Rajah 4 : Strategi Pengajaran dan pembelajaran
•Guru sebagai fasilitator, murid sebagai penonton
•Interaksi sehala sahaja
•pencapaian murid diutamakan
•murid pasif dan tidak kreatif
•ciri kepimpinan guru bersifat autokratik
•mengutamakan keputusan ujian dan peperiksaan
•kaedah keseluruhan kelas
Pemusatan guru
•murid pemain utama, guru hanya pemimpin.
• interaksi dua hala.
•utamakan objektif pencaian murid
•murid lebih kreatif dan beinisiatif
•dapat memupuk nilai -nilai murni seperti kerjasama
pemusatan murid •Bergantung sepenuhnya kepada Bahan Bantu Mengajar
•utamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan.
•Sesi pembelajaran lebih mearik, berkesan dan bermakna.
•Murid melalui pengalaman sebenar
Pemusatan bahan
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 20
6.0 Kaedah pengajaran dan pebelajaran
Satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta dimana
setiap langkah tersebut mempunyai kemahiran kemahiran dan latihan yang
dirancang. Keutamaan adalah bagi mencapai objektif yang dirancang bukannya cara
bagaimana proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan.
Rajah 5 : Kaedah Pengajaran yang baik dan proaktif
6.1 langkah-langkah yang teliti
Bagi mewujukan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik serta murid yang
proaktif, guru perlu menyusun langkah-langkah pengajaran dengan teliti agar tidak
berlaku keciciran ilmu ketika menyampai maklumat kepada murid-muridnya.
Sebelum memulakan sesi pengajaran, langkah-langkah perlu dirancang sebelum
melaksanakannya. Ianya mestilah mengandungi BBM/ABM dan aktiviti-aktiviti yang
tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran.
Objektif yang tepat dan boleh
dicapai
Strategi yang
tersusun dan kemas
Langkah-langkah
yang teliti
Kaedah pengajaran yang baik
dan proaktif
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 21
6.2 Strategi yang tersusun dan kemas
Strategi yang tersusun, kemas dan teratur memainkan peranan penting
dalam kaedah pengajaran yang baik ,yang merangkumi isi kandungan, objektif yang
ingin dicapai,pendekatan,kaedah dan teknik penyampaian yang menarik. Bahan
Bantu Mengajar perlulah sesuai dengan pembelajaran pada hari tersebut serta
penilaian yang akan dijalankan mestilah dibuat agar kita dapat mengetahui
pencapaian pengajaran terhadap murid. Strategi yang tersusun akan memberikan
sesi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan berkesan.
6.3 Objektif yang tepat dan boleh dicapai.
Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan membantu guru mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu merencanakan sesuatu
pengajarannya dengan meletakkkan objektif yang tepat dan sesuai dan objektif
tersebut mestilah boleh dicapai. Jangan meletakkan sasaran atau objektif yang
terlalu tinggi dengan aras pencapaian murid.
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 22
7.0 Teknik Pengajaran dan pembelajaran
Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan
melaksanakan teknik atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu
mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang boleh merangsang dan menarik minat
pelajar yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama
dengan pendekatan yang dianuti.
7.1 Tujuan – tujuan teknik
Rajah 6 :Tujuan teknik diadakan
Menarik minat murid untuk terus belajar di dalam kelas.
Mengekalkan perhatian dan
memberi tumpuan
sepenuhnya ketika sesi pengajaran
dan pembelajaran
Membangkitkan rasa ingin tahu murid mengenai
pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru
Memberi satu pengalaman baru kepada murid untuk
diaplikasiakan semasa atau
selepas persekolahan
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 23
7.2 Jenis-jenis teknik pengajaran bahasa
Rajah 7 : Jenis-jenis teknik
7.2.1 Teknik main peranan
1. Melakonkan situasi atau peristiwa yang dianggap penting.Proses berlaku di bilik
darjah.
2.Murid memainkan peranan utama dan bertindak sebagai watak-watak yang
ditentukan dalam situasi yang diberikan
3.Peranan yang dibawa atau dimainkan secara spontan tanpa menggunakan skrip
4.Dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai setelah melihatnya atau
mendengar melalui filem, televisyen, rakaman ,radio atau direka oleh guru.
5.Penilaian prestasi para pelakon dan rumusan cara penyelesaian dibuat selepas
selesai aktiviti main peranan.
Teknik pengajaran
bahasamain
peranan
permainan bahasa
latih tubi
bercerita
inkuiri
perbahasan
kuiz sumbangsaran
soaljawab
simulasi
drama
perbincangan
forum
demontrasi
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 24
7.2.2 Permainan Bahasa
Aktiviti pembelajaran sebagai aktiviti pengukuhan,pengayaan dan
pemulihan.
Contoh aktiviti seperti kuiz,puzzle, teka-teki,meneka, silangkata
,penyelesaian masalah, demontrasi, sisip sukukata, menangga
kekata dan sebagainya.
Boleh dilakukan secara individu, kumpulan , berpasangan atau kelas.
Penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman,
latihan intensif dan sebagai alat dianogstik.
Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar
seperti
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
7.2.3 Latih tubi
Aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai penguasaan
kemahiran.
Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya untuk
murid-murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah.
Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut
suku kata perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting atau pun
huruf-huruf.
Pelajar didedahkan dengan aktiviti menyebut, mendengar dan memikirkan
maksud sesuatu perkataan atau makna ayat.
Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual)
Digunakan sebagai teknik menghafal atau mengingat.
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 25
7.2.4 Bercerita
Satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran.
Cerita disampaikan secara lisan, melalui tontonan, mendengar
rakaman dan melalui pementasan boneka.
Tujuan bercerita untuk:
Menimbulkan minat murid untuk belajar
Melatih kemahiran mendengar
Memupuk nilai-nilai murni
Memperkayakan pengalaman murid
Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
Penglibatan murid secara aktif dan menjana pemikiran murid
7.2.5 Inkuiri
Teknik yang dikenali juga sebagai teknik tinjau siasat.
Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau
kesimpulan yang berorientasikan masalah.
Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.
Pengendalian teknik inkuiri ialah :
1. Proses mengenali masalah
2. Mengkaji ramalan
3. Mengumpul maklumat
4. Menganalisis
5. Membuat rumusan
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 26
7.2.6 Perbahasan
Merupakan perbincangan formal yang terdiri daripada kumpulan kecil
Terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli.
Satu kumpulan pencadang dan satu lagi pembangkang yang menentang
hujah.
Murid dilatih untuk mengembangkan idea dan menyampaikan isi secara
spontan .
Merupakan satu aktiviti yang member peluang kepada murid menyampaikan
hujah yang bernas, logik dan berfakta.
7.2.7 Kuiz
Guru dapat menperkukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman
pelajar mengenai topik-topik tertentu.
Dapat menguji minda pelajar disamping belajar sambil bergembira.
Pelajar dapat menimba ilmu dengan mengemukakan soalan-soalan secara
teka-teki.
Mewujudkan cara belajar melalui pemikiran yang bernas.
Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi
bentuk, makna dan penggunaan bahasa yang tepat.
Soalan adalah yang memberangsangkan minda dan mempunyai kemahiran
berfikir
7.2.8 Sumbangsaran
Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan, aras dan minat murid
Segala cadangan, pendapat dan ideaperlu dicatat untuk dibincangkan
dalam sesi umum.
Pengerusi mestilah berkelayakan untuk menyampaikan idea dan setiap
ahli berpeluang memberi cadangan
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 27
7.2.9 Soaljawab
7.3.0 Simulasi
@ Suatu situasi pembelajaran yang terkawal dan merupakan situasi yang sama
dengan keadaan sebenar untuk menyelesaikan masaah
@ Pembelajaran berlaku dalam bilik darjah dan membolehkan murid melakukan
aktiviti secara lakonan dengan tujuan mengemukakan masalah
@ Terdapat dua jenis simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan.
@ Tujuannya ialah :
Murid dapat menguasai kemairan bertutur
Membina pemikiran yang kreatif dan kritis
Membina jati diri yang positif terhadap masalh yang dihadapi
Mengaitkan isi pelajaran dengan sifat yang baik dan berwibawa
Mewujudkan suasana situasi yang sebenar di dalam kehidupan seharian
Mewujudkan interaksi dua haladan cara pembelajaran yang berkesan.
Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran
dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.
Soalan-soalan yang diberikan memerlukan pelajar berfikir dengan baik
di samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar oleh guru
Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan aras
pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim bilik darjah dan
pembelajaran beretika, dinamik dan berkesan
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 28
7.3.1 Drama
Mendorong dan merangsang minda pelajar untuk menghubungkan
perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.
Pelajar diberi kebebasan untuk meluahkan pendapat, membuat penemuan,
memberi dan berkongsi sesuatu dengan orang lain
Drama dapat mempelbagaian ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu
alat bantu pengajaran dan pembelajaran.
Teknik ini boleh menimbulkan rasa keseronokan dan keberkesanan
pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.
7.3.2 Perbincangan
Melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan murid di dalam kelas
Sebagai cara untuk bertukar pandangan dan pendapat untuk berkongsi
idea ataupun masalah.
Guru memberikan tajuk mengenai peristiwa, fakta, isu-isu atau konsep
kekeluargaan atau pencemaran, manakala murid berperanan
memberikan pendapat untuk pencambahan dan perkembangan idea.
Guru sebagai fasilitator dan akan membantu murid membuat rumusan
terhadap hasil perbincangan mereka.
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 29
7.3.3 forum
Satu sesi perbincangan yang terdiri daripada beberapa ahli panel untuk menjana
idea dan mengemukakan pendangan tentang sesuatu topic dan dijalankan
secara formal.
Teknik forum merupakan aktiviti lisan yang ideal dan sesuai dijalankan dalam
pengajaran, di mana pelajar akan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman
mereka,
Secara langsung ianya dapat meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan
fikiran dengan jelas, bernas, proaktif ,berobjektif, kreatif dan rasional.
Bagi merealisasikan kejayaan aktiviti ini,topik forum yang dipilih haruslah mudah,
menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat
umur pelajar.
7.3.4 Demontrasi
Kemahiran guru menunjukcara dan membuat demontrasi tentang
sesuatu aktiviti yang dijalankan di hadapan murid.
Melibatkan pancaindera telinga dan mata serta percubaan murid
untuk melakukannya.
Memerlukan pemahaman yang jitu serta berpetahuan luas ketika
melakukan sesuatu aktiviti
Murid akan dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih
mudah,kukuh dan tepat kerana sudah memahami konsep dan cara
melakukannya.
Membina keyakinan murid untuk melaksanakannya secara individu
walaupun aras pencapaian mereka rendah
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 30
REFLEKSI KENDIRI
Syukur Alhamdulillah, pertamanya dipanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurniaNya serta dengan rahmatNya maka dapatlah saya menyiapkan
kerja kursus BM 3117 yang telah diamanahkan kepada kami pelajar-pelajar sains 3
ambilan Jun 2011. Pada dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing Dr. Hjh Maskiah bt Hj
Masrom yang begitu banyak memberi tunjukajar dan panduan bagi menghasilkan
satu kerja penulisan yang boleh dibanggakan.
Memandangkan subjek Bahasa Melayu ini bukanlah menjadi subjek major
saya dan kawan-kawan malahan sepanjang 20 tahun tempoh saya menjadi pendidik
saya tidak pernah mengajar subjek bahasa, maka saya merasakan subjek bahasa
ini sangat mencabar dan sangat kompleks. Setelah kami mendapat kerja kursus ini
daripada Dr. Hjh Maskiah bt Hj Masrom, maka kami mula mencari maklumat melalui
pelbagai sumber seperti internat dan penerbitan bahan bercetak dari pusat sumber
dan majalah-majalah pendidikan.
Sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini, pelbagai masalah yang saya
terpaksa tempuhi seperti untuk mendapatkan maklumat yang tepat untuk
menyiapkan RPH bagi tahun 4 berdasarkan DSKP baru. Ini menghadkan pencarian
maklumat dan contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan semasa pembikinan
kertas kerja ini. Selain dari itu, tugas sebagai guru di SK Buloh Kasap menyebabkan
saya terpaksa mendahulukan tugas-tugas sebagai pendidik sebelum boleh
menumpukan perhatian kepada pencarian maklumat BM3117. Ditambah pula
dengan kerja-kerja krusus dari subjek major yang menuntut komitmen yang tinggi
dan disertai dengan kerja kursus ditalian.
Namun Alhamdulillah, hasil kesabaran dan perbincangan bersama-sama
rakan-rakan sekelas dan tunjuk ajar serta tolak ansur yang tak pernah jemu dari Dr
Hjh Maskiah bt Hj Masrom, memberi suntikan semangat kepada saya untuk terus
berusaha menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan. Saya juga mendapat
bimbingan dari ketua panitia BM di sekolah yang tidak jemu memberi panduan
menyediakan RPH BM.
RPH BMM3117
Norizat Jalil Page 31
Berdasarkan DSKP BM tahun 4 yang telah dibuat, saya dapati pendekatan,
kaedah, strategi dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran BM sangat
diperlukan ketika penghasilan RPH yang baik.
Recommended